Bab 27 : Mama

Romance Series 697932

Salmah masih bersimpuh di atas sejadah di kala semua jemaah surau telah pulang ke rumah masing-masing usai solat Isyak.Ada beberapa orang jemaah lelaki berada di ruangan solat untuk Qiamulail.Di sudut ruangan solat wanita itu,dia mendoakan kesejahteraan anak tunggalnya,Saiffuddin.Termenungnya di situ,mengenang kehidupan masa lalunya yang penuh dengan kebencian.Bahagianya hanya seketika tetapi derita menanggung dosa dahulu kian menghempap jiwanya.Dosa kepada Saifuddin,dosa kepada Tengku Zanariah,dosa kepada Ammara.Wajah-wajah itu silih berganti mengunjungi benaknya.

Lewat ini,dia kerap dibelenggu perbuatan silamnya kepada Tengku Zanariah.Rasa bersalah semakin menebal dalam diri apabila dia menjadikan Saifuddin mangsa di sebalik kebenciannya kepada Tengku Zanariah.Disebabkan wanita itu,anak saudara kesayangannya,Salbiah mendapat malu kerana tidak jadi kahwin dengan Saifuddin.Dia telah berjanji dengan orang tua Salbiah untuk menyatukan mereka sebaik Saifuddin tamat belajar di peringkat menara gading namun sebaliknya berlaku.Saifuddin kembali ke kampung membawa seorang isteri dan bayi yang masih kecil.Sejak itu,keluarga Salbiah mendesak Salmah menunaikan janji tetapi Saifuddin keras menolak kerana sudah mempunyai keluarga sendiri.Tambahan pula,Saifuddin selalu menyebelahi isterinya jika dia memarahi Tengku Zanariah yang tidak tahu melakukan sebarang kerja rumah.Ketika itu,di matanya hanya Salbiah satu-satunya perempuan yang baik dan sempurna untuk Saifuddin.Hatinya tidak terbuka untuk memberi peluang kepada Tengku Zanariah menjadi menantunya.Dia sendiri yang mencipta isu sehingga kebenciannya terhadap Tengku Zanariah tinggi menggunung.

Air matanya menitis bak air terjun.Sungguh besar dosanya memisahkan Ammara dan mamanya sejak kecil dengan menabur fitnah.Bagaimanakah dia harus membetulkan keadaan itu?Sedangkan dia sendiri tidak berani berterus-terang dengan Ammara hal yang sebenar.Di lewat usia begini,dia menyesali segala perbuatannya yang lalu kerana terlalu mengikut emosinya sendiri.Apa yang dia inginkan sekarang ialah sebuah kemaafan daripada orang yang tersakiti tetapi Salmah tidak ada kekuatan untuk memohon keampunan.Dia menangis dan menangis lagi di atas sejadah."Ya Allah,layokkah aku diampukea?Doso aku terlalu berat sapa aku sendiri tok mampu nok tanggung raso sakit tu."Salmah mengadu kepada Sang Pencipta yang maha mendengar dan mengampuni.Dia menangis semahunya di situ.

"Moh,bakpo mu teriok gini?Doh berhari-hari aku napok mu gini pas maye.Mu rindu ko cucu mu ko?"tanya Mek Senah yang baru tiba untuk Qaimulail malam itu.Sejak kembali dari Kuala Lumpur,setiap hari Mek Senah nampak Salmah teresak-esak di atas sejadah sendiri.

Salmah memandannya dengan mata yang masih berair."Aku dok taulah,Senah.Jak akhir-akhir ni,aku sero jiwo aku tok tene lasung.Aku takut Tuhe ambik nyawo aku sebelum aku sempat mitok maaf nge oghe hok aku wat saloh."

"Mu wat saloh nge sapo teriok gini?Aku kena mu lamo doh,dok rajin lagi aku napok mu cari hal nge oghe,baloh nge oghe.Ce oyak ko aku?"kata Mek Senah yang lebih kurang sebaya dengan Salmah.Dia mengenali Salmah sejak kecil lagi dan terpisah seketika selepas Salmah mengikut suaminya berpindah ke Melaka.Setahunya,Salmah tidak pernah menyakiti hati sesiapa.

"Mu dok tau.Banyok doso aku,Senah.Aku sero aku tok layok diampunkea."

Mek Senah semakin bingung."Ce mu oyak ko aku gano kisoh?Bio aku pehe situasi mu."

"Bakpo aku dok leh terimo jah jodoh anok aku nge Zana?Aku hok rumit kea keadaan sebab aku nok Salbiah jadi natu aku.Aku jadikea Zana musuh aku sapa aku sanggup pisohkan mok nge anok.Bakpo aku jahat gitu me maso tu?Bakpo aku dok mikir sikit pon perasaan oghe lain?"Salmah tersedu-sedu.Mek Senah terkebil-kebil mendengarnya tidak faham hujung pangkal.

"Sapo Zana?Ce cito dari mulo kisoh biar aku pehe,"kata Mek Senah cuba tenangkan Salmah.

****
"Kita dah iklankan 20 bilik hotel yang tujuh daripadanya suite ekslusif dalam beberapa laman web perhotelan mengikut kadar harga yang disetujui.Ini untuk cawangan di KL saja.So,Tengku boleh check sekarang atau bila-bila yang Tengku suka.Urusan tempahan online,Puan Juwita akan urusan,"jelas Meo dengan yakin.Tengku Syamil mengangguk faham.

"Okay,good.Ammara,awak sediakan surat kepada lima pengurus cawangan kita hadir meeting next week.Saya nak selaraskan semua harga bilik dan tawaran untuk pelanggan,"arah Tengku Syamil.Waktu bekerja dia agak serius dan fokus.Aku mencatat maklumat yang diberikan dalam tab.Sebelah tangan Tengku Syamil sempat menjalar pada paha aku tetapi aku tepis.Di hadapan staf yang lain,dia berlagak biasa dan berdehem beberapa kali.

"Luqman pastikan service hotel kita tip top.Saya tak nak dengar rungutan daripada guest yang datang ke sini terutamanya soal kekemasan dan kebersihan bilik.Briefing semua staf yang terlibat supaya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kita.Elakkan daripada saya kena turun padang untuk selesaikan hal yang remeh."Sebagai pemilik hotel,dia cukup tidak gemar ada rungutan negatif daripada pelanggan.

"Baik,Tengku,"balas Luqman.

"So,ada apa-apa nak tambah lagi?"Tengku Syamil menyoal staf yang terlibat dalam mesyuarat kali ini.Setelah 'round table' seorang demi seorang,mesyuarat kami ditangguhkan oleh Tengku Syamil.'Huh!Tamat juga.Hampir dua jam kami bermesyuarat.Sakit pinggang aku duduk lama-lama."

"Jika tiada apa-apa,semua boleh bersurai kecuali Cik Puan Ammara.You have to stay here."

'Sudah.Apa pula yang tidak kena?'

Aku tidak melanggar arahan dan masih tidak berganjak dari tempat dudukku.Apabila tinggal kami berdua di dalam bilik mesyuarat,Tengku Syamil menarik semula kerusi dan duduk di sebelahku.Ketika itu aku menunduk mencatat sesuatu pada tab.

"Kenapa tepis tangan abang tadi?"soalnya.

Aku pandang dia.'Aikkk..Takkan terasa hati pula?'

"Waktu kerja,takkan nak menggatal.Dah tu,nak Rara balas raba-raba abang macam ni?"Aku mencubit-cubit paha dia yang kenyal itu.Dia melepaskan ketawa kecil.

"So,ada apa abang minta Rara stay sini?"

"Saja.Abang rindu nak bermanja sekejap."Tengku Syamil meraba-raba bibir dan pipiku.Dia mengucup pipiku dari sisi.'Arrrghh...Tak boleh jadi ni.Lama-lama aku di sini,makin naik lemak Si Syamil ni."

Aku berdiri mengemas barang-barangku."Tengku Syamil,sekejap lagi Tengku ada lawatan bersama Development Deparment.Lebih baik Tengku bersedia awal."Aku sengaja memanggilnya 'Tengku' ketika ini.

Dia bangun lalu memusingkan badanku menghadapnya.Dia melangkah semakin rapat dan rapat dengan tubuhku hingga tubuh kami bertembung.Pinggulku bersentuhan rapat dengan meja mesyuarat manakala tanganku ditongkatkan pada birai meja.Kami sangat-sangat rapat.

Anak matanya seperti mahu terkeluar merenung aku.Tidak keruan aku menarik dan menghembus nafas dek panahan mata Tengku Syamil.Bukannya aku tidak biasa tetapi dalam keadaan serapat itu,aku rasa ada cas elektrik mengalir dalam badanku.

Dahi kami bertemu dan bibir kami tersangat rapat."Lunch dengan abang hari ni."

'Hello,nak ajak lunch pun kena rapat dan romantik ke?'Lemah aku dengan Tengku Syamil.Adakalanya aku rindu juga Tengku Syamil yang serius dan mencuka memanjang.

"Tadi abang cakap ada hal,nak jumpa Amir.So,Rara dah janji dengan Kak Nani dan Meo nak lunch sama.Sorry,dear."Aku rasa bersalah.

"Amir ada hal pula.Hmm..It's okay.Tapi boleh tak kiss abang sikit?Nak buat ubat rindu,"pinta Tengku Syamil.

"OMG!!!"Terlopong Meo yang baru masuk melihat aku dan Tengku Syamil hampir menemukan bibir.Tengku Syamil meleraikan aku dengan serta-merta apabila kelibat Meo di situ.

"Sorry ganggu.I tertinggal fail I."Meo serba tidak kena.Dia tergopoh-gopoh mengambil fail di atas meja.

"I tak nampak apa-apa ya.Bye,"kata Meo lalu menghilang dalam keadaan kalut.Dia masuk ke bilik mesyuarat itu pada waktu yang tidak tepat.

****
"Amboi,Ammara!"sapa Meo usai memesan makanan.Aku tahu Si Meo ingin mengusik pasal adegan manja-manja aku dengan Tengku Syamil tadi.Makin banyaklah modal dia menyakat aku.

"Apa dia,Meo?"Aku buat-buat tidak faham.

"Kau ingat aku tak nampak kau dengan Tengku hampir nak..."Meo tidak habiskan ayat tetapi dia mencantumkan kedua-dua tangannya yang bererti ciuman.'Isssh..Tak boleh simpan rahsialah mamat ni.'

Terbeliak mata Kak Nani memandangku.Aku berdalih."Kak Nani dengar sangatlah temberang budak Meo ni.Bukan betul pun.Saja nak mengada-adakan cerita."Terlalu peribadi untuk aku sembangkan hal tersebut dengan orang lain

"Boleh I join sama tak?"Datang seorang lelaki berkemeja hitam tersengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun kemas.Lega tidak terkata dalam hatiku apabila lelaki ini muncul.Jadi,tumpuan akan beralih kepada dia.

Aku dan Meo membalas sepakan kali di bawah meja. Kak Nani malu-malu kucing dengan pipi yang semakin kemerah-merahan.Malu agaknya dengan aku dan Meo.

"I dengan Ammara okay saja you nak join.You kena tanya orang yang menunduk malu ni boleh ke tak,"kata Meo dengan nada mengusik.Kak Nani diam tanpa sepatah kata tertunduk malu.Khairil masih menanti lampu hijau daripada Si Empunya badan sebelum duduk.

"Kak Nani,Prince Charming kau tanya tu.Apa kau nak suruh dia tercegat kat situ sampai esok ke?"sakat Meo lagi.

"Kalau tak boleh,saya makan di meja lain,"rajuk Khairil apabila Kak Nani buat tidak mengerti.Mahu saja aku hamburkan ketawa aku di situ tetapi kasihan dengan Kak Nani dan Khairil.Aku mengerti perasaan cinta baru berputik,segan tidak bertempat.

"Eh,jangan pergi!Boleh-boleh.You boleh join kitorang."Laju Kak Nani menyekat Khairil pergi ke meja lain.Pasangan yang sangat secocok aku kira.Sangat melucukan gelagat dua hati yang malu tapi mahu.Akhirnya,Khairil mendarat juga menyertai kami bertiga.

"Are you sure,I tak ganggu korang ni?"

"Alaa..Dah dah duduk pun Encik Khairil,tak payah tanya dah.Hmm..Tak taulah kalau Kak Nani tu yang rasa terganggu.Kami lagi mengalu-alukan,boleh tambah ahli mesyuarat meja,"kata aku.

"Segan pula saya duduk semeja dengan Cik Puan Ammara ni,'kata Khairil.Kami mengenali kerana kerja tetapi dia ditempatkan menguruskan staf bahagian 'housekeeping' manakala aku sepanjang masa dalam ruangan pejabat utama.Oleh sebab itu,kami tidak pernah berkomunikasi secara terus jika tiada apa-apa urusan yang mustahak.

"Tak payah Cik Puan lah,panggil Ammara pun da cukup.Gelaran tu tak penting pun."

"Bukan apa,malu pula saya makan sekali dengan isteri Tengku Syamil.Kita ni tak pandai bab-bab protokol ni."

Aku melepaskan ketawa."Dengan saya tak payah nak protokol sangat.Tengok dua orang ni selamba je panggil Ammara,siap gurau-gurau lagi,"kataku.Sekilas pandangan aku dihalakan kepada Kak Nani tersipu-sipu dan mengunci mulut daripada berbual dengan kami.

"Eh,apasal Kak Nani diam saja ni?Tadi bukan main kecoh,sekarang dah menikus pula."Aku menyapa Kak Nani.Tiba-tiba pula dia jadi seorang yang pasif dan pendiam.Khairil pula mengerling manja buah hati di sebelahnya.'Hmm...Sesuai sangat.'

"I tak sangka you alls ni jenis masuk air juga.Dulu sebelum sembang dengan korang,nak tegur pun takut.Nampak macam sombong je masing-masing.Sekali duduk semeja,boleh tahan riuh you alls ni,"Khairil berterus-terang.Pada awalnya rasa rendah diri menyertai kami,semakin selesa berkawan dengan kami yang kepoh.

"Tak kenal maka tak cinta tapi cukuplah you cintakan Kak Nani sorang.Kami berdua ni sekadar kawan.Tapi tulah,Kak Nani dari Khairil sampai tadi diam kot.Jarang-jarang dia behave macam ni dengan kitorng,"kataku mengusik.Rasakan,biasa aku yang jadi bahan usikan tapi kali ini aku yang mengusik.

"Alaa..Kenalah cover,buah hati ada kat sebelah kan tu.Kau ni Ammara buat-buat tak tau pula.Kau lebih pengalaman,takkan tak faham situasi acah-acah gadis Melayu terakhir,"sampuk Meo semakin galak mengusik Kak Nani.Kak Nani menjegilkan matanya kepada aku dan Meo yang tidak sayang mulut ini.

"Bila masa aku acah-acah gadis Melayu depan Tengku Syamil?Aku dengan dia dulu hari-hari gaduhlah dulu."Aku membela diriku.

"Haa..Bercakap pasal Tengku Syamil,tu laki kau dah datang."Meo menjuihkan mulutnya ke arah Tengku Syamil yang tenang masuk ke dalam restoran.Matanya mencari-cari sesuatu di setiap ruangan restoran.

Aku menepuk dahi."Nama dia ni jangan diseru,boleh muncul dengan sekelip mata."

"Hai,maaf ganggu you alls semua lunch!Saya nak culik isteri saya ya?"Tengku Syamil minta izin dengan berhemah kepada rakan-rakanku.Aku mendongak ke wajah Tengku Syamil.

"Saya tak habis makan lagi ni."

"Biar jelah.Sambung makan kat tempat lain nanti.Ikut abang dulu,"ucap Tengku Syamil dengan serius.Aku mencapai beg tanganku lalu berdiri di sebelah suamiku.'Memang tak boleh tengok aku senang dengan kawan-kawan aku.'

"Sorry ganggu.Lunch korang hari ni saya belanja.Isma Danial,awak beritahu saja pada kaunter masuk bil saya.Lagi satu,saya dan Ammara masuk lewat sikit,so awak uruskan office dulu ya."Tengku Syamil memberi amanah kepada Meo untuk menjaga pejabat sementara kami,aku tidak tahu ke mana hala tujunya.

****
"Kita nak ke mana ni,abang?Ada meeting ke?"tanya aku kehairanan.Tengku Syamil tidak memberitahuku ke mana destinasi kami.Tiada senyum mahupun gurauan yang muncul di mulutnya.'Dia nak buat perangai diktator dialah tu.'Sepanjang jalan dia tidak bercakap dengan aku dan biarkan aku dengan persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran.

"Abang,Rara tanya ni.Kita nak ke mana ni?Boleh tak abang jawab soalan Rara?"Bertalu-talu aku mengajukan soalan.Dia hanya lepaskan helaan nafas saja."Rara boleh tutup mulut tak?Tunggu sampai nanti Rara taulah ke mana kita pergi.Sabar sikit,"balas Tengku Syamil.Aku tidak pasti dia marah atau tidak kerana ton suaranya mendatar saja.Aku menjeling.Aku pandang ke depan dengan tanganku disilangkan.Malas mahu bertikam lidah.

Deria penglihatanku terpaku pada kawasan yang kami lewati.Tertulis Beverly Hills pada pada tanda kawasan itu.Kawasan perumahan elit dan mewah yang hanya didiami oleh jutawan-jutawan dan orang ternama sahaja.Kenapa aku dibawa ke mari?Mungkin Tengku Syamil membawa aku menemui saudara-mara yang tinggal di sini.Aku tidak hairan kerana keluarga Tengku Syamil terdiri daripada orang ternama cuma aku tidak tahu siapa yang akan kami temui nanti.'Ikut sajalah.Malas aku nak tanya lebih-lebih.'Aku tetap berdiam dan membuat andaian sendiri daripada mengutarakan pertanyaan.

Tengku Syamil membelok satu kawasan rumah banglo yang tersergam indah dan halaman yang luas.Kelihatan daripada jauh,Tengku Amir menunggu di perkarangan banglo itu.'Rumah Amir agaknya.'Tengku Syamil memberhentikan kereta."Okay,kita dah sampai ke destinasi.Abang jumpa Amir dulu ya,"kata Tengku Syamil tergesa-gesa berjumpa Tengku Amir.Aku masih di dalam kereta menjadi pemerhati.

Sambil menunggu,aku perhatikan banglo dan kawasannya yang luas.Aku kagum seni bina banglo moden itu.Pasti mereka menggunakan khidmat pakar yang berpengalaman dan berkualiti.Tidak lama kemudian,Tengku Syamil melambai-lambai memanggil aku keluar daripada kereta.Dia tidak menanti aku sebalik masuk dulu ke dalam.Tengku Amir masih setia menanti.

Aku disambut dengan mesra oleh Tengku Amir."Hai kak long cantik.Jemput masuk."Tengku Amir menjemput aku masuk ke dalam banglo mewah itu dengan menundukkan kepalanya seperti mengalukan seorang puteri raja."Stop welcoming me like this."

Tengku Amir mengekori aku dari belakang.Apabila tiba di ruang tamu banglo itu,aku terpesona.Rekaan dalamannya sangat teliti dengan pilihan warna kelabu cerah.Set perkakas rumah lengkap tersusun kemas dan indah."Cantik rumah,Amir,"kataku.

Tengku Amir sengih-sengih."Eh,apa pula rumah Amir?Ini rumah kak longlah."

Membulat mataku memandang Tengku Amir."Eh,budak ni nak bergurau pula!"

"Apa guraunya kak long?Tak lama lagi kak long akan tinggal di sini.Amir tolong design dan uruskan pembinaan saja ikut kehendak Abang Syamil."

Aku mengecilkan mataku."Tinggal sini?Maksud Amir?"Aku tidak mengerti apa yang dituturkan oleh Tengku Amir.

"Kak long nak tau lebih lanjut,pergi tanya Abang Syamil.You will get the answer."

"Mana dia?"

"Mungkin ada di bahagian belakang.Kak long pergilah cari dia.Amir tunggu di sini saja."

Aku tinggalkan Tengku Amir di ruang tamu itu menghala ke halaman belakang banglo.

****
Aku ke halaman belakang,Tengku Syamil tiada di situ.Terdapat sebuah kolam renang di halaman tersebut buat aku rasa teruja.Aku ke pesisir kolam itu dan duduk di tebing kolam tersebut.Aku bermain-main air dengan tanganku.

"Suka?"Suara Tengku Syamil berkumandang di telingaku.Aku berpaling.Dia berdiri tegak tidak jauh daripadaku.Aku bangun dan melaga-lagakan tanganku yang basah dengan air kolam.

"Kenapa abang bawa saya ke sini?"

Tengku Syamil hanya menghadiahkan senyuman kepadaku dan memimpin tanganku ke sekeliling halaman belakang banglo ini.Halaman itu cukup luas untuk bersantai-santai seperti vila nenda.

"Kita akan pindah ke sini tak lama lagi,"kata Tengku Syamil.Aku terkejut besar.Maknanya,Tengku Amir tidak bergurau dengan aku tadi.

Aku menghentikan langkahku."Sekejap.Kenapa kita nak pindah ke sini?Ini rumah siapa?"Fikiranku masih samar-samar.

"Actually,this is bonda's house and I want to spend my life with you and our family here.Ini tapak banglo impian bonda tapi semuanya hancur selepas ayahanda curang dengan Auntie Salina.Tapak ni terbengkalai dah bertahun-tahun.Tiga tahun lepas,abang minta tolong Amir bina semula banglo ini dan berhajat untuk tinggal di sini dengan keluarga abang.Tak sangka banglo siap tepat pada waktunya sebab kebetulan abang pun dan beristeri dan mungkin akan ada anak juga,"terang Tengku Syamil buat aku terkesima.

"Habis,kondominium yang kita tinggal sekarang?"

Tengku Syamil merangkul pinggangku rapat ke badannya."Sayang,kondo itu dah ada orang nak sewa.Lagipun,tak sesuai kita tinggal di situ kalau ada anak-anak nanti.Kat sini anak-anak kita bebas bermain."

"Anak-anak?Wah,macam ramai anak abang!"

"Abang nak anak ramai,baru meriah.Bosan tau jadi anak tunggal,tak ada orang nak buat kawan.Mujur ada Amir dulu,boleh juga abang sakat dia."Tengku Syamil tidak melepaskan rangkulannya lagi.Dia pandang anak mata aku dengan pandangan nakal.

"Rara pun tunggal,okay je.Rara happy saja walaupun sorang."

"Kisah Rara lain,abah bagi sepenuhnya kasih sayang kepada Rara.Tak macam abang,ayahanda gilakan perempuan muda,bonda pula tiada.Abang?Harap menumpang kasih nenda dengan Bonda Zana."Sayu aku mendengar rintihan hati Tengku Syamil.Ya,kisah silamnya banyak yang gelap.Kehilangan pada usia yang sangat muda,mungkin menjadikan dia lebih matang.Aku turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya dirinya.

"Maafkan Rara.Rara tak berniat nak buat abang terasa atau imbas kembali kisah silam abang,"Aku rasa bersalah.

"No need to sorry.Abang tak terasa pun.Hmm..Abang nak anak-anak abang nanti membesar dengan penuh kasih sayang mama dan papa dorang kat sini."

Aku senyum lalu tubuh suamiku itu aku peluk.

"Halah..halah..Lama lagi ke nak bermadu kasih tu?Tak nak tengok ruangan dalam dan atas pula ke?"panggil Tengku Amir dari seberang kolam.

****
"Mu wat gapo tertunduk-tunduk tu,Moh?"tanya Mek Senah terjenguk-jenguk mencari Salmah yang nampak sebahagian badannya.

"Aku ambik daun daun pande ni,nak buat bubur pulut ite.Ado gapo mu mari ni?"Salmah menjawab.Tangannya ligat mengerat beberapa helai daun pandan yang menghijau serta bau yang mewangi di belakang rumahnya.Tiba-tiba,tekaknya teringin hendak makan bubur pulut hitam yang dulunya sangat digemari Tengku Zanariah cuma dia yang lokek dengan menantunya itu.

"Sajo jah cari mu.Aku puah etek dok ghumoh,tak dok oghe nok buat bual.Mari sini buleh jugok bual-bual kosong.Abe Mat tu buke buleh wat saeng,dok ke laut,gi kebun."Mek Senah yang tinggal suaminya merungut.Itulah teman paling rapat Salmah kampung itu.

"Mu tu buleh kiro jugok ado Abe Mat.Aku ni gak soghe-soghe.Harap Ammara tepon sokmo tanyo kaba."Dia sudah biasa hidup bersendirian sejak Saifuddin dan Ammara berpindah ke Kuala Lumpur.

"Ado dengan ado samo jah Abe Mat tu."

Salmah mempelawa Mek Senah masuk ke dalam rumahnya melalui pintu dapur.Mek Senah duduk di meja makan Salmah yang terletak di dapur kecil Salmah.Salmah menghidang air teh O dan ubi rebus cicah sambal kepada Mek Senah."Make ubi rebuh ni.Aku gali hok belake ghumoh ni pagi tadi.Rezeki mu mari sini,"pelawa Salmah.Makanan kampung mudah sangat didapati di belakang rumahnya yang agak luas itu.Semuanya ditanam dengan tulang empat keratnya sendiri.

"Moh,aku lupo nok tanyo kaba Ammara.Dio doh sihat ko?Hari tu kea dio gugur,"soal Mek Senah.Sekian lama,baru dia teringat bertanya khabar Ammara.

"Alhamdulillah.Doh sihat molek katonyo.Suko sangat buleh mulo kijo mula."

"Sie pulok ke Ammara.Hile abah nge anok sekelip mato.Mujurlah ado tok laki hok molek,kayo pulok tu."

"Tulah,aku syukur jugok diyo buleh tok laki hok baik.Ado jugok oghe hok jago diyo.Ma diyo pon ado sano,buleh jugok tengok-tengok diyo.Mano tau satu hari nati,Tuhe ambik nyawo aku pulok,"kata Salmah dengan rasa syukur.

"Eh,mu ni!Ce oyak doa hok molek-molek diri tu."

Salmah menghela nafasnya selepas meneguk air teh O suam."Umo kito ni doh senjo,Senah.Ghumoh kato pegi,kubur kato mari.Bilo-bilo maso sajo jah Allah buleh tarik nyawo kito."Kata-kata Salmah yang menginsafkan.

"Betul jugok mu oyak tu.Hmm..Aku nok tanyo ni tapi mu jange maroh pulok."Mek Senah teragak-agak untuk bertanya sambil menyuakan ubi ke dalam mulutnya.

"Mu nok tanyo gapo?Tanyo jah,mace mu tok beso,"jawab Salmah.

"Gano mu nok oyak ko Ammara pasal ma diyo tu?"tanya Mek Senah yang baru tahu identiti Ammara.

Sekali lagi Salmah menghirup oksigen sedalam-dalamnya."Aku dok tau nok oyak gano pado diyo.Aku takut diyo tok leh terimo dae aku takot maroh aku.Tulah,maso dulu aku dok pikir mendo-mendo gini.Lo ni,aku menyesal."Berat beban yang ditanggung oleh Salmah.Rasa bersalah yang amat mendalam menghimpit jiwa tuanya.Menyesali dan menginsafi perbuatan silam yang dulu kepada darah daging sendiri.

"Moh,ikut mano pon mu keno oyak hok betulnyo.Mu tok buleh bio Ammara beci ma diyo sapa bilo-bilo."Mek Senah menasihati Salmah.Malam di surau tempoh hari membongkar segala sisi gelap Salmah namun dia tidak ingin mengukur dosa dan pahala Salmah.Walaubagaimanapun,dia tetap memberi sokongan kepada Salmah.

Pandangan Salmah dialihkan ke pintu luar.Bayangan Ammara dan Tengku Zanariah muncul silih berganti."Aku tau,Senah.Tapi aku takot Ammara beci aku pulok.Kalu diyo tau aku dale semuo hok berlaku,mesti diyo pikir aku ni manusio hok jahat sekali.Aku risa diyo tok se jupo aku lagi mace diyo tok buleh tengok ma diyo lo ni.Tapi gak aku sie nge Zana etek.Aku raso berbeloh bagi."

"Aku tok raso Ammara mace tu.Pusing ikut mano pon,mu tetap keno oyak.Mu keno mitok maaf nge Zana apo hok mu doh wat pado diyo dulu.Baru hati mu tene sebab mu buwe belako hok huduh-huduh dulu.Selagi mu wat senyap,masaloh tak ake selesai dan mu ake hidup nge raso bersaloh."

"Aku malu,Senah.Zana pon aku dok tau buleh maafkea aku ke dop.Terlalu besa doso aku pado diyo.Bakpo hati aku ite gitu mo maso dulu?Ya Allah,kalu aku ingat mula raso aku ni sejahat-jahat manusio."

"Moh,mu jange oyak gitu.Masih ado maso utuk mu betul kea mula.Dok saloh cubo mitok maaf nge diyo,mano tau doh diyo maafkea mu."

"Aku jahat kea,Senah?"Salmah bertanya.

"Moh,buke kijo aku nok nila maso sile mu.Mu doh insaf dea nyesal,maknonyo mu ado niat nok uboh diri mu jadi lebih baik.Aku tok suko nok jadi hakim dunio sebab diri aku pon belum tentu betul.Apo hok aku nok,mu mitok maaf.Itu hok paling petim,"kata Mek Senah.

****
Hujung minggu aku dihabiskan dengan mengemas menguruskan banglo baharu kami.Tidak banyak yang perlu aku lakukan kerana Tengku Syamil telah siapkan dari A hingga Z.Aku hanya perlu membawa diriku dan barang-barang keperluan kami ke rumah itu.Dari segi hiasan dalaman semuanya telah diatur oleh Tengku Syamil.

Selesai mengemas pakaian di bilik,aku bersantai menyambil udara di ruang rehat terbuka di bahagian atas banglo.Aku perhatikan permandangan dari situ,banyak banglo mewah didirikan di sekeliling kawasan Beverly Hills itu.Dengan kehidupan aku yang sederhana dulu,tidak pernah aku mengimpikan banglo sebesar ini tapi mungkin rezeki aku berkahwin dengan Encik Tengku.

Sedang aku berehat,kedengaran deruman bunyi kereta.Mungkin Tengku Syamil baru sampai.Dia kembali semula ke kondominium kami untuk mengambil barang di sana.Aku biarkan saja.Malas ingin mengintai.Aku hendak melepaskan lelah sebelum menyambung mengemas semula.

"Sofia,"panggil suara seorang wanita.Tidak lain tidak bukan,Tengku Zanariah datang dengan senyuman.Deruman kereta tadi bukannya Tengku Syamil tetapi Tengku Zanariah yang datang tanpa diundang.

"Ada apa Tengku datang sini?Syamil tak ada."Aku berkata tanpa ditanya dengan harapan wanita tidak tunjukkan mukanya depan aku lagi.

"Mama tau Syamil tak ada.Mama datang cuma nak melawat Sofia dan tengok suasana banglo ni.Sofia suka?"tanya Tengku Zanariah dengan gembira.Aku dari awal dia tiba sudah tarik muka tidak suka.Apakah dia tidak perasaan riak benci aku padanya?

Aku menyilangkan tanganku dengan angkuh."Saya lagi suka kalau Tengku tak datang jumpa saya.Tengku tak faham-faham lagi ke yang saya ni tak nak tengok muka Tengku pun tak boleh?"Semakin tajam lidah aku berbicara semata-mata untuk sakitkan hati dia.Aku sendiri tidak kisah jika dia membenci aku dengan kelakuan aku.Yang penting,dia menjauh daripada aku.

Tidak pernah air matanya tidak menitis apabila berbual dengan aku."Sampai hati Sofia cakap macam tu.Sofia sedang bercakap dengan mama Sofia,orang yang melahirkan Sofia ke dunia ini.Takkan tak ada sikit pun rasa kasihan Sofia kepada mama?"

Aku menjeling dengan tajam dari hujung mataku.Mataku langsung tidak memandang dia."Orang yang hanya melahirkan dan kemudian meninggalkan saya dengan abah dan opah.Layak ke Tengku dipanggil mama macam tu?"

Panggg!!!Laju telapak tangan Tengku Zanariah menyepak pipi aku hingga aku terpaling ke sebelah kanan.

"Sofia tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.Sofia hanya dengar cerita daripada sebelah pihak sebaliknya di pihak mama Sofia langsung tak nak dengar.Adil ke macam tu?Sampai bila Sofia nak menyalahkan mama atas perkara yang mama tak pernah buat?Bagaimana mama nak jelaskan supaya Sofia percaya?"Naik seoktaf suara Tengku Zanariah.Dia telah lama bersabar dengan sikap anaknya itu namun Ammara langsung tidak pernah mencuba memahami isi hatinya.

"Nak saya dengar apa lagi?Tengku sendiri yang buang saya dengan abah.Kalau nak balik,Tengku boleh petik jarilah nak cari saya dengan abah.Tapi ada Tengku buat?Tak ada kan?Tengku bersenang-lenang tinggal dia luar negara.Macam mana saya nak dengar semua tu?"Aku membulatkan mata dan bercekak pinggang berhadapan dengan Tengku Zanariah.

"Sofia salah faham dengan mama.Mama cari tapi opah halang tak bagi mama jumpa Sofia.Dalam hidup mama sekalipun mama tak pernah lupakan Sofia dan abah."

"Tengku bohong.Masa saya kecil saya selalu mengharapkan ada seorang ibu macam kawan-kawan saya.Saya cemburu tau tengok kawan-kawan ada ibu tapi saya tak ada.Saya teringin nak ibu saya datang bagi sokongan kepada saya untuk semua pertandingan yang saya sertai sebab saya tau abah sibuk cari rezeki untuk kami.Ada masa abah terpaksa terkejar-kejar untuk saya.Saya faham waktu tu sebab saya fikir ibu saya betul-betul dah mati.Tapi bila saya tau ibu saya masih hidup dan kerabat diraja membiarkan saya dan abah dalam kesusahan,saya bersyukur saya tak ada ibu."Aku meluahkan rasa.Kesusahan abah membesarkan aku masih aku rasai.Bagaimana kami mencatu makanan untuk meneruskan hidup tidak pernah aku lupakan.Semakin laju air mataku dirembeskan.

"Habis tu,Sofia nak mama buat apa supaya Sofia boleh terima mama?Cakap dengan mama."Tengku Zanariah hampir putus asa.Sungguh sukar melembutkan hati anak sulungnya itu yang sekeras batu.

"Satu saja saya minta,Tengku tolonglah balik dan jauhkan diri Tengku daripada saya."

Tiba-tiba,Tengku Zanariah teringatkan cadangan Tengku Amir untuk memberitahu Tengku Syamil."Mama tak akan mengalah,Sofia.Kalau Sofia berdegil,mama akan beritahu Syamil apa hubungan kita."

"Tengku nak ugut saya?Sekali Tengku berani buka mulut beritahu Syamil,jangan harap Tengku dapat jumpa saya lagi.Berani bagitaulah."Aku mengugut kembali.Tengku Zanariah agak tergamam dan berfikir sejenak.

Sekali lagi air mukanya jatuh.Tersangat kecewa dengan aku."Sampai bila Sofia nak benci mama?Bencilah sedalam manapun pada mama,Sofia kena ingat dalam badan Sofia mengalir darah mama.Dan anak Sofia juga akan mewarisi darah mama.Soroklah selagi mampu tetapi mama pasti Sofia sendiri tidak boleh menolak hakikat yang Tengku Sofia Ammara Binti Saifuddin dilahirkan oleh Tengku Zanariah.Hakikat yang Sofia perlu ingat sampai mati,"kata Tengku Zanariah.

"Keluar!!!I hate you."Aku menghalau dengan pekikan yang sangat kuat.Tengku Zanariah mengatur langkah pergi dari situ.Tengku Amir dan Tengku Syamil yang baru tiba terkejut mendengarnya.Mereka bergegas menaiki tangga dan terserempak dengan Tengku Zanariah teresak-esak menuruni anak tangga.

"Kenapa,bonda?"tanya Tengku Syamil namun tidak dibalas malah Tengku Zanariah terus melangkah pergi.Mereka saling berpandangan dan Tengku Syamil mengejar Tengku Zanariah manakala Tengku Amir ke atas mencari Ammara.Dia dapat meneka apa yang berlaku kerana hubungan mamanya dengan Ammara sangat tegang.

Aku menongkat tanganku pada pagar kaca di ruangan terbuka itu."Saya kata pergi,"marah aku tanpa berpaling.Nafasnya seperti ombak melambung tinggi.Malas aku melihat wajah minta simpati oleh Tengku Zanariah.

"Sampai hati kak long buat mama Amir menangis lagi.Cakap dengan Amir,sampai bila kak long nak hukum mama?Mama dah cukup menderita selama 28 tahun hidup tanpa kak long dan abah,"kata Tengku Amir buat aku terkejut besar.'Mama Amir?Ertinya Amir...'aku bercakap dalam hati.Mama Tengku Amir dan mama aku orang yang sama.Adakah kami adik-beradik?Aku berpaling.

"Mama Amir?"

"Ya,mama Amir.Kak long terkejut?Kak long memang selfish dan angkuh dengan mama sendiri."Tengku Amir berlalu pergi tinggalkan aku yang penuh dengan persoalan.Bagaimana aku punya adik?

****
Aku termenung di beranda memikirkan hal tengah hari di banglo baharu Tengku Syamil.Aku tidak puas hati bagaimana Tengku Amir boleh menjadi adikku?Anak angkat atau anak kandung Tengku Zanariah?Yang pelik wajahnya memang ada iras-iras abah.

"Rara,apa yang berlaku dengan Bonda Zana tengah hari tadi?Rara bergaduh dengan bonda ke?"tanya Tengku Syamil tidak faham situasi.Ketika sampai,kedua-dua wanita itu mengalirkan air mata manakala Bonda Zana pergi dari situ dengan serta-merta.Begitu juga Tengku Amir terus pulang mengejar mamanya.Akses memanggil kedua-dua meraka tersekat kerana mereka menutup telefon atau tiada bateri.Tengku Syamil mula rasa tidak enak.Mengapa Ammara tidak suka Bonda Zana sejak dari mula?

"Kenapa abang tak beritahu Rara yang Amir tu anak Bonda Zana?"Aku marah tidak menjawab soalan Tengku Syamil.

Tengku Syamil mengerutkan dahinya."Haaa?Takkan selama ni Rara tak tau Amir anak Bonda Zana.Habis,Rara ingat Amir anak siapa?"Tengku Syamil semakin pelik.Soalan yang ditanya oleh isterinya sememangnya tidak logik.

"Perempuan yang dengan Amir dalam gambar di bilik kerja abang tu siapa?Bukan mama dia?"Aku menyoal.Aku teringat gambar perempuan memangku Tengku Amir yang terdapat dalam ruangan kerja Tengku Syamil.

"Ooo..Itu Tengku Fazila,adik ayahanda tetapi dia turut terkorban dalam kemalangan dengan bonda abang dulu.Sekajap.Abang tak faham lagi ni.Kalau Amir anak bonda sekalipun,apa kaitannya dengan hal di banglo tadi?Takkan sebab tu Rara gaduh dengan bonda."

Aku menghembuskan karbon dioksida dari rongga hidung dan mulutku.Satu hakikat yang sukar untuk aku terima.'Kenapa selama ni,aku tak perasan langsung.'Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi.Aku meraup wajahku berkali-kali.Tengku Syamil perhatikan tingkah laku dengan kehairanan.

"Anak kandung atau anak angkat?"Aku ingin mendapatkan kepastian.

"Siapa?Amir dengan Bonda Zana?Mestilah anak kandung."

"Bonda Zana kahwin dengan siapa?Siapa papa Amir?Kenapa Rara tak pernah jumpa papa Amir?"aju aku kepada Tengku Syamil.

"Abang tak kenal siapa papa Amir sebab abang tak pernah jumpa dia.Bonda berpisah dengan papa Amir dah lama tapi bukan atas kehendak bonda.Katanya papa Amir maut dalam kebakaran rumah beserta anak sulungnya.Tak lama lepas kebakaran tu,Bonda Zana disahkan mengandung.Cuma yang abang tak faham,Bonda Zana ada cakap anak sulung dengan suaminya masih hidup.Abang tak ambil tau sangatlah pasal tu.But why?Apa kena-mengenanya?Abang nak tau apa yang berlaku tadi."Tengku Syamil tidak putus asa mencari jawapan yang menjadi tanda tanya dalam benaknya.

Aku terdiam sejenak.'That means,Amir is my blood brother.'Aku yakin Tengku Amir tahu yang aku ialah kakaknya.sebab gayanya bercakap tadi seolah-olah dia tahu semua kisah kami cuma aku yang bodoh tidak perasan.

"Sayang,abang tanya ni.Apa yang berlaku siang tadi?Apa hubungannya dengan salasilah keluarga Amir pula?"Tengku Syamil bertanya dengan nada keras.Mungkin dia hilang sabar soalannya tidak aku jawab.

"Tak ada apa yang berlaku."Aku berbohong.Tidak berminat untuk bercerita.

Tengku Syamil mengetap giginya bercakap dengan aku."Rara jangan tipu abang.Abang bukannya budak-budak lagi,senang Rara nak bohong.Kalau tak ada apa-apa,kenapa dua-dua menangis dan kenapa bonda lari dari banglo tanpa bercakap dengan abang?"Tengku Syamil semakin mendesak.Aku rimas dan kalau boleh aku malas mahu ingat hal itu lagi.Aku memilih untuk mengunci mulut.

"Abang tanya ni,Rara.Answer my question.Nanti abang tanya bonda sendiri."Tengku Syami mengugut aku.

Aku berdiri dengan wajah yang garang."Pergilah tanya dia sendiri.Rara dah cakap tak ada apa.Kenapa susah abang nak faham ni?"Aku mula bengang dan naik angin.Aku tidak suka dipaksa-paksa bercerita perkara yang aku benci ditambah pula rahsia yang baru aku tahu.

Tengku Syamil bingkas bangun dan menarik lenganku dari belakang."Abang tak percaya yang tak ada apa-apa yang berlaku.Abang dah lama perasan yang Ammara memang tidak sukakan bonda dari mula kenal dia.Masa jumpa bonda dengan abah pun,Ammara mengamuk.Sebab apa?"Tengku Syamil menyoalku.Kali ini dia semakin garang.

"Memang Rara tak suka dia?Abang nak buat apa kalau Rara tak suka dia?"Aku mengakuinya.

Tengku Syamil mengeluh kasar."Tapi sebab apa?Dia mak saudara abang tau dan dia juga yang bagi kasih sayang kepada abang dulu.Tak suka macam mana pun,Rara tetap perlu hormatkan Bonda Zana."Tengku Syamil memberi peringatan kepadaku.'Ada aku kisah?Anak sendiri ditinggalkan,anak orang disayang-sayang,'marahku dalam hati.

"Eee..Rara malaslah nak cakap pasal ni.Abang tak tau apa-apa."Aku berdecit.

"Kalau abang tak tahu,beritahulah abang.Itupun susah ke?Yang Rara nak marah-marah tak tentu pasal ni kenapa?Abang tanya apa yang terjadi saja.Tak salah pun."Tengku Syamil merenung ke dalam mataku yang semakin berair.

Aku melepaskan pegangan tangannya di lengan aku."Rara tak ada mood nak cakap dengan abang malam ni.Leave me alone."Aku mengorak langkah meninggalkan Tengku Syamil yang dalam kebingungan menggaru-garu kepala.

****
Bonda Zana tenang menghirup secangkir kopi bersama Tengku Syamil.Tengku Syamil mengajak dia bertemu dia sebuah dan dia yakin apa yang cuba digali oleh anak saudaranya itu.

"Ada apa Syamil ajak bonda keluar ni?"tanya Bonda Zana walaupun dia tahu niat Tengku Syamil.

"Rasanya bonda tau apa yang Syamil nak tanya.What going on,bonda?Apa yang berlaku semalam?"Tengku Syamil berterus-terang.Dia tidak tahu mengapa Ammara naik angin apabila dia bertanya tentang Bonda Zana semalam.Pening kepalanya memikirkan hal itu lagi-lagi Ammara menarik muka masam kepadanya dari pagi hingga ke tempat kerja.

"Ammara ada cerita apa-apa pada Syamil ke?"soal Bonda Zana semula.Tengku Syamil menggeleng-geleng sambil matanya menatap skrin telefon.

"Mood Ammara tak berapa baik semalam sampai hari ni.Bonda beritahulah Syamil apa yang jadi?Kenapa Ammara marah sangat?"Tengku Syamil rungsing memikirkan masalah isterinya.

'Sekali Tengku berani buka mulut beritahu Syamil,jangan harap Tengku dapat jumpa saya lagi.'Ayat yang dituturkan Ammara semalam terngiang-ngianga di telinganya buat Bonda Zana takut memberitahu Tengku Syamil perkara sebenar.

Bonda Zana mengelap bibirnya dengan napkin lalu melebarkan senyuman."Hmm...Salah bonda cakap perkara yang sensitif kepada Ammara.Memanglah Ammara marah."Bonda Zana menipu Tengku Syamil.

"Bonda cakap tentang apa?"

Bonda Zana mencari idea untuk membohongi Tengku Syamil lagi."Err..Err..Bonda tanya soal ibunya dan arwah abahnya dulu.Bonda tak tau yang Ammara tidak suka orang bertanya soal ibunya,jadi bonda tak sengaja bertanya lebih-lebih."

Tengku Syamil meneguk kopi dengan berhati-hati.Ya,Ammara tidak pernah menyebut soal ibunya selain abah sepanjang perkahwinan mereka.

"Hmmm...Tak ada yang serius pun berlaku."

"Tapi kenapa Bonda menangis?"tanya Tengku Syamil lagi.Lega hatinya mendapat tahu cerita sebenar.

"Bonda simpati dengan nasib Ammara.Kalaulah bonda kenal Ammara dari dulu,bonda akan jaga dia macam anak sendiri,"kata Bonda Zana.Tengku Syamil mengangguk-angguk.

****
Aku menekan-nekan alatan kawalan jauh android box mencari filem yang menarik untuk ditonton dalam aplikasi Neflix namun tiada satu pun yang menarik minat aku.Aku menyandar kebosanan memejamkan mataku.Tidak lama kemudian,aku rasakan ada seseorang merebahkan badan di sebelahku.Aku tidak mencelikkan mataku dan biarkan saja.

"Sayang,are you angry me?"Tengku Syamil bertanya.Seharian aku tidak bertegur sapa dengannya.Aku tidak menjawab pertanyaannya.Lantas aku mengangkat punggungku untuk beredar dari situ namun pinggangku ditangkap oleh Tengku Syamil.Dia menarik aku terduduk di atas ribanya.Pelukan pada pinggangku sangat kemas.

"Abang tak akan lepaskan Rara selagi Rara tak nak cakap dengan Rara.Abang rindu isteri abang hari ni."Tengku Syamil mendaratkan pipinnya atas belakangku dan digesel-gesel manja.

Aku melepaskan nafas geram."Nak cakap apa?"

"Apa-apa saja yang boleh buat buah hati abang ni gembira dan tersenyum macam biasa,"pujuk Tengku Syamil tanpa putus asa.

"Tak ada apalah yang Rara nak cakap.Lepaslah,Rara nak masuk tidur ni."Aku cuba membuka pelukannya tetapi gagalnya.Kudrat Tengku Syamil lebih kuat berbanding aku.

"Abang tau Rara marah abang dan abang minta maaf okay."Dicium-ciumnya belakang aku.

"Hmmmm..Rara tak marahkan abang pun.Lepaskan,Rara,"pintu aku dengan perasaan yang semakin sejuk.

"Kalau abang lepas,janji yang Rara tak lari.Duduk dengan abang kat sini.Abang ada sesuatu nak beritahu sayang."

Aku tekankan ton suaraku."Ya,Rara tak lari."Oleh itu,tangannya dileraikan perlahan-lahan.Aku mengalih tempat dudukku di sebelahnya.Aku tidak senyum mahupun ceria walaupun marahku berkurangan.Tengku Syamil mengambil telefonnya dan menunjukkan hotelnya di Pulau Perhentian.

Aku bersahaja melihat gambar tersebut."Hmmm...Kenapa dengan hotel di sini?"tanya aku tanpa perasaan.

"Abang nak bawa sayang bercuti di sini next week.Nak honeymoon dengan isteri abang.Last kita bercuti di Cameron dulu tapi tak ada privasi untuk kita.Ramai sangat."Tengku Syamil mencuit-cuit bahuku dengan jari telunjuknya.

Aku mengiringkan badanku memandangnya."Honeymoon?Pulau Perhentian?"tanya aku.Aku semakin ceria.Sudah lama aku tidak bercuti.

"Yup.Nak ke tak nak?"Tengku Syamil memberi kata dua kepadaku.

"Nak-nak."Sepantas kilas aku menjawab.Mestilah aku mahu bercuti sambil berbulan madu dengan kesayanganku.Marahku tadi?Sudah beransur hilang.

"Abang dah agak mesti Rara nak.Hmmm..Tak sabar pula nak honeymoon.Release tension dan jauh daripada kesibukan kerja.Yang paling best,ada isteri abang bersama."Tengku Syamil mula berangan tetapi aku tidak tahu apa yang diangankan.Bagi aku pula mestilah OOTD kerana telah lama aku idamkan ke pula itu tetapi tidak berkesempatan.Kebetulan,Tengku Syamil mengajak aku,pasti aku tidak akan lepaskan peluang keemasan.

"Hmm...Memang pergi bercuti kan bukan sebab kerja?"tanyaku lagi.Aku inginkan percutian yang sepenuhnya untuk kami berdua meluangkan masa bersama bukannya atas urusan kerja.

"Sayang ni,nama pun honeymoon.Tak ada kerja-kerjalah."

"Manalah tau abang tu.Sambil menyelam minum air,silap-silap abang buat meeting dengan staf sana.Bukan boleh baca tindakan abang ni."

"Kali ini no kerja,no meeting,no staf.Focus on our honeymoon only.Spending time together."

"Alright.I trust you."Ciumanku singgah pada pipinya yang dipenuhi bulu-bulu nipis.

Selamat membaca you alls.I love you..Muaahhh...Sila komen sikit cadangan utk next chapter.Apa yang korang nak?hehehehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience