Keringat panas mula membasahi dahiku tatkala penat berjoging di sekitar vila nenda.Lelah.Aku perlahankan langkahku dengan berjalan sambil menghirup udara pagi yang segar.Aku menarik nafas beberapa kali.Tenang dan nyaman sekali.Ditambah pula kawasan vila nenda dipenuhi pokok-pokok hijau dan bebunga berwarna-warni mengindahkan lagi pemandangan.
Aku berehat di bangku di bawah pepohon 'sakura' yang lebat bunganya.'Boleh feeling-feeling Jepun gitu.'Mataku memandang kawasan vila yang luas dan dapat memuatkan dua stadium bola sepak itu itu dihiasi landskap yang teratur,kemas dan indah.Aku bersendirian di situ.Rasa tenang sekejap hidup tanpa kongkongan Tengku Syamil.
Arrghhh!!!!Sebulan aku bergelar isteri Tengku Syamil.Tiada apa yang menarik untuk aku ceritakan.Aku masih dalam proses mengenali hati budi Tengku Syamil.Perlahan-lahan aku cuba memahami dia.Dia seorang tegas tetapi agak baik juga orangnya.Sendirian aku memikirkan Tengku Syamil,aku tersenyum.Dalam ketegasannya,dia tidak pernah menyakiti tubuh badanku.Walaupun pernikahan ini tidak pasti bilakah penghujungnya,aku masih mampu bertahan dengan karenah Tengku Syamil.
"Ehem...Ehem..Senyum sorang-sorang.Ingat cik abang kat rumah ke?"tegur satu suara.Aku terus menoleh kepada suara garau itu dan pemiliknya menghadiahkan senyuman kepada aku.
"Tengku Amir?Buat apa di sini?"Aku bertanya sebaik menoleh kepada Tengku Amir yang tercungap-cungap.Bajunya ada kesan tompokan peluh.Dia tersengih kepadaku sambil melakukan senaman 'cooling down'.
"Joginglah.Ammara joging juga?Waauu..hebat."
Aku tersipu-sipu.Aku bukanlah joging sangat,sengaja ambil angin pagi memandangkan mataku tidak dapat dilelapkan selepas subuh tadi.Nenda pula melarang aku membantu sediakan sarapan,aku kebosanan.
"Saya ronda-ronda kawasan je,taklah joging sangat.Bosan tak ada apa nak buat pagi-pagi."
Tengku Amir duduk melunjurkan kakinya di atas tanah.Raut wajahnya buat aku teringatkan seseorang.Ada iras-iras dan persamaan.
"Tak ajak Abang Syamil ke?"
Aku malu-malu mahu menjawab soalan Tengku Amir.Tengku Syamil tertewas selepas Subuh tadi.Dia menyambung setelah kepenatan.'Arrghhh...Tengku Syamil buat aku mabuk pagi-pagi.'
"Tengku Syamil tidur.Nak gerak tak sampai hati pula.Nenda pula sibuk buat sarapan tapi tak bagi saya masuk dapur.So,saya keluarlah ambil angin."
"Bonda Zana kan ada?Boleh borak-borak dengan Bonda Zana.Dia baik tau,lemah lembut orangnya,"cadang Tengku Amir.Aku berbual dengan Tengku Zanariah?Memang tidaklah.Janggal untuk aku berbual dengan Tengku Zanariah dan aku tidak sesekali berminat merapati wanita itu.Aku kecewa dengan wanita itu kerana telah meninggalkan aku dan abah.
"Saya seganlah dengan Tengku Zana."Aku mengukir senyuman kelat apabila nama Tengku Zanariah disebut.
"It's okay.Take your time.Hmm..Ammara happy dengan Abang Syamil?"
"So far so good.Happy saja."Jawapan yang paling selamat dengan soalan Tengku Syamil.Secara jujurnya aku tak rasa apa-apa pun.Sedih pun tidak,gembira pun tidak.Perasaan biasa-biasa saja bersama Tengku Syamil.Selagi dia tidak mencederakan aku,selagi itu aku tak kisah hidup dengannya.
Tengku Amir menghela nafas."Ammara nak tau tak?"
Aku kerutkan dahiku."Apa Tengku?"
"Eh,janganlah panggil Tengku!Panggil saya Amir saja ya Cik Puan Ammara."
Aku membetulkan kedudukan aku.Aku mula rasa keseronokan berbual dengan lelaki ini."Baiklah,Amir.Apa yang Amir nak beritahu tadi?"Aku tidak sabar mahu tahu.
"Pasal Abang Syamil."
Aku semakin tidak senang duduk apabila nama suamiku disebut."Kenapa dengan dia?"
"Dah berubah sikit lepas kahwin dengan Ammara.Nenda kata,dia dah selalu balik sini.Tak macam dulu punyalah liat nak datang sini lagi-lagi kalau ada Auntie Salina."
Aku tahu tentang itu sampaikan nenda telefon dan datang ke pejabat berkali-kali.Aku pun pelik dengan perangai introvert dia."Hmm..Kenapa ya Abang Syamil tak nak balik?Dulu selalu sangat nenda call office sampai saya tak tahu nak jawab apa."
"Dulu Abang Syamil periang orangnya.Amir memang rapat dengan dia sejak kecil lagi.Maklumlah Amir tak ada adik-beradik,jadi Abang Syamil tempat Amir mengadu.Selepas bonda Abang Syamil meninggal,dia berubah jadi pendiam tetapi dia masih baik dengan Amir.Nenda dengan Bonda Zana yang jaga dia tetapi dia lebih banyak tinggal di asramalah."
"Hmmm..Kan dia ada ibu tiri,Cik Puan Salina?"Aku ingin tahu.
"Apa Abang Syamil tak cerita pada Ammara tentang konflik Auntie Salina dan keluarganya?"
Aku menggeleng.Sungguh aku tidak tahu-menahu tentang dirinya.Dia pula tidak pernah bercerita kepadaku."Abang Syamil tak pernah cerita apa-apa.Lagipun,saya baru saja mengenali dia."
"Amir rasa maybe Abang Syamil tak bersedia nak cerita sejarah hitam kehilangan bondanya.Sampai masa nanti mungkin dia akan beritahu Ammara."
"Amir tak nak beritahu saya ke?Actually,Ammara tak tahu sangat tentang suami Ammara.Dia macam mana?Siapa dia sebelum ni?"Aku meluahkan rasa dengan selesa kepada Tengku Amir.Dia memandang hairan ke arahku.
"Sekejap.Amir tak faham kenapa Ammara cakap yang Ammara tak tahu tentang Abang Syamil?Takkan selama bercinta dengan Ammara,dia tak pernah cerita apa-apa?"Tengku Syamil memandang pelik.
'Aduh,aku terlepas cakap pula!Takkan nak cakap aku tak pernah bercinta pun dengan Tengku Syamil.Terpaksalah aku temberang sikit."
"Abang Syamil tak nak cerita tentang masa silam dia.Ammara pun tak tahu kenapa."Aku berbohong padahal aku tidak pernah ambil kisah.Cuma hari ini hati aku tertarik untuk tahu lebih mendalam.
"Mungkin Abang Syamil tak bersedia nak kongsi cerita.So,Amir pun tak berani nak cerita lagi.Lebih baik Ammara tahu dari mulut dia sendiri."
Jawapan Tengku Amir sangat mengecewakan aku.Kenapalah dia mulakan cerita jika tidak mahu habiskan?Aku mula tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup Tengku Syamil sehingga dia jadi seseriud itu.
****
Aku seiringan berjalan dengan Tengku Amir masuk ke vila.Tengku Syamil berdiri di muka pintu dengan wajah masam mencuka.Aku buat-buat tidak nampak dan tidak faham.Dari riaknya itu aku tahu dia tidak senang hati dengan kemesraan aku dengan Tengku Amir.
"Ke mana?"Dia bertanya serius.
"Ambil angin pagi,"jawabku.Dia mengangkat sebelah keningnya ke atas.Tepat matanya memandang wajah tidak bersalah aku.'Memang aku tak buat salah pun.'
"Berdua?"Lain macam nada Tengku Syamil bertanya.Aku pun tak faham dengan dia.
"Kalau berdua kenapa Abang Syamil?Salah ke?"Tengku Amir menyoal dengan ceria.Berani sungguh dia menyoal dengan muka ketat Tengku Syamil.Keakraban mereka agaknya buat Tengku Amir tidak takut dengannya.
"Memang tak salah.Tapi Ammara kan isteri abang."
Tengku Amir dengan tawanya terus melabuhkan tangannya pada bahu Tengku Syamil."Rilex bro.Janganlah cemburu sangat.Kakak ipar Amir kot,takkan Amir nak caras pula.Amir terserempak dengan Ammara joging pagi tadi bukan pergi sama-sama."Tengku Amir menerangkan apabila melihat muka abang sepupunya tidak begitu manis.
Tengku Syamil mengerlingkan lirikan matanya kepada aku."Siapa kata abang jealous?"Tengku Syamil menafikan yang dia cemburu.Aku juga yakin dia tidak cemburu tetapi sikap kepunyaan hak dia membuat jiwanya tidak tenteram.
"I know you,bro.Nampak muka pun tak berapa nak berseri tu.Keep calm."Tengku Amir mencubit pipi abang sepupunya itu dengan riang.Akhirnya,Tengku Syamil tersenyum kembali.
"Pandailah kau,Amir."
"Apa kecoh-kecoh ni?Jom makan,nenda dah siap hidang tu,"ajak Tengku Zanariah yang muncul di situ.Kedua-dua sepupu itu saling meletakkan tangan pada bahu masing-masing.Aku mengekori langkah mereka dari belakang.
Tengku Syamil menoleh kepadaku dan membesarkan matanya kepada aku.Kisah pula aku?Aku malas melayan malah wajahku dipalingkan ke tempat lain.
Sehingga di meja makan,kami mengambil tempat masing-masing.Tengku Syamil seperti biasa akan duduk di sisi aku."Siap kau,"bisiknya di telingaku.'Adalah tu yang dia tak puas hati.'
"Tengku dah kenapa?Kita di meja makan ni.Jangan ajak saya gaduh dengan Tengku kat sini."Aku membalas bisikan tadi manakala mataku tetap menjeling sekeliling.Mana tahu ada yang memasang telinga mencuri dengar.
"Haa..Bisik apa tu?Tak cukup dengan rumah sendiri nak sweet-sweet,sambung pula kat sini.Dah sebulan kahwin mood pengantin baru lagi dua orang ni,"sapa nenda dengan senyuman nakal.
"Syamil rindulah,nenda.Bangun-bangun buah hati tak ada kat sebelah."
Huh!Mata ke atas tangan ke dada.Aku menyampah dengar dia kata-kata propa daripada mulut Tengku Syamil.Depan nenda bukan main lagi dia berlakon,kalau dengan aku saja tidak adanya kemanisan itu.'The King of Propa.'
"Syamil tu yang manja lebih-lebih,nenda tengok Ammara biasa-biasa saja."
"Depan orang memanglah dia malu,nenda.Kalau dengan Syamil,manja dan mengada dia lain macam."Tengku Syamil menokok tambah cerita yang tidak betul.Aku biarkan saja cerita dongeng Tengku Syamil itu walaupun tak benar.Malas aku hendak ambil kisah hal seremeh itu.'Cakaplah apa pun Tengku Syamil asal awak bahagia.'
"Betul ke ni,Ammara?"Nenda beralih soalan kepadaku.
"Betullah tu,nenda.Sehari tak jumpa Tengku Syamil ni boleh gila Ammara."Aku mengiakan saja kata-kata Tengku Syamil.Ucapanku disambut dengan hilaian tawa daripada penghuni di situ kecuali Tengku Syamil.Mungkin dia tidak jangkakan aku akan iakan saja gurauan dia.'Argghhh..Lantaklah."
"Cewaahhh...Sweet sangat Abang Syamil dengan Ammara.Amir nanti pun nak cari macam Ammara jugalah."Tengku Amir mencelah.
"Kak long,Amir.Ammara ni pangkat kakak ipar Amir kan?"
"Oooppss...Sorry abang.Baiklah,Amir panggil kak long."
****
Aku menggeliat membetulkan tulang belakangku yang lenguh mengadap komputer.Aku perlu siapkan kertas kerja untuk seminar Tengku Syamil minggu depan.Aku menarik nafas dalam-dalam melepaskan lelah dan melegakan otak aku yang banyak berfikir.Jam sudah pukul 1.00 pagi,aku seorang di dalam ruangan itu.Suasana sunyi saja,mungkin Tengku Syamil sudah masuk tidur ke dalam bilik.
Mataku tertumpu kepada beberapa gambar yang terletak elok dalam bingkai.Aku tertarik dengan sekeping gambar Tengku Syamil didakap oleh seorang perempuan manakala Tengku Amir juga dipeluk oleh seorang lagi perempuan.Aku kira mereka ialah ibu kepada mereka berdua.Mata aku memandang wajah Tengku Syamil dan ibunya.Senyuman seiras dan Tengku Syamil kelihatan sangat comel pada waktu kecilnya.'Mesti anak Tengku Syamil pun akan secomel papanya nanti.'
Aku meletakkan semula gambar tersebut lalu menyambung kerja kembali.Aku merujuk draf yang aku catat untuk menyusun ayat-ayat yang sesuai.
Tidak lama kemudian,Tengku Syamil muncul di hadapan pintu dengan wajah mamai mengejutkan aku."Kau tak reti nak tidur lagi ke?"tegur Tengku Syamil yang berjalan semakin dekat dengan aku.
"Hmmm..Nak siapkan kerja dulu.Tengku pergilah tidur."
"Dah pukul 1.00 pagi ni.Esok kau mengantuk pula."
Tengku Syamil berada di belakangku.Dia menundukkan tubuhnya lalu menyangkutkan dagunya pada bahuku."Jomlah teman aku tidur.Aku tak ada teman nak peluk."Ajakannya sungguh menggoda.Aku kawal perasaan supaya tidak terus terbuai dengan pujuk rayu Tengku Syamil.
"Saya banyak kerjalah,Tengku.Kan ada bantal peluk,Tengku peluklah bantal tu."
Namun begitu,Tengku Syamil lebih pantas memasukkan tangannya melalui leher bajuku dan mendarat pada payudaraku."Aku tak nak bantal.Bantal kaku tak ada respon pun.Tak syok."
Aku menarik nafasku yang semakin tidak keruan.'Damn,Tengku Syamil.Kenapa kau suka menggoda aku di saat-saat begini.'Mata aku pejamkan rapat menikmati gerak tangannya pada buah dadaku.
"Aku tau kau tak akan pernah menolak aku.Please ikut aku ke bilik,"Tengku Syamil memancingku.Tangan aku ditarik dan bagaikan dipukau aku mengikutinya tanpa membantah.Sungguh hebat penangan Tengku Syamil kepada aku.
Ketika di pintu,Tengku Syamil menolak aku ke dinding dan mengucup liar bibirku.Butang bra aku di dalam baju sudah dilonggarkan dan ditanggalkan.Setelah puas bercium,Tengku Syamil menyambut tubuhku lalu mendukung aku ke bilik tidur sebelah sana.
'Selamat tinggal proposal.Esok kita jumpa lagi.'Aku lemah dengan pujuk rayu jejaka 'hot' ini.'Arghhh...Ammara.'
****
"Ammara,kau sihat tak?"Suara Kak Nani dan Meo kedengaran sayup-sayup di cuping telingaku.Aku rasa bahu aku ditolak-tolak lembut.Lantas,aku memaksa kelopak mataku terbuka.
"Dah pukul berapa?"Aku bertanya dalam keadaan mamai.Berat sungguh untuk membuka mataku.Mengantuk yang amat.Entah pukul berapa aku terlelap,aku pun tidak pasti.Gara-gara termakan pujuk rayu Tengku Syamil,mata mengantuk,kerja pun tak siap.Nasib kaulah,Ammara.'Kau pun apa kurangnya.Pantang disentuh,terus cair.'
"Dah habis waktu lunch ni.Kau sihat tak,babe?"Meo meraba-raba dahi dan leherku.Aku masih melentuk di atas meja.
"Aku sihatlah.Cuma mengantuk saja.Aku tidur lewat buat proposal.Itu pun tak sempat siap lagi ni.Tolonglah aku,Meo."Aku buat wajah comel dan mengantuk itu kepada Meo.
"Kau ni buat kerja sampai lewat malam.Bos kita tu tak cari ke kau tak ada sebelah dia malam-malam?Ke dia tidur mati?Atau dia paksa kau buat kerja sampai larut malam."Meo membebel.Semua tekaannya itu salah.Disebabkan dia mencarilah,aku tidak bermaya hari ini.Tak akan aku mahu cerita hal itu kepada Meo.Malulah aku.
"Dia tak tau.Aku cakap nak tidur awal tetapi aku leka sangat buat sampai tak sedar malam berlalu dengan pantas."Aku mereka cerita.
"Nantilah aku tolong kau.Pergi basuh muka kau tu.Tak senonoh sangat aku tengoknya.Macam orang sting,"Meo mengomel tanpa henti mengalahkan perempuan sejati.Aku ketawa lalu ke bilik air yang tidak jauh dari situ.
Sekembalinya aku dari bilik air,aku nampak Meo sudah duduk mengadap komputer riba aku.Untung aku dapat kawan macam Meo yang selalu membantu aku.
"Tak banyak pun lagi proposal kau ni.Eleh..setakat banyak ni,kacang saja.Dengan jurus kuasa bulan yang aku ada,sekelip mata boleh siap."Meo berkata kepadaku buat aku tergelak.Memang tinggal sikit saja lagi tetapi aku tidak sempat siapkan.Aku menarik kerusi duduk di sebelah Meo.
"Haaa..Aku tolong kau ni bukan sebab aku nak bodek kau tau.Sebab kau kawan aku."
"Aku taulah.Sebab tu aku sayang kau lebih."Aku memuji.
"Ehem...ehem..Yang di sebelah sini tak sayang ke?"Kak Nani menyampuk dari mejanya.
"Yang di sana pun Ammara sayanglah.Nanti Ammara belanja korang berdua makan."
Kemesraan kami bertiga tidak dapat disangkal lagi,seperti adik-beradik.Aku bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang baik.Meo tekun membantu aku dan tangannya laju menaip.
Tidak lama selepas itu,Tengku Syamil masuk dengan muka bengis.Dia berdiri di hadapan aku dan Meo."Ammara,mana proposal yang saya suruh siapkan?"Keras nada suaranya bertanya kepada aku.Emosinya kurang stabil hari ini.Aku pun tidak tahu mengapa.Sebelum makan tengah hari lagi dia muncung semacam keluar dari biliknya.
"Eerrr...Saya dengan Meo tengah siapkan ni."Aku menjawab.
Pangggg!!!!!!Meja aku ditepuk kuat oleh Tengku Syamil.Terperanjat aku dan Meo ketika itu.
"Due date lagi dua tiga hari,masih tak siap?Macam mana kau buat kerja ni?Aku tak kira by hook or by crook,proposal tu kena siap hari ini juga."Tengku Syamil menengking aku dengan kuat.Berubah air muka aku dengan tengkingan itu.Dia marah aku di hadapan staf yang lain seperti aku tiada rasa malu.Aku mengetap bibir kerana geram.
"Tapi Tengku..."
Percakapan aku dipotong,"Tak ada tapi-tapi.Jangan ingkar arahan aku.Do your work now!"tengking Tengku Syamil lagi di hadapan mukaku.
"Kau,Meo.Duduk kat tempat kau sekarang.Buat kerja kau sendiri,tak payah nak baik hati sangat tolong Ammara."
Meo serba salah bangun dari tempat duduk aku dan beralih semula ke meja kerjanya.Aku tundukkan pandangan dengan rasa geram.'Siap kau,Tengku Syamil.'
Tengku Syamil berlalu dengan selambanya masuk ke bilik kerja tanpa memikirkan perasaan aku.
****
"Nah,ambil kertas kerja ni!"Kertas kerja yang telah siap 'binding' aku campak dengan kasar di atas meja Tengku Syamil.Dia terpinga-pinga memandangnya.Ingat dia saja ada darah panas?
'Eee...Sakit hati aku ditengking begitu.'
"Kau ni dah kenapa,Ammara?"
Muka tiada perasaan dia buat aku bertambah sakit hati.Boleh dia bertanya kenapa dengan aku?Bencinya aku dengan lelaki ini.
"Tengku tanya kenapa?Tengku yang beria tengking saya nak proposal ni tadi kan?Dah hilang ingatan ke?"Aku mencerlungkan mata dan tanganku disilangkan.Suaraku juga ditinggikan ketika ini.Aku bukanlah perempuan yang penuh dengan kelembutan membiarkan saja dia sewenang-wenangnya menengking aku di khalayak ramai.
"Yang kau angin sangat kenapa?Dah memang kerja kau,buat sajalah."
"Memang saya angin.Siapa yang pujuk saya malam tadi?Kalau tak sebab pujuk rayu Tengku tu,saya dah siap proposal ni.Tak adil jika Tengku nak salahkan saya seorang saja,"Aku meluahkan rasa di hatiku.Selama bekerja dengan dia,ini kali pertama dia menengking aku di hadapan staf lain lagi-lagi sekarang aku bergelar isterinya.Adakah dia ingin menunjukkan kekuasaannya?
Huh!!!Nak tunjuk kuasa tidak kena pada tempat.Air muka aku perlu dijaga juga.Memang sejenis tidak pedulikan apa yang orang lain rasa.
"So,kau nak salahkan aku?"
"Taklah,saya yang bersalah.Saya yang tak pandai menepis ajakan Tengku.Tengku orang yang suci,mana pernah buat salah."Aku menyindir.Lelaki tidak mahu mengaku salah memang tidak boleh bercakap secara berterus-terang.
Dia diam agak lama."Sorry."Dia berkata tanpa memandang aku.Maafnya seperti tidak ikhlas saja.
"Sorry?Macam tu saja?"
Dia mengangkat muka memandang aku yang berdiri di hadapannya."Habis tu kau nak aku buat apa?"
"Okay,fine.Saya malas nak panjangkan cerita.Saya balik dulu.Hari ni saya balik rumah abah.Esok saya nak cuti."Aku beritahu tanpa meminta izin atau kelulusan daripadanya.Pedulilah,dia nak marah aku atau tidak.Sama ada dia mahu pecat,aku tidak kisah.
"Ammara."Tengku Syamil memanggil namun aku tidak berpaling dan menghilang di sebalik pintu.Lega aku dapat balas apa yang dia buat kepada aku tadi.
****
Aku sampai di rumah abah lebih kurang pukul 9.00 malam.Kereta Tengku Syamil sudah tersadai di hadapan rumah abah.'Sibuk balik sini juga.'
"OMG,Ammara.Kau cakap Tengku tak balik sini?Ni kereta dia ada sini.Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena marah nanti."Meo mula gelabah.Selepas waktu kerja tadi,aku melepak dengan Meo dan Kak Nani di ibu kota menghilangkan stres.
'Guess what?'Kenapa dia gigih sangat balik sini?Tak akan cari aku?
"Kau tak payah gelabahlah,Meo.Pandai akulah handle bos poyo ni."
"Tak baik cakap macam tu.Poyo-poyo dia pun laki kau,Ammara.Berdosa kau melawan cakap suami tau."Meo berceramah kepadaku.Asyik-asyik ikut cakap dia makan hati juga aku.
"Kau diamlah,Meo.Aku malas nak serabutkan otak.Taulah aku nak buat macam mana.Aku balik dulu."Aku tenang saja.Sudah bersedia mahu bertikam lidah Tengku Syamil yang garang tidak bertempat.Aku bukan patung dia nak marah sesuka hati.Memang silap oranglah.
"Okay,babes.Jangan fight-fight tau,tak baik."Meo sempat berpesan kepadaku.Nampak gayanya pesanan Meo itu umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sajalah.
"Aku masuk dulu.By the way,thanks hantar aku dan bawa aku makan-makan."Aku melambai Meo yang memacu kereta hingga hilang daripada pandangan mata aku.Aku menghela nafas lalu melangkah masuk ke dalam.Salam yang aku berikan dijawab oleh abah dan Tengku Syamil yang berbual di ruang tamu.
Tengku Syamil berlagak biasa berbual dengan abah.Aku masuk tanpa pedulikan dia dan bersalam dengan abah.
"Rara ke mana lewat balik ni?Suami Rara ni dah risau dari tadi tunggu Rara."Abah menyoalku.Tengku Syamil yang menyandar di sofa aku jeling.Dia pura-pura menonton televisyen.
"Lewat ke abah?Dulu kan Rara selalu balik waktu-waktu macam ni."
"Dulu lainlah,Rara bujang lagi.Sekarang kan Rara dah ada suami.Cakap dengan suami Rara nak ke mana-mana.Kasihan Syamil call Rara tak dapat-dapat."Abah menasihatiku.
Aku duduk sebelah abah dan memeluk lengannya dengan manja."Alaa..Sorrylah,abah.Phone Rara tak ada bateri tadi.Rara tak ke mana-mana pun tadi,pergi makan-makan,lepak-lepak dengan Meo dan Kak Nani saja.Release tension,abah.Stres kerja.Lagipun,Tengku Syamil tak ada cakap apa-apa pun.Kan Tengku?"Aku sengaja menduga Tengku Syamil yang buat-buat tidak kisah kononnya.'Eh,menyampah pula aku!'
"Hmmm..Tak apalah,abah.Rara penatlah.Rara nak naik atas sekejap.Nak mandi dan rehat-rehat."Aku meminta diri untuk berehat.Aku menuju ke tangga dengan senang hati.Aku perasan gerak mata Tengku Syamil merenung tajam langkahku ke mendaki anak tangga.Biarkan dia.Ada aku kisah dengan amarah dia?
Aku berhenti di anak tangga kelima."Rara lupa nak beritahu,esok Rara cuti.Boleh Rara teman abah pergi meniaga esok."
Tengku Syamil menjeling aku dari tempat duduknya.'Pedulikan.'
****
'Kau fight dengan Tengku ke,Ammara?'Pertanyaan Meo yang melalui Whatsapp buat aku tersenyum.Dari tadi Meo rungsing yang aku akan bergaduh dengan Tengku Syamil.
'Bakal berperang kot,'balasku.Sejak pulang tadi,tiada adegan pergaduhan yang berlaku antara aku dan Tengku Syamil.Dia pun tidak masuk ke bilik lagi.Tidur di luar agaknya.Andai kata dia memulakan perang,aku sudah pun bersedia untuk memberi serangan balas.
Ketakkkk!!!Bunyi tombol pintu bilikku dipulas menandakan ada orang membukanyanya.Tiada orang lain,sudah tentunya suami aku,Tengku Syamil yang poyo.Aku tidak endahkan dia lalu membuka akaun Fac dan Instagram aku.Aku membalas segala komen dari rakan-rakan lamaku.Adri Watson memberi 'tanda suka' pada gambar aku bersantai di vila nenda dengan pemandangan bunga sakura Malasyia.
Tengku Syamil datang kepadaku lalu merampas telefon bimbit daripada aku apabila aku tidak melayan dia.Aku cuba merampas kembali tetapi tidak berjaya.Aku duduk di atas katil dengan sabar.'Jangan buat hal,Tengku.'
"Ada apa dalam telefon kau ni?"Dia membelek-belek telefonku.Habis segala fail dan akaun media sosial aku dia godam.Aku berharap ada mana-mana lelaki yang menghantar 'personal messenger' kepadaku.Biar dia bertambah marah.
"Tak ada apa-apalah.Pulanglah balik telefon saya."Aku meminta dengan berhemah.Dia tidak kisah lalu membuka notifikasi akaun Fac aku.
"Hmm..Adri Watson likes your photo.Amazing."Dia memandang aku dengan sinis.
"So?Tengku ada masalah?"
"Wah-wah,kau dah pandai sekarang!Aku dah cakap kat kau lupakan Adri dari ingatan kau.Hentikan segala bentuk perhubungan dengan dia."Merah padam mukanya menahan amarah namun suaranya masih dikawal.Khuatir abah aku dengar barangkali.
Aku membalas renungan matanya.Aku bangun dan berhadapan dengan Tengku Syamil.Aku nampak dia menyekat akaun Fac Adri.Kemudian,aku merampas semula telefon milikku dengan kasar."Saya tak fahamlah dengan Tengku ni.Apa yang Tengku nak sebenarnya?Apa yang Tengku tak puas hati dengan saya?"
"Aku call kau berkali-kali kau tak jawab,then kau off.Whatsapp aku satu pun kau tak balas.Kau cakap balik rumah abah.Aku sampai kau tak ada.Kau ke mana tadi?"Tengku Syamil semakin berang.
"Tengku tak dengar ke saya cakap dengan abah tadi yang saya lepak dengan Kak Nani dan Meo?Apa masalah Tengku nak menyibuk?"
"Masalahnya kau tu isteri aku.Aku tak suka kau buat aku macam tunggul.At least reply whatsapp aku kau di mana.Benda simple kan?Susah sangat ke kau nak buat?Aku tau kau marahkan aku pasal aku tengking kau kat office tadi.Okay,I'm sorry for that.Takkan sebab tu pun kau nak mogok dengan aku?"
"Memang saya sakit hati dengan Tengku.Tengku dah malukan saya depan kawan-kawan saya.Then,Tengku buat macam Tengku tak bersalah.Yang Tengku tiba-tiba angin dengan saya pasal apa?Tengku sendiri tau yang saya tak sempat pun siapkan proposal yang Tengku nak kan?"
Tengku Syamil mengambil telefonnya di atas meja sisi katil.Dia menunjukkan paparan skrin telefonnnya kepada aku."Aku marah sebab ni.Cuba kau jelaskan kepada aku?"Raut Tengku Syamil masih bengis bertanya.
Terbulat besar mata aku melihat gambar aku dan Tengku Amir sedang makan tengah hari semalam.Mana dia dapat gambar ini?Tengku Syamil sudah salah faham dengan foto yang dikongsikan oleh nombor yang tidak dikenali.
"Siapa bagi gambar ni?"Aku tergagap-gapap.Bagaimanakah harus aku jelaskan yang gambar ini tiada apa-apa makna?
"Jangan banyak tanya.Kenapa kau makan dengan Amir tak beritahu aku?Dah pandai berjanji temu sekarang?Dengan Amir pula tu."
"Dah terang-terang dalam gambar ini kami tengah makan.Apa yang saya nak jelaskan lagi?"Bagi aku tiada apa-apa yang perlu aku terangkan.Tiada yang aneh dengan gambar itu.Kenapa Tengku Syamil cuba besarkan isu sekecil ini?Kebetulan aku terserempak dengan Tengku Amir dan aku ajak dia menyertai kami.Apa yang Tengku Syamil sakit hati sangat dengan foto ini.
"Kenapa kau keluar dengan Amir tak beritahu aku?Siap bergelak ketawa.Kau ada hati dengan Amir ke?"
Helaan nafasku dilepaskan."Makan tengah hari semalam,saya hanya terserempak dengan Amir dan ajak dia makan sama-sama dengan kami.Tak ada temu janji apa pun.Tak percaya,Tengku boleh tanya Kak Nani dan Meo.Dorang ada sekali dengan saya.Saya tak tau siapa punya angkara hanya ambil gambar saya dengan Amir saja sedangkan kami berempat."Aku jelaskan situasi sebenar dan apa yang berlaku.Disebabkan foto tidak berasas itu Tengku Syamil mengamuk kepadaku.Si Tengku Syamil pula tidak mahu siasat apa-apa,terus serang aku.
"Kau jangan tipu aku."Tengku Syamil mengcengkam lengan.
"Saya tak ada sebab yang kukuh nak tipu Tengku.Saya penatlah nak cakap dengan orang cemburu buta macam Tengku.Satu pun Tengku tak nak percaya.Tengku ingat saya desperate sangat ke nak menggedik dengan mana-mana lelaki.Saya sedarlah saya ni isteri orang."Suara kembali mendatar.Tekanan darahku juga aku rasa semakin turun.
"Kau dengar sini,Ammara.Aku tak suka kau bermesra dan rapat dengan sesiapa pun yang bernama lelaki.Putuskan segala perhubungan dan persahabatan kau dengan mana-mana lelaki yang kau kenal termasuk Meo.Segala tindak-tanduk kau perlu laporkan kepada aku.Tiada lagi keluar sesuka hati kau tanpa izin aku.Kau hanya boleh keluar dengan aku saja."Tengku Syamil menetapkan syarat yang tidak masuk akal.Persahabatan aku dan Meo pun aku perlu putuskan.Cemburu jenis apakah ini?
"Tengku tak ada hak nak tetap syarat begini kepada saya.Tak adil untuk saya.Apakah saya perlu habiskan seumur hidup saya bersama dengan Tengku seorang saja?Meo sahabat saya,rakan sekerja saya,mana mungkin saya putuskan persahabatan kami."Aku membantah.Syarat Tengku Syamil sangat tidak adil untuk diriku.Kebebasan aku disekat hatta berkawan sekalipun aku dilarang sama sekali.
Kedua-dua bahu aku dipegang.Dia merapatkan mukanya dengan muka aku."Kalau kau tak nak dengar cakap aku,kau berhenti kerja.Duduk rumah jaga aku dan anak aku.Tempat kau aku gantikan dengan orang lain."
Aku mengerutkan dahiku."Nonsense.Tengku ni tak habis-habis nak susahkan saya.Saya dah ikut semua yang Tengku nak,apa lagi yang Tengku tak puas hati?I have my own life.So,Tengku kena respek kehidupan personal saya."
"Personal life kau dengan aku saja,Ammara.Degil atau aku pecat kau.Pilih mana yang kau nak?"Tengku Syamil berkeras.Aku melonggarkan cengkaman tangannya dengan kasar.Aku keluar dari bilik itu tanpa mengucapkan sepatah kata.Aku rasa berada di dalam penjara binaan Tengku Syamil.
****
"Kau sorang saja ke,Mil?Ammara mana?"Kimi terjenguk dalam kondominium Tengku Syamil mencari bayangan Ammara namun sepi.Dia ke situ selepas Tengku Syamil mengajak dia bersembang.Rutin mereka sebelum Tengku Syamil mendirikan rumah tangga,dia selalu melawati kediaman sahabatnya itu.Selepas bersama Ammara,Kimi tidak lagi menjejakkan kaki ke kondominium milik Tengku Syamil kerana menghormati privasi pasangan tersebut.
"Tak ada.Dia di rumah abah dia."Tengku Syamil menyedut rokok Dunhill dan dihembuskan ke udara.
"Patut ajak aku teman,kena tinggal rupanya."Kimk bergurau namun sikit pun Tengku Syamil tidak ketawa.
"Rilex,bro.Jangan bagi jelingan maut macam tu.Takut aku.Ce cite kat aku apa yang berlaku?Kau gaduh?Muka macam ayam berak kapur saja."Kimi mengorek cerita.Dia mengenali Tengku Syamil tak akan hisap rokok jika fikiran dia tidak serabut.Kesugulan wajah Tengku Syamil menggambarkan dia mempunyai masalah dalam benaknya.
"Jahat sangat ke aku nie,Kimi?"Tengku Syamil menyoal.Ammara tidak pedulikan amarannya.Ammara tidak mahu pulang ke kondo dan masih bergaul dengan Meo.Di pejabat,Ammara hanya menjalankan tugas seperti biasa.
"Story dulu.Baru aku boleh buat penilaian tindakan yang kau buat tu betul ke tak.Aku tak tau hujung pangkal,macam mana aku nak jawab soalan kau tu."
Tengku Syamil merenyukkan puntung rokoknya ke dalam bekas.Kimi tempat dia mengadu segala masalah walaupun rakannya itu kepala gila-gila tetapi Kimi tetap setia menjadi pendengarnya.
"Yang kau ni pun satu,cemburu tak bertempat.Mana Ammara tak marah dengan kau.Benda simple kau kecohkan.Yang kau boleh percaya bulat-bulat gambar bodoh ni pasal apa?Kadang-kadang gambar tak menggambarkan situasi sebenar.That's why kau kena tanya betul-betul sebelum serang."Hujah Kimi buat Tengku Syamil tertunduk.Hidupnya sepi tanpa Ammara selama dua hari buat jiwanya terganggu.
"Aku takut pisang berbuah dua kali.Dulu semua gambar Tasha dengan lelaki lain aku tak percaya sebab aku yakin Tasha cintakan aku dan takkan buat macam tu pada aku.I was wrong.Ammara yang memang dah tak cintakan aku ni lagi buat aku takut dikhianati lagi.Sakit hati aku,Kimi.I love her too much."
"Kau sebenarnya masih dibayangi dengan luka cinta silam kau tu.Come on,Mil.Kau sendiri cakap dia bukan macam Tasha,so apa yang kau susah hati?"
Pandangan Tengku Syamil dialihkan ke luar balkoni menikmati cahaya kerlipan lampu berwarna-warni."Kau pun tau dia tak pernah pun sukakan aku.Aku dapat tubuh dia tapi hati dan cinta dia belum tentu jadi milik aku."Tengku Syamil semakin gusar.
"Sekeras-keras hati perempuan ni,jika kena dengan caranya akan cair juga.Kau tu janganlah garang sangat.Ammara tu aku nampak bukan susah sangat nak handle tapi kau tu yang keras.Terlebih control hidup dia.Aku tak setuju kau nak sekat kebebasan dia berkawan lagi-lagi dengan Si Meo tu.Kau pun tau dorang memang rapat,apasal kau nak sekat?"
Tengku Syamil menghembus nafasnya perlahan-lahan."Aku pernah bagi kebebasan yang sama pada Tasha dan kau tengok apa yang dia dah buat pada aku?"
"Syamil,boleh tak kau jangan kaitkan Tasha?Sekarang ni kau nak handle Ammara.Tasha dan Ammara,dua personaliti yang berbeza.Tu yang kau kena tau.Bukan semua perempuan macam Tasha.Kau buang ketepi kisah silam kau dan kau cuba selami hati dan jiwa Ammara tu betul-betul.Bukannya kau sekat segala kebebasan dia.Dia pun manusia yang ada masanya nak bersosial dengan rakan-rakan.Aku takut Ammara depress hidup dengan kau,bunuh diri.Lagi haru hidup kau."Kimi cuba menasihati Tengku Syamil.Tengku Syamil terlalu takut akan kehilangan Ammara.Pengalaman pahit yang lalu menjadikan dia seorang yang autokratik mempertahankan haknya.
"Aku tau kau tak nak Ammara pun tinggalkan kau.Syamil,give her time to know who you are.Dia dah pun isteri kau dan aku yakin sangat-sangat yang dia tak akan duakan kau.Just treat her like a princess and she will falling into your arms."
****
"Ammara sihat?"tegur Pak Cik Salleh di sebelah tembok.'Orang tua ni lagi.'
"Pak cik ada nampak saya sakit ke?"jawabku.Aku bukan mahu kurang ajar tetapi aku memang tidak boleh berbasa-basi dengan Pak Cik Salleh.Aku masuk ke penjara besi Tengku Syamil angkara kebodohan Pak Cik Salleh.
"Amboi,Ammara!Kasar sangat dengan abang.Hmm...yalah,kita taulah kita ni bukan siapa-siapa kalau nak banding dengan suami Ammara tu."Pak Cik Salleh buat ayat sedih.Ada aku kisah?Tak habis-habis dengan abang.Memang jenis muka tembok tidak sedar diri.
"Saya rasa lebih baik Pak Cik Salleh masuk ke dalam sebelum saya jadi singa kat sini."
Pak Cik Salleh menelan air liur gerun dengan amaran aku."Hmmm..Yalah.Abang Salleh masuk dulu,tak nak kacau Ammara.Bye.Bye."Dia melambaikan tangan ke arahku yang memberi jelingan kepadanya.
Aku kembali termenung dia kerusi batu kecil di halaman sempit rumahku.Dua hari aku tidak bertegur sapa dengan suamiku.Aku berurusan demgannya atas dasar kerja sahaja.Segala larangannya kepadaku,aku langgar saja.Tak kuasa aku mahu patuh untuk perkara yang tidak masuk akal.
Aku menongkat dagu merenung orkid-orkid abah.Aku mencari alasan untuk leraikan ikatan perkahwinan ini jika ianya berterusan begini.Aku tidak suka hidupku dikongkong.
"Ingat pada encik suami ke tu?"Abah mengusikku yang jauh termenung.Dia turut duduk di kerusi berhadapan dengan aku.Pandangan abah seakan-akan sama dengan seseorang tetapi aku tidak pasti siapa.Matanya sangat sama dengan abah.
"Hissh...Mana ada,abah.Tak ingat sikit pun."Aku berdalih.Tak ada masa aku mahu ingat Tengku Syamil.'Monster.'
Abah senyum."Yeke?Takkan sikit tak rindu?Ni mesti tunggu kena pujuk kan?"Abah menyambung usikan terhadap aku.
"Tak ada,abah.Betul."
"Rara,abah nak cakap sikit boleh?"
"Mesti abah nak cakap pasal Tengku Syamil kan?"
Abah mengangguk."Rara,abah bukan nak masuk campur tapi dalam rumah tangga perlu ada tolak ansur antara suami dan isteri.Merajuk dan gaduh tu dah jadi lumrah dalam rumahtangga.Rara dan Syamil masih baru dan baru nak kenal hati budi masing-masing.Jadi,salah seorang perlu mengalah."
"Tapi dia yang mulakan dulu."Aku tetap menyalahkan Tengku Syamil.Dia marah aku tanpa sebab.Perlu ke aku mengalah dengan suami sebegitu.
"Abah tau.Syamil dah cerita semua pada abah.Hmm...Tapi Rara pun ada salah juga kan?Rara keluar dengan kawan-kawan tanpa izin suami pun salah juga.Abang tak menangkan sesiapa tetapi masing-masing ada silapnya.Jadi,tak kisahlah siapa yang nak mengalah dulu."
Aku menunduk.Kalau dengan abah aku memang tidak mampu berkata apa-apa.Nasihat abang kadang-kadang memang menusuk ke dalam hati.Ada benarnya kata abah,aku juga ada kesilapan walaupun Tengku Syamil yang mulakan.Aku juga terlalu mengikut kata hati mahu membalas dendam kepada Tengku Syamil.
"Rara tak boleh lari daripada masalah macam ni.Abah bukan menghalau Rara tetapi seeloknya Rara balik dan bincang dengan Syamil dulu.Minta izin elok-elok,Rara nak tinggal dengan abah bertahun-tahun pun tak apa kalau Syamil benarkan.Rara sekarang di bawah tanggungjawab Syamil sekarang,jadi Rara kena patuh dengan Syamil selagi ianya tak bertentangan dengan hukum agama."Panjang berjela aku diceramah oleh abah.
"Kalau Tengku Syamil marah Rara lagi macam mana?Dia tu bukannya..."Aku menghentikan ayatku sebelum abah menasihati aku lebih panjang.
"InsyaAllah tak akan.Abah dah cakap dengan Syamil."
****
Aku berdiri di hadapan pintu ketika Tengku Syamil membuka pintu.Ya,aku kembali kondo itu atas nasihat abah?Siapa aku untuk melawan kata-kata abah.
Tengku Syamil agak terkedu dengan kemunculan aku di situ.Di pejabat tadi aku tidak bilang apa-apa kepadanya begitu juga dia banyak berdiam dan melakukan kerja saja.
"Memang tak nak bagi saya masuk ke?"tanya aku apabila Tengku Syamil berdiri di muka pintu.Tubuhnya yang lebar itu menghalangi aku masuk ke dalam.Aku berpaling kembali.Sepertinya kepulangan aku tidak diundang oleh Tengku Syamil.
Semasa aku ingin melangkah Tengku Syamil segera mencapai tanganku."Sekejap.Jangan pergi."Tengku Syamil menarik tangan aku masuk ke dalam rumah.
Suasana sunyi sepi macam aku tidak pernah bercakap dengannya.Tengku Syamil agak segan untuk berbual.Entah mengapa situasi itu sungguh menjanggalkan.Aku diam.Tengku Syamil diam.Siapa yang mahu mulakan jika begini?
Tengku Syamil berdehem."Aku ingat kau dah tak nak jejak kaki ke kondo ni lagi?"
'Haishh...Nak mulakanlah tu.'
"Abah suruh saya balik.Katanya tempat saya di sisi suami."
Tengku Syamil senyum."Kau balik sini sebab abah suruh dan bukannya dari hati kau sendiri?"Tengku Syamil bertanya sambil mengangkat keningnya.
"Ikutkan hati saya malas nak balik.Buat apa hidup dengan suami 'monster' macam Tengku.King of Control."Aku berterus-terang.Kepulangan aku sebenarnya mahu selesaikan masalah tetapi setiap kali bertemu aku rasa mahu bertikam lidah dengannya.Apa memang aku tidak boleh cakap baik-baik dengan dia?
"Amboi,sedap mulut kau gelar aku suami 'monster'!Kau ni boleh tahan juga degilnya,Ammara."
'Tau tak apa.Memang aku degil.'
"So,menyesal kahwin dengan saya?Tengku yang beria ajak saya kahwin,then Tengku hadaplah isteri degil macam ni."Aku sengaja menduga tetapi Tengku Syamil tidak marah sebaliknya ketawa.
Jari telunjuknya ditunjuk-tunjuk ke arah aku."Kau memang suka cari pasal dengan aku."Tengku Syamil bangun dari tempat duduknya dan menarik tanganku dengan kasar berjalan hingga ke balkoni.
"Apa ni,Tengku?Nak bunuh diri sorang-soranglah.Jangan ajak saya."Dengan emosi yang tidak stabil,macam-macam boleh berlaku sekarang ini.
"Kalau kau rasa hidup kau tak happy dengan aku,ayuh kita selesaikan sekarang.Aku tak boleh hidup macam ni.Kita akhiri segalanya."Tengku Syamil berkata dengan kasar.Aku terdiam.Apa maksud Tengku Syamil?Adakah Tengku Syamil akan mengakhiri perkahwinan kami?
"Tengku mahu ceraikan saya ke?"Soalan itu meniti juga pada bibirku.Tengku Syamil merenung lama ke dasar mataku.Penuh debaran aku menanti ucapan daripada mulut Tengku Syamil.
Akhirnya,baru dapt update.Maaf ye semua.Miss j baru dpt update.Hehehe..Selamat berpuasa semua. Agak2 TS akan ceraikan Rara ke?
Share this novel
Xian diceraikan sebab Tengku sayang sangat kat Ammara
konfirm x