Bab 11 : Permulaan

Romance Series 697932

Aku mengikat tali pijamas putih yang terbalut pada tubuhku.Kupandang jari-jemariku dihiasi dengan merahnya warna inai.Kemas sekali juruandam tadi menginaikan aku ditemani mulut kepoh Kak Nani dan Meo.Sunyi pula apabila dua ketul itu sudah balik.Aku sendirian di dalam bilik hotel mengenang perjalanan hidup pada hari yang mendatang.Bahagia atau sebaliknya?Biarlah Allah yang menentukan takdirku kelak.

Aku meniarap di atas katil dan mataku memerhati segenap bilik hotel itu.Waktu mencecah pukul 11.00 malam tetapi mataku masih cerah dan segar.Aku mengharapkan malam ini berlalu dengan sangat perlahan supaya aku tidak bertemu hari esok dengan pantas.Dalam kiraan beberapa jam lagi,aku akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku tidak pernah cintai,Tengku Syamil.

Hidup adalah pilih.Setiap manusia mempunyai pilihan untuk menentukan kisah hidup masing-masing.Begitu juga aku memilih Tengku Syamil menjadi suamiku kerana aku kira ini pilihan yang baik untuk diriku ketika ini.Aku rela menjadi isterinya daripada aku diperhambakan oleh mereka-mereka yang jelas-jelas akan memusnahkan seluruh hidupku.

Masih teringat perbualan dalam 'suite' Tengku Syamil dua bulan yang lepas di mana aku putuskan untuk menjadi teman hidupnya."Baiklah,saya setuju dengan permintaan dan segala syarat Tengku."Pahit lidahku untuk meluncurkan kata setuju tetapi apabila mengenangkan maruahku dan nyawa abah,aku rela.

Tengku Syamil tersenyum bangga memandangku."Kau dah fikir masak-masak?Tak menyesal kahwin dengan aku?"Tengku Syamil menyoalku.

Aku mengangguk."Saya dah berfikir dan tak akan menyesal.Cuma satu permintaan saya."

"Apa?"

"Saya minta pernikahan dilaksanakan dalam masa dua bulan dari sekarang paling awal.Lagi lambat lagi bagus.Saya tau Tengku berpengaruh,saya minta tolong Tengku siapkan dokumen palsu pinjaman bank saya diluluskan sebab saya tak nak abah tau dari mana saya dapat duit untuk bayar hutang ah long tu.Boleh?"

"Aku akan aturkan segalanya tentang itu.Tentang kahwin,aku ambil yang paling minima,dua bulan untuk kahwin dengan kau.Ada permintaan lain lagi?"

Aku menggelengkan kepalaku.

"Okay,deal.Suka aku ingatkan yang perkahwinan kita bukan kahwin kontrak.Setelah terlafaznya akad nanti,kau akan menjadi hak milik kekal aku.Apa-apa yang aku minta,kau perlu turuti saja."Dengan pandangan tajam,Tengku Syamil mengingatkan aku.

Ting...Tong...Bunyi loceng bilik menyedarkan aku.Aku segera bingkas bangun membuka pintu.Abah berdiri di hadapanku membawa baju pengantin berwarna putih kepadaku.

"Rara dah tidur?Maaflah abah ganggu Rara,abah keluar dengan bakal menantu abah tadi,"kata abah lalu masuk ke dalam.Tengku Syamil menyediakan bilik keluarga kepada aku dan abah untuk bermalam.

Keluar dengan bakal menantu?Maksudnya Tengku Syamil.Wah,terlalu mudah abah rapat dengan Tengku Syamil!Amazing!!Tidak seperti dengan Adri dulu,abah kurang bermesra tetapi dengan Tengku Syamil boleh keluar bersama pula.Pandai awak,Tengku Syamil ambil hati abah aku.

"Tak lah.Rara tak tidur lagi,bosan ni.Tengku Syamil bawa abah ke mana malam-malam begini?"

"Bawa abah makan di restoran hotel five star ni.Boleh tahan rasanya,kalau sendiri memang merasa abah nak makan-makanan mahal begitu."

Gaya cerita abah,dia sangat gembira keluar dengan Tengku Syamil.Aku sekadar mendengar cerita abah itu."Syamil ajak abah ronda-ronda KL tadi tapi tak nak.Pengantin mana boleh merayap malam-malam,darah manis,"sambung abah lagi.Abah sepertinya sangat selesa dengan Tengku Syamil walaupun mereka tidak kenal lama.Biarlah mereka mesra asalkan mereka gembiran dan tidak kehilangan satu-satunya abah aku di dunia ini.

Abah duduk di kerusi meja makan kecil di sudut tepi.Aku duduk di atas lantai dan meletakkan kepalaku di atas ribaan abah.Rambutku dibelai oleh abah.

"Rara berdebar?"soal abah kepadaku.

"Hmmm...Berdebarlah,abah.Rara segan nak berhadapan dengan tetamu yang datang esok.Ramai jemputan Tengku Syamil dan nenda."Aku nyatakan perasaanku kepadanya.Aku berdebar apa bakal terjadi esok.Sampai satu saat,aku mendoakan perkahwinan aku terbatal hari esok.Aduhai,Ammara!'Fikiran kau selalu tidak logik.Sedarlah Ammara,ini bukan drama Megah Holding.'

"Tak ada apalah,Rara.Syamil kan ada."

Aku diam.Abah memandang wajahku dengan pandangan yang sangat sayu."Anak abah dah nak jadi isteri orang esok.Rasanya baru lagi abah main-main dengan Rara.Sungguh cepat masa berlalu."

Kata-kata abah itu sungguh buat hatiku tersentuh.Semakin berat hatiku untuk meneruskan perkahwinan esok tetapi apakan dayaku,janji sudah dimeterai.Aku tidak boleh berundur.Tengku Syamil pula telah habis ratusan ribu untuk melunaskan hutang aku.Sebagai balasan,aku perlu menjadi isterinya.

Mataku mula berair."Janganlah cakap macam tu.Sedih Rara dengar."

"Jangan sedih-sedihlah.Abah yakin Tengku Syamil akan jaga Rara dengan baik."

"Tapi tidak sebaik abah kan?Abah lelaki yang terbaik pernah jaga Rara.Tak ada orang lain boleh ganti tempat abah di hati Rara."Aku teresak-esak di hadapan abah.Sebak dadaku untuk tinggalkan abah.Selama aku hidup,aku hanya mengenali abah dan dialah insan yang paling istimewa dalam hatiku.Hero aku yang selalu memimpin aku tatkala aku lemah.

Basah seluar abahku di bahagian pehanya dek kerana air mataku."Abah tau,Rara.Abah sayangkan Rara.Abah akui yang abah juga sedih nak lepaskan Rara tetapi sudah tiba waktunya Rara bina kehidupan dan keluarga sendiri.Lagipun,abah berasa lega dan senang hati sebab suami Rara ialah Tengku Syamil."

Aku tidak membalas setiap kata-kata abah.Aku sebak di atas ribaan abah dengan tangisanku.Bagaimana abah begitu yakin dengan Tengku Syamil akan menjagaku?Jika satu hari nanti,Tengku Syamil menyakiti aku?Terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab.

"Abah nak pesan ni,nanti jadi isteri orang pandai-pandailah jaga aib diri dan suami.Rara tak boleh buat macam Rara bujang tau.Hormat suami dan dengar cakap suami selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan norma kehidupan kita,"nasihat abah.Aku terus-terus membisu.

****
Baru saja aku merebahkan badanku di atas katil,loceng bilikku berbunyi lagi.Siapa pula tengah-tengah malam begini?Abah sudah lena dalam biliknya.Walaupun malas,aku tetap bangun membuka pintu.

'Suprise!!Guess who?'Tengku Syamil berdiri tegak di hadapanku.Apa tujuannya datang ke bilik aku malam-malam buta begini?Dia hanya bertshirt dan kain pelikat saja dari 'suite' miliknya.

Aku menyandarkan tubuhku pada bingkai pintu dengan tanganku disilangkan."Ada apa Tengku datang malam-malam begini?Dah pukul 1.00 pagi ni."

"Hmmm...Saja.Aku nak pastikan pengantin perempuan tak lari tinggalkan aku."

'Huh.'Ke mana saja aku boleh lari tengah-tengah malam begini?

Aku menjeling kepada Tengku Syamil."Saya ada kan?Puas hati?So,Tengku dipersilakan balik ke suite Tengku.Saya nak tidur."Malas aku melayan Tengku Syamil lewat malam ini,lebih baik aku tidur.

"Kenapa kau tak tidur lagi?Dah lewat ni.Esok nak kahwin,tak cantik sebab ada mata panda nanti."

Tengku Syamil saja mahu menyakatku barangkali kerana aku sangat bencikan mata panda pada wajahku.Aku perlukan tidur yang cukup supaya mata pandai tidak menjelma esok pagi.Alang-alang dapat menggayakan beberapa persalinan,aku mahu kelihatan cantik.Ketidakrelaan aku ditolak ketepi.Cantik punya pasal.

"Nak tidurlah ni.Tengku merayau sampai ke sini,buat apa?Tidur-tidurlah,Tengku.Buat apa merayap ke bilik orang malam-malam?"

Tengku Syamil menggaru hujung keningnya yang tidak gatal."Bilik orang?Bilik isteri aku,suka hati akulah.Boleh aku masuk?"Tengku Syamil melangkah setapak ke dalam bilik aku namun aku tolak dada sasanya keluar.

"Haaa...Tak payah nak ngada-ngada.Belum isteri lagi,tak boleh masuk bilik saya sesuka hati.Tak elok."Aku melarang Tengku Syamil.Dia terkebil-kebil di luar bilik memandang tidak puas hati kepadaku.Aku buat-buat tidak tahu.

"Kan ada abah."Sejak dia memberitahu abah mahu memperisteri aku,Tengku Syamil mula memanggil abahku dengan gelaran 'abah'.Tengku Syamil tetap berdiri di hadapan pintu namun dia tidak membolos masuk kerana aku menghadang pintu kedua-dua tanganku.Rasakan!Jenis tak sabar.

"Abah dah tidur.Tengku nak masuk pun nak buat apa?Tak ada apa-apa dalam bilik saya,hanya barang-barang keperluan harian saja.Tak manislah orang nampak kita berdua dalam ni."Aku menerangkan kepada Tengku Syamil.Entahkan faham,entah tidak.Yang jelasnya,dia buat-buat tidak mengerti walaupun tahu.

"Kau duduk sebilik dengan Isma Danial,siap tengk movie manis sangat ke?"Tengku Syamil mengungkit kisah di Langkawi pula.Cerita yang tak seberapa itulah yang nak dijadikan isu.Tengku Syamil selagi tidak dapat apa yang dia nak,selagi itulah dia tidak mahu berganjak.Degil.Macam manalah aku nak hadap dia hari-hari nanti.

"Saya tak lama pun dalam bilik tu.Macam ni sajalah,saya dah mengantuk dan nak tidur.Saya tak nak nampak eye panda esok,tak cantik.Kalau tak penat berdiri kat sini,Tengku tunggulah sampai esok.Goodnight,Tengku."Aku lantas melambai lalu menutup pintu.Tengku Syamil terkebil-kebil memandang kelakuan aku.Seronok juga sekali-sekala aku kenakan dia.

****
Baju kurung moden berwarna putih ditaburi butiran manik sudah tersarung pada tubuhku.Aku berdiri di hadapan cermin menggayakan busana itu.Aku senyum.Wajahku masih pucat kerana belum mengenakan solekan lagi.Sekejap lagi juruandam mungkin sampai untuk menghasilkan karyanya pada wajahku.Aku duduk di hadapan cermin dengan pandangan dan perasaan yang kosong.Harinya sudah tiba.Tidak sampai 24 jam lagi aku akan bertukar status menjadi isteri Tengku Syamil.Perasaanku bercampur-baur waktu ini."Ini semua salah Pak Cik Salleh."

Sedang aku asyik dengan perasaan aku,pintu bilikku diketuk.Aku mengizinkan gerangan itu membuka pintu dari luar kerana ianya tidak dikunci."Rara,ni jurusolek Rara dah sampai,"abah kataku kepadaku.

Seorang jurusolek lelaki terkenal tak lain dan tak bukan Alha Alfa.Bagai mahu menjerit aku melihat figura itu yang akan menyolekkan aku.Siapa yang tidak kenal dengan sentuhan air tangan beliau yang pastinya memuaskan hati.Abah menjemput jurusolek itu masuk lalu keluar dengan membiarkan pintu bilikku terbuka.

Lebih kurang satu jam setengah,aku menadah muka kepada beliau,solekan aku hampir siap.Sentuhan Alha Alfa sanga mengujakan.Solekan malar hijau kelihatan neutral tetapi menawan sangat mengujakan aku.Solekan malar hijau ringkas dan sederhana tapi penghasilannya agak lama juga.

"Waaa...Ammara,kau cantik sangat macam princess.Aku suka.Aku suka."Meo teruja.Dari tadi mereka menemaniku bersolek sambil berbual-bual,ditambah pula Alha Alfa pun tidak kurang ramahnya.Apa lagi dua orang itu pun menjadi-jadilah riuhnya.Tetapi tidak mengapa,sekurang-kurangnya dia dapat mengubati hatiku yang sayu ini.

"Cik Puan Ammara kita ni memang dah cantik tuannya,make up sikit saja dah terserlah kejelitaannya,"Dato' Alha Alfa menyokong.Berbunga-bunga hatiku dengan pujian itu.Bukan selalu orang ternama memuji aku,sekali-sekala rasa banggalah juga.

"Kau kalau jadi artis,mesti meletop gitu.Artis-artis lain mesti tak boleh cari makan."Meo menyambung lagi.Melambung sangat pujian aku.Mahu jadi artis,bukan setakat cantik tetapi bakat perlu ada.Aku?Bakat apa yang aku ada?Main bola jaring aku pandailah.

"Isssh...Kau ni Meo.Ke situ pula.Kalau aku jadi artis,aku tak akan kenal korang berdua,"kataku.Kini,tiba waktu aku menyarungkan shawl putih.Aku melilit shawl itu mengikut kemahuanku dan dibantu oleh Dato Alha Alfa tadi.Dua orang temanku tadi duduk di birai katil memerhati.

"Ammara,diam-diam kau bercinta dengan Tengku Syamil ye?Terkejut beruk kitorang masa terima kad undangan.Semua staf tak percaya kau dengan Tengku Syamil.Pandai kau simpan rahsia."Kak Nani berkata kepadaku.Aku tidak pernah cerita sedikit pun tentang perkahwinan aku dan Tengku Syamil.Mereka tahu apabila kami mengedarkan kad undangan dan Tengku Syamil minta staf buat persediaan dewan dan makanan seminggu sebelum majlis berlangsung.Memang terkejutlah mereka kejutan itu termasuklah diriku sendiri yang masih terkejut hingga hari ini.

"Betullah,Ammara.Dengan aku dan Kak Nani pun kau nak sorok.Sampai hati kau.Seminggu sebelum kahwin pula tu kau beritahu.Kata BFF tapi tak story langsung kat kitorang.Menyampah.Nasib baiklah,kahwin jemput kitorang."Meo merungut.Bibir yang dimuncungkan itu buat dia nampak comel.

"Aku bukan nak sorok tapi Tengku Syamil tak nak orang tau.Tak suprise katanya."Aku mempertahankan diri.Aku bukan sengaja menyembunyikannya tetapi aku tidak teruja pun dengan pernikahan ini.Andai kata aku boleh sembunyi,pernikahan ini pun aku tidak mahu orang tahu.

"Cik Puan Ammara,pakai veil ini dan crown.Then,you will be perfect bride in the world."Dato Alha Alfa memakaikan aku veil dan mahkota selepas selesai mengemaskan shawl yang dibelit tadi.Aku tersenyum berdiri mengadap cermin.

"Aaaaaaaaa!!!"Serentak Meo dan Kak Nani menjerit.

"Kau cantik sangat.So gorgeous,babes.Kejap-kejap aku tak nak lepaskan moment ni.Meo,ambillah video pengantin kita ni."Kak Nani bersemangat menyuruh Meo merakam detik ini.

Meo pun apalagi,diambil iphone miliknya dan mula membuat IG Live."Good morning everyone,today is my bestfriend's wedding.Look,she is so beautiful.Guess what,her make up touched by Dato' Alha Alfa."

Meo berdiri sebelah aku menghalakan telefon kepadaku."Pengantin sila beri ucapan sikit.Followers aku nak tengok."

Aku tersenyum dan melambaikan tanganku."Hi everyone,saya Ammara.Today is my wedding day and I'm so nervous right now.Rasa nak gugur jantung ni.So,good luck to me,"ucapku.Sebenarnya aku pun tidak tahu apa yang harus aku ucapkan.Apa yang terlintas,itulah yang aku tuturkan.Hentam sajalah labu.

Aku melihat penampilan di cermin buat kali terakhir,cantik.Debaran jantungku kian kencang aku rasakan.Sekejap saja lagi aku akan menjadi bergelar isteri.

****
"Aku terima nikahnya,Nur Ammara Binti Saifuddin dengan mas kahwinnya 77 ringgit tunai."Jelas suara Tengku Syamil melafazkan akad sehingga bergema seluruh dewan.Beberapa saksi di sisi Tengku Syamil cepat-cepat mengesahkan lafaz yang dia ucapkan.

Gugur air mataku ketika itu.Ya,aku sudah sah menjadi hak milik Tengku Syamil secara mutlak hanya dengan sekali lafaz bersaksi warga dewan yang ramai.Kak Nani menggenggam tanganku yang dari tadi sejuk.Tisu yang dihulurkan aku lap air mata yang jatuh agar tidak mencacatkan solekan aku.

Perasaan,aku terasa kosong.Aku menjatuhkan mutiara jernih bukan kerana gembira tetapi sedih sebenarnya mengenangkan nasib aku yang lepas dan akan datang.Selepas ini,hidupku akan berubah 360 darjah.Aku tidak tahu bagaimana layanan Tengku Syamil kepadaku pada hari mendatang.Dia bukan suami idamanku dan aku pasti aku juga bukan isteri idamannya.Aku dipilih kerana bosan dengan desakan nenda kepadanya begitu juga aku.Jadi,kami ini diibaratkan pengantin tangkap muat kerana berkahwin bukan atas kerelaan hati tetapi kerana desakan dalaman yang memaksa aku dan dia bersatu dalam majlis ini.

Tidak lama kemudian,Tengku Syamil datang kepadaku diiringi abah dan nenda.Dia menyambut jari-jemariku untuk disarungkan cincin sebelum aku bersalam dengannya.Kemudian,hangat bibirnya mengucup lembut ubunku.Ketika itu,aku cuba mengawal emosiku kerana banyak mata menyaksikan kami.

Setelah itu,aku dan Tengku Syamil sibuk melayan tetamu yang datang.Penat juga rupanya jadi pengantin.Gerak-geri kami hari ini diperhatikan oleh tetamu-tetamu yang hadir,jadi aku perlu berlakon gembira di samping Tengku Syamil.Mata-mata yang memandang kami merimaskan aku,mungkin ada yang memuji dan tidak kurang mengeji.Hatiku berdoa majlis ini cepat-cepat berakhir kerana aku malu menjadi perhatian ramai.Tetamu yang hadir pula bukan calang-calang orang tetapi kaum kerabat diraja.Kerdil pula aku ingin bermesra dan memperkenalkan diriku kepada mereka.Aku sedar diriku hanya pipit yang menumpang kasih si enggang.

'Ceh,jiwa pula kau!'

Walaupun begitu,Tengku Syamil tidak lepas dari sisiku.Ke mana aku pergi,dia ada bersamaku dan menjawab persoalan mereka-mereka dengan baik.Rimas juga dia seperti tidak mahu melepaskan pinggang dan tanganku.'Aku tak lari,Tengku Syamil.'Dalam keramaian ini,aku mula terasa rindu dengan celoteh Meo dan Kak Nani ketika menghadiri majlis.Aku sempat berbual sekejap saja dengan mereka tadi kerana aku perlu melayan tetamu-tetamu yang lain juga.Tak mengapalah,hari ini saja aku menjadi raja sehari.Aku tidak boleh hidup dengan tumpuan orang ramai kepadaku tetapi aku perlu bertahan.Lemas.

Tengku Syamil berjalan seiring denganku,di samping tangannya melekat di pinggang.Seseorang menyapa Tengku Syamil dari belakang membuatkan kami berdua menoleh.

Berubah air mukanya melihat susuk itu di berdiri di hadapan kami.Perempuan yang umurnya kira-kira sebaya dengan abah tetapi tetap menawan kerana pandai mengenakan gaya fesyen terkini.Aku kenal wanita itu sejak 10 tahun lepas,ketika itu aku baru berusia 18 tahun.

"Sayang,kenalkan ini ibu saudara saya adik kepada mama saya,Tengku Zanariah.Saya panggil bonda saja.So,sayang pun perlu panggil bonda."Tengku Syamil perkenalkan aku dengan Tengku Zanariah.Aku bersalam dan mencium tangannya tanpa rela.Tengku Zanariah tersenyum lebar kepadaku tetapi aku hanya membalas dengan senyuman hambar.Sungguh,aku tidak ikhlas.Aku berharap dia tidak menjelma lagi dalam hidupku tetapi kini dia turut menjadi sebahagian dari keluargaku.

"Pandai Syamil pilih isteri,cantik orangnya.Siapa namanya?"Tengku Zanariah memujiku tetapi aku tidak berasa bangga dengan pujian itu sebaliknya aku sakit hati.

'Kenapa perempuan itu datang pada waktu ini?'

"Nur Ammara Binti Saifuddin.Bonda boleh panggil dia Ammara saja.

"Nice name,dear."

"Macam orangnya kan,bonda?"Tengku Syamil melirik kepadaku.Tengku Syamil pun,lepas akad nikah tadi makin mengada-ngada pula.Bersayang-sayang dengan aku.'Eee...Meluatnya.'Sungguh hebat lakonan kamu,Tengku Syamil.Acah-acah romantik dan penyayang pula.

"Mestilah.Kalau tak,takkan Syamil boleh berkenan.Tak apalah Syamil,bonda nak pergi kat nenda dulu."Tengku Zanariah menunjukkan ke arah nenda di meja hujung penjuru sedang berbual dengan kaum kerabatnya.

"Ammara,bonda harap kita ada masa lepas ni untuk berbual bersama,"kata Tengku Zanariah menyentuh bahuku.Aku buat-buat senyum.'Hmmmm...'Bukan dia tidak tahu reaksi aku yang tidak sukakan dia tetapi dia gigih mahu beramah mesra denganku.

****
Aku telah pun berpindah ke 'suite' Tengku Syamil setelah habis majlis tadi.Aku sudah arif selok-belok 'suite' ini kerana telah terbiasa.Aku masuk ke dalam bilik tidur yang menempatkan katil bersaiz king ditaburi dengan kelopak-kelopak bunga ros merah.Aroma bunga ros tersebut berlegar-legar ke rongga hidungku membuat aku rasa nyaman.

Aku berdiri di pintu.'Boleh tahan,Tengku ni.Bunga-bunga bagai.'
Aku pandang ke arah katil.Adakah malam ini aku akan berkongsi katil tersebut dengan Tengku Syamil?Aku mengukur keluasan dan lebar katil itu untuk kami berdua tidur.Sangat lebar.Maknanya,aku boleh letak bantal di tengah-tengah dan aku boleh tidur di sini dan dia di sebelah sana.'Bijak,Ammara.'

Bantal peluk panjang itu aku letak di bahagian tengah katil.Aku senyum bangga.

Usai mengemas katil,aku berasa badanku agak melekit dan rimas.Baju kurung moden songket berwarna 'emerald green' ingin kubuka.Aku memandang ke kiri dan kanan,Tengku Syamil tiada di situ.Barangkali masih melayan Kimi.'Aahh...Lantaklah.Dah gatal badan aku.'Bolehlah aku mandi sebelum dia masuk.

Tengku Syamil masuk ketika aku terkial-kial cuba membuka zip belakang baju yang kupakai.'Alamak..'

Tengku Syamil merapatiku dari belakang.Dia berbisik di telingaku,"Lain kali kalau tak boleh nak buat,beritahu aku.Aku boleh tolong bukakan."

'OMG!!!'Menegak bulu romaku dengan hembusan nafas hangat dan bisikan Tengku Syamil.Dia terlalu rapat denganku.Tangannya laju menarik zip bajuku hingga ke paras pinggang.Maka,terhidanglah bahagian belakang tubuhku di hadapannya.Aku cepat-cepat berpaling.

Sekali lagi,jantungku berdebar kencang apabila wajahnya benar-benar rapat dengan wajahku.Mata kami saling bertatapan.Menggelabah juga aku dengan pandangan mata hazel coklat dia.Bibirnya semakin rapat dengan bibirku.'Gullllpp!!!'Aku menelan air liurku dan memalingkan wajah.Jika lama-lama begini,silap haribulan aku sendiri yang menyerahkan diri kepadanya.Imanku yang senipis kulit bawang tak akan mampu mengawalnya nanti.

Aku menapak selangkah ke belakang menjarakkan diriku dengan tubuh sasa Tengku Syamil.Namun tangannya lepas pantas merangkul pinggangku rapat ke tubuhnya.Dikucup lembut pipiku."Kau takut dengan aku?"tanya Tengku Syamil separuh berbisik.Merona merah mukaku ketika itu.Malu.

Rangkulan kemas pada pinggang,aku cuba leraikan."Saya rimaslah,Tengku.Panas.Badan saya pun dah melekit ni."

"Hmmm...Panas?Aku buka suhu aircond 23 darjah celcius,sayang.Takkan panas lagi.Tebal sangat kulit kau."Jari Tengku Syamil menjatuhkan bahu kiri bajuku tadi dengan senyuman nakal.'Haiii,jangan macam-macam,Tengku Syamil!Aku ketar lutut ni.'

Aku mengangkat semula bajuku."Tengku,badan saya betul-betul tak selesa.Melekit.Saya nak mandi dulu."Tubuhnya aku tolak.Dia punya lembut lain macam dengan aku kali ini.

"Badan aku pun melekit,apa kata kita mandi sama?Kau okay kan?"

Aku termangu di hadapan.'Apa pulalah,Tengku Syamil ni sampai nak mandi sama?Memang taklah.'Apa kena dengan Tengku Syamil berperangai lain macam?Fuhh!!Cukup buat jantung aku meluruh.

"Tak naklah.Saya nak mandi sorang.Tak mahu teman-teman."Aku jalan mengiring perlahan-lahan supaya Tengku Syamil tidak nampak bahagian belakang badanku yang terdedah.

Tengku Syamil tergelak."Kau ni pelik-peliklah,Ammara.Kau pergilah mandi dulu.Malas aku layan otak miring kau."

Aku mencapai tuala lalu,masuk ke dalam bilik air.Pancuran air aku buka.

Tengku Syamil memanggilku dari luar,"Kau jangan berendam lama sangat kat dalam tu.Ingat-ingat sikit orang belakang."

****
Aku berbaring mengadap siling.Jantung masih tidak berhenti berdegup dari tadi.Apa tidaknya,ini kali pertama aku bermalam dan sebilik dengan seorang lelaki.Macam-macam boleh bermula malam ini.Aku menggigit jari kerana kegelisahan yang melanda.Mahu saja aku melarikan diri dari 'suite' mewah ini.Bantal peluk aku jadikan sempadan antara aku dengan Tengku Syamil.Aku berbaring di bahagian hujunf kiri katil.Cukup memuatkan aku seorang.

Tengku Syamil keluar dari bilik air memandang hairan ke arah aku kerana meninggalkan ruang yang banyak kepadanya."Katil ni besar,Ammara.Terlebih muat untuk kau dan aku tidur.Siap ada extra space lagi."Tengku Syamil menegurku.Dia turut mendarat di atas katil.

"Saya tak suka ruang banyak.Takut."

Tengku Syamil menggelengkan kepala.Dia menarik bantal peluk yang menjadi titik sempadan ruangan aku dan dia lalu dicampakkan ke bawah.

"Apa ni,Tengku?Janganlah buang bantal tu.Saya nak peluk."

"Apa masalah kalau peluk aku?Aku suami kau kan?"Tengku Syamil menyoalku.

Aku mendengus.Aku membelakangkan Tengku Syamil.Tak kuasa aku mahu melayannya.Lebih baik aku tidur saja.Aku diam seribu bahasa tanpa berpaling.

Ketika aku cuba pejamkan mata,terasa ada tangan hangat menjalar pada pinggangku dari belakang.'Aduhai,Tengku Syamil!'Aku tidak cukup nafas mengawal perasaan debar.Apakah ini perkara biasa yang dilalui oleh semua pengantin?Adakah aku saja yang cuba mengelak sehabis daya?

Aku tidak melawan.Bibir aku kemam kemas-kemas saat itu.Kehangatan pelukan Tengku Syamil buat aku rasa terbuai lama-kelamaan.Wangian yang dipakai oleh Tengku Syamil sangat harum dan enak dihidu.Tidak puas aku mencium bau wangian pada tubuh lelaki.Pertama kali,aku dapat merasai kesasaan tubuh Tengku Syamil.

Dadaku mula turun naik dengan laju.Tangannya di pinggangku aku pegang."Please jangan,Tengku."

Tangannya menjalar pula ke dada aku,diletakkan tapak tanganya di atas dada kirinya."Jantung kau laju.Kau takut dengan aku?"kata Tengku Syamil di telingaku.Leherku dicium berkali-kali buat aku lemas.Aku memendekkan leherku kerana kegelian akibat tusukan misai dan jambangnya yang tajam.Walaupun kegelian dan ketakutan,aku rasa aneh,kenapa aku seakan suka dengan tindakan dia itu?

'Hai,Tengku Syamil!Aku tak cukup kuat menolak tetapi aku terpaksa.'

"Berhentilah,Tengku."

"Kenapa aku perlu berhenti?Kau isteri aku dan halal buat aku.Perjanjian kita,aku boleh sentuh kau jika aku mahu dan kau tak boleh menolak melayan kehendak aku."Tengku Syamil semakin rakus mencium leher dan tengkukku.

Aku pejamkan mata."Tak boleh,Tengku.Bukan malam ini."

Tengku Syamil tidak pedulikan kata-kataku.Dia terus-terusan menikmati haruman badanku."Kau tak ada sebab nak mengelak,Ammara.Kau hak aku.Jangan mengelak."

"Saya bukan mengelak tetapi saya period.Memang tak boleh."Aku memberitahu hal yang sebenar kepadanya.Dia berhenti mengucupku dan tubuhku dilepaskan perlahan-lahan.

Aku menoleh memandangnya."Kau tak tipu aku kan?"Tengku Syamil ragu-ragu dengan aku.Padanya aku cuba mengelak daripada melayan keinginannya.

Aku menggeleng."Demi Allah saya period.Tak tipu.Subuh tadi lagi saya period.Dari tadi ada ke Tengku nampak saya solat?"Aku menyoalnya.Hisssh..Lelaki ini memang tidak menyempat langsung.Pantang dapat peluang.Gelojoh.

Tengku Syamil melepaskan aku lalu berbaring di sebelahku.Aku terdengar dia mengeluh kehampaan.Pasti kecewa kerana hajatnya tidak tercapai.'Mood dah swing tu.'

'Fuhh....Selamat aku untuk malam ini.Nasib baiklah,aku baru period pagi tadi.Jadi lama lagi untuk aku persiapkan diri."

"Aku lepaskan kau kali ni."Itu saja yang Tengku Syamil ucapkan kepadaku.Kata-kata daripada mulut seorang lelaki yang kecewa.Aku mengubah pembaringanku ke arah posisi mengiring ke arahnya.Dia berbaring dengan muka yang masam dan serius.Aku tidak dipandangnya.

"Tengku."Aku memanggil tetapi dia tidak menjawab.

'Alahai..Tengku Syamil,tisunya hati kau.'Aku renung wajahnya dari sisi.Keseriusan wajahnya buat dia kelihatan macho.'Merajuklah tu,muka serius saja.'Jangan risaulah,Tengku.Perjalanan kita masih jauh dan ini hanya permulaan bagi kita.Nescaya,aku akan tenggelam dalam godaanmu nanti,Tengku.

Hai..sayang2 Miss J.Dah rindu dgn TS ke?Hehehe..Baru sempat update chapter baru.Enjoy it.Love you alls.

Share this novel

Roz Zana
2021-03-29 08:46:46 

update laju2 pls...


NovelPlus Premium

The best ads free experience