"Hei,apa ni?"Meo menjerit apabila tubuhnya dipeluk dari belakang.Dia meronta-ronta.
"Lepaskan aku.Tolong!!Tolong!!Ada orang nak cabul saya."Meo berusaha melepaskan pelukan.
"Diamlah!!!"Lelaki itu menengking.
Kemudian,si pemeluk menekup mulutnya dari belakang.Ditolaknya Meo ke pintu kereta lalu memusingkan badan Meo ke arah depan.Meo menjegilkan biji mata.Dia sangat kenal lelaki yang menyerangnya itu.Adri Watson.
"Kenapa dengan kau ni,Adri?Apa lagi yang kau tak puas hati?"
Tangan Meo masih dikunci kemas oleh Adri.Adri senyum sinis kepadanya."Kau makin berani.Apa yang kau cuba hasut Ammara pasal aku?Kau nak dia siasat latar belakang aku?"Semakin kuat Adri mencengkam tangan Meo.Sakit.
"Aku tak hasut dia tapi memang patut Ammara siasat siapa sebenarnya bakal suaminya."Meo menggumam.
"Kau memang kurang ajar.Pondan sial."
Meo merapatkan kedua-dua tapak tangannya."Aku merayu dengan kau lepaskan Ammara.Aku mohon dengan kau,jangan musnahkan hidup dia.Dia akan lebih sakit jika dapat tau siapa kau kemudian hari."
"Arrrrghhhhhh!!!!Apa pun terjadi aku tak akan lepaskan dia.Siapa kau nak halang aku?"
"Kau memang tiada perikemanusiaan,Adri.Kau masih nak hancurkan hidup Ammara.Bertaubatlah,Adri."
Tangan kanan Adri menarik rambut Meo sehingga kepalanya mendongak ke atas.Kata-kata Meo buat dia geram."Kau jangan nak nasihat aku,bodoh."
"Lepaskan aku.Kalau kau tak lepas,aku jerit.Tolong!!!Tolong!!!"Meo menjerit meminta tolong sekuat hati.Air matanya sudah berjuraian.Sakit diperlakukan begitu oleh Adri.
Laju Adri menumbuk perut Meo.Meo terbongkok menahan senak di dalam perut.Merah padam wajah Meo tika itu.Dia mengerekot.
Adri masih tidak berpuas hati dengan Meo.Sekali lagi Adri menumbuk Meo.Kali ini di bahagian pipi kanannya.Meo terjelepuk di atas lantai.Tidak puas hati dengan itu,Adri menendang badan Meo beberapa kali sebelum pergi apabila ternampak beberapa orang melalui kawasan parkir apartment itu.
Meo lemah sendiri di atas lantai.Pandangannya kelam apabila ada orang datang menyelamatkannya.
****
Tengku Syamil masih berselubung dengan selimutnya.Digit pada skrin telefon menunjukkan pukul 9.00 pagi.Hujung minggu yang tenang,dia boleh bermalas-malasan di atas katil.Tidak perlu kalut bersiap pergi kerja.
Dia menarik selimut menutupinya hingga ke kepala.Matanya dipejamkan untuk menyambung tidur.Tidak lama kemudian,dia terasa katilnya bagai dihenyak oleh seseorang.Dia membuka selimutnya perlahan-lahan.Ammara sedang senyum kepadanya.Ammara hanya mengenakan baju tidur satin tali halus paras peha berwarna hitam.Sangat seksi.
Tengku Syamil mengetap bibir melihat tubuh seksi Ammara.Mata Tengku Syamil melekat pada dada Ammara yang terdedah menampak lurah dendam indah.
Tengku Syamil bingkas bangun lalu menarik Ammara ke dalam dakapannya di atas katil.Ammara berbaring di atas lengannya dan membalas pandangan Tengku Syamil."Kenapa baru datang?Aku rindu kau."
Ammara mengukir senyuman manis tetapi tidak menjawab pertanyaannya Tengku Syamil.Tengku Syamil memegang dagu Ammara lalu menyatukan bibirnya dengan Ammara.Hangat.Mereka saling membalas kucupan hangat.Selimut tadi ditarik menutup tubuh mereka berdua.Segalanya dilupakan,hanya menikmati ciuman hangat pagi hari.
"Syamil!!"Kakinya ditolak-tolak.
Tengku Syamil masih berselubung.Dia memusingkan badannya kiri dan kanan.
"Bangun,Syamil.Hari dah cerah ni."
Matanya dicelik perlahan-lahan.Dia memandang kiri dan kanan."Mana Ammara,nenda?"
"Haaa?"Ammara?Syamil bawa Ammara tidur sini?"Mata Tengku Aminah melilau mencari kelibat Ammara di sekeliling bilik.Sejak dia sampai,tidak ada seorang perempuan pun dalam rumah itu.
Tengku Aminah menepuk-nepuk lengan Tengku Syamil."Nak kahwin cakap dengan nenda,jangan suka-suka bawa tidur anak dara orang.Boleh buat cara halal,jangan guna cara haram."Tengku Aminah mengetap bibir.Tangannya tidak berhenti menampar tubuh Tengku Syamil.
Tengku Syamil cuba mengelak."Sakitlah,nenda.Mana ada Syamil pernah bawa sesiapa tidur sini."
"Habis tu yang Syamil tanya Ammara mana tadi tu kenapa?"Tengku Aminah tidak percaya.
Tengku Syamil duduk menyandar pada kepala katil.Dia senyum kepada nendanya."Syamil rasa Syamil mimpi Ammara datang sini."Tengku Syamil tersengih malu.'Ini mesti kes aku tengok video tu,mengigau Ammara datang.'
"Hai,sampai mimpi!Betul la apa yang Auntie Salina cakap tu,Syamil ada hubungan dengan Ammara?"Tengku Aminah menyoal.Perkara itu yang diberitahu oleh menantunya tempoh hari.
"Tak adalah,nenda.Biasalah mimpi kan mainan tidur."
"Tak payah sorok daripada nenda.Berterus-terang saja,nenda sendiri akan pergi meminang dia untuk Syamil."Tengku Aminah bersungguh-sungguh.Teringin melihat cucuandanya mendirikan rumah tangga sebelum dia menutup mata untuk selamanya.Liat sangat Tengku Syamil bertemu jodoh.Mencari pun tidak.
Tengku Syamil berbaring kembali mahu menyambung tidur."Nenda ni pagi-pagi dah merepek.Syamil nak sambung tidurlah."
Tengku Aminah geram dengan kelakuan Tengku Syamil.Ditarik telinga Tengku Syamil sehingga dia mengaduh kesakitan."Ampun,nenda.Sakit."
"Nenda datang sini sebab nak jumpa dengan cucu nenda ni.Pergi siap sekarang,ikut nenda pergi beli nasi lemak kejap.Lambat nanti habis pula."
Tengku Syamil bangun dengan malas.Pergerakannya sangat perlahan."Baiklah,nenda.Syamil siap dulu."
****
Rutin waktu cutiku ialah membantu abah menjual aneka jenis kuih dan nasi di gerai miliknya.Kami membuka payung pasar malam dan meja berniaga di tepi jalan.Itulah punca rezeki aku dan abah sejak dulu.Makanan yang dijual abah memang laku keras dan akan habis sebelum pukul 1.00 tengah hari.Kini,abah meniaga untuk mengisi masa lapang dan sayang akan pelanggan tetapnya.Acap kali aku meminta abah berhenti dan berehat di rumah kerana pendapatanku cukup untuk menyara kami dua beranak tetapi abah tidak mahu.Aku akur selagi kesihatan abah terjamin.
Dari gerai abah,aku terpandang sebuah kereta BMW i8 berwarna hitam berhenti di kaki jalan.Aku tidak senang duduk.Aku sangat kenal kereta itu dan pernah menaikinya beberapa kali.
Tepat sekali,itu Tengku Syamil.Aku melihat dia mengikut nendanya menuju ke gerai kami.Aku tidak senang duduk.Bimbang Tengku Syamil akan ternampak aku.Apabila Engku Nenda dan Tengku Syamil semakin hampir,aku menunduk di bawah meja.Berpura-pura mencari barang.Aku tak mahu Tengku Syamil nampak aku.Bukan sebab aku malu dengan kerja abahku,tetapi aku malu kerana dia sudah melihat rakaman video aku yang 'super duper' seksi itu.
Aku menyorok di bawah meja.Aku berharap dia tidak mengenali abahku.
"Din,bungkuskan nasi lemak macam biasa ya."Aku dengar Engku Nenda memesan nasi lemak.Aku berlakon meraba-raba mencari sesuatu.'Ya Allah,cepatlah pergi kerabat raja dua orang ni.'
"Maaflah,Tengku.Nasi lemak dah habis.Tinggal yang ni saja.Ni pun dah nak habis."Abah menunjukkan beberapa jenis kuih dan nasi berlauk yang berbaki.Abah seperti biasa melayan pelanggan dengan mesra.Kemesraan abah dan Engku Nenda gayanya mereka sudah lama kenal.Aku rasa mesti Engku Nenda salah seorang pelanggan tetap abah.Yang bagusnya,walaupun mereka keluarga kaya dan keturunan raja tetapi mereka tidak memilih makanan yang mahal saja.Mereka tetap membeli sebagai tanda menyokong peniaga kecil.Itulah prinsip yang digunakan oleh mereka berdua untuk menjana pendapatan peniaga-peniaga kecil.
"Maju bisnes Din.Tak merasa makan nasi lemak hari ni.Tak mengapalah,bungkuskan saya nasi lauk gulai ayam dua dan kuih karipap ni 5 ringgit."
Tangan abah ligat mengisi nasi.Mulutnya tetap berbual dengan Engku Nenda."Siapa ni,Tengku?Segak orangnya."Ayah bertanya gerangan Tengku Syamil kepada Engku Nenda.
"Kenalkan,ini Tengku Syamil.Cucu saya."Engku Nenda memperkenalkan Tengku Syamil.Aku di bawah meja berdoa agar mereka cepat pulang.Boleh pula abah buka kelab berbual dengan Engku Nenda.
"Elok sangat orangnya.Dah kahwin ke?"
"Itulah masalahnya,Din.Umur dah lanjut tapi tak kahwin-kahwin lagi.Kena bagi mandi bunga agaknya.Kalaulah Din ada anak perempuan,bolehlah jodohkan dengan cucu saya ni.Payah sangat nak jumpa pasangan."
Aku geli hati di bawah meja.Bagaimana Tengku Syamil nak dapat jodoh kalau mukanya ketat saja.Sampai nak kahwin pun nenda yang kena cari.Parah.Nak jodohkan aku dengan Tengku Syamil?Mustahil kerana aku sudah menjadi tunangan Adri.Bagi percuma pun belum tentu aku mahu.
"Sebut pasal anak,ini anak saya."Abah pula mahu perkenalkan aku.Aku menepuk dahi.Alamak!!!Sia-sia aku menyorok dari tadi jika terpaksa menunjukkan muka.
"Astaghfirrulllahalazim.Rara buat apa kat bawah tu?Bangun,Tengku Aminah nak kenal."Aku hanya tersengih memandang abah.Mahu menyorok lagi,abah sudah perkenalkan aku.Tak manis pula berkelakuan seperti itu.Aku pun keluar dari bawah meja dan tersenyum.
Nampak air muka Tengku Syami!,l terkejut melihat aku.Aku melambai tangan.Senyumku terpaksa dibuat-buat.Tidak begitu ikhlas.
"Ammara."Serentak dua beranak raja itu melafazkan nama aku.Aku memberi senyuman kelat.
"Eh,Tengku kenal anak saya?"Abah pula bertanya.
"Ammara ni setiausaha cucu saya,Din.Saya tak tahulah pula Ammara anak Din selama ini."
"MasyaAllah,betapa kecilnya dunia ini.Tak sangka pusing balik,jumpa di sini.Inilah yang dikatakan jodoh,"kata abah dengan gembira.Aku tidak menjawab apa-apa.Aku mendengar perbualan mereka saja.
Tengku Syamil pun buat tidak tahu kepadaku,begitu juga aku.Janggal untuk bertegur sapa lagi-lagi dia seorang yang serius.
****
Aku dan Tengku Syamil melawat Meo di kediamannya.Terkejut besar aku apabila mendapat perkhabaran Meo dipukul orang semalam.Kebetulan,selepas habis mesyuarat luar Tengku Syamil mengajakku melawat Meo.Aku pun apa lagi,terus bersetuju.Meo kawan aku,mestilah aku mahu melihat keadaannya.
Aku menjamah pipi lebam Meo yang duduk di sebelahku.."Auucchh...Ammara,kau janganlah tekan.Sakit tau."Meo mengaduh.Aku segera melarikan tanganku.
Meo mengalami kecederaan ringan saja.Kesan lebam tumbukan dan sepakan terdapat pada wajah dan perut Meo.Meo tidak malu menyelak pakaiannya kepada aku dan Tengku.Simpati aku melihat keadaannya."Siapalah yang buat kau macam ni,Meo?"Aku bertanya.
Meo terdiam.Dia memandangku dan Tengku Syamil silih berganti.Tengku Syamil turut menanti jawapan.
"Adri Watson."Meo berterus-terang.Mulutku terbuka tidak percaya.Kenapa nama tunangku dikaitkan?Adakah Meo sengaja mahu mengenakan Adri.Sesungguhnya aku tidak percaya akan Meo kali ini.Tak mungkin Adri akan buat begitu.Lagipun,Adri berada di JB.
Tajam aku memandang Meo.Serius,sakit hati aku apabila tunangku dilibatkan dalam hal ini.Aku yakin bukan Adri yang memukulnya."Kau salah tengok ni,Meo.Kau memang nampak Adri?"Aku masih menahan emosiku.Tengku Syamil di sebelah sana hanya menjadi pendengar dan pemerhati.
Meo memegang tanganku.Aku perasaan Tengku Syamil menunjukkan riak tidak selesa.Matanya memandang pada pegangan tangan Meo agak lama.Aku buat-buat tidak faham.Aku sedar ianya haram bersentuhan walaupun Meo lembut.Tetapi itu tindakan refleks kerana kami sudah terbiasa.
"Aku tak reka cerita,Ammara.Memang Adri yang belasah aku.Percayalah cakap aku,dia bukan orang baik."
Hatiku mula panas sedikit demi sedikit.Tanganku ditarik daripada pegangan Meo."Aku tau kau tak suka Adri tapi jangan fitnah dia."
"Aku tak dapat apa-apa fitnah dia.Aku cakap hal sebenar.Dia bukan seperti yang kau sangka.Aku tak nak kau menyesal."
Aku diam.Mukaku sudah mula kelat.Pada aku,Meo sengaja mereka cerita supaya aku batalkan perkahwinan yang bakal berlangsung kurang lebih dua minggu lagi.Motif?Aku pun tak tahu.Mungkin Meo sudah terjatuh hati kepada Adri.
"Dengarlah cakap aku,Ammara.Dia hanya gunakan kau.Kalau kau nak tau dia curang dengan kau.Bukan seorang perempuan tapi..."
Aku memotong percakapan Meo.Panas telinga mendengarnya."Cukup!!Kau cakap lagi tentang Adri,kau bukan kawan aku lagi."Aku bangun dari dudukku.
Tengku Syamil yang tadi pemerhati meredakan kami."Kita datang ni bukan nak berbalah.Aku ajak kau datang sini sebab nak melawat Isma."Tengku Syamil bersuara.Aku baru tersedar kewujudan Tengku Syamil di situ.
"Dia yang mula dulu.Buat cerita tentang tunang saya,Tengku."Aku seperti anak-anak kecil yang hanya menyalahkan rakan.
"Ammara,kau keluar dulu.Aku ada hal nak cakap dengan Isma,"arah Tengku Syamil.Aku menjeling tajam kepada Meo.
"Ammara,get out..Aku datang sebab aku ada hal dengan Isma bukan nak bincang hal tunang kau."Sekali lagi Tengku Syamil menyuruhku keluar kerana aku masih tidak berganjak.Nada suaranya ditekan keras.Aku segera keluar mengambil kunci kereta daripada tangannya.
****
Ammara hilang dari pandangan mata Tengku Syamil dan Meo.Tengku Syamil kembali melabuhkan punggungnya di sofa.
"Please continue your story,"kata Tengku Syamil.
"Cerita yang mana,Tengku?"Meo menyoalnya semula.
"Tentang Adri Watson.Kenapa awak tidak setuju Ammara teruskan perkahwinan dia dengan Adri?"tanya Tengku Syamil lagi.Meo tidak menyangka Tengku Syamil berminat dengan kisah Adri Watson.Sepertinya tadi dia buat tidak tahu tetapi dalam diam dia begitu tertarik sebenarnya.
Meo meneguk air mineral di hadapannya.Tekaknya terasa kering berbalah dengan Ammara."He is not deserve for her.Saya tau siapa dia.For sure,dia bukan orang yang baik untuk dijadikan suami sesiapa pun."
Tengku Syamil menghela nafas.Semangat ingin tahu tentang Adri semakin tinggi.Ada satu rahsia yang tidak terungkap."I think so."
Meo menyilangkan kakinya.Duduknya gaya model walaupun sakit.Dia lega Tengku Syamil turut merasakan perkara yang sama."Tengku pun fikir perkara yang sama dengan saya?"
"Saya pernah terserempak dengan Adri di kondo saya beberapa kali bersama pasangan yang berbeza-beza.Saya tak pasti mereka itu kekasih atau kawan dia.Itu hak mereka,saya tak mahu masuk campur pada awalnya.Tapi apabila saya tahu Adri couple dengan Ammara,saya tak senang hati dengan situasi itu."Tengku Syamil turut sama berkongsi cerita.Kemabukkan Adri ketika menaiki lif ketika itu masih terngiang-ngiang di matanya.Setiap kali terserempak Adri bersama pasangan yang berlainan.Apabila terkenangkan Ammara naif itu,dia turut merasa sakit dengan pengkhiatan Adri.Perempuan sebaik Ammara tidak layak diperlakukan sebegitu.
"Tengku sudah tau kan?Sebab tu saya larang Ammara sekeras-kerasnya bersama Adri.Tengku tolonglah,kita perlu selamatkan Ammara."
"Kenapa awak beria-ria nak selamatkan Ammara ya,Isma?"Tengku Syamil menyoal.
Meo menarik nafas panjang."Terus-terang saya katakan,saya sukakan Ammara.Saya tak nak dia terluka.Tapi saya sedar diri,siapa saya dan kelemahan saya.Mana ada perempuan nak lelaki lembut macam saya.Kebahagiaan Ammara ialah kebahagiaan saya.Please,Tengku."
Tengku Syamil terpana dengan pengakuan Meo.Lelaki berjiwa lembut itu sebenarnya sangat sukakan Ammara.Dalam cemburu ada syukurnya.Isma Danial punya perasaan kepada perempuan kembali.Benarlah,Allah boleh bolak-balikkan manusia.
****
Tengku Syamil berwajah garang sebaik balik dari kediaman Meo.Aku pasti dia marahkan aku sebenarnya.Oleh sebab itu,dia memanggil aku dengan kasar masuk ke biliknya dengan segera tadi.
Aku berhati-hati menapak ke mejanya.Raut wajahnya memang bengis.Kecut perut juga aku memandangnya.Kalau boleh aku ingin keluar semula dari bilik itu.Aku dapat merasakan aura panas mula membahang walaupun ada pendingin hawa.
Hadaplah,Ammara.Nak buat hal sangat.
Mata garang Tengku Syamil menatapku.Aku gelabah.Jantungku kencang berdegup mengalahkan taufan.Wajahku tidak perlu katalah.Cuak dan pucat.Takut aku tengok Tengku Syamil begitu.
Paaanngggggg!!!!
Meja kerjanya ditepuk kuat oleh Tengku Syamil yang berdiri.Wajahnya merona merah hingga ke telinga.Aku pasti darah panasnya mengalir ke seluruh tubuhnya.Tekanan darahnya mungkin setinggi Gunung Everest saat ini.
Aku terkejut.Mataku dipejamkan kerana takut.Dadaku turun naik dengan pantas.
"Kenapa kau tinggal aku tadi?"Tinggi suara Tengku Syamil bertanya.
Tergagap-gagap aku mahu menjawab.Tanganku mula menyejuk."Teenggkuu...laammbaat.."
Kali kedua Tengku Syamil menghentak mejanya.Aku tersentap lagi.Bagai nak gugur jantungku.Ini betul-betul marah.Aku menunduk kerana takut memandang mukanya.Tengku Syamil datang kepadaku.Dia berdiri tegap di hadapanku.
Giginya diketap."Aku tak suka kau buat ikut kepala kau.Kau pekerja aku dan kau perlu ikut arahan aku."
Ya,memang salah aku.Aku pulang dulu tanpa memberitahu Tengku Syamil tadi.Kebodohanku kembali ke pejabat sendiri mengundang kemarahan Tengku Syamil.
"Pandang aku,Ammara.Aku cakap dengan kau,"bentak Tengku Syamil.
Aku tidak berani bertentang mata dengan dia.Air mataku mula menitis di pipi.Aku menyesal dengan tindakan aku.Aku terlalu mengikut perasaan.Aku bukan tidak sabar menunggu tapi aku marahkan Meo.
Tengku Syamil mengangkat daguku dengan tangan kasarnya memandang matanya.Mata basahku bertentangan dengan mata hazel dia.
"Tau pun menangis.Takut?"Dia bertanya dengan suara yang agak mendatar.Eh,nak sindir aku pula!Aku hanya mengangguk perlahan.
"Aku tau kau terganggu dengan kata-kata Isma tapi kau perlu profesional.Masalah peribadi jangan dicampur dengan kerja.Kerja tetap kena jalan.Kau datang dengan aku dan balik pun dengan aku.Jangan tinggalkan aku sendiri macam tadi lagi."Ayat akhirnya buat hatiku terusik.Aku merasakan keikhlasan di hatinya meluahkan ayat itu.Barangkali aku yang perasaan.
"Maafkan saya,Tengku."
Kami saling merenung.Entah mengapa aku rasa sesuatu saat merenung ke dalam anak matanya.Perasaan yang aku sendiri tidak mengerti.Dari renungan itu,aku rasa kehalusan hatinya yang tersembunyi.
Agak lama kami menatap sesama sendiri,Tengku Syamil memalingkan tubuhnyan membelakangi aku.
"Aku maafkan kau.Aku tak nak tau masalah kau bertiga tapi aku tolong jangan bawa ke tempat kerja.Kau nak kahwin,tunang atau putus sekalipun aku tak kisah.Itu hak peribadi kau.Kau kena ingat,kerja tetap kerja.Mulai hari ini,jangan sesekali sebut nama Adri dalam office."Tengku Syamil memberi amaran kepadaku.
"Saya faham,Tengku."
"Sudah,kau boleh keluar sekarang."
****
Setelah lima tahun berlalu,ini kali pertama dia menjejakkan kaki kembali ke kelab malam.Sudah lama dia tinggalkan dunia melekakan itu selepas berpisah dengan Natasha.Bunyi muzik techno yang dimainkan menggegarkan gegendang telinganya.
Dia duduk di meja panjang hadapan 'bar tender' menyediakan minuman.Tengku Syamil memesan air Pepsi saja untuk membasahkan tekak.Tujuannya ke kelab malam itu bukan untuk berhibur atau suka-suka.Tengku Syamil mencari info yan diberitahu Meo berkaitan Adri.Kata Meo,Adri akan berkunjung ke kelab 'Legend' itu setiap hujung minggu tanpa pengetahuan Ammara.
Dalam kerlipan lampu yang berwarna-warni,Tengku Syamil memerhati manusia-manusia di situ berhibur tanpa sempadan tanpa mengira usia.Pakaian,pergaulan,dan pergerakan bebas seperti tiada hari esok untuk mereka.Bukan anak-anak muda saja malahan yang berusia juga tidak ketinggalan menunjukkan kehandalan.
Melihat karenah itu,Tengku Syamil menyesali perbuatan dirinya dulu.Tidak kurang handalnya dengan golongan yang dilihat sekarang malah mungkin jauh tersasar.Ditinggalkan Natasha lima tahun yang lalu menyedarkannya hidup tidak selalu indah.Di sebalik keenakan dunia,pasti ada sakit yang dirasa.
"Takkan minum Pepsi saja."Seseorang menegurnya.Tampan dan bergaya lelaki itu.
"Sudah memadai untuk aku,"jawab Tengku Syamil dengan senyuman.Dia tidak perlu bekerja keras mencari Adri sebaliknya Adri datang kepadanya sendiri.
"Kau bos Ammara kan?Aku tak pernah nampak kau di sini.Pertama kali kau ke sini?"Adri ramah memulakan perbualan.
"Yup,aku Tengku Syamil.Kau boleh panggil aku Syamil saja.Hmmm...nampak gayanya begitulah.Dah lama aku tak jejakkan kaki ke kelab malam.Kekok pula rasanya."Tengku Syamil memperkenalkan diri.
"Take your time.Aku Adri Watson,rakan kongsi pemilik kelab ini."Adri menghulurkan tangan untuk bersalam dan dibalas baik oleh Tengku Syamil.
"So,where is Ammara?Menari?"Tengku Syamil berpura-pura tanya.Dia tahu Ammara memang tak akan wujud di tempat sebegitu.
Adri ketawa."Dia tak sesuai datang ke tempat ni dan terlalu baik untuk dunia tipu-tipu di sini.Lagipun aku tak suka dia terlampau bebas."
Tengku Syamil terpegun mendengar ucapan Adri.Adri tahu Ammara baik dan tidak sesekali mahu tunangnya terlibat dengan hiburan sebegini.
"I got your point.So,Ammara tak tahulah kau di sini?Bukan apa,aku takut terlepas cerita jumpa kau di kelab malam.Mengamuk pula mak cik tu.Aku tak nak bertanggungjawab atas pergaduhan korang berdua."
"Kau cukup memahami,Syamil.Mesti kau banyak pengalaman kan?Perjumpaan malam ini rahsia kita berdua.Ammara tak perlu tahu.Kau jangan pecah rahsia pula."Adri memegang bahu Tengku Syamil.
Tengku Syamil mengacau air dalam cawan dengan straw berulang kali."Your secret save with me.Masalah peribadi korang aku takkan campur.Aku hanya bos,dan Ammara pekerja aku.Hal personal aku tak layan."Tengku Syamil memberi jaminan.
"I like you,Syamil.Aku suka borak dengan kau tapi aku tak boleh lama.Ada janji dengan seseorang.So,aku harap dapat jumpa kau lagi."Adri membayar sekali minuman Tengku Syamil sebelum beredar.
"Me too.See you again."Tengku Syamil mengangkat tangannya.
****
"Aku nak kau siasat dan cari perempuan ni.Apa kaitan dia dengan lelaki ini?Dah jumpa kau inform kepada aku.Aku nak jumpa perempuan tu."Tengku Syamil menghulurkan foto Adri dan seorang wanita yang tidak dikenali.Foto itu diberi oleh Meo kepadanya.Katanya ada kaitan dengan Adri.
"Itu saja?"tanya Kimi,penyiasat yang diupah Tengku Syamil.Tiada siapa tahu Kimi ialah penyiasat pensendirian merangkap sahabatnya.Datangnya ke pejabat Tengku Syamil pun berpakaian biasa.Tengku Syamil memberitahu Kimi ialah kawan sekolahnya kepada Ammara.
"Aku nak kau ambil gambar kegiatan lelaki ini.Jangan lepaskan segala yang penting walaupun satu.Dah cukup semua bukti,aku akan atur plan lain,"kata Syamil lagi.
Kimi memetik jarinya."Ini kerja senang.Kau boleh buat sendiri,kenapa suruh aku?"
"Aku perlu jaga reputasi aku.Aku tak nak ada seorang pun yang tau aku suruh kau siasat."
"Baik,bos.Aku akan pastikan semuanya berjalan lancar.Task kau ni,dua tiga hari boleh settle."Kimi yakin sekali.Tugas yang diberi agak mudah baginya sebagai penyiasat.Selesai mengatur perancangan,Kimi keluar dari pejabat Tengku Syamil.
Tengku Syamil tersenyum lebar."Aku tak akan lepaskan Ammara kepada lelaki macam kau,Adri.Ammara will be mine forever and ever."Tengku Syamil bermonolog dengan foto Adri.
Hello,readers miss j!terima kasih setia menanti miss j update.Love korang semua.Muuaaahhh....Komen semua sbenarnya memberi idea kpd miss j utk menambah cerita.Thanks semua..Jgn lupe intai ig dan fb mis jebat. Tengku Syamil dah mulakan siasatan..Agak2 Adri kantoi x?
Share this novel
what next...
slow je update
wah Tengku sudah buat siasatan ke atas Adri