Dalam kenikmatan,Tengku Syamil mengucup leher,dada dan bibir Natasha.Natasha pula merelakan dirinya digomol oleh Tengku Syamil.Sekian lama dia tidak merasa nikmati hubungan badan bersama suaminya,kini Tengku Syamil akan memuaskannya nafsunya.Natasha terbuai dengan kehangatan sentuhan Tengku Syamil yang dia tidak pernah dapat ketika bersama suaminya.Ternyata Tengku Syamil jauh lebih hebat di atas berbanding suaminya.Ya,dia dahagakan layanan dan belaian Tengku Syamil.
"Ammara..."Tengku Syamil berbisik ketika dia hanyut menjamah tubuh Natasha.
"I am Tasha,Syamil not Ammara."Natasha membalas membuatkan Tengku Syamil terjaga daripada tenggelam bersama Natasha.Cepat-cepat dia turun daripada tubuh Natasha yang masih berseluar dan coli.Dia tercongok dan mengalihkan pandangan ke arah lain.Baju kemeja di atas katil dicapai lalu disarungkan kembali ke tubuhnya.
Natasha bingkas bangun dan menongkatkan dagunya pada bahu lebar Tengku Syamil."Why,Syamil?Kenapa you berhenti?"Natasha berasa hairan Tengku Syamil tidak meneruskan langkahnya.Sedikit demi sedikit Tengku Syamil menjauhinya.
"Tasha,apa yang kita buat ni salah."Lemah Tengku Syamil berkata.Dia bersyukur dalam hati disedarkan daripada melakukan dosa.
Natasha tidak berpuas hati."Go on,Syamil.Tak ada siapa tahu pun apa yang berlaku sekarang.I janji ini akan menjadi rahsia kita berdua."Natasha bersungguh-sungguh ingin Tengku Syamil menyentuhinya.Dia tidak lagi fikir dosa,hanya nafsu yang menguasai dirinya kini.
Tengku Syamil menuruni katil.Dia mengambil jaket Natasha di atas lantai lalu dicampakkan kepada Tasha."You pakai balik baju you dan keluar dari sini.I tak nak tanggung dosa dan I tak nak berlaku curang terhadap isteri I."Tengku Syamil menyesali perbuatannya tadi.Ammara dan anak-anak kini berada dalam fikirannya.Dia tidak dapat bayangkan jika Ammara tahu tentang kejadian yang tidak disengajakan ini.Dia terasa sangat berdosa dengan Ammara dan anak-anak yang bakal lahir kerana hampir kecundang dalam penzinaan.
Natasha turun dari katil dan memeluk Tengku Syamil dari belakang.Dia tidak berputus asa."You tak boleh buat I macam ni,Syamil.Please,Syamil teruskan.I rela jadi kekasih gelap you.Paul tak dapat beri apa yang you boleh pada I."Natasha tidak berhenti merayu.
Tengku Syamil meleraikan pelukan Natasha.Natasha terduduk di atas katil.Tengku Syamil sikit pun tidak memandangnya."Kekasih gelap apa,Tasha?I sayang isteri I dan anak yang dia kandung.Sudahlah,Tasha.You keluar dari sini sekarang?"
"Sudah you kata?Tapi I nak you,Syamil.Sampai hati you buat I macam ni."Natasha bengang dia terus-terusan ditolak oleh Tengku Syamil.
Tengku Syamil menggeleng-gelengkan kepalanya.Panas hati juga dia dengan perangai Natasha yang sering datang menggodanya berkali-kali sehingga dia hampir ke terjebak ke kancah penzinaan.Perempuan itu tidak pernah puas.
"I said no,Tasha.You keluar sekarang?"arah Tengku Syamil dengan keras.Dia membelakangkan Natasha.
Natasha memberontak.Singletnya dipakai kembali."Dalam sangat cinta you pada Ammara kan sampai pandang I pun you tak nak.It's okay,kalau I tak dapat you,dia pun tak akan dapat you,"kata Natasha yang duduk di bucu katil.
Tengku Syamil mengerutkan dahinya.Dia tidak faham apa yang Natasha cuba lakukan.Dia menoleh memandang Natasha yang bersahaja."Apa maksud you?"
Natasha menunjuk lehernya yang terbuka"You nampak apa yang you tinggalkan kepada I?Tanda you ada di sini."Natasha menayangkan kesan lebam 'gigitan cinta' yang dibuat oleh Tengku Syamil.Terbulat mata Tengku Syamil.Gelabah."Apa yang you nak buat?"
"I akan jadikan tanda ini satu alasan untuk dakwa you di mahkamah atas alasan cubaan memperkosa I,"ujar Natasha dengan muka jahatnya.Satu-satunya taktik untuk menarik Tengku Syamil jatuh ke tangannya.
Terbungkam Tengku Syamil.Dia mendekati Natasha dengan muka yang garang."You memang dah gila,Tasha."
Natasha mengadap Tengku Syamil.Dia mendada ke hadapan.Benjolan dadanya mengenai dada Tengku Syamil."Memang I gila.I gilakan you.So,you nak ke tak jadi kekasih gelap I?"
Merah padam wajah Tengku Syamil hingga ke telinga mengawal marah.Natasha sudah melampau baginya."Tanda itu memang satu kesilapan.
"Well,you ingat orang akan percaya you tak buat apa-apa pada I dengan ada tanda ni?You bayangkan kalaulah isteri you tahu yang you mencabul I sebab isteri you mengandung,apa perasaan dia?Agak-agak dia akan sayang-sayang you lagi."
"You jangan libatkan Ammara."Tengku Syamil cukup pantang Natasha melibatkan isterinya.Dia sedaya-upaya menjaga hati Ammara daripada tersakiti."You berani hebahkan cerita bodoh macam tu?Sedar sikit semua orang kenal you."
"Sebab semua orang kenallah I berani buat.Orang tak akan percayakan you malahan isteri you pun takkan percaya.Peminat-peminat I akan bersimpati pada I dan akan tetap sokong I sebab I menjadi mangsa kerakusan you.Salah satu marketing I memasarkan nama I."
Pannggg....Tangan kasar Tengku Syamil menampar pipi Natasha."You ni memang perempuan tak ada maruah.I menyesal pernah kenal you dan jatuh cinta pada you Tasha.You ni luaran saja nampak mahal tapi sebenarnya you ni tak ada harga macam sampah."Tengku Syamil membentak.Dia tidak dapat menahan sabarnya.
Natasha mengusap-ngusap pipinya."Berani you tampar I,Syamil?"
Tengku Syamil bertambah geram."Lebih daripada tampar I berani buat."Tengku Syamil menolak bahu Natasha berulang kali menghalau perempuan gila itu keluar.
"Keluar sekarang."Sambil bibirnya diketap,dia menolak Natasha hingga ke pintu.
"Syamil!!!How dare you!!"tengking Natasha dengan wajah merona merah.Tengku Syamil tidak peduli lagi.Dia betul-betul menyampah dan geram dengan Natasha yang melebih-lebih.
"Dah tu,keluarlah!!!"Tengku Syamil membalas tengkingan.
Natasha menepis tolakannya."I tahu keluarlah.Tapi I nak ingatkan you.I beri you masa dua hari untuk fikir.Jika tidak,you are finish."Natasha memberi amaran.
"Go to hell.Balik!!!"Tengku Syamil menolak lagi hingga Natasha tercampak ke hadapan.Dia membuka pintu dan menolak tubuh Natasha keluar lalu menguncinya dari dalam.
Tengku Syamil masuk ke dalam suite mencari telefonnya yang terletak atas meja.
'Rara tak jadi jumpa abang.Doktor Erin suruh datang klinik sekarang.Bekal abang Rara tinggal di pos keselamatan ya.'Pesanan Whatsapp yang dikirim oleh Ammara dibaca.
Tengku Syamil mengelap air matanya.Segala kebenaran dirungkaikan.Dia menceritakan semua kepada Ammara walaupun Ammara berada di sebalik pintu.Ammara membisu tetapi dia tahu Ammara mendengar kerana esakan Ammara kedengaran.
Tengku Syamil mengetuk pintu lagi."Rara,maafkan abang.Abang tak berniat nak berahsia dengan Rara cuma abang tak nak Rara terluka.Abang takut Rara lari daripada abang.Abang tak boleh hidup tanpa Rara."Mendayu-dayu Tengku Syamil merayu.
"Rara dah penat,abang.Rara nak tidur,"jawab Ammara.
****
"Tengku,bangun.Dah tengah hari."Kak Pah mengejutkan Tengku Syamil.Dia terbaring lena di hadapan pintu bilik tamu yang didiami Ammara.Semalaman menanti Ammara membuka pintu hingga dia terlena.Dia menguap sambil menggeliat.Otot-ototnya terasa lenguh kerana tidur di atas lantai keras.Badannya berbalut selimut nipis saja.Tidak tahu siapa yang menyelimuti tubuhnya.Kak Pah barangkali
"Sekarang pukul berapa?Ammara dah bangun,Kak Pah?"tanya Tengku Syamil melihat hari semakin cerah.
"Dah pukul 11 pagi.Tak pastilah,Tengku.Dia tak keluar-keluar bilik dari tadi."
Tengku Syamil memisat matanya."Tak mengapalah.Saya nak naik ke atas dulu.Terima kasih Kak Pah,"ucap Tengku Syamil.
Hmmm..Kalau macam tu,Kak Pah pergi sambung kerja dulu.Kalau nak makan,Kak Pah dah siapkan atas meja,"kata Kak Pah.Kak Pah tahu majikannya bergaduh besar malam tadi namun dia tidak berani masuk campur.Kak Pah beredar dari situ terus ke dapur.
Tengku Syamil tercongok di hadapan pintu,bermenung sendiri.Tidak lama kemudian,dia berpaling ke arah tangga.
"Kau tunggu.Kejap lagi aku sampai,"kata Ammara terkedek-kedek menuruni anak tangga sedang bercakap melalui telefon.Tengku Syamil berdiri.Ammara telah bersiap cantik mengenakan dress floral warna biru gelap dihiasi bunga-bunga kecil warna merah jambu.'Cantik,'puji Tengku Syamil dalam hati.Ammara berjalan perlahan untuk melepasi Tengku Syamil yang merenungnya.Sewaktu melepasi Tengku Syamil,Ammara sempat menghadiahkan jelingan maut.
Tengku Syamil mencapai lengan Ammara."Rara nak ke mana cantik-cantik macam ni?Nak lari daripada abang lagi ke?"Tengku Syamil menyoal.Dia takut Ammara meninggalkannya buat kali kedua.
"Eee...Apa abang ni pegang-pegang?Lepaskan Rara boleh tak?Tak sukalah pegang-pegang macam ni.Rimas."Ammara melawan.
"Abang tak akan lepaskan Rara selagi Rara tak cakap Rara nak ke mana?Rara nak tinggalkan abang lagi kan?"
Ammara memutar-mutakan bebola matanya.Bosan melayan Tengku Syamil."Ada nampak Rara bawa beg besar?Baju?"Ammara bertanya kembali.Lelaki itu hanya menggeleng.
"So,lepaskan tangan Rara.Rara nak keluar."
"Lama atau sekejap?Balik atau tidak?"Tengku Syamil ingin memastikan Ammara tidak meninggalkannya.
Ammara mendengus.Dia bosan hendak menjawab pertanyaan Tengku Syamil."Stop asking that silly question.Rara keluar sehelai sepinggang kan?Tak bawa apa-apa kan?So,Rara hanya keluar.Faham tak maksud keluar?Jadi,jangan halang Rara."
Perlahan-lahan Tengku Syamil melepaskan pegangan lengan Ammara."Rara nak ke mana?Abang temankan Rara."Tengku Syamil menawarkan dirinya.Dia tidak percaya sepenuhnya kepada Ammara.
"Aaaahhh....Tak payah teman-teman.Rara nak bersendirian,nak cari ketenangan.Panas duduk dalam rumah ni.Baik keluar daripada hadap muka abang yang menyakitkan hati."
Tengku Syamil menunduk.Pedas kata-kata Ammara itu.Dia diam sahaja.Marah isterinya belum reda lagi.
Ammara tahu apa yang bermain dalam fikiran suaminya itu."Abang dengar sini,Rara tak akan keluar dari rumah ni sehingga kes abang selesai.Dengan syarat abang tak boleh halang ke mana dan dengan siapa Rara keluar mula hari ini.Sekali abang halang Rara dalam tempoh ni,Rara tak teragak-agak pergi dari hidup abang."Tegas Ammara memberi amaran kepada suaminya yang terkelip-kelip tanpa bicara.Ammara sudah pandai mengugutnya.Dalam keterpaksaan,dia akur dengan permintaan isterinya.
Ammara beralih kepada Kak Pah yang serba salah untuk melintasi mereka."Eh,Kak Pah!Masak apa hari ni?Ammara dengan baby laparlah.Jom,teman Ammara makan,"ajak Ammara memimpin tangan Kak Pah ke dapur.Tengku Syamil dibiarkan termangu di situ.'Nasiblah,Syamil.'
****
"Kita ni nama saja tinggal di KL tapi baru jumpa hari ni.Lepas grad sampai kau pun nak terberanak,baru dapat jumpa,"seloroh Fikri dengan gelak tawa.Fikri antara rakan baik aku di universiti.
"Aku bukan tak nak jumpa kau.Kau habis grad terus kahwin,takkan aku nak ajak husband orang keluar suka-suka hati,"ujarku.
"Sembanglah kau,Ammara.Macamlah aku tak boleh ajak Suhaila sama.Kau tu yang sombong,mentang-mentanglah kahwin dengan kerabat raja,lupa kat kitorang yang cikai-cikai macam ni."Fikri tidak berhenti mengenakan aku.Bab membahan aku dialah yang paling pakar.
Aku mengacau air dengan straw sambil gelak."Mana sombong.Aku tetap Ammara yang dulu,berkawan tak kira siapa."Aku membela diriku.
"Adoii la,Ammara!So,apa hal beria kau ajak aku jumpa kau ni?Mana kau dapat keberanian ajak husband orang keluar?"Fikri mengusik lagi.Memang riuhlah suasana apabila kami bersembang.
Aku melemparkan senyuman kelat dengan pertanyaannya.Keluhan aku dilepaskan."Aku rasa kau tahu kes suami aku yang tular di media sekarang ni?Straight to the point,aku nak kau handle kes ni gantikan lawyer suami aku yang tarik diri."Aku berterus-terang kepada Fikri.Setelah mendengar cerita sebenar daripada mulut Tengku Syamil semalam,aku mengambil keputusan untuk lawan Natasha.
Fikri menggeleng."Aku ada dengar kes husband kau.Prosiding pertama dia dah hampir kecundang sebab tak cukup bukti.Susah nak handle.At the same time,Encik Ghazali tu lawyer yang hebat,mana aku nak lawan?"ujar Fikri.Seram sejuk dibuatnya sengan permintaan Ammara.
"Sebab tu aku nak minta tolong kau.Tolonglah aku,Fik.Kaulah satu-satunya harapan untuk aku bersihkan nama suami aku balik.Maruah suami aku dah tercalar,Fik disebabkan kes ni."
Sememangnya aku marahkan Tengku Syamil tetapi dalam soal ini,dia tidak salah sepenuhnya.Tengku Syamil sedang dimalukan di mata manusia.Aku tidak nafikan khilaf Tengku Syamil yang mudah mencair dengan godaan Natasha tetapi dia tersedar awal keterlanjuran diri dia sebelum jauh berkelana dalam lautan nafsu.Asalnya aku sendiri terluka tetapi aku percaya bebanan yang Tengku Syamil pikul lebih berat daripada kelukaan aku.
Fikri berfikir sejenak.Dia mengusap-usap dagunya."Ammara,aku bukan tak nak tolong kau tapi kau pun tahu kan peluang nak menang kes ni sebanyak 0.01 peratus.Tiada bukti yang kukuh,kes ni tak akan menang.Undang-undang akan berpihak kepada perempuan.Secara logiknya,mana ada perempuan cuba merogol lelaki,"kata Fikri.
"Fik,aku berada dalam mahkamah sepanjang perbicaraan hari tu.Daripada penelitian aku,bukti yang Luna ada tidaklah segagah mana jika kita fight betul-betul.Kesilapan terbesar suami aku,dia tak bercerita kejadian sebenar kepada sesiapa termasuklah lawyer dia sendiri dan aku.Sebab tu,semua orang terkejut dengan kenyataan dia dalam mahkamah."Ya,sepanjang perbicaraan otak aku ligat berfikir membuat analisis keterangan defendan dan plaintif.
"Jadi,kau ada bukti?"tanya Fikri lagi.
Aku menggeleng."Aku tak ada bukti sekarang tapi aku boleh dapatkan bukti untuk kau.Aku berani jamin yang kau akan menang kes ini,"ujar aku penuh yakin.Otak aku pula mula mengingati tingkah Natasha semasa Annual Dinner dan hadiah kiriman dia kepada Tengku Syamil.Selebihnya,aku akan cari sedikit demi sedikit.
"Ammara.Ammara.Kau punya tahap keyakinan aku suka.Dari dulu kau memang pakar bab cari bukti."Fikri memuji aku.
"Well,perempuan kan?"Aku melirikkan senyuman.
"Kenapa kau sendiri tak ambil kes ni?Kau bukan tak ada bakat.Ambillah chambering,dapat lesen guaman,then masuk court.Kau fight habis-habisan dengan Si Model tu,"cadang Fikri mrnyuruh aku mengambil lesen guaman.Seharusnya perkara ini tidak logik dek akal.
"Fik,aku ni tunggu masa nak terberanak,kau suruh aku ambil chambering.Sembilan bulan kot aku kena training untuk jadi lawyer.Itu kalau sekali terus lulus.Kalau tak lulus,berapa kali aku nak repeat. Berkurunlah kes suami tertangguh sebab tunggu aku buat chambering."Aku berseloroh buat Fikri melepaskan tawanya.
"Lagipun,kau pun tahu aku gugup dalam mahkamah.Apa kau lupa aku nyaris-nyaris gagal masa praktikal dulu?"ulang aku lagi mengingatkan kenangan praktikal kami.Oleh sebab itu,aku cari peluang pekerjaan lain daripada menjadi seorang peguam walaupun aku berkelulusan.
"Haaa..itu aku tak lupa.Kertas prosiding punyalah gempak.Sekali masuk mahkamah,pucat lesi muka kau.Suara nak tak nak je keluar.Lawak sioott.."Fikri gelakkan aku.
"Haaa..memang lawak.Sebab tu,aku minta tolong kau.Aku dah biasa bekerja dengan kau,jadi kalau ada apa-apa senang aku nak bincang.So,macam mana?Kau setuju?"Aku meminta persetujuan Fikri sekali untuk membantuku.
"Hhmm...Disebabkan kau kawan aku,aku tolong kau.Tapi aku tak menjanjikan kemenangan."Fikri tidak berani memberi jaminan.Dia menerima kerana Ammara sahabatnya.
Aku tersenyum gembira."Great.Menang atau kalah,itu belakang cerita.Kau follow saja plan aku."Aku melebarkan senyuman.Tidak sabar rasanya melihat Natasha panas punggung.'Kau tunggu,Tasha.Kau nak cabar aku lawan kau kan?We will see.'
****
Tengku Syamil dan Kimi mengeluh.Mereka menyandar pada sofa setelah menonton dua rakaman CCTV yang baru diambil dari bahagian kawalan keselamatan hotel.Rakamahn video di luar bilik hotel saja.Namun,dua-dua video rakaman tersebut tidak menyebelahi Tengku Syamil.
"Video hari kejadian ni hanya nampak Tasha masuk dan dia keluar bilik kau dalam keadaan menangis.Video yang satu ni pula,nampak sangat kau yang tolak dia ke dinding.Video-video ni tak membantu,Mil,"kata Kimi dengan rasa kecewa.Dia berusaha mencari bahah bukti demi mempertahankan Tengku Syamil daripada dituduh mencabul.
Tengku Syamil meraup rambutnya ke belakang.Banyak perkara yang difikirkannya terutamanya Ammara dan anak-anak.Hatinya kegelisahan."Kimi,aku kena memang kali.Ammara dengan anak aku bergantung kepada keputusan mahkamah kali ni.Tolonglah aku."Tengku Syamil tidak sanggup kehilangan isteri dan anak-anak.Ammara mungkin tidak akan memaafkan dia.
"Kau pun satu,Mil.Yang kau menggatal dengan Si Tasha tu lagi kenapa?Kan dah mendapat.Kau bukan tak tahu Si Tasha tu macam mana.Ambitious woman."Kimi membebel dengan kealphaan sahabat baiknya itu.
"Memang aku salah tapi masa tu aku tak sedar apa aku buat.Aku terpukau.Kau marahlah aku sebanyak mana pun,aku tak kisah.Yang penting kau kena tolong aku,"akui Tengku Syamil.Terlajak perbuatan tidak boleh diundur lagi.
Kimi berfikir sejenak.Geram dan simpati terhadap Tengku Syamil sama banyak.Kegusaran pada wajah Tengku Syamil menunjukkan dia betul-betul menyesal atas perbuatannya.Tiba-tiba,Kimi teringat sesuatu dan memetik jarinya."Haaa...Dalam suite kau ada CCTV tak?Kalau ada,?asalah kau settle,tak ada orang boleh fight."Kimi mendapat satu idea namun hampa apabila Tengku Syamil memggeleng lemah.
"Mil,apasal kau tak letak CCTV dalam suite kau?Adoiiii..."Kimi mengomel.Peluang mereka kembali tipis.
"Suite tu private.Aku dengan Ammara saja yang boleh masuk.Apasal aku nak letak CCTV?Nanti pak guard yang berkawal nampaklah apa yang aku dan Ammara buat dalam tu.Nanti tak pasal-pasal keluar pula video aksi terlampau Tengku dan isteri pula."
"Takkan segenap sudut kot dengan Ammara berasmaradana?"Kimi meneka tanpa berkias.Merah menyala muka Tengku Syamil ketika itu.
"Kau diamlah,kau belum kahwin lagi.Nanti dah kahwin kau tahu sendirilah."
Kimi menahan ketawa menyakat Tengku Syamil yang malu-malu kucing.Dia menyiku lengan Tengku Syamil."Maksud kau,kat mana-mana pun jadi ya?"
Tengku Syamil mengambil kusyen melekapkan pada muka Kimi."Eee...Soalan kau tak ada kena mengena dengan kes aku,"kata Tengku Syamil.Kimi melepaskan tawa dengan reaksi lucu Tengku Syamil.
"Okay-okay.Adoii...Aku guraulah.Muka kau tu dari tadi tegang,aku nak bagi kau terhibur sikit.Biar ada senyum sikit,"sakat Kimi lagi.Tengku Syamil menggeleng.Malas hendak melayani perangai gila-gila Kimi.
Tengku Syamil mengeluh di sebelah Kimi."Aku serius ni,Kimi."
"Yalah.So,Tasha ada mesej atau call ganggu kau sebelum hari kejadian?"
"Selepas kejadian ada dia whatsapp.Sebelum tu,dia direct jumpa aku.Tak ada contact melalui telefon."Tengku Syamil berusaha mengingati untuk menjawab persoalan Kimi.
"Apa yang dia whatsapp kau?"
"Hmmm...Dia cakap aku tak akan terlepas dengan mudah.Lebih kurang begitulah.Hmmm..entahlah aku tak berapa ingat.Whatsapp tu aku dah padam."Tengku Syamil ingat-ingat lupa Whatsapp terakhir yang dikirim oleh Natasha sebelum dia ditahan oleh pihak polis.Kimi mencatat sesuatu dalam buku diarinya.
"Ada point.Nanti aku try trace telefon kau.Cuba ingat lagi,apa lagi dia ganggu kau?"
"Aku tak ingatlah.Apa yang dia buat,apa yang dia cakap."
****
Fikri dan aku berjalan sekitar kolam renang hotel tempat kami berjumpa tadi.Terdapat sekumpulan manusia menjalani penggambaran rupanya di kawasan itu.Patutlah tiada pengunjung bermandi-manda di kolam tersebut.Sementara kru penggambaran berehat,aku dan Fikri melalui kawasan.Aku mengajak Fikri berjumpa Tengku Syamil untuk membincangkan langkah seterusnya.Tengku Syamil bersetuju ataupun tidak,kali ini aku akan berkeras memilih Fikri.
"Hello,Cik Puan Ammara,"tegur Natasha.Kenapalah aku tidak perasan dia yang menjalani penggambaran di situ?Aku membalas tegurannya dengan senyuman kelat.
"Senang jumpa you di sini.Mana Syamil tak ikut sama?Malu nak berhadapan dengan masyarakat ke?"Natasha menyindir aku.Dia bukan ikhlas menegurku tetapi ada udang di sebalik batu iaitu dia berniat untuk menyakitkan hati aku.Kali ini,aku tak akan bagi peluang kepada perempuan ini.
"Aku yang tak bagi dia keluar rumah.Maklumlah,sekarang ramai penyondol yang tak sedar diri.Suami orang pun nak sondol.Apabila tak dilayan,guna cara kotor tarik simpati orang ramai dengan cerita rekaan bodoh.Sanggup memalukan diri sendiri."Giliran aku pula memerli.Kelihatan merah padam muka Natasha diperli.Itu belum cukup bagi aku.
"Jaga sikit mulut you."
"Eh..eh..eh..Terasa ke?Aku tak tuju pada kau tapi kau dah terasa tu,maknanya kau buatlah kot,"sambung aku lagi.
Tangan Natasha disilangkan ke kiri dan kanan.Perangai divanya semakin menonjol."Boleh tahan mulut you,kan?Hei,dalam keadaan macam ni pun you masih nak berlagak!You dengan Syamil tunggu masa untuk kalah.So,bersedialah menebalkan muka nanti.Jari netizen Malaysi ni boleh tahan juga mengecam."
Aku tergelak.Aku menyilangkan tanganku juga berhadapan dengan perempuan bongkak sebegini.Dia belum kenal aku siapa.Aku tidak akan berdiam."Natasha..err..Luna..or whatever.Jangan terlalu yakin.Game tak berakhir lagi.Aku takut apa yang kau cakap tu berbalik kepada kau sendiri.Menangis tak berlagu kau."Aku tidak mengalah.Aku malas menjaga hatinya kerana saat ini aku sangat benci perempuan ini.
"You tak nak mengalah lagi ke?Sudah terang lagi bersuluh yang perbicaraan hari tu menyebelahi I.You nak sangkal apa lagi?Atau you tak boleh terima hakikat yang korang di ambang kekalahan?Masih mahu menegakkan benang yang basah?"Natasha berlagak di hadapan aku dan Fikri.Darah aku mula mendidih.Aku menahan telapak tanganku daripada menampar mulut celupar Natasha.Sejenis yang tidak sayangkan mulut apabila berkata-kata.
Aku serongkan bibirku,tersenyum sinis kepadanya."Aku malas berbalah mulut dengan orang yang tak berapa cerdik macam kau.So,tepi.Aku nak balik."Aku menolak badannya ke tepi.Aku melintasi Natasha.Wajahnya kelihatan bengang dengan tindakan aku.
Natasha tidak berpuas hati.Dia tidak ingin membiarkan Ammara pergi begitu saja.Dia melangkah dekat ke arah aku."Tunggu dulu,Ammara.I belum habis lagi dengan you.You balik,you suruh Syamil mengalah,Ammara.Dia teruskan atau tidak,dia tetap dipandang serong."
Aku merapatkan muka aku dengan muka dia.Mata aku bulatkan."Aku tak akan biarkan kau busukkan nama Syamil lagi.You know what,orang macam kau ni sebenarnya memalukan kaum perempuan.Kau guna kecantikan kau untuk perangkap lelaki lemah termasuklah Syamil.Apabila hajat kau tak tercapai,kau gunakan kelemahan mereka untuk kepentingan diri kau.Play victim.Jijik permainan kau,"kata aku.Mata aku dicerlung tajam.
"Kurang ajar." Tindakan spontan Natasha menolak aku jatuh terjelepok ke atas lantai.Perut kupegang seketika.Beraninya Natasha melakukan kekerasan terhadap aku.Aku bengang.Memang pantang mundur kecuali operasilah bak kata ahli kumpulan Zero.Aku menarik nafas aku dalam-dalam.Beberapa orang kru penggambaran turut terperanjat dan cuba menghampiri kami.
Fikri yang terkejut dengan tindakan Natasha terus membantu aku bangun kembali."Sabar,Ammara.Tak payah layan orang macam ni,"kata Fikri seakan-akan dapat membaca tindakan aku.Aku berdiri tegak di betul-betul di hadapan Natasha.Aku menapak langkah demi langkah ke arah Natasha menyebabkan dia mengundur ke belakang sikit-sikit.
Bahunya aku tolak bergilir-gilir.Aku memang pantang orang cari hal dengan aku."Kau nak cari pasal dengan aku?Kau belum kenal aku siapa?Kau jangan ingat kau tu hebat sangat,"kata aku dengan geram sambil berjalan menolak bahunya bertubi-tubi.
"Sudah,Ammara.Bawa bertenang."Nada Fikri kerisauan.
"I saman you,"ugut Natasha lagi.
"Samanlah.Artis kekwat macam kau ni tahu nak saman orang saja bila dah tak ada modal.Ramai saksi kat sini nampak kau yang serang aku dulu."Aku berhenti menolaknya.Dia mencerlung tajam kepada aku tidak berkata apa.
Dengan pantas tangan nakal aku menolak Natasha jatuh ke dalam kolam."How dare you,Ammara?"Natasha memarahi aku.Giginya diketap geram.Aku?Tersenyum puas hati berdiri di tepi kolam.
"Kau cakap nak saman aku kan?Alang-alang kau nak saman aku,baik aku serang kau.At least ada modal dan bukti kau nak saman aku.Tak adalah cerita dongeng semata-mata macam kau kenakan Syamil."
"Eeeee...Kau ni memang..."
Aku memotong percakapan Natasha laju-laju."Memang apa?Kau dengar sini Luna a.k.a Natasha or whatever.Hari ni,aku buat kau jatuh kolam.Tak lama lagi,aku akan buat kau jatuh tersungkur sampai kau sendiri tak mampu nak berhadapan dengan masyarakat.Apa yang kau buat pada Syamil memang melebihi batas."
"Kenapa nak salahkan aku?Laki kau yang salah.Dia yang cuba rogol aku,"jawab Natasha.
"Aku kenal suami aku macam mana dan aku percaya dia tak bodoh merogol kau.Walaupun aku perempuan tetapi aku lebih percayakan Syamil berbanding perempuan lidah bercabang macam kau.Anyway,aku akan tegakkan keadilan untuk Syamil.Aku akan buktikan kau dalang yang memanipulasi kelemahan Syamil,"ujar aku.Natasha terkebil-kebil memandang aku dari dalam kolam.Dia merenung tajam kepada aku.
"Prove it,Cik Puan Ammara.I cabar you."Natasha tetap mencabar kerana dia merasakan Ammara tidak akan jumpa apa-apa bukti.Dia pula ada dua bukti tambahan yang merupakan rakaman CCTV hotel.
"Aku terima cabaran kau,Luna Latisya.Aku akan pastikan kau panas punggung nanti,"balasku dengan senyuman paling lebar.
"Kau takkan dapat."Natasha tidak mahu mengaku kalah.
Di hadapannya,aku keluarkan telefon pintarku memanggil Meo."Meo,kau masuk bilik Tengku Syamil dan cari sebuah buku enslopedia Sejarah Islam Asia Tenggara sebab dalam tu ada ucapan yang sangat sweet untuk Tengku Syamil.Kau simpan buku tu,sekejap lagi aku singgah ambil kat office."Selesai bercakap dengan Meo,aku mematikan panggilan.Berubah air muka Natasha ketika itu.
"Ensiklopedia tu bukti pertama yang aku akan gunakan untuk selamatkan Syamil.Aku boleh gunakan ucapan sweet dalam tu dengan hujah Natasha sebenarnya sudah lama ada hati dengan Tengku Syamil.Hujah seterusnya...kau dengar di mahkamah nanti."Aku bangun berlalu dari situ dengan hati sangat senang.Hati aku bersorak gembira melihat kegentaran pada wajah cantik Natasha.Mulutnya terkatup rapat dengan mata tidak berkerdip.
****
"Masuklah,Amir."Tengku Syamil menjemput Tengku Amir yang baru tiba di hadapan pintu.Kimi sibuk dengan catatannya di atas sofa.
Tengku Amir tidak berganjak dan masih tercegat di hadapan pintu."Kak long ada mana?Amir datang nak bawa balik kak long ke rumah mama,"kata Tengku Amir dengar suara yang mendatar.Dia sangat kasihan kakaknya kerana diperdaya oleh Tengku Syamil.Pengakuan Tengku Syamil di mahkamah cukup buat dia hilang kepercayaan kepada abang iparnya itu.
"Kak long tak ada.Dia keluar.Kak long suruh Amir datang jemput dia ke?Tapi kak long beritahu abang yang dia tak akan balik."Tengku Syamil mula berasa ragu-ragu dan tidak senang hati.Sebelum Ammara keluar,Ammara berjanji tidak akan keluar dari rumah ini selagi perbicaraan tidak selesai.
"Amir sendiri nak bawa balik kak long sebab Amir tak nak kak long tinggal dengan abang lagi."Tengku Amir berterus terang.Tengku Syamil terpana manakala Kimi turut memandang Tengku Amir.
"Tapi kenapa,Mir?"
"Abang tanya kenapa?Amir tak nak kakak Amir bersama dengan lelaki yang tak setia macam abang.Apa yang abang dah buat dengan Tasha di belakang kak long memang tak boleh dimaafkan.Senang-senang abang tipu kak long dan main dengan Tasha.Disgusting."Tengku Amir mencerca abang iparnya.
"Abang tahu abang salah tapi Amir kena dengar dulu penjelasan abang."
"Amir dah dengar dalam mahkamah baru-baru ni,tak payah jelas apa-apa.Baik abang cakap,mana abang sorok kak long?"Mata Tengku Amir melilau mencari kelibat Ammara di segenap sudut namun tidak ada.
"Abang tak sorok kak long.Dia keluar sekejap.Amir duduk dulu,"Tengku Syamil masih tenang.Tengku Amir pula tiada reaksi senyum pada wajahnya.Bahunya disentuh oleh Tengku Syamil namun ditepis kasar.
"Tenanglah dulu,Amir."
"Amir tak boleh tenang.Mesti abang yang paksa kak long balik sini.Kalau tak,Amir tak percaya yang kak long akan balik semula ke sini setelah pengakuan Abang Syamil,"kata Tengku Amir.Kakaknya keras hati dan takkan semudah itu memaafkan Tengku Syamil apatah lagi tinggal dengan Tengku Syamil.
"Abang tak paksa kak long.Kak long keluar sekejap.Amir tunggulah dulu,"cadang Tengku Syamil.
Tiba-tiba,Tengku Amir memanggil kakaknya kuat."Kak long!!Kak long!!!Jom balik dengan Syamil."Dia tidak percayakan Tengku Syamil.
Tengku Syamil menarik nafas dalam-dalam."Amir!!!Kak long isteri abang.Tak salah pun dia tinggal di sini.Abang tak izinkan Amir bawa kak long balik."Tengku Syamil terpaksa meninggi suara kepada Tengku Amir yang semakin membahang.Pantas tangannya menumbuk pipi Tengku Syamil.Dengan segera,Kimi yang jadi pemerhati memeluk Tengku Amir meleraikan persengketaan itu."Amir,sabar,"kata Kimi.Tengku Syamil tiada tanda untuk melawan.
"Isteri?Kalau Abang Syamil ingat kak long tu isteri,abang tak akan curang dengan Tasha lah.Abang Syamil tahu tak yang abang tak layak untuk kakak Amir,"kata Tengku Amir.Dia masih ingat betapa kecewanya Ammara lari keluar daripada mahkamah kerana Tengku Syamil.Tengku Syamil berdiam diri.
"Apa yang kecoh kat sini?"Ammara menyampuk.Kedengaran kekecohan dari luar rumah suara tempikan Tengku Amir.Dia melihat Tengku Syamil mengelap bibirnya yang berdarah merah.Fikri yang tidak tahu apa-apa terpaksa terjebak dengan drama itu.
"Tell me,what going on?Dari luar dengar bising-bising."Ammara bertanya dengan pandangan silih berganti meminta jawapan.Kesemuanya diam mengunci mulut.Tengku Syamil pula mengerutkan dahi dan tidak senang dengan kehadiran Fikri bersama isterinya.
"Amir datang nak jemput kak long balik rumah mama."Tengku Amir memecahkan kebisuan mereka bertiga.
"No,Ammara.Rara dah janji dengan abang takkan balik,"Tengku Syamil memotong.
Tengku datang dekat dengan Ammara
Dia memegang tangan kakaknya."Kak long ikut Amir balik.Takkan kak long nak tinggal dengan Abang Syamil lagi?Dia bukannya hargai kak long pun."Tengku Amir memujuk.Sejak semalam dia mengajak aku kembali ke banglo mama.Aku menolak kerana aku ada misi yang tersendiri.
"Tak,Amir.Kak long tak akan balik selagi kes Abang Syamil tak selesai,"kataku.Bulat mata Tengku Amir memandang.Mungkin dia tidak percaya dengan keputusanku.
"Tapi kak long,apa yang Abang Syamil pada kak long tu,Amir tak boleh terima.Dia dah tipu kak long.Itu pun kak long tak nampak lagi ke?"
Aku pegang kedua-dua tangan Tengku Amir manakala mataku melekat pada Tengku Syamil berdiri di sebelahnya."Amir jangan risau.Kak long nampak apa yang orang lain tak nampak pada Abang Syamil.Kak long juga tahu kebenarannya dan kak long ambil keputusan untuk tetap di sisi Abang Syamil.Saat getir sebegini Abang Syamil perlukan sokongan kak long."Berair mata aku mengungkapkan kata itu.Tengku Syamil memandang sayu kepadaku.Terharu agaknya.
"Kak long,Amir tak nak kak long kecewa lagi.Jika kak long balik pun,mama faham keadaan kak long.Kak long jangan buang masa untuk orang yang dah khianati kak long.Berani buat beranilah dia tanggung.Kak long tak perlu pun tanggung kesakitan macam ni,"luah Tengku Amir.Agak perit bagi Tengku Syamil tetapi dia pasrah.Tengku Amir hilang kepercayaan gara-gara kesilapannya sendiri.
"Kak long tahu apa yang kak long buat,Amir.Kak long akan di sini sehingga kes perbicaraan Abang Syamil selesai.Apa-apa pun keputusan mahkamah akan menentukan kak long kekal di sini atau balik tinggal bersama Amir dan mama.Sekiranya ada masalah yang kak long tak mampu tempuhi,kak long akan beritahu Amir,"pintaku agar Tengku Amir mengerti.
"Baiklah,kak long.Amir hormat keputusan kak long.Kalau ada apa-apa kak long call Amir.Amir akan datang sepantas kilat sebab Amir nak pastikan kak long tak tersakiti lagi."Tengku Amir akur dengan permintaan aku.Aku memeluk Tengku Amir sebelum dia balik.Satu-satu adik yang aku sayang walaupun kami tidak membesar bersama.
Selepas Tengku Amir berlalu,Tengku Syamil menghampiriku."Siapa ni,Rara?"Dia berbisik perlahan di cuping telingaku.
Aku menepuk dahi.Kekecohan tadi buat aku terlupa niatku membawa Fikri pulang untuk bertemu Tengku Syamil.Aku menjarakkan diriku daripada Tengku Syamil dan berdiri di tepi Fikri."Oh ya,Fikri!Kenalkan ini Tengku Syamil,suami aku.Yang sebelah tu,Kimi kawan dia."Tengku Syamil gayanya tidak ikhlas bersalam dengan Fikri.Tiada garisan senyuman muncul di wajahnya.
****
"Ammara,kenapa Fikri?"Tengku Syamil menyoal aku setelah Fikri pulang.Sepanjang perbincangan tadi,dia banyak membisu dan hanya aku dan Fikri saja bercakap mengenai perancangan kami.Aku tahu,jauh di dalam hatinya dia tidak bersetuju dengan tindakan aku memilih Fikri.
Badan penat aku sandarkan pada sofa di ruang tamu.Aku letih seharian berfikir untuk menyelesaikan masalah Tengku Syamil dan berperang dengan Natasha."Salah ke Rara pilih Fikri?Dia ada kelayakan."Aku menjawab acuh tidak acuh.Kepenatan aku masih tersisa sudah diajukan dengan persoalan oleh Tengku Syamil.'Huh.'
Tengku Syamil duduk di sofa bertentangan berdiri."Ramai lagi lawyer perempuan yang layak tapi kenapa Fikri?Aku tak berapa berkenan.Dia mesra sangat dengan Rara,"kata Tengku Syamil berbunyi cemburu.
Mata yang kupejam,aku buka sebelah.Cemburu?Abaikan."Pada Rara dia tersangat layak untuk kes abang."
"Rara,boleh tak bagi abang pilih sendiri lawyer yang abang nak?"
Aku membuka mata sepenuhnya.Aku berdiri di hadapannya.Dalam keadaan getir seperti ini dia masih berdegil."Fine,abang pilihlah lawyer sendiri.Rara nak tengok berapa ramai yang nak ambil kes abang.Dengan khabar angin abang hampir kalah,abang ingat ada lawyer berani nak lawan kes abang.Terang-terang dalam prosiding yang lepas,abang hampir kecundang.Abang ingat lawyer-lawyer yang ada nak ambil risiko untuk kalah?"Aku membentak dengan kedegilan dia.
"Abang tak suka dia baik sangat dengan Rara."
Aku menyilangkan tanganku."Ini bukan masa untuk abang cemburu buta.Masalah abang lebih berat daripada cemburu abang yang tak bertempat tu.Apa yang abang perlu fikir cari bukti untuk selamatkan diri abang dulu."Aku mengetap bibir.Susah juga sekolah Tengku Syamil yang keras kepala ditambah dengan cemburu.Dia menunduk.
Aku semakin rapat dengannya.Jari telunjuk kutunjal-tunjal ke dadanya."Abang dengar cakap Rara baik-baik.Jika abang nak sokongan Rara,abang perlu ikut apa saja yang Rara nak termasuklah terima Fik sebagai lawyer abang.Lagi satu,abang perlu ikut segala perancangan Rara dengan Fikri tanpa banyak soal.Dan yang paling paling paling paling penting,jangan berahsia apa-apa dengan kami.Kalau abang tak setuju,fine.Lepas ni,Rara tak nak ambil tahu hal abang dan akan pergi dari sini."Aku tetap berkeras agar dia mengikuti segala kemahuannya.Kali ini aku tidak akan berlembut dengan dia walaupun aku terpaksa mengugut dia.
Tengku Syamil mengeluh dan terpaksa akur dengan ketegasan aku."Baiklah,abang setuju dengan permintaan Rara."
Aku mengangguk-angguk."Good."Kemudiannya,aku berpaling kerana aku ingin berehat di bilik.Letih.Baru saja aku melangkah,Tengku Syamil merangkul aku dari belakang."Terima kasih sebab Rara dah pertahankan abang depan Amir.Maafkan abang sebab terpalit sama dengan masalah yang berpunca daripada kebodohan abang sendiri."Tengku Syamil meluahkan isi hatinya.Dia tidak menyangka isterinya akan memilih untuk bersamanya walaupun berkali-kali dia menyakiti hati isterinya itu.
Aku pejamkan mataku.Titisan air mataku mengalir merentasi pipi."Rara buat semua ini buat semua ini bukan sebab abang tapi untuk anak-anak Rara.Rara tak nak anak-anak malu sebab papa mereka dicop sebagai perogol,"kataku dengan deraian air mata.
Akhirnya dah siap.Maaf Miss J lambat..So,chapter ni tak stres sgt.Rara pun kembali tenang.Ts tak habis2 dengan cemburu..So,maafkan miss j mengecewakan you alls nak tgk rara jdi lawyer.rara tak boleh jadi lawyer Tengku Syamil tapi Rara akn tlong Fikri menangkan kes Syamil..Kali ni Ts tak lembab sangat.
Share this novel
bodoh tengku syamil ni
ada sambungan ya x...x sabar nk bc ni...
best...semoga tengku syamil dan ammara menang kes..terbongkarlah kejahatan tasya tu