Bab 14 : Pakaian

Romance Series 697932

Usai mandi,aku ke bilik persalinan yang menempatkan pakaianku dan Tengku Syamil.Selepas diijabkabulkan aku berpindah ke kondominium mewah milik Tengku Syamil.Jika berkelapangan aku dan Tengku Syamil akan menziarahi abah du rumah.

Baju tshirt sementara aku ganti dengan blouse putih lengan panjang.Aku padankan blouse tersebut dengan seluar slack berwarna hitam.Aku berdiri di hadapan cermin besar menggayakan busanaku.Aku 'pose' ke kanan dan kiri seperti gaya ala-ala model.

Tengku Syamil yang baru selesai mandi juga,muncul dalam bilik persalinan itu.Aku tidak hiraukan kewujudan dia di situ.

Tengku Syamil memandang pelik kepadaku.Matanya menyantap ke arah dadaku.

"Baju apa kau pakai ni?"tanya Tengku Syamil.

"Baju kerjalah."

"Tukar yang lain.This is order."Serius dia mengarahku.

"Haaa?Tukar?Apa masalahnya saya pakai baju ni?"Aku melihat ke cermin sekali lagi.Tiada cacat-cela pada baju yang aku pakai.Apa yang tak kena dengan bajuku di mata dia?

Tengku Syamil datang dekat dengan aku.Dia berdiri di belakang aku dan memandang cermin."Lurah kau ni nak tunjuk pada siapa?Baju putih ni kalau tengah panas nampak bayang badan kau."

Aku tercengang memandang kembali diriku.Bahagian leher blouse berbentu V yang aku gayakan memang terdedah sehingga ke paras dada menonjokkan lurah dendamku.

Aku mengeluh."Dulu saya pakai macam ni tak ada pula Tengku nak tegur."

"Dulu aku bukan suami kau.Kau belanja aku tengoklah.Free kot,"jawab Tengku Syamil ketika menyarungkan kemejanya.Dia tidak segan-segan mengakui dia juga menikmatinya aset aku dulu tanpa aku tahu.'Obviously,dia memang gatal.'

"Oooo...Selama ni Tengku curi-curi pandanglah?Dia tu yang gatal nak tengok."

Tengku Syamil bawa tubuhku menyandar cermin besar.Dia rapatkan badan sadonya dengan aku.Dia menundukkan wajahnya rapat ke muka aku.Bibirnya lembutnya sangat rapat dengan aku.

"Ammara,aku lelaki.Dah memang sifat semulajadi lelaki suka tengok aset-aset indah kaum perempuan.Kau tak percaya tanyalah mana-mana lelaki normal pun akan tertarik pada benda yang sama.So,stop tayang segala aset yang kau ada.Cukup aku saja yang tengok."

Aku terpana.Bukan sebab kata-katanya tetapi sebab bibir seksinya.Naluriku teringin mengucup bibir itu.'Cewahhh..Kau dengan Tengku Syamil 2 kali 5 miangnya.Kau pun sama,pantang ada peluang,mata tu akan mencuri pandang aset milik Tengku Syamil.So,kita seri.'

"Aku tak suka kau pakai baju macam ni.Aku tak suka lelaki lain menikmati apa yang jadi hak aku walaupun sekadar mencuci mata,"katanya lagi.Aku tidak membalas apa-apa kerana aku lebih terpukau dengan gerakan bibir dan rautnya ketika ini.Entah kenapa aku rasa mahu dia sedekat ini dengan aku?

"Hei,kau dengar tak aku cakap apa?"Tengku Syamil mencubit pipiku menyedarkan aku dari khayalan.

"Haaa..Ya..Ya..Saya dengar."Berpintal lidah aku menjawab.Kuat sangat berangan hingga terlupa Tengku Syamil membebel.

Tengku Syamil mencapai sepasang baju kurung warna kuning cair."Nah,pakai yang ni!"

"Tengku ni sampai baju saya pun nak control,"Aku mencebikkan bibir aku.

Tengku Syamil menyarungkan kemeja ke tubuhnya."Memang aku kena control.Aku tak nak kau seksi."

'Huh.Old school guy.'

"This is fashion.Hmmm...Nak bergaya sikit pun tak boleh."Aku memuncungkan bibirku.

"Bukan tak boleh.Tak salah kau nak bergaya asalkan sopan,tak nampak badan kau,tak ketat.Simple."

Sepet mataku dikecilkan kepadanya namun dia tidak mengendahkan pandangan aku.

"Macam ni pun seksi."Aku mengomel kerana tidak puas hati lagi.

"Ammara,aku tak nak cakap banyak.Just follow my order.Rasa susah nak ikut kau berhenti kerja dan duduk rumah.Di rumah kau nak bogel pun aku tak kisah."

Aku mengelus nafasku dengan kasar tidak menjawab.Jelingan aku langsung tidak diendahkan.

Aku mengalah."Tengku tu cepatlah keluar?"

"Kau tak nampak ke aku tengah bersiap ni?Pasal apa aku kena keluar pula?"Selamba di saja menyarungkan boxer di hadapanku dan jatuhkan tuala yang melilit pinggangnya.

"Saya nak salin baju.Malulah Tengku ada kat sini."

Tengku Syamil pandang aku."Kau nak malu apa?Aku dah tengok semuanya."

Aku mengerling kepadanya.Tengku Syamil tidak hiraukan aku memakai seluar pula.Susah berkompromi dengan Tengku Syamil jika dia tidak mahu.Aku malas rosakkan 'mood' pagi,aku turuti saja arahannya untuk menyalin pakaian.Dalam cermin besar itu,aku perasan Tengku Syamil melirik dengan senyuman nakal kepadaku.

'Aahhh...Lantaklah.'

****
"Tengku..Saa..."Aku mendesah.

Tengku Syamil pantas menekup mulutku dengan telapak tangannya."Sshhh...Kau bertahan saja.You will enjoy it."Tengku Syamil menenangkan aku.

Ayat itu masih terngiang-ngiang di telingaku.Malam pertama aku menyerahkan segalanya menjadi milik Tengku Syamil kerap menerpa ingatanku.Kehangatannya masih dapat aku rasai.Setiap sentuhannya luar biasa.Benarlah kata Tengku Syamil,dia akan pastikan aku ingat malam itu sampai bila-bila.Ternyata aku tidak boleh lupakan.'Hebatnya kamu,Tengku Syamil.'

Aku senyum sendiri mengingat malam yang indah itu.

"Cik kak oii...Senyum sorang-sorang nampak.Ada kenangan manis ke?"sapa Meo dari meja sana.'Spoil.'

Aku tersipu-sipu.Malu sendiri aku.Jika Meo tahu apa yang aku bayangkan,mana aku nak letak muka aku?"Mana adalah.Aku terbaca kisah lucu dalam whatsapp ni."Aku berbohong menutup malu.

Meo menutup mulut ketawa lalu mengheret kerusi rodanya ke meja aku.'Haa..Nak ajak sembanglah tu.'

"Sunyi pula Kak Nani tiada.Demam pula kat cik kak kepoh kita tu."

"Eleh..Kau tu pun sama kepohnya,cakap orang konon."

"Aku kepoh sebab aku dapat kawan masuk air macam kau dengan Kak Nani.Hmm..Macam manalah Tengku Syamil boleh hidup dengan orang kepochi macam kau.Dia kan senyap."Meo meletakkan jari telunjuk di dagu sambil berfikir.Aku menjungkit bahu.Selama hidup dengan dia,asyik bertikam lidah.Aku tak tahu mahu kategorikan Tengku Syamil sebagai apa.Pendiam pun tidak,banyak cakap pun tidak.

"Eh,bos kita tu romantik tak?"beria Meo menyoalku.Macam mak cik bawang mencari cerita panas.

"Biasa saja."Ringkas aku menjawab.

"Alaaa...Takkan sendu sangat hidup korang hari-hari?"

"Issshhh...Kau ni.Yang romantik-romantik,sweet-sweet tu biarlah aku saja yang tau.Kau ni macam reporter melodi pula menyoalnya."

Meo memuncungkan bibirnya."Aku curious saja."

"Encik Meo,daripada kau interview aku,apa kata kau tolong aku siapkan report ni?Pukul 2.00 nak meeting.Masak aku kalau tak siap."Aku menghulurkan fail sebagai rujukan untuk menyiapkan beberapa laporan.

"Yalah.Aku ambil laptop aku.Suka tau buli aku."

"Thank you,bff.Ni buat aku sayang kau lebih."Aku mencuit pipinya.

"Weeekkk..Menyampah aku dengar."

"Janganlah menyampah.Nanti aku belanja kau makan."

Aku dan Meo sama-sama gelak.Dalam pejabat itu tidak perlu ramai pun dah kecoh.Cukup aku dan Meo pun dah riuh-rendah jadinya.

"Amboi,meriahnya!"Cik Puan Salina yang baru masuk menegur.Aku dan Meo senyap memandang dia.Sudah lama aku tidak nampak ibu tiri Tengku Syamil ini.Semasa majlis perkahwinan aku pun dia tidak hadir.Mungkin dia sibuk atau ada hal penting.

"Maaf Cik Puan,boleh saya bantu?"Aku menunduk hormat melayan perempuan itu.Tiada senyum terukir pada bibirnya.Aku hanya mendapat kerlingan tajam.Agak mengjengkelkan lagaknya tetapi aku sabar sajalah.

"Syamil mana?"tanya Cik Puan Salina tanpa memandang aku.

"Ada di dalam dengan Kimi."

"Aku nak jumpa Syamil."

"Maaf Cik Puan,saya tanya dia dulu.Sebab dalam jadual ni Cik Puan tak ada appointment dengan dia."

Aku dijeling tajam oleh Cik Puan Salina."Aku tak perlukan izin dia."Dia terus meluru ke pintu bilik Tengku Syamil.

"Cik Puan..."

Dia menolak aku dengan kasar lalu menyerang masuk ke bilik Tengku Syamil.Main kasar perempuan ini.Geram aku nak balas tolakan dia tapi mujurlah dia orang tua.

****

"Welcome back,my bff,"kata Kimi dengan senang hati ketika melangkah masuk ke bilik Tengku Syamil.Seronok dapat mengusik kawan baiknya itu.Dia mendarat di sofa tanpa dipelawa oleh Tengku Syamil.

"So,how your holiday?Seronok?"tanya Kimi ingin tahu.Semakin berseri-seri wajah Tengku Syamil selepas balik bercuti.

"Not bad.Suasana kampung yang tenang,dekat dengan pantai,opah pun baik."

"Kau dengan Ammaralah.Kampung dengan opah kau buat apa aku nak tau."Kimi tidak sabar menanti cerita daripada Tengku Syamil.

"Opah Ammara single.Janda anak satu,sesuailah tu untuk kau."

"Amboi,sejak balik dari Klate dah pandai bergurau ye!Kalau dulu tarik muka semacam.Lain macam penangan mek Klate kat depan tu kat kau.Hmm..Cakaplah macam mana hubungan kau dengan Ammara?"

Bercakap tentang Ammara,Tengku Syamil mengukirkan senyuman.Dalam benaknya dia merindui kehangatan isterinya itu.

"Biasa saja,macam suami isteri yang lain.Jalan-jalan,makan-makan,sembang-sembang."

Kimi kini beralih kedudukan di kerusi roda hadapan Tengku Syamil."Wah,meriah!"

"Hmmm...Apasal kau datang sini?"

Kimi menyilangkan kakinya.Tanganya gatal membelek-belek barang di atas meja Tengku Syamil.Jenis tak boleh duduk diam."Sebelum ni kau tak pernah tanya pun kenapa aku datang.Bukan main kau dah kahwin,lupa kawan macam aku.Dah la nak pergi lepak kat rumah kau pun tak boleh dah."Kimi mencebik pura-pura merajuk.

"Laaah..Sentap pula?"

"Sentaplah.Aku datang sebab nak jumpa bestfriend akulah.Nak ajak lepak luar,orang tu sayang nak tinggal isteri kat rumah.Hmmm...Macam nilah nasib orang bujang,dilempar ke sana sini.Masa nak dicari,masa tak nak ada depan mata pun buat tak nampak."Kimi memulakan ayat sedih.Tengku Syamil menggelengkan kepala dengan karenah yang mengada-ngada.Pandai buat ayat menyentuh hati orang.

Tengku Syamil membaling kertas yang direnyukkan ke muka Kimi."Pandailah kau.Aku dah hafal skrip touching kau tu.Tak payah nak dramatik sangat."

Terkekek-kekek Kimi gelak."Aku guraulah.Isshh...isshh..Nak marah pula.Kau tak cerita lagi honeymoon kau.Syok tak?"

"Kan aku dah cakap tadi.Aku malas nak ulang banyak kalilah."

"Yang tu aku taulah.Maksud aku,kau dengan dia dah..."Kimi tidak habiskan ayat tetapi dia menemukan kedua-dua tangannya membuat lagak bercium.Tengku Syamil membulatkan matanya dengan soalan Kimi.'Busybody.'

"Soalan kau ni!Hal bilik tidur aku takkan aku nak cerita dekat kau?Itu rahsia aku dan Ammaralah.Jangan nak tanya soalan merepek lagi.Aku seal mulut kau nanti dengan benda ni"Tengku Syamil memegang gulungan 'seal tape' besar warna hitam.Kimi ketawa berdekah kenakan Tengku Syamil yang malu-malu kucing.

"Cik Puan.."Suara Ammara memanggil apabila pintu bilik Tengku Syamil terkuak.Kimi dan Syamil mengalihkan pandangan kepada mereka berdua.Cik Puan Salina dengan lagak angkuhnya masuk ke dalam bilik itu tanpa kebenaran.

Tengku Syamil memandang Ammara pula.Muka Ammara agak cuak.Takut dimarah oleh Tengku Syamil kerana tidak dapat menghalang Cik Puan Salina membolos biliknya."Maafkan saya.."

"It's okay,sayang.Saya akan handle dia.Continue your work,"arah Tengku Syamil memandang sinis Cik Puan Salina yang berdiri menyilangkan tangannya seperti orang kaya.Jelingan Cik Puan Salina tajam dan memandang Ammara dengan hujung matanya saja.

"Have a seat,auntie,"pelawa Tengku Syamil.Cik Puan Salina sengih saja.

"Aku datang bukan nak duduk."Angkuh sungguh jawapannya.Datang tidak diundang tetapi lagak seperti dia orang yang paling berkuasa.

****
Cik Puan Salina duduk bersilang kaki di hadapan Tengku Syamil.Mukanya sangat ketat."Aku nak hak aku."

Tengku Syamil tersengih."Hak apa yang auntie nak?"Tengku Syamil berpura-pura tanya sedangkan dia tahu apa yang Cik Puan Salina cuba dapatkan.Saja dia mahu main angin ibu tirinya supaya bertambah marah.

"Jangan pura-pura tak tau.Jangan-jangan kau yang ubah wasiat arwah ayahanda kau supaya aku tak dapat syer dalam hotel."

Tengku Syamil sudah agak ini tujuan perempuan itu datang ke pejabatnya.Selepas wasiat arwah ayahandannya dibacakan oleh peguam,Cik Puan Salina memberontak dan berpindah keluar dari vila nenda.Sangat marah dia dengan wasiat yang tidak menyebelahinya.

"Wasiat itu tak ada kena-mengena dengan saya.Pada surat itu memang tandatangan original ayahanda,jangan main tuduh-tuduh."Tengku Syamil menafikan.Dia tetap tenang di tempat duduknya melayan karenah ibu tirinya yang tamakkan harta keluarganya.

"Aku ragu-ragu dengan dokumen wasiat itu.Aku rasa kau dah berkomplot dengan peguam untuk ubahnya.Kau memang sakit hati dengan aku kan?"Cik Puan Salina membentak.Dia tahu Tengku Syamil cukup membencinya.

Tengku Syamil melepaskan nafasnya."Saya memang tak suka auntie.Tentang wasiat itu saya tak pernah tau apa arwah ayahanda tulis.Apa lagi yang tak cukup?Auntie dah dapat banglo dan 100k?Apa lagi yang auntie nak?"

"Sebab ayahanda kau janji nak serahkan syer dan hotel yang di Langkawi dan Pulau Rawa tu kepada aku.Lagipun,sepanjang dia sakit aku yang jaga orang tua tu.Alih-alih kau yang mewarisi semua hartanya."Cik Puan Salina sangat marah gayanya.Janji ayahanda Tengku Syamil tak tertunai.

Tengku Syamil bangun dari tempat duduknya dan bertongkat pada kepala sofa."Auntie ni memang jenis tak reti bersyukur kan?Auntie lupa saya anak kandung ayahanda dan bonda.So,saya lebih layak mewarisinya.Hotel ini dibina bukan atas nama ayahanda seorang tetapi bonda sekali.Auntie tak ada apa-apa hak yang boleh dituntut."Tengku Syamil mengingatkan dengan tegas.Wajah tenangnya bertukar bengis tapi sikit pun Cik Puan Salina tidak gentar.

"Tapi ayahanda kau dah janji nak serahkan kepada aku dulu."

Tengku Syamil mengangkat kening kanannya."Saya tak tahu-menahu tentang janji ayahanda dengan auntie.If you have any agreement,just prove it.Bawa perjanjian ke sini dan saya akan pertimbangkan.Jika hanya sekadar perjanjian di tepi bibir,auntie lupakan sajalah.Saya tak bazirkan masa saya dengan perkara yang remeh."

Cik Puan Salina sudah naik berang dengan kata-kata Tengku Syamil.Ombak di dadanya semakin kuat."Senang kau cakap,mentang-mentang ayahanda kau dah tiada untuk pertahankan aku.Kau pijak-pijak maruah aku."

Tengku Syamil membelakangkan Cik Puan Salina.Tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar slacknya."Auntie,saya rasa ayahanda pun ragu-ragu dengan kesetiaan auntie.Mungkin sebab itu ayahanda tukar fikiran."

Cik Puan Salina berdiri."Biadab."

"Macam ni sajalah,auntie.Macam saya cakap tadilah,jika auntie ada bukti perjanjian bawa datang jumpa saya.Jika tiada saya tak ada masa nak bincang perkara yang tak sahih.Saya ada meeting tengah hari nanti.Kalau tak ada apa-apa lagi,auntie boleh balik sekarang."

Merah padam muka Cik Puan Salina menahan marah.Dia mengambil beg tangan dan terus keluar.Pintu dihentak kuat.

****
Tengku Syamil sudah bersandar pada sofa dengan mata dipejam rapat.Rambutnya ditarik-tarik dengan jari-jemarinya.Letih sangat gayanya.

"Tengku nak air?"tanyaku.Kasihan pula nampak dia begitu.Mesyuarat tadi memeningkan kepala juga di samping masalah dengan Cik Puan Salina.Selepas Cik Puan Salina balik tadi,'mood' Tengku Syamil tidak berapa baik.Masa mesyuarat tadi pun dia agak bengis dan kurang fokus.

"Hmm...Kopi o ais."Minuman kegemarannya,kopi.Aku beredar ke dapur tanpa banyak tanya.

Ketika aku leka mengacau gula dan kopi,Tengku Syamil merangkul aku dari belakang.Tengkukku menjadi sasaran bibirnya berkali-kali.Telapak tangannya mencapai buah dadaku.'Haa..dia dah mulakan.'

Leherku digeliatkan kerana geli dengan jambangnya yang tajam menyentuh kulitku.

"Air kopi Tengku dah nak siap.Minumlah dulu.Saya letak ais dulu."

Tengku Syamil mengambil cawan kopi tersebut lalu dialihkan ke tepi.Aku diangkatnya ke atas 'table top' yang setinggi paras pinggang aku.Dia mendongak dan merenung aku.Renungan mata hazelnya membolos anak mataku.

"Aku rasa aku dahagakan layanan kau.Masa meeting tadi,aku tak berapa fokus.Aku teringatkan malam tu saja."Jujur Tengku Syamil mengakui.Dia tidak pernah berselindung keinginan kepadaku.

"Tengku pergilah rehat dulu,saya nak sediakan makan malam."Aku cuba menolak walaupun aku sukakannya namun melihat matanya yang kuyu,aku berasa kasihan.Aku tahu dia penat sebenarnya.

Tengku Syamil sudah menyembamkan mukanya ke dadaku."Bolehlah.Aku rindu tubuh seksi kau."Tengku Syamil memujuk manja manakala tangannya pantas melonggarkan zip belakang bajuku.Bagaimana aku mampu menolak pujukan yang menggoda sebegitu?Fokus aku mula hilang dengan rengekan manja Tengku Syamil.

Setelah itu,dia menarik tengkuk aku menunduk mencium bibirnya.Butang kemeja putihnya pula dilonggar lalu ditanggal jatuh ke lantai.Aku tidak melawan malahan menyenangi ciuman itu.Keinginanku juga semakin membara.Dia menyelak baju kurungku ke atas lalu ditanggalkan.Kulit putih aku buat Tengku Syamil semakin tidak sabar ke tindakan selanjutnya.Tengku Syamil melepaskan bibirku.Bibirnya kini mendarat di bahagian perut sehingga ke dadaku.Rasa sensani yang aku rasakan menjalar dalam aliran darahku buat tubuhku meliuk-liuk.

Aku mula mendesah manja.Rambutnya aku tarik geram."Ammara,kau suka kan?"tanya Tengku Syamil.Aku mengangguk dalam kemabukan.Nafasku tidak keruan.

Tinggggggg!!!!Tingggggg!!!!

Tengku Syamil mendongak memandangku."Siapa pula yang datang waktu-waktu begini?Kacau mood aku."Tengku Syamil bertanya kepadaku.Aku mengangkat bahu.Jelas terpancar kekecewaan pada rautnya.Dia mengeluh kasar lalu menurunkan aku dari 'table top'.

Dia menyarungkan kemejanya ke tubuhku.Aku hampir terlupa yang bajuku sudah terpisah dari tubuh aku."Pakai ni."

Aku mengemaskan diriku.Butang baju aku rapatkan kembali."Aku ke bilik sekejap.Kau buka pintu."

Sebelum dia masuk lenganku ditangkap oleh tangannya."Kau tak habis lagi dengan aku.Aku tuntut nanti.Jangan nak mengelak."Mukanya nampak seperti marah sahaja.'Frust'.

Aku menunjukkan wajah 'blur.'Bukan suka-suka aku mengelak kehendak dia.Kenapa hendak marahkan aku pula?Aku pun tidak tahu kehadiran tetamu yang tidak diundang itu.Aku ke pintu utama setelah dia menghilang ke bilik.Aku merapikan rambut dan menarik nafas panjang.

"Eh,nenda!Ammara ingatkan siapa tadi?"Berdebar dadaku nenda dan Tengku Zanariah terpacak di hadapan pintu dengan senyuman lebar.

"Maaf buat nenda dengan Tengku Zana tertunggu-tunggu tadi."

"Panggil bonda saja,Ammara,"kata nenda.

Kedua-dua tetamu itu masuk ke dalam rumah.Matanya memerhati sekeliling."Syamil mana?"

"Ada ni."Tengku Syamil menyahut tatkala namanya disebut oleh nenda.Tiada segaris senyuman pun pada bibir dia menyambut kedatangan nenda dan Tengku Zanariah.Monyok saja mimik mukanya.'Mogok tu jangan ditunjuk sangat,Tengku.'

"Nenda dengan bonda ganggu korang berdua ke?Muka monyok semacam saja,Syamil."

"Tak adalah,nenda.Kami pun baru balik dari kerja ni.Penat sikit.Ammara pun tak sempat salin baju lagi,"jawab Tengku Syamil.Aku dapat menangkap nada kecewanya dalam pertuturan.Kasihan,hajatnya tidak tercapai.

Nenda memandangku atas dan bawah."Ammara pergi kerja pakai kemeja lelaki?"tegur nenda dengan nada hairan.Aku hampir menepuk dahiku.'Alamak..Aku terlupa yang aku sarung kemeja Tengku Syamil.Tengku Syamil ni bukan tak perasan aku pakai baju dia.Pandai-pandai menyedapkan cerita.

"Eerr...Tadi Ammara nak salin baju dengar loceng pintu berbunyi.Ammara sambar mana yang sempat sajalah."Aku teragak-agak memberi jawapan.Takkan aku mahu beritahu yang berlaku tadi.

"Nenda dengan bonda duduklah dulu.Ammara buat air."

Nenda tidak duduk namun dia dan Tengku Zanariah mengekoriku ke dapur.Tengku Zanariah terpijak baju kurung yang ditanggalkan oleh Tengku Syamil tadi.'Aduhh!!!'

"Ini baju,Ammara?Macam dengan corak yang Ammara pakai saja,"ucap Tengku Zanariah sambil mengangkat fabrik itu dan membandingkan dengan kain yang aku pakai.Aku terus mengambilnya dengan tersipu-sipu.'Adoii..macam mana boleh terlupa nak simpan baju ni?'

"Errr...baju ni terjatuh agaknya.Tadi Ammara nak cepat."Aku cuba mengawal keketaran suaraku.Aku pandang Tengku Syamil untuk selamatkan aku.Tengku Syamil berdiri hampir 'table top' tadi hanya mengenyitkan mata kepadaku.Mengejekku agaknya sebab dia tahu aku serba tidak kena mahu menjawab.'Eee..Ini semua dia punya pasal.'

Kening nenda diangkat memandang nakal kepadaku."Betul ke kami tak menganggu?Nenda rasa macam salah waktu saja nenda datang ni."

Terasa panas muka aku.Adakah nenda dapat meneka atau sengaja bergurau?Aku terperangkap dengan soalan cepu emas nenda.

"Ishhh..betul,nenda.Lagipun Ammara nak masak makan malam.Alang-alang nenda dan bonda datang sini,bolehlah makan sama."Aku menjemput.Lidahku agak sukar memanggil Tengku Zanariah 'bonda' namun di hadapan nenda aku perlu menutup rahsia kami.

"The sound is good.Mari bonda tolong Ammara masak."Tengku Zanariah menawarkan diri.

****
"Jika benar Tengku sayangkan abah dan saya,kenapa Tengku tinggalkan kami?"soalku.Tengku Zanariah menunduk memandang lantai.

"Mama tak pernah tinggal abah dengan Sofia.Abah dengan mama dah janji nak jumpa di rumah arwah nenda Sofia.Kalau Sofia nak tau,mama datang ke rumah selepas kejadian abah dipukul tapi opah tak bagi mama jumpa Sofia dengan abah,"jelas Tengku Zanariah dengan esakan.Dari awal sampai tadi,dia memujukku dan berulang kali meminta maaf.Dia turut menyakinkan aku yang dia tidak bersalah.Tapi hatiku tidak dapat menerimanya.

"Tengku jangan salahkan opah saya.Selama ini,dialah yang menjaga dan membesarkan saya selain abah.Nak harapkan ibu saya memang taklah.Dia yang hilang tanpa khabar berita,alih-alih dia muncul sewaktu saya dah dewasa."Aku sangat terluka dengan kelakuannya. Abahku ditinggalkan dalam keadaan tak normal ketika itu.Sepanjang hidupku,abahlah bapa abahlah ibu kepadaku.

Tengku Zanariah memegang tanganku."Percayalah cakap mama.Mama ingat Sofia terkorban dalam kebakaran rumah opah.Mama kecewa sangat masa tu,mama tak dapat terima kenyataan.Setiap hari mama ke kesan rumah terbakar tu dan ada hamba Allah beritahu mama yang anak mama masih hidup dan berpindah ke tempat lain.Bila mama tau yang anak mama masih hidup,mama tak putus asa mencari."Air mata Tengku Zanariah mengalir deras,begitu juga aku.

Aku menarik tanganku."Saya tak tau nak cakap apa,Tengku.Yang saya tau saya hanya ada abah.Mama saya dah lama lesap dalam ingatan dan hati saya.Tengku baliklah.Tiada apa dapat ubah keputusan saya.Saya tak akan terima Tengku sebagai ibu saya,"pinta aku.Aku tidak mahu berdrama lagi.Aku tak nak kusutkan fikiranku dengan masalah dalam sebegini.Lagi satu,aku risau Tengku Syamil tiba-tiba balik dan tahu hal sebenar.

Tengku Zanariah menangis di hadapanku dengan hiba.Aku keraskan hatiku walaupun aku turut bersimpati kepadanya."Maafkan mama,Sofia.Walaupun Sofia tak dapat terima mama tetapi kasih sayang mama tak akan pudar."

Aku sebak dengan kenyataan itu.'Kalau mama sayang saya,mama tak akan tinggal saya dan abah.'Aku mengunci bibirku.Tengku Zanariah menyentuh bahuku.

"Mama nak Sofia tau yang mama betul-betul tak salah.Mama dah tak tau macam mana nak yakinkan Sofia tetapi mama reda.Mama harap Allah membuka segala kebenaran satu hari nanti."Tengku Zanariah melangkah keluar dari rumah Tengku Syamil.Aku melayan perasaan aku sendiri.Kenapa aku begitu tegar melayan ibuku begini?Apa salahnya jika aku maafkan dia?"

****
Abah menjenguk-jenguk kepalanya ke belakang Tengku Syamil."Rara mana?"tanya abah apabila tidak melihat kelibat anaknya mengikut Tengku Syamil.

"Hmmm...Ammara di rumah.Syamil datang sorang saja sebab Syamil ada hal nak cakap dengan abah."Tengku Syamil melabuhkan punggung di atas sofa.Abah memandang kepadanya.Kenyataan Tengku Syamil sepertinya serius saja.

"Kenapa,Syamil?Ammara ada buat perangai ke?"tanya abah dengan rasa berdebar.Ammara, anaknya itu memang nakal dan keras kepala.Pasti kelakuannya membuat Tengku Syamil tak senang hati.Abah menggeleng-gelenglakan kepalanya.

"Eh,tak adalah,abah!Rara tu baik orangnya."Lega dadanya mendengar kata Tengku Syamil

"Habis tu?Pasal apa yang Syamil nak cakapkan ni."

Tengku Syamil menarik nafasnya dalam-dalam sebelum mengajukan hajatnya.Malu dan takut bermain dalam hatinya."Hmm...Syamil malu tapi Syamil perlu cakap juga.Abah jangan pandang serong kepada Syamil lepas Syamil cakap."Tengku Syamil teragak-agak namun hajatnya perlu dilunaskan.Itu ikrar dengan dirinya sendiri telah menikahi Ammara.

"Abang tak akan pandang serong pada menantu abah.Cakaplah.Abah akan bantu selagi mampu dengan kudrat abah."

Lama Tengku Syamil berfikir."Abah ajar Syamil solat dan mengaji boleh?Syamil terlalu jahil tentang hukum-hakam agama.Syamil malu dengan abah,malu dengan Ammara dan malu dengan Allah.Nama saja Islam tetapi Syamil tak amalkan pun."Tengku Syamil jujur dengan bapa mentuanya itu.Kepulangannya ke kampung tempoh hari membuka hatinya.Bertahun-tahun lamanya dia tidak berjemaah mengisi kekosongan hatinya.Apabila dia terpandang wajah isterinya bersalam selepas solat,dia terasa dirinya begitu kerdil untuk membimbing isteri nanti kerana dia rohaninya sangat kosong.

Abah mengukir senyuman kepada Syamil."Alhamdulillah.Abah syukur sangat-sangat Syamil terbuka hati untuk belajar.Tak ada apa yang nak dimalukan.Abah sikit pun tak pandang rendah pada Syamil sebaliknya abah kagum Syamil sendiri mengakui kekhilafan dan cuba belajar.Bukankah itu satu hikmah yang sangat besar?"

Berair mata Syamil memandang abah.Tidak sangka yang abahnya berfikiran sangat positif."Terima kasih,abah.Beruntungnya Syamil dapat mentua macam abah.Syamil memang dah lama tinggalkan ajaran Islam sampai solat pun Syamil tak tahu,abah.Memang Syamil kena belajar dari mula,"akui Tengku Syamil lagi.Tiada lagi rasa malu dengan bapa mentuanya.

"Syamil menyesal sangat,abah.Selepas bonda tiada,Syamil tidak mendalami Islam.Ditambah pula Syamil sambung belajar di London,lagilah bertambah hanyut.Hidup bebas dan Syamil berani teguk air haram di sana.Dosa Syamil dah tak terhitung,abah."Tengku Syamil mengesat air matanya.Matanya merah kerana menangis.Pertama kali dia menumpahkan air matanya di hadapan orang lain.

"Tak apa,abah sedia ajar menantu abah.Sukanya hati abah,Syamil nak belajar kenal Allah.Yang dah lepas tu biarkan berlalu.Syamil bertaubatlah,insyaAllah dosa-dosa lama akan diampunkan.Allah tak kejam asalkan kita ikhlas memohon keampunan dan menyesali perbuatan lama.Allah tak pandang masa silam kita jika kita benar-benar bertaubat di jalannya.Setiap orang layak diberi peluang kedua."Tenang hati abah.Selama ini dia tahu Tengku Syamil bukanlah seorang yang kuat agama tetapi dia menerima baik buruk Tengku Syamil.Asalnya dia was-was dengan pilihan anak gadisnya namun setelah mendekati Tengku Syamil,dia bukanlah sukar untuk dibentuk.Tengku Syamil mudah dilentur.

Tengku Syamil mengangguk.Mudahnya dia meluahkan kepada abah.Sekian lama dia rasa kehilangan tetapi sejak mengenali susuk di hadapannya ini,dia berasa kasih sayang ikhlas seorang ayah walaupun itu hanya bapa mentua."Baiklah,abah.Syamil cuba yang terbaik untuk bimbing Ammara dan bakal anak-anak kami nanti.Abah doakan Syamil dan Ammara ya?"

"Abah selalu doakan anak menantu abah termasuk bakal cucu abah.Syamil tak perlu rasa bersalah ke apa.Semua manusia buat salah tapi Syamil antara yang terpilih untuk kembali ke jalan Allah.Bukan semua orang dapat peluang begini.Abah bangga dengan Syamil ada niat nak bawa isteri dan anak-anak ke syurga."

"InsyaAllah.Semoga Syamil terus istiqamah.Hmmm...Abah boleh janji dengan Syamil tak?"

"Apa dia?"

"Jangan beritahu Ammara tentang ini ya.Syamil tak nak dia tau."

"Yalah,Syamil.Abah janji.Bila Syamil nak mula belajar."

"Hmm..Esoklah.Tapi hari ni Syamil nak minta tolong sesuatu dengan abah.Boleh tak?"

"Tolong apa,Syamil?"

"Teman Syamil keluar sekejap.Nak beli barang sikit."

****
Tengku Syamil menghulurkan beberapa beg kertas kepadaku.Jika dilihat label pada beg itu menandakan ianya dari butik-butik mahal.Pergi membeli-belah rupanya dia balik lambat.

Tengku Syamil yang duduk bersandar pada kepala katil.

"Bukalah isi dalam paper bag tu,"arah Tengku Syamil apabila melihat aku meletakkan barang-barang tersebut di tepi katil.

"Nak saya kemas di mana barang-barang Tengku ni?"

"Semua tu kau punya."

Aku memandang hairan kepadanya.Barang aku?Aku tidak pernah minta apa-apa dengan dia.Mengirim juga tidak ada.Sebagai tanda apakah dia menghadiahi aku barang-barang butik mahal?

"Saya punya?Sempena apa?Saya tak ada kirim apa-apa rasanya."

"Tak payah banyak tanyalah.Buka dan ambil saja."

Aku mencebik.Beg-beg plastik itu aku buka satu persatu dan di dalamnya ada lima pasang baju kurung pelbagai warna dan corak."Banyaknya baju kurung?Untuk saya ke semua ni?"Aku bertanya tidak percaya.Corak baju yang ringkas berwarna pastel dan lembut buat aku suka.Aku cuba gayakannya.

"Hmm..Tapi baju kurung banyak-banyak saya nak pakai ke mana?Bukan ada kenduri pun."

"Aku nak kau pakai baju kurung saja ke pejabat.Baru nampak sopan dan ayu."Dengan lagak bersahaja dia memberi arahan.

"Haa?Habis baju saya yang banyak-banyak tu nak buat apa?Saya jarang pakai baju kurung pergi kerja."

Habislah fesyen aku.Sebenarnya aku bukanlah kisah sangat dengan fesyen tetapi aku suka yang indah di mataku.Aku rasa fesyen aku tidaklah keterlaluan cuma di mata Tengku Syamil fesyen pilihanku agak seksi.'Huh...'Memang hak Tengku Syamil tidak boleh menjadi hak orang lain.

"Kau boleh pakai selain baju kurung tapi yang longgar dan tertutup.Yang ketat-ketat dalam almari tu kau boleh packing bagi orang."

Aku duduk lemah di bucu katil bersama baju-baju kurung baharuku.Aku sayangkan pakaian aku.Sampai hati Tengku Syamil suruh aku beri kepada orang.Semuanya aku beli dengan hasil titik peluhku sendiri.

Aku menunduk diam.Mahu membangkang bukannya ada pertimbangan pun.Diam lebih baik.

"Jangan tarik muka macam tu.Aku bukan tak bagi kau bergaya pun.Cuma gaya kau perlu lebih sopan.Kan banyak fesyen hijabista terkini yang cantik-cantik."Tengku Syamil membebel kepadaku.

"Hmm...Yalah-yalah."Aku mengalah.Tak apalah,lagipun baju yang dia belikan semuanya cantik-cantik.Jadi perempuan Melayu terakhirlah aku lepas ni.

"Tu dalam satu paper bag lagi ada tudung."Tengku Syamil menunjukkan beg berjenama Naelofar Hijab.'Hmmm..Dia nak suruh aku bertudung pula.Lengkap sepersalinan dia belikan untuk aku.'

Aku buka beg kertas itu ada 5 helai tudung Naelofar."Kenapa tudung mak cik-mak cik?"Aku merungut lagi.Ada ke patut dia belikan aku tudung sauk.

"Apa mak cik?Kang senang tu,kau tak payah nak gosok,nak belit-belit bagai.Sarung je dah siap.Aku pilih yang paling senang untuk kau bersiap."

"Tak nak.Tak suka.Ni tudung mak cik-mak cik.Saya tak nak pakai.Opah sesuailah ni."Aku memasukkan balik tudung itu ke dalam beg kertas.Aku tak akan pakai tudung sauk kerana aku rasa hodoh memakainya.Aku lebih rela pakai shawl yang berjam-jam belitnya.

Tengku Syamil datang dekat padaku."Mak cik kau cakap?Naelofar kot."

"Memanglah tapi tak nak tudung macam ni.Lagipun,saya tak nak pakai tudung lagi.Janganlah paksa saya.Saya dah banyak ikut kehendak Tengku."Aku meminta-minta kepada Tengku Syamil.Aku tahu aku perlu berhijab tetapi aku tidak bersedia lagi.

"Okaylah,aku tak paksa tapi kau kena cuba belajar sekali-sekala.Tudung opah ni simpan dulu,kot-kot berguna juga satu hari nanti."Tengku Syamil menyimpan semula hijab itu ke dalam be kertas tersebut.Aku lega kerana dia tidak memaksanya.Kemudian,diambilnya satu lagi beg dan dia mengeluarkan baju tidur yang sememangnya seksi bagiku.'Apa benda pula dah?'

"Pakai yang ni malam ni?"pintanya dengan senyuman manja.Dahi aku sudah kelihatan garisan kerutan.'Seksinya baju tidur ni.'Aku belek-belek,semuanya baju tidur parang lutut tali halus.'Super sexy.'Tidak pernah aku memakai baju tidur seseksi ini hatta tidur bersendirian.

"Seksi sangat ni,Tengku.Baik tak payah pakai apa-apa kalau macam ni."Aku mengangkat baju berwarna peach dan kuukurkan ke badanku.

Tengku Syamil duduk di hadapanku yang sedang berdiri."Seriuslah kau tak nak pakai apa-apa.Aku lagi suka."Tengku Syamil mengelipkan matanya berkali-kali,buat muka comel pula.'Gatal.'

Aku berdalih."Bukan macam tu.Baju ni pakai dengan tak pakai macam sama saja.Itulah maksud saya.Tengku tu terlebih horny,bayang yang pelik-pelik."

Dia menarik pinggangku rapat ke mukanya.Dia menyembamkan mukanya pada perut rampingku."Aku horny pun sebab kau.Kau seksi sangat,mana aku tak horny.Sebab tu aku tak nak lelaki lain tengok kau.Mungkin lelaki lain juga rasa macam yang aku rasa."

"Tengku ni yang mana satu?Kejap nak seksi,kejap tak nak."

Dia mendongak."Keluar rumah bersopan.Dengan aku,kau kena seksi."

"Seksi dengan Tengku tak apa?"Aku buat-buat tanya padahal aku tahu aurat aku dan dia sudah tiada batasannya.

"Kau hak milik aku dan halal untuk aku."Pinggang aku dia dakap dengan erat.

****
Aku terjaga dari tidurku jam dua pagi.Tengku Syamil masih lena di sebelahku.Dia tidur kepuasan setelah bersamaku tadi.Wajah seriusnya aku tatap.'Tak sangka dia suamiku.'Aku mahu menyentuh pipinya tetapi tidak jadi kerana takut aku kejutkan dia.'Handsome juga dia ni.Ada masa dia ni baik juga.'Renunganku membuat bibirku lebar mengukir senyuman.Adakah aku akan terus bersamanya?Dia pula tiada tanda untuk lepaskan aku.Semakin dikawal hidup aku adalah.Biarlah takdir yang menentukan setakat mana jodoh kami.

Dalam keadaan sejuk itu,tekak aku terasa kering pula tengah-tengah malam begini.Aku mencapai baju tidur aku yang tersadai atas lantai tepi katil dan kusarungkan ke badanku.Dengan langkah malas,aku menuruni katil menuju ke ruang dapur.Kesuraman lampu dinding membantu aku melihat dengan jelas keadaan rumah itu.

Leganya tekakku dibasahkan dengan air penapis sejuk yang kuteguk.Aku menekan punat penapis air sekali lagi dan menadah cawanku pada corong penapis.

"Kau buat apa?"Tengku Syamil menyapa aku.

"Abah!!!"Terlatah pula.Aku mengurut dadaku kerana terkejut dengan sapaan Tengku Syamil yang tiba-tiba itu.'Issh...Suka buat orang terkejut.'

Dalam kesamaran cahaya,dia yang berseluar pendek datang kepadaku.Air yang aku tadah,aku teguk untuk menghilangkan dahaga.Aku dipeluk dengan kuat."Kenapa kau tinggalkan aku?"

"Saya haus,saya keluar minum air."

Tangannya di pinggang semakin kemas memeluk tubuh langsingku."Aku rindu kau.Kau dah buat aku mabuk,Ammara."Tengku Syamil merengek seperti anak kecil di cuping telingaku.Hangat tubuhnya buat aku terbuai dengan nafsu aku sendiri.Aku tidak mengerti apakah jenis hubungan aku dan Tengku Syamil.Sama-sama tidak ada perasaan cinta tetapi saling melangkaui batas dengan rela.Godaan demi godaan datang menerpa aku dan dia di kala kami berduaan.Aneh bukan?Dia terlalu bijak menumbangkan aku atau aku terlalu lemah untuk menepis godaannya?

Di saat ini juga Tengku Syamil terus-terusan memancingku lagi."Ammara,aku nak kau."

Bibirku mengukir senyuman.Aku tahu kehendaknya.Bukan kata-kata sahaja yang diutarakan malahan tangan dan bibirnya serentak bertindak.Tangannya sudah mendarat di bahagian intimku seiring dengan bibirnya menjamah bahu dan belakang aku yang terbuka.Dia menarik dan mengangkatku naik ke atas 'table top' itu lagi lalu menyelak dress tidur ke atas.Dia tidak lagi berlembut seperti pertama kali dahulu.Kini,dia lebih liar mengerjakan aku.

Bibirnya menggomol buah dadaku sehingga aku kehilangan nafas.Aku tidak keruang lagi.Aku rela diperlakukan apa saja oleh Tengku Syamil."Touch me like you do,Tengku Syamil,"kataku dengan tercungap-cungap.Aku dapat melihat Tengku Syamil tersenyum bangga dengan kata-kataku.Kedua-dua kakiku dibuka dan dia telah membawa aku belayar jauh ke lautan nafsu yang aku tidak dapat bendung lagi.Aku merelakan segalanya."Tengku,you are too hot."

Keringat yang membasahi dahinya tidak diendahkan dan semakin galak dia menghempap tubuhku.Aku tidak melawan kerana aku asyik dengan hayunan Tengku Syamil.Tidak habis di situ,Tengku Syamil mendukung aku masuk ke dalam bilik.Entah pukul berapa kami terlelap,aku tidak pasti.Lemau tubuhku.

hello..Miss J baru sempat update.Sorry terlambat..hehe..Syg korang semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience