Cik Puan Salina tidak sabar menanti keputusan yang akan disampaikan oleh doktor di hadapannya.Dia terbatuk-batuk beberapa kali.Berbulan-bulan batuk dan kadang-kadang demam yang lambat untuk pulih.Seorang doktor muda memandang Cik Puan Salina dan slip keputusan silih berganti.Dia mengelap keringat menitis di dahinya.Debaran di dada semakin rancak.Dia menanti dengan penuh sabar dan harapan.Doktor muda itu merenung wajah Cik Puan Salina dengan rasa simpati.Tidak sampai hati membacakan analisis ujian yang tertera pada tangannya.Dia menghela nafas dan berdehem.
"Hmmm...Cik Puan Salina,saya minta maaf.Laporan kedua ini juga positif,"kata doktor itu dengan suara yang sayu.Ini merupakan laporan kedua ujian pengesanan HIV/AIDS dijalankan terhadap Cik Puan Salina setelah tidak berpuas hati dengan laporan pertama.Laporang kedua juga turut positif.
Rebah air muka Cik Puan Salina mendengarnya.Air matanya mula mengalir saat laporan itu dibentangkan kepadanya.Dia tidak menyangka pengakhiran hidupnya disebabkan penyakit yang tiada ubat di dunia."Apa doktor tak salah tengok?"tanya Cik Puan Salina kurang percaya.Dia masih tidak dapat menerima kenyataan.
Doktor itu menggelengkan kepala."Ini keputusan terbaharu yang pihak makmal hantar kepada saya.Saya pasti keputusannya.Saya faham perasaan Cik Puan tapi Cik Puan perlu menerima hakikat,"kata doktor tersebut.
Cik Puan Salina termenung.Laporan kesihatan Danial selepas pemergiannya membawa dia memeriksa kesihatannya di klinik.Ternyata dia turut terjangkit dengan penyakit yang dibawa oleh Danial.Dia termangu dibanjiri air mata di hadapan doktor itu."Tak mungkin..."Dia merebahkan kepalanya di atas meja,berteriak kesedihan.Dia tidak percaya dia memperoleh penyakit yang dicerca oleh masyarakat ini.
Doktor itu memandang sayu.Sebagai doktor,sudah pelbagai reaksi pesakit yang dia hadapi saat keputusan positif dipaparkan.Menangis,meraung,pengsan dan mengamuk antara reaksi yang dihadapi saban kali keputusan ujian HIV/AIDS positif.Ada yang mendapat penyakit tersebut kerana nafsu sendiri dan ada yang menjadi mangsa keadaan terutamanya kaum isteri dan anak-anak.Apa yang harus dilakukan ialah memberi semangat kepada para pesakit untuk meneruskan hidup.
Berkaitan Cik Puan Salina,dia sudah menganalisis wanita itu semasa keputusan pertama tempoh hari.Jadi,dia tidak mahu mengganggu emosi wanita itu dengan pelbagai persoalan."Cik Puan bersabarlah.Ada hikmah semua ini terjadi,"kata doktor itu lagi.
Cik Puan Salina mengangkat wajahnya.Matanya merah berair.Wajahnya basah dengan air mata.Dia mengambil tisu dalam beg tangan lalu mengelap wajahnya.Rambutnya dikemaskan."Tak mengapalah,doktor.Saya balik dulu."Cik Puan Salina meminta izin untuk pergi.Dia tidak sanggup berlama-lamaan di situ.Dia memakai cermin mata hitam lalu pergi.
Ketika dia menapak keluar dari klinik,dia ditahan oleh dua orang pegawai polis.Sejak tadi mereka bersedia sehingga Cik Puan Salina keluar."Cik Puan Salina,"kata seorang pihak polis.Cik Puan Salina dengan hairan mengiakannya."Ya,saya."
"Maafkan kami,Cik Puan sila ikut kami ke balai atas kes cubaan menembak Cik Puan Ammara dan kes pengedaran pil khayal bersama Encik Danial,"kata salah seorang pegawai tersebut.Cik Puan Salina terpana.Lemah rasa kakinya.Lidahnya kelu untuk mempertahankan diri.Akhirnya,dia menyerah diri kepada pegawai polis tersebut.
****
Maya masuk ke dalam kondominium Natasha."Oh my god.Kenapa kau tak cakap pasal ni awal-awal pada aku?Kau okay ke?"terjah Maya.Jelas kerisauan kepada wajahnya.Dia meraba-raba bahu Natasha dan membelek muka Natasha.Setelah balik dari bercuti Bali,dia digemparkan dengan berita kes pencabulan artis bawah jagaannya.Cepat-cepat dia mencari Natasha untuk memastikan Natasha dalam keadaan baik.
Natasha rimas dengan perbuatan pengurusnya itu."Aku okay saja.Kau tak payah nak kecoh-kecohlah,"kata Natasha dengan senyuman.
"Wei,satu Malaysia dah kecoh kot!Kenapa kau tak call beritahu aku?Tup..tup..kau nak masuk mahkamah.Apa kes sebenarnya ni?"Maya mendaratkan punggungnya di atas sofa empuk Natasha.
"Aku tak nak besar-besarkan hal ni tetapi Syamil tu tak nak mengalah.Aku nak settle senyap-senyap dia tak setuju.Haaa..rasakanlah.Baru tahu satu Malaysia kecam dia.Dia ingat dia boleh menang."Natasha bengang dengan Tengku Syamil tidak mahu bertolak-ansur dengannya.
Maya menghela nafasnya."Aku tak sangka pervert sangat Si Tengku Hot tu.Kasihan wife dia tengah sarat mengandung.Suami pula sibuk nak puaskan nafsu serakah.Jantan tak sedar dek untung,tahu nak sedap je.Eee....angin aku dengan jantan macam tu."Maya membebel.Dia terbayang-bayang wajah manis Ammara sedang sarat mengandung.Dia sangat pantang dengar cerita-cerita curang sebegitu,angin satu badan.
Natasha membaling kusyen ke muka Maya."Kau ni nak back up ke aku back up wife dia.Kau kasihankan isteri dia.Habis aku yang jadi mangsa kerakusan Syamil,kau tak kasihan?"bentak Natasha.Dia tidak suka Maya menyebelahi Ammara kerana Ammara satu-satunya sebab Tengku Syamil menolak dirinya.Sakit hatinya.
Maya beralih tempat duduk ke sebelah Natasha.Mulutnya muncung ke hadapan.Maya tahu Natasha sangat sensitif dengan nama Ammara.Dia ingin memujuk modelnya itu."Ala..rileks,dear.Aku bukan back up Ammara cuma aku menyampah dengan perangai Tengku Syamil tu.Okaylah,yang kau ni pula macam mana sampai boleh kena cabul pula?"Maya ingin tahu kisah sebenar.
Senyuman Natasha menyerong ke tepi.Matanya terbayang peristiwa dalam 'suite'.Hangatnya bibirnya Tengku Syamil menyinggah pada bibir dan lehernya.Sungguh mengasyikkan dan melalaikan.Dia memejamkan mata dan memeluk tubuhnya sendiri membayangkan peristiwa itu.Terukir senyuman pada bibirnya.
Maya menampar perlahan lembut bahu Natasha.Natasha hanyut dengan angan-angannya."Hoi,aku tanya ni!Kau ni berkhayal pula.Jangan cakap kau syok kena cabul.Aku sekeh kau."Maya mengangkat tangannya seperti ingin menyekeh Natasha.Natasha mengelak dan memegang tangan pengurusnya itu sambil tergelak kuat.
"Taklah,Maya.Aku malas nak cerita berulang kali.Kau dengar di mahkamah nantilah,ya.Aku malas nak ingat semua tu."Natasha berdalih.
"Okay,aku faham.Keep strong,dear.Aku tahu kau trauma.Aku dan fans kau akan sokong kau.Tadi pun aku baca komen ramai yang bagi semangat kau.Ramai support kau."Maya tidak ingin memberi tekanan kepada Natasha dengan mengajukan pelbagai persoalan.Dia risau Natasha stres dengan isu yang dihadapinya walaupun dia tidak bersalah.Dia rela bersabar mendengar hal sebenar di mahkamah esok.
Natasha tersengih bangga.Dia tahu viral di media sosial dengan tanda pagar 'Justice For Luna'.Majoriti netizen menghentam Tengku Syamil.'Puas hati aku.Rasakan,Syamil.Kau baru tahu aku siapa.Pengaruh aku lebih besar daripada kau dan aku boleh hancurkan kau dalam sekelip mata,'getus hati Natasha dengan penuh dendam.
****
Tengku Amir memarkir kereta di bawah pokok tedih di perkarangan mahkamah.Kami bertiga berehat sekejap sementara menanti Kimi tiba bersama Tengku Syamil.Genap seminggu aku tidak bertemu dengan suami aku itu.Entah apa jadi kepadanya.
"Kak long dengan mama masuk dulu tak apa.Biar Amir tunggu di sini."Tengku Amir mengusulkan cadangan.Aku dan mama bersetuju untuk pergi dahulu.Sebenarnya aku tidak berniat ingin menanti Tengku Syamil.Selagi aku boleh mengelak,aku akan mengelak.Ketika aku dan mama mahu melangkah,nun tidak jauh dari situ,nenda memberi isyarat tunggu dan berjalan menghala ke arah kami.Berbulan-bulan kami tidak menemui nenda selepas pergaduhan hari itu.Dari perut aku kempis,kini telah besar baru kami bertemu kembali.
Selepas kejadian itu,hubungan kami dengan nenda semakin renggang.Tiada siapa yang bertanya khabar nenda.Tengku Syamil pula berdegil tidak mahu mengalah.Katanya dia tidak dapat menerima nenda menghina aku.Puas aku pujuk supaya dia berbaik dengan nenda tapi semuanya sia-sia.
Semua mengunci mulut dengan ketibaan nenda di situ.Saling berpandangan sesama sendiri kerana tidak berani berkata apa.Kiraan aku,nenda hadir ke mahkamah mungkin ingin memberi sokongan dan semangat kepada cucunya,Tengku Syamil.
Nenda memegang tanganku dengan mata yang berair membelah kesepian dan kesenyapan kami."Ammara,nenda minta maaf cakap yang bukan-bukan pasal Ammara,"pinta nenda semakin esak.Aku membalas kemas pegangan tangannya."Tak apa,nenda.Ammara dah maafkan nenda.Sikit pun Ammara tidak simpan dalam hati."Telah lama aku memaafkan nenda.Aku tidak salahkan dia kerana dia mungkin tidak menduga perkara yang terjadi.Memang asbab perkahwinan kami kerana ingin menjelaskan hutang bukan kerana cinta.Sesiapa pun
Drama air mata bermula antara aku dan nenda di perkarangan itu.Nasib baiklah,tidak ramai orang di situ."Maafkan,nenda.Nenda hina dan marah Ammara malam itu.Nenda menyesal dengan apa yang nenda dah cakap.Nenda terlalu ikutkan emosi.Maafkan,nenda."Nenda menyambung lagi.Aku serba.
Aku tersenyum kepada nenda."Nenda,jujur dari hati Ammara yang Ammara tak marahkan nenda dan tak simpan apa-apa dalam hati Ammara.Kita lupakan semua tu,nenda.Kita buang yang keruh,ambil yang jernih."Aku memujuk agar nenda tidak berterusan memohon maaf.Aku melebarkan senyuman ikhlas kepada nenda.
"Zana maafkan,bonda.Amir maafkan nenda,ya,"pinta nenda bersungguh-sungguh.
Mama memeluk nenda."Sudahlah,bonda.Zana dah maafkan pun.Kami pun minta maaf sebab dah lama tak jenguk dan tanya khabar bonda."Mereka saling berpelukan dan meluahkan perasaan.Senang hati aku akhirnya mama dan nenda sudah berbaik.
"Ouccchh!!"Bayiku bergerak aktif.Kedua-duanya berebut menendang kulit perut mamanya.Perutku terasa tegang dengan gerakan mereka.Aku memicit-micit pinggang aku yang lenguh.
Kemudian,matanya beralih ke perutku dan menyentuhnya."Ya Allah,dah besar perut Ammara.Terkilannya nenda.Bila bersalin ni?"Nenda mengusap-ngusap perutku.
"Lebih kurang dua bulan lebih lagi,nenda.Baby tengah main ni.Mungkin dengar suara nenda.Nak berkenalan dengan tok ayang dia agaknya,"kataku ceria.Tangan nenda masih melekap pada perutku.Dia teruja pertama kali merasai gerakan anak-anakku.Yang paling penting,tiada siapa tahu aku mengandungkan anak kembar.Aku dan Tengku Syamil sengaja merahsiakan hal itu sebaga kejutan.
Pepohon rendang itu menjadi tempat kami berjejak kasih.Sekian lama tidak bertemu,banyak hal yang ingin diceritakan.Tidak lama kemudian,kereta Ford Ranger milik Kimi memarkir di sebelah kereta Tengku Amir.Jantungku berdetak laju.Kenapa?Aku bakal bersemuka dengan Tengku Syamil.'Kenapalah aku tak ajak bonda dan nenda masuk dulu tadi.'Maka terpaksalah aku mengadap Tengku Syamil pula.Berat hati aku ingin berhadapan suamiku.
Tengku Syamil menuruni kereta.Aku terpaku di situ seperti ada magnet yang menarik kaki aku daripada terus melangkah.Aku berlagak biasa tetapi hatiku dilambung ombak.Jantungku terumbang-ambing mengikut irama ombak yang memukul.Tengku Syamil tidak pedulikan mata-mata yang memandang pantas mendakap aku."Rara,abang rindu sayang.Sayang sihat?Baby sihat?"tanya Tengku Syamil.Aku tidak membalas pelukannya.Rajukku menguasai akal warasku.Sungguhpun hatiku meraung merinduinya tetapi aku kental melawan rasa rindu itu.
"Semuanya baik-baik saja."Aku menjawab perlahan.Waktu itu semua yang ada situ berlalu meninggalkan kami berdua.Memberi ruang untuk kami berbincang barangkali tetapi aku tidak mahu peluang itu.Aku tidak ada apa-apa untuk dibincangkan.
"Rara tak rindu abang ke?"sambungnya lagi.Aku tidak memandangnya.Aku tidak kuat menatapnya lama-lama.Aku selemah-lemah wanita dengan pujuk rayu Sang Suami.Seeloknya,aku menghindari kelemahan aku.
"Hmmm...Panaslah kat sini.Rara nak masuk ke dalam.Tak larat nak tercegat lama-lama di sini."Aku berbohong padahal dari tadi aku berdiri lama bersama yang lain.Aku melintasi Tengku Syamil.Tengku Syamil mengekori aku.Dia sempat memaut lenganku dan jalan seiringan dengan aku.'Huh!'Pandai mengambil kesempatan.
"Thanks,sayang datang bagi sokongan kepada abang,"bisik Tengku Syamil kepadaku.Aku tidak menjawab.
****
Suasana di dalam mahkamah agak tegang.Tanganku sejuk saat pertuduhan dibacakan.Mama menggenggam tanganku.Hujahan demi hujahan yang berlaku antara kedua-dua peguam di hadapan hakim.Aku berusaha menenangkan diri.Beberapa orang saksi tampil memberikan keterangan.Saksi yang pertama yang merupakan staf penyimpanan hotel menyatakan pernah ternampak Tengku Syamil pergi ke bilik rehat Natasha ketika menjalani penggambaran di situ.Keterangan itu tidak berpihak kepada Tengku Syamil kerana saksi itu pernah ternampak Tengku Syamil menolak Natasha ke dinding merapatkan tubuhnya dengan Natasha.Tidak senang duduk aku dengan keterangan tersebut.Aku tidak tahu-menahu pun perkara itu.
Kemudian,peguam peguam bela Tengku Syamil meminta Natasha ke kandang saksi untuk memberi keterangan.Aku ketika ini fokus mendengar walaupun aku telah mendengar sebutan kes pada awalnya tadi.
"Boleh Puan Luna beritahu kenapa Puan Luna berada di hotel milik Tengku Syamil?"soal Encik Osman.
"Saya bercuti merehatkan diri.Semasa menjalankan penggambaran saya tak sempat menikmati kelebihan di hotel tersebut dengan.Jadi,saya ambil keputusan untuk sewa satu malam."Natasha menjawab dengan tenang.
"Kejadian berlaku di dalam suite peribadi Tengku Syamil,betul?"soal Encik Osman.
Natasha mengangguk dengan yakin."Ya."
"Sebagai seorang perempuan,apa yang Puan Luna buat di bilik peribadi seorang lelaki?"
"Sayang bantah,Tuan Hakim.Puan Luna telah maklumkan kenapa dia ke bilik Tengku Syamil.Bukankah itu soalan berulang,Yang Arif?"bantah Encik Ghazali ketika Encik Osman
"Sebentar Tuan,saya cuma ingin pastikan tiada kisah yang tertinggal untuk saya kutip sebagai hujah yang mungkin membantu defendan."
"Bantahan ditolak.Encik Osman boleh teruskan."
"Terima kasih,Tuan Hakim.Baiklah,Puan Luna.Masih lagi soalan yang sama.Kenapa Puan Luna ke bilik OKT,Tengku Muhammad Syamil Bin Tengku Muhammad Fakry?"
Natasha tersenyum ketika itu."Heater di bilik air saya rosak.Ketika itu,saya bercadang nak lapor ke lobi untuk dapatkan technician.Kebetulan,semasa saya keluar saya ternaqmpak Tengku Syamil lalu ke biliknya.Alang-alang bos besar ada di situ,why not saya terus lapor kepada Tengku sendiri.Mungkin perkhidmatan baik pulih lebih cepat."
"Jadi,Puan Luna masuk ke dalam bilik Tengku Syamil seorang diri?"
"Ya,saya masuk seorang diri setelah dijemput oleh Tengku Syamil."
"Apa Puan Luna tidak berasa takut berada dalam bilik tersebut berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim?Mungkin rasa was-was akan dicabul oleh Tengku Syamil?"
"Saya tak ada rasa was-was ataupun takut ketika itu kerana saya fikir dia seorang yang ternama dan tak akan melakukan hal-hal sebegitu kepada saya."
"Tetapi Tengku Syamil tetap seorang lelaki.Sebagai seorang perempuan,rasa takut bersama seorang lelaki di dalam bilik perlu ada.Apa Puan Luna tidak takut di apa-apakan atau Puan Luna sebenarnya telah biasa berdua-dua di dalam bilik bersama lelaki?"aju Encik Osman berbunyi sinis.
"Saya bantah,Tuan Hakim.Pihak defendan cuba memprovokasi mangsa.Klien saya telah maklumkan dia tidak terfikir yang Tengku Syamil akan mencabul dia.Jawapan apa lagi yang dia mahu dengar?"
"Encik Ghazali,saya cuma bertanya.Puan Luna sendiri yang masuk ke dalam bilik OKT tanpa sebarang rasa sangsi dan tiada teman.Berdua saja.Perumpamaannya begini,kucing takkan pandang ikan yang terhidang di depan mata."
Encik Ghazali berdiri sama.Situasi agak tegang ketika itu."Pihak defendan seolah-olah ingin menuduh klien saya yang mencetuskan kes pencabulan itu."
"Bertenang.Pihak defendan dan pihak plaintif sila jaga tingkah laku,"tegur Tuan Hakim
Encik Osman dan Encik Ghazali menunduk meminta maaf.Encik Osman kembali ke tempat duduknya makanala Encik Ghazali meneruskan soal jawab bersama Natasha.
"Baiklah.Boleh Puan Luna ceritakan apa yang berlaku di dalam bilik itu selepas Puan Luna berada di dalam bilik itu bersama OKT."Encik Ghazali pula menyoal klienya.
"Pada ketika itu,dia ajak saya masuk ke dalam.Saya masuk tanpa banyak bertanya sebab saya mahu selesaikan masalah heater di bilik saya.Waktu itu,Tengku Syamil sedang menyarungkan kemejanya sebab masa saya sampai sebenarnya dia tidak berbaju.Saya berpaling membelakangkan Tengku Syamil sambil menanti dia memakai bajunya.Tiba-tiba,dia peluk saya dari belakang dan cuba memaksa saya..."Natasha berpura-pura menangis dan sebak.
Tengku Syamil membantah dari kandang pesalah."Dia bohong!Saya tak ada menyerang dia pun,"pekik Tengku Syamil meriuhkan dewan prosiding.Melihat keadaan Tengku Syamil yang beremosi,Tuan Hakim memberi amaran kepadanya supaya bertenang dan tidak berteriak.
"Baiklah,Tuan Hakim.Saya tidak ada soalan ingin ditanya kepada Puan Luna lagi.Apa yang saya ingin sampaikan,kita boleh lihat yang Puan Luna masih trauma dengan kejadian itu sehingga tak sanggup bercerita hal selanjutnya,"kata Encik Ghazali mempertahankan Natasha.
"Jadi,sekali lagi meminta izin daripada Tuan Hakim untuk menyoal yang tertuduh,"pinta Encik Ghazali menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh protokol.Setelah diizinkan oleh Tuan Hakim,Encik Ghazali menyambung tugasnya.
"Tadi kamu katakan yang plaintif sengaja mereka cerita yang kamu cuba memperkosa dia.Tengku menafikan sekeras-kerasnya bahawa Tengku tidak cuba merogol dia.Betul?"
Tengku Syamil mengangguk.Sekali-sekala dia memandang aku.Mungkin meminta simpati.
"Ya,"ringkas jawapan Tengku Syamil.
"Boleh Tengku ceritakan apa yang berlaku dalam bilik tersebut?"
"Dia mengekori saya masuk ke dalam bilik.Ketika dia masuk saya sedang sarungkan kemeja."
"Haaa...maksudnya Tengku tidak memakai baju ketika dia masuk ke dalam bilik?Betul?"
"Ya,betul."
"Kenapa masa Puan Luna datang baru Tengku nak pakai baju?Kenapa Tengku tidak pakai sebelum membuka pintu lagi?Tengku tak rasa malu ke kalau tiba-tiba staf Tengku datang,Tengku tak berbaju?"Encik Ghazali cuba memancing jawapan Tengku Syamil.
"Waktu tu,saya fikir isteri saya yang datang sebab dia janji nak hantar makanan pada saya.Saya tak fikir orang lain yang datang.So,saya buka pintu tanpa baju.Lagipun,staf-staf saya dilarang sama sekali ganggu saya di suite.Jika ada hal penting,mereka perlu hubungi saya saja.Bilik itu hanya saya dan isteri saya saja dibenarkan masuk.Selain itu,seroang housekeeper mereka sudah ada jadual mengemas,"jawab Tengku Syamil dengan jujur.
Encik Ghazali dan mengerutkan dahinya."Hmm...Apabila nampak Puan Luna di hadapan pintu,Tengku Syamil terus jemput dia masuk tanpa memakai baju dahulu?Begitu?"
"Saya tak jemput dia masuk tetapi Puan Luna yang masuk sendiri sebab saya terlupa kunci pintu."Tengku Syamil menjeling kepada Natasha.
"Tengku kata isteri Tengku janji datang ke bilik tersebut tetapi kenapa dia tak muncul masa itu?"
"Dia terpaksa ke klinik segera keranan doktor telefon meminta dia ke klinik untuk periksa kandungan."
Encik Ghazali teruja mendengarnya."Oooo..Isteri Tengku mengandung?Berapa bulan?"
"Saya bantah,Tuan Hakim.Soalan yang diajukan tidak ada kena-mengena dengan kes,"lantang Encik Osman berkata.
"Bantahan diterima,"kata Tuan Hakim
"Terima kasih,Tuan Hakim.Izinkan saya teruskan soalan saya."
Tuan hakim membenarkan Encik Ghazali meneruskan penyoalan."Jadi,bagaimana hubungan intim Tengku Syamil dan isteri ketika mengandung?"
Encik Osman berdiri dan membangkang."Saya bantah sekali lagi,Tuan Hakim.Pihak pendakwa bertanya soalan yang sangat peribadi dan sensitif untuk dijawab.Itu hal dalam selimut suami isteri dan tidak relevan ditanya di khalayak ramai."
"Bantahan diterima,Tuan Hakim."
"Baiklah,soalan saya seterusnya.Semasa di dalam bilik itu,siapa yang berada di posisi atas?Tengku Syamil atau Puan Luna."
"Saya."Tengku Syamil mengerling Ammara dengan rasa bersalah.Soalan peguam ini menjerat dirinya sendiri.
"Wah!Tengku berada di atas dan Puan Luna berada di bawah tetapi Tengku menafikan Tengku tidak memperkosa dia.Tuan Hakim,ini jelas menunjukkan OKT melakukan sesuatu kepada klien saya.Mana ada perogol duduk di posisi bawah kan?"
Waktu ini wajah Ammara mula berubah.Tengku Syamil menunduk.
"Selepas itu apa yang berlaku?Tengku ada cium Puan Luna?"
"Ya."
"Cium di bahagian mana?"
"Bibir dan leher."Tengku Syamil tidak berselindung.Dia rasa benar-benar berdosa dengan Ammara yang memandangnya dengan mata berair.Situasinya bagai ditelan mati emak,diluah mati bapa.Yang pasti Ammara sedang terluka dengan pengakuannya.Encik Osman juga turut menunduk memegang dahi.
"Tuan Hakim,OKT sendiri mengaku yang dia berada di posisi atas Puan Luna dan mencium leher dan bibir Puan Luna?Jadi apa lagi yang ingin dibuktikan dalam kes ini?Sah-sah Tengku Syamil yang menyerang Puan Luna secara fizikal di dalam bilik tersebut."
"Tuan Hakim,ini semua salah faham.Cerita sebenarnya bukan begitu.Memang saya mengaku keterangan saya tadi tetapi situasi itu dimanipulasikan.Saya tak cuba perkosa dia,"jelas Tengku Syamil tidak senang duduk saat Ammara melihat Ammara menitiskan air mata dan mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Tuan Hakim,saya ada bukti yang jelas menunjukkan yang kenyataan OKT dan hujah saya adalah benar."
Encik Ghazali mengeluarkan dua keping gambar dan diserahkan kepada Tuan Hakim."Ini gambar kesan tanda gigitan cinta yang ditinggalkan oleh OKT pada bahagian dada dan belakang leher Puan Luna.Puan Luna telah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan membuktikan ianya kesan gigitan cinta atau love bite."
Encik Ghazali menyambung lagi."Tuan Hakim,foto ini selaras dengan keterangan OKT yang menyatakan dia berada di bahagian atas mangsa.Dan saya yakin dia sempat menghasilkan satu gigitan cinta di bahagian hadapan manakala di bahagian belakang leher pula dipercayai ketika Puan Luna cuba melepaskan diri."
"Bohong.Semua yang berlaku atas suka sama suka.Itu kerelaan dia sendiri tanpa sesiapa yang memaksa,"kata Tengku Syamil.Ammara yang mendengar ketika itu terus berlari keluar dari perbicaraan tersebut.
"Ammara,"panggil Tengku Syamil tetapi Ammara tetap melangkah keluar.Sekali lagi sidang menjadi kecoh dan Tuan Hakim meminta Tengku Syamil bertenang serta berkelakuan baik.
"Izinkan saya menyambung hujah,Tuan Hakim?"tanya Encik Ghazali dengan rasa gembira.Dia mungkin akan memenangi kes kali ini.
"Silakan?"
"Berdasarkan keterangan saksi yang pernah melihat Tengku Syamil mengganggu Puan Luna dan juga pengakuan OKT sendiri serta bukti-bukti fizikal yang ada pada tubuh Puan Luna membuktikan yang OKT,Tengku Muhammad Syamil Bin Tengku Muhammad Fikri telah melakukan gangguan seksual terhadap Luna Latisya.Saya mohon pihak mahkamah menghentikan perbicaraan kes ini,"kata Encik Ghazali buat Tengku Syamil terduduk dalam kandang tertuduh.
Natasha mengukir senyuman lebar kepada Tengku Syamil.Senyuman kemenangan yang tidak dirasmikan.
****
"Ammara!!"Adri mengejar langkah aku.Aku teresak-esak berhenti di luar mahkamah.Aku menitiskan air mata sepuas-puasnya.Adri merapati aku hanya memandang sayu kepada aku.
Aku tidak dapat bertahan lagi.Pengakuan Tengku Syamil di dalam kandang pesalah menjadi duri menusuk hati aku.Apa lagi yang aku tidak tahu?Aku tidak sanggup meneruskan nafasku lagi rasanya.Dikhianati dan dicurangi oleh Tengku Syamil satu kebenaran yang menerbangkan jiwa aku.Aku benci untuk menatap wajahnya lagi.Oleh sebab itu,aku meninggalkan dewan pengadilan sebelum perbicacaraan tamat.
Aku menongkat pada dinding di luar dewan sambil mengurut-ngurut dadaku yang terasa ingin pecah.Air mata menitis-nitis tanpa henti."Adri,dengar tak apa Syamil cakap?Love bite pada Tasha atas suka sama suka.Apa maknanya itu?"Aku mengulangi keterangan jujur Tengku Syamil.
Adri mengjungkitkan bahunya."Tentang itu Adri tak berani nak ulas lebih.Hanya dia dan Luna saja yang tahu apa berlaku antara mereka.Adri tak berada di tempat kejadian,Adri tak berani nak buat andaian.Takut jadi fitnah,"jawab Adri.Jawapan yang paling selamat untuk Ammara supaya dia lebih tenang menghadapi segala kemungkinan.Sejujurnya dia turut menyalahkan Tengku Syamil namun di hadapan Ammara dia bertindak neutral agar tidak mengeruhkan hubungan Tengku Syamil dan Ammara yang sememangnya tegang.
"Fitnah lagi ke dia sendiri mengaku macam tu?"Aku menyoal.
"Ammara,dengarlah sampai habis dulu."
"Dengar sampai habis?Yang tadi pun Ammara dah cukup rasa sakit hati,nak dengar sampai habis?Love bite dan menindih Tasha atas katil...Ammara tak boleh terimalah.Tak boleh nak dengar pun.Silap besar Ammara datang hari ini semata-mata nak dengan kecurangan yang dia dah buat."Aku termengah-mengah dengan esakan.Letih dengan emosi aku sendiri.
"Ammara...janganlah...."
"Kalaulah Adri di tempat Ammara,apa perasaan Adri?Syamil tu suami Ammara,papa anak Ammara ni.Sesiapa pun akan marah dan sakit hati,"luah aku lagi.
"Adri tahu Ammara marah tapi Ammara tak boleh cepat melatah macam ni.Kebenaran belum pun terbukti yang Syamil tu betul-betul salah."Adri risaukan keadaan Ammara yang tidak keruan perasaannya.Dia berusaha menenangkan Ammara.
"Ammara tak tahu nak bersangka baik macam mana?Kenyataan tu keluar daripada mulut Syamil sendiri.Ertinya,dia curang dengan Tasha di belakang Ammara,"kataku lagi.Kepalaku terasa berat.Aliran udara keluar dan masuk melalui rongga mulutku kerana laluan rongga hidungku tersumbat.
"Adri tak berani nak kata apa-apa tetapi walau apa pun terjadi,Adri tetap akan sokong Ammara.
"Adri bawalah Ammara pergi dari sini sekejap.Ammara nakkan ketenangan.Ammara betul-betul tertekan sekarang ni."Aku meminta Adri bawa aku dari mahkamah itu sebelum orang-orang dari dalam mahkamah keluar.Aku ingin lari daripada masalah ini.
****
"Kenapa Tengku tak cerita hal sebenar yang berlaku kepada saya?"Encik Osman meradang berjalan laju.Keterangan Tengku Syamil kepadanya tidak lengkap menyebabkan dia juga terkejut mendengar pengakuan Tengku Syamil semasa perbicaraan tadi.
"Maafkan saya,Encik Hakim.Saya bukan tak nak cerita tapi banyak hati yang saya kena jaga.Saya tak sangka dia akan gunakan 'love bite' itu sebagai bukti,"jelas Tengku Syamil kedengaran agak bodoh.
Encik Osman mencerlung tajam."Keadilan itu kadang-kadang melukakan.'Love bite' tu bukti kukuh yang plaintif boleh gunakan untuk menang kes ini.Bukti yang menunjukkan Tengku ada melakukan sesuatu kepada kepada dia,"kata Encik Osman buat Tengku Syamil tertunduk.Memang salahnya tidak memberitahu cerita sebenar daripada awal kerana dia takut Ammara akan terluka.Dia fikir dia dapat mengawalnya tetapi dia silap.Semuanya sudah terbongkar.Ammara pula tahu dengan cara sebegini.Buntu otaknya.
"Maafkan saya,Tengku.Saya nak tarik diri daripada kes ni sebab saya rasa kita dapat dapat menang kes ini,"kata Encik Osman.Kebanyakkan keterangan saksi dan Tengku Syamil sendiri berpihak kepada plaintif.
"Tapi Encik Osman..."
Encik Osman memotong,"Tengku,kita tak ada bukti yang kukuh untuk membela diri.Tengku carilah peguam lain untuk bela Tengku.Saya memang tak mampu.Maafkan,saya."Encik Osman berlalu.Tengku Syamil termangu sendiri.
Tengku Syamil meraut wajahnya berkali-kali.Ammara juga menghilang sebelum perbicaraan tamat.Telefon Ammara sengaja dimatikan kerana dia mendail nombor Ammara berkali-kali tetapi gagal.
"Arrghhhhhh...."Tengku Syamil merengus seorang diri.
"Syamil,"panggil Kimi.Tengku Syamil yang sudah bermandikan air mata terus mendakap Kimi.
"Aku tak salah,Kimi.Itu semua satu kesilapan.Kenapa tak ada orang percayakan aku,"rintih Tengku Syamil.Kimi sangat bersimpati dengan nasib sahabatnya.Tidak dipercayai oleh Ammara,dikecam oleh netizen Malaysia,dan dimanipulasikan oleh Natasha untuk kepentingan diri sendiri.
"Sabar,Mil.Aku percayakan kau."Kimi menenangkan sahabatnya itu.Sepanjang mengenali Tengku Syamil,ini kali pertama dia melihat Tengku Syamil selemah ini.
"Tolong aku cari Ammara.Aku tak kisah apa yang orang nak pasal aku.Aku cuma nak Ammara percayakan aku.Cari Ammara untuk aku,"rayu Tengku Syamil dalam esak.
****
Adri meneguk air mineral yang dibelikan oleh Adri.Aku merenung jauh seberang tasik.Sebaik keluar daripada mahkamah tadi,aku mengajak Adri ke Taman Tasik Titiwangsa demi menenangkan fikiran,jiwa dan hati aku yang lara.Apa yang aku dengar di mahkamah tadi sangat menyakitkan.Pengakuan Tengku Syamil berkenaan 'tanda cinta' yang ada pada Natasha atas dasar suka sama suka.Aku tidak menduga yang hubungan mereka sejauh itu.
"Ammara jangan terlampau stres.Kasihan kat baby stres sama nanti,"kata Adri kepada aku.
Aku melepaskan helaan nafas panjangku.Terasa udara yang mengalir tersangkut di dada aku tatkala memikirkan hal tersebut."Macam mana Ammara tak stres?Ammara sakit kepala fikir pasal ni.Rumah tangga Ammara goyang gara-gara kes ni.Tak lama lagi,Ammara nak bersalin."
Adri menarik nafas panjang."Ammara tak boleh mengalah macam ni.Ammara kena demi baby,demi Syamil."
"Entahlah,Adri.Semuanya dah jadi complicated sekarang ni.Ammara tak tahu nak percaya pada siapa.Syamil atau Natasha yang menipu,Ammara tak tahu.Ada keterangan yang bercanggah antara kedua-dua pihak.Ammara syak salah seorang daripada mereka ada mereka atau memutar belitkan cerita.Ada sesuatu yang tertinggal dalam perbicaraan tadi."Aku meragui mereka berdua kerana tidak pasti Tengku Syamil atau Natasha yang benar.Siapa yang perlu aku percaya?Aku mula berkira-kira dengan fakta yang disampaikan oleh plaintif,defendan dan saksi tadi dalam diam.Apabila emosi aku tenang,baru aku dapat berfikiran waras dan rasional sebegini.'Huh.'
Adri mengiring memandang aku di sebelahnya."Adri rasa Ammara patut balik slow talk dengan Syamil.Bincang baik-baik.Adri tahu susah nak bincang dalam situasi panas macam ni tapi inilah cara terbaik.Minta dia cerita satu persatu."Adri memberi cadangan kepada aku.
"Nak bincang apa lagi?Dah tak ada apa yang nak dibincangkan pun."
"Dalam situasi yang sulit sebegini,Adri rasa Syamil memerlukan Ammara di sisinya.Dia perlukan sokongan Ammara sebagai isteri dia,"kata Adri.Dia tahu Tengku Syamil juga mengalami kesulitan ketika ini walaupun dia turut rasa geram dengan Tengku Syamil.
"Dia mengalami kesulitan?Dah buat salah lagi nak bagi sokongan."Aku tidak bersetuju.Naik lemaklah Tengku Syamil jika aku memberi muka dan dengan mudah memaafkan dia.Kesulitan itu dia sendiri yang cipta dan kesannya aku juga terpaksa menanggung.
"Ammara kena pandang dari sudut yang berbeza.Ketepikan emosi dan lebih profesional.Tadi Ammara cakap ada keterangan bercanggah,maksudnya salah seorang daripada mereka berkata benar dan salah seorang daripada memutar belitkan cerita."
Aku mengerutkan dahi aku dengan penjelasan Adri.Tidak faham isi yang dia ingin sampaikan."Ya.Keterangan berbelit-belit.Tapi tak semestinya Syamil betul.Mungkin dia yang berbohong."
"Come on,Ammara.Use your skills.Ammara lebih bijak dalam perundangan.Cari bukti siapa yang menipu sebenarnya.Syamil atau Tasha?Tapi risikonya mungkin Ammara sendiri akan kecewa jika Syamil yang didapati bersalah."
Aku berfikir sejenak."Mencari bukti hanya untuk mengecewakan hati sendiri?"
"Itu risiko untuk mencari kebenaran.Selepas tahu kebenaran,terpulang kepada Ammara untuk membuat keputusan.Jangan buat keputusan terburu-buru tanpa periksa secara terperinci.Takut Ammara menyesal kemudian hari.Kasihan pada anak Ammara."
Aku termenung memikirkan nasihat Adri.Tiba-tiba,aku teringat sesuatu."Adri masih berhubung dengan Fikri tak?"
"Fikri?Jumpa juga kadang-kadang,"jawab Adri.
"Bagi Ammara nombor telefon dia."Aku bersungguh-sungguh.
Adri mengeluarkan telefon pintarnya."Sekejap Adri cari."
"Ammara."Tengku Syamil memanggil.Dapat juga dia mencari aku di sini.
"Mana abang tahu Rara di sini?"
Adri tergagap-gagap mengakui perbuatannya.Dalam dia menjadi penyampai keberadaan aku kepada Tengku Syamil."Eerrr....Adri yang Whatsapp Syamil.Adri tak sampai hati nak sembunyikan Ammara.Sorry."
Aku mengerling Adri dan berlalu dari situ.
Adri memegang bahu Tengku Syamil."Selesailah masalah secara baik.Contact aku kalau kau perlukan pertolongan,"kata Adri Watson.
****
"Ammara ke mana saja dengan Adri tadi?Abang tak suka Rara keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan abang,"omel Tengku Syamil membuntuti aku dari belakang.Aku tidak pedulikan dia.
Aku berpaling dan menyilangkan tanganku."Kenapa tak boleh?Suka hatilah Rara nak keluar dengan siapa pun.Abang boleh,kenapa Rara tak boleh?"Aku mencabar.Aku mendada kepadanya.Apa nak jadi aku sudah tidak peduli lagi,aku sudah hilang hormat kepada lelaki ini.
"Rara isteri abang.Tak manis keluar dengan lelaki lain lagi-lagi Rara tengah pregnant,"kata Tengku Syamil agak berhati-hati.
Menyampah pula aku mendengar kata-kata Tengku Syamil seperti ketam mengajar anaknya berjalan.Dia tidak sedar dia lebih teruk daripada aku?Aku menyilangkan tanganku."Sejahat-jahat Rara,Rara tak pernah bawa mana-mana lelaki sampai ke atas katil selain suami Rara sendiri."Aku menyindir Tengku Syamil.Dia terpana memandang aku.Berdesing telinganya mendengar sindiran aku.Mata bengkak aku menjeling lebih tajam daripada mata pisau.
Aku berlalu tetapi Tengku Syamil menangkap lenganku namun kutepis dengan kasar."Don't touch me!Orang macam abang ni tak layaklah sentuh Rara,"herdik aku.Aku tidak mampu mengawal perasaan marahku yang semakin membuak-buak kepada Tengku Syamil sampai aku sendiri terlupa yang aku mengandung.Aku menengking sekuat hati.
Berair mata Tengku Syamil merenung.Nafasku turun naik dengan laju.Aku kekeringan air mata untuk menangis lagi di hadapan Tengku Syamil.Sudah puas aku menangis dan bersedih.Aku ingin bangkit untuk selesaikan kemelut kami malam ini.Semakin lama aku pendam,semakin membarah sakit hati aku.
"Rara tak menyesal abang bohong Rara tapi Rara menyesal sebab Rara percayakan abang selama ini.Sanggup abang curang dengan Rara.Sampai ke atas katil abang bawa Tasha.Abang cakap abang kena fitnah tapi abang sendiri mengaku ianya suka sama suka.Rara betul-betul tak boleh terima."Aku meluahkan rasa kecewaku.
"Ammara,abang mengaku abang salah.Memang pada awalnya silap abang.Abang hanyut dengan nafsu abang.Abang terbuai dengan godaan Tasha sampai abang...."akui Tengku Syamil.
Aku memotong percakapan Tengku Syamil."Jadi memang betullah abang dah terlanjur dengan rela?"soalku lagi.
Tengku Syamil menunduk.Dia tidak mengiakan,menafikan pun tidak.Dia tidak membuka mulut mempertahankan diri.Aku bertambah bengang dengan kebisuan dia.
"Abang tak pernah jujur dengan Rara.Abang cakap abang jumpa dengan Natasha secara kebetulan tapi kenapa kes tu berlaku dalam suite peribadi abang?Kita saja yang boleh akses suite tu.Persoalannya macam mana Tasha boleh berada dalam tu dan jaket Tasha yang polis jumpa dalam bilik?Siapa yang benarkan dia masuk kalau bukan abang?Dah berapa lama abang buat kerja macam tu?"Persoalan demi persoalan aku ajukan kepada Tengku Syamil.
"Itu baru kali pertama dan memang abang yang biarkan dia masuk ke dalam."Tengku Syamil mengaku lagi.
"Disebabkan Ammara tak jadi datang,abang ambil kesempatan bercengkerama melempiaskan nafsu abang dengan dia?How dare you,Tengku Syamil?Rara gelilah ada suami macam abang.Luah rasa cinta dan sayang tak serupa bikin tapi dalam diam abang tikam belakang Rara."Aku membentak.Berkelip-kelip Tengku Syamil memandang aku dengan mata kuyunya.
"Abang tak sengaja.Dia masuk...dia peluk abang..goda abang dan abang secara tak sengaja ter..."
Aku mencelah."Cukup,abang.Tak payah jelaskan.Rara tak sanggup nak dengar kecurangan abang lagi.Sakit abang...Semakin lama Rara bersama abang,semakin merana hati Rara.Setiap kali terbayangkan abang dengan perempuan tu,Rara rasa macam nak bunuh-bunuh abang,"jujur aku berkata.Memang itu yang aku rasakan saat ini.Bisikan syaitan itu pasti tetapi imanku masih teguh daripada melakukan kerja-kerja bodoh itu.
Tengku Syamil mencapai gunting yang kebetulan ada di rak ruang tamu itu.Aku berdebar apakah yang mahu dilakukan oleh Tengku Syamil dengan gunting itu.Dia semakin hampir dengan aku.Aku memegang perut aku.Takut anak-anak aku akan diapa-apakan oleh papa mereka sendiri.
Di hadapanku,Tengku Syamil merebahkan tubuhnya.Dia melutut di hadapan aku.Aku mengundur dan menatap lelaki itu.Gunting tajam tersebut dihulurkan kepada aku."Sayang hukumlah,abang.Bunuh abang seperti yang Rara nak jika itu boleh buat Rara maafkan abang.Abang sendiri terseksa dan rasa berdosa kepada Rara.Abang tak boleh maafkan diri abang apatah lagi Rara."Tengku Syamil merayu.Aku terpana ketika itu.Gunting pada tangan Tengku Syamil aku pandang sepi.
Air mata yang tadinya kering,kini muncul kembali di pinggir mataku."Bunuh abang tak mampu ubati sakit di hati Rara.Rara dah penat dengan semua ni.Rara nak kita selesaikan malam ni juga.Selesai saja perbicaraan abang nanti,abang lepaskan Rara."Pahit untuk aku ucapkan.
Terlopong Tengku Syamil.Dia cepat-cepat bangun.Dia memeluk aku."Abang takkan lepaskan sayang.Rara nak anak-anak hilang papa ke?Jangan pisahkan abang dengan Rara dan anak-anak,"rayu Tengku Syamil memelukku.Aku meronta minta dilepaskan.Tengku Syamil selak.
"Rara tak sanggup hidup dengan abang lagi.Rara tak boleh hidup dengan orang yang tak jujur dan banyak rahsia macam abang.Setiap rahsia yang terbongkar sangat menyakitkan bagi Rara sebab ianya bukan dari mulut abang sendiri.Lagipun,abang dengan Tasha dah...."kata aku dengan sebak.Aku tidak dapat habiskan ayat.Benci untuk aku ucapkannya.
"Rara jangan salah faham.Abang memang hanyut dengan nafsu tapi tak ada apa-apa yang berlaku antara abang dengan Tasha.Rara perlu tahu cerita sebenar."
Aku melepaskan dakapannya dan berundur perlahan-lahan menuju ke pintu bilik tamu yang beberapa langkah dari aku."Rara tak nak dengar apa-apa lagi.Rara dah tahu semuanya."
"No.Rara tak tahu."
Aku mencapai tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu itu dari dalam.Tengku Syamil berulang kali mengetuk merayu aku membukanya.Aku berkeras dengan keputusan aku.
"Rara,dengar dulu abang nak cakap apa.Please,sayang.Open the door."
Aku menyandar pada pintu lalu duduk perlahan-lahan.Suaraku tersekat-sekat."Rara tak nak dengar apa-apa lagi."Aku menutup kedua-dua telinga aku dengan telapak tangan.Malam yang hening untuk kami berdua.
Maaf kpd semua yang menanti.Seriously,chapter ni agak membuntukan Miss J sebab Miss J terpaksa menjdi peguam yg tdk bertauliah.Maafkan Miss J andai terdapat kekurangan dalam scene mahkamah sebab Miss J pun baru beljar sikit2.Maklumlah Miss J bkn lawyer.Huhhuhuhu..Terima ksih kpd readers yang serba sedikit mencurahkan idea utk novel Miss J.Last chapter nanti Miss J akan beri penghargaan kepada you alls.Scene mahkamah ni Miss J inspirasikan sebuah filem hindustan yang dicadangkan oleh misshagemaru.Miss J jadikan cth dan olah mengikut plot cerita Miss J sendiri.For next chapter,Miss J alan sajikan dgn kebenaran,apa yg berlaku dalm suite tu dan peperangan Rara dan Tasha akan bermula.Enjoy it guys.Love you alls.
Share this novel
Update pleasee...
makin slow update ni
nah itula kau syamil nda berterus terang..kalau ditanya nda kasi jelas trus perkara sebenar smpai c rara tambah kecewa lagi, bikin panas juga c syamil ni, biarlah kau dikasi tinggal oleh c rara