Tengku Syamil memimpin aku masuk ke dalam kondo kami.Aku perhatikan dari sisi.Terasa lucu dengan dengan gelagat risau Tengku Syamil ketika di tempat aku kemalangan.Dia tidak memandang kiri dan kanan terus datang merangkul tubuhku dengan riak muka yang cuak.Aku bernasib baik tidak mengalami kecederaan yang terlalu berat kerana kelajuan kereta yang aku pandu sederhana saja.Cuma dahiku sikit terluka kerana terhantuk pada stereng kereta.Hantukan itu menyebabkan aku terasa kepalaku bergegar dan terpaku seketika.Aku rasakan roh aku melayang.Aku terpinga-pinga apabila ada lelaki mengetuk cermin tingkap keretaku tiba-tiba bertanya keadaan aku.Selang beberapa minit,aku tersedar yang aku terbabas melanggar belakang lori.
Tengku Syamil tersangat prihatin dengan aku.Dilayannya aku seperti aku mengalami cedera parah.Tangannku dipimpin dengan cermat masuk ke dalam kondo.Tengku Syamil berjaga-jaga memapah badanku membantu aku duduk."Syamil,saya luka di dahi saja tau.Seluruh badan saya tak ada masalah.Awak pegang saya macam saya cedera parah,"kataku.Dahiku ditampal kerana luka kecil sahaja.
"Kau jangan banyak songeh.Buat semua orang risau.Dah la keluar tak bagitau,tau-tau dah hilang."Tengku Syamil merungut.Dia mengurut-ngurut belakang aku yang lenguh kerana hentakan ringan tadi.
Aku menjeling dari hujung mataku."Haaa...Saya pelik kenapa awak tiba-tiba keluar dari bilik tu ye?Hairan bin ajaib sangat.Saya ingat awak nak bertapa sampai kiamat kat dalam tu."Aku menyindir.Merajuklah lagi.
Tengku Syamil rangkul pinggangku rapat dengannya."Haaa..kau nak perli aku kan?"
Aku berpaling mengadap dia.Mata kami saling bertatapan.Aku rapatkan muka aku dengannya dan bibir kami hampir bertembung."Siapa makan cili dia yang terasa pedas.Saya tak mention nama siapa-siapa.Awak sendiri yang terasa."
Dengan jarak yang sangat dekat,aku nampak bibir merekahnya mengukir senyuman."Dalam kondo ni hanya dua mahkluk je yang ada.Kau dan aku.So,takkan kau cakap pada diri kau sendiri."Aku tidak sempat menjawab.'Chupp.'Bibir aku dikucup manja.Aku merindui kucupan yang membasahkan bibir aku itu.Selalu buat aku lalai dan lupa segala ketegangan hati aku.
Aku buka kelopak mataku apabila bibirku dilepaskan.Dahi kami saling bersentuhan manakala tangan dia di pinggang sekepingku."I'm sorry,Rara.Aku tak hiraukan kau sampai kau accident.Kalau jadi apa-apa pada kau tadi,aku akan menyesal seumur hidup aku."Tengku Syamil meluahkan kekesalan.Keikhlasan kata-katanya menyentuh kalbuku.Berapa lama penyesalan dia,aku pun tidak tahu.Aku malas mahu berfikir hal-hal yang buat kepalaku serabut.Aku pun mencair dengan kata maafnya.Jadi,aku tidak mahu merumitkan keadaan.
Setelah itu,bibirku dikucup lagi.'Arrghhh...Tengku Syamil kalau bab memujuk sekawan gajah boleh lumpuh macam ni.'Kucupan manja aku balas dengan perasaan rindu.Bibir hangat yang selalu menkhayalkan aku.
"Astaghfirullahalazim.Tak menyempat korang berdua ni.Baru lepas accident kot."Nenda menerjah tanpa kami sedar kedatangannya bersama kaum keluarga.Tengku Amir,Tengku Zanariah,dan abah ada sekali.'Alamak..malunya aku.'Tengku Syamil tersipu-sipu.Aku bukan setakat tersipu malu,kalau boleh mahu melarikan diri masuk ke bilik.Malu mata-mata itu memandangku.Nanti aku dicop gelojoh tidak kira masa dan tempat.
"Nenda,kenapa tak bagi salam?Ketuk pintu dulu ke?"Tengku Syamil bertanya.Mungkin dia juga terasa malu.Tengku Syamil membetulkan kedudukan dan duduk rapat denganku.Lengannya diletakkan ke atas bahuku.Masing-masing sudah mengambil tempat di atas sofa.Aku masih menunduk.Maluku masih berbaki.'Mesti dorang fikir aku gatal.'
"Nenda tak expect yang ada adegan-adegan 18 tahun ke atas.Nasib nenda datang cepat..."Tengku Aminah menggelengkan kepalanya berkali-kali.Cucu dan cucu menantunya sama-sama naik gatalnya.
"Kiss je,nenda.Janganlah kecoh-kecoh.Dah kahwin kot.Ikan depan mata,takkan kucing nak pandang saja.Halal kan?"
Nenda memulas telinga Tengku Syamil."Masalahnya isteri Syamil tu baru je lepas accident.Beragaklah,Syamil.Tenangkanlah Ammara tu dulu,ni tak menyempat miangnya."Nenda membebel.Aku tidak berani memandang sesiapa.Abah juga ada di situ.Segannya aku abah tengok kelakuan miang anak dia.
"Tenanglah tu,nenda.Tak caya tanya Ammara sendiri."
"Ada-ada saja kamu ni.Dah lah,malas layan loyar buruk kamu ni."Nenda mengalah.
"Hmm..Ada apa nenda datang ni?Tak cakap pun."
"Kami datang ni nak melawat Ammara.Risau kami dibuatnya.Syukurlah Ammara tak ada apa-apa."Tengku Zanariah memberitahu.Dia orang yang paling risau mendengar khabar anaknya kemalangan.
"Saya okay.Luka di dahi sikit saja.Alhamdulillah,tiada yang berat."Aku melarik senyuman kelat.
****
Cik Puan Salina menerjah masuk ke bilik Tengku Syamil walau dihalang oleh Meo.Tengku Syamil ralit memeriksa fail akuan bersama Kak Nani terkejut.Reaksi muka Cik Puan Salina sangat marah namun Tengku Syamil tidak gelabah.
"Meo,Kak Nani boleh keluar dulu.Let me settle this,"arah Tengku Syamil.Fahamlah mereka berdua kehendak Tengku Syamil.
Apabila kedua-dua mereka hilang di sebalik pintu yang sudah terkatup,Tengku Syamil memulakan bicaranya.
"Yes,Auntie.May I help you?"kata Tengku Syamil memaniskan air muka.Cik Puan Salina sangat berang rasa tersindir dengan pertanyaan Tengku Syamil.
"Kau jangan nak berlagak.Kau tarik balik tuduhan ke atas Raimi."Cik Puan Salina menengking.Matanya dicerlung tajam seperti mahu diterkam Tengku Syamil.Tengku Syamil bangun dan duduk di bucu meja.Tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar.
"Salah tetap salah.Tak ada sebab aku nak tarik balik tuduhan tu."
"Aku akan buat laporan polis yang kau pukul Raimi."
Tengku Syamil ketawa besar sambil menepuk tangannya.Dia mengelilingi Cik Puan Salina dengan pandangan yang sinis."Aku tak takut langsung.Reportlah,apa yang polis boleh buat.Raimi tu lembik sangat,baru kena pukul sikit.Patutnya aku pukul sampai mati baru dia tau erti penyesalan buat hal dengan Tengku Syamil."
Dada Cik Puan Salina yang mengenakan baju sendat nampaknya turun naik dengan laju.Marah yang tidak dibuat-buat."Kau memang anak sial.Kenapa kau tak mampus dengan mak dan ayah kau sekali?"
Tengku Syamil yang tadinya tenang nampaknya berubah bengis.Dia tegap bertentangan Cik Puan Salina.Sorotan matanya tajam menusuk ke wajah Cik Puan Salina."Aku tak mati sebab aku nak tuntut keadilan untuk bonda dan ayahanda aku.Aku akan pastikan,kau juga akan menyusul Raimi ke penjara."Panggilan mereka sudah bertukar kepada kau dan aku saja.
"Apa kau boleh buat pada aku?Kau tak ada apa-apa bukti untuk sumbat aku ke dalam penjara."Sangat angkuh Cik Puan Salina berkata.Senyuman herotnya cukup menyakitkan hati Tengku Syamil.
Tengku Syamil tidak teragak-agak mencengkam dua-dua belah pipi Cik Puan Salina dengan rasa geram."Jangan cabar aku.Bukan setakat bukti saja aku boleh dapat,seluruh hidup kau aku boleh musnahkan sekelip mata."Tengku Syamil berang.Cik Puan Salina sangat menguji kesabaran.Matanya dicerlung dengan tajam keapda Tengku Syamil.Tubuh Cik Puan Salina dilontar hingga terundur ke belakang.Dia mengusap rahangnya yang terasa sakit dicengkam oleh Tengku Syamil.
"Fine.Kau akan menyesal kemudian hari nanti, Syamil."Cik Puan Salina memberi amaran keras lalu keluar dari situ.Tengku Syamil menghembuskan nafasnya.Kemudian,dia mencapai telefonnya mendail Kimi.
"Kimi,aku ada job nak bagi pada kau"kata Tengku Syamil.
****
Aku melunjurkan kaki dia sofa L sambil menonton drama Korea.Kebosanan aku tinggal di rumah seorang diri.Tengku Syamil memberiku cuti supaya aku berehat di rumah.Sekali-sekala dia mengirimkan pesanan ringkas melalui Whatsapp.Itupun sekadar mengingatkan aku makan dan jaga diri.'Bolehlah daripada tak kisah langsung.'
"Natasha."Tiba-tiba,nama itu meniti di bibirku.Kenapa nama ini buat hati aku rasa tidak tenang?Siapa wanita yang pernah menghuni hati Tengku Syamil ini?Entah mengapa aku penasaran dan ingin tahu tentang dia.Aku ingin bertanya tuan badan sendiri,aku takut dia mengamuk lagi.'Susah aku.'Ada rasa iri di dalam hatiku apabila Tengku Amir bercakap tentang Natasha.
Kemudian,aku mengorak langkah menuju ke bilik kerja Tengku Syamil.Aku mula mencari,manalah tahu dia ada menyimpan tanda kenangan Natasha dalam bilik itu.Segala laci dan almari aku periksa satu-persatu tetapi tiada apa yang aku temui.Aku terpandangkan komputer ribanya di atas meja lalu aku buka.Jariku teragak-agak menekan butang 'Start' untuk hidupkan komputer itu.Terasa diriku seperti penceroboh pula.
Setelah berkira-kira,aku mengambil keputusan menghidupkan juga komputer riba itu.'Biarlah menceroboh pun,bukan dia tau.'Perasaan ingin tahu aku semakin membuak-buak,integriti aku ketepikan.Tiada kata laluan,jadi mudah untuk aku menggodek segala isi komputer itu.'Dah macam Detektif Conan penyiasatan aku.'
Aku menekan tetikus dan satu persatu folder aku periksa tetapi hampa.Tiada apa yang aku temui selain fail-fail kerja.'Hmmm...Sungguh membosankan.Tak ada pun.Ataupun memang dia dah moved on,so buat apa dia nak simpan kan?'Aku menarik nafas lega.Foto Tengku Syamil yang segak bergaya itu aku tenung.Sempurna tapi poyo.
"Sofia!!!"Ada orang memanggil dari luar.Suara itu tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Zanariah.Hanya dia seorang memanggilku dengan nama Sofia.Aku segera keluar dari bilik itu meninggalkan siasatan yang tidak berjaya tadi.
Tengku Zanariah melilau mencari aku di ruang tamu.Ditoleh ke arahku apabila pintu itu diselak.Di tangannya,dia membawa mangkuk tingkat."Syamil kerja.Dia tiada di sini."Aku memberitahu walaupun tidak ditanya.Sebenarnya aku tahu yang dia mencariku bukan Tengku Syamil.
Tengku Zanariah senyum kepadaku."Mama tau Syamil kerja.Mama datang nak jenguk Sofia.Sofia sihat?Ada sakit-sakit badan?Mama ada bawakan makanan untuk Sofia,"kata Tengku Syamil sambil menunjukkan mangkuk tingkat yang dibawa.Reaksi aku?Tiada riak gembira aku tampilkan.
"Saya tak lapar,"kata aku dengan angkuh.Aku tidak suka Tengku Zanariah kisah tentang aku kerana aku tidak boleh lupa apa yang dia lakukan kepada aku dan abah.Dia tinggalkan aku tanpa kasih sayang seorang ibu.
"Tak apa.Nanti Sofia lapar makanlah.Mama masak lebih untuk Syamil sekali.Hmm...Sofia tak apa-apa?Ada rasa tak selesa pada badan Sofia?"Tengku Zanariah menyentuh dahiku yang bertampal menutupi luka.Aku tepis tangan itu."Saya tak apa-apa."
Tengku Zanariah tetap tidak putus asa dengan layananku.Dia masih bisa tersenyum walaupun wajahku pahit melayannya.Sungguh sabar dia melayan sikap angkuh aku.
"Mama tau Sofia tak suka mama..."
"Yes,I really don't like you.You already know about it but why you come to show your face here."Aku membentak.Aku rasa menyampah dengan sikap keibuan yang ditonjolkan kepadaku.Semua itu palsu bagiku.
"Mama dah minta maaf banyak kali dengan Sofia.Tak boleh ke Sofia bagi mama peluang untuk jadi ibu Sofia?Mama banyak terlepas peluang melihat Sofia membesar.Mama tak pernah lupakan Sofia walau di mana mama berada selama ni."Tengku Zanariah menyeka air matanya.
"Tengku sendiri yang bazirkan peluang selama 28 tahun,baru tau nak menyesal.Dah terlambat."Kedua-dua tanganku disilangkan.
"Sofia,apa yang berlaku bukan kehendak mama.Susah mama nak jelaskan apa yang berlaku tapi percayalah mama sayangkan Sofia,sayangkan abah Sofia sepenuh hati mama.Mama sanggup buat apa saja asal dapatkan bahagiakan Sofia."Tengku Zanariah tidak berputus asa memujuk aku.
Aku jelingkan mataku."Jangan ganggu hidup saya lagi dan jangan cuba rapat dengan abah.Saya akan tersangat bahagia jika Tengku tak ada dalam hidup saya dan abah lagi.Jelas?"
Berubah air muka Tengku Zanariah dengan kata-kata aku.Ya,aku mahu dia menjauh daripada aku dan abah.Aku meluat dengan pujukan dia yang berlagak dia mangsa keadaan.Lama dia merenung aku,meminta simpati barangkali.Ternyata hati aku lebih keras.Sikit pun aku tidak terdetik untuk berbaik dengannya.Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.Dia meletakkan bekas makanan atas meja,kemudian berlalu dari situ dengan linangan air mata.
"Bonda."Tengku Syamil bertembung dengannya di hadapan pintu.Tengku Zanariah melangkah pergi tanpa memandang Tengku Syamil dan tidak pedulikan tegurannya.Entahlah,dia perasan atau tidak Tengku Zanariah menangis.Aku berlagak biasa.Tengku Syamil rapat dengan aku.
"Lajunya bonda.Dia nak ke mana tu?Apa dia buat kat sini?"tanya Tengku Syamil.
Aku berpura-pura senyum."Hantar bekal.Dia nak cepat sebab kawan dia kemalangan.Dia sedang bersedih tu."Aku menipu.Aku enggan Tengku Syamil tahu apa yang berlaku antara aku dan Tengku Zanariah.Aku juga tidak mahu mendedahkan hubungan aku dan Tengku Zanariah.Biarlah ianya menjadi rahsia hidupku.
"Patutlah tergesa-gesa.Hmmm...Bonda bawa bekal apa?Jom makan sama.Aku tak makan lagi,"ajak Tengku Syamil sambil membuka mangkuk tingkat Tengku Zanariah satu persatu.Bau sup ayam sangat menyelerakan namun aku tidak mahu makan air tangan Tengku Zanariah.Tengku Syamil yang melebih-lebih seleranya.Aku perhatikan Tengku Syamil enak menjamu selera.'Lapar sangat gayanya.Mimpi apa dia balik siang-siang hari ni?'
"Kau tak nak makan?"soal Tengku Syamil hairan.Aku tidak makan bersama.
Aku menggelengkan kepalaku."Tak ada selera."
"Ooo..Senang saja.Meh aku suapkan,mesti kau ada selera."Tengku Syamil mencedok nasi dalam pinggannya lalu disuakan ke mulutku.Mulutku tetap dikatup.
"Tak naklah,Tengku."Aku jual mahal padahal perutku berkeroncong.
"Buka mulut kau.Aku tak pujuk,ni arahan.Jangan sampai aku paksa,"desak Tengku Syamil dengan keras.Aku menggeleng lagi.
"Jangan degil.Nak makan pun kena paksa.Bukan susah pun,aku nganga mulut,aku suapkan.Orang Somalia nak dapat makan pun susah,ni kau yang makanan ada depan mata tak nak makan."Tengku Syamil membebel.'Ahhh...Bosan.'Malas bertekak,aku buka juga mulutku.
"Haaa..kan senang tu.Bukannya suruh angkat berat ke apa.Makan je."Dia menyuakan lagi nasi mulutku memaksa aku makan beberapa kali.
Tengku Syamil tiada tanda untuk berhenti menyuapku.Segan aku dibuatnya."Tak apa.Saya boleh makan sendiri.Tulang empat kerat saya masih berfungsi ni."
"Tak payah ngada-ngada.Biar aku suapkan.Aku balik ni semata-mata nak tengok keadaan kau.Alang-alang ni,aku suapkan terus.Baru aku boleh kerja dengan tenang."Aku diamkan saja.Tapi seronoknya juga disuap begini.Biasanya abah yang menyuapku tetapi kali ini,Tengku Syamil,bos aku.'Bukan main kau,Ammara.
****
Aku menuangkan air panas ke dalam mug yang berisi gula dan kopi untuk Tengku Syamil.Aroma kopi yang dibawa oleh wap air itu membolos deria baunya.Air kopi itu aku kacau dengan penuh kasih sayang untuk bos aku.
Bibirku melebar ke bibir tatkala teringatkan perbualan dalam kereta dengan Tengku Syamil sebelum aku mengatur langkah turun daripada kereta.'He so sweet.Aissh...Berkhayal pula aku.Baru baik sikit.'
Tanganku ditangkap apabila aku baru cuba melangkah keluar."Sekejap,"kata Tengku Syamil.Renungan redup matanya buat aku rasa tidak keruan.Aku larikan pandangan dan menunduk ke bawah.Namun,pipiku daguku diangkat menatap matanya kembali.'Alamak..kenapa jantung aku dup dap dup dap?'
"Kalau kau rasa tak berapa sihat,beritahu aku,"kata Tengku Syamil dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.Aku tersipu-sipu malu.
"Hmmm...Errr...Don't worry.I will be fine."Aku menenangkan hatiku.
Tengku Syamil menghadiahkan aku senyuman saat dadaku dilanda ombak perasaan yang tidak keruan."Berapa inci kau pakai blusher hari ni?"tanya Tengku Syamil buat aku ternganga.Dua-dua pipiku aku pegang.
Aku dengan kalut memusingkan cermin pandang belakang ke arahku.Aku mengintai wajahku di dalam cermin itu.Aku belek pipiku kiri dan kanan.Solekan aku tidak keterlaluan.Cantik.'Apa yang tak kena di mata Tengku Syamil?'
"Kenapa,Syamil?Saya rasa mek up saya okay saja,"tanya aku.
"Kau nampak cantik.You know what,you're the most beautiful woman I ever meet."Melambung-lambung pujian Tengku Syamil buat aku malu.'OMG!!!Senyum tu buat aku cair.Bertenang,Nur Ammara.Jangan termakan puji.'
"You're blushing again,"kata Tengku Syamil.Ya,itu yang dimaksudkan aku pakai 'blusher' tadi.Malunya aku dengan diriku sendiri.
Aku menyentuh dahi dan pipinya berkali-kali."Awak sihat kan?Tak ada gegaran otak ke apa pagi ni?"soal aku.Tengku Syamil terpinga-pinga dengan soalan aku yang tiada kena-mengena pun dengan topik kami.
"Aku tak ada apa-apa.Kenapa pula kau ni?"
"Saya ingat awak buang tabiat atau demam.Lain macam sikit pagi ni."
Tengku Syamil masih tidak faham.Jelas garisan kerut di dahinya timbul."Lain macam?"
"Awak puji saya.Awak caring.Awak baik.Awak loving.Senyum.Tak ke pelik tu?It's not Tengku Syamil that I know before."
Tengku Syamil menghela nafasnya."Saja.Tak boleh?Aku tak fahamlah perempuan ni apa yang diorang nak.Baik salah,jahat pun salah."Tengku Syamil mengomel keluar dari kereta.Aku pula dipersalahkan?Aku hanya bertanya sebab Tengku Syamil hari ini sangat berbeza dengan sebelumnya.
Khayalan aku kembali semula ke pantri pejabat.Aku menggeleng kepala dan tersenyum.'Berangan je kau ni,Ammara.'
"Kau okay,Ammara?Aku risaukan kau,"sapa Meo cemas di pantri mengejutkan aku.Dia meluru kepadaku.Kedua-dua bahuku dipegang dengan rasa bersalah.
Aku tiada minat untuk melayannya.Hati aku sakit dengan perbuatannya.Dia dan Adri menikam belakang aku satu masa dulu.Walaupun ianya lama berlalu dan aku telah lama memaafkan Adri tetapi aku terluka.Aku paling terluka dengan Meo daripada Adri.Dia teman baikku.Aku terkilan dia mengenaliku sekian lama dan aku baru tahunya sekarang.Tidak dapat aku bayangkan dia enak bermadu kasih dengan Adri di kala aku menjadi kekasih Adri ketika itu.
"Kau jangan berpura-pura risaukan akulah,Meo.Aku tak akan tertipu dengan kata-kata kau."Aku membidas Meo.
"Ammara,aku minta maaf dengan kau.Aku tak ada niat pun nak tipu kau.Ada sebab aku sembunyikan hal tu daripada pengetahuan kau.Kalaulah senang untuk kau terima,dari awal lagi aku beritahu kau tapi tak semudah yang disangka."
Aku mengerling."Aku tak tau nak cakap apa,Meo.Yang aku tau aku sakit hati sangat.Kau dan Adri boleh..."Nafasku tersekat untuk meneruskan kata.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.Aku tidak mampu luahkan perasaan aku waktu ini.
Mata Meo mula berkaca jernih."Aku tau aku salah.Percayalah tak pernah sekali aku tak rasa bersalah dalam hidup aku atas apa yang aku lakukan."
Dadaku sebak."Macam mana aku nak cakap,Meo?I need a space and time to handle this problem.I have to recover my feeling too.It's too hurt."Aku berlalu membawa mug kopi Tengku Syamil.Aku tidak bersedia menghadapi Meo.
****
Dear Ammara,
Aku tau kau marahkan aku dan aku tak berkecil hati pun.Semua yang berlaku adalah salah aku di masa lalu aku.Sedaya upaya aku cuba bagitau tapi setiap kali aku ingin berterus-terang lidah aku kelu.Aku hidup dengan rasa bersalah dengan kau.Bukan senang aku nak hadap hari-hari dengan palitan masa lalu yang gelap.Lebih memedihkan,aku telah hancurkan hati kawan yang paling aku sayang,iaitu kau.Aku lebih sakit menyakiti kau.Maafkan aku,Ammara.Aku nak tebus segala dosa aku pada kau,Ammara.I'm really sorry for the pain I was giving to you.Aku menyesal.Maafkan aku.
Berlinang air mataku membaca pesanan maaf daripada Meo melalui Whatsapp.Aku meniarap menyembamkan mukaku pada bantal di atas katil.Dadaku dipenuhi dengan perasaan hiba.Aku akui Meo seorang sahabat yang sangat baik.Sejak pertama kali aku menemuinya,aku senang menjadi temannya.Kenangan-kenangan dengan Meo berlegar-legar dalam bayanganku.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"esakku.
"Hei,apasal dengan kau ni?Siapa yang buat kau?"Tengku Syamil mencuit hujung kakiku.Dia hairan melihat aku meraung seorang diri menekupkan muka pada bantal.Aku tidak menjawab.Telefon aku yang masih bercahaya diambil dan membaca setiap bait-bait mesej hiba Meo.
Tengku Syamil duduk di sisi aku.Belakangku diusap lembut."Sebab whatsapp ni ke kau menangis?"tanya Tengku Syamil.Aku mengangguk.
"Alright,bangun dulu.Tak pasal-pasal kau mati sesak nafas dek tekup muka dengan bantal."Tengku Syamil menarik bahuku.Aku mengangkat muka dan berbaring atas ribanya.Dia terpana seketika dengan tindakan aku.Rambut panjangku yang terlepas dielus.
"Kes apa kau berdua ni?Bergaduh?"Tengku Syamil meneka.Aku memeluk pinggangnya dengan erat.Muka aku rapat ke perutnya.
"Dia tipu saya."
"Tipu apa?Cakap terang-terang dengan aku."
Aku bingkas bangun dan bersila di hadapannya.Air mataku aku kesat dengan tangan."Awak tau dia dengan Adri dulu..."Aku tidak mampu luahkan ayat itu sepenuhnya.Tengku Syamil masih menanti jawapan daripada aku.
"Dia dan Adri tipu saya bertahun lamanya.Di belakang saya dorang berasmara,main kayu tiga.Sebab tu Meo beria tak bagi saya kahwin dengan Adri dulu.Rupanya mereka dah terlanjur menyintai satu sama lain.Songsang."
"Kan itu cerita lama?Kenapa kau nak ungkit kembali?Adri pun dah insaf."
"Saya tau.Tapi saya tak sangka masa dia couple dengan saya di universiti dulu,dia dengan Meo.Tujuh tahun lepas,sekarang baru saya tau.Meo kenal saya dua tahun tapi sekali pun dia tak pernah bagitau saya."
Tengku Syamil mengusap air mataku yang gugur di pipi."Rara,tak semua benda perlu diberitahu.Dalam kes Meo ni,aku rasa di pun tak tergamak nak tipu kau tapi dia terpaksa sorokkan."
"Tapi dia kawan saya.Patutnya dia bagitau saya awal-awal lagi.Patutlah dia beria halang saya kahwin dengan Adri dulu.Ada udang sebalik.batu rupanya."
Tangan aku digenggam oleh Tengku Syamil."Rara,apa jaminan kalau dia bagitau kau awal-awal?Kau rasa kau boleh terima masa tu?Tambah pula masa tu,kau dengan Adri tengah angau bercinta,aku confident kau akan lebih percayakan Adri daripada Meo.Orang bercinta ni,orang berniat pun akan dianggap langau,Rara.So,silent is better."
Aku kerutkan dahi aku.Tengku Syamil menyebelahi Meo.Kata-kata Tengku Syamil buat aku sentap juga."Awak sebelahkan Meo?Begitu?Syamil,saya yang ditipu hidup-hidup.Awak seharusnya sokong saya."
"Aku tak sebelahkan kau hatta Meo.Benda ni dah lama berlaku.Mesej Meo ni pun menunjukkan dia rasa menyesal dan bersalah pada kau.Aku rasa kau lebih kenal Meo sebab kau kawan baik dia.Give him a chance.Dia betul-betul dah insaf."
Aku tidak puas hati.Aku muncungkan bibirku."Kenapa saya kena bagi dia peluang?Dia yang buat salah."
"Rara,setiap manusia ada silapnya.Meo,kau atau aku tak terlepas daripada buat silap.Aku bercakap sebagai seorang pendosa selalu berharap agar aku diberi peluang untuk betulkan kesilapan aku.Aku tak taulah kalau kau rasa diri kau tak pernah buat dosa."
Sekali lagi ungkapan Tengku Syamil menusuk ke dasar hati.Terlalu mendalam maknanya.Aku tidak berasa diriku tanpa dosa tetapi aku cuma rasa tertipu.
Tengku Syamil menarikku ke dalam pangkuannya."Rara,aku tau kau sakit hati dan marah.Cuma aku nak kau fikir,setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Jika kau tau dulu,adakah kau akan maafkan Adri sebelum dia pergi dari hidup kau?Lambat atau cepat kau tau sesuatu kebenaran itu,ianya tetap memedihkan.Rasa sakit hati tu tetap sama cuma bezanya dulu kau tak ada aku."
Aku akui dalam hati,kata-kata Tengku Syamil semuanya benar.Kebenaran itu menyakitkan.Aku menangis dalam dakapannya."Saya terkilan.Saya percayakan Meo tetapi dia pernah membuat onar di belakang saya dengan orang yang saya sayang."
"Itu dulu,Rara.Dia dah tebus balik dengan jadi kawan baik kau.Dia cuba lindungi kau tanpa kau sedar untuk selamatkan kau daripada Adri dulu.Dia kisahkan kau."
Kenapa malam ini Tengku Syamil sangat positif?Kebernasan akal fikiran dan nasihat sangat mendewasakan.Sakit hatiku sedikit luntur dengan Tengku Syamil."Tapi saya rasa saya tak boleh nak hadap dia."
"Take your time,dear.Semua perlukan masa dan ruang untuk kita buang segala kepahitan.Lama-lama nanti semuanya akan kembali baik dengan syarat.Di sini mesti reda."Tengku Syamil meletakkan tangannya pada dadaku.
Aku mendongak wajahnya."Syamil,awak akan selalu dengan saya kan?"tanyaku dengan penuh pengharapan.Aku tidak tahu macam mana aku terdetik untuk tanya soalan itu kepadanya.
"I with you no matter what happen to us.Promise."Tengku Syamil menabur janji manis kepadaku.Aku kembali tenang walaupun aku tahu itu hanya janji untuk gembirakan hati aku saja.
Aku renungnya dari jarak dekat.
"Apasal tengok aku macam tu?"
"Shut your mouth,"kataku lalu mendapatkan bibirnya.
****
Sedarku jam 3.00 pagi menarik selimut menyelubungi tubuhku yang tidak pakai apa-apa.Kesejukan yang menusuk kulitku ingin aku hangatkan dengan memeluk Tengku Syamil.Aku teraba-raba mencarinya dengan mata yang terpejam tetapi dia tiada di sisiku.Aku bangun dan mengintai jam,masih terlalu awal untuk dia bangkit daripada tidurnya dengan kelelahannya.
Aku mencari baju tidur yang telah terpisah dari tubuhku untuk disarungkan kembali.
Selepas itu,aku keluar melewati ruang tamu namun tiada kelibatnya di situ.Aku terpandangkan pintu bilik kerjanya ada cahaya di sebalik celahan lubang pintu.'Mesti dia ada di dalamnya.'Aku berjalan membuka pintu dan ternyata dia memang di situ menghabiskan masanya dengan melakar atas kertas lukisan.Seorang yang berjiwa seni.
Aku menarik kerusi lalu duduk di hadapannya yang melakar potret seseorang.Apabila aku amati,potret yang tidak siap itu menyerupai aku.'Biar betul..Takkan dia lukis potret aku.'
"Awak buat apa tak tidur ni?"tanyaku hairan melihat matanya segar.Kehadiran aku di situ tidak sedikit pun mengganggu tumpuannya malah dia tidak pandang aku pun.
"Aku tak boleh tidur.So,aku lakar potret kau."Tengku Syamil mengangkat kertas lukisan itu ditunjukkan kepada aku.Aku hanya tersenyum.Sangat halus dan indah tangan seninya bekerja.Bakat semulajadi pada dirinya buat aku kagum dan memujinya dalam hati.Jika aku yang melukisnya,pasti jadi orang lidi saja.Aku sejenis tangan kayu dan tidak berseni.
"Hmmm...Fikiran awak terganggu?"Aku meneka.
Dia lantas memandangku lalu mengangkat bahunya."Kau dan bagi ubat bius tadi,aku tak boleh tidur,"katanya sambil mengenyitkan mata kepadaku.'Naughty boy.Nak bergurau nampak.'
"Selama ni awak dapat ubat pelali agaknya?Pertama kali awak tak boleh tidur setelah bekerja keras."Aku juga membalas ayat 'double meaning' kepadanya buat matanya melirik nakal kepadaku.
"Maybe.Kau nak lagi ke?Aku on and ready for it,"kata Tengku Syamil sambil menggeliatkan tubuhnya.Mata hazelnya memandang ke lurah dadaku yang terhidang.
"Enough,Syamil.Saya penat.Nak rehat."
"Esok kan cuti."Dia semakin galak namun tidak dapat menarik minat aku.Aku terpandangkan lebam pada tepi bibirnya yang semakin pudar.
"Cuti tak cuti.Saya lelah nak layan awak."Aku berterus-terang.Aku memeluk tubuhku yang kesejukan.Tengku Syamil menghulurkan baju sejuk yang tergantung pada kerusinya kepada aku.
"Pakai ni.Dah tau sejuk,pakai baju seksi-seksi macam tu.Atau kau memang sengaja nak goda aku kembali?"
Aku mengerling saat menyarungkan baju sejuk itu ke tubuhku."Salah orang yang beli baju ni la,tak fikir saya sejuk ke tak."Aku menyindir.Tengku Syamil ketawa dengan sindiran aku sebab dia yang belikan untuk aku.Emosinya kembali normal melegakan aku.
"Akulah orang beli kan?Kau ni pusing ikut mana pun tetap aku aku bersalah.Hmmm...Kau nak tau tak...Hmmm...Hari tu,aku belasah Raimi,"kata Tengku Syamil tanpa perlu aku bertanya.Aku terpempan dengan ucapannya itu.'Biar betul.Patutlah ada kesan lebam.'
"Haaaa?Kesan lebam tu...."
"Dia tumbuk aku."Tengku Syamil tidak berselindung lagi.
Alis nipis aku angkat ke atas."Awak gaduh dengan dia?Sorang?So,how is he?Teruk ke?"
"Kau lebih risaukan dia daripada aku?"Tengku Syamil buat-buat merajuk memuncungkan bibir merah jambunya.
Aku menghela nafasku."Bukan macam tu.Awak pukul oranglah,Syamil.Silap haribulan awak yang masuk lokap."
"Orang macam tu memang layak mati saja daripada hidup menyusahkan orang.Nasib aku ni baik lagi,kalau tak memang lunyai dia aku belasah.Kira aku ni baik hati lagi bagi peluang dia hidup merasa nikmat dunia,"kata Tengku Syamil mengetap giginya.Seram pula aku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya.Dalam hati aku berdoa orang yang dibelasah itu baik-baik saja.
"Hmmm..Awak ni menakutkanlah,Syamil."Aku menggosok tengkuk aku yang romanya terpacak.
"Itu yang selayaknya,Rara.Terlalu banyak kelukaan yang dia tinggalkan dalam hidup aku."
"Maksud awak?"Aku tidak faham.Kelukaan apakah yang dimaksudkan?
"Dia menyebabkan aku kehilangan bonda dan ayahanda aku.Setakat penjara saja,terlalu ringan hukumannya bagi aku."Matanya bersinar penuh dengan rasa dendam.Aku tidak tahu apa sejarah Raimi dengan keluarganya tetapi aku lihat kepuasan pada wajahnya.
Aku menelan air liurku."Dia tak parah kan?"Aku mula bimbang.Aku berharap tindakan Tengku Syamil tidak melangkaui batas.
Tengku Syamil menongkat dagunya memandangku dengan senyuman."Rara,kau tak payah rungsing.Dia tak apa-apa.Paling teruk pun patah riuk saja."
Aku ternganga.'Speechless.Agak-agaklah,Syamil.'Aku hanya mampu berkata dalam hati saja.
Tengku Syamil ketawa."Kau tak payah fikirlah.Mungkin dah bahagia dan selesa dalam hotel besi five star tu.Jom tidur,aku dah mengantuklah.Esok aku dah janji dengan abah nak balik."
Abah?Oh ya,aku baru teringatkan abah!Selepas kemalangan,hubungan aku dengan abah sudah baik.Mana boleh aku merajuk lama-lama dengan abah.
Tengku Syamil bangun dari tempat duduknya dan memimpin tanganku ke bilik.'Selepas aku accident,dia semakin sweet dan romantik.Adakah hikmah accident?Takkan aku kena accident hari-hari nak suruh dia sweet.'Aku mula merepek di dalam hati.
****
Di dalam pejabat,hanya aku berdua dengan Meo.Yang lainnya keluar makan tengah hari termasuklah Tengku Syamil katanya mahu berehat di 'suite'.Aku malas ke mana-mana menyambung kerja di pejabat.Aku menyemak minit mesyuarat bersama anak hotel tempoh hari sebelum Tengku Syamil sahkan.Ketika itu,Meo datang kepadaku tanpa aku pinta.
Dengan muka kasihan,dia menarik kerusi duduk di hadapanku."I am sorry,Ammara.Aku dah tak tau nak buat apa lagi supaya kau maafkan aku."Meo tidak berputus asa memujukku.
Aku pandang tajam kepadanya."Kau tak perlu buat apa-apa.Aku dah maafkan kau."Sebenarnya aku sudah maafkannya.Dua hari aku bermuhasabah diri dengan nasihat Tengku Syamil,aku rasa aku sudah cukup reda untuk maafkan Meo.Lagipun,Meo sahabat baik aku,jika benar dia menyesal siapalah aku untuk menghukum.Yang berlalu biarlah berlalu.Hidup aku perlu pandang ke hadapan memandangkan Adri Watson bukan lagi siapa-siapa kepada aku.
Bulat mata Meo memandangku."Kau maafkan aku?"Meo tidak percaya.
Aku mula melebarkan senyuman."Ya,aku maafkan dari hujung rambut sampai hujung kaki.Biarlah Adri menjadi kenangan kau dan aku.Aku tak nak berdendam dengan sesiapa tambah-tambah lagi kau.Kau kawan aku."Aku reda seikhlas hati aku dengan sokongan Tengku Syamil.'Dia selalu menjadi hero aku walaupun adakalanya tidak kena masa.'
Meo gembira memegang tanganku di atas meja."Thanks,Ammara walaupun salah aku sukar untuk dimaafkan.Aku janji aku tak akan buat kau terluka lagi."Bersungguh-sungguh Meo berjanji denganku.Matanya bersinar dengan cahaya keikhlasan.
"Sudahlah,Meo.Aku dah maafkan kau.Aku dah tak nak cakap pasal ni.Aku pun nak minta maaf dengan kau sebab dah marah kau.Benda dah lama,patutnya aku lupakan saja."
"Kau tak salah,Ammara.Kau tak perlu minta maaf dengan aku.Setakat marah tu,terlalu ringan hukuman dengan apa yang aku dah buat.Aku betul-betul menyesal."
"Sudah,Meo.Kita buang yang keruh ambil yang jernih.Masing-masing ada khilaf,jadi kita bermaaf-maafan lebih baik.Aku sayang kau tau.Hidup aku sunyi tanpa kau tau tak?Mana boleh marah kau lama-lama."
Meo merengek manja."Ammara,aku terharu sangat.Kaulah sahabatku dunia dan akhirat,"kata Meo memaut erat jari-jemariku.
"Ikut hati aku nak peluk kau,Meo tapi tak boleh.Syamil dah tak bagi aku peluk-peluk kau.Dia jealous katanya."Aku muncungkan bibirku kononnya merajuk.
Meo geli hati dengan omongan aku."Mestilah jealous.Aku kan lelaki.Mestilah bos kita yang hansome tu cemburu."Meo mengusik aku.Perkara yang aku rindui tentang Meo ialah usikan dia.
Telefonku berdering.Cepat-cepat aku menjawab."Ya?Sekarang ke?Hmmmm..Okay,saya pergi sekarang."
Aku mengemas beg tanganku."Nantilah kita sembang.Tengku Syamil memanggil."
****
Aku disambut oleh Tengku Syamil di hadapan pintu 'suite'.Senyuman dan lirikan matanya agak nakal bagiku.Malas berfikir panjang,aku masuk lalu pintu kututup perlahan-lahan.Tengku Syamil terus mencapai tubuhku dari belakang.Leherku dicium bertalu-talu.Aku menggeliat kegeliatan.
"Syamil,apa ni?"Aku menjarakkan diriku dengannya.Sandal aku tanggalkan lalu masuk ke ruangan tengah 'suite'.Sorotan mata Tengku Syamil buat aku seram sejuk.Ada agenda tersembunyi dia memanggil aku ke sini.
Aku tidak sempat duduk,dia mendorong badanku rapat dengannya.Tanganku di dadanya manakala mataku membolos anak mata hazel berwarna coklat gelap miliknya.Mata bundarnya memukau aku yang menatapnya."Kenapa awak panggil saya ke sini?"tanya aku.
"Aku nak kau.Rindu."Senyumannya kini menyihir aku.Sangat menggoda hati perempuan macam aku.Sesungguhnya pipi aku akan memerah.'Oh,no!'
"Syamil,waktu rehat saya tak sampai sejam pun lagi.Janganlah kalut,kita sambung di rumah."
Tengku Syamil tidak peduli.Zip belakang baju kurung moden yang aku sarung dibuka hingga ke paras pinggangku.Aku tidak mahu mengalah.Kemejanya aku longgarkan dan campakkan ke lantai.Hanya tinggal seketul badan yang bidang menjadi hidangan mataku.
Dia memegang tanganku yang menjalar di pinggangnya."Kau tau tak,aku geram kat kau dari tadi lagi.Sikit pun aku tak boleh fokus dengan pembentangan Encik Haikal.Aku hanya bayangkan kau."
"Jom ke bilik sana.Lebih selesa dan tenang."Aku membuntuti Tengku Syamil tanpa membantah.Tanganku dipimpin masuk ke dalam bilik.
Hello..baru sempat bersiaran.Sorry ye semua..Hehehehe..Chapter ni rileks2 sikir.Tak nak gaduh2.Next chapter mungkin akan stress dgn Rara.Stay tuned..:-)I love you alls.
Share this novel
thanks for the update. tak sabar tunggu tengku luah perasaan kt ammara. ngaku je la tengku cintakan ammara. baru sweet