Bab 34 : Tersilap Langkah

Romance Series 697932

Setelah tiga bulan menjalankan perbicaraan,akhirnya Danial disahkan bersalah.Secara automatik,Adri dan Meo disahkan tidak bersalah dan hanya mempertahankan diri daripada serangan Danial.Selain itu,Danial turut dikenakan beberapa lagi dijatuhkan hukum bersalah terhadap kes pengedaran dadah dan mengupah orang melanggar abah.Mengalir air mataku saat pertuduhan dibacakan.Abah dan 'Adik' menjadi korban kerana dendam Danial kepada aku menyebabkan Adri meninggalkannya.Bukan salah aku sebetulnya bahkan aku juga menjadi mangsa pengkhianatan mereka berdua.Aku pula dituduh merosakkan hubungan songsang mereka yang ternyata salah di sisi undang-undang dan agama.Itulah pemikiran manusia yang kurang waras dan dikuasai nafsu semata-mata.Meskipun begitu,tiada guna aku mendendami orang yang telah pergi.Adri?Aku maafkan dia walaupun aku pernah dilukakan malah aku bersyukur dengan kehidupan sekarang bersama Tengku Syamil.Sangat bahagia.

Aku melangkah perlahan-lahan keluar mahkamah dengan perut yang memboyot.Usia kandungan baru enam bulan tapi perutku lebih besar kerana aku membawa dua nyawa lagi dalam badanku.Si Kembar aku dan Tengku Syamil.Rahsia aku dan dia sehingga aku selamat melahirkan nanti.Ketika aku menapak,Tengku Syamil memaut jari-jemariku dan berjalan bersama.

"Ammara,"panggil Adri.Aku dan Tengku Syamil menoleh.Adri berjalan cepat ke arah kami sambil memegang perutnya.Mungkin masih terasa sakit kesan tembakan yang mengenai perutnya.Daripada cerita Meo,Adri tidak sihat sepenuhnya kerana tembakan dari jarak yang sangat dekat mengakibatkan kecederaan dalaman yang parah.Namun,syukur kepada Allah Adri masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini.

Adri dipimpin oleh mamanya."Ammara,maafkan Adri pasal kehilangan abah dan anak Ammara.Adri tak sangka yang Danial akan bertindak sedemikian rupa,"sayu Adri memohon maafkan kepadaku.Aku menjeling Tengku Syamil di sisi.'Janganlah dia ni cemburu.'

"It's okay,Adri.Bukan salah Adri pun.Ammara reda dengan apa yang berlaku.Tak perlu Adri rasa bersalah,okay?Yang lepas biarkan berlalu,kita buang keruh ambil yang jernih.Dendam tak akan menguntungkan sesiapa."

Adri menitiskan air mata jantan.Tersangat menyesal dengan kesilapannya dahulu menyebabkan beberapa nyawa turut terkorban."Hati Ammara sangat mulia.Thanks,Ammara."

Aku membalas dengan senyuman dan mengangguk.

"Syamil,maafkan aku atas apa yang berlaku.Aku harap kau pun tak berdendam dengan aku,"pinta Adri.

Tengku Syamil menghela nafas lembut."Kau tak ada salah dengan aku.Tak ada sebab untuk aku berdendam dengan kau.Hmmm..Aku pun nak minta maaf sebab aku serang kau hari tu tanpa usul periksa."Tengku Syamil mengakui kesalahannya terhadap Adri yang aku tidak tahu.Aku melirik kepadanya namun dia pura-pura tidak perasaan.
Adri memegang dagunya lalu tersengih.Tangannya ditumbuk lembut ke dada Tengku Syamil."Aku tak marah pun,bro.Tapi lepas ni,tanyalah dulu hujung pangkalnya.Jangan main terjah saja.Sakit kot kena tumbuk,"nasihat Adri kepada Tengku Syamil.

Aku menyampuk perbualan mereka,"kes apa korang ni sampai bertumbuk?"Aku kehairanan.

"Hal lelaki.Ammara tak perlu tahulah,"jawab Adri.Matanya dikenyitkan kepada Tengku Syamil.

"Ada sesuatu yang korang sembunyikan?Tak nak cerita?"Aku tidak puas hati.

"Nope,sayang.Tak ada sembunyi apa-apa pun.Jomlah balik,panas kat sini,"ajaknya.Dia bersalam dengan Adri Watson.

"Anyway,tahniah atas kemenangan tadi.Thanks sebab kau tolong bagi maklumat pasal kes langgar abah Ammara tu,"kata Tengku Syamil.

"Thank you.Jaga Ammara elok-elok,"pesan Adri.Aku sekadar mendengar.Malas menyampuk perkara yang aku tidak tahu.

"Yes,I will."

****
Aku berjalan seiringan dengan Tengku Syamil masuk ke dalam dewan besar itu.Rangkulan tangan Tengku Syamil sangat kemas pada pinggangku.Dia mengikut saja rentak perlahan gerak kakiku yang agak perlahan daripada biasa.Dulunya aku seorang,kini aku bertiga dalam satu jasad.Dress labuh dan longgar berwarna krim menjadi pilihan aku ke "Annual Dinner" usahawan-usahawan Malaysia di hotel miliknya.

"Selamat datang Tengku Syamil dan Cik Puan Ammara.Kami dah reserve meja VIP untuk Tengku Dan Cik Puan,"sambut seorang pelayan dengan mesra.

"It's okay,awak tak perlu iring saya.Selesaikan tugas yang lain."Tengku Syamil menolak.Kami tidak terus ke meja sebaliknya aku mengikut Tengku Syamil menyapa ahli perniagaan yang lain.Biasalah ahli perniagaan mesti mencari peluang melebarkan sayap mencari keuntungan.

"Rara penat,duduklah dulu.Abang hantar sayang duduk.Kalau boring,sayang duduklah dengan Meo.Nanti abang dah selesai berbual,abang datang kat sayang,"Lembut tutur kata Tengku Syamil.Dia memahami keadaan aku berbadan dua yang cepat mengah berdiri lama-lama.Dia menemani aku ke meja dan menarik kerusi di sebelah Meo yang mengunyah makanan.Kemudian,dia menyambung meluangkan masa untuk berbual dengan tetamu koporat yang hadir.

"Hello princess Ammara.Cantiknya mommy to be ni.Mengandung pun gorgeous mengalahkan orang yang tak mengandung,"tegur Meo.

"Mestilah gorgeous.Makin berseri-seri nak sambut orang baharu.Tak sabar betul nak tengok junior Tengku dengan kau,"usik Kak Nani.Aku tersipu-sipu.Nasiblah mereka berdua tidak tahu yang anak aku kembar.Mesti kecoh satu hotel.

"Kau dah scan ke baby boy atau girl?"soal Meo ingin tahu.

"Hmmm...Dah scan tapi baby tak nak tunjuk lagi.Malu kot,"kata aku.Aku sendiri pun tertanya-tanya jantina Si Kembar.Setiap kali 'scan' jantinannya disorokkan daripada mama dan papanya.Kata doktor kembar ini ialah kembar tidak seiras cuma jantinanya tidak pasti sama atau berlainan jantina.Aku berdebar menantikannya.

"Amboi,baby!Nak suprise mama dengan papa la tu.But tak kisahlah lelaki atau perempuan,yang penting mama dan anak sihat,"jawab Meo.

"Ammara,ada tak rasa baby tendang-tendang,gerak-gerak?Sakit tak?"tanya Kak Nani.

"Mestilah ada tapi tak sakit pun."

"Hmmm...Sekarang gerak tak.Teringin nak rasa macam mana baby gerak dalam perut."Kak Nani ingin tahu.Naluri seorang perempuan katakan.

"Sekarang tak gerak.Ada masa-masa tertentu bergerak lagi-lagi dengan suara papa dia,bukan main aktif,"ceritaku.Momen indah seorang ibu yang aku tidak akan pernah lupakan.Ya,anak-anak aku sangat suka dengar suara papanya berbual seolah-olah mereka mengerti apa yang diperkatakan oleh papa mereka.

Meo menyampuk."Kak Nani tunggu apa lagi?Orang sebelah tu tunggu green light je nak masuk meminang.Tak gitu Khairil?"Meo memang gemar menyakat.Merona merah muka Kak Nani diusik nakal oleh Meo.Tersipu-sipu menunduk ke bawah.

"Tu lah,Meo.Aku tunggu lampu hijau juga ni tapi masih tak dapat jawapan.Nak terjah nanti,takut lamaran ditolak,malu muka.Kita ni dah la hidung tak mancung pipi tersorong-sorong."Khairil menyambung mengenakan kekasih hatinya.Bertambah-tambahlah malu kucing Kak Nani.

"Kak Nani tu mahu tapi malu,Khairil.Try masuk meminang,sah-sah terima tu."Aku pula menyampuk.Kak Nani kehilangan kata mahu membidas apabila aku dan Meo bergabung ditambah pula dengan Khairil yang sama masuk air.

"Ammara,tu."Meo mencuit-cuit bahuku memuncungkan mulutnya ke satu arah.Luna Latisya dan suaminya,Mr.Paul beriringan masuk ke dalam dewan.Aku meneguk habis air yang berada dalam mulutnya.

Mataku terpaku dengan kecantikan yang dimiliki Luna Latisya.Sempurna.Tinggi lampai,tubuh melentik,senyuman manis,rambut ikal mayang menjadi idaman setiap wanita."She is so beautiful,"spontan aku memuji anugerah Allah itu.

Meo menepuk bahuku.Perit."Euwwww...Aku suruh kau tengok bukan puji dia."Meo mengomel.Dia menyampah dengan kepuraan-puraan Luna Latisya.

"Adoiii,dah dia memang cantik!"

"Rupa paras saja cantik,adab tak ada buat apa?Menyampah aku artis kekwat macam tu."Meo tidak puas hati.Dia mencebik.

"Isshhh...Kau ni tak baiklah.Bukan kau minat ke dengan Luna?"soal aku.Setahu akulah,Meo memang minat dengan Luna Latisya.Pujinya melambung-lambung tapi kini sudah berubah.Entah apa dia benci sangat dengan Luna Latisya.

"Sejak dia tunjuk kekwat kat office hari tu,aku terus buang dia dari senarai artis kegemaran aku.Haaa..Kau tu jaga-jaga sikit,Luna tu nampaknya menggeletis lain macam.Entah-entah dia tu ada hati dengan suami kau."Meo mengingatkan aku.

"Eeee...Tak baiklah kau ni,Meo.Anak aku dengar kau membawang ni."

"Membawang apa?Cuba kau tengok tu,mata pandang siapa?Tengku Syamil.Tengok tangan tu nak pegang-pegang Tengku Syamil.Kau tak jealous ke dengan perempuan macam tu?"Meo menambah.Memang jelas Luna Latisya sepertinya melirik Tengku Syamil.Tangannya pula cuba menyentuh bahu suami aku namun Tengku Syamil mengelak.Ada betulnya juga apa yang Meo cakap itu.Dalam keraguan,aku tetap bersangka baik memandangkan Luna Latisya bersama suaminya.

"Makanlah,Meo.Mungkin memang cara dia macam tu.Takkanlah dia nak menggatal depan suami sendiri.Dia kan dah biasa duduk luar negara,terbawa-bawalah tu dengan adat terbuka di sana,"kataku menyedapkan hati.Aku tidak ingin berprasangka buruk kerana Luna Latisya berstatus isteri orang.

****
"Hello,Tengku Syamil.Nice to meet you.Thank you for inviting me this night,"kata Mr.Paul bersalaman dengan Tengku Syamil.Lelaki kacukan Jerman dan Melayu yang juga usahawan perkapalan terbesar di Malaysia merangkap suami Natasha.Natasha di sisi Mr.Paul melirik nakal memberi senyuman kepada Tengku Syamil.Dia buat-buat tidak nampak kehadiran Natasha.

"Nice to meet you too.Hotel I organize saja majlis ni,yang anjurkan Tan Sri Ghani,"jawab Tengku Syamil.

"This is my wife,Luna Latisya.I rasa you kenal you kenal dia,"kata Mr.Paul dengan slang mat sallehnya memperkenalkan Natasha.Natasha menghulurkan tangan untuk berjabat mesra dengannya.Demi mengambil hati Mr.Paul,Tengku Syamil menyambut salam tersebut.Natasha mengambil kesempatan menggenggam kemas jabatan tangan itu.

"So,you sorang saja ke?"tanya Mr.Paul lagi.

"No.I datang dengan isteri I tapi dia berehat di meja makan.Tak larat nak jalan.She is pregnant."Tengku Syamil memberitahu.

"That means,you are daddy to be?Congratulations,Tengku."Mr.Paul gembira mengucapkannya.

Tengku Syamil mengangguk."Thank you,Mr.Paul.Oh,ya!Silalah duduk.Maybe meja you kat depan,nanti I minta staf I iringkan you dan isteri you."

"No need to do this.I nak sembang-sembang dengan Dato' Baha.Bukan selalu dapat jumpa,manalah tau ada chance business,"kata Mr.Paul gembira.Tengku Syamil sangat memahami dan membiarkan Mr.Paul mencari ruang.Mr.Paul berlalu dan meninggalkan Natasha di situ.

"Congratulations,Syamil.Bila due date baby you?"tanya Natasha.Rambutnya dialihkan ke belakang menyerlahkan kejinjangan leher putihnya.

"Dalam bulan 9 nanti."

"Hmmm...Kalaulah anak kita masih ada,I rasa mesti dia dah besar sekarang tapi tulah I tersilap langkah."Natasha memulakan perbualan dalam situasi yang tidak menyenangkan.Dia sebenarnya tahu Tengku Syamil tidak selesa berbual dengannya apatah lagi bercakap soal kisah lalu mereka.

"Dah terlambat untuk you menyesal,Tasha."Tengku Syamil menjawab acuh tidak acuh.Pandang Natasha juga tidak.Natasha sengaja mencari ruang untuk dekat dengan dia.

"Well.Memang I menyesal tapi tak boleh buat apa sebab semuanya telah terjadi.So,I reda sajalah."

"You kalau nak cerita pasal ni,bukan kat sini.One more thing,jauhkan diri you daripada I.I tak suka you datang dekat dengan I.Tak manis orang pandang.Apa suami you tak jealous you bermesra dengan lelaki lain?"

"Sejak bila you kisah orang pandang ke tak?Suami I pun tak kisah kalau I berbual dengan lelaki lain."

"But I kisah kalau isteri I buat macam tu."

"Syamil,kenapa you jual mahal sangat dengan I?"tanya Natasha geram.Tengku Syamil tidak berminat untuk melayannya.Semakin dikejar,semakin menjauh Tengku Syamil.

Ehem...Ehem...Ammara berdehem."Apa yang mahal?"Ammara tenang bertanya.Sejak tadi dia perhatikan Luna Latisya cuba mendekati suaminya.

"Suite ekslusif tu mahal,sayang."

Ammara senyum tajam kepada Luna Latisya."Disebabkan saya peminat awak,saya akan runding dengan suami saya dapatkan harga yang terbaik khas untuk awak."Ammara berbasa-basi sedangkan dia tahu sebenarnya ada perkara lain yang diajukan oleh Tengku Syamil dan Luna Latisya tadi.

"Wow!Great.Thank you,Cik Puan Ammara."Luna Latisya berlakon gembira.

"Don't worry.Demi idola yang saya suka.Anyway,I will call you back later,"kata Ammara.

"Errr...Thank you.Deal ya Cik Puan.I nak pergi kat husband I ya.Bye."Luna Latisya melambai tangan kepada Ammara.Tengku Syamil membantu memerhati sandiwara isterinya.

Ammara merenung suamiya."Errr...Abang laparlah.Jom makan,sayang."Tengku Syamil teragak-agak.Renungan maut isterinya membawa dia kehilangan bicara.

****
Aku menikmati hidangan makan malam satu meja dengan Luna Latisya dan suaminya.Suara pengacara majlis dan beberapa penyanyi tempatan memeriahkan majlis malam ini.Aku sebenarnya tidak senang hati dengan renungan Luna Latisya kepada suamiku.'Apahal perempuan ni asyik pandang suami aku?Betullah cakap Meo dia mungkin ada hati dengan Syamil.'Aku mula mencurigai Luna Latisya.Kerlingan matanya lama terpacak pada Tengku Syamil.Aku?Semestinya cemburu apabila ada perempuan yang lebih jelita dan popular memandang suami.Isteri mana yang tidak marah?Tengku Syamil berlagak biasa.Melayan aku seperti biasa dan tidak pedulikan Luna Latisya.Dia membuka mulut sekiranya Mr.Paul bertanya.

Tengku Syamil menyuapkan kek coklat ke mulut aku."Sedap ni,Rara.Tapi kena control ya takut paras gula naik nanti."Sambil menyuap dia membebel kepada aku padahal dah bermacam makanan dia sumbat ke dalam mulut aku.

"Abang yang suap dari tadi,Rara makan sajalah."

"Abang takut baby lapar,"jawab Tengku Syamil.Hujung mata aku mengerling kepada Luna Latisya.Aku perasan dia tidak senang dengan layanan Tengku Syamil kepada aku.Banyak kali dia mencebik dan menjeling.Dia kembali senyum apabila suami,Mr.Paul bercakap dengannya.Benarkah firasat aku yang Si Luna Latisya syok kepada suami aku.

"Baby saja ke abang fikir?"

"Mama baby pun abang fikir.Termimpi-mimpi abang,"balas Tengku Syamil menyinggahkan kucupan pada pipi aku.Luna Latisya menghembuskan nafasnya.

"Excuse me.I nak ada hal sekejap.Ada call,"pinta Luna Latisya memegang telefon pintar.Aku perhatikan lenggok jalannya laju tanpa menoleh.'Jealous ke?'

"Hmmm...Abang,Rara nak ke toilet sekejap."Aku pula meminta izin.Terasa mahu membuang air kecil.Tekanan bayi ini menyebabkan aku kerap membuang air kecil.Aku menyambar beg tangan lalu ke tandas.

Sewaktu aku keluar dari tandas,Luna Latisya tegap memandang cermin mengoles bedak dan pemerah pipi.Aku abaikan dan tidak menegur.Aku ke singki sebelah Luna Latisya membasuh tangan.Rambutku dielus rapi.Lipstik aku ambil dan disapu pada bibir merekah aku.

"Cik Puan,tentang suite ekslusif tu you lupakanlah.Tak payah runding dengan Tengku Syamil.Husband I cakap dia boleh bayar,"Luna Latisya memulakan bicara.

"Really?You tak menyesal?"

"Nope.Actually,I saja nak test market suite tu,"jawab Luna Latisya.

Aku dengan perut membuyut ke depan menyilangkan tangan aku."You nak test market ke nak test husband I?"ajuku tanpa berselindung.Matanya membulat memandang aku.Berubah air muka wanita itu.

"Errr..err..You cakap apa?I nak test husband you?Nonsense."Luna berdalih menafikan tuduhan aku.Getar suaranya sangat tidak menyakinkan penafiannya.

Aku berdiri rapat dengannya."I haraplah apa yang I cakap tu salah.Tapi lepas ni I minta jauhkan mata you daripada memandang Tengku Syamil.Tak manis pandang suami orang lama-lama."Aku memberi amaran dalam nada lembut tetapi aku kira boleh buat dia sentap.

Dada Luna Latisya laju dipujuk ombak.Dia menudingkan jari telunjuknya ke muka aku."You jangan nak menuduh.You ingat I ni siapa?Sekali I petik jari,bersusun lelaki I.Setakat macam Tengku Syamil tu,ramailah I boleh cari,"kata Luna dengan bangga diri.Dia memetik jari di hadapan mukaku.

Aku sikit pun tidak gentar."Yang macam Tengku Syamil memang ramai tapi Tengku Syamil ada seorang saja di dunia ini.So,keep you eyes from him."

Luna mengeluh kasar."What?You sedar tak you cakap dengan siapa?I boleh saman you tau sebab memfitnah I?"Luna cuba mengugut.'Kau fikir aku takut
Patutlah Meo menyampah.'

"I salah seorang fans you,of course I kenal.Luna Latisya,supermodel terkenal.Hmm..Well,you nak saman I?Atas pertuduhan apa?Ada bukti?Ada saksi?Jangan main dengan undang-undang tau,I ada degree law."Aku pula membanggakan diri.Aku bekas pelajar jurusan undang-undang cuma aku tidak praktikkan ilmu kepeguaman aku.Lagi satu,aku gugup berbahas di mahkamah.Jadi,aku memilih kerjaya selain peguam.

Luna berdecit.Matanya dicerlung kepada aku."Huh!!!"Reaksi Luna Latisya tidak puas hati.Aku tersengih sinis

"Excuse me.I nak keluarlah.Nanti husband I tunggu,"kataku sambil berlalu.Natasha termangu di situ.

"Rara,"panggil Tengku Syamil di hadapan pintu saat aku keluar.Aku terperanjat sambil mengurut dada.

"Abang.What are you doing here?Buat Rara terkejut saja."Aku mengomel.Nasiblah aku tiada penyakit lemah jantung,boleh mati aku di situ.

"Sayang lama sangat.Abang risau kalau jadi apa-apa kat dalam."Tengku Syamil bimbang isterinya lama ke tandas.

"Rara okaylah.Tak ada apa-apa."

Tengku Syamil menarik tanganku.Tubuhku ditolak ke dinding.Aku dikurung dalam lekapan tangannya pada dinding."I love you,"bisik Tengku Syamil.Bibirku tersenyum lebar.Bibirnya dirapatkan ke bibirku tetapi tidak sempat mendarat ada batukan kecil daripada seseorang.Luna Latisya.

"Sorry,ganggu,"kata Luna Latisya.

"Tak apa,kan sayang?Kami pergi dulu."Tengku Syamil merangkul pinggang aku berlalu dari situ.Luna Latisya terkebil-kebil mengekori langkah merpati sejoli itu.

"You memang nak sakitkan hati I kan,Syamil,"getus Luna Latisya.Genggaman tangannya dikemaskan kerana geram."Arrrghhhh!!!!"tempik Luna lagi.

"I tak tau apa hubungan you dengan Syamil.Tapi I ada tawaran menarik untuk you,"tegur seorang wanita separuh abad yang dia tidak cam siapa.Wanita itu pandai bergaya.

"Excuse me.I kenal you ke?"

"You tak kenal I,Luna tapi I dah lama perhatikan you memujuk rayu Tengku Syamil.Hal dalam tandas dengan Ammara tadi pun I dah dengar.Don't worry,you secret save with me,"kata perempuan itu lagi melarih senyuman.Pandangan matanya penuh kemarahan.

"So?"Luna berlagak.

Perempuan itu menghulurkan kad namanya kepada Luna Latisya."Jika you free dan tak keberatan,you boleh contact nombor I pada kad ni.Mungkin kita boleh berunding dah bekerjasama."

"Kenapa I nak bekerjasama dengan you?"

"Lumayan.Fikirlah masak-masak.I tunggu panggilan daripada you,"balas perempuan itu berlalu pergi.

****
Malam itu aku membelakangkan Tengku Syamil tetapi tidak boleh bertahan lama kerana anak-anak aku berperang di dalam.Bergerak-gerak.Mungkin tidak selesa di ruangan sempit,tambahan pula aku mengiring ke sisi.Aku mengubah badanku terlentang ke mengadap siling.Agak lega.Dua bayiku tidak lagi bergaduh di dalam.Aku merenung ke siling sambil memikirkan pandangan Luna Latisya.'Jika aku tersalah tuduh,berdosa besar aku.Tapi pandangan dia pada Syamil mengundang fitnah.Salah ke aku cemburu?,'omelku dalam hati.Hatiku berbelah bagi kerana aku takut aku tersalah hukum.Aku rasa tindakan aku tadi agak melampau,tiba-tiba menuduh.'Dia kan dah ada suami.Kaya-raya pula tu.Nombor satu terkaya di Malaysia.Takkanlah dia nak suami aku.'Kenapalah aku penasaran?

"Anak-anak,papa"Tengku Syamil menyergah ke perutku yang membuntang.Aku terkejut.Dia merapatkan telinganya ke perutku.

"Abang ni buat Rara terkejut saja.Memang nak Rara cepat mati ke apa?Rara mati boleh kahwin dengan Luna."Aku berdecit.Kenapalah aku sakit hati sangat dengan perempuan itu.

"Laaa...Abang nak main dengan anak-anak abang saja.Sekejap,kenapa tiba-tiba sebut nama Si Luna pula?Luna tu isteri orang kot."Tengku Syamil meniarap di hadapan perutkut.

"Kalau dia bukan isteri orang,abang nak lah ya?"Aku serkap jarang lagi.Tidak cukup aku menyerang Luna,kini aku menyalahkan Tengku Syamil pula.Kasihan.

"Eehhh...Tak naklah,abang.Abang kan dah ada isteri abang yang cantik lagi comel dan menawan ni.Luna pun kalah dengan sayang."Tengku Syamil memuji aku tetapi jangan haraplah aku aku termakan pujiannya.

"Yalah tu.Dah tadi tu abang cakap apa dengan dia?Rara tahu abang sebenarnya bukan cakap pasal harga suite dengan dia.Cakap dengan Rara apa yang jual mahal?"Aku mendesak.Memang dari tadi aku syak ada sesuatu yang dibualkan oleh mereka tetapi aku tidak sempat mendengar butir perbualan mereka.

"Abanglah jual mahal."Selamba Tengku Syamil berkata.Aku bingkas bangun menyandar pada kepala katil.'Tak boleh jadi ni.'

"Oooo...Patutlah dia asyik pandang abang macam nak terkam saja tadi.Eee...Geram nak korek-korek biji mata dia.Abang tu sukalah ada orang usya macam tu."Aku menjeling tajam.Api cemburu semakin menyala dalam jiwa aku.

Tengku Syamil melepaskan tawanya."Sayang,abang tak pandang pun dia.Mata abang,hati abang,badan abang ni semuanya untuk Nur Ammara.Usyalah macam mana pun,abang tetap sayang Rara."

"Lelaki,mulut saja kata sayang.Hati tu berbunga-bunga ada perempuan cantik usya.Model terkenal pula tu,mana tak goyah iman tu."

Tengku Syamil duduk bersila di hadapanku.Tanganku dibawa ke dadanya."Secantik mana pun perempuan yang lalu di hadapan abang,abang tetap tak boleh lawan isteri abang.Hati ini abang dah serahkan kepada Rara sepenuhnya.Trust me."Lembut ujaran Tengku Syamil menyejukkan hati aku.

Aku menghela nafas."Maknanya memang betullah dia test abang tadi?"

Tengku Syamil tidak menjawab.Dia mengangguk perlahan

"Tapi dia kan ada suami.Apasal nak test suami orang?"Aku membentak.

"Abang tak tahu sayang,hati manusia ni.Bukan abang boleh baca isi hati dia.Mungkin nak test market,laku ke tak.Abang tak layan pun."

"Hmmm...Rara dapat tahu abang layan dia,Rara bawa lari anak-anak jauh dari abang.Jangan harap abang dapat jumpa kami."Aku mengugut Tengku Syamil.Memang itu aku akan lakukan jika dia buat perangai.

"Jangan tinggal abang,sayang.Abang tak boleh hidup tak ada Rara.Tak ada anak-anak.Cukuplah sekali Rara hilang.Ababg dah tak sanggup lagi."Tengku Syamil memujuk.Kali ini aku percayakan dia.

****
Luna Latisya melabuhkan punggung seksinya di hadapan Cik Puan Salina.Pertemuan tanpa sengaja di Annual Dinner kelmarin membawa ke pertemuan ini di sebuah restoran.Luna menanggalkan sepek mata hitam dan topinya.Dia berpakaian sedemikian kerana enggan dikenali orang ramai.Pasti ramai yang menyerbu meminta tanda tangan atau mengambil gambar.Cabaran menjadi orang ternama.

"I ingat you tak akan contact I,"duga Cik Puan Salin dengan senyuman melebar ke telinga.Dia punya rancangan untuk menjatuhkan Tengku Syamil.Kehadiran Luna Latisya memberi sinar baharu kepadanya untuk melangkah.Di sememangnya mencari kolaborasi baharu untuk menggantikan tempat Danial bagi melunaskan dendamnya kepada Tengku Syamil.

"You ni siapa?"tanya Luna Latisya.

"I bekas ibu tiri.Itu saja yang you perlu tahu.Kalau you tak keberatan,apa kata kita bekerjasama jatuhkan Syamil?"Cik Puan Salina berterus-terang.Tengku Syamil tidak pernah bercerita tentan mak tirinya dulu.Yang ada hanyalah nenda dan Bonda Zana yang meniti di bibir Tengku Syamil.

Luna tergela kecil.Mulutnya ditutup supaya tidak menghamburkan gelak besar."Jatuhkan Tengku Syamil?Hei,you mak tiri dia kan?Takkan you sanggup jatuhkan anak tiri you sendiri.Nonsense."Sukar untuk Luna percaya kata-kata Cik Puan Salina.

"Dia dah banyak menyusahkan hidup I.Harta peninggalan arwah ayahandanya dirampas menjadi haknya.So,sekiranya you setuju,apa kata kita plan satu projek untuk jatuhkan dia?"

Luna meneguk air mineral di hadapannya.Agak panas topik yang dibincangkan."Itu hal you,bukan masalah I.I tak ada kena-mengena dengan masalah harta you."Luna Latisya tidak berminat.Dia hanya ingin dapatkan cinta Tengku Syamil bukannya menjatuhkan bekas kekasihnya.

"Tawaran I lumayan dia you sudi bekerjasama dengan I.I tahu you pun bitter dengan isteri Tengku Syamil.Why not,kita sama-sama balas dendam?"Cik Puan Salina menyerahkan cek berjumlah RM100000.

"You nak tawarkan I duit?Setakat RM100000 pejam mata saja I boleh dapat.Apa you lupa suami I siapa?Look,I memang tak suka isteri Tengku Syamil tapi I tak nak jatuhkan orang yang I cinta."

"You cintakan Tengku Syamil?Habis suami you?"Cik Puan Salina memandang enteng kepada model tersebut.Sudah ada suami,sibuk mengejar suami orang.

"You tak perlu masalah peribadi I.By the way,I tak perlu bekerjasama you sebab I dah ada plan I sendiri untuk sakitkan hati Ammara,"kata Luna Latisya.Ternganga Cik Puan Salina mendengar tolakan Luna Latisya.Diam membisu Cik Puan Salina.

Luna Latisya memakai kembali topi dan cermin mata hitamnya.Dia menjinjing beg tanganya."You jangan risau.Tentang dendam you tu,I akan zip mulut I.Tak akan ada orang tahu niat buruk you,cik puan.You're secrets save with me.Terima kasih sebab ajak I join tu tapi maaflah I tak minat sebab plan I lebih menarik.I boleh buat sendiri tanpa melibatkan sesiapa.Okay?Bye."Luna Latisya meninggalkan Cik Puan Salina terkebil-kebil.Sakit hati juga dia dengan kelakuan model itu yang berlagak dan tersangat yakin diri.Cik Puan Salina rancangannya tidak berjaya kali ini.

"Kau berlagak ya,Luna.Fine.Aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertindak sendiri.Kau belum kenal siapa Syamil,"Cik Puan Salina bermonolog sendiri.Sekejap-sekejap dia melepaskan batuk yang hampir sebulan tidak hilang-hilang.

****
'Sekejap lagi Rara sampai bawa bekal abang,ya?Dah on the way.Tunggu di suite tau.I miss you.I love you.'Tengku Syamil tersenyum-senyum membaca pesanan Whatsapp Ammara.Ammara berjanji dan berkeras ingin menghantar hidangan yang dimasak sendiri tengah hari ke hotel.

'Okay,sayang.Hati-hati.Abang tunggu ni.'Tengku Syamil membuka kemeja kerja lalu berbaring melepaskan lelah.Penat memerah otak untuk memajukan perniagaan perhotelannya.

Ting tong..Ting tong...Bunyi 'alarm' pintu ditekan menandakan ada orang sampai."Cepatnya sampai."Tanpa berfikir panjang,Tengku Syamil bangun daripada pembaringan membuka pintu.Tidak sabar untuk menyambut Ammara di muka pintu.

Saat pintu dikuak,Tengku Syamil terperanjat kerana yang hadir ketika itu ialah Natasha bukan Ammara.Riaknya terkejut ditambah pula tubuh sasa dan seksinya disantap oleh mata Natasha.Mata Natasha semestinya menikmati permandangan indah aset Tengku Syamil yang telah lama dia tinggalkan dulu.Tengku Syamil menutup semula daun pintu tanpa menguncinya.Dia masuk ke dalam manakala Natasha dengan berani menceroboh masuk ke dalam 'suite' itu.

Tengku Syamil mengeluh.'Aahh...Lupa kunci pintu.Damn.'Natasha sudah berdiri di hadapanya.Dia cepat-cepat menyarungkan kemejanya tadi tanpa sempat membutangkannya."I rasa lebih baik you keluar sekarang,"arah Tengku Syamil.

Natasha semakin berani menapak ke hadapan."Kenapa?You takut iman you tak kuat berdua dengan I dalam ni?"Natasha membuka jaket yang menutup badannya.Terhidanglah susuk lentik Natasha yang dibaluti singlet tali nipis berwarna putih.Tengku Syamil menelan air liur cuba mengawal perasaan agar tidak menyerah kalah dengan nafsunya sendiri.

Dia berpaling dan tidak memandang Natasha semakin kuat menggoda.Dalam diam tangan-tangan lembut Natasha menyentuh dadanya yang terdedah dari belakang.Kepala Natasha dilentokkan di belakang Tengku Syamil.Kehangatan yang sama dirasa enam tahun dahulu.Ternyata Natasha sangat merindui kehangatan itu."I miss you,Syamil,"bisik Natasha.

"Ini semua tak betul,Tasha.You keluar."Tengku Syamil menolak Natasha lalu duduk di atas katil.Natasha terjelepuk di atas lantai memandang Tengku Syamil.

"I tak akan keluar.You know what,I rindu setiap sentuhan ghairah you dulu.I hanya dapat kepuasan dengan you,Syamil,"akui Natasha.

Tengku Syamil menggelengkan kepala."Gila."Tengku Syamil sekali lagi membelakangan Natasha.Naluri lelakinya bergelora namun dia sedaya upaya menyangkalnya.

Natasha bangun dan memeluk dari belakang Tengku Syamil sekali lagi."Sentuhlah I,Syamil.I tak puas dengan Paul.Hanya you dapat bagi I kepuasan macam dulu-dulu.I tak kisah you nak jadikan I sebagai simpanan asalkan I dapat you semula,"kata Natasha.Tangannya menjalar ke bahagian badan depan Tengku Syamil.

"Jadikan ini rahsia kita berdua.I boleh jumpa you sorok-sorok tanpa pengetahuan isteri you.I nakkan you.Please,puaskan I."Suara Natasha sangat sengaja dimanjakan supaya Tengku Syamil ghairah
Dia tidak berhenti merayu agar tubuhnya disentuh tanpa rasa malu.Tengku Syamil semakin terbuai dengan pujuk rayu si wanita.Baju kemeja yang tersarung dilonggarkan oleh Natasha tanpa bantahan daripada Tengku Syamil kali ini.

Natasha semakin galak mengucup belakang lelaki itu apabila tiada respon daripada Tengku Syamil.Dada Tengku Syamil semakin berombak.Suhu badannya semakin tinggi.Dia bakal tenggelam dengan godaan dan nafsunya.Dia menolak Natasha ke atas katil dan naik ke tubuh bekas kekasih yang pernah diratahnya dulu.Mata mereka saling bertentangan melepaskan rindu dendam.Natasha tersenyum megah.Dia memaut tengku Tengku Syamil dan merapatkan bibir mereka.Ciuman kasar mereka meningkatkan keinginan mereka.Cengkaman kuku panjang Natasha semakin kuat menekan belakangnya.

Asmara enam tahun lalu kembali membara dalam dua jiwa.Tengku Syamil kalah dengan nafsunya sendiri.Godaan Natasha sangat kuat.Iman yang senipis kulit bawang tidak mampu menepis.Di atas ranjang itu,dia dan Natasha sama-sama melempiaskan nafsu.Ammara dan anak-anaknya hilang terus dari ingatannya.

***
Malam itu,Tengku Syamil pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat sebal.Di bilik tidur,Ammara telah pun lena.Wajah isterinya direnung dengan rasa yang sangat berdosa dan bersalah.Keterlanjurannya dengan Natasha siang menyesakkan jiwanya.Ketenangan raut Ammara dalam lena mengundang seribu satu perasaan gundah dalam hatinya.Dia terduduk di tepi katil.Air matanya mula menitis.Timbul keinsafan dalam dirinya tatkala melihat isteri dan anak yang dikandung."Maafkan,abang.Abang tak berniat....Abang tak kuat,sayang,"ucap Tengku Syamil dalam sedu.

Nasi telah menjadi bubur.Tengku Syamil teresak-esak menangis.Dia mengetap gigi menahan geram.Rambutnya ditarik kuat kerana menyalahkan dirinya sendiri."Abang tak sepatutnya....dengan...Tasha..Maafkan,abang.Abang sayangkan Rara,"sambungnya dengan nada perlahan agar tidak mengejutkan Ammara.Hatinya ingin menjerit sekuat hati.Dia tidak ingin menyakitkan hati isteriny tetapi dengan satu kesilapan,bakal mengundang malapetaka yang besar.Dia tidak sanggup kehilangan Ammara dan anak-anak.Ammara pasti kecewa dengannya.

Dia menyandar di tepi katil.Dia memeluk lututnya rapat ke dada.Kepalanya dilekapkan pada lutut menangisi kesilapannya sendiri."Maafkan,abang.Maafkan,papa."

Tidak lama kemudian,bahunya disentuh lembut oleh Ammara."Eh,abang!Kenapa duduk sini?"tanya Ammara lembut sambil menguap beberapa kali.Matanya berair dek mengantuk.

Tengku Syamil mengangkat kepalanya memandang Ammara dengan sayu."Abang menangis?Kenapa?"Ammara cemas dengan mata Tengku Syamil yang berair.Tidak pernah-pernah suaminya menangis sebegitu.Dia risau.

Tengku Syamil memberi senyuman kelat."Abang cuma takut kehilangan Rara dan anak-anak,"kata Tengku Syamil dengan sebak.

Ammara menarik nafas."Laaa...Rara kan ada dengan abang.Kan Rara dah janji tak akan tinggalkan abang lagi."Kenaifan Ammara buat dadanya sesak bagai nak pecah.Isterinya tidak tahu apa-apa dan kekal tenang sedangkan dia berperang dengan perasaan bersalah dan takut kehilangan.

"Hmmm...Tak apalah.Rara sambung tidur.Abang nak mandi kejap."Tengku Syamil berlalu.Tidak sanggup menatap wajah Ammara yang suci itu tanpa buruk sangka kepadanya.

****
Natasha menyentuh tanda gigitan cinta yang diberi oleh Tengku Syamil di hotel siang tadi.Dia tersenyum lebar dengan wajah dan hati yang sangat puas.Dia berjaya menggoda Tengku Syamil hingga kalah dengan nafsunya sendiri walaupun tidak kekal lama."Syamil.Syamil.Kesombongan kau tak akan mampu mengalahkan keinginan aku,"kata Natasha puas.Kini,dia terbayang wajah Ammara dalam tangisan jika dia tahu suaminya berselingkuh di belakangnya.

"Nur Ammara,kau pun akan terima tempiasnya nanti.Kau bekas pelajar jurusan undang-undang kan?Baiklah.Kita tengok siapa yang kalah dan siapa menang.Suami kau dah ada dalam genggaman aku.Good luck."Natasha ketawa besar.Hatinya sangat senang meraikan kemenangannya tanpa bantuan sesiapa.Hanya dengan kecantikan dan tubuh badannya,dia mampu menumpaskan musuh.

Haaa...Silalah kecam TS.Maki ramai2.Nak sambung kat Ig pun boleh..Hehehe..

Share this novel

September Deria
2021-07-24 15:58:57 

buduh punya syamil..sundallah dia temakan juga godaan natasha..Ammara lepas ni kau kasi tinggalla laki kau tu..nda juga setia dia tu..

September Deria
2021-07-24 15:58:55 

buduh punya syamil..sundallah dia temakan juga godaan natasha..Ammara lepas ni kau kasi tinggalla laki kau tu..nda juga setia dia tu..

Amelia Amey
2021-07-22 17:06:53 

Ok Im done with TS . grrrrrrr rasa nk tmbuk je dia dgn natasya tu..damn RARA . u kena move on. tlg la jgn ending skali


NovelPlus Premium

The best ads free experience