Bab 23 : Tersuka Tanpa Sengaja

Romance Series 697932

Aku menyisir rambut panjang dan lurusku di hadapan cermin.Pantulan cermin itu menayangkan Tengku Syamil mengenakan tuala putih keluar dari bilik air.Aku intai lengan ketul-ketul,garisan petak pada bahagian perut dan dadanya yang sado di sebalik cermin.Titisan air menuruni pipi hingga ke dagunya,aku rasa cukup seksi.Aku mengalihkan pandangan apabila dia tersedar aku usya tubuhnya curi-curi.Dia berjalan menghala ke arah kedudukan aku.Sikat pada tanganku diambil lalu rambutku disisir dan dibelai dengan tangan kasarnya.

Kemudian,dia membongkokkan badannya.Pipi kami bertembung bergesel antara satu sama lain."Pandang cermin ni?Apa yang kau nampak?"soal Tengku Syamil buat aku terkebil-kebil menjawab.

"Saya nampak saya dan awak.Kalau soalan teka-teki,saya memang tak tau jawapannya."Aku berterus-terang.Dalam hidup ini,aku paling benci soalan teka-teki kerana aku tidak pernah dapat jawapan yang tepat.Buang masa aku memerah otak dan aku rela mengaku kalah sebelum berjuang.

Jari telunjuknya dihalakan kepada pantulan wajahnya sendiri."Jika baby boy,dia akan copy paste aku.Sebiji rupanya macam ni."Tengku Syamil memulakan kisah dongeng anaknya.

Selepas itu,rambut panjang aku diletakkan ke kepalanya."Girl pula macam ni.Aku dengan rambut panjang dan tiada misai serta janggut."

Aku menoleh kepadanya.Tidak pernah dalam sehari,dia tidak bercakap soal anak yang aku ada dalam kandungan aku.Maknanya dia tersangat inginkan anak ini.Berbeza dengan aku yang tidak pernah mengiktiraf kehadiran nyawa tersebut dalam hidupku.Aku izinkannya mendiami rahimku kerana aku pasrah dengan keinginan Tengku Syamil.Kerana bayi ini juga Tengku Syamil berubah 360 darjah daripada dulu.Marah,garang dan sindir tidak lagi meniti bibirnya.

"Pakai baju,Syamil.Pagi-pagi lagi dah nak merepek.Biarlah dia nak ikut muka sesiapa pun."

"Hmmm...Yalah.Baru nak manja-manja sikit,kena marah."

Tengku Syamil menghilang ke bilik persalinan.Cermin di hadapanku aku pandang kembali.Aku basahkan bibir aku yang kering dengan pelembap bibir.Alat solek yang beratur di meja seperti memanggil-manggil aku supaya oleskan pada wajah aku.Senjata-senjata itu tidak bersentuh sejak awal kehamilanku ditambah pula aku di rumah saja.Maka bertapalah mereka atas meja solek itu agak lama.Tapi pagi ini aku bagai dipukau,seolah-olah alat solek tesebut menyeru aku menggunakannya.'Tolonglah guna kami.Kami rindu nak bertepek pada muka awak,Si Cantik Ammara.'

'Eh..Eh..Eh..Kau ingat ni filem fantasi disney,alat make up boleh berkata-kata.'Aku pun ambil satu persatu lalu ditepekkan ke muka gebu aku ini.Aku tak peduli Tengku Syamil hilang ke mana,aku mahu berdandan juga.'Tak kira.Aku dah gian.'

"Rara."Tengku Syamil muncul lagi saat aku ralit 'prep' muka.Seluar slack saja yang dipakainya.Kemeja putih diletak atas katil lalu membetulkan tali pinggangnya.Dia tidak peduli pun kepada aku yang betul-betul berada di hadapan cermin dengan menayangkan ototnya berketul itu.

'Nak tunjuk body kat akulah tu.'Bukan aku tidak biasa tengok tetapi aku selalu terpesona.Mulalah kemiangan aku menatap aset-aset Tengku Syamil yang padu.'So hot.'Mataku tidak berganjak menikmati keindahan itu.

"Kenapa?Am I look sexy?Mengancam tak?"tanya Tengku Syamil apabila dia perasan aku leka merenung asetnya.

"Haaa?Sexy?Jangan perasanlah."Saya Mataku berkedip tatkala ditegur.'Haisshh..Dia perasan pula.Kau pun satu,yang pergi usya body orang buat ape?'Aku segera mengalihkan pandangan dan menyambut bersolek.'Cover malu.Acah-acah aku tak tengok.'

Tengku Syamil melepaskan ketawa."Kalau tak sexy,tak adanya mata kau tu terpacak kat aku tadi.Ingat aku tak nampak ke?Malulah tu nak mengaku."

Aku tertangkap namun aku masih menafikan telahan Tengku Syamil."Eee...awak tu syok sendiri.Saya tak mainlah usya-usya dari jauh ni."Aku berlagak.

Tengku Syamil mengangkat tinggi keningnya."So,datanglah sini usya dari dekat pula.Mana tau ada rezeki kau..."

Aku memalingkan badanku."Stop it,Syamil.Jangan nak merepek pagi-pagi.Baik awak bersiap.Nanti lambat sampai office."

"Siapa berani marah aku masuk lambat?Secretary aku yang dulu dah aku cutikan,so tak ada orang yang berani nak bebel kat aku kalau lambat."Tengku Syamil menyindir aku.

"Suka hati awaklah.Malas nak layan."

"Hmmm....Rara,"rengekTengku Syamil dengan nada yang sangat manja.Meremang bulu roma aku.'Bahaya kalau dia buat suara manja macam ni.Mendapat aku nanti.Dah la lama dia tak dapat.'

"Awak nak apa?"

"Tolonglah sematkan butang kemeja ni."

Huh!!!Kerjanya mahu mengatur hidup aku."Kenapa dengan tangan awak?Selama ni boleh je awak sematkan sendiri."

"Entahlah,rasa berat je nak angkat tangan ni.Tolonglah...Nanti aku lambat pergi kerja."Mendayu-dayu permintaan dia kepadaku.Aku layankan saja.Aku bingkas bangun dari kerusi dan menghampirinya.

Jari-jari aku ligat memasukkan butang kemejanya ke dalam lubang butang.Aku pura-pura tidak nampak dia merenung ke muka aku yang tak siap beralaskan foundation.Aku memberanikan mataku bertentangan dengannya.Terpesona dengan bolosan anak matanya.Bibirnya semakin lama semakin rapat dengan bibir aku.

Ketika itu,bau bedak yang dipakai menusuk ke rongga hidungku menyebabkan aku terasa loya.Aku alihkan kepalaku ke tepi dengan cepat dan menekup mulutku dengan telapak tangan.

"Kenapa?"Tengku Syamil hairan.

Bau bedak itu semakin menjadi-jadi.Tidak semena-mena aku terjeluak pada dada Tengku Syamil.Habis baju kerjanya dibasahi dengan muntah masam aku.Tertegun Tengku Syamil.Aku berlari ke bilik air menyambung muntah.Dalam hati aku rasa bersalah dengan Tengku Syamil dan berdoa dia tidak marah kepadaku.Aku tidak sengaja.Tindakan refleks apabila aku terbau bedak badannya.

Waktu aku kembali ke kamar,Tengku Syamil tidak berbaju sedang mengelap sisa muntah aku pada lantai.

"Syamil,saya minta maaf.Sumpah saya tak sengaja."Tergagap-gagap aku berkata.

Serius wajah Tengku Syamil bangun memandangku.Tiada sebaris senyuman padan wajahnya.'Matilah aku.Dia dah bad mood.'Aku takut dalam reda.Apa yang aku boleh buat?Benda sudah berlaku.Jadi,aku terpaksa hadap kemarahan Tengku Syamil walaupun aku tidak sengaia.

Dia berdiri di hadapan aku yang menunduk ke lantai.Seram!!!Rasa mahu menyorok bawah katil pun ada.

Daguku diangkat mendongak ke arahnya."Aku denda kau,"serius Tengku Syamil berkata.

Aku menelan air liur.Terketar-ketar bibir aku bertanya,"Dendaa....apaa..?"

Lantas,Tengku Syamil memegang pergelangan tanganku.Dia merapatkan bibirnya di cuping telingaku dan berbisik,"Kau kena teman aku mandi."

'Arrghhhh.....Syamil...'

****
"Kak long ada di meja hujung ni.Dari Amir tu mengala ke pukul lima."Aku memberi arahan kepada Tengku Amir yang melilau mencari aku dan abah.Aku keluar bersama mencuci mata dan memburu makanan yang aku inginkan.Aku dan abah melambai-lambaikan tangan kepada Tengku Amir.

"Duduklah,Amir.Order makanan,kak long belanja hari ni."Aku mengajak Tengku Amir yang baru sampai.

"Ada berita baik ke kak long tiba-tiba nak belanja ni?"tanya Tengku Amir menarik kerusi dengan senyuman.

"Meraikan pembebasan sementara."Aku ketawa.Hari pertama aku keluar rumah tanpa Tengku Syamil sejak aku disahkan hamil.

"Patutlah gembira sakan.Ada orang baru terlepas dari sangkar rupanya."Tengku Amir menambah.Dia pun tahu bagaimana Tengku Syamil mengawal pergerakkan aku.

"Haah..Sangkar Sang Raksasa."

"Rara,tak baik cakap macam tu.Syamil kawal Rara ada sebab tau.Rara bukannya sihat sangat nak merayap,tu dia risau kalau bagi Rara keluar sendiri."Abah mencelah.Abah sentiasa mengingatkan aku daripada mengutuk menantu kesayangannya lebih-lebih.Tengku Syamil pandai 'deal' dengan abah hal yang berkaitan dengan aku.

"Rara taulah,bah.Saja je bergurau.Tak salah pun kan,memang dia suka control Rara."Aku tidak mengalah.Dasar mahu menang.Masa macam ini aku dapat kutuk Tengku Syamil.Depan-depan,kecut perut juga aku nak kutuk lebih-lebih.

Abah menggelengkan kepala.Dia sudah biasa dengan perangai aku."Jangan dilayan Si Rara,Amir.Memang patut pun Syamil kurung dia.Dulu sebelum kahwin,ligat juga kaki kak long ni.Balik kerja melencong tempat lain dulu.Zaman sekolah lagilah,penat pak cik nak kawal."Abah tak nak mengalah juga.Aku hanya senyum.Memang aku nakal lebih-lebih zaman persekolahan aku tetapi aku tidak melakukan hal yang tidak senonoh.

"Hisshh...Abah ni,janganlah dikenang perkara yang lepas."

"Muka pak cik ni dah macam tembok besar China hadap pengetua kes gaduh kak long ni.Main air pantailah,ponteng kelas.Balik sekolah merayap mandi air terjun.Nasib tak mati je masa tu.Ya Allah,kalau ingat balik nak bela anak perempuan sorang ni rasa nak pecah jantung."Kenangan yang paling dia tidak dapat lupa,ketika Ammara lemas di lata tidak jauh dari rumahnya.Bagai mahu tercabut jantung dia berlari ke lata tersebut apabila kawan-kawan Ammara dengan cemas memanggilnya.Ketika tiba,anaknya itu tenggelam timbul dalam air dan tercungap-cungap tidak cukup nafas.

"Haaa...Dah2 la tu,abah."

Abah dengan Tengku Amir terkekek-kekek gelakkan aku.Aku buat bodoh saja.Abah sengaja mahu kenakan aku tapi itulah hakikatnya.Memang zaman remaja aku selalu buat abah tidak senang duduk melepaskan aku keluar rumah hatta pergi sekolah sekalipun.Aku masih ingat abah merayu kepadaku supaya mendengar katanya selepas kejadian lemas yang hampir meragut nyawaku.

"Tak peliklah kalau Abang Syamil ikat kak long ketat-ketat sekarang.Maknanya Abang Syamil sayangkan kak long.Betul kan,pak cik?"Tengku Amir menyakatku.Aku menunduk mengacau air dengan straw aku dengan senyuman.'Sayang ke?"

"Hmmm...Sedapnya bau stew dengan roti bakar ni."Aku menghidu bau aroma hidangan tersebut apabila seorang pelayan lelaki menghidangkannya kepada kami.Dengan tidak sabar,aku menyuakan hidang itu ke mulutku namun aku hampa.Rasanya tidak sama seperti yang Tengku Zanariah masak.'Arrrghhh...Kenapalah tekak ni nak makan air tangan Tengku Zanariah pula?Banyak lagi makanan lain.'

"Kenapa,kak long?Tak sedap ke?"tanya Tengku Amir melihat selera makanku menurun.Aku menolak pinggan itu lalu menikmatin aiskrim saja.

"Entahlah,Amir.Mengidam kak long ni pelik sangat,nak makan benda yang susah nak dapat.Hmmm..."

"Kak long nak makan apa?Nanti Amir carikan untuk kak long."

Aku menguis-nguis roti bakar dengan sudu."Kak long nak makan stew daging dengan roti bakar tapi semua yang kak long dapat tak kena dengan deria rasa kak long.Tak tau nak cari kat mana lagi."Aku mengeluh kasar.Tengku Amir dan abah saling berpandangan.

"Don't worry,kak long.Amir akan usahakan untuk kak long."

****
Tengku Syamil tercungap-cungap kelelahan berjoging.Dia mundar-mandir hadapan aku mengendurkan otot-ototnya yang regang.Keringat membasahi tshirt yang tersarung pada badannya aku pandang.

"Nak air?"pelawa aku namun ditolak dengan gelengan Tengku Syamil.Dia duduk melunjurkan kakinya dan melenturkan tubuhnya ke hadapannya.

"Kau tau tak,masa aku kecil-kecil aku suka main kat sini dengan Amir.Bonda selalu bawa kami berkelah di tepi di bawah pokok ni.Seronok tau ramai-ramai lepak kat sini.Tapi lepas bonda meninggal,tempat ni dah jadi kenangan.Sekadar jadi empat persinggahan melepaskan penat berjoging."Tengku Syamil merenung ke kolam ikan koi yang jernih itu.Aku duduk di sebelahnya dan lengannyan aku pegang.Sekeras-keras Tengku Syamil,aku tahu jauh di dalam hati dia sangat merindui arwah bondanya juga merindui zaman kanak-kanaknya.

"So,apa kata kita hidupkan balik tempat ni?Masa lalu memang tak boleh diputarkan kembali tapi kita boleh hidupkan memori lalu."Aku mendapat suatu idea memandangkan aku suka tempat bersantai ini.

"Maksud kau?"

"Setiap kali waktu free,apa kata kita berkelah di sini.Ajaklah nenda,Amir..err...Bonda Zana."

"Yes,good idea.Kenapa aku tak pernah terfikir pun idea bernas kau ni?Nanti kalau anak-anak dah besar,boleh main kejar-kejar kat sini."Tengku Syamil kembali bersemangat.Ceria reaksinya bercerita soal anak tapi bagi aku tiada jiwa untuk aku bercakap tentang anak.'Yang sorang ni pun dah cukup buat aku lelah.'Aku senyap merenung rumput nan hijau di seberang sana.'Apakah ada sinar mahligai aku dan Syamil?'

"Uittt...Rara..apa yang kau fikirkan tu?"Pipi aku ditarik oleh Tengku Syamil.

"Aauuu...Sakitlah."Aku menggosok pipi lembut aku.Tengku Syamil ketawakan aku yang mencebikkan bibir seksi aku.

"Aku geramlah sebab kau nampak makin cantik,makin comel..Auamm...auammm..Hmmm...orang kata kalau wanita mengandung ni nampak makin berseri mesti baby girl."

Bibirku dengan spontan melebar ke pipiku.'Pandainya kau ambil hati aku dengan kata-kata manis kau.'Arghhhh...Bunga warna-warni berterbangan menyelimuti hatiku yang kesunyian.'Jangan buat aku jatuh cinta,Syamil.'

****
Semenjak mereka bertemu kembali,Tengku Zanariah kerap bertemu Saifuddin secara sembunyi-sembunyi untuk berbual.Pada awalnya dia berasa tidak selesa dengan keprihatinan Tengku Zanariah namun lama-kelamaan mereka semakin rapat.Sangat mudah untuk dia mesra dengan Tengku Zanariah seperti sudah lama mengenali antara satu lain.Mungkin hubungan masa lalu yang menjadikan mereka mudah mesra.Mereka banyak berkongsi soal Ammara dan Tengku Zanariah bercerita tentang mereka dulu.

Selepas selesai menjalani perniagaan nasi campurnya,Tengku Zanariah mengajak Saifuddin ke satu tempat namun dirahsiakan lokasinya.Saifuddin hanya mengikut kehendak Tengku Zanariah.Gerak matanya memantau sekeliling apabila dia mula masuk ke perkarangan banglo besar Tengku Zanariah.Ternyata dia berasa amat kerdil berada di sisi Tengku Zanariah kerana wanita itu memiliki segalanya.Berbanding dirinya yang membanting tulang empat keratnya untuk menyara hidup.

Tengku Zanariah mengukirkan senyuman apabila melihat Saifuddin berdiam diri dan tidak bergerak turun dari kereta."Jom masuk ke dalam rumah Zana,"ajak Tengku Zanariah.

Saifuddin teragak-agak."Tak manis pula kita berdua-duaan di sini."

"Jangan risau.Kita tidak berdua di sini.Ada orang lain yang dah lama menanti nak jumpa abang.Jomlah,dia dah tunggu kat dalam,"kata Tengku Zanariah lalu membuka pintu kereta.Saifuddin berasa hairan,siapakah gerangan yang ingin berjumpa dengannya?Dia mengorak langkah mengikut Tengku Zanariah masuk ke banglo mewah tersebut.

Susunan perabot di dalam rumah itu sangat teratur,bersih dan kemas.Boleh dikatakan seluruh isi rumah ini dihiasi dengan barang-barang mahal dan mewah.Sedarlah dia,citarasa Tengku Zanariah sangat tinggi dan teliti orangnya.Semewah mana isi banglo itu,matanya tertarik pada sebuah almari kaca klasik yang mengandungi beberapa foto bayi perempuan dan lelaki.Ya,bayi perempuan itu ialah Ammara sewaktu kecil.

Saifuddin membalas kembali senyuman Ammara ketika masih bayi.Sungguh dia lupa kenangan Ammara yang berusia dalam lingkungan 6 bulan itu.Dia mengenali itu ialah Ammara kerana dia juga punya foto yang mirip.Tengku Zanariah menyentuh bahu Saifuddin dengan lembut."Abang ingat kan itu Sofia Ammara masa bayi?Comel kan?Dah besar bertambah cantik orangnya."

Saifuddin mengiakan kata Tengku Zanariah.Tengku Zanariah membuka almari pintu almari itu dan mengambil satu album foto yang mengandugi perkembangan seorang bayi lelaki sehingga dia besar.Jelas dalam album itu juga ada gambar menantunya,Tengku Syamil.Saifuddin semakin penasaran.

"Yang ini Tengku Amirul Aiman anak kedua kita."

Terpana Saifuddin.Dia membulatkan matanya seakan tidak percaya."Anak kedua?"Foto anak lelakinya itu dipegang dengan tangan yang terketar-ketar.

"Ya,abang.Zana dapat tau Zana hamil anak kedua kita selepas kejadian rumah abang terbakar.Masa tu Zana rasa menyesal sangat sebab Zana tak sempat nak kongsi berita gembira tu dengan abang.Zana ingat Zana dah hilang abang dan Sofia waktu tu,hari-hari Zana menangis.Tapi Allah itu maha besar,rupanya abang dan Sofia masih hidup."Menitis air mata Tengku Zanariah bercerita mengingatkan hal itu.

"Allahuakhbar.Saya benar-benar terkedu dengan khabar ini.Saya masih penasaran Tengku,saya langsung tak ingat apa-apa malah Tengku hilang terus dari ingatan saya.Susah saya nak percaya semua ini."Perasaan Saifuddin berbelah bagi kerana identitinya masih kabur.

"Zana faham susah abang nak mengerti semua ini.Tak guna Zana ungkit cerita lama dan mengaibkan sesiapa.Biarlah Allah yang tentukan segalanya.Cuma Zana nak abang tau yang kita ada zuriat lain selain Sofia.Dia dah lama menanti abang,nak panggil abang abah seperti mana Sofia panggil abang."

Saifuddin memandang mata Tengku Zanariah dengan penuh pengharapan."Jika Tengku tak kisah,bolehkah saya berjumpa dengan dia?"Saifuddin meminta izin menemui anaknya.

"Saya ada di sini,abah,"satu suara garau menyapa dari belakang.Saifuddin berpaling memandang sosok tubuh tinggi anak muda yang berdiri di hadapannya.Sekali lagi dia dikejutkan kerana dia mengenali persona itu.Jejaka peramah yang selalu baik dan berbudi,rupa-rupanya anak kandungnya sendiri.

"Amir,"kata Saifuddin berbisik.

Lantas,pemuda yang bergelar Tengku Amirul Aiman itu memeluk Saifuddin dengan erat.Tersangat rindu kasih sayang seorang ayah yang tidak pernah dirasai selama ini.Namun dia tidak pernah marah kerana dia faham keadaan tegang keluarga mereka lebih-lebih lagi penerimaan kakaknya terhadap mama mereka."Bertahun-tahun Amir nantikan saat ni.Dah lama Amir teringin nak peluk abah macam ni sebagai seorang anak,"esak Tengku Amir.Saifuddin membalas pelukan itu.Diusap-usap belakang Tengku Amir dengan penuh kasih sayang.

"Abah tak tau,nak.Kalau abah tau,abah takkan biarkan anak abah membesar tanpa kasih sayang abah.Maafkan,abah."

"Amir tak salahkan abah,tak perlu minta.Syahmi faham apa yang abah dan mama alami begitu juga kak long,"kata Syahmi meleraikan pelukan mereka.

Saifuddin masih tidak puas meratapi wajah Tengku Amir lalu mengusap pipinya tanpa berkata apa-apa.Tengku Amir memegang kedua-dua tangan abahnya yang bertapak pada pipinya."Abah pernah cakap,kalau ada anak lelaki abah nak macam Amir.Sekarang,Amir memang anak abah.Hmmm..Amir dah lama tau pasal abah,sebab tu Amir cuba dekat dengan abah."

Ketiga-tiga beranak itu bergenang dengan air mata kegembiraan.Kuasa Allah yang menemukan mereka kembali setelah bertahun-tahun berpisah."Abah gembira sangat.Hmm..Tapi abah risau,macam mana dengan Ammara?Abah tak tau dia boleh terima Amir atau tak jika dia tau semua ini."Saifuddin rungsing dengan Ammara.Bercakap tentang Tengku Zanariah pun tidak mahu apatah lagi jika dia tahu dia mempunyai adik lelaki.

"Zana minta abang rahsiakan dulu tentang ni dengan Sofia mahupun Syamil.Apabila semuanya reda nanti,kita beritahu mereka.Zana tak nak Sofia terkejut dan bertambah marah dengan kita.Zana tak nak hubungan baik Amir dan Sofia renggang jika dia tahu sekarang,"kata Tengku Zanariah.

****
Aku membuka kelopak mataku memisat-misat mataku yang masih mamai.Pandanganku kabur.Di hujung bucu katil,abah yang berpakaian serba putih senyum manis kepadaku.Wajahnya tenang dah bercahaya.Aku membulatkan mataku besar-besar untuk pastikan kehadiran abah di situ.Tengku Syamil telah dibuai mimpi tidak sedar abah berada situ.

"Abah buat apa kat bilik Rara tengah-tengah malam ni?"tanyaku hairan.Aneh.Tidak pernah sampai ke bilik tidur diam-diam begini.

Aku bingkas bangun dan duduk mengadap abah yang merenung ke arah aku."Rara,kalau abah tak ada suatu hari nanti,jaga diri Rara baik-baik.Abah akan pergi jauh dari sini tinggalkan Rara.Walau apa pun yang menimpa,Rara kena kuat hadapi segala dugaan hidup."Sayup-sayup suara abah bercakap dengan aku.Aku tidak faham maksud abah.

"Abah nak ke mana?"

"Andai ditakdirkan abah pergi buat selamanya dari dunia ini,simpan abah dalam hati Rara.Sisipkan abah dalam setiap doa Rara."

Air mataku mula menitis mendengar kata-kata abah.Terlalu dalam ertinya penyampaian abah dan aku tidak bersedia kehilangan abah.Sayangku kepada abah tiada galang gantinya."Apa yang abah mengarut ni?Rara tak nak abah pergi."

Abah tidak membalas pertanyaan aku sebaliknya beredar dari katil menuju ke pintu bilik lalu melambaikan tangannya.Aku terjun dari katil mengejar abah tetapi cahaya putih yang menyilaukan mataku membawa abah pergi."Abah!!!!Jangan tinggal Rara."Aku menangis terjelepok di atas lantai.Mengapa cahaya itu bawa abah pergi.Bayangan abah masih melambai kepadaku.

"Abaaaahhhhh!!!!!Jangan!!!!!!"tempik aku dengan nyaring.Lama-kelamaan abah hilang dari pandanganku bersama cahaya putih itu.Aku menyembamkan mukaku rapat ke lutut menangis teresak-esak dalam kegelapan.

Tidak lama kemudian,pipiku disentuh berkali-kali dan suara garau memanggilku."Rara...Rara...Bangun."Tengku Syamil menepuk pipi lembut pipiku berulang kali.Aku membuka mata meliar mencari abah.

"Mana abah?Syamil,jangan bagi abah pergi dengan cahaya tu.Halang dia cepat."Aku meronta-ronta sehingga tidak sedar keringat mengalir di dahiku.Badannya aku goncang sekuat hati."Syamil,kenapa awak diam?Halanglah abah."Aku mendesaknya.Dia agak terpinga-pinga dengan permintaan aku.

Tengku Syamil memegang kedua-dua pipi aku."Calm down,Rara.Tak ada abah di sini."

"Abah ada tadi tapi abah dah terbang dengan cahaya putih tu.Saya nampak,Syamil.Awak tidur mati,tak sedar abah datang tadi."

"Listen to me,kau hanya mimpi.Abah tak datang pun kat sini.Kau tiba-tiba menjerit dalam tidur,terkejut aku."

Aku berfikir.'Benarkah aku bermimpi?Kenapa aku rasa macam benar je mimpi tadi.'Aku cepat-cepat mengambil telefonku untuk mendail abah namun ditahan oleh Tengku Syamil."Kau nak buat apa ni?"

"Call abah.Saya nak kepastian abah baik-baik saja."

Tengku Syamil memegang tanganku daripada menggesek skrin telefon pintar aku."Rara,dah pukul 2.00 pagi ni.Abah pun dah tidur.Jangan kacau abah tengah-tengah malam ni.Subuh esok,kita call abah ya."

Aku alihkan tangan dia dan berdegil mendail abah."Saya tak sedap hati selagi tak dengar suara abah sendiri."

Tengku Syamil menggaru-garu kepalanya memerhati tingkah laku aku.Aku dapat menghubungi abah tetapi agak lambat abah menjawab panggilan aku.

"Abah,abah okay?"laju aku bertanya.

"Abah baik-baik je ni,Rara.Kenapa Rara tak tidur lagi?Kenapa suara macam cemas je."

"Hmmm..Rara rindu abah.Tak apalah,abah sambung tidur.Maafkan,Rara ganggu abah.Jumpa esok ya."

Aku menamatkan panggilan.Helaan nafas lega aku lepaskan.

"Puas hati?Dah,jom sambung tidur."Tengku Syamil kembali berbaring di atas tilam empuk.Dia memejam matanya manakala aku masih tercongok memandang lengannya.'Aku nak tidur pada lengan besar dia.'

"Tidurlah.Duduk tercongok macam tu nanti ada yang datang meneman kat sebelah tu.Rambut mengerbang,mata merah,mulut keluar darah."Tengku Syamil menakutkan aku dalam kelam cahaya dengan mata yang tertutup.Aku melihat kiri dan kanan,tiada lembaga seperti yang Tengku Syamil katakan.

"Eeee...Awak ni.Saja nak takutkan orang."

Tengku Syamil gelakkan aku tetapi mata terpejam.Geram aku mahu memberi sedas tumbukan ke muka kacak dia.Tanganku melekap pada perut yang bermelodi kelaparan.'Huh!!!Malam-malam macam ni lapar pula.I'm craving for something.Aku terliur nak makan stew daging pula.Alamak..'

"Syamil."Aku menolak-nolak tubuh Tengku Syamil.

"Nak apa?"

"Saya lapar.Saya teringin nak stew daging,"kataku.

Tengku Syamil segera bangun dari pembaringannya."Dah tengah malam ni,Rara.Food panda pun dah tidur sekarang ni.Mana aku nak cari stew daging malam-malam buta ni.Chef pun tengah syok tidur sekarang."Tengku Syamil merungut tetapi masih melayan aku.Dia memaksa matanya untuk dibuka.

"Tapi saya lapar."

"Hmmm...Aku masakkan maggi untuk kau boleh?"
Aku mengangguk lemah.'Bolehlah daripada tak ada.'

Dia merebahkan kepalanya di ribaan aku dan merapatkan wajahnya ke mukanya ke perutku bermonolog dengan bayi kami."Baby papa lapar ye?Ololo...Sekarang dah pandai nak minta macam-macam ya?Tapi malam ni papa boleh masak maggi je.Esok papa carikan stew.Boleh?"

****
Kereta yang lalu lalang di hadapan rumah dipandang sepi oleh Saifuddin.Takdir yang tidak terduga dek akalnya kerana dapat bertemu dengan insan yang dia tidak pernah tahu selain Ammara.Anak kandungnya,Tengku Amirul Aiman melonjak dewasa bukan dengan tangannya.Takdir yang terindah walaupun dia meragui status Tengku Zanariah tetapi nalurinya terhadap pertalian dengan Syahmi sangat kuat.Wajah ada iras-iras Ammara menyakinkannya.

"Ya Allah,berikanlah petunjuk kepadaku.Anak-anakku sudah menginjak dewasa tetapi aku masih tidak tahu siapa diriku yang dulu.Jika benar Tengku Zanariah itu isteriku,ingatkanlah daku walaupun secebis ingatan supaya aku dapat menyatukan keluarga aku kembali."Mulut Saifuddin tidak berhenti-henti berdoa.Raut anak-anaknya silih berganti.Dia bapa kepada dua orang anak yang dilahirkan Tengku Zanariah namun satu kenangan pun tidak melekat dalam fikiran.

Tersedar dari komanya,dia hanya mengenali dua insan sahaja iaitu Ammara dan meknya.Kenangan dengan Ammara dan ibunya pun dia ingat selepas tragedi koma.Bermacam-macam cara Tengku Zanariah cuba mengingatkannya tentang masa silam mereka namun gagal.

Fikirnya,isterinya benar-benar mati ketika melahirkan Ammara tetapi semuanya terbongkar sepuluh tahun yang lalu yang ibu Ammara masih hidup.Sepuluh tahun lepas,Tengku Zanariah pernah datang ke rumahnya bersama Ammara.Waktu itu,Ammara baru melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam.Itulah kali pertama Tengku Zanariah memperkenalkan diri sebagai mama Ammara dan isterinya dan dia sangat terkejut mendapat tahu hal itu.

Namun kisah itu tidak berakhir dengan baik di mana Tengku Zanariah dihalau oleh ibunya tanpa belas kasihan.Sejak itu,ibunya melarang Ammara dan dia bertanya dan mengambil tahu tentang Tengku Zanariah.Kata ibunya,Tengku Zanariah lari meninggalkannya dan Ammara selepas dia dipukul dengan teruk dan tidak sanggup menerima dirinya.

"Mu maghi sini bakpo?"tengking Salmah ketika Tengku Zanariah berdiri di hadapan pintu bersama Ammara.Dengan ligat tangan Salmah menarik tangan cucunya masuk ke dalam rumah.

"Rara masuk.Tok soh laye dio."

"Bakpo ni,mek?Sapo dio ni?"tanya Saifuddin terpinga-pinga.

"Abang,Zana datang nak jumpa abang dengan anak kita.Zana rindu abang,rindu Sofia."Tengku Zanariah merintih di hadapan pintu.Salmah sudah bercekak pinggang dengan mata dicerlung tajam.Darahnya semakin mendidih.'Berani dia datang sini!.'

Ketika itu,Saifuddin kaget dan memandang ibunya dengan penuh persoalan."Puan siapa?"

"Saya Zana,abang.Isteri abang dan mama kepada Sofia."

"Mek,izinkanlah Zana jumpa dengan Abang Saifuddin dan Sofia."Tengku Zanariah merayu memegang tangan Salmah dengan mata yang bertakung.

"Mek,oyak sungguh.Jolo ko dio isteri Din?Bakpo mek oyak isteri Din doh lamo takdok?Habis tu bakpo dio ngaku dio ma Rara?"Saifuddin bertanya meminta kepastian.

"Hmm...Meme dio ma Rara tapi dio ni mok hok tok guno lasung.Maso mu koma,dio lari tinggalkan mu duo beranok,tak sanggup jago mu.Katonyo tok se oghe cacat supo mu,"kata Salmah dengan garang.

"Semua ni tak benar,abang.Zana tak pernah buat abang dengan Sofia macam tu.Zana sayangkan abang,sayangkan Sofia."Tengku Zanariah kebanjiran air mata mempertahankan dirinya.

Tanpa rasa belas,Salmah menolak Tengku Zanariah terjelepok ke atas lantai."Mu tok soh tunjuk lagi muko mu kat sini.Jange kacau anak nge cucu aku lagi.Baik mu kelik lalu sebelum aku panggil polis heret mu tubik dari sini,"Salmah memberi amarana.Sungguh dia membenci wanita itu.

Tengku Zanariah sendiri di hadapan pintu."Abang,bukalah pintu.Zana tak salah dan tak buat semua tu.Sampai hati abang biarkan Zana macam ni."Rintihan air mata Tengku Zanariah diperhatikan dari jendela.Ammara sudah pun masuk ke bilik tanpa ungkapan.Kasihan kepada Tengku Zanariah yang menangis di luar tetapi apakan dayanya kerana dia tidak ada alasan untuk pertahankan wanita itu daripada ibunya sendiri.Kebenaran yang dia ialah suami kepada Tengku Zanariah menjadi persoalan.Sejak itu,ibunya menceritakan perihal Tengku Zanariah sehingga Ammara membenci tindakan mamanya sendiri.

Lama-kelamaan,Saifuddin merasakan ada sesuatu yang tidak terjawab lagi tentang mereka.Dia harus mencari akal untuk menyelesaikan kemelut yang melanda keluarga mereka.Tengku Zanariah bukanlah perempuan yang jahat seperti yang diperihalkan oleh ibunya,Salmah.

Lamunannya tersentak apabila ada tangan kasar menyentuh bahunya dari belakang."Apa yang kau menungkan?"tanya Pak Cik Salleh.

"Tak ada apalah.Fikir hal anak-anak."Fikiran Saifuddin kembali ke alam nyata.

"Budak Ammara tu?Hmmm..Garang sangat dia dengan aku.Pantang aku tegur,melenting terus dia pada aku."

'Sakit otak agaknya Si Salleh ni?Ammara marahkan dia bersebab bukan saja-saja,'getus hati Saifuddin.Selama ini dia perasan sangat yang jirannya ini cuba mengorat anak perempuannya tapi dia pura-pura tidak faham.

****
"Apa?Ke Beijing lusa?Bukan ke next week?"

"Ini permintaan Mr.Chin.Dia minta Tengku ke Beijing lusa untuk mesyuarat di sana sambil memantau pembinaan projek di sana.Dia nak cepatkan projek pembinaan hotel tu selesai cepat dan dia dah deal dengan arkitek di sana untuk perjumpaan tu nanti,"jelas Meo dengan yakin.Sejak menggantikan tugas Ammara,dia menjadi bayang-bayang Tengku Syamil.Segala tugas Ammara diambil alih sepenuhnya manakala tempatnya digantikan dengan orang baru buat sementara.

"Hmmm...Memang tak boleh postpone ke tarikh lain ke?"

"Tak boleh.Mr.Chin ada urusan lain dan selepas ini dia akan fly ke Tokyo.Mr.Chin tak nak postponed,"kata Meo lagi.Tengku Syamil melepaskan nafas kegelisahan.

"Hmmm...It's okay.Just follow the schedule.Awak dah tau apa yang perlu buat kan?Urusan semua dokumen dan tiket flight ke sana."Meo mengangguk faham.Kemudian,dia keluar setelah selesai berurursan.

Tengku Syamil terduduk di atas sofa.Ammara berlegar-legar di matanya.Bagaimana dia harus meninggalkan isterinya seorang diri dalam keadaan begitu?Memang Ammara sihat tetapi adakalanya isterinya akan mengalami alahan terutama waktu pagi dan malam.Lelah juga dia melayani kehendak Ammara tetapi dia bahagia.

"Tengku,Encik Kimi dah sampai."Suara kepit Meo berkumandang dalam interkom.

"Suruh dia masuk,"kata Tengku Syamil melalui interkom apabila Meo memaklumkan kehadiran Kimi.Selang beberapa saat,Kimi muncul dengan senyuman.

"What's up,bro.Muka tak berapa nak manis je hari ni,"tegur Kimi menghulurkan fail nipis kepada Tengku Syamil.

"Info terbaru tentang Danial dan Auntie Salina kau."

Tengku Syamil membuka fail tersebut dan membaca butiran yang tercetak dalam dokumen itu.Dia berfikir sejenak."Hmmm...Auntie Salina jual tanah untuk projek pembinaan pusat hiburan di Johor Bahru.Tanah tu memang tanah pusaka keluarga dia,"jelas Kimi.

"So,perjumpaan Danial dengan Auntie Salina tempoh hari sebab jualan tanah ini maksud kau?"

"Yup.Tak ada ciri-ciri yang meragukan antara Auntie Salina dengan Danial.Hubungan mereka berkait dengan business."

Tengku Syamil termenung sejenak.Di benaknya masih sangsi dengan hubungan perniagaan mereka.Dia merasakan ada sesuatu yang cuba dirancang oleh mereka berdua.

"Syamil..."panggil Kimi menyedarkannya.Dia mengelipkan matanya.

"Err...Hmm...Tapi aku masih nak kau follow juga ke mana dorang pergi terutamanya Auntie Salina."

"No hal.Aku akan tugaskan informer aku follow dorang.Ada lagi yang aku boleh bantu kau?"

Tengku Syamil mengangkat tangannya.Ammara sedang berada dalam talian memanggilnya.

"Yes,Rara."

"Awak balik awal hari ni kan?"

"Ya,kan dah janji nak pergi shopping hari ni.Ada teringin nak makan apa-apa tak?Boleh singgah beli sebelum balik."

"Nope.Saya nak makan jalan-jalan nanti,nak awak belanja."

Tengku Syamil tersenyum manakala matanya memandang Kimi."Of course yes.Cakaplah makan apa saja malam nanti.Hmmm...Rara,sambung nanti ya.Ada hal dengan Kimi ni.I will call you back.See you later."

Tengku Syamil menamatkan panggilan telefon.Kimi merenungnya dengan senyuman menyakat.Rakannya kini semakin bahagia sejak bakal bergelar papa.

"Tau la papa to be,janganlah sweet sangat depan orang bujang ni macam tu.Sendu siott.."Kimi berlakon menumbuk-numbuk dadanya.

"Sembanglah kau,Kimi.Hari tu aku nampak kau dating bukan main sweet.Aku lalu depan pun tak nampak,"kata Tengku Syamil.

"Alaaaa...dah kantoi rupanya.So,seronok tak dah tukar gelaran bakal papa?"Kimi cepat-cepat menukar tajuk perbualan.Dia tahu Tengku Syamil sedang mengecapi kebahagiaan.

"I am so excited,tak sabar tunggu baby aku keluar."

"Ammara pula?"

"Dia biasa-biasa saja tapi dia manja gila dengan aku.Nak tidur pun tak lena aku tak ada kat sebelah.Alahaii...macam manalah aku nak tinggal dia lusa."

Tengku Syamil girang berceloteh tetapi hatinya bimbang untuk tinggalkan isterinya sendiri.Waktu malam Ammara akan bermanja dengannya manakala pagi pula Ammara akan mengalami alahan.Dia tidak pernah bosan melayan insan yang dia sayang.

"Kau ke mana?"

"Beijing urus projek mega dengan Mr.Chin.So,ni pertama kali aku tak bawa Ammara tapi kali ni aku bawa SU aku yang baru."

"Haaa????Meo kepit tu?Kau tak takut ke dia cabul kehormatan kau?Seram aku dengar kau pergi berdua."

"Bukan aku tidur sebilik dan sekatil dengan dia pun.Lagipun,kudrat Isma Danial tu bukan lawan akulah."

****
"Apa yang abang bimbangkan?"tanya Tengku Zanariah kepada Saifuddin yang kerisauan.

"Saya fikir macam mana nak selesaikan masalah kita dengan anak-anak.Amir saya tak pusing sebab dia dah tau kebenaran dari awal.Ammara tu?Dengan Tengku pun dia tak suka,inikan pula dapat tau mereka adik-beradik."Semalaman dia berfikir soal penerimaan Ammara.Anak sulungnya itu seorang yang degil.Apa yang disampaikan opahnya diterima mentah-mentah.Dia ada cuba bertanya meknya di kampung tetapi meknya mengelak,tidak mahu bercakap soal mereka menjadikan dia semakin penasaran.Percanggahan cerita Tengku Zanariah dan meknya membuntukan otaknya untuk bertindak konflik keluarga mereka di samping meknya tidak mahu memberi kerjasama.

"Dalam hal ini,Zana rasa mek saja satu-satu orang yang dapat lembutkan hati Ammara.Tapi ianya tetap rumit sebab Zana tau mek takkan beri muka kepada Zana."

Ya,masalah mereka bermula dengan cerita opahnya sendiri menumbuhkan rasa benci dalam Ammara kepada Tengku Zanariah.

"Hmmm...Macam mana nak suruh mek cakap dengan Ammara jika dia sendiri tak nak beritahu.Dengan saya pun mek mengelak daripada buka mulut.Apa yang saya boleh buat?Ammara tak akan bulat-bulat percaya cakap orang lain."Saifuddin mengeluh kesal.

"Kita tak boleh paksa mek,nanti dia makin marah pada Zana begitu juga Sofia.Kita perlu cari jalan tanpa melibatkan mek dalam masalah ni."Bagi Tengku Zanariah,dia tidak ingin melibatkan mak mentuanya kerana akan memburukkan lagi keadaan.Kebencian ibu mentuanya sangat mendalam terhadap dirinya.Apakah konflik mereka akan selesai?

"Hujung bulan ni saya akan balik ke kampung untuk bercakap dengan mek secara berdepan.Sampai bila anak-anak kita nak hidup tidak mengenali antara satu lain?Sampai bila Ammara nak benci mama kandungnya sendiri?Saya sebagai ayah rasa sayalah ayah yang paling gagal jika saya tak dapat satukan keluarga kita.Saya tak nak anak-anak hidup saling membenci."

"Abang tak pernah gagal.Abang dah berjaya didik Sofia sendiri tanpa Zana di sisi."

Saifuddin mengeluh.Walaupun dia berjaya mendidik Ammara tetapi masih ada kekurangannya.Tidak sesempurna keluarga yang lengkap.

****
"Rara,kenapa nak marah-marah ni?"Tengku Syamil bingung mengikut aku masuk ke dalam kondo.Janji temu mereka terbatal apabila aku ternampak abahnya dan Tengku Zanariah makan bersama.Beg tangan aku dicampakkan ke atas sofa dengan rasa marah.

Aku menyilangkan tanganku dengan muka bengis."Awak nampak tak tadi abah dengan Tengku Zana dinner sama-sama?"Aku berang.Abah dan Tengku Zanariah keluar bersama lagi.Kemesraan mereka menggambarkan hubungan mereka ke arah lebih serius.'Jangan kata abah nak rujuk balik.Aku tak izinkan.'

"Ya,aku nampak tapi kenapa?Biarlah dorang dinner sama-sama."

Aku menjeling kepadanya lalu beredar ke balkoni untuk mengambil udara segar bagi melegakan hati aku yang panas ini.'Aku benci perempuan it.Propa.Drama.'

"Rara,apa salahnya abah keluar dengan Bonda Zana?Sama-sama single.Lagipun abah dah lama menduda,bagilah dia peluang untuk ada teman hidup.Sebagai anak,kau perlu sokong abah bukan membunuh perasaan dia."

Aku menghembus nafasku dengan kasar."Saya tak kisah abah nak bercinta dengan sesiapa pun tapi bukan Tengku Zana."

"Yes,but why?Bonda Zana tu baik,apa yang tak kena?Aku membesar dengan Bonda Zana.Hidupnya sangat sedih,kehilangan suami dan anak walaupun dua-dua masih hidup.Pada hemat aku,dia berhak dapat kebahagiaan dia sendiri."

Arrghhhh...Tengku Syamil pasti akan menyebelahi Tengku Zanariah kerana dia tidak tahu kisah yang sebenar.Kalaulah Tengku Syamil tahu siapa aku sebenarnya,apa reaksinya?Nescaya dia akan bersetuju dengan tindakan aku.Untuk mendedahkan identiti kepada Tengku Syamil memang tidak mungkin kerana aku tidak akan sesekali mengakui dia ialah ibu kandung aku.Perempuan yang telah meninggalkan abah yang cacat kononnya.

"Eee...Awak tak fahamlah,Syamil."

"Cuba fahamkan aku apa yang aku tak faham.Kau tak teringin ke nak tengok abah gembira,ada teman hidup di sisinya?"

"Saya..saya..saya...cuma tak nak kasih sayang abah berkurang terhadap saya.Saya tak nak abah kahwin."Aku berbohong kepada Tengku Syamil supaya dia tidak menyoalku lagi.Aku gusar aku akan memberitahu rahsia yang tersimpan lama.Biarlah mereka mengenaliku anak seorang penjaja nasi bungkus.

Tengku Syamil menarik aku ke dalam pelukannya."Ammara,kasih sayang seorang ayah tak akan pernah berkurang untuk anaknya.Kau tak perlu risau tu.Kau satu-satunya anak abah,dari kau bayi dia tatang kau bagai minyak yang penuh.Tak mungkin dengan kehadiran orang lain akan memudarkan kasih sayang dia pada kau.Aku yakin dan percaya,kau wanita pertama dalam hati dia."

'Awak tak faham,Syamil.Aku benci dia,tak suka dia bukan sebab itu.Dia menyebabkan aku membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.'

"Dah jangan menangis,nanti baby kat dalam pun menangis sama mama dia menangis."Tengku Syamil memujuk.Aku tetap memendam rasa kepada abah dan Tengku Zanariah.Biarlah hal ini tidak diungkitkan lagi oleh antara aku dan Tengku Syamil.

"Jom duduk sini."Tengku Syamil menarik tangan aku duduk di kerusi.Dia mengusap air mataku.Tanganku dibelai-belai dan dikucup lembut dengan bibirnya.Tingkahnya aku renung.'Tengku terlalu banyak berubah.Adakah ini yang Amir maksud yang Syamil sebenarnya seorang yang penyayang?'

"Ammara,boleh senyum kat aku tak?"

"Tak nak."Aku membantah.

"Please give your beautiful smile to me.Muncung-muncung macam ni tak cantiklah.Muka kau nampak macam mak lampir."

'Mak Lampir pula dia samakan dengan aku.Takkan aku sehodoh itu ketika merajuk.'

Aku senyum kelat,tidak seikhlas hatiku.Tetapi aku tidak sangka dia meraut senyumanku dengan tangannya lalu diletakkan ke dadanya."Aku akan simpan di sini.Lusa aku pasti merindui senyuman ni."

"Lusa?"

"Hmmm...Lusa aku akan ke Beijing,lebih kurang lima hari untuk projek mega dengan Mr.Chin.Jaga diri ya."

Aku terdiam.Aku bingkas bangun dengan geram.Ini kenyataan yang agak menyakitkan."No.Awak tak boleh pergi."Aku melarang.

"Rara,ini urusan kerja.Kau pun tau kan ada urusan tertentu aku perlu outstation."

Aku membelakangkan Tengku Syamil."Awak tak boleh tinggalkan saya.Dah lah awak pergi lusa,baru beritahu hari ni.The next day,awak dah janji nak temankan saya ke klinik check tiga bulan.Awak lupa ke?"Aku tidak puas hati dengan khabar yang baru aku dengar.Aku tidak mahu Tengku Syamil pergi.

"Urgent,Rara.Mr.Chin nak selesaikan segera sebelum dia ke Tokyo.Kalau tunda,projek akan lambat berjalan."

Aku tidak minat mendengar penjelasannya.Aku berlalu dari situ dengan jelingan tajam.Panggilan Tengku Syamil aku tidak endahkan.

****
Pintu bilik kerja Tengku Syamil aku kuak luas.Kepalanya hanya beralaskan lengan di atas meja.Aku menghampiri dia.Komputer riba Tengku Syamil yang memancarkan cahaya aku 'shutdown'.Segala dokumen aku simpan dalam folder yang sepatutnya.

Aku tidak sampai hati mengejutkan dia yang enak lena.Wajahnya tenangnya aku tatap.Bibirnya aku oleskan dengan jari telunjukku.'Bibir yang mengungkapkan kata-kata manis sejak akhir-akhir ini membuat aku tersenyum.Pada masa yang sama aku kasihan dengan dia.

'Dia tak salah?Kenapa aku nak emo lebih?Itukan memang kerja dia dari dulu lagi.Mengapa aku tak boleh nak faham?Janganlah mengada-ngada sangat,Ammara.Usah ikutkan emosi yang sensitif kau ni.Dah cukup elok dia layan kau dengan baik.'

Timbul rasa bersalah dalam diriku.Apa yang aku lakukan tidak patut sebenarnya?Aku terlalu ikutkan emosi daripada logik akal.Tidak semena-mena air mataku menitis ke atas pipinya yang terlena.Matanya terkedip-kedip.Aku kalut mengelapnya dengan tanganku supaya dia tidak sedar.Namun kegopohan aku tetap mengejutkan lenanya.Dia terkebil-kebil memandang aku.

"Kau buat apa kat sini?Dah lewat ni kenapa tak tidur lagi?"tanya Tengku Syamil kehairanan.

"Errr...Sayaa..sayaa..nak pastikan awak baik-baik saja.Maafkan saya ganggu awak."

Tengku Syamil bangkit menggeliatkan tubuhnya.Dia mengerutkan dahi memandang wajahku."Kau menangis?"

Aku terus bersimpuh di hadapannya.Kepalaku dilentukkan ke ribanya manakala tanganku mendakap pinggangnya.Tengku Syamil terlopong dengan reaksi pelik aku bagai disampuk lewat malam.

"Maafkan saya,Syamil.Saya tak pernah berniat nak menyusahkan awak dan menghuru-harakan hidup awak.Saya sendiri tak tau kenapa saya terlalu sensitif dan manja dengan awak.Saya nak awak selalu ada di samping saya."Aku mengaku bersalah setelah menyedari kekhilafanku.Ianya terjadi secara spontan.

"Hei,janganlah nangis!Aku tak rasa susah pun malahan aku gembira kau sentiasa perlukan aku.Sepatutnya aku yang perlu minta maaf dengan kau.Disebabkan aku,hidup kau tunggang-langgang.Aku tau kau tak pernah reda dengan anak yang kau kandung tapi percayalah,aku sayang kau berdua."

Tengku Syamil perasan yang isterinya tidak gembira dengan kehadiran anak mereka.Ammara lakukan kerana mengikuti kehendaknya.Oleh hal yang demikian,dia mengubah karakternya penyayang yang telah lama terkubur bersama cinta bekas kekasihnya.Bersama Ammara,karakter itu muncul kembali secara automatik malah dia bahagia menyayangi isterinya kini.

Aku mendongak memandangnya."Awak marahkan saya pasal tadi?Maafkan saya sebab merajuk tak tentu pasal dengan awal tadi."

"Aku tak ambil hati pun,Rara.Stop crying.Nanti bengkak mata tu,tak cantik."Dia mengusap air mataku dengan penuh kasih sayang.Hatiku lega mendengarnya.

"Dah lewat malam ni,jom masuk tidur kat bilik.Aku mengantuklah."

Aku mengekori langkahnya dari belakang.Tiba-tiba,dia berhenti menyebabkan aku terlanggar belakangnya."Kenapa?"

Tengku Syamil menoleh kepadaku."Nak makan apa-apa tak?Aku temankan."

'Huh!!Aku ingatkan apa tadi.Dia berhenti semata-mata mahu bertanya tentang makan.Dia pun dah tau yang aku selalu meminta makanan tengah malam.'

Aku menggeleng.Aku rapatkan tubuhku dengan tubuhnya.Bibirku dirapatkan ke telinga."Saya nak makan awak."Mataku dikenyitkan serentak dengan senyuman.

"Serius?"

Hanya senyuman nakal menjawab soalannya."I am on tonight."

Aku memaut tengkuknya dengan gembira.Hormon gatal aku mula aktif terembes."So,what are you waiting for?"

****
Aku terkesima sebaik masuk ke bilik ada dua bidang sejadah telah terhampar di atas lantai.Tengku Syamil bersiap sedia menanti aku untuk solat Subuh berjemaah.Satu kejutan yang sangat besar.Awal perkahwinan aku ada menyuruhnya solat tetapi tidak diendahkan.Kali pertama aku melihat dia menyentuh sejadah ketika aku kami pulang ke Kelantan.Sekembalinya daripada Kelantan,dia mula berjinak-jinak sembahyang sendiri.Itupun buat aku lega dan bersyukur.

"Haa..Tercegat apa lagi?Cepatlah siap.Nak solat ni,"kata Tengku Syamil melihat aku tidak berganjak dari situ.Aku cepat-cepat mengambil telekung dan menjadi makmumnya.

Solatku tidak khusyuk kerana benakku memikirkan Tengku Syamil.Kenapa dia berubah sedrastik ini?Alunan suara Tengku Syamil membaca surah al-fatihah dan dua surah pendek lagi menyentuh hati aku.Ya,bacaannya tidak sesempurna mereka-mereka yang pakar tetapi aku dapat rasakan keikhlasan dia mengimamkan solat aku kali ini.Aku tersedar yang aku ialah isteri Tengku Syamil yang sah.Ketaatan aku kepada dirinya.

Saat dia mengaminkan bacaan doa yang dibacakan Tengku Syamil,air mataku turut berguguran.Betapa mendalamnya doa yang dibacakan yang mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga kami dan kesejahteraan anak kami.Berdosanya aku rasa ketika ini apabila aku pernah terdetik untuk bercerai dengannya dengan tidak menerima bayi yang aku kandung sekarang.

Sebelum bersalam dengan Tengku Syamil,aku cepat-cepat mengusap air mata aku supaya dia tidak nampak.Sekali lagi aku berasa saya tersentuh apabila dia mengucup keningku.Terasa darjat aku sebagai isteri diangkat tinggi.

Tengku Syamil bersimpuh di hadapanku.Daguku dipegang memandangnya."Nur Ammara Binti Saifuddin,Rara tanggungjawab abang.Amanah Allah dan abah yang perlu abang jaga.Baby ni juga di bawah tanggungjawab abang."

Untuk pertama kalinya,dia membahasakan dirinya abang.Tutur kata sangat lembut dan mempesonakan aku.

"Keenapaa..."Lidahku keras untuk meneruskan kata.'Seriously,I'm speechless.'

"Ammara,abang pernah hidup bergelumang dengan dosa.Abang terlupa yang abang beragama Islam.Abang alpa dengan kenikmatan syurga dunia sebelum ini.Abang tak nak anak kita terkeluar dari landasan seperti abang.Selagi nyawa dikandung badan,abang cuba bimbing keluarga kita.'

Mutiara jernih mula menitis di pipiku.Hampir satu tahun aku menjadi isterinya,aku tidak pernah tahu tentang suami aku.Bertanya juga tidak.Aku sendiri tidak pernah mengambil tahu kisah silam suaminya.

"Pertama kali abang berjemaah dengan Rara di kampung.Masa itu hati abang terusik untuk kembali mengenali Tuhan.Semalaman abang berfikir bagaimana abang nak menggalas tanggungjawab besar ini jika abang sendiri yang terapung-apung ilmunya.Abang ambil keputusan,abang rendahkan diri abang jumpa abah minta tunjuk ajar.Sebab tu,dulu abang selalu balik lambat.Abang belajar agama dengan abah."

Ya,aku teringat dia selalu berpesan kepadaku akan pulang lewat.Ya Allah,dia belajar dengan abah dalam diam tanpa pengetahuan aku.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan aku bersyukur Dia membuka pintu hati Tengku Syamil untuk berubah.Rasa berdosa diriku kerana pernah terdetik di hati aku memperkecilkan Tengku Syamil kerana tidak solat walaupun sekadar berkata dalam hati.Siapalah aku untuk menilai dan menghakimi orang lain?

Dia menggenggam tanganku dengan erat dan merenung aku."Nur Ammara Binti Saifuddin,sudikah awak menjadi teman hidup abang sampai bila-bila?Menjadi hak milik kekal abang di dunia dan di syurga kelak?"

Melopong mulut aku dengan lamaran Tengku Syamil itu.Adakah aku sedang bermimpi?Apakah maksudnya menjadi teman hidup?Aaahhh...Aku penasaran.Jangan berkias,Tengku Syamil.Jantungku melompat-lompat di dalam.

"Aappaa maksud awak?"Aku masih samar-samar.Yakin dengan tidak yakin sama banyak.Aku tekun memberi perhatian setiap bait-bait kata yang bakal diluahkan oleh Tengku Syamil.Menanti dengan penuh debaran.

"Abang cintakan Rara.Abang tau abang tak romantik tetapi ini ikhlas dari hati abang yang abang cintakan Rara."

Sekali lagi aku terpana,tertegun dan terkesima dengan luahan hati Tengku Syamil.'Oh my God,am I dreaming?'

"Apa??Sejak bila,Syamil?"

"Hari pertama Rara datang interview di office,abang dah mula jatuh hati dengan Rara.Banyak kali abang cuba nafikan tapi tak boleh.Apabila Rara ada masalah hutang dengan ah long,abang memang sengaja gunakan kesempatan tu untuk jadikan Rara isteri abang.Maafkan,abang sebab ambil kesempatan tapi percayalah cakap abang yang abang betul-betul cinta dan sayangkan Rara.Apa yang abang buat untuk lindungi Rara kerana abang sayangkan Rara.Abang tak sanggup biarkan orang yang abang sayang jatuh ke tangan manusia durjana sebegitu.Rara faham kan?"

"Sakitnya hati saya masa tu hanya Allah je yang tau.Saya kahwin dengan awak memang tak pernah ada rasa cinta tapi sekarang saya dah belajar untuk reda dengan apa yang berlaku.Saya sendiri pun tak tau apa perasaan saya pada awak tapi saya suka awak ada di samping saya.Saya tak dapat buang rasa tu.Saya tersuka pada awak."Aku mengakui rasa aneh di hatiku yang hadir semenjak dua menjak ini.Adakah benih-benih cinta telah bercambah dalam jiwaku untuk Tengku Syamil?

"Kita mulakan balik hubungan kita.Bagi abang ruang dan peluang untuk jadi suami Rara dan papa kepada baby yang Rara kandung sekarang.Rara dan baby ni nyawa abang.Abang janji abang akan jaga,sayang Rara dan anak kita sepenuh hati abang."

Aku tidak banyak berkata bahkan tubuh Tengku Syamil aku dakap dengan erat ditambah dengan air mata kegembiraan.Jiwaku rasa bahagia tidak terhingga.Tekaanku selama ini salah sama sekali yang Tengku Syamil hanya mempergunakan aku untuk kepentingan dirinya sendiri.Ternyata dia mencintai aku dan aku tersuka kepadanya tanpa sengaja.

i am on tonight(ayat TS)... Saat yg dinantikan..Cinta telah terluah antara dua ketul ni.Heheehe..Junior TS n Rara is coming..Hehehe..agak2 baby dorg girl or boy?..Silent reader sila munculkan diri juga kasi meriah..hehehe..love you.

Share this novel

Nurnissa Nissa
2021-08-01 21:37:30 

macam mana Ammara dgn Amir ada gelaran Tengku bukan ayah dia org biasa ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience