Pak Cik Salleh menjenguk-jenguk kepala di tembok pembahagi rumahnya dan Ammara.Saifudin terbongkok-bongkok menggembur tanah dalam pasu bunga."Psshh...Din,sini kejap."Pak Cik Salleh memanggil Saifudin.Tanganya dilambai-lambai.Saifudin mengelap peluh yang membasahi dahinya.Dia pergi kepada Pak Cik Salleh.
"Ada apa,Salleh?"tanya Saifudin.
"Kau tolong aku boleh?"pinta Pak Cik Salleh.
"Tolong apa?"
Pak Cik Salleh tersipu-sipu ketika itu.
Sedang mereka berbual aku pulang dari kerja.Keretaku kuparkir di perkarangan rumah kami.Penat rasa tubuhku seharian bekerja.Aku turun ke kereta menjinjit beg tanganku.Kurang bermaya langkahku.Ketika itu,abah dan Pak Cik Salleh sedang bercakap.Memang dari aku sampai tadi,aku nampak mereka berbual.
Pak Cik Salleh pula memandang gatal kepadaku.Lebar sekali senyuman dia kepadaku.Sebagai tanda hormat,aku membalas senyuman kelatku kepada dia.Tangan abah kusalam dan kucium.
"Penat nampak,Ammara.Banyak kerja ke hari ni kat office?"Pak Cik Salleh menyoalku yang berwajah pucat tanpa secalit solekan.
"Biasalah kerja,mana tak penat,pak cik."Aku berdiri di sebelah abah.
"Eh..eh..kan dah cakap panggil Abang Salleh saja.Kan manis begitu.Lagipun,abang tak kahwin lagi,"kata duda tanpa anak itu kepadaku.
Menyampahnya aku dengar pak cik tak sedar diri seorang ini bercakap.Umurnya sebaya dengan abahku,disuruh panggil 'abang'.Makin menjadi-jadi perangai gatal dia.Bak kata orang Perak 'Idok le kome manggil die abang.'
"Dalam dunia ni,dua orang je saya akan panggil abang.Yang pertama kalau orang tu memang abang saya.Yang kedua,suami saya.Selain itu,saya akan panggil ikut umur dan keperluan."
Merah muka Pak Cik Salleh.Terus dia mengalihkan pandangannya kepada abah.Aku tidak berniat untuk kurang ajar.Aku mahu dia sedar diri yang panggilan itu tidak sesuai untuknya.Harap-harapnya dia faham apa yang aku kiaskan.
"Rara masuk berehat dulu."
Aku mengangguk faham."Saya masuk dululah,Pak Cik Salleh."Aku sengaja keraskan nada suaraku ketika menyebut 'pak cik'.Tersengih-sengih dia di tembok itu.Selepas itu,aku tinggalkan mereka berdua menyambung perbualan.
****
Aku menyandar kelelahan pada kerusi penumpang.Lega rasanya dapat berehat setelah berjam-jam mencuba persalinan resepsi perkahwinan aku dengan Adri nanti.Adri sangat cerewet bab pemilihan busana kami.Ada saja yang tidak kena di matanya.Tapi tidak mengapalah,bukan selalu kami menjadi raja sehari,tidak salah memilih yang terbaik.Adri mahu kelihatan segak dan tampan semasa persandingan yang akan dilaksanakan di hotel.Meriah bukan?Boleh jadi 'wedding of year'.
Adri fokus memandu.Aku pula memejamkan mata.Tiba-tiba,aku terasa tangaku digenggam erat oleh tangan kasar Adri.Aku membalasnya.Tangaku dikucup lembut oleh Adri.Aku dapat merasakan Adri menyayangiku.Oh,bahagianya!
"Bie,may I ask you something?"Aku memulakan pertanyaan yang sememangnya bermain di fikiranku beberapa hari ini.
"Yes,love.Jiwa dan raga Bie serahkan,takkanlah tanya tak boleh."Adri dengan ayat-ayat 'pick up line' tidak lekang di mulut.Ada saja ideanya hendak buat aku di awang-awangan.
"Bie ni.Love seriuslah."
"Okay,sayang.Tanya saja,sayang.Bie dengar ni."
"Are you hiding something from me?Sesuatu yang Love tak pernah tau."Aku bertanya lagi.Kali ini serius.Sesuatu yang aku perlu tanyakan dengan Adri sendiri.Bukan aku tidak percayakan Adri tetapi aku mahukan kepastian dan kesahihah.Kenapa aku mula sangsi?Ya,semuanya ada kaitan dengan Meo.Sejak Meo masuk kerja dua hari lepas,aku tidak bertegur sapa dengannya walaupun Meo cuba bermesra denganku.Aku masih terasa Meo menuduh Adri memukulnya tempoh hari.
"Love rasa Bie ada sembunyikan sesuatu daripada Love?Tak cukup ke tempoh tujuh tahun kita berkasih,untuk kenal Bie?Segala-gala tentang Bie,Love dah tau.Apa lagi yang Love nak tau?"Adri berlagak sepeti biasa.Tiada apa yang perlu aku curigakan.
"Bukan macam tu.Mungkin ada sesuatu yang Bie terlupa beritahu Love.Kita kan dah nak kahwin dua minggu lagi,jadi Love tak nak ada apa-apa rahsia antara kita."Aku menyusun kata agar tidak menyakiti hati Adri.Hatinya sangat mudah terusik walaupun perkara kecil.Rajuknya sukar dipujuk mengalahkan aku yang perempuan ini.
"Lain macam cara Love bercakap ni.Apa Love sudah termakan hasutan mulut puaka Si Pondan Meo ke?Bie ingatkan dia dah mati,hidup lagi rupanya."
Aku tersentak dengan ucapan Adri.Sekilas aku memandangnya sedang memandu."Maksudnya memang Bie yang pukul Meo?"Perasaanku mula tidak enak.Aku cuba menidakkan tetapi naluriku kuat mengatakan perbuatan Adri.
Adri mengambil gula-gula lalu dimasukkan ke dalam mulutnya ketika lampun isyarat berwarna merah."Apa yang dia cakap kepada Love sampai Love pun sangsi dengan Bie?"Adri tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya dia menyoalku semula.Aku membisu tidak bisa menjawab.Serba salah aku dibuatnya.Riak Adri juga sudah berubah,tidak setenang tadi.
"Bie tau Love dah mula curiga dengan Bie gara-gara Si Pondan tu.Tapi tak mengapalah,Bie akan beritahu rahsia sebenarnya kepada Love supaya Love tak terus-terus sangsi dengan Bie.Kalau Love nak tau memang Bie kenal Meo tu sebelum dia kerja di situ.Dia pernah bekerja di syarikat kawan Bie,Danial.Dia sukakan Bie dan selalu goda Bie.Tapi Bie tak layan sebab Bie dah ada girlfriend cantik macam Love.Lelaki kot goda.Mungkin sebab itu dia tak puas hati dengan Bie.Jadi dia reka segala cerita supaya Love tinggalkan Bie."
Aku terkejut juga mendengar.Tidak aku sangka Meo sebegitu rupa.Patutlah gatal sangat apabila ternampak Tengku Syamil.Adri pun satu,kenapalah dia tak beritahu aku awal-awal.
Aku menunduk."Maafkan Love.Love tak tau Meo tu macam tu.Patutlah dia tak suka sangat Love dengan Bie.Maafkan Love sebab mula sangsi dengan Bie tanpa usul periksa."Aku rasa bersalah.
"Hmmm...memang Bie yang belasah Meo hari tu.Bie geram sangat sebab dia selalu kacau Bie.Love tak tahu,lepas jumpa balik hari tu,Meo asyik kacau Bie sampai hari tu Bie tak tahan sangat,Bie pukul dia.Dia senang-senang dia nak goda Bie.Tunang Bie sorang ni jauh lebih cantik dan perempuan sejati.Takkanlah Bie nak pada lelaki pula."Adri menyambung lagi.Hatiku berbunga-bunga apabila dipuji tapi masih merasa sakit dengan perbuatan Meo.Aku anggap dia kawan baikku tetapi dia tikam aku dari belakang.Tunang aku mahu dikebasnya.Meo!Meo!
"Love percayakan Bie.Lepas ni,Love tak akan kawan dengan dia lagi.Depan saja baik,belakang Love dia cuba goda bakal suami Love.Nak isytihar perang pun boleh ni."
Adri mengekek ketawa."Love sayang oooiii.Tak perlu sampai perang.Cukuplah Love percayakan Bie daripada mulut longkang pondan tu."
****
"Kita lunch sama hari ni."Meo mengajakku.Aku menggelengkan kepala.Aku menyambung kerjaku tanpa pedulikan Meo.
"Alaa...Beautiful Ammara."Meo melentuk mengadanya.Tak kuasa aku melayan dia.Pandai pula nak ambil hati aku setelah membuat onar.Geramnya aku.
Aku mengerling tajam kepadanya."Boleh tak kau pergi buat kerja kau?Aku banyak kerja,jadi jangan kacau aku."Aku membentak.Seraya itu Kak Nani yang terdengar memandang ke arah kami berdua.Aku bersikap dingin terhadap Meo.Sayu wajah Meo namun aku tak kisah.Aku sememangnya tidak mahu berurusan dengan dia lagi jika tiada perkara penting.
Duuummmmmm!!!!
Bunyi pintu bilik Tengku Syamil dihempas kuat mengejutkan aku bertiga.Aidil yang terpelanting di hadapan kami berdiri tidak stabil.Kak Pah yang mengelal cermin turut terperanjat.
Muka Aidil lebam dan terdapat kesan darah pada bibirnya.Rambutnya serabai seperti tidak disikat.Jalannya pula terumbang-ambing seperti ditiup angin.
"Aku nak kau minta maaf dengan mereka yang terlibat."Tengku Syamil membentak.Dia menyinsing lengan kemeja kuning cairnya ke atas.Kami terpinga-pinga dengan adegan itu.Setahu aku,Tengku Syamil menyuruh Aidil masuk ke biliknya pagi-pagi lagi.
Tengku Syamil yang tinggi lampai itu melepasi aku lalu menarik kolar kemeja Aidil."Cakap sekarang.Siap kau aku kerjakan."Tengku Syamil masih marah.Dihumbannya Aidil ke ruang kosong di hadapan kami.Tengku Syamil kalau marah,memang tanpa belas kasihan.Ringan tangannya mahu memukul kecuali dengan perempuan.
Aidil melutut perlahan-lahan."Ammara,Kak Pah dan Nani,saya minta maaf sebab letak kamera dalam bilik air yang korang guna.Kamera itu memang hak saya.Saya berniat tidak baik kepada kamu bertiga terutamanya Ammara,"ucap Aidil dengan tangisan.
Berdesing telingaku apabila namaku disebut.Maksudnya kamera itu dipasang untuk mengintai aku tetapi Kak Nani dan Kak Pah turut menjadi mangsa.Dasar lelaki gila seks.Gunakan video mandi aku untuk tujuan memuaskan nafsu serakah.Aku malu dengan Tengku Syamil.
Dadaku mula berombak.Marah dengan terkejut sama banyak.Bibirku tak mampu berkata-kata.Aku memegang dadanya.Meo menggosok belakangku tetapi kuelak.Meo melangkah setapak dariku.
"Ampunkan saya,Ammara."
"Sudah berapa banyak kau rakam video aku?"Terketar-ketar bibirku bertanya menahan geram.
"Baru pertama kali,Ammara.Saya cuma sukakan awak,Ammara.Awak terlalu indah pada pandangan mata saya."
Sekali lagi aku benci dengan kata-katanya.Indah katanya?Adakah keindahan yang aku miliki dijadikan sebagai simbol seks.Maruah aku dipermainkan.
Bukkk!!!Satu tumbukan mengena pada pipi Aidil.Aidil terjelepok di atas lantai."Bodoh!!!Suka seseorang bukan begini caranya.Kau buat Ammara macam tak ada maruah,"herdik Tengku Syamil.
"Saya rakam untuk koleksi peribadi saja,Tengku.Sumpah.Saya tengok sendiri."Aidil mempertahankan dirinya.Tapi gayanya bercakap sangat menjijikkan.Video aku yang berpakaian dalam dan tuala mahu dijadikan koleksi?Aku bukan bintang filem pornografi yang enak dijadikan bahan tontonan.
Aku nampak Tengku Syamil menggenggam penumbuknya lagi.Geram barangkali Aidil buat hal dalam pejabatnya."Kau tengok sendiri untuk jadikan modal melancap?Ammara bukan isteri kau yang kau nak tengok seluruh tubuhnya.Kak Pah dan Nani tak ada harga diri ke?Yang layak tengok tubuh mereka ialah suami mereka sendiri bukannya orang jijik macam kau."
Tengku Syamil mengamuk.Ditumbuknya Aidil bertubi-tubi.Aku menahan Tengku Syamil daripada membelasah Aidil kerana dia agak lemah.Ganas sungguh Tengku Syamil.
"Kau masih nak halang aku dengan apa yang dia dah buat kepada kau dan kawan-kawan kau?"Tengku Syamil menyoalku.Nafasnya tidak keruan.
"Saya memang marah,Tengku.Tapi kita serahkan saja dia kepada polis.Saya takut dia mati di sini jika Tengku terus pukul dia.Kan dah jadi kes seksyen 302."Aku bercakap dengan Tengku yang berdiri di hadapanku.
Tengku Syamil menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembus."Kau dipecat sekarang,Aidil.Lepas ni,jangan tunjuk muka kau kat sini lagi.Ubah sikap kau dan jangan menganiaya perempuan lagi."Tegas Tengku Syamil bercakap.Aidil menyandar pada meja.Tidak lama kemudian,polis datang bersama Kimi.Aku dan rakan-rakanku terpaksa menjadi saksi dan membuat keterangan.Aku lega Si Aidil tak mati dikerjakan oleh Tengku Syamil.
****
Aku bergegas menuju ke parking kereta.Tengku Syamil menyuruhku ke kondominiumnya secepat mungkin.Dia tidak sihat katanya,tidak larat memandu ke pejabat.Jadi,aku perlu siapkan kerja di rumahnya.Segala kelengkapan aku bawa.
Meo mengekor jejak aku dari belakang.Apa lagi yang dia mahu?Faham tak aku tidak mahu berkawan dengannya lagi?Bukan dia tak faham tindakan aku tak endahkan dia.
"Ammara,wait."Ketika aku ingin buka pintu kereta,Meo memanggilku dari belakang.Aku berpaling dan dia tercegat di hadapanku.
"Kau nak apa lagi,Meo?Apa lagi yang kau tak puas hati?"Aku bertanya.Mataku dikecilkan kerana cahaya matahari menyilaukan mataku.
Meo datang hampir dengan aku.Bahuku disentuh."Kenapa kau jauhkan diri daripada aku?Apa salah aku?Kalau pasal hari tu,aku minta maaf.Aku tak berniat nak sakitkan hati kau tetapi itu kenyataannya."Meo dengan muka bersalahnya.Aku tak tahu mahu kasihan atau menyampah.Meo sahabatku tetapi aku tak boleh terima dia cuba menggoda Adri.
"Sudahlah,Meo.Aku tak nak gaduh dengan kau.Lebih baik kita buat hal sendiri."
Meo mempamerkan wajah sedih di hadapanku.Sungguh aku kasihan tetapi aku perlu elakkan Meo.Aku tidak mahu terlalu rapat dengan dia kerana aku akan sakit hati nanti.
"Aku minta maaf,Ammara.Tapi apa yang aku cakap tentang Adri tu semuanya betul.Aku tak bohong."Meo menyakinkan aku.
Aku menyilangkan tanganku.Nafasku dihembus."Cukup-cukuplah kau burukkan Adri.Antara kau dengan Adri,aku lebih percayakan tunang aku.Aku kenal dia lama.Aku malas nak layan kau,baik aku pergi.Tengku bising kalau aku lambat nanti."Aku membuka pintu kereta tetapi ditahan oleh Meo.Aduhlah,Meo!Panas-panas macam begini mahu suhu kemarahan aku juga meningkat.
"Aku tak nak kau menyesal kahwin dengan Adri.Dia bukan ada kau sorang saja malahan ramai lagi.Kau jangan terkejut jika kau tahu..."
Aku memotong percakapan Meo.Bahang telinga aku mendengar Adri difitnah lagi."Meo,this is too much.Aku dah cukup sabar dengan perangai kau pun dah kira baik.Jangan buat aku hilang sabar.Kenapa aku perlu menyesal kahwin dengan Adri?Sebenarnya aku lagi menyesal kawan dengan kau,Meo."
Ternganga mulut Meo tika itu.Matanya mula bertakung dengan air mata."Sampai hati kau cakap macam tu.Aku ikhlas kawan dengan kau,"kata Meo dengan sayu.
"Kau tak ikhlas,Meo.Kau kawan dengan aku sebab nak rapat dengan Adri.Aku dah tau segalanya niat kau.Aku tak pernah menghakimi kau walaupun kau lelaki lembut sebab aku pasti kau ada sisi tersendiri.Tapi aku silap menilai.Rupanya kau kawan makan kawan.Tunang aku kau goda.Kau nak memondan,itu hak kau tapi jangan libatkan Adri."Aku luahkan apa yang terbuku di hatiku kepada Meo.
Meo mengesat air matanya.Aku tidak peduli.Mungkin hanya lakonan menarik simpati aku.Di belakang aku,dia yang menggoda Adri.Arrrghhhhh!!!Tidak kusangka,sainganku yang cuba merampas Adri ialah lelaki.
"Ammara,aku tak pernah menggoda Adri.Dia tipu kau."
"Meo,antara kau dengan Adri,aku lebih percayakan Adri.Aku dah tau siapa kau dan sisi gelap kau.Aku minta sangat-sangat,kau jangan kacau Adri dan aku lagi.Please."Aku menolak Meo ke tepi lalu menutup pintu keretaku.
Sebaik enjin keretaku dihidupkan,aku pergi dari situ.Aku terlihat Meo masih berdiri di situ memandang keretaku hilang dari perkarangan parking hotel.Aku menarik nafas lega kerana dapat melepaskan diri daripada Meo.
****
Tiba di kondo mewah Tengku Syamil,aku memasuki ruang tamu kediamannya.Sama seperti 'suite' di hotel.Hiasan berkonsepkan English moden berwarna kelabu.
Mataku mencari kelibat Tengku Syamil tetapi tiada.Pintu rumahnya tidak berkunci,jadi senanglah aku masuk.Aku sangat kagum dengan rekaan hiasan dalaman kediamannya ini.Ringkas dan menenangkan.Ada beberapa lukisan digantung pada dinding dan itu merupakan hasil seni Tengku Syamil sendiri.Ya,dia berjiwa seni.
Ada lukisan abstrak dan pemandangan.Sangat halus lukisannya.Jika aku yang lukis,pokok pun belum tentu jadi.Aku kagum dengan kelebihan Tengku Syamil.
Ketika melihat lukisan pada dinding itu,mataku tertarik dengan satu lukisan bayi yang berlatar belakang gelap.Perkataan 'missing' tertera di bahagian bawah lukisan.Bayi dalam karya itu digambarkan tidur lena dalam tapak tangan.Aku tidak tahu mengapa aku rasa sayu dan tersentuh melihat lukisan itu.Aku bukan orang seni untuk menginterpretasi lukisan itu tetapi aku dapat rasakan kehilangan melihat lukisan itu.
Lama aku menatap lukisan tersebut,Tengku Syamil menegurku."Lambat kau sampai."
Aku berpaling.'Oh my god.'Dia buat lagi.Tengku Syamil menyarungkan tshirt hitam ke badannya di hadapan aku.Kenapa Tengku buat begini kepadaku?Aku pura-pura memandang ke arah lain apabila Tengku Syamil melihat aku.Nanti dia ingat aku miang pula.
Tengku Syamil duduk menyandar pada sofa meramas-ramas kepalanya.Mukanya memang nampak merah."Aku demam.Kau tak payah masuk office balik.Buat kerja di sini saja sambil temankan aku.Aku dah call Meo suruh uruskan hal office."Tengku Syamil mengalih kedudukannya kepada berbaring.
Aku tidak hairan sebab ini bukan kali pertama.Banyak kali aku temankan Tengku Syamil di kondo ketika dia tidak sihat.Dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas aku selama ini.Aku cuma risau Jabatan Agama Islam saja yang datang menyerbu.Maklumlah kami tidak berkahwin dan tiada pertalian darah berdua-duaan.Mengundang bahaya.Lebih-lebih lagi aku bakal berkahwin dua minggu lagi.Nanti kecoh di media sosial dengang tajuk 'Tengku Syamil ditangkap khalwat bersama setiusahanya.'Tidak mahu aku.
"Kau fikir apa,Ammara?"tanya Tengku Syamil.Aku menggelamun.
"Hmmm...Tak ada pegawai agama datang ke,Tengku di sini?Tak pasal-pasal kena kahwin free."
"Nak susah apa?Kahwin sajalah."Begitu bersahaja jawapan Tengku Syamil.Mana mungkin aku kahwin dengan dia.Kahwin dengan dia hari-hari muka ketat,kemurungan aku.
"Eeuwwww...Tak inginlah saya kahwin dengan Tengku.Free pun tak nak."Aku mencebik.
"Tak nak,lantak kaulah.Kau boleh tak datang buat saja kerja kau?Jangan fikir di luar kotak sangat.Banyak kali dah kau datang sini,tak kena tangkap basah pun."
Aku menggerakkan bebola mataku."Memanglah tak pernah.Manalah tau ditakdirkan masa ni orang pejabat agama buat serbuan tiba-tiba.Malang tidak berbau,Tengku."
Tengku Syamil mengiring.Aku dipandang tajam dengan mata hazelnya."Just do your work,Ammara.Jangan serabutkan kepala dengan benda yang tak berlaku lagi.Aku pening kepala ni,nak tidur.Bukan nak dengar ramalan masa depan kau."
Nafasku dilepaskan.Aku duduk bersila dan membuka komputer riba dan beberapa fail untuk rujukan.Kerja-kerjaku di pejabat tadi aku sambung semula.Malas aku berbalah dengan Tengku Syamil.Biarlah dia tidur.
****
"Tasha,tunggu!!!"Aku terperanjat apabila Tengku Syamil menempik.Aku mengintai dari sebalik komputer,matanya terpejam.Mengigau rasanya.Tetapi Tengku Syamil tidak selesa gayanya.Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan.Badannya seperti menggigil.
Aku meluru ke pembaringan Tengku Syamil.Wajahnya agak pucat.Aku beranikan diri menyentuh dahinya dengan tanganku.Panas.Tengku Syamil demam.Tangannya pula sejuk.Aku cemas.
Aku menolak bahu Tengku Syamil."Tengku,masuk tidur dalam bilik Tengku."
Tanganku dipegang oleh Tengku Syamil.Dingin tapak tangannya.Matanya memandangku."Teman aku,Ammara.Aku tak nak sorang-sorang,"kata Tengku Syamil.Lagaknya seperti anak kecil.Hilang segala lagak seriusnya.
Disebabkan kasihan,aku memapah dia masuk ke dalam bilik.Aku baringkan dan selimutkan dia.Suhu pendingin hawa aku perlahankan.Kain tuala lembab kubasahkan lalu letakkan pada dahinya.Dia merelakan apa yang aku lakukan kepadanya.Tidak berdaya.Tahu pun.
Usai makan bubur McD yang aku pesan,aku menyuakan panadol kepada Tengku Syamil."Makan ubat ni."
"Tak naklah.Aku tak suka ubat."Tengku Syamil menolak.
"Eh..eh..Dah sakit-sakit macam ni,Tengku nak berlagak lagi.Tak nak makan ubat bila nak sihat."Aku mengomel.Baru aku tahu perangai Tengku Syamil begini.Macam budak-budak.Ikutkan hati aku,mahu saja aku sumbat panadol dalam mulut,lepas itu tekup sehingga dia telan.Padan muka.
"Aku memang tak nak,kau nak buat apa?"Tengku Syamil mencabar.Tak padan sakit,berlagak tak habis-habis.
Lantas aku letakkan ubat itu di atas piring,kuletakkan di meja kecil tepi katil."Tak nak sudah.Yang sakit Tengku bukan saya."
"Hmmm...yalah-yalah.Suapkan."Tengku Syamil menyuruh aku suapkan ubat.Mimpi apa Si Tengku seorang ini?Dia sakit memang mengada-ngada macam ini agaknya.Terpaksalah aku layankan saja.Kerja tadi aku biarkan dulu.Berani dia marah aku tidak siapkan kerja nanti?Aku tolong tengokkan dia demam pun sudah cukup baik.Kalau tidak kenang budi aku,tak tahulah aku mahu kata apa.
Berkerut-kerut muka Tengku Syamil mengunyah panadol pahit itu.Pantas dia meneguk air mineral hingga habis.Mahu tergelak dengan gelagat dia tetapi kutahan.'Alahai,Tengku!You are so cute.'
"Pahit,"rungut Tengku Syamil.
"Ubat tu untuk ditelan bukan dikunyah.Tengku kunyah macam gula-gula memanglah pahit,"kataku sambil mengemas dulang.Tengku Syamil diam tidak pedulikan aku.Aku baru tahu satu kelemahan dia,takut menelan ubat biji atau pil.Kasihan.Macho sebegitu takut telan ubat.Tak mengapalah,aku pandai menyimpan rahsia.
Tengku Syamil berbaring semula,badannya tidak sepanas tadi.Menggigil juga tidak.Aku duduk di atas lantai tepi katil."Kenapa Tengku tak kahwin?Kan senang kalau sakit-sakit macam ni ada orang jaga."
Dia mengiring badannya berbual denganku."Kau kan ada,buat apa aku nak kahwin?Call saja,kau datang."
"Saya ni setiausaha Tengku saja.Sampai bila Tengku nak harapkan saya?Lambat-laun,saya mungkin berhenti kerja.Tengku perlukan seseorang jaga makan pakai Tengku."
"Kau tak ada,aku carilah setiausaha lain pula.Apa susah?"
Aku menggeleng.Senang saja dia cakap.Patah tumbuh hilang berganti setiausahanya.Nasiblah siapa yang jadi setiausahanya akan datang.Aku?Selepas berkahwin,mungkin aku akan berhenti.
"Setiausaha bukannya kekal.Bukan selalu ada di sisi Tengku.Carilah yang kekal bersama dan menjaga Tengku hingga ke akhir hayat."
"Kau selalu di sisi aku."Ringkas saja Tengku Syamil membalas.Kadang-kadang aku di sisinya bukan kerana aku rela tetapi terpaksa juga.Susah mahu betulkan pemikiran orang yang sudah lama membujang.Barangkali lebih selesa hidup sendiri.
"Semuanya tak akan kekal,Ammara.Setiausaha,cinta,isteri, dan anak tak akan kekal.Sampai masanya semua itu akan meninggalkan kita."Mendalam maksud kata-kata Tengku Syamil.Ya,tidak ada satu yang kekal di dunia ini.
"Tengku sambung tidurlah,saya buat kerja saya."Aku meminta diri.Malas memanjangkan perbualan kami di dalam bilik Tengku.Pandangan mataku juga perlu dijaga daripada menikmati kekacakan Tengku Syamil.Boleh tahan gatal kau,Ammara.
****
Aku menjenguk Tengku Syamil di bilik masih lena.Pintu biliknya kututup perlahan-lahan supaya dia tidak terjaga.
Setelah selesai tugas-tugasku,aku mengambil barang dan begku untuk pulang.
Engku Nenda sudah tercegat di hadapan pintu ketika aku membuka pintu.Aku menghubungi Engku Nenda supaya datang melawat Tengku Syamil.Risau pula dia pengsan seorang diri dalam rumah.Itu pengsan,andai kata mati susah pula aku nak jawab soal siasat.
Engku Nenda senyum kepadaku."Ammara nak balik dah?"tanya Engku Nenda dengan ramah.
"Ya,Engku Nenda.Tengku tidur di dalam bilik."
Engku Nenda menarik tanganku masuk semula ke ruang tamu.Kami berdua duduk di atas sofa.Engku Nenda menyentuh pipinya.Bibirnya mekar dengan senyuman.Seram juga aku dibuatnya.
"Ammara selalu ke sini?"tanya Engku Nenda kepadaku.
"Tak adalah,Engku Nenda.Sekali-sekala atas urusan kerja saja saya ke sini."
Aku selesa dengan Engku Nenda.Lemah tutur katanya."Gayanya Ammara bermakna bagi Syamil.Kalau Ammara sudah bersedia,beritahu nenda.Nenda hantar rombongan meminang n
segera.Jangan tunggu lama-lama."
Tergamam aku dengan ucapan Engku Nenda.Sah Engku Nenda salah faham.Mesti dia fikir aku ada hubungan istimewa dengan Tengku Syamil.Aduh!!Sebelum masalah menjadi semakin serius,aku perlu perbetulkan status aku.
"Engku Nenda,saya dengan Tengku Syamil tak ada apa-apa hubungan.Saya ke sini atas dasar kerja saja.Kebetulan banyak dokumen perlu ditanda segera,jadi saya siapkan di sini.Lagipun,saya sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa dua minggu lagi."Aku menjelaskan satu persatu kepada Engku Nenda.
Helaan nafas Engku Nenda sepertinya kecewa denganku."Oohh...Dah tunang.Nenda ingat Ammara masih bujang.Tak mengapalah,tak ada jodoh."
****
Aku masuk ke Restoran Rasa Kampung dengan debaran di hati.Ada seseorang yang ingin bertemuku.Seorang wanita memperkenalkan dirinya sebagai Alisa menelefonku pagi tadi.
Aku mencari wanita itu berdasarkan warna pakaiannya yang diberitahu.Tapi agak sukar juga untuk mengenalinya kerana ramai yang mengenakan baju yang sama warna.Aku melangkah perlahan.Di sudut hujung ada seorang wanita berjubah peach melambai kepadaku.Ya,sudah kutemui Alisa.
Aku menghampiri wanita itu.Aku bersalaman dengannya.Masih muda.Aku kira-kira dalam lingkungan umur aku juga tetapi sudah berbadan aku.Jelas kelihatan 'baby bump' walaupun dia memakai baju lebar.Tiada secalit alat solek pada wajahnya tetapi masih cantik pada pandangan mataku.Rautnya suram seolah-olah menyimpan seribu kesakitan dalam hati.
Alisa mempersilakan aku duduk."Terima kasih Cik Ammara sudi berjumpa dengan saya.Maafkan saya sebab mengambil masa Cik Ammara,"tutur Alisa dengan sopan.Sangat lemah lembut jika dibandingkan dengan aku.
"Tak apa.Lagipun,sekarang waktu rehat saya.Tak payah panggil cik.Cukup Ammara saja."
Suka aku melihat ketenangan Alisa.
"Saya ada hal penting yang mahu dibincangkan dengan Ammara.Saya dah lama kenal Ammara tetapi sekarang saya baru berani tampilkan diri untuk berhadapan dengan Ammara."
Aaaa...Sudahlah.Apa yang bakal berlaku?Berdebar jantungku bukan kepalang.
Aku memaksa diriku senyum."Tentang apa,Alisa?
Debaran kian terasa apabila Alisa menunjukkan gambar Adri dalam telefonnya.Apakah semua ini?Jantung bagai mahu meletup.Apa hubungannya dengan Adri?Anak siapa yang dikandung wanita itu?Aku penasaran.
Kejutan apakah ini di saat-saat aku hampir ke gerbang kebahagiaan.Aku mengawal perasaanku walaupun hatiku sangat terluka.
"Ammara kenal lelaki ini kan?"tanya Alisa lagi.Aku tidak sanggup mendengar kenyataan yang Alisa bakal sampaikan kepadaku.
"Ya,dia tunang saya.Adri Watson."Aku mengakui.Aku masih tertanya-tanya siapa Alisa?Jangan main tarik tali,Alisa.Beritahu kebenarannya.Aku tak sabar menanti walaupun sakit.
"Kalau Ammara tak nak terseksa dan menderita seperti saya,lebih baik awak batalkan pernikahan awak dengan Adri.Masih tidak terlambat.Dia bukan lelaki yang baik untuk awak.Saya dah merasainya dan saya tak nak awak rasa apa yang awak rasa."
Terkedu aku.Ya Allah,dugaan apakah ini?Kepercayaan aku dikhianati Adri.Apakah benar apa Meo beritahu?Siapa yang berbohong sebenarnya?Mana mungkin Alisa menipuku.
Bagai dihempap batu jiwa dan hatiku.Terlalu berat untuk aku terima.
Maafkan Miss J sebab lama x update.Miss J bkn xnak update tapi coverage di tmpt Miss J ada problem.Huhuhuhu..Thanks yg sabr menunggu.Syg korang ketat2. Tengku Syamil demam pulak... Siapa Alisa??Apa kena-mengena Alisa dgn Adri?
Share this novel
tq..jemput bace chpter 7 plak..hehehe
aduhai ammara kesiannya kena tipu dgn Adri.... thanks m.j update