Bab 33 : Janji

Romance Series 697932

"I love you,sayang."Tengku Syamil tidak berhenti mengucapkan kata keramat itu kepada aku setelah pulang dari klinik.Senyumnya sampai ke telinga.Dia sangat-sangat gembira dan teruja untuk menyambut kehadiran anak kami nanti.Keluar dari klinik,kelakuanya girangnya seperti ingin melompat-lompat.'Behave,sayang.'

Sebelah tanganku dikucup."Masa tengok doktor scan tadi,abang macam tak percaya yang baby kita twins.Ya Allah,excitednya.Bukan satu tau,dua..dua..Hebat tak abang?"Riangnya Tengku Syamil berceloteh.Aku layankan saja.

"Hebat apa,bang?"

"Bukan calang-calang orang boleh dapat twins tau."Tengku Syamil mula berbangga dengan diri sendiri.

"Ini namanya rezeki.Bukan kira siapa hebat ke tak."

"Rezeki tak salah alamat kan,sayang.I'm so happy.Hmmm...Rara ada terfikir tak apa yang abang fikir?"
Biji mataku bergerak ke kiri dan kanan,hairan dengan pertanyaan Tengku Syamil.Manalah aku tahu apa yang bermain dalam fikirannya."Fikir apa,bang?Rara bukan ahli nujum boleh nampak fikiran abang."

Dia mengemam bibirnya."Hmm..Rara tak rasa ke baby ni baby Perhentian?Cuba kira tarikh,lebih kurang masa kita pergi honeymoon di Pulau Perhentian.Tak sia-sia redah hujan malam tu,"kata Tengku Syamil mengerling nakal kepada aku.Aku mengukir senyuman.

"Pemikiran abang ni di luar kotak betul.Rara tak terfikir ke situ pun."

Tengku Syamil menghamburkan ketawa kecilnya."Tiba-tiba terlintas dalam fikiran abang malam tu.Oh,ya!Pasal maid untuk Rara di rumah tu abang dah fikirkan.Abang akan tukarkan Kak Pah bantu Rara di rumah dan gantikan dengan kerja Kak Pah di office abang gantikan dengan yang baru.Untuk kemas-kemas rumah,abang dah ada pekerja kontrak pembersihan untuk kemas rumah.Rara tak payah buat apa-apa pun kat rumah.Berehatlah,jaga baby,"kata Tengku Syamil.

"Hmmm...Okay.Tapi nanti abang beritahu dorang,untuk bilik tidur dan bilik persalinan dikecualikan.Situ biar Rara kemas sendiri sebab Rara tak suka orang masuk bilik tidur kita."Aku memberi syarat.Aku masih larat untuk uruskan memandangkan kehamilan kali ini aku tidak ada alahan walaupun kembar.Lagipun,ruang bilik tidur dan persalinan kami hak privasi aku dan Tengku Syamil.Biarlah ianya menjadi rahsia dalam selimut kami.

"Rara boleh ke?"

"Boleh saja.Bukannya hari-hari kena kemas beria.Hujung minggu baru Rara akan kerah tenaga abang untuk kemas,"usik aku.Si Encik Suami senyum saja kepadaku.

"Amboi,nak dera abang ni!Rara ada nak berhenti mana-mana tak?Sebabnya lepas hantar Rara balik,abang nak masuk office pula ni.Kerja abang banyak bertangguh,bebel pula Si Isma Danial tu nanti,"soal Tengku Syamil.

"Abang tak payahlah hantar Rara balik.Rara ikut abang ke office.Lepas lunch nanti abang hantarlah Rara balik.Boleh?"pintaku.Aku sebenarnya bosan tinggal di rumah.Kak Nani dan Meo pun sudah lama aku tidak bersua muka.

"Rara,abang kerjalah.Bertimbun kerja abang tak siap pasal frust dengan Rara hari tu.Ni abang nak cover balik apa yang abang dah tinggalkan."

Aku menguis-nguis lengannya."Bolehlah.Rara boleh tolong abang mana yang patut.Cepat sikit abang siap."Suaraku manja meminta dengan harapan Tengku Syamil ikuti kemahuanku.

"Rara tu pregnant,berehat di rumah saja."

"Alaaa...Pregnant la kena aktif sikit,barulah baby aktif.Takkan terperap saja kat rumah.Doktor pun cakap tadi suruh aktif,abang lupa?"kataku tidak ingin kalah.Perempuan mana pernah kalah.

****
Laju kaki Natasha menapak ke meja Meo.Meo dengan mesra dan sopan menyambut kedatangan kedatangan model terkenal lagi cantik itu."Ya,Puan Luna.Boleh saya bantu?"Meo tersenyum lebar wanita cantik dan elegan itu berdiri dengannya.Tahi lalat yang menghiasi bibir Si Wanita menambahkan kemanisan raut Natasha atau lebih dikenali sebagai Luna Latisya.

Natasha menyilangkan tangannya.Agak angkuh."I nak jumpa dengan Tengku Syamil.Boleh?"Tiada senyuman langsung.

"Maaflah Puan Luna.Tengku masuk lewat sikit hari ni,"kata Meo.Tanggapannya kepada artis pujaan ramai ini mula goyah tatkala Natasha berlakuan hidung tinggi sebegitu.

"What?Mentang-mentang hotel ni dia punya,senang-senang dia nak masuk lewat.Takkan bos you tak ada disiplin,datang kerja sesuka hati."Natasha mengata ingtegriti Tengku Syamil.Meo terkebil-kebil.Geram pula dia dengan sikap menuduh Luna Latisya.

Meo mula bengang dengan artis tidak semenggah itu."Puan Luna,bos saya tu bawa isteri dia pergi klinik,bukan saja-saja lambat masuk office.Anyway,ada apa-apa pesanan ke?Nanti saya sampaikan kepada Tengku,"kata Meo dengan tangannya diayun-ayunkan.

Natasha mendengus."Lambat lagi ke Tengku masuk?Wife dia sakit apa pergi klinik lama-lama?"

'Eh..eh..eh..Si Model kekwat ni banyak cikadak pula.Kalau aku tahu kekwat macam ni,aku tak nak minat dia,'omel Meo dalam hati.

"Puan Luna,jaga tepi kain orang bukan kerja saya.Saya tak tahulah sakit apa."Meo mencebik.Naik menyampah dengan perangai Natasha.Terbit rasa menyesal dalam hatinya kerana meminati Luna Latisya.

"Hei,you secretary dia!Takkan benda penting begitu pun you tak tau."

Meo menarik nafas panjang.Sikap Natasha menguji kesabarannya."Tugas I ambil tahu hal kerja sajalah.Hal rumah tangga dan peribadi Tengku Syamil I tak masuk campur.Kalau I tahu sekalipun,I takkan beritahu you,okay.I peliklah apa urusan you dengan Tengku?Setahu I you tak ada urusan perniagaan dengan dia.Lately,you selalu datang sini.Jangan-jangan you nak usya Tengku Syamil ni?"Meo serkap jarang.Keningnya diangkat tinggi,curiga dengan Natasha.Sejak melakukan penggambaran,Natasha kerap datang mencari Tengku Syamil di pejabat.

"Biadapnya you ni!!"Natasha ketap giginya menahan marah.Begitu lancang mulut Meo mengata dirinya.Meo tersengih sinis mencebik.Kak Nani dan seorang staf baru,Rudy geli hati dengan gelagat mereka berdua.Mereka berdua pemerhati dan malas masuk campur.

"You yang mulakan dulu."Meo bangun dari tempat duduknya dan mendada di hadapan Natasha.

"Eeeee...I report kat bos you.Biar you dikenakan tindakan."Natasha bertempik.Nada suaranya ditinggikan membingitkan telinga Meo.

"Haaa..reportlah kalau berani..report.."Meo mencabar.Pertikaman lidah berlaku antara Meo dan Natasha di dalam pejabat.

"Apa bising-bising ni?"suara Tengku Syamil kedengaran menyapa keriuhan di dalam pejabatnya.Dia ketika itu masuk ke pejabat bersama isterinya,Ammara.

Natasha memandang Tengku Syamil dan Ammara di hadapannya.Matanya beralih ke lengan Tengku Syamil yang dirangkul erat oleh Ammara.Darahnya mula mendidih dan dibakar rasa cemburu.

"Isma Danial,kenapa bising-bising tadi?"

"Model kekwat ni buat kacau kat sini,"kata Meo berterus-terang.

"Sekejap.Awak supermodel terkenal tu kan?Luna Latisya?"Ammara bertanya dalam ketegangan Meo dan Natasha.Natasha menebarkan rambutnya ke belakang."Ya."Acuh tidak acuh menjawab pertanyaan Ammara.

"Awak cantik sangat depan-depan.Saya memang suka tengok gambar-gambar photoshoot awak."Ammara seronok dapat berkenalan dengan model pujaan dia.Baginya,Luna Latisya antara model tercantik di dunia.Meo pula bengang dengan Ammara yang mengagumi artis yang dicop kekwat itu.Tengku Syamil diam,tidak terkata.Meo membuat gaya ingin muntah.Wanita berlagak tadi kini bertukar rupa.

Natasha mengangkat keningnya."Really?Thank you,Cik Puan.You know what,foto-foto tu semua edit.I biasa-biasa saja,"jawab Natasha kononnya merendah diri.Mata liarnya sempat mengerling Tengku Syamil.Dalam hati dia bertepuk tangan.'I think she doesn't know about me.Mesti wife dia tak tahu,sebab sebab dia teruja dengan I.Syamil.Syamil.Naifnya wife you.Kasihan,'desus hati Natasha.

Natasha berpura-pura ceria berinteraksi dengan Ammara.Dia menghulurkan salam kepada Ammara."Nice to meet you.What should I call you?"

Ammara membalas dengan senyuman."Ammara."

"Well,I teringin nak sembang lama dengan you but my time is running out.I have to go now,"kata Natasha dengan penuh kepura-puraan.

Agak lama berdiam,Tengku Syamil baru bersuara."Ada apa Puan Luna ke mari?"tanya Tengku Syamil formal.

"Tak ada apa.I datang nak bagi invitation card yang Zack kirim sebagai tanda terima kasih benarkan kami shooting di sini.Tapi secretary Tengku buat kacau."Natasha menghulurkan kad jemputan ke majlis pelancaran dramanya.Drama itu juga bakal digambarkan di sekitar hotel milik Tengku Syamil tidak lama lagi.

"Thank you for invitation."Tengku Syamil berbasa-basi.Dia tidak senang hati,lain pandangan Natasha kepada Ammara.

Ammara tidak berkedip mata menikmati kecantikan Natasha.Tengku Syamil menyiku lengannya."Sayang ni kenapa?"

"She is so beautiful like a fairy."Ammara tidak berhenti memuji.Bukan main bangga Natasha dengan pujian itu.Ammara tidak sedar Natasha ialah musuh yang tidak dianggap.

"Sayang,you are the most beautiful for me.Fairy ke apa tak dapat tandingi Rara sebab bidadari abang ada seorang ini saja,"kata Tengku Syamil di hadapan Natasha dan memang berniat menyakiti hati Natasha.

"I pergi dulu."Natasha iri hati mengangkat kaki keluar dari pejabat itu.Meo di belakang bertepuk tangan tanpa mengeluarkan bunyi.

****
Panas terik cahaya matahari membakar kulit Adri Watson.Dia meninjau projek pembinaan rumah kos sederhana di Johor Bharu.Para pekerja buruh yang terdiri daripada pekerja asing dan tempatan sedang giat melaksanakan tugas masing-masing di tapak itu.Dia meneliti kembali pelan pembangunan yang dirancang.

"Bos,ada orang nak jumpa,"kata setiausahanya,Marina.

"Siapa?"

"Encik Danial."

Adri mengeluh mendengarkan nama itu di deria telinganya.Danial gigih mengganggu hidupnya tanpa jemu.Lelaki itu tidak putus asa memujuk rayu Adri untuk kembali ke kehidupan lama mereka.Adri menyerahkan pelan kepada Marina lalu menemui Danial.

Dari jauh,Danial menyandar pada kereta Adri menanti dengan penuh sabar.Rokok pada tangannya disedut dan dihembuskan.Asap berserakan di udara mencemarkan kualiti udara di situ.Adri pantas menuju kepada Danial.Sesampainya di parkir itu,Danial memijak puntung rokok lalu memeluk erat tubuh Adri tanpa segan silu.Namun,Adri menolak lelaki itu tanda tidak suka dan tidak selesa Danial berkelakuan sedemikian.

"Kau nak apa lagi,Danial?"marah Adri.Danial menyerongkan senyumannya.Dia sedaya-upaya memujuk Adri agar kembali melayaninya seperti dulu.Dalam ramai-ramai lelaki,dia tidak dapat melupakan Adri.

"Kau tanya lagi.Aku mahu kaulah,Adri.Kenapa kau benar-benar dah berubah?"

Adri menjeling."Kau ni tak faham bahasa ke?Aku dah cakap banyak kali,aku tak nak.Bawa-bawa bertaubatlah,Danial."Adri mengetap bibir dan menggenggam penumbuknya.

"Aku tak boleh lepaskan kau,Adri.Aku sayang kau sebab kau berbeza dengan lelaki-lelaki lain.Aku tak boleh hidup tanpa kau."Danial semakin mendesak.Dia ingin Adri menjadi miliknya kembali.Kenangan masa indah bersama Adri selalu menerpa dalam benaknya.

Adri jijik mendengar rayuan daripada seorang lelaki."Aku jijiklah kau cakap macam ni.Kau balik cermin diri kau sendiri.Kau tengok kau tu siapa?Kau tak sesuai langsung untuk aku."

Danial mendabik dada sasanya melawan Adri.Mukanya serius."Apa lagi yang tak cukup?Selama ni aku layan kau dengan baik.Kau suruh aku jangan kacau Ammara,aku dah tak kacau.Apa lagi kau nak?"Danial memggumam.Dia menolak rancangan Cik Puan Salina mentah-mentah kerana Adri melarangnya.

"Aku nak kau tinggalkan aku dan kehidupan songsang kau.Jadilah lelaki yang sejati,"jawab Adri.Danial tidak dapat menerimanya.Perubahan Adri menyeksa batinnya.

"Baiklah.Kau jangan sampai aku apa-apakan Ammara."Danial semakin berani mengugut.

Adri menyilangkan tangannya melepaskan tawa besar."Siapa kisah kau nak apa-apakan dia?Aku dengan Ammara tak ada apa-apa hubungan pun.Kau berani buatlah,kau boleh rasa macam mana suami dia menggila.Sampai ke lubang cacing pun dia akan cari kau."

"Aku tahu kenapa kau tak kisahkan Ammara sebab sekarang kau sibuk layan Si Pondan tak guna tu.Kau ingat aku tak tau kau selalu singgah apartment dia,pergi gim sama-sama."Danial tidak puas hati Adri telah beralih arah.Sakit hatinya Adri selalu bertemu dengan Meo.Dia pula dibuang seperti sampah oleh Adri.

"Kau ada masalah ke pasal aku dengan Meo?"

"Aku dah agak.Kau pura-pura berubah sebab nak tinggalkan aku dan berbalik kepada ex lama kau tu."Dia rasa dirinya dipermainkan oleh Adri.

"Kau dah tahu,kau boleh balik sekarang.Terimalah kenyataan yang kau tu tak ada makna apa-apa pada aku.Orang macam kau bukan taste aku,Danial.Aku suka yang lembut-lembut,comel-comel.Jadi,kau dah terkeluar dari senarai aku.Do you understand?"kata Meo dengan angkuh sekali.Danial terluka.Penantian dia selama ini sia-sia.Mengenakan Ammara kerja yang tidak berbaloi kerana Adri sama sekali tidak kisahkan Ammara lagi.

****
Tengku Syamil mengetuk pintu bilik hotel yang menempatkan Natasha berehat sementara menyambung penggamabaran.Natasha memintanya datang bertemu dengannya di situ kerana ada urusan ingin dibincangkan bersama.Pada mulanya Tengku Syamil menolak tetapi setelah didesak oleh Natasha,dia menuruti kemahuannya.Sekadar berbincang mungkin tidak mengapa bagi Tengku Syamil.

Natasha membuka pintu bilik dengan gaya yang sangat seksi seakan menggoda Tengku Syamil.Dia mengenakan dress tidur satin warna merah tanpa tali halus dan sendat menampakkan bentuk tubuhnya serta singkat ke paras paha.Sesiapa yang melihat pasti akan melebur imannya.Tengku Syamil sedikit tergugat tetapi dalam kepalanya memikirkan Ammara.

"Ada apa nak bincang?"tanya Tengku Syamil tanpa memandang hidangan di hadapannya.Bukan pertama kali dia melihat Natasha seseksi itu.

"Masuklah dulu,"ajak Natasha manja.Senyuman manis menguntum jiwa diberikan kepada Tengku Syamil.

"I tak ada masa nak layan you.I di sini saja.Cakap atau I pergi?"Tengku Syamil ingin beredar namun dia ditahan oleh Natasha.Tengku Syamil memandang ke kiri dan kanan,jangan-jangan ada yang memerhatikan mereka berdua.

Natasha tidak malu memeluk Tengku Syamil dengan berpakaian sebegitu rupa."I rindu you,Syamil.Kehangatan setiap sentuhan you,I masih ingat sampai sekarang.Tak ada lelaki yang boleh menandingi you,Syamil,"ujar Natasha dengan nada manja dan ghairah.Tangannya mengusap dada Tengku Syamil.

Tengku Syamil menolak Natasha."You ni dah gila ke,Tasha?"

Natasha menggulung-gulung rambut panjang terurainya dengan jari menyandar pada bingkai pintu pula.Dia memandang Tengku Syamil dari atas ke bawah."I think I'm crazy about you.Jomlah masuk dalam,I tahu you sebenarnya suka dibelai-belai,"goda Natasha lagi tidak putus asa.

Tengku Syamil menolak Natasha menyandar pada dinding.Tanganya dilekapkan pada dinding tersebut manakala dia merapatkan bibirnya pada pipi Natasha.Kehangatan nafasnya dirasai Natasha yang sememang menginginkannya."Memang I suka dibelai dan membelai tapi bukan you.Semua itu I akan buat bersama isteri I saja.Faham?"Tengku Syamil berkata separuh berbisik.Malu sendiri Natasha kerana dia fikir Tengku Syamil akan tersungkur kepadanya.

Tengku Syamil dengan senyum mengejek berundur ke belakang.Puas hati melihat muka merah Natasha menahan rasa malu.Dia tidak akan sesekali melakukan hal yang akan melukakan hati Ammara.

Rasa tercabar Natasha mendorong dia menarik kolar kemeja Tengku Syamil."How dare you,Syamil?Jangan ingat you bagus sangat.Dulu badan I ni yang you idam-idamkan.Sekarang you berlagak dengan I.You ingat you siapa?Jangan sampai I beritahu isteri you siapa antara you dengan I."Natasha mula mengugut Tengku Syamil

"Wow!Takutnya I.Beritahu sajalah,I peduli apa.You dedahkan you siapa,you ingat Ammara akan percayakan you bulat-bulat ke?Lepaskan kolar baju I."Tengku Syamil merentap tangan Natasha dan menolak dia terundur ke belakang.Berair mata Natasha menyandar pada dinding.

"Kenapa you sombong sangat,Syamil?You dah banyak berubah."

"Well.This is me."Tengku Syamil mengejek.Tidak kuasalah dia melayani kegilaan Natasha yang semakin menggedik.Dia berlalu.Kehidupannya kini bersama Ammara lebih indah daripada melayani kebodohan Natasha.Berpaling semula ke arah Natasha juga tidak kerana dia telah menguburkan Natasha selama-lamanya.Ammara dan anak-anaknya prioritinya.

Ekoran mata Natasha mengkikuti gerak langkah kaki Tengku Syamil.Dia senyum sendiri."You jangan berlagak sangat,Syamil.I akan pastikan you akan jatuh ke tangan I semula."

****
Adri mengajak Meo ke kondominium yang disewanya.Hiasannya serba ringkas dan ruang yang besar.Biasalah rumah orang bujang.Balik dari kelas mengaji tadi,Adri mengajak Meo melepak di kondominium miliknya.Hujung minggu mereka sama-sama mendalami ilmu agama bersama dengan beberapa orang ustaz di Kuala Lumpur di samping Adri melawat rumah anak yatim milik ibu saudaranya.

Mereka bersantai di balkoni."Makanlah.Ini saja yang ada kat rumah aku ni.Orang bujang katakan,"pelawa Adri menghidangkan roti dan air mineral kepada Meo.

"Aku tak kisahlah.Sekarang foodpanda banyak.Call saja sampai depan pintu,"jawab Meo.Adri mengiakan dengan anggukan.

"Hmmm...So,Ammara macam mana dah balik?"tanya Adri apabila teringatkan dikatakan menghilangkan diri.Selepas ditum

"Dah.Elok je datang office baru ni."jawab Meo menyumbat penuh roti ke dalam mulut.

"Dia ke mana?Gaduh dengan Tengku Syamil ke?"Adri ingin tahu.Dia sendiri tidak berani menghubungi Ammara sendiri.Risau jika dia menjadi punca pergaduhan Ammara dengan Tengku Syamil pula mahu bertanya lebih-lebih.Eloknya mendengar cerita daripada Meo saja.

Meo mengjungkitkan bahunya."Tak tahu.Aku tak sempat tanya sebab dia teman husband dia buat kerja.Tak sempatlah aku nak bergosip.But I'm sure the news that she was pregnant."Gembira Meo menyampaikan berita yang didengar tempoh hari.

"Baguslah.Dah rezeki Ammara dengan Tengku Syamil.Hmmm...Nasiblah Ammara jadi kahwin dengan aku.Sekiranya terjadi,aku tak tahu apa yang akan jadi pada dia.Mungkin menanggung sakit yang bukan dari kesalahan dia.Semua yang berlaku antara aku dengan Ammara,aku reda.Hikmahnya aku sedar kesilapan aku dan Ammara bahagia bersama Tengku Syamil."Sayang kepada Ammara masih berbaki tetapi dia terima seikhlas hati dengan takdir mereka.Dia banyak menyalahkan dirinya sendiri kerana mensia-sia Ammara.

Meo meletakkan tangannya atas tangan Adri."Aku tahu kau masih sayang dia.Aku pun sayangkan dia tetapi aku happy tengok dia bahagia.Yelah,aku yang tak sempurna macam ni siapalah nak pandang kan?Perempuan manalah nak lelaki lembut macam ni,"kata Meo.

"Eleh...Kau tu kena keras sikit.Tukar cara dan cara bercakap tu,bersusun nakkan kau.Try la."Adri memuji Meo supaya tidak rasa rendah diri dengan kekurangan dirinya.

Meo bangun dari duduknya dan berjalan melenggok-lenggok ala-ala model."Haaa..tengok ni kan kepit.Macam mana aku nak ubah ni?Susah tau.Aku pergi gim pun ada mata-mata pandang serong kat aku."Meo berkecil hati.Kelembutannya menjadi bahan ejekan oleh lelaki-lelaki sado di gim.Penyudahnya,dia berhenti ke gim lagi.

"At least kau jadi diri kau sendiri.Kau ingat yang pergi gim sado-sado tu semua Lelaki sejati.Ramai yang gay,bro berselindung di sebalik badan sado.Tak semua tapi ramai.Contoh terdekat,aku dululah."Adri mengakui kekhilafan dirinya.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Kekesalan memilih simpang kehidupan yang salah memakan diri sendiri.

"Rilex la ,Adri.Semua orang buat silap kot."

"Hmmm...Yup.Tapi silap aku besar,Meo.Kesilapan aku merosakkan diri aku sendiri.Jujurnya aku sunyi,perlukan teman hidup dan aku nak ada family macam orang lain tapi apakan daya.Penyakit yang ada dalam badan aku ni bukan boleh diubati pun.Hanya merisikokan dan anak aku.So,aku pilih single sampai nafas terakhir aku nanti."Adri meluahkan rasa kecewanya.

Meo turut bersimpati.Meo memegang bahu Adri."Sabarlah.Allah kurniakan kau tubuh badan yang sihat walaupun sebenarnya kau sakit.Kau masih kuat dan gagah membantu orang,mendalami ilmu agama pun dah cukup rahmat."

"Tulah.Macam ni pun aku dah bersyukur.Hmmm...Dahlah sedih-sedih.Meh aku ajar kau cara berjalan biar nampak gagah dan perkasa.Barulah awek pandang kau tak berkelip."

"Kau tengok jalan.Dada ke depan.Kepala ke depan.No lenggok-lenggok catwalk.Kaki tu tak payah nak bersilang sangat.Just be normal."Adri memberi penjelasan sambil melakukan gaya berjalan lelaki macho dari hingga ke hujung balkoni.Dia menanti giliran Meo pula berjalan.

"Okay.Aku try."Meo berjalan dengan penuh yakin namun mengundang hilai tawa Adri Watson.Sekerat jalan Meo berhenti.

"Kan aku dah cakap jangan kepit,"kata Adri berdekah-dekah.Sakit urat perutnya ketawakan Meo.

"Amboi-amboi,sweetnya merpati sejoli ni!Boleh ketawa berdekah-dekah kat sini,"muncul seorang lelaki menepuk-nepuk tangan menuju kepada mereka.Meo dan Adri saling berpandangan.

"Kau dari mana,Danial?Macam mana kau boleh masuk?tanya Adri.

"Sini tempat aku dan kau bersuka-ria melepaskan naluri masing-masing.Setakat nak ingat password kau tu mudah sangatlah,Adri.So,bahagianya korang berdua.Tak nak share dengan aku ke?"Danial menapak semakin dekat dengan Adri.Dia berdiri sama tegak dan sama tinggi dengan Adri.

"Kau nak apa?"Adri merasakan ada sesuatu yang dihunuskan ke arah perutnya.

"Kalau aku tak dapat kau jangan harap orang lain akan dapat kau,Adri.Sotong lembut ni pun tak akan dapat,"kata Danial dengan mata dicerlung.Sepucuk pistol yang dihalakan pada perut Adri membuat Meo panik dan gelabah."Danial,berhentilah.Janganlah sampai nak bunuh.Letak pistol kau.Aku dengan Adri tak ada apa-apa hubungan pun."Meo terlompat-lompat risau.Lengan Danial dipukul-pukul oleh Meo.

Kemudian,pistol itu diacukan ke muka Meo."Aaaaaaaaaaa!!!!"Meo menjerit ketakutan.

"Kau diamlah,pondan.Kalau tak aku tembak kau,"pekik Danial dengan suara yang tinggi.Terdiam Meo.Mulutnya dikatup dengan tangan manakala kakinya berdiri statik.

Danial ketawa sinis dan meletakkan pistol pada perut Adri."Kau memang tak ada hati perut,Adri.Kau tinggalkan aku dah pilih bersama dengan budak Meo ni."

"Hei,aku tak ada apa-apalah dengan dia,mangkuk!"Meo menjawab dalam ketakutan.Danial telah salah faham bahawa Adri memilih Meo.

"Kau diam!!!!"tempik lagi.Sekali lagi Meo zipkan mulutnya yang cabul itu.Memang suka menjawab walau saat getir sekalipun.

Adri menitiskan air mata."Aku tak nak buat semua ni,Adri tapi aku terpaksa.Aku tak boleh hidup tanpa kau.Tergamak kau hancurkan hati aku,mainkan perasaan aku.Kau tak tahu aku sayangkan kau sangat-sangat.Tapi kau...."Danial berhenti mengesat air matanya.Dia terlalu obses dengan Adri.

Danial menunjuk-nunjuk dadanya dengan pistol."Aku sakit di sini....Hati aku sakit..Tergamak kau buat aku macam sampah.Kau tahu tak,dalam kepala aku ni asyik ada kau saja,Adri.Nak tidur kau,makan kau,mandi pun kau.Kau dah sebati dalam hidup aku,Adri.Tergamak kau tabur janji manis malah kau yang tinggalkan aku.You're selfish,"rintih Danial mengalah perempuan sejati menagih cinta Sang Kekasih.Adri memandang Danial dengan juraian air mata yang semakin laju.Begitu juga Meo.

Danial seperti orang gila talak.Akal fikirannya tidak waras seperti biasa.

Adri memegang laras pistol di perutnya."Kau bunuh saja aku sekiranya kematian aku dapat membahagiakan kau,"kata Adri.Terbungkam Meo mendengar kata-kata Adri.

"Kau dah gila ke,Adri?"kata Meo resah.Dia juga tidak berdaya untuk melawan.Kudratnya tidak segagah Danial.Nyawanya dengan Adri dalam keadaan di hujung tanduk kini.Tersalah langkah,peluru akan menembusi tubuh mereka.

"Biarkan,Meo.Aku dah tak sanggup hidup dengan rasa berdosa.Dia akan puas hati aku mati."Danial serba salah menekan picu pistol itu.

"Come on!!!!Tembak aku,Danial!!!!Bunuh aku dengan tangan kau sendiri.Ayuh,tekan picu tu!!!"Adri mendesak.Dia sudah bersedia dengan apa jua tindakan Danial kepadanya.Dia pasrah dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.Hidup dan matinya kerana Allah.Danial dalam keadaan teragak-agak.Meo menangis melihat sitausi itu.

"Tembak aku!!!Aku yang heret kau ke dunia ni kan?Aku punca kau jadi macam ni.Kau tunggu apa lagi?Tembak!!!"Adri memekik dan tidak diduga bunyi dentuman kedengaran.Danial benar-benar mensaja picu pistol.Darah merah mula mengalir di perut Adri.Adri mengangkat telapak tangannya yang dipenuhi darah lalu rebah ke lantai.

"Kau memang tak guna,Danial.Kau dah bunuh orang."Meo menyerang Danial yang termangu melihat tubuh Adri semakin lemah.Dia terkulai.Danial dipukul-pukup dengan tangannya.Dengan sengaja,Danial menembak lutut Meo.Meo turut rebah ke lantai menahan tusukan peluru yang memedihkan.

"Kau memang binatang,Danial."Meo mengesot-ngesot ke arah pagar balkoni untuk mengukuhkan dirianya.Perlahan-lahan dia berdiri walaupun lututnya rasa seperti ingin tercabut.

"Mulut kau memang tak reti diam ya,Pondan?Sakit-sakit pun nak maki aku.Sekarang,kau terima padahnya.Tamatlah riwayat kau sebagai pondan."Pistol diacukan tempat ke arah dadanya.Meo memejam mata terpaksa merelakan peluru menembusi dadanya.'Ya Allah,ampunkan segala dosa-dosa laluku jika hari ini adalah hari terakhirku di dunia ini,'doa Meo dalam hati.

"Arrrghhhhh!!!!!"Danial mengamuk apabila peluru di dalam pistol itu habis.Dia mencampakkan pistol tersebut ke lantai lalu menyerang Meo di balkoni.Meo yang melihat Danial meluru ke arahnya mengelak ke tepi.Danial pula tidak dapat seimbangkan badan.Dia tidak sempat menghentikan kakinya,maka terhumban ke bawah dari tingkat tinggi itu.

****
Wanginya bau sabun 'fruity' menyegarkan deria bauku.Aku berendam dalam tab mandi bulat yang agak luas menyamankan badanku yang terasa agak panas sejak akhir ini.Aku mudah panas dan berpeluh.Berendam dalam tab dipenuhi buih-buih sabun melegakan aku.Tengku Syamil sibuk di luar agaknya.

Aku memasangkan 'earphone' kedua-dua telingaku.Aku menyedapkan halwa telingaku dengan lagu-lagu kegemaran aku.Kepalaku dibaringkan ke birai tab mandi manakala mataku dipejamkan.Segar.

'So lock the door and throw out the key,'
'Can't fight this no more,its just you and me,'
'And there's nothin' I,nothin' I can do,'
'I'm stuck with you,stuck with you,stuck with you...'

Aku menyanyikan lagu Ariana Grande berduet dengan Justin Bieber walapun aku tahu suara aku sumbang.Tapi siapa yang kisah.Tiada siapa yang mendengar aku menyanyi syok sendiri dalam bilik air ini.Tidak lama kemudian,'earphone' aku dibuka.Aku berpaling dan Tengku Syamil sedia bertenggek pada tepi tab dengan senyuman lebar.Aku tidak sedar masa bila dia muncul di situ.

"Bila abang masuk?"tanya aku.

"Tadi lagi.Rara tu nyanyi tak ingat dunia.Abang haraplah hari ni tak hujan.Ada suara-suara sumbang yang memanggil hujan tadi,"sindir Tengku Syamil dalam tawanya.

"Rara tahulah suara Rara ni tak merdu.Nak masuk AJL apatah lagi.Menyanyi dalam bilik air sajalah yang mampu,abang."Aku merendah diri.Lagipun bukan cita-cita aku menjadi artis.Sengaja menyanyi sekadar melepaskan gian di bilik air.

"Abang guraulah.Hmmm...Lenguh tak?Sini abang picit belakang sayang."Bagai mengantuk disorongkan bantal,aku terus menerima tawarannya.Bukan senang aku dapat acah-acah spa di rumah.Tukang urutnya pula Tengku Syamil.Pantang sekali aku menolak rezeki.

"Hmm..Nak.Memang lenguh pun,"kataku manja.Tengku Syamil mengurut-ngurut bahu dan belakang aku lembut-lembut.

Tengku Syamil mengetap bibirnya melihat keadaan isterinya di dalam tab mandi.Boleh tahan seksi."Hmm..Sayang,pusing kejap.Kiss abang,"pinta Tengku Syamil.

Aku tersenyum lalu aku tolehkan kepalaku ke arahnya.Aku mendongak manakala dia menunduk semakin rapat untuk menyatukan bibir kami.Saat bibir kami hampir mendekat,aku menarik Tengku Syamil masuk ke dalam tab.Ketawa besar aku hamburkan.Tengku Syamil duduk di hadapanku menarik nafas geram."Rara,basahlah abang."Dia melihat pakaiannya yang sudah basah kuyup dek air buih.Dia mencebik.

Aku mendekatinya dan memaut lehernya dengan kedua-dua tanganku.Hidung mancung aku dirapatkan dengan hidungnya lalu aku geselkan."Temanlah Rara mandi,"ajak aku dengan suara seksi.Satu kucupan mesra hingga di bibir basahnya.

Tengku Syamil mengangkat keningnya."Mandi semata-mata?"Pandangan Tengku Syamil semakin galak menerokai dadaku namun diselindungi buih-buih putih.

"Cukuplah tu."Aku mencuit hidungnya.Dia mengenyit mata kepadaku.Aku buat-buat tidak faham dengan isyaratnya.

"Rara ni jangan rendam lama-lama sangat,nanti sejuk.Tak pasal-pasal,twins dalam tu menggigil nanti,"kata Tengku Syamil.Dia meratakan air ke seluruh badannya dengan tangan.Sekali-sekali tangan nakalnya mengusap bahu hingga ke lengan aku.

"Baby okay saja,abang.Dia panas kat dalam tu."

Aku meleraika pautan pada tengkuk Encik Suami.Bajunya dibuka memaparkan sosok yang sado.Aku mencurahkan air ke atas dadanya.Matanya aku renung sedalam-dalamnya.Lelaki ini tidak lama akan bergelar papa kepada kembar aku yang aku kandung.Tatkala memandang rautnya,aku berjanji dengan diri aku untuk menjadi lebih matang pada hari-hari yang mendatang.Pengalaman baru-baru ini mengajar aku erti mendengar,memberi peluang dan kemaafan.Aku telah kehilangan orang yang aku sayang kerana kedegilan aku dan aku tidak ingin kehilangan dia pula.Aku masih tidak puas menikmati hidup bersama Tengku Syamil.

"Kenapa pandang abang macam tu?"Tengku Syamil merenjis air ke wajahku.Mataku terpejam terkena percikan air itu.

Aku dapatkan tangannya dan aku tautkan dengan tanganku."Abang,boleh tak janji dengan Rara yang tiada lagi rahsia antara kita?Pahit dan pedih macam manapun,abang tetap kena beritahu Rara,"kataku.Aku tidak mahu rahsia yang tidak terungkap menjadi tembok pemisah dalam perkahwinan kami.Aku inginkan hubungan yang lebih positif dan terbuka.Aku serik bertindak melulu.

"Hmmm..Rara rasa abang ada rahsia lagi?"soal Tengku Syamil.

"Bukan.Maksud Rara untuk masa akan datang.Kepercayaan itu penting untuk bina hubungan kita dan kepercayaan pula bermula dengan kejujuran.Tak kiralah abang atau Rara perlu jujur tak kisahlah ianya melukakan sekalipun.Kalau rasa sesuatu yang berlaku boleh menimbulkan syak wasangka,just tell the truth early.At least,kita boleh bersedia.Yalah,perkara yang kita tak duga mungkin terjadi."Aku berwaspada menuturkan kata kerana aku takut Tengku Syamil berkecil hati.Aku tidak berniat mengungkit apa yang berlaku tetapi lebih kepada persediaan masa hadapan.

Tengku Syamil berdiam diri memandang aku."Errr...Abang jangan sentap dengan Rara pula.Rara tak nak pisang berbuah dua kali.Rara percayakan abang,sebab tu Rara nak abang jujur dalam setiap perlakuan abang.Bukan abang saja tetapi Rara pun perlu jujur dengan abang."

Tengku Syamil menguntum senyuman ketika melihat aku seperti serba salah."Sayang,abang minta maaf tentang hari tu.Betullah apa yang Rara cakap.Kita perlu jujur antara satu sama lain.Abang dah belajar dari kesilapan abang.Abang berterima kasih,siapa pun abang,sayang tetap terima abang."

"Okay,tentang tu Rara tak nak ungkit dah.But promise,no more secret between you and me."Tengku Syamil menyambut jari kelingking yang aku hulurkan sebagai tanda berjanji.

"Promise,sayang.No more secrets,"balas Tengku Syamil.

Aku memegang pipinya dan terus menekan bibirku ke atas bibirnya.Tengku Syamil membalasnya dengan lembut.Pinggangku di dalam air dirangkul kemas merapati tubuh hangatnya.Air dalam tab kian mendingin tetapi kami semakin hangat.

Tiba-tiba,deringan telefon mengganggu kehangatan yang kian membara.Aku mencapai telefonku.Tengku Syamil di belakang tidak melepaskan kucupan di bahagian bahu dan belakangku.'Ahh..dia mana pandai berhenti.'

"Apa?Meo masuk hospital?Kena tembak?"Aku terkejut mendapat khabar itu daripada Kak Nani.Tengku Syamil serta merta berhenti mencium dan merapatkan telinga ke telefonku untuk dengar perbualan telefonku.

"What?Adri?Danial mati?"Aku semakin cemas.

Dapat juga Miss J siapkan malam ni.Ingatkan tak sempat...Haaa..Dorang dah dpt twins Pulau Perhentian.Seronok beno mandi dlm tab ya.hehehe..Si Danial is over.So,apa lagi?Komen2.

Share this novel

mila nsem
2021-09-06 11:06:59 

thanks for update

Hawani Hashim66
2021-07-14 17:56:41 

tq update sian meo

Hawani Hashim66
2021-07-14 17:56:40 

tq update sian meo


NovelPlus Premium

The best ads free experience