Mendungnya langit seakan-akan turut meratapi pemergian abah yang aku sayangi.Tanah pusara persemadian abah masih merah aku sentuh.Satu persatu butiran air mata jatuh ke pipi.Kenangan yang paling pahit ialah abah pergi ketika kami berselisih faham.Sesalku yang tidak berkesudahan.Masih terngiang-ngiang suara abah memujukku tetapi aku tidak endahkan,egoku terlalu tinggi.Aku tidak menduga itulah pertemuan terakhir aku dengan abah.Kata maaf aku tidak sempat ucapkan kepadanya.Ya Allah,besarnya dosa aku kepada abah.
Batu nisan aku pegang dengan perasaan yang sangat berdosa."Rara minta maaf,abah.Rara tak dengar cakap abah.Rara terlalu pentingkan diri sampai tak peduli perasaan abah walhal abah telah korbankan diri abah untuk selamatkan Rara,"kata aku walaupun aku tahu abah tidak akan mendengar lagi.Kesedihan yang tidak dapat aku bendung aku hamburkan jua di situ.Peristiwa terakhir yang merampas nyawa abah daripadaku masih berlegar-legar dalam ingatanku.Di depan mataku sendiri,tubuh abah melayang tinggi dan layu atas tar bermandikan darah merah.
Sedang aku teresak-esak ada satu tangan kasar menyentuh bahuku.Wajahku basah dengan deraian air mata.Aku mendongak ke atas dan mengukir senyuman manis kepadaku."Abah."Aku memanggil.Pandanganku berselang-seli dialihkan kepada abah dan tanah kubur yang masih merah itu.Aku tidak percaya tetapi tiada sebarang ketakutan bagiku.Sekitar tanah perkuburan itu aku pantau tetapi tiada siapa hatta Tengku Syamil yang menemaniku tadi.Ke mana dia menghilang,aku tidak pasti.Suasana di tanah kubur itu sunyi.Sekali lagi aku mendongak memandang abah yang masih merenungku dengan senyuman melebar.Tiada kesakitan.Tiada kemarahan.Tiada dendam.Wajahnya sesuci kain putih yang bersih.Begitu tenang dan sejuk hati memandangnya.
Aku memeluk kaki abah seerat-eratnya.Hantu?Roh tau jelmaan?Aku tidak kisah.Aku cuma merindui abah dan ingin memohon keampunan yang tidak sempat aku ucapkan ketika hayatnya masih ada."Abah,maafkan Rara.Rara berdosa dengan abah.Disebabkan Rara abah jadi macam ni.Sepatutnya Allah ambil nyawa Rara bukannya orang sebaik abah,"kataku diselangi esakan keras.Aku tersangat menyesal.
Abah meleraikan pelukan pada kakinya lantas mendorong aku ke dalam dakapannya.Itulah yang akan dilakukan oleh abah setiap aku dalam kesedihan dan kesukaran.Kepala aku diusap dan dicium."Sudahlah tu,Rara.Abah dah ampunkan segala salah Rara.Rara tak perlu rasa berdosa atau bersalah kerana ini semua takdir.Tak ada yang kekal di dunia ni,Rara.Semua orang akan pergi menghadap Sang Pencipta cuma lambat atau cepat saja.'
"Tapi kalau Rara dengar cakap abah masa itu,semua ini takkan berlaku dan abah tak akan..."Aku terhenti kerana tidak sanggup meneruskan kata.Rasa bersalah masih menghantui jiwaku.
"Tak baik menidakkan takdir.Percayalah pada qada' dan qadar dan terimalah hakikat sebenar.Telah tertulis perjalanan abah di dunia sementara ini hanya sampai di sini saja.Memang ajal abah telah tiba,kemalangan itu hanya asbab saja.Abah tak pernah sekalipun salahkan Rara."
Aku tidak ingin melepaskan pelukan abah."Abah."Aku merengek.Mulutku terkunci saat itu.
"Perjalanan hidup Rara masih panjang,teruskan hidup Rara.Syamil ada bersama Rara dan abah yakin dia akan jaga Rara dan anak-anak nanti."
"Tapi anak Rara pun dah tiada."
"Rara,jangan sedih.Anak Rara dah bermain di taman syurga.Dia memang tiada di sini tapi dia akan menanti mama dan papanya di pintu syurga.Cuma satu saja yang abah minta,Rara jangan pernah lupa doakan abah dan adik.Memadai Rara hantarkan doa kepada abah."
Aku mengangguk.Dadaku terasa sangat lapang mendengarnya.Perlahan-lahan hatiku meredai pemergian abah namun aku tidak ingin meleraikan pelukan itu malah semakin kemas.Abah memelukku sehingga aku terlelap di pusara itu sehingga telingaku menangkap suara opah bercakap dengan Tengku Syamil.Aku membuka mataku dan aku berada di bilik tidurku.
"Abang,kenapa Rara ada kat sini?Bukan kita ada di kubur ke tadi?"tanya aku hairan.Tengku Syamil duduk di sisi katil menggenggam tanganku.
"Sayang pengsan kat kubur tadi.Abang dukung Rara bawa balik rumah."
Aku terpinga-pinga dalam sedar."Maksudnya abah tadi tu mimpi ke?"tanya aku lagi.Tengku Syamil serba salah ingin menjawab pertanyaan aku lantas dia bangun mengucup dahiku.Dia mengalas bantal di belakangku untuk aku bersandar.Selepas itu,dia mendarat di sebelah aku.
"Take care of yourself.Jangan terlalu banyak berfikir.Badan Rara pun tak berapa sihat lagi."
Aku mengangguk faham.Kemudian,opah masuk ke bilik menatang sedulang makanan dan air.Seminggu aku berpantang,opah yang menjaga makan minumku begitu juga Tengku Syamil yang sentiasa ada di sisiku.Sanggup mengambil cuti panjang demi menjagaku.
"Make dulu,Rara.Oghe gugur ni keno pate supo oghe beranok jugo.Make keno jago,tok bulih hok minyok-minyok."Opah mengomel sambil meletakkan dulang di atas meja kecil sebelah Tengku Syamil.
"Doh bilo pulok Rara bulih make KFC,McD,Pizza tu opah?Rara teringin dah ni."Aku mengusik opah.Aku masih opah dan Tengku Syamil untuk gembirakan emosi aku yang bercampur ini.Sekurang-kurangnya aku dapat memudarkan kenangan pahit tersebut.
"Tok soh nok tebeng sangat.Dale sebule ni,pate dulu hok minyok-minyok.Make makene hok sihat-sihat jah.Syamil,nati opah kelik Kelate,tengok sikit budok naka ni.Ingat pese opah kelmarin."Opah mengomel.Tengku Syamil mengangguk faham.
"Opah nak kelik?Bilo?"soalku lagi.
"Esok opah keliklah.Aye itik opah kat kapung tu tak dok sapo nok jago."
Aku mencebik."Bakpo awal sangat,opah?Habis,Rara ni sapo nok jago kalu opah kelik?Aye nge itik peting lagi pado cucu sendiri."Aku merajuk.Aku tidak puas bermanja dengan opah.
Tengku Syamil serta-merta menyampuk."Abang kan ada jaga Rara.Rara tak percaya ke abang boleh jaga isteri abang ni?"
Aku mengangkat kening yang tak berapa tebal itu."Hmmm..."
"Jaga cabar abang tau.Abang sekali jaga,Rara akan rasa nak melekat je dengan abang.Pandang dinding nampak Syamil,makan nasi nampak Syamil,mandi nampak Syamil dan segala-galanya Tengku Syamil."Tengku Syamil berseloroh.Dia cuba membuat hati isterinya segembira yang mampu.Dia faham bukan mudah menghadapi kehilangan orang yang disayang,bukan satu tetapi dua.Isterinya perlukan sokongan berkali ganda daripadanya.
"We will see."Aku mencebik.
"Okay fine,abang mulakan dengan suap makanan.Lepas ni,mesti Rara termimpi-mimpi suapan magic abang ni sebab penuh dengan kasih sayang."
Opah menggelengkan kepala melihat gelagat pasangan itu."Kalu tak dok gapo-gapo,opah nok tubik dulu.Nok gi sire pokok orkid luor nu.Kalu nok apo-apo panggil jah opah deh."
****
"Bakpo mu ado sini?"tanya Salmah yang jelas terkejut dengan kehadiran Tengku Zanariah di majlis tahlil Saifuddin.Dia tidak tahu yang Tengku Zanariah banyak menguruskan hal jenazah sebelum dia tiba dia Kuala Lumpur.
"Zaanaaa...Err...Zana tolong uruskan majlis."Tengku Zanariah takut-takut mengakuinya.
Salmah mengeluh kasar.Walaupun begitu dia tidak segarang dahulu dan lebih tenang."Apo keno-mengeno mu?"
"Dunia ni kecil saja,mek.Sofia anak Zana dan Syamil pula anak saudara Zana.Tak salah Zana ada di sini sebab mereka berdua keluarga terdekat Zana."Tengku Zanariah memberitahu kebenaran yang menyebabkan air muka Salmah berubah.
"Syamil anok buoh mu?"Salmah tidak menyangka Tengku Syamil yang kini suami Ammara ialah anak saudara Tengku Zanariah.Sejauh mana dia cuba pisahkan Ammara dengan Tengku Zanariah,akhirnya mereka tetap disatukan sebagai keluarga.Hakikat pertalian darah yang tidak dapat disembunyikan.
"Ya,mek."Tengku Zanariah menitiskan air mata.Sepasang mata tidak lari memandangnya.Salmah tidak memberi respon selain keluhan kecil keluar dari mulutnya.Lama mereka saling membalas pandangan.Tapak kaki Salmah melangkah perlahan-lahan untuk mendekati Tengku Zanariah yang kekal tercegat.
"Opah tolong temankan Rara di bilik.Syamil nak tolong bonda layan tetamu."Tengku Syamil muncul memecahkan kebisuan mereka.Langkah kaki opah terhenti ketika itu lalu beredar meninggalkan Tengku Zanariah seperti yang diminta oleh Tengku Syamil.Tengku Zanariah sangat gementar dengan renungan tajam bekas ibu mentuanya tadi.Terlalu menusuk ke dalam anak mata.Dia risau kalau-kalau Salmah menghalaunya lagi di depan orang ramai.Pasti Ammara dan Tengku Syamil akan mendapat malu.
"Mama."Sepasang tapak tangan kasar menutup matanya dari belakang menyedarkan Tengku Zanariah daripada peristiwa pertemuan singkat itu.Tengku Zanariah tersenyum kelat.
"Amir."
"Alaa...mama tau rupanya?Sia-sia Amir tutup mata mama."Tengku Amir berkata dengan suara manja yang sengaja dibuat-buat.Kemudian,dia mengambil tempat di sebelah mamanya.
"Kita berdua saja dalam rumah ni,Amir.Mana ada orang lain lagi."Tengku Zanariah berseloroh dan kemudiannya,kedua-dua mereka membisu seperti kekok untuk berbual.
Bayu yang menghembus malam itu menyamankan dan lampu terang menghiasi laman banglo Tengku Zanariah menyenangkan fikiran dan jiwa yang kacau.Tengku Amir merebahkan kepalanya pada bahu mama kesayangan dengan perasaan yang sayu.Dua beranak itu masih terpalit rasa sedih dengan pemergian Saifuddin namun masing-masing menyembunyikan kesedihan itu.Tiba-tiba,Tengku Zanariah merasakan cecair suam menyerap ke dalam bahu baju lalu menyentuh kulitnya.
"Amir menangis?"soal Tengku Zanariah memegang pipi anak terunanya itu.
"Kenapa keluarga kita jadi macam ni,mama?Tak macam keluarga orang lain yang harmoni dan bahagia.Keluarga kita berpecah belah.Bila Amir baru nak merasa nikmat kasih sayang abah,terlalu cepat Allah tarik abah daripada kita."Tengku Amir mengadu.Dia baru rapat dengan abahnya dan mendedahkan identitinya kepada Saifuddin tetapi sayang kebahagiaan itu tidak berpanjangan.Mereka diuji dengan kehilangan bapa kandungnya.
"Amir jangan mengalah.Selama ini,Amir kekuatan mama untuk hadapi semua ni.Kalau Amir tersungkur,mama pun akan rebah sama.Ingat,Amir masih ada kakak yang perlukan kita."
Tengku Amir mengangkat muka memandang Tengku Zanariah dengan mata yang berair."Amir bukan tak kuat tapi Amir fed up,mama.Bila semua ni nak berakhir?Bila kak long boleh terima mama?Bila kak keluarga kita nak bersatu?,"kata Tengku Amir yang lelah dengan masalah keluarga mereka yang tidak berpenhujung.
Air mata Tengku Zanariah turut menitis melihat kekecewaan Tengku Amir.Dia mengerti apa yang anaknya alami dan rasai kini.Dia menekap kedua-dua pipi Tengku Amir dengan rasa simpati."Bersabarlah,Mir.Sampai masanya nanti hati kak long akan lembut untuk terima kita."
"Masa tu bila,mama?Nak tunggu siapa pula mati?Mama?Sekarang pun kak long tak ada sikit pun tanda-tanda nak berbaik dengan mama."Dia menunduk ke bawah dengan hiba.Sangat hiba.Dia mengimpikan sebuah keluarga sempurna seperti yang diceritakan oleh mama tetapi itu hanya dongeng.
"Mir,jangan cakap macam tu.Kak long pun ada masalah dia sendiri.Dalam hal ni,kita tak boleh salahkan kak long sepenuhnya.Dia juga macam Amir.Dia membesar tanpa mama dan Amir tanpa ayah.Bezanya kak long ditanam dengan rasa benci kepada mama."
"Mama rasa patut ke Amir beritahu Abang Syamil tentang ni?Amir rasa Abang Syamil sorang saja dapat control kak long,"cadangnya kepada Tengku Zanariah.Kepala Tengku Zanariah digelengkan ke kiri dan kanan kerana tidak bersetuju.
"Masa sekarang masih tak sesuai untuk Syamil dan nenda tau.Kalau boleh,mama tak nak libatkan Syamil.Mama takut kak long makin menjauh dengan kita dan akan salahkan Syamil."
"Tapi Amir rasa ini satu-satunya cara kak long akan terima kita."
"Tak semudah tu.Hmmm...Amir teruskan lakonan macam biasa supaya kak long rapat dengan Amir.At least,mama lega dia baik dengan Amir.Mama boleh tau masalah dia.Tentang hal ni,biarka mama cari jalan untuk selesaikan.Amir sabar dulu ya,nak?"pujuk Tengku Zanariah.Dia harus mencari jalan selesaikan masalah mereka secepat mungkin.Saifuddin sudah tiada untuk membantunya.Mek?Mungkin lagi susah.
Tengku Amir kepala berbaring pada bahu mamanya."Masalahnya Abang Syamil kuat jealous,ma.Kalau Amir rapat-rapat sangat,dia punya jeling tu lain macam pada Amir.Dia tak tahu Ammara tu kakak Amir,"adu Tengku Amir dalam esak.
****
Halkum Kimi bergerak-gerak meneguk air kiwi sejuk itu."Hmmm...Apahal kau ajak aku jumpa sini?"tanya Kimi kepada Tengku Syamil.Selepas kemalangan yang menimpa Ammara,Tengku Syamil banyak luangkan masa untuk isterinya.
"Jumpa kawan baik,tak boleh ke?"Tengku Syamil menjawab.
"Wau,terharunya aku!Jarang-jarang kau sweet macam ni dengan aku.Thanks sebab sudi luangkan masa emas kau untuk kawan baik kau ni.Touching tau,"sakat Kimi meniru suara kepit ala-ala Meo.Gelagatnya itu buat Tengku Syamil mahu tergelak.Dia menekup mulutnya dengan tangan.
Tengku Syamil menggeliatkan badannya."Eee...Geli aku,kau tiru suara kepit Si Isma Danial tu.Jangan cakap kat aku yang kau pun dah terpengaruh dan nak jadi macam dia.Aku tak mengaku kawan nanti,"kata Tengku Syamil.
"Hisshh...Menyimpang jauh tu.Aku straight woi.Macho,handsome,bergaya,berkarisma,kacak,unggul dan berwibawa."Kimi mengangkat bakul sendiri dengan bangga.
"Sudahlah perasannya.Aku ajak kau jumpa cuti-cuti ni sebab aku ada hal penting nak cakap hal penting dengan kau."
Kimi menepuk meja."Haaa...Aku dah agak.Takdenya weekend macam ni kau nak lepak dengan aku lagi-lagi Ammara masih tak sihat."Dia faham sangat Tengku Syamil tak akan tinggalkan Ammara seorang semata-mata untuk melepak.
"Hari ni,Isma Danial dengan Kak Nani datang melawat Ammara.So,aku boleh keluar sekejap jumpa kau nak cakap hal ni."Tengku Syamil menayangkan rakaman video kamera litar tertutup di kawasan hospital tempoh hari.
Kimi berfikir sejenak menyaksikan video itu tetapi tidak sanggup menonton berulang kali."Ni rakaman yang pihak polis dapat daripada CCTV hospital.So,apa pendapat kau?Kemalangan ni memang tak disengajakan atau satu perancangan untuk langgar Ammara atau bapa mentua aku?"tanya Tengku Syamil.Dia tersangat curiga dengan kemalangan yang berlaku dan nalurinya kuat mengatakan ianya satu perancangan.
"Hmmm...Kau dah check nombor pendaftaran kereta Proton Waja ni?"
"Polis dah siasat.Nombor pendaftaran yang digunakan tu palsu dan kereta yang berdaftar atas nombor tu bukan model Proton Waja.Pemilik nombor berdaftar tu pun masih dalam siasatan polis,"jelas Tengku Syamil.
"Maksudnya ini bukan kebetulan tetapi aku sependapat dengan kau ianya dirancang.First,maklumat kenderaan bercanggah dan aku yakin dorang memang sengaja gunakan nombor pendaftaran palsu.Second,kereta ni meluncur laju tetapi masih dikawal elok dan tak ada laporan kemalangan yang melibatkan kereta tu.That means,kereta tu dalam keadaan baik,tak ada kerosakan.Secara teorinya,sasaran utamanya ialah Ammara bukan abah kau."Panjang berjela Kimi menjelaskan kronologi kejadian mengikut logik akalnya.Kes sebegini biasa berlaku tetapi untuk mencari Si Pelaku sebenar agak sukar.
"Maksud kau,memang orang nak cuba bunuh Ammara?"
"Exactly.Tengok pergerakan kereta dalam video ni.Masa Ammara cuba melintas,kereta ni mula pecut laju dan pemandu tu memang sengaja pakai topeng supaya tak ada orang kenal dia."
Tengku Syamil mengesyaki sesuatu."Shitt!!!Ini mesti kerja Auntie Salina.Tak ada orang lain yang suka buat kerja jahat macam ni."Tengku Syamil menggenggam penumbuknya.Dalam otaknya hanya Cik Puan Salina saja yang menjadi musuhnya selama ini.
Kimi mengjungkit bahu."So,apa yang aku boleh bantu kau?"Kimi sedar kerisauan dan kemarahan yang membuak-buak dalam hati kawannya.Banyak kali dia mengeluh kasar menahan api yang memarak.Jus buahnya diteguk berkali-kali.
Tengku Syamil menghembuskan nafasnya."Aku ni kes polis tapi aku nak kau campur diam-diam.Kau follow perempuan tak guna tu ke mana saja dia pergi dan dengan siapa dia berjumpa.Then,kau inform kepada aku apa yang kau jumpa."
"Semua ditanggung beres.Demi kau,aku sanggup buat apa saja,Mil.Tentang cari bukti,kau serahkan kepada aku.Tapi aku nak kau berhati-hati sebab mungkin dorang akan melakukan serangan lagi terutamanya kepada Ammara."Kimi mengingatkan Tengku Syamil.
Tengku Syamil mengangguk."Aku faham,Kimi.Kalau memang dah terbukti perempuan tu yang bersalah,aku akan kerjakan dia hidup-hidup,"kata Tengku Syamil yang menyimpan dendam.
"Rileks,kawan.Tenang dulu."
"Nak tenang apa,Kimi?Berapa ramai orang yang aku sayang dia dah bunuh?Bonda,ayahanda,abah dan anak aku.Nasib baik aku tak hilang satu-satunya yang menjadi nadi aku,Ammara.Nampak gayanya dia hapuskan semua keturunan aku."
"Aku tau,Syamil tapi kau perlu tenang.Kita dapatkan bukti dulu,then kita serahkan kepada polis dan mahkamah.Jangan bertindak membabi buta."
"Aku fahamlah tu.Seperkara lagi,aku tak nak Ammara tahu perkara ni."
****
Meo melenggang-lenggang membawa pinggang berisi buah-buahan yang dipotong.Dia menyertai aku dan Kak Nani berbual.
"Haa..Aku dah potong buah ni,kau kena makan habis tau.Biar sel-sel badan kau ni tumbuh semula,jadi helok gitu.Barulah kau kuat dan cergas macam aku,"kata Meo lalu menayangkan lengannya.
"Kau tak payah tayanglah lengan kau tu,Meo.Ammara tak hairan pun.Encik Tengku dia lagi hot dan otot berketul-ketul pada kau tu.Kau tu setakat lemak saja buat apa?"Kak Nani menyampuk.Meo duduk kembali mencebikkan mulutnya seperti mak cik bawang.
"Hello,cik kak!Kau jangan nak mengata aku lebih-lebih okay.Kau tunggulah sebulan lagi,badan I ketul-ketul macam Slyvester Stallone baru berdarah hidung kau tengok aku.Aku pergi gim tau sekarang,bina badan."Meo mendabik dada bangga.
"Eleh...Stallone konon.Aku nak tengok je nanti.Meleleh tak darah hidung aku ni."Kak Nani mencebik.Begitulah gelagat mereka dari dulu tidak pernah berubah.
"Aaahh...Malas aku nak layan kau,Kak Nani.Aku nak cakap dengan Si Cantik kita ni.Hmmm...Ammara,apasal kau diam je?Kitorang datang ni nak membawang dengan kau tau.Tak syoklah kalau kau diam."Meo berkata dengan ceria.
Aku gelengkan kepala sambil senyum."Aku diam sebab aku rindu dengan tingkah laku korang berdua.Seriously,I'm really missing both of you.Rindu nak sembang-sembang dan lepak-lepak dengan korang sambil membawang."Sungguh aku rindukan situasi itu.Riuh sepejabat dengan suara aku bertiga.Jujurnya aku rindu ingin bekerja semula.
"Auummm..You so sweet,Ammara.Akak dengan Meo pun rindukan kau.Hari-hari pandang meja kau.Itu belum campur Encik Tengku kau tersasul cari kau dalam office,"balas Kak Nani ceria.'Syamil tersasul cari aku dalam office?Angau sangat ni.'
"Aku happy sangat korang berdua datang.Aku dah pesan awal-awal kat bos kita jangan balik awal sangat sebab aku nak menyembang dengan korang."
Meo menepuk tangannya tanpa bunyi."Hmmm...Lama manalah Tengku Syamil tu keluar?Tak tengok kau sekejap,macam cacing kepanasan.Ingat masa kami kat Beijing,sikit-sikit Ammara,pandang telefon,tengok gambar.Eh,ubat guna-guna apa yang kau dah bagi bos kita tu sampai hilang fokus begitu?Kalau boleh nampak fikiran dia,aku rasa bayangan kau dan nama kau saja yang penuh dalam kotak memori dia."Meo semangat bercerita.Lucu pula mengingati momen-momen mencuit hati Tengku Syamil di sana.Pada masa yang sama,dia gembira melihat kebahagiaan mereka berdua.
"Mana ada ubat guna-guna.Aku kenyit mata macam ni saja,Tengku dah rebah okay."Aku mengenyitkan mata.
"Wow,amazing!Untungnya kau dapat suami handsome,baik,sweet dan romantic gitu.Aku pun nak juga macam tu,"Kak Nani menongkatkan tangannya pada dagu.Berangan.
Meo mencelah."Eleh...Terbayang kat si dia la tu.Hmm..Dia taklah sado macam Tengku tapi bolehlah."
"Haaa...Siapa?Apasal aku tak tau gosip terbaru?"Aku ingin tahu.Ada kisah cinta baharu rupanya tetapi mereka tidak beritahu aku.
Meo bersungguh-sungguh datang duduk di sebelah aku."Haaa...Meh aku nak cerita.Kak Nani kita ni dah ada buah hati.Hari-hari hantar sejambak bunga kat office.Nama mamat tu Khairil,supervisor hotel kita tu,"cerita Meo.Kak Nani pula tersipu-sipu malu.
"Seriously?Encik Khairil?Congratulations,Kak Nani.Diam-diam dalam hati ada taman."Aku turut mengusik Kak Nani.
"Eee...Janganlah cakap macam tu.Malulah aku."Kak Nani menekup mukanya.
Kesunyian aku telah terisi apabila mereka berdua datang.
****
Cik Puan Salina tidak kecut perut sedikitpun tatkala Tengku Syamil masuk ke pejabatnya dengan muka yang bengis malahan dia menyambut dengan senyuman manis.Tengku Syamil berdiri menyilangkan kedua-dua tangannya di hadapan Cik Puan Salina.
"Have a seat,Syamil.Ada apa datang office auntie ni?"Kehadiran Tengku Syamil ke pejabatnya menjadi tanda tanya.Cik Puan Salina kekal tenang dan senyum.Tengku Syamil mendengus dengan pandangan mata yang sangat tajam mengalahkan ketajaman hujung mata pisau.'Dasar perempuan fake.'Cik Puan Salina pura-pura tidak perasaan kerlingan maut Tengku Syamil dan berlagak biasa melayan Tengku Syamil.
"Mesti Syamil haus kan?Auntie suruh secretary auntie buatkan air untuk Syamil."Cik Puan Salina terus mendail setiausahanya namun disekat oleh Tengku Syamil.
"Aku datang bukan nak minum.Aku ada perhitungan yang tak selesai dengan kau."Keras sekali oktaf suara Tengku Syamil.Dia kuat berfirasat yang Cik Puan Salina dalang musibah yang menimpa Ammara dan Saifuddin.
Alis nipis yang diukir kemas diangkat tinggi."Perhitungan apa?Syamil nak buat kolaborasi projek baru dengan auntie ke?Well,auntie sangat mengalu-alukan pengaruh besar macam Syamil bekerjasama.Maklumlah company auntie ni kecil saja.Sekadar cukup makan,"kata Cik Puan Salina.
"Aku tak ingin bekerjasama dengan kau hatta aku bankrap sekalipun."
"So,Syamil datang sini untuk apa kalau tak nak berurusan dengan auntie?Nak kongsi masalah?I'm glad to spending my time for you,dear."Cik Puan Salina bernada lembut dan menggoda.Tengku Syamil semakin menyampah dengan perangai Cik Puan Salina.
Darah panas Tengku Syamil menggelegak laju di dalam badannyal tetapi dia bersabar.Dia perlu tenang menghadapi kepalsuan Cik Puan Salina yang kuat berdrama.
Tengku Syamil menghentak kuat meja dengan telapak tangannya.Keperitan tangannya tidak diendahkan kerana kemarahan menguasai dirinya.Mata hazel dicerlung bulat dan tajam membalas pandangan Cik Puan Salina.Wajah perempuan palsu yang dibenci sejak dahulu lagi.Kebencian itu sikit pun tidak pernah berkurang malahan makin bertambah.
Tengku Syamil menghalakan jari telunjuknya rapat ke muka Cik Puan Salina."Kau jangan berpura-pura lagi.Aku tau semua ni kerja kau,"tengking Tengku Syamil kepada Cik Puan Salina yang menunjukkan mimik muka 'blur'.
"Excuse me.I don't understand what are you talking about."
"Kau jangan berlakonlah.Aku tau kau yang plan langgar Ammara dan abah dia kan kat parkir hospital."Tengku Syamil berterus terang.
'Hahahahahaha...'Cik Puan Salina ketawa besar sambil bertepuk tangan."Jangan tuduh sembarangan.Kau ada bukti ke yang aku plan semua tu?Tak baik menuduh tau,jatuh fitnah.Berdosa."Cik Puan Salina berlagak tidak tahu apa-apa.
"Orang macam kau tau ke dosa pahala ni?Halal haram kau sapu saja.Yes,aku memang tak ada bukti tapi aku tau kerja jahat macam tu,hanya kau sorang je yang akan buat.So,aku warning kau jangan berani apa-apakan keluarga aku terutamanya Ammara."Keras Tengku Syamil memberi amaran.
Cik Puan Salina merapati Tengku Syamil.Tangannya gatalnya mengusap-ngusap pipi Tengku Syamil."Huh!Takutnya aku.By the way,kau ni memang handsome tapi sayang kau lebih memilih untuk menjadi musuh aku."
Tengku Syamil mencengkam leher Cik Puan Salina lalu menolak perempuan itu ke dinding.Tercungap-cungap Cik Puan Salina mencari nafas apabila lehernya dicengkam kuat oleh Tengku Syamil.Tengku Syamil mengancing giginya menahan geram yang lama terbuku di hati."Kau cermin sikit diri kau tu perempuan tua.Aku tak bernafsu pada perempuan kerepot plastik macam kau.Aku ke sini nak bagi kau amaran.Kau akan tau nasib kau sebaik saja aku dapat bukti penglibatan kau dalam kes kemalangan Ammara.Lepas ni,jika berlaku apa-apa pada salah sorang ahli keluarga aku,aku akan cari kau sampai ke lubang cacing."
"Lepaskan aku,bodoh."Tersekat-sekat suara Cik Puan Salina meminta dilepaskan.Kudrat Tengku Syamil sangat kuat.Tengku Syamil tersengih sinis lalu melepaskan leher Cik Puan Salina.Dia terbatuk-batuk di tepi dinding.
"Kau keluar sekarang!!!"tempik Cik Puan Salina.Beberapa orang staf Cik Puan Salina berlari masuk ke dalam bilik apabila terdengar pekikannya.Puas hati dia memperlakukan Cik Puan Salina begitu.Ikutkan hatinya,mahu saja dia matikan perempuan tua tidak sedar diri itu.
"Panggil pengawal heret dia keluar dari sini,"arah Cik Puan Salina kepada staf yang baru masuk.Dia mengurut-ngurut lehernya yang terasa sakit.
Tengku Syamil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas."Okay,I'm finish.Aku dah nak balik.Tak perlu panggil pengawal,aku boleh berjalan sendiri."
Tengku Syamil beredar dengan rasa senang hati.
****
Tengku Syamil menyarungkan baju sejuk ke badanku ketika aku hilang melayani perasaanku sendiri di balkoni kondo.Masih jelas wajah suci dan bersih abah dan 'adik' yang aku temui di bawah kesedaranku.Syahdu sekali aku rasakan saat perpisahan itu.Lambaian mereka penuh kegembiraan walhal aku menangis pemergian mereka.Dalam sekelip mata aku kehilangan kedua-dua orang yang aku sayang.Aku tidak sedar air mataku menitis lagi dan lagi.Sekeping foto hitam putih di tanganku aku tatap sayu.
Tengku Syamil menarik kerusi duduk di sebelah aku.
Aku memulakan bicara."Abang nak tau tak,anak kita lelaki.Comel.Sampai sekarang Rara masih ingat wajah dia."Saat ini aku bayangkan wajah kanak-kanak yang muncul dalam lenaku.Aku yakin itu ialah anak aku dan Tengku Syamil.Waktu itu,Tengku Syamil berdiam diri dan mengambil foto imbasan ultrasound daripada tanganku.Ditatap lama gambar itu.
"Maafkan Rara,abang.Rara tau abang nak sangat anak ni tapi Rara tak jaga dia betul-betul."
Tengku Syamil meletakkan jari telunjuknya pada bibirku."Sshh...Don't blaming yourself.Abang tak pernah salahkan Rara dan abang dah reda pun.Semua yang berlaku bukan kehendak Rara,tak perlu salahkan diri sendiri.Rara dah buat yang terbaik jaga anak kita sepanjang tiga bulan ni."
"Rara terkilan sangat,abang.Mungkin balasan untuk Rara.Dia merajuk dengan Rara sebab Rara pernah berniat nak buang dia.Rara pernah tak suka dia,tak sayang dia.Sebab tu,dia tak nak terus hidup dengan Rara."Ya,aku tersangat menyesal dengan perbuatan aku dulu.Aku pernah benci anakku sendiri kerana aku tidak yakin dengan cinta Tengku Syamil.Betapa berdosanya aku rasakan apabila terkenangkan perbuatan bodoh aku.Sekarang,anakku benar-benar meninggalkan aku di kala aku mula sayang kepadanya.
Tengku Syamil mendorong aku ke dadanya,tempat di mana aku rasa sangat selamat dan tenang
Dipeluknya aku dengan erat."Jangan cakap macam tu,sayang.Abang faham perasaan Rara waktu tu dan Rara pun dah boleh terima dia.Kita anggaplah dia bukan rezeki kita.Abang tak suka Rara salahkan diri sendiri sebab abang tau Rara sayangkan anak kita sangat-sangat,"pujuk Tengku Syamil lagi.Walaupun sekelumit,dia tak pernah salahkan isterinya dengan musibah itu sebab dia tahu isterinya hanyalah mangsa keadaan.
"Maafkan Rara.I'm really sorry."Aku tidak berhenti memohon maaf.
"Tak perlu minta maaf,sayang.Abang tak marahkan Rara.Allah bagi peluang abang jaga Rara lagi pun abang dah bersyukur sangat.Kalaulah Rara tak ada,abang tak tau abang macam mana.Mungkin abang tak sekuat sekarang.Tentang anak tu,tak mengapalah.Tak ada rezeki kita.Kita boleh usaha lagi lain kali."
Aku mengangguk."Abang tak akan tinggalkan Rara,kan?Rara dah tak ada sesiapa lagi."
"Abang janji abang tak akan tinggalkan Rara."
Tengku Syamil meleraikan pelukan.Dia menarik aku berdiri bertentangan dengannya.Wajahku ditatap dengan senyuman.Rambutku diselitkan ke tepi telingaku.Tanganku dibawa ke pinggangnya."Sayang,abang tak nak minta Rara lupakan abah dan anak kita sebab abang tau abang pun tak mampu lupakan mereka.Tapi janji dengan habang yang kita sama-sama cuba reda dengan pemergian mereka.Abang tak nak Rara menangis lagi,tak nak Rara salahkan diri sendiri,tak nak sayang termenung.Walaupun pahit,abang nak kita ikhlaskan hati terima takdir ni."
"Rara dah reda cuma Rara tak boleh sorang-sorang.Rara akan berfikir dan sedih balik.Rara nak ada orang temankan Rara supaya Rara tak sedih.Kalau boleh izinkanlah Rara masuk kerja balik.Sekurang-kurangnya Rara ada kawan dan kerja buat Rara lupa perkara-perkara yang menyedihkan."Aku mencuba pujuk Tengku Syamil.Seminggu aku dalam rumah rasa bosan yang amat lagi-lagi kalau Tengku Syamil kerja.Dulu ada opah,ada teman bercerita.Selepas opah balik beberapa hari lepas,aku kesunyian dan mulalah aku mengenankan kisah duka yang buat aku menangis.
"Hmmm...Doktor suruh Rara rehat dua minggu.Lepas jumpa doktor dua minggu lagi,kalau doktor cakap Rara dah sihat,abang izinkan Rara masuk kerja.Sementara ni abang hantar Rara ke rumah nenda dulu."
Baru dpat update.Sorry semua..Utk chapter 25 ni lari sikit susunannya walaupun dh berkali-kali Miss J ubah kedudukannya.So,korang klik jela chapter 25 ye.Next chapter,insyaAllah hari Selasa.Terima kasih sudi tunggu..Miss J buka ruang kpd readers utk kongsi idea utk bab2 seterusnya.Mana tau ada idea yg Miss J berkenan untuk garapkan dalam bab2 seterusnya.Sekali lagi,terima kasih tau.Doakan swab test kedua Miss J pun negatif.Aamiin.Selamat membaca.
Share this novel
rara keras hati mcm opah dia kesal sampai mati la rara
mohon sweet2 pulak lps nihh . sian ammarah asyik nangis je .