Bab 38 : Pencarian

Romance Series 697932

"Thanks,Meo.Maaflah menyusahkan saja."Aku mendapatkan buku Sejarah yang dipinta.

"It's okay,my dear.Demi kebahagiaan kau,aku sanggup cari benda ni di lautan berapi pun,"kata Meo.Dia tergopoh-gapah mencari buku yang dimaksudkan Ammara semasa mendapat panggilan telefon kelmarin.Tengku Syamil telah membuang buku itu.Nasib baiklah pekerja pembersihan tidak membuang plastik sampah itu ke tapak pelupusan lagi.

"Yeke lautan berapi,Meo?Air teh o tu pun kau tiup,"sampuk Adri diselangi gelak mereka bertiga.

"Itu perumpamaan.Kau tak belajar Komsas ke dulu?"bidas Meo pula.

"Oh ya,aku ada tengok video viral Tasha jatuh dalam kolam tu!Aku bersorak gembira kau buat macam tu,Ammara.Biar dia rasa,gedik sangat,"ujar Meo.Video pergaduhan di kolam renang tempoh hari kini viral di media sosial.Aku sudah agak ianya akan viral tapi aku tidak peduli.

"Issshh...Tulah,Ammara.Tak padan dengan mengandung,boleh dia tunjal-tunjal Si Luna tu.Dahsyat,"Adri menyokong dalam kagum.Ammara sangat berani.

Ammara melepaskan gelak kecil."I bukan isteri yang acah-acah lembik macam heroin drama TV3 okay.Itu bukan baik,bodoh namanya.Prinsip aku,orang kacau aku,lawan balik."

Aku melirik jam pada tanganku."Dah pukul 1 ni.Ammara nak balik dululah.Dah janji nak jumpa Fikri lepas ni."

"Ammara balik dengan siapa?"

"Amir tapi kena call Amir dulu.Tadi dia kata nak jumpa kawan."

"Hmm...Tak apalah,Adri hantar Ammara balik.Tak payah susahkan Amir.Just inform him,"kata Adri.

Meo mencelah dengan ceria."Nak ikut juga.Mana aci tak ajak aku."

Ketika keluar dari restoran itu,kami diserbu oleh sekumpulan wartawan yang ingin menemu bual aku.Situasi yang sangat serabut kerana aku bukannya artis.Ini gara-gara video yang tular itu,aku diserang oleh wartawan yang dahagakan cerita-cerita sensasi.Adri dan Meo menghalangiku.

"Cik Puan Ammara,bagilah komen tentang video yang viral baru-baru ini."

"Cik Puan,betul ke skandal cubaan rogol suami Cik Puan terhadap Luna Latisya."

"Cik Puan bergaduh dengan Luna sebab Tengku Syamil ke?"

Bertubi-tubi aku dihujani soalan-soalan panas.Mujurlah ada dua orang jejaka segak melindungi aku.Aku ke hadapan menjawab persoalan wartawan-wartawan dengan jawapan yang paling ringkas."Minta maaf ya,semua.Buat masa ni saya tak ada apa yang saya nak komen.Saya serahkan semuanya kepada mahkamah untuk putuskan nanti.Thank you."Aku menjawab dengan penuh beradab dan senyuman manis walaupun aku rimas dengan keadaan itu.Aku cuba melepasi kerumunan wartawan dengan bantuan Adri dan Meo namun tidak berjaya.Mereka masih menanti jawapan yang tidak mungkin aku akan ulas.

"Maaf ya,tuan-tuan dan puan-puan.Beri laluan kepada Cik Puan Ammara,"pinta Adri pula.

"Jadi,betullah semua spekulasi yang hangat diperkatakan sekarang?"Seorang wartawan lelaki betul-betul berdiri di hadapan aku menghulurkan mikrofon.Kemudian,mikrofonnya dirampas oleh Tengku Syamil yang tiba-tiba muncul.
mi
Dia meletakkan tangannya pada bahuku."Saya mohon sangat jangan tekan isteri saya.Dia tidak tahu apa-apa.Lagipun,kami bukan artis yang kamu semua ingin interview.Please hormat privasi kami,"kata Tengku Syamil kepada wartawan yang keras kepala tidak mahu berlalu.Leganya rasanya.

"Apa betul kes Tengku Syamil hampir kalah?"tanya seorang lagi wartawan yang gigih mengorek cerita.

Tengku Syamil tidak menjawab sebaliknya cuba berlalu.Banyak kamera dan mikrofon mengekori gerak langkah kami dan akhirnya Tengku Syamil mengalah.

Tengku Syamil memanggil rapat dengannya.Dia berbisik di telinga Adri,"Adri,tolong bawa Ammara ke kereta.Aku nak jawab soalan wartawan tak reti bahasa ni,"arah Tengku Syamil.Adri akur dan membawa aku pergi.

"Jika ada soalan tanya saya sekarang dan jangan ganggu isteri saya.Kamu ada lima minit saja untuk bertanya."

****
"Saya tak ada jawapan tentang spekulasi ini.Seeloknya kamu bertanya si pembawa spekulasi,Luna Latisya.Saya tak ada apa nak komen dan saya serahkan segalanya kepada mahkamah untuk tentukan.Okay,thank you.Lima kamu dah tamat."

Natasha membaling telefonnya di atas katil.Keratan video Tengku Syamil menjawab soalan wartawan menyakitkan hati.Ditambah pula dengan serangan balas Ammara kelmarin memalukan dirinya hingga terjatuh ke dalam kolam."Bodoh!!!"bentak Natasha.

Maya menggeleng."Sha,kau nak marah kenapa?Terang-terang kau yang serang dia dulu."Maya berkata.Dia berada di tempat kejadian menjadi saksi perbalahan yang dicetuskan sendiri oleh Natasha.

"Aku bencilah tengok perempuan tu.Berlagak gila bercakap dengan aku masa kat kolam tu.Setakat buku tu,dia nak jadikan bahan bukti.Tak cukup kuat untuk lawan aku."Natasha berang dalam berlagak.Dia tidak takut kerana dia ada video CCTV di luar suite yang.Dia juga percaya mereka tidak akan jumpa bukti kukuh untuk memihak Tengku Syamil.

"Berlagak atau tak,isunya kau yang serang dia dulu.Kau pun satu,buat hal tak nak pandang kiri kanan.Haaa..sekarang menjawablah dengan reporter."Maya membebel.Beberapa kali dia menolak panggilan pihak Melodi untuk mendapatkan cerita hangat tentang Luna Latisya.

****
Ammara melepaskan nafas."Catatan manis dalam ensiklopedia ni kita boleh jadikan eviden untuk menentang Luna a.k.a Natasha.Kita boleh keluarkan hujah cuba menggoda Syamil.Ini menguatkan hujah yang Syamil dengan Tasha dah lama kenal."Ammara menjelaskan beberapa fakta kepada mereka bertiga.Fikri mencatat sesuatu dalam diarinya dan membelek-belek buku tersebut.

"Mak aii..Buku macam ni aku selalu jumpa kat library atau rumah pensyarah atau profesor Sejarah saja.Jarang ada manusia yang suka buku-buku macam ni.Tak ada benda lain ke Si Luna nak bagi nak bagi?"jawab Fikri.Dia merasakan hadiah itu sangat melucukan kerana jika dikaji rata-rata rakyat Malaysia tidak suka Sejarah.

"Manusia yang jarang tu memang ada di sini dan minat pun buku-buku macam ni.Tak peliklah kalau Tasha bagi.Maksudnya dia memang tahulah minat manusia ni dan hantarkan sebagai hadiah pakej ayat bunga-bunga cinta lagi tu."Ammara membidas berbaur sindiran kepada Tengku Syamil.Dia banyak berdiam dan mendengar daripada mencelah.Dalam hatinya memuji juga ketajaman fikiran Ammara mencari bukti dan memberi hujah kepada Fikri.

Fikri mengerling Tengku Syamil nampak bersahaja walaupun diperli oleh isterinya."Okay-okay.Aku faham."

Ammara beralih kepada Kimi pula."Alright,Kimi.Tugas awak jadi saksi dan sahkan yang mereka saling mengenali.One more thing,awak dapat tak dokumen yang saya nak tu?"Ammara menyoal.Sifatnya lain benar daripada yang Tengku Syamil kenal sebelum ini.Tegas,berwibawa dan lantang berhujah.Dia banyak memberi isi hujahan kepada Fikri untuk dibahaskan nanti.

Kimi mengeluarkan sekeping kertas daripada failnya."Ada ni."Ammara mengambil dan dokumen itu dan membaca satu persatu butiran yang tertera.Bagai ditusuk sembilu hati membacanya walaupun sekian lama berlalu.Kepedihan merasai hakikat wanita lain pernah menghamili anak suami sendiri dikawal.Perkara lalu yang tidak harus diingati lagi.Ammara tidak mengulas banyak tentang itu malahan menyerahkan surat itu kepada Fikri untuk disimpan.

"Next,aku akan menjadi saksi malam Annual Dinner ketika dia cuba menggoda Syamil.Aku dah ready kebarangkalian soalan-soalan yang akan ditanya oleh Encik Ghazali.Rasanya aku tahu apa yang dia akan tanya."Ammara sememangnya telah bersedia secara mental,emosi dan fizikal untuk menghadap soalan peguam pendakwa.Dia salah seorang saksi yang akan memberi keterangan.

"Hmmm...Tapi ingat Ammara,dia ada satu bukti yang kukuh.Foto love bite dia dan surah pengesahan daripada doktor tentang itu."

Ammara tersengih."Come on,Fik.Kita gunakan teknik putar alamlah."

Tengku Syamil mengerutkan dahi memandang Ammara."Teknik putar alam?"soal Tengku Syamil yang dari tadi mengunci mulut.

"Maksud kau,apa?"

"Fik,sekarang ni kita nak tarik Si Luna mengaku yang love bite tu bukan paksaan.Psiko sikit,bagi dia tekanan."

Fikri tidak faham manakal Kimi berfikir-fikir.Masing-masing tidak dapat menangkap apa yang Ammara rancangkan dalam otaknya."Blur lah korang ni.Macam ni,Si Tasha tu dah kahwin.Kau boleh gunakan kelebihan itu untuk pancing dia mengaku.Kau tanya dia betul yakin ke love bite tu Syamil yang buat?Boleh jadi suami dia yang buat atau mana-mana lelaki."

"Sayang,kalau dia memang tekankan abang yang buat,abang tak nak saya sakit hati."Tengku Syamil mencelah.Disebabkan hal itu,Ammara menjauh daripada itu.

Ammara berpaling ke arah Tengku Syamil di sebelahnya."Abang jangan lurus sangatlah.Ini teknik nak pancing.Mana tahu ada sesuatu yang dia terlepas cakap.Kita dah dapat point di situ.Kalau nak ikutkan sakit hati,dah lama Rara sakit."Ammara berterus-terang.Suaminya mengangguk dia.

"Aku faham maksud kau.Hmmm...Rileks,Syamil.Aku tahu apa yang nak buat.Ammara tak akan tersakiti lagi dengan soalan itu."Fikri menenangkan Tengku Syamil yang lain.

"Good.So,let discuss the next plan.Soalan-soalan ramalan yang bakal ditanya nanti supaya kita tak tersilap langkah."Ammara bersiap-sedia dengan dokumen dan buku nota serta pen di tangan.

Tengku Syamil meminta diri untuk menjawab panggilan telefon.Fikri melambai tangannya agar Ammara menghulurkan telinganya.Kimi kekal di situ.

"Kau janganlah tegas sangat.Kasihan Syamil aku tengok.Monyok semacam je,"nasihat Fikri membuatkan Kimi tersengih-sengih.Fikri dari tadi perasaan Tengku Syamil bermuram durja.Ammara pula banyak kenakan dia.

"Bahan dulu,Fik.Lepas tu baru kasihan,"kata Kimi menyokong.

"Sayang,pegawai penjara call,"potong Tengku Syamil.

"Kenapa,Mil,"tanya Kimi hairan.Mereka bertiga menanti jawapan.

"Auntie nak jumpa aku dan Ammara.Katanya ada sesuatu nak beritahu tentang Tasha."

Mereka berempat saling berpandangan.Peluang yang dicari oleh Ammara untuk menambahkan bukti.

****
Ammara dan Tengku Syamil masuk ke ruang perjumpaan penjara.Cik Puan Salina bersedia menanti dengan senyuman.Seorang pegawai penjara menanti di luar.Ammara dan Tengku Syamil duduk memandang Cik Puan Salina yang kelihatan pucat.Sekejap-sekejap dia melepaskan batuk."Ada apa nak jumpa kami?Apa yang kau tak puas hati lagi?"tanya Tengku Syamil dengan nada ditekankan keras dan dalam.Aku memegang tangannya.

"Pertama sekali auntie nak minta maaf atas apa yang auntie dah buat kepada korang,"ucap Cik Puan Salina dengan suara serak-serak basah.Dia beransur-ansur berubah sejak tinggal di dalam penjara.Segala kejahatannya terimbau kembali membuat dirinya terasa insaf dan menyesal perbuatan jahatnya terdahulu.

"Dah buat salah,senang nak minta maaf pula,"jawab Tengku Syamil seolah-olah sel-sel otaknya sedang berhubung.Tentang dirinya sendiri mula memencilkan diri.

"Abang,kan auntie dah minta maaf tu.Tak payah marahlah kalau diri kita sendiri pun belum sempurna."Ammara melarang Tengku Syamil bersifat kasar.Bukan itu tujuan mereka datang.

Ammara tersenyum."Tak mengapalah,auntie.Kami dah maafkan auntie.Actually,kenapa auntie minta kami datang ni?"Ammara berbasa-basi.

"Sebenarnya auntie ada dengar kes Syamil dengan Luna."

Tengku Syamil menyampuk.Entah mengapa dia rasa benci dengan perempuan itu walaupun Cik Puan Salina telah memohon maaf."So,kau dengan Luna memang rancang nak kenakan aku?"Tengku Syamil tidak berpuas hati.

"Abang boleh dengar dulu tak apa yang auntie nak cakap.Kalau abang tak boleh control emosi abang,baik abang keluar dulu.Biar Rara yang cakap dengan dia."Ammara memberi amaran kepada Tengku Syamil.Dia merasakan emosi Tengku Syamil tidak terkawal.Jika berterusan,sukar Ammara ingin dapatkan maklumat dan rakaman percakapan yang diaktifkan tanpa pengetahuan sesiapa.

Tengku Syamil mengeluh.Dia menyilangkan tangannya dan biarkan Ammara berinteraksi dengan Cik Puan Salina."Okay,fine.Abang diam."

Ammara membetulkan duduknya yang kurang selesa."Sambung hal tadi,apa kena-mengena auntie dengan Luna?Apa auntie pernah jumpa dia?"Ammara mengajukan soalan.

Cik Puan Salina menggenggam tangan Ammara."Auntie minta maaf.Malam Annual selepas Ammara gaduh dengan Luna di tandas,auntie ada beri kad kepada dia.Dua tiga selepas itu,dia ada datang jumpa auntie,"Cik Puan Salina memulakan cerita.Ammara menanti kisah seterusnya manakala Tengku Syamil pura-pura tidak mendengar.

"Auntie yang mulakan ajak dia kenakan Syamil..."

"Jadi kerja kaulah ni?"Meninggi suara Tengku Syamil.

"Abang...Stop it.Kita dengar dulu."

Tengku Syamil berdiri menepuk meja."Nak dengar apa cakap perempuan jahat ini?Tak ada yang baik dia buat dalam hidup dia."Tengku Syamil meradang.Aku turut berdiri menghadapi Tengku Syamil.

"Kalau tak ada perkara baik yang abang nak cakap,lebih baik abang keluar sekarang,"Ammara mengetap giginya ketika bercakap dengan Tengku Syamil.Tengku Syamil mendengus lalu pergi dari bilik itu.Tinggallah Ammara berbicara dengan Cik Puan Salina.

Ammara menyambung duduk di kerusi bertentangan dengan Cik Puan Salina."Maafkan Ammara,auntie.Syamil bad mood sikit,"kata aku.

"Auntie faham kenapa Syamil macam tu dengan auntie.Auntie tak berkecil hati,"jawab Cik Puan Salina lembut.Riak berlagaknya dahulu berubah lembut kini.Mungkin tiada sebarang solekan terpalit pada wajahnya mempamerkan wajah keibuannya.

"Apa yang berlaku masa jumpa auntie?"tanya Ammara.

"Memang dasarnya auntie ajak dia kenakan Syamil tetapi dia menolak sebab dia cakap dia ada plan sendiri dan tak perlukan sesiapa untuk bekerjasama dengannya.Plan apa auntie tak tahu.Mungkin kes cabul ni plan dia,"Cik Puan Salina bercerita.Niatnya ingin bantu menyelesaikan kes Tengku Syamil.

"Hmmm...Ammara rekod video perbualan kita boleh?Di mahkamah nanti,Ammara akan gunakan rekod ni sebagai bukti."Aku meminta izin merakam video.

****
Aku menghulurkan dokumen prabicara dan pendrive kepada Fikri."Ni kertas yang baharu untuk perbicaraan nanti."Fikri menyambutnya riak hairan.Keningnya bersambung dan garisan dahinya kelihatan.

"Apa benda ni?"Fikri menyambungkan pendrive dengan komputer ribanya.

"Ini dokumen prabicara yang terakhir sebelum perbicaraan lusa.Gigih aku siapkan dan aku yakin ianya sangat membantu."Tinggi harapan aku untuk memenangi kes ini.Aku sedaya upaya cuba mendapatkan kembali harga diri Tengku Syamil.Aku tidak boleh tegar membiarkan dia dihentam lagi.

"Apa ni,Ammara?"

"Kau buka video yang ada dalam pendrive tu dan kau akan faham nanti,"kataku dengan helaan nafas.Fikri cepat-cepat membuka folder dalam pendrive tersebut.Ternganga Fikri dengan isi video itu.Hanya sebahagian saja yang ditonton dan dia menyambung perbincangan.

"Bila kau dapat bukti ni?"

"Well,you know me.Ini Ammaralah,pakar cari bukti.Aku nak sesuatu sampai ke lubang cacing pun akan cari.So,apa pendapat kau?"jawab aku.Senyuman bangga aku ukirkan di bibir.

"You are great.Bukti yang sangat kukuh dan tak ada sesiapa dapat sangkal lagi."Fikri tidak menyangkal lagi.Pada masa yang sama,dia sangat kagum dengan kekuatan Ammara menguruskan kes suaminya.Terluka dan kecewa diketepikan demi sebuah keadilan yang menyakitkan.

"Aku harap kita akan menang kali ini,harap tak ada kejutan tidak terduga lagi.Aku nak berehat.Otak dan emosi aku dah penat."Aku merungut tetapi itulah perasaan aku tika ini.Tiada siapa tahu kepenatan aku.Aku mengharapkan tidak ada rahsia lagi yang keluar daripada mulut Tengku Syamil.Sekiranya ada,aku tidak teragak-agak mengangkat kaki.

Fikri faham perasaan sahabatnya banyak bertungkus-lumus demi suami."Aku jamin lepas ni,kau akan berehat dengan tenang.Apa yang kita ada sangat cukup untuk kita menang.Tapi apa kau pasti dengan keputusan kau ni?"Fikri mendapatkan kepastian setelah menyemak dan meneliti kertas kausa yang Ammar sediakan.

"Aku rasa aku dah buat keputusan yang tepat.Video ini agak memgaibkan tetapi inilah satu-satunya cara nak buktikan yang Syamil tak bersalah."

Fikri menghela nafasnya beberapa kali."Syamil tahu tentang ni?"

Aku menggeleng."Tak tahu..Aaaah...Biarlah dia tak tahu.Kalau dia marah pun,dah memang salah dia.Aku yang makan hati berulam jantung ni dia tak fikir pula.Tindakan bodoh dia tu dah buat aku sakit otak dan hati,dia tak tahu."Aku lepaskan apa yang aku pendamkan kepada Fikri.

Fikri melebarkan senyuman."Bodoh-bodoh pun sayang kan?"Fikri menyakat.

Aku tidak menjawab.Tas tangan aku bimbit dan bangun dari kerusi.Tidak kuasa aku melayan loyar buruk Fikri.Lama berbual,aku terlupa mama menunggu aku

"Haaa...Kau nak ke mana pula tu?Kita tak habis lagi bincang pasal ni,"tegur Fikri kehairanan lihat aku yang gayanya tergesa-gesa ingin meninggalkan ruangan kerjanya.

Aku tersenyum."Aku dah lambat nak ke klinik ni.Check up perutlah.Aku tak berhajat nak singgah lama-lama pun,just nak bagi dokumen ni supaya kau semak.Lagipun,mama aku tunggu kat luar tu."Aku memberitahu jadual aku kepada Fikri.Mama meluangkan masa menemani aku ke klinik kali ini menggantikan adikku.

"Okay.Apa-apa hal aku call kau nanti.Aku baca dulu."

Aku mengenyitkan mata."Aku confident yang kau akan tersenyum dan boleh tidue lena.Good luck."

****
Aku sandarkan belakangku pada sofa.Kakiku dilunjurkan atas kerusi petak kecil agar lebih selesa.Bengkak kakiku terasa sedikit menyengat.Aku urut dengan pergerakan dari atas ke bawah sehingga lega.Kemudian,aku baringkan kepalaku pada manakala mata kupejam rapat.Fikiranku sangat tenang.Bebanan aku semakin ringan setelah dokumen dan bukti terakhir aku serahkan kepada Fikri.

Tidak lama kemudian,aku terasa betisku disentuh permukaan kulit kasar.Kelopak mata aku buka.Tengku Syamil tercongok di hujung kakiku memegang botol minyak angin memberikan senyuman."Abang buat apa ni?"

"Urut kaki Rara.Tak elok dibiarkan sembab macam ni,"jawab Tengku Syamil.Dia menyapukan minyak ke betis hingga telapak kakiku dan berhati-hati mengurut.Aku relakan saja kerana berasa sangat selesa.Aku kembali merebahkan kepala.Masing-masing membisu walaupun aku tahu Tengku Syamil mencuba memujuk aku.

Setelah lama dia gigih mengurut,aku menarik kaki aku."Cukuplah,abang.Rara nak masuk rehat di bilik."

Aku menongkat tangan aku pada sofa untuk bangun.Tengku Syamil membantu apabila melihat kesukaran aku.Berat badan aku naik berganda-ganda dan aku tidak begitu kuat menampungnya.Pergerakan aku agak perlahan.Tengku Syamil memimpin aku ke bilik tamu.Aku tidak lagi bermalam di tingkat atas.Lenguh untuk memanjat tangga.

Aku duduk di hujung katil manakala Tengku Syamil bersimpuh di atas lantai di hadapanku.Dia melabuhkan kepalanya pada riba aku.Tanganku dikucup berulang kali."Abang minta maaf sebab abang dah susahkan Rara.Sepatutnya dalam keadaa sarat sebegini,abang yang perlu jaga Rara tapi Rara terpaksa bersengkang mata memikirkan kes abang."Tengku Syamil berasa tersangat bersalah kerana aku terpalit sama dengan kesnya.Beberapa malam,dia melihat isterinya menyiapkan dokumen.

"Rara fikirkan anak-anak."Aku menjawab ringkas.Mustahil untuk aku katakan yang aku lakukan demi dia.

Tengku Syamil mendongak kepadaku dengan mata berkaca.Biasan air matanya memancar."Abang takut nak ke perbicaraan lusa,"akui Tengku Syamil.

"Abang jangan risau.Fikri sudah uruskan segalanya.Kali ni abang takkan kalah."Aku menyakinkannya.

"Abang bukan takut kalah.Abang takut abang akan kehilangan Rara dan anak-anak.Abang tak nak lepaskan Rara pergi dari hidup abang.Abang menghitung hari dan berharap masa akan terhenti supaya Rara kekal dengan abang.Abang tak kisah Rara ignored abang asalkan Rara ada di depan mata abang macam ni,"tangisi Tengku Syamil semakin keras.

"Keputusan Rara bergantung kepada perbicaraan nanti,"balasku.Kesayuan pada wajah Tengku Syamil buat meruntunkan hati aku.

"Apa pun keputusannya,abang tak akan lepaskan sayang.Abang tak nak ceraikan sayang.Abang sanggup melutut dengan Rara sebab jangan tinggal abang.Seberat mana pun hukuman yang Rara nak bagi,abang terima tetapi bukan bercerai."Tengku Syamil menyembah di kaki berkali-kali merayu aku tidak tinggalkan dia.

Aku mengangkat kaki ke atas katil."Apa abang ni?Jangan buat macam nilah,"kataku.Tengku Syamil berhenti lalu duduk di sebelahku.Dia memelukku dari tepi.

Tengku Syamil sangat-sangat menyesal."Maafkan abang,Rara.Abang menyesal."

Aku memejamkan mata.Antara kasih dan marah mengelirukan perasaan aku sendiri."Rara dah maafkan abang tapi Rara tak boleh lupa apa yang abang dah buat.Setiap kali terbayangkan abang bercumbuan dengan perempuan itu,Rara rasa sakit sangat.Abang boleh bayang tak perasaan tu?Otak Rara tak boleh cerna apatah lupakan."Aku luahkan perkara yang menghantui diriku sepanjang malam.Ya,Tengku Syamil tidak bertindak melampau batas tapi hati seorang isteri tetap terguris.Bermesraan membalas komen di media sosial pun,seorang isteri akan terasa inikan pula kemesraan hingga ke ranjang.

Tengku Syamil memaut jari-jemariku dan dagunya berada pada bahuku."Abang tahu sukar Rara nak buang semua itu.Abang faham.Ambillah masa Rara tapi jangan tinggalkan abang."Tengku Syamil mempamerkan muka kasihan.

"Keputusan Rara tetap tunggu selepas perbicaraan nanti."Pendirian aku tetap sama walau apapun rayuan yang menjelma.Aku tidak mahu menjadi wanita yang lemah dengan pujuk rayu lelaki.

Yesss...Dapat juga update.Maaf lewat sikit.Miss J memerah idea utk mnulis.Hehehe..Chapter sini kita rilex2 lagi.Tenang2 okay.Next chapter,dalam perbicaraan.semuanya akan terbongkar.Siapa agknya menang?Tunggu next chapter ya. Road to final...;-)

Share this novel

September Deria
2021-08-03 22:28:09 

uikk nda sabar sdh ni menunggu pembicaraan mahkamah..

meena
2021-08-03 16:45:43 

dah suspen teruk dah nie....

meena
2021-08-03 16:45:02 

cepat lah update miss.j


NovelPlus Premium

The best ads free experience