Bab 19 : Tiga dalam satu

Romance Series 697932

Tengku Syamil bersantai dia balkoni kediaman kami menghembuskan kepulan asap rokok.Sah,dia tengah stres.Salah satu puncanya ialah aku mengambil pil perancang tanpa kebenarannya.Dua hari dia membisu denganku.

Aku meletakkan secawan kopi panas kesukaannya di atas meja.Lama aku berdiri di hadapanku tetapi dia buat tidak endah saja aku di situ.'Sentap kot.'Walaupun aku sentap dengan kelakuan dia namun aku harus buang rasa itu untuk membina kembali hubungan baik kami.'Hmmm...Sebenarnya tidaklah baik sangat.At least,dia bertegur sapa dengan aku pun aku dah memadai untuk aku isi kekosongan hari-hariku yang sendu.'

Aku tidak berganjak malah aku menarik kerusi dan mengambil tempatku.Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.Aku menutup hidungku.Aku tidak suka bau rokok itu.Lemas.

Aku tidak teragak-agak merebut puntung rokok daripada tangannya lalu aku matikan.Puas hati aku.Tengku Syamil merenung aku dengan tajam.Tidak puas hati agaknya.'Aahhh...pedulikan.'

"Apa hal dengan kau ni,Ammara?"Dia memanggilku Ammara ertinya dia sedang marah.Aku buat-buat tidak bersalah walaupun dalam hatiku punyalah berdebar.Kalaulah dia naik angin,silap-silap aku dicampaknya ke tingkat bawah.

"Saya tak suka awak hisap rokok.Yang pertama,baunya busuk.Kedua,tak baik untuk kesihatan."

"Penting ke masalah tak suka kau tu pada aku?Tak kan?Jangan ganggu aku."Tengku Syamil keluarkan lagi sebatang rokok daripada kotak tetapi merampas sekali lagi.Kotak rokok di atas meja turut kuambil.

"Ammara,jangan cari pasal dengan aku."Tengku Syamil mengetap bibir nipisnya.Renungan matanya menusuk ke dalam anak mataku buat aku lemah.Selemah-lemah hatiku,aku berlagak biasa dengan renungan itu.Aku enggan mempamerkan riak cuak di hadapannya.

Tangannya menyambar tanganku yang memegang kotak rokok miliknya tetapi tidak berjaya.Akhirnya,di hadapan mukanya,aku patahkan sisa rokok yang ada dan kotak itu aku kemekkan.

Tenku Syamil makin menyinga.Lengan aku dicengkam kemas dengan riak yang bengis."Kau memang sengaja nak naikkan darah aku.Sebelum kau dapat sakit,tinggalkan aku seorang di sini."

Aku berdegil.Waima empangan mataku mula bertakung,aku tetap menatap mata tajamnya."Tak.Saya akan tetap di sini selagi kita tak selesaikan hal ni."

"Apa lagi yang kau tak puas hati?"soal Tengku Syamil dengan giginya dikancing.Lengan aku dirembas kasar.Dia bangun tetapi tangannya aku capai dan memaut jari-jemarinya.Aku tahu dia ingin mengelak berbicara dengan aku.

"Syamil,awak nak marah saya sampai bila?"

Tengku Syamil membongkokkan badannya.Wajah tampannya kini di hadapan muka aku."Aku marah kau bersebab dan kau memang patut dimarah dengan perbuatan bodoh kau tu."

Helaan lembut aku lepaskan."Saya ambil pil tu pun bersebab.Awak tak boleh nak mengamuk sesuka hati awak."

Tengku Syamil beralih posisi.Dia berdiri membelakangi aku."Ya,sebabnya kau tak nak anak.Kau tak payah cakap banyak kali,aku dah tau tu."

"Syamil,soal anak awak tak boleh buat keputusan sendiri.Kita kena sama-sama setuju bila waktu yang sesuai sebab yang akan tanggung semua tu,saya."

"Apa kau dah lupa perjanjian kita sebelum kahwin?Aku dah cakap awal-awal aku nak kau lahirkan zuriat aku untuk warisi empayar keluarga aku.Terlalu muda kau dah hilang ingatan."Tengku Syamil memerliku.

Aku diam.Ya,aku masih ingat dengan perjanjian itu.Aku tidak lupa hari aku dipertaruhkan oleh Tengku Syamil dan 'ah long'.Mahu atau pun tidak aku terpaksa bersetuju juga waktu itu.Aku takut.Takut jika Tengku Syamil tinggalkan aku?Apa akan jadi aku dan anak aku kelak?Hutangku yang banyak dengan dia.Adakah anak aku akan dipisahkan daripadaku?Banyak yang aku fikirkan.

"Diam?Ingat?Otak kau dah pulih ke sekarang?"

Aku menunduk saat ini.Titisan air mataku jatuh menimpa telapak tanganku."Apa akan jadi jika awak ceraikan saya jika saya punya anak dengan awak?"

Soalan yang diajukan oleh aku nampaknya menyemarakkan kemarahan Tengku Syamil.Mataku terpejam apabila bekas habus rokok berderai di atas lantas kerana dibaling oleh Tengku Syamil.Rambutnya diraut ke belakang diselangi hembusan nafas berkali-kali.

Dia menarik aku bangun.Dalam debaran,aku menunduk ke bawah,tidak berani menatap wajahnya yang bengis.Dia mengangkat wajahku dengan jari-jarinya.Mata aku yang berair ditenung dengan tajam.Kedua-dua pipiku dipegang kuat."Bodoh!!!Aku dah cakap aku tak akan lepaskan kau walau apa pun yang terjadi.Kau saja yang mengharapkan aku ceraikan kau.Mana kau letak otak kau?Kau ingat aku kahwin dengan kau untuk jadikan kau perempuan simpanan ke?Aku pakai kau masa aku nak dan buang kau sesuka hati?Macam tu?Buruk sangat aku pada hemat kau rupanya,"kata Tengku Syamil dengan kesal.

Aku tidak berani melawan.Tengku Syamil betul-betul marah ketika ini.Aku tersalah percaturan kali ini.

"Aku tau kau bencikan aku.Aku buruk di mata kau.Tapi aku hairan kenapa dengan mudah kau bagi tubuh kau kat aku?Aku ingat kau bagi tubuh kau sekali dengan hati kau untuk aku tapi aku silap."

Tengku Syamil meleraikan pegangan tangannya pada pipiku.Dia melangkah pergi meninggalkan aku.Lidah aku tetap kelu untuk berkata-kata.Aku terpukul dengan kata-katanya tadi.

****
"Isma Danial,buatkan kopi untuk saya.Then,call Mr.Chin tetapkan tarikh meeting,"Tengku Syamil memberi arahan kepada Meo.

"Eeerrr.....Hmmm...Baiklah,Tengku."Meo tergagap-gagap untuk bersetuju dengan arahan Tengku Syamil.Hujung matanya menjeling aku di meja sebelah dengan rasa bersalah.

"Cepat sikit."

"Ya."Meo segera ke pantri menyediakan kopi yang diminta.

Tengku Syamil melintasi mejaku tanpa menoleh sikit pun kepada aku.

Aku mula sentap dengan kelakuan Tengku Syamil kerana dia menyuruh Meo melaksanakan kerja-kerjaku.Selepas pertengkaran hari itu,Tengku Syamil tidak endahkan aku.Seperti biasa,dia diam saja di pejabat mahupun rumah.Dia buat aku macam tunggul,seolah-seolah tidak nampak dan sedar kewujudan aku.'Huh..I hate this.'

Meo seperti lipas kudung membawa secawan kopi panas melalui mejaku."Sekejap,Meo.Biar aku yang hantar.Lagipun,aku dah deal dengan Mr.Chin."Aku menawarkan diri untuk membawa air kopi kegemaran Tengku Syamil.Meo pun letakkan cawan itu di atas mejaku.

"Ammara,kau ada fight-fight dengan hubby kau ke?Lain saja aku tengok korang ni."Meo mula membawang.

"Alaaa Meo,biasalah suami isteri.Gaduh-gaduh manja saja.Don't worry,dear."Aku bangun mengambil cawan kopi itu.Kenyitan mata dan senyuman aku hadiahkan kepada Meo sebelum berlalu.

Selepas itu,pintu bilik Tengku Syamil aku ketuk beberapa kali.Sekilas pandang saja Tengku Syamil kepadaku apabila aku masuk ke dalam.Dia membuat kerjanya seperti biasa.

"Ini kopi awak."

"Hmmm..."

"Tentang Mr.Chin tu..."

Tengku Syamil memotong ucapan aku."Kenapa kau yang muncul?Rasanya tadi aku suruh Isma Danial yang uruskan."

Aku mengerling.Aku buat-buat tidak faham.Dia meminta Meo mengerjakan urusan tadi di hadapanku.Aku sakit hati sebab tugas itu adalah tugas aku.

"Saya tak tau apa masalah awak.Kerja yang awak suruh Meo buat tu semua kerja saya.Tak adil untuk dia kalau awak bebani dia dengan kerja orang lain.Profesionallah sikit.Hal kat rumah jangan dibawa ke tempat kerja."Aku membentak.Aku tidak suka perangai Tengku Syamil yang kebudak-budakan.

Tengku Syamil meletakkan pennya.Dia menyandar pada kerusinya sambil menyilangkan tangan merenung ke arah aku."Dah habis?"soalnya.

Aku memegang pinggang aku."Belum."

"So,continue it."

Aku diam.Tengku Syamil tidak menunjukkan tanda mahu membalas segala hujahku.Dia hanya memberi tumpuan dan mendengar.'Aahhh..Mungkin dia mahu menyindir aku.'

"Kenapa diam?Aku suruh kau sambung kan?"

"Nur Ammara,silalah keluar jika kau dah tak apa yang nak cakap.Aku banyak kerja yang nak dibuat ni,"arah Tengku Syamil dengan senyuman sinis.

'Halau aku?Okay,fine.Kau tunggu hari pembalasannya.'

Aku berpaling.Berbahas dengan Tengku Syamil berakhir dengan makan hati,lebih baik aku senyap dan mengundurkan diri.Aku berpaling mengatur langkah untuk keluar.

"Ammara."Aku berhenti apabila namaku dipanggil.Aku berhenti tetapi aku tidak memandang ke belakang.

"Tolong panggilkan Isma Danial masuk ke dalam.Thank you."

"Lagi satu,aku balik lewat sikit hari ni.Kau makanlah dulu,tak payah tunggu aku,"Tengku Syamil memberitahuku.Pedulikan dia.Aku tak ada masa mahu ambil tahu dia ke mana.Aku mengorak langkah dengan jiwa yang sentap.

****
Jauh aku termenung sendiri di bawah pohon rendang tepi tasik Taman Tasik Titiwangsa.Aku ke sini untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa aku yang serabut.Aku kesepian.Dengan masalah yang menimpa,aku rasa berat untuk aku tanggung sendiri.Pada siapa harus aku luahkan segala yang membebaniku.Tengku Syamil tidak mendengarkan aku,siapa lagi yang aku ada?Abah?Aku tidak mahu abah tahu aku berkahwin dengan Tengku Syamil untuk melangsaikan hutang semata-mata.Dokumen pinjaman bank pun telah dipalsukan untuk mengaburi mata abah.Jika aku ceritakan kepada abah,sudah tentu rahsiaku akan terbongkar dan abah pasti kecewa.

Aku menghembuskan nafasku.Mengapa terlalu sukar bagi aku hadapi semua ini?Ungkapan menusuk kalbu Tengku Syamil pula terngiang-ngiang di telinga seolah-olah dia bercakap di cuping telingaku.'Aku ingat kau bagi tubuh kau sekali dengan hati kau untuk aku tapi aku silap.'

"Apa maskud bagi hatiku kepadanya?"Aku bermonolog dalaman.Ayat itu seringkali bermain dalam fikiran tu.Adakah Tengku Syamil mencintai aku?Mustahil.Aku menepuk-nepuk pipiku agar sedar daripada lamunan dan khayalanku.Jauh aku angankan dengan hanya sepotong ayat spontan yang tidak bermakna apa-apa.'Sedarlah wahai Ammara,dia tak mungkin jatuh cinta pada kau.'

"Ammara,wake up.Kenapa dengan aku ni asyik teringat dia je."Aku cuba membuang bayangan Tengku Syamil dari ingatanku.Aku pejam mata dan menarik nafasku dalam-dalam.

"Kak long.."Ada yang memanggilku tetapi aku tahu siapa orangnya.Tengku Amir.Dia seorang yang panggil aku kak long atas muka bumi ini.Aku berpaling dan dia tersengih-sengih.Aku membalas senyuman kepadanya.

"Kak long sorang je ke?"tanya Tengku Amir dengan wajah yang sangat ceria.Tengku Amir sepupu suamiku tetapi mulutnya tidak pernah lekang dengan senyuman yang memaniskan lagi raut wajahnya.Tengku Syamil memanglah kacak dan tampan tetapi kedekut senyuman.Dia tidak tahu agaknya senyum itu sedekah.'Cukup,Ammara mengata suami sendiri.'

"Hmmm...Macam yang Amir nampaklah.Amir pula dengan siapa?"

"Amir teman nenda tapi tak tau dia dah ke mana."Tengku Amir melabuhkan punggungnya di sebelahku.Aku mengesot ke tepi menjarakkan posisi kami yang berlaga bahu.Aku sudah bersuami,harusku jaga batas pergaulan aku.

"Hmmm...Abang Syamil ke mana?Sibuk?"aju Tengku Amir melihat aku sendiri di taman itu.

Aku menjungkitkan bahu.

"Kak long gaduh dengan Abang Syamil ke ni?"

Aku tidak menjawab soalan Tengku Amir."Hmm..Amir,Abang Syamil memang garang ke dari dulu?"Aku ingin tahu perihal personal Tengku Syamil.

Tengku Amir tergelak dengan soalanku.Keningku yang tidak terlalu tebal itu diangkat ke atas.Apa yang lucu dengan soalan aku pun tidak tahu.

Tengku Amir berhenti ketawa apabila sedar aku merenung serius kepadanya."Okay-okay,I'm sorry.Tak ada niat nak gelakkan kak long.Sepatutnya kak long dah tau perangai Abang Syamil,kak long kan isteri dia."

Bibir merah jambu aku ketap.Jari-jemariku bertaut antara satu sama lain."Errr...Yang kak long tau dia garang je memanjang.Kak long tak tau sangat perangai sebenar dia.Lagipun,kami berkahwin bukan atas dasar cinta.Hubungan kami tidak seperti yang disangka pun."Aku tidak lagi berselindung dengan Tengku Amir.Aku tidak tahan lagi memendam rasa yang memeritkan hati aku.

"Jap-jap,apa maksud kak long ni?"

"Janji dengan kak long,ini rahsia?Jangan sampai ke pengetahuan sesiapa terutamanya Tengku Zana dan nenda.Andai kata rahsia ni bocor,kak long takkan percayakan Amir sampai mati."Aku meminta Tengku Amir berjanji denganku.Aku tidak mahu Tengku Zanariah tahu keadaan rumah tangga aku dan Tengku Syamil.

Tengku Amir mengangkat tangan tanda bersumpah menyimpan rahsia aku."Amir janji.Kak long bunuh Amir kalau Amir bocorkan rahsia kak long.Hmmm...Apa yang berlaku sebenarnya dengan kak long dengan Abang Syamil?"

Tengku Amir tekun mendengar luahan hati aku
Segalanya aku bongkar kepadanya walaupun aku kurang rapat dengannya tetapi ada aura yang aku rasakan aku boleh mempercayainya.Air mata menyelangi ceritaku,aku usap dengan tisu.Tengku Amir kelihatan terkelu dan tidak percaya apa yang aku ceritakan.Cuma hal bilik tidur dan masalah yang melanda kini tidak aku kongsikan dengan Tengku Amir.Biarlah ianya menjadi hal privasi antara aku dengan Tengku Syamil

"Amir tak sangka semua ni berlaku kepada kak long.Kalau Amir tau begini,dari awal lagi Amir halang Abang Syamil kahwin dengan kak long."Wajah Tengku Amir jelas terpancar kekesalan.

"Amir tolong simpan rahsia ni.Kak long dah tak tahan,kak long tak tau nak cerita pada siapa lagi."

"Kalau mama tau pasal ni,mesti mama kecewa dengan Abang Syamil."

"Mama siapa?"

Tengku Amir berdehem."Mama Abang Syamil lah.Nasib mama dia dah tak ada,kalau tak mesti mama kecewa.Kasihan kak long.Kan bagus kalau Amir jumpa kak long dulu sebelum Abang Syamil.Tak ada kak long tersepit macam sekarang."Tengku Amir tidak senang hati mengetahui kebenaran perkahwinan aku dan Tengku Syamil.

"Benda dah berlaku,Amir.Mungkin takdir kak long begini."

"Abang Amir layan kak long elok tak?Dia ada pukul kak long atau buat apa-apa yang menyakiti kak long?"Tengku Amir mengiring mengadap dengan aku.

Aku menggeleng."Tak.Dia tak pernah sakitkan kak long cuma dia garang je."Terasa lapang dada aku melepaskan apa yang terbuku di hati.

"Selama kahwin dengan Abang Syamil,kak long tak ada apa-apa perasaan ke pada Abang Syamil?"

Aku memandang Tengku Amir dengan mata sayuku.Aku tidak dapat menjawab pertanyaan itu.Aku sendiri keliru dengan perasaanku terhadap Tengku Syamil.Aku tidaklah membenci dia tetapi tidak juga merasa sayang kepadanya.'Arrrghhhh...Gawat..'

****
Raimi dibawa ke satu tempat oleh orang yang tidak dikenali dengan kepala yang bertutup dengan kain berwarna hitam.Dia diculik oleh dua orang lelaki semasa membuka pagar rumahnya.Tangannya diikat ke belakang.Deria dengarnya terdengar pintu dibuka dan ditutup dan suara lelaki yang bercakap sesama mereka.Dia berdiri tegak dengan apabila langkah lelaki yang mengiringinya berhenti.

"Buka,"arah suara garau itu.Kedua-dua lelaki yang membawanya tadi mengikut arahan lalu membuka kain yang menutupi sebahagian kepala dan muka Raimi.Berpinar matanya namun dia masih dapat melihat beberapa orang lelaki berdiri di hadapannya.Kesemua wajah di situ dia tidak kenal walau seorang.

"Siapa korang?"tanya Raimi dalam keadaan cemas.Matanya mengamati seorang demi seorang lelaki di dalam gudang itu.

"Kau tak perlu tau siapa kami.Sekejap lagi bos kami akan sampai.Jadi,bersedialah kau untuk menerima hukuman.

Raimi tergelak."Hukuman apa?Apa salah aku?"

"Jangan cakap besar.Kau akan menyesal nanti."Ketua kumpulan itu memberitahu.Kemudian,dia menjawab panggilan telefon yang berdering.Lelaki itu menyuruh salah seorang daripada mereka membuka pintu kerana ada tetamu yang tiba.

Terpempan Raimi apabila melihat Tengku Syamil melangkah masuk dengan semangat.Perasaan dia semakin tidak keruan.Tengku Syamil duduk di atas kerusi yang disediakan oleh Kimi dengan menyilangkan kakinya."So,Encik Raimi.How are you?I never see you for a long time."Tengku Syamil berbasa-basi dengannya.

"Tak perlu sesi bertanya khabar.Just straight to the point.Jimat masa dan tenaga,"kata Raimi dengan senyuman sinis walaupun dia berada dalam keadaan genting.

Tengku Syamil senyum kelat.Kakinya disilangkan dengan penuh bergaya."So,senanglah kerja aku,kau dah faham kenapa kau ada di sini."Tengku Syamil pantas memberi isyarat tangannya agar dua orang lelaki itu agar melepaskan ikatan tangan Raimi.

"Aku sebenarnya dah lama perhatikan kau.Boleh tahan licik kau kan?Kau dengan kakak kau sama licik kalau bab memperdayakan orang lain."

Riak Raimi seakan-akan terkejut mendengarnya."Kakak?"

"Jangan pura-pura lagi,Raimi.Kau ingat aku tak tau yang kau adik Auntie Salina selama ni?Kau dengan kakak kau dah tipu ayahanda aku hidup-hidup.Sekarang kau nak tipu aku pula.I will never let it happen again."

"Hei,bapak kau tu yang tak guna!Dah janji dengan kakak aku nak serahkan hotel dan saham kepada dia,tup-tup dalam diam dia bagi semua harta dapat pada kau.Atau kau sebenarnya yang ubah wasiat bapak kau tu?"tanya Raimi.

Tengku Syamil merapati Raimi.Leher baju Raimi direntap kasar."Aku waris terdekat dan itu memang dah hak aku.Kau siapa nak pertikai?Masalah sekarang,kau dah seleweng duit syarikat aku,jadi jangan nak ubah topik."Tengku Syamil mencerlung tajam matanya.

Senyuman sinis Raimi menambahkan sakit hatinya."Bukan luak pun duit kau.Itu aku guna sikit pun masih ada untung yang kau boleh kaut.Tak miskin pun kau setakat aku pakai banyak tu,"Raimi mencabar.Sikit pun tidak ada rasa bersalah atau kesal atas perbuatannya.

Semakin kemas pegangan leher baju Raimi oleh Tengku Syamil."Kau memang cari pasal dengan aku."

Satu tumbukan hinggap pada pipi Raimi.Raimi terpelanting ke belakang.Darah pada bibirnya dikesat.

"Aku saman kau,Tengku Syamil."

Tengku Syamil senyum."Samanlah kalau kau berani.Aku akan dakwa kau di mahkamah dan sumbat kau dalam penjara.Segala bukti penyelewengan kau,dah ada dalam tangan aku."Tengku Syamil mengugut.Segala maklumat kegiatan Raimi dalam genggamannya atas pertolongan Kimi yang menyiasatnya.

Bulat mata Raimi mendengarnya.Dia menyerang Tengku Syamil pula.Satu tumbukan tepat mengenai pipi Tengku Syamil menyebabkan bibirnya terluka. Tengku Syamil yang sekian lama berdendam membalas serangan tersebut dengan menumbuk Raimi berkali-kali di muka dan perutnya."Kau memang jahanam,Raimi.Kau dengan kakak kau dah hancurkan keluarga aku.Manusia tak sedar dek untung!!"marah Tengku Syamil?mencengkam leher baju Raimi.Kemudian,dihumbannya Raimi terduduk menyandar pada dinding.

Raimi agak lemah namun tetap memprovok Tengku Syamil."Bapak kau pun sama gila.Dia yang tergila-gilakan kakak aku dan harta sampai sanggup rancang pembunuhan mak kau.Dah nak mampus,pandai pula insaf."

Tengku Syamil sikit pun tidak terkejut dengan omongan Raimi tentang ayahandanya.Sudah lama dia tahu dan dia sendiri telah selesai dengan ayahandanya walaupun awalnya dia tidak dapat menerima ayahanda sendiri dalang pembunuhan bondanya.Tengku Syamil pejamkan mata menahan perasaan dan mengingati wajah arwah bondanya.

"Kalau kau nak tau,aku orang yang rosakkan cable brek kereta mak kau supaya mak kau terbabas.Haislnya...mak kau mati,"Raimi bersuara lagi mencurah api kemarahan Tengku Syamil.Kimi dan dua lagi pengikutnya turut mendengar dan merakam perbualan mereka.Tengku Syamil masih mengunci mulutnya.

"Kau dengan bapak kau pun tak ada beza tergila-gilakan setiusaha sendiri.Yang bezanya,Ammara isteri pertama kau.Tapi aku nak ingatkan kaulah,jaga-jaga dengan isteri kau.Mungkin dia pun sama dengan perangai kakak aku,nakkan harta kau je.Di belakang kau mungkin ada jantan lain."Raimi menambah cerita supaya Tengku Syamil semakin marah.Kali ini,Tengku Syamil tidak menahan sabar lagi.Dia menumbuk Raimi sehingga terkulai lemah.Pada masa yang sama,terbayang wajah Ammara di matanya.'Rara aku bukan begitu.'

"Stop it,Syamil.Dia dah tak berdaya tu."Kimi menghalang Tengku Syamil daripada membelasah Raimi.

"Orang macam dia tak layak hidup di dunia ni."

"Aku tau,Mil.Lebih baik kita serahkan dia kepada polis.Biarlah undang-undang yang tentukan hukum dia.Bukti semua dah ada,dia takkan terlepas."Kimi menenangkan kemarakan api kemarahan Tengku Syamil.

****
'We need to talk,Sofia.Jangan marah abah.'Pesanan Tengku Zanariah yang dikirim melalui Whatsapp.Aku mendengus sebaik membacanya.Aku tidak berminat membalas malah aku terus memadamkannya.Kuintai jarum jam melewati pukul 10.00 malam namun Tengku Syamil tidak balik-balik.Panggilan dan mesej yang aku hantarkan tidak dijawab.'Ke mana dia pergi tak balik lagi?Kalau ya pun merajuk takkan tak nak balik rumah.'

Aku merebahkan badanku di atas sofa.Televisyen yang aku buka berbunyi sendiri kerana fikiranku menerewang ke Tengku Syamil.Aku kesunyian.Aku perlukan teman untuk berbual dan bercerita.Walaupun Tengku Syamil agak garang tetapi dia tetap selalu mendengar celoteh aku.Sejak dia merajuk,aku berasa sepi.Terasa kehilangan teman berborak setiap malam.

Salahnya memang pada aku kerana mengamalkan pil perancang tanpa persetujuan dan pengetahuan dia tetapi aku tidak bersedia menjadi ibu.Jika aku bertanya dia dahulu,semestinya dia tidak akan izinkan.Menjadi seorang ibu untuk lelaki yang aku tidak cintai sangat sukar bagiku.

Ketak!!!Aku dikejutkan dengan bunyi tombol pintu.Segala yang bermain di fikiranku turut terbang.Sosok Tengku Syamil kepenatan dan kelesuan masuk ke ruang tamu.Aku duduk membetulkan tali baju tidurku.

Dia tercegat di ruang tamu memandangku."Asal kau tak tidur lagi?Tunggu aku?"

"Tengok tv,"balasku tidak mengakui.Memang aku menantika kepulangan dia.Ada perkara yang harus aku bicara namun ada sesuatu yang menarik mata mamaiku memandang wajahnya.Luka dan lebam di bahagian bibir kanannya?Lantas aku bangun merapatinya dengan lebih dekat untuk memastikan apa yang aku nampak bukan ilusi mataku yang mengantuk.

Aku sentuh dengan tanganku.Tengku Syamil mengelak dan palingkan mukanya."Jangan sentuh."

"Awak gaduh ke?Kenapa ni?"Aku kerisauan.Apa yang dilakukan Tengku Syamil pulang lewat malam dengan kesan lebam dan luka?Hatiku tidak senang.

"Bukan hal kaulah."Tengku Syamil beredar.Aku membuntutinya dari belakang.

"Ya,memang bukan urusan saya tapi salah ke saya nak tau?Apa yang jadi pada awak?"

Tengku Syamil memalingkan badannya mengadap aku."Kau jangan risau.Aku tak bunuh orang pun."

Nafas demi nafas aku lepaskan di hadapannya.Aku harus bersabar melayani sikap dingin lelaki ini.Sukar mengawal dia jika aku turut beremosi.Jadi,aku korbankan emosi aku untuk memujuk kekerasan hati dia.Aku sangat ingin tahu apa yang dialaminya tadi.

Tangannya aku pegang dua-dua."Syamil,saya isteri awak.Saya berhak tau apa yang berlaku kepada awak."

"Isteri?Apa nilai isteri tu pada kau?"

Aku terpukul dengan pertanyaan Tengku Syamil.Dia masih marahkan aku tentang isu itu.Aku punya alasan aku sendiri.Aku tetap mengalah dengan hujah Tengku Syamil walaupun aku mampu membahaskan persoalannya.Aku lebih memilih untuk berdiam dan kembalikan kepercayaannya.

Aku mendakap tubuhnya dan merebahkan kepalaku pada dada lebar miliknya."Saya tau awak marahkan saya.I'm so so sorry.Saya dah buang pun pil perancang tu.Please,don't ignored me.Saya tak ada kawan bercakap kalau awak tak cakap dengan saya,"kataku dengan air mata menitis dari empangan mataku.Pelukan aku semakin erat.Aku harus tempuhi walaupun hatiku masih tidak rela demi meredakan kemarahan Tengku Syamil kepadaku.Dia tidak membalas dengan sebarang reaksi.Hanya tercegat membiarkan aku merangkul badannya.

"Saya janji saya takkan buat kerja bodoh lagi.Please forgive me,Syamil."Sayu esakan aku.Terserahlah dia ingin mendengarnya atau tidak.

Walaubagaimanapun,dia tetap membisu.Dia tercegat seperti patung di situ.Aku pejamkan mataku mendengar melodi jantung hatinya yang mengalunkan irama lembut.Alangkah bagusnya jika aku dapat membaca isi hatinya.Senang aku menyusun strategi melembutkan kekerasan hatinya yang mengalahkan batu.'Doraemon...Tak ada ke alat yang boleh baca isi hati orang?'

Tengku Syamil menolak lembut tubuhku dari melekap dengan tubuhnya."Aku nak rehat.Kau pergilah tidur dulu.Tolong jangan ganggu aku.Aku nak bersendirian dan berilah aku ketenangan."Dia melintasi aku tanpa memandangku.Aku termangu di situ.

'Macam mana nak cairkan kebekuan di hati awak ni,Syamil?'

****
"Apasal ajak Amir lepak ni?Ada something nak share?"soal Amir menarik kerusinya duduk di hadapan aku.Aku mati kutu duduk di rumah.Tengku Syamil pula dari pagi berkurung dalam bilik kerjanya.Aku dibiarkan sepi tanpa teman.Boleh depresi aku lama-lama tinggal dalam rumah itu.Disebabkan Tengku Syamil tidak kisahkan aku,jadi aku menghubungi Tengku Amir untuk melepak.Aku keluar pun Tengku Syamil tidak tahu.'Aahh...Lantaklah.Nak merajuk sangat.'

"Bosan duduk di kondo.Abang Syamil asyik kerja memanjang sampai tak keluar bilik."Aku mengeluh.

Senyuman herot ke atas dipamerkan oleh Tengku Amir."Kak long terasa Abang Syamil tak layan?Rindu?"Tengku Amir serkap jarang.'Adoii..Aku rindu layanan dia?Of course not.Aku cuma rasa bersalah.'

Air coklat mocha aku sedut dengan straw."Eeuwww...Tak kuasalah kak long nak rindu dia."

Tengku Amir menyandar pada kerusinya melirik aku yang senyuman sinis."Kak long yakin kak long tak jatuh cinta dengan Abang Syamil?Jarang perempuan tak jatuh cinta dengan dia.Kira hebatlah kak long ni sikit pun tak tergoda dengan Abang Syamil."

Aku mencebik.Tengku Amir tetap mahu menangkan pihak abang sepupu kesayangannya."Ada ke perempuan gila yang boleh jatuh cinta dengan dia?Maybe ada tapi bukan kak long kot."Aku berdalih.Tak pernah wujud bibit-bibit cinta dalam hati aku untuk dia.Lelaki yang telah buat hidup aku haru-biru.Adakalanya dia juga membahagiakan aku.'Argghhh...Tak mungkinlah.'

"Amir ingatkan kak long jangan cakap besar tau.Abang Syamil tak tunjuk lagi sweet dia.Haaa...Masa tu bukan setakat hati kak long,Gunung Everest pun boleh lebur."Tengku Amir membangga-banggakan Tengku Syamil.Aku tergelak kecil personifikasi yang Tengku Amir gambarkan tentang Tengku Syamil.

"Whatever,Amir."Aku malas melayan.

"Kak long tak percaya?Setara Natasha yang cantik jelita kegilaan ramai tu pun pernah jatuh ke tangan Abang Syamil."

'Aaahh...Sudah..Siapa Natasha?Cantik sangat ke dia?'

Kelihatan lapisan dahiku yang berkerut.Aku tidak pernah dengar nama Natasha di bibir Tengku Syamil hatta selama bekerja dengannya,dia tidak pernah mendedahkan teman wanitanya.Hanya Kimi yang berulang-alik mencarinya di pejabat.Hati aku mula penasaran.Rasa tidak tenang dengan wanita bernama Natasha.Adakah Tengku Syamil menyembunyikan sesuatu daripada aku?Aku tidak suka perasaan ini.

"Siapa Natasha?"tanyaku buat Tengku Amir terpana sekejap.Cerita yang tidak disengajakan terpacul dari mulut ramah Tengku Amir.Dia menggerak-gerakkan bebola mata putihnya ke kiri dan kanan.Aku mula syak sesuatu.

"Errr...Amir terlepas cakap pula."Amir menepuk dahinya.

"Amir cakap dengan kak long siapa Tasha?Kalau Amir nak cerita,baik cerita sampai habis.Jangan cerita sekerat-kerat.Kak long tak suka cerita yang tak lengkap."Aku ingin tahu selanjutnya.Berbulan-bulan aku menjadi isteri Tengku Syamil tetapi aku tidak tahu sedikit pun tentan Natasha.Hebat sangatkah perempuan itu dapat memenangi hati Tengku Syamil?

'Eh,kenapa aku nak marah pula?'

Tengku Amir serba tidak kena.Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu."Amir tak sesuailah nak bagitau.Kak long tanya Abang Syamil lah."Dia teragak-agak.Senyum kepada aku pun tidak ikhlas.

Aku mendengus.'Huh.'Kenapa aku perlu fikirkan tentang Tengku Syamil dan kekasihnya?Sepatutnya aku gembira tetapi kenapa aku tidak gembira?Aduhai hati,katakanlah kepadaku!

"Hmmm...Dah lah.Kak long datang bukan nak cakap pasal dia.Kak long tak kisahlah dengan siapa dia nak bercinta."Aku buat-buat tak kisah padahal dalam hati bagai petir menyambar.

Tengku Amir sengih-sengih seperti budak-budak terkantoi melakukan salah."Sorry kak long.Amir terbuka kisah yang tidak menyenangkan kak long."

"Hmmm..."reaksi malasku.

"Chill la kak long.Kak long ni dari dulu bengis.Nak tegur pun takut."Tengku menongkat dagu memandangku dengan senyuman lebar ke pipi.

"Dari dulu?Bila kak long bengis dengan Amir?"tanya aku lagi.

"Dulu masa kat UITM."

"Haaaa?UITM?"Aneh sekali percakapan Tengku Amir.Bagaimana dia tahu aku pernah belajar di UITM.

"Amir dulu belajar di UITM juga.Siapa yang tak kenal Nur Ammara Saifuddin,pelari pecut UITM dulu?Ramai kot lelaki tergilakan kak long tetapi sayang dah kena sambar dengan Adri Watson masa tu."

Terbuntang mataku.Betapa kecilnya dunia ini.Aku tidak pernah perasan akan Tengku Amir satu kolej dengan aku.Mungkin dia junior kerana umur dia dengan aku beza dua tahun.Lagipun,manalah aku cam pelajar yang beribu-ribu di sana jika tidak rapat denganku.Apabila nama Adri Watson disebut,terasa rindu pula.Apa khabar agaknya dia di sana?Aku terputus hubungan dengan dia kerana disekat oleh Tengku Syamil,Si Diktator.

"Seriouslah?"

Tengku Amir beria mengangguk."Yup.Orang hot mana nak kenal kita yang cikai-cikai ni.Tapi Amir setahun je di UITM dulu.Then,mama suruh sambung belajar di Istanbul.Sempatlah masa tu Amir usya-usya kak long sekejap."Tengku Amir mengakui buat aku tersipu-sipu.Usya aku?Dia ada hati kepada aku ke?

"Kecil rupanya dunia ni.Malu pula kak long ada orang tau pasal kak long zaman muda-muda dulu."

"Hmmm...Adri Watson apa cerita sekarang?Amir ingat lagi dulu dia rapat dengan budak Meo yang lembut tu.Tapi betullah yang dunia ni bukan besar mana pun,alih-alih Amir jumpa kak long dengan Meo bekerja sekali dengan Abang Syamil."Amir bercerita.Baru aku tahu yang Meo satu universiti dengan aku.Meo rapat dengan Adri di universiti?

"Meo?Maksud Amir,Isma Danial ke?"

"Yup.Meo kawan yang duduk sebelah meja kak long tu."Tanpa rasa hairan Tengku Amir mengiakan.Banyak hal yang aku tidak tahu selama ini.Aku dibodohkan ke atau aku yang tak cakna.

"Amir silap orang kot.Kak long kenal semua kawan Adri tapi Adri tak pernah kenalkan kak long dengan Meo dulu."Aku semakin hairan.Jika benar mereka teman baik,mustahil aku tak tahu.Melainkan Meo?

'Cukuplah yang kau tau aku pernah kenal Adri atau lebih tepat aku kawan Adri.'Ungkap Meo yang pernah diucapkan kepadaku sewaktu aku bertanyakan hubungannya dengan Adri.Aku mula mengesyaki sesuatu yang tidak enak tetapi perlu dapatkan kepastian dengan Meo.

****
Cik Puan Salina masuk ke bilik penemuan penghuni penjara.Dia baru dapat tahu yang adiknya,Raimi telah dipenjarakan atas kesalahan penyelewengan.Raimi yang digari tangan diiringi polis masuk ke dalam bilik itu.Sayu Cik Puan Salina melihat keadaan adiknya yang punyai kesan lebam dan luka di muka.Mereka ditinggalkan berdua dalam bilik itu.

Cik Puan Salina memeluk tubuh Raimi."Siapa yang buat kau macam ni,Raimi?"tanya Cik Puan Salina dalam esakan.Tak sampai hati melihat adiknya diperlakukan begitu.

"Anak tiri kau,kakak."

Cik Puan Salina mengetap bibirnya dengan geram.Tahulah siapa punya angkara yang membelasah Raimi sekaligus menyumbatnya ke dalam penjara besi itu.Semakin mendidih darahnya dengan Tengku Syamil yang sememangnya membenci lelaki itu.Selalu membuat onar dan menghalangi rancangannya.

"Syamil ni benar-benar mencabar kesabaran aku,"bentak Cik Puan Salina.Sakit hatinya mendengar nama bekas anak tirinya yang hati batu itu.

Mereka duduk di atas kerusi yang disediakan."Kau pun satu,aku dah cakap pandai-pandailah cover jahat tu.Kan dah kantoi kau seleweng duit."Cik Puan Salina menyalahkan Raimi.

"Aku kena macam ni bukan sebab seleweng duit semata-mata tapi sebab kau juga."Jari telunjuk Raimi dituding ke arah Cik Puan Salina.

"Apa kena-mengena dengan aku pula?"

"Syamil dah tau yang aku adik kau.Dia tak sebodoh bapak dia yang ikut telunjuk kau."

Dadanya Cik Puan Salina bak ombak menghentam pesisir pantai lajunya.Penat dia menyorokkan identiti Raimi daripada pengetahuan Tengku Fahkry tetapi dengan mudah anak tirinya membongkar hubungan mereka.Dia tahu kes penyelewengan itu bukan hal besar pada Tengku Syamil tetapi lebih kepada dendam lama.Hubungan dia dengan Tengku Syamil tidak pernah seiringan.Dia tidak akan biarkan Tengku Syamil bertindak lebih jauh kerana tujuan Tengku Syamil untuk menyumbat dia ke dalam penjara juga.

"Aku nak ingatkan,lebih baik kau berhati-hati dengan dia.Selepas ni,mungkin kau juga akan masuk ke sini dengan aku."

"Aku tau."

"So,apa tindakan kau?"soal Raimi.

"Nanti aku fikirkan.Aku akan cari cara untuk bebaskan kau dulu.Jangan risau,aku akan cuba membela kau."

"Jahat-jahat kau,sayang juga kau pada aku,kak."

"Kau sorang saja darah daging aku."

****
Aku tercegat di pintu apartment Meo apabila pintu diselak luas.Meo tergamam dengan kemunculan aku yang tiba-tiba itu."Eh,Ammara!Kau dengan siapa?"Meo menjenguk-jenguk lehernya ke luar.

"Tak payah cari sesiapalah.Aku datang sorang je."Sejurus aku tahu tentang Meo dan Adri,aku terus ke apartmentnya selepas bertemu dengan Tengku Amir.Aku nekad untuk tahu hal sebenarnya.Meo menjemput aku masuk ke dalam.Seperti biasa aku duduk pada sofa berbentuk L warna kelabu di ruang tamu Meo.

"Hmmm..Mimpi apa kau ke mari ni?Nak suprise aku ke?"Meo berteka-teki tanpa ragu-ragu.

Aku tidak mahu membuang masa untuk berbasa-basi."Beritahu aku apa hubungan kau dengan Adri dulu?"

Terbungkam Meo dengan pertanyaan aku."Ammara,kan aku dah cakap aku kawan saja dengan Adri."Meo berdalih tetapi aku dapat merasakan dia berbohong.Firasat sangat kuat mengatakan ada sesuatu antara mereka.

"Jangan bohong aku,Meo.Kau satu universiti dengan aku malah satu rumah dengan Adri.Guess what?Aku tak pernah tau pun yang korang bersahabat?Aku yakin bukan setakat sabahat tetapi lebih dari itu."Aku cuba serkap jarang.Jelas ternyata berubah air muka Meo ketika itu.Dia menunduk ke bawah dengan mulut yang terkunci.Pertanyaanku dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

"Kenapa kau diam?Selama ni kau dengan Adri tipu aku hidup-hidup.Diam-diam kau berdua mesti berhubungan.Jijik."

Meo mengangkat wajahnya.Muka putihnya merah disertai air mata yang perlahan-lahan mengalir di pipinya."Maafkan aku,Ammara.Aku tak ada niat nak tipu kau tapi Adri halang aku daripada menunjukkan muka kepada kau."Akhirnya Meo mengaku.Sekali lagi hati aku terobek dengan pengakuan itu.Bertambah-tambah luka di sekeping hati kecilku.

"Tolong jangan beritahu aku yang kau dan Adri pernah melakukan hubungan terlarang tu.Jangan cakap kau kekasih gelap Adri dia sembunyikan daripada aku?"Aku cuba menolak kenyataan walaupun aku yakin yang aku dikhianati oleh dua lelaki yang percaya.Sakit aku terhadap Adri telah lama aku maafkan dan aku tidak lagi menyimpan dendam terhadapnya.

Meo duduk bersimpuh di atas lantai dekat dengan kakiku."Maafkan aku,Ammara.Ini semua cerita lama.Dah tujuh tahun berlalu.Aku dah tinggalkan sejarah hitam hidup aku.Dua tahun aku bersama Adri,aku tinggalkan dia sebab aku tak sanggup nak lukakan kau.Kau terlalu baik."

Bagai mahu pitam dunia aku mendengar pengakuan Meo.Selama tujuh tahun aku menjalinkan hubungan dengan Adri,aku didustai.Kenapa aku tidak pernah perasan semua itu?

"Bodohnya aku percayakan kau,Meo.Kau yang tikam belakang aku,curang dengan teman lelaki aku.Kau datang balik jadi kawan baik aku.Aku silap tentang diri kau."Aku memandang Meo yang bersimpuh ditemani air mata.Air mataku juga turut berguguran.Luka dalam kecewa yang mendalam menusuk ke dasar hati aku.

"Memang aku tersalah langkah.Aku tinggalkan Adri demi kau dengan harapan dia akan berubah masa tu.Aku tak sangka dia jumpa Danial gantikan aku.Aku rasa bersalah dengan kau selama dua tahun aku menyakiti kau tanpa kau sedar."Terhinjut-hinjut bahu Meo menangis.Meo segera bersujud di kakiku.Aku mengelak.Aku berdiri mengalihkan posisiku.Ya,aku marah tetapi aku tidak mahu Meo bersujud kepadaku.

"Jadi,apa motif kau baik dengan aku selama ni sedangkan kau tau aku siapa?"

"Aku ikhlas kawan dengan kau.Hari kau datang interview,aku nekad nak tebus salah aku pada kau.Aku janji dengan diri aku yang aku akan jaga kau dan jadi kawan kau yang paling baik."

Meo bangun dekat denganku.Tanganku dipegang.Mataku beralih ke tepi,tidak mahu bertentang mata dengannya."Kenapa kau tak pernah beritahu aku?Kenapa kau mengelak apabila aku bertanya?"Aku tidak puas hati.

Bahuku pula dipegang oleh Meo."Aku takut hilang kau.Aku takut kau tak nak kawan dengan aku lagi kalau kau tau kebenaran.Aku sendiri nak lupakan sejarah hitam hidup aku yang penuh dengan noda dan cela.Aku tau kau sakit tapi aku juga sakit rahsiakan daripada kau lebih-lebih lagi bila kau buat keputusan nak kahwin dengan Adri."Meo berterus-terang denganku.

Aku kelu untuk berkata-kata lagi.Aku tidak memandang Meo.Berkali-kali air mataku jatuh.Meo memeluk badanku."Maafkan aku,Ammara.Aku cuba beritahu kau tapi aku tak mampu.Aku takut kau marah dan tak percayakan aku."

Aku lepaskan pelukan Meo."Sudahlah Meo,aku dah penat dengan semua ni.Aku nak balik.Hidup aku pun dah tunggang-langgang sekarang ni."

Aku mencapai beg tanganku lalu beredar dengan kebenaran yang menyakitkan.

****
'Arrrghhh....'Aku menghentak stereng kereta dua tiga kali.

'Serabut.Sungguh serabut.'Tiga masalah dalam satu masa buat perasaan aku tertekan.Aku menghidupkan enjin kereta lalu memacu keretaku tanpa arah tujuan.Aku ingin lari kenyataan yang mengguris hati aku.Tengku Syamil,abah dan Tengku Zanariah dan Meo.Semuanya menyeksa jiwa aku.Adakah aku yang tidak dapat menerima hakikat?

Sepanjang perjalanan aku ditemani dengan lagu-lagu sedih.Bertambah lara hati aku yang memang tersakiti.Aku tidak tergerak hati untuk menukar lagu.Biarlah aku melayan perasaan yang lara.

Telefon bimbitku memanggilku berkali-kali namun ianya berada di dalam tas tangan.Aku berhenti di lampu isyarat,aku sempat mengambil telefonku di dalam tas tangan dan melihatnya.Panggilan tidak dijawab daripada Tengku Syamil dan Meo.'Arrghh...lantaklah.'Aku pun ada hati dan perasaan.Aku penat nak mengalah dengan mereka.Aku meneruskan perjalanan setelah lampu bertukar hijau.

Notifikasi whatsapp ku memberi isyarat pesanan diterima.Dengan sebelah tangan,aku membaca pesanan itu.'Kau ke mana?Kenapa keluar tak cakap?'Aku biarkan saja pesan daripada Tengku Syamil.Berjam-jam aku menghilang,baru dia sedar aku tiada di rumah.Aku pun pandai merajuk juga."Aargghh...Serabut!!Masa-masa macam ni baru tau nak cari aku.Aku kat rumah tadi,buat macam aku tak wujud.Bertapalah sorang-sorang dalam kondo tu,"omel aku.

'Maafkan aku,Ammara.'Whatsapp daripada Meo pula aku baca."Huh...Yang ni sorang lagi."

Ketika aku memandang ke hadapan kembali,ada sebuah motosikal EX5 keluar dari simpang di hadapannya.Aku terkejut dan panik.Aku membelok stereng keretaku ke kiri lalu merempuh belakang lori yang tersadai di bahu jalan.

****
Tengku Syamil melangkau ke ruang tamu.Dia mencari Ammara tiada di dalam kondo."Ammara,"panggilnya berulang kali tetapi tiada sahutan.Segenap rumah dia mencari isterinya namun tiada.Ammara tidak meninggalkan apa-apa tanda atau pesanan kepadanya.

"Ke mana dia pergi?"Tengku Syamil berdialog sendiri.Jiwanya semakin tenang dan sejuk ketika ini.Teringatkan wajah sugul Ammara yang berusaha memujuknya,dia tersentuh tetapi ego yang menjadi tembok.

Dia marahkan Ammara kerana perbuatan Ammara yang dirasakan tidak masuk akal untuk mereka berdua.Oleh itu,dia biarkan saja Ammara rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.Namun begitu,dia turut kasihan dengan Ammara.Kepolosan isterinya mencairkan hatinya yang keras bagai batu itu.

"I'm sorry,Ammara.Aku tak mampu marah kau lama-lama."

Tengku Syamil mencapai telefonnya mendail nombor Ammara beberapa kali namun tidal dijawab.Dia mula rungsing.Adakah Ammara lari daripadanya?Tengku Syamil bingkas bangun mencari barang-barang Ammara.Semuanya masih ada di dalam bilik.Tiada apa yang dibawa oleh Ammara kecuali beg tangannya.

Tengku Syamil duduk bucu katil.Panggilannya tidak dijawab lagi.Penyesalan merajuk dengan Ammara mula bertapak di hati."Kalau dia betul-betul lari macam mana?"

Telefonnya diletakkan ke telinga usai mendail nombor."Assalamualaikum,abah.Ammara ada di rumah abah ke?"

"Waalaikumussalam,Syamil.Rara tak ada di sini.Kenapa,Mil?"Saifuddin bertanya menantunya.

"Hmmm...Tak ada apa.Syamil ingat Rara dah sampai kat rumah abah.Hmmm...Tak apalah,nanti kalau Rara sampai,suruh dia call Syamil ya."Tengku Syamil berpesan.Dia mula gelisah,ke mana hala isteri pergi dia tidak tahu.Dia menyalah dirinya sendiri kerana terlebih merajuk.

Dia masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.Tengku Syamil nekad untuk keluar mencari Ammara.Tidak lama kemudian,telefonnya berdering di ruangan bilik tidur.Berkejar Tengku Syamil ingin menjawabnya tetapi tidak sempat.Panggilan itu dimatikan.Nama Isma Danial tertera panggilan tidak dijawab.'Frust.Bukan Ammara yang call.'

Sekali lagi,Meo menghubunginya."Ya,Isma Danial?"

"Apa?Accident?Di mana?"Bagai nak luruh jantung Tengku Syamil mendengar suara cemas Meo di hujung talian.Isterinya mengalami kecelakaan seorang diri.Dia sangat cemas dan tidak keruan.Terketar-ketar tangannya memegang telefon ketika itu.Seram sejuk seluruh tubuhnya.

"Sekejap lagi saya sampai."Sebaik saja meletakkan telefon,Tengku Syamil bergegas seperti lipas kudung.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Semuanya tidak kena.Hatinya risau keadaan Ammara.Dalam hati dia menyumpah dirinya sendiri kerana melayan rajuk hati tanpa menghiraukan isterinya.

"Arggghhh...Ammara.Jangan jadi apa-apa pada kau.Tunggu sampai aku datang."Tengku Syamil tidak tenang.Akhirnya dia mencapai kunci kereta dan dompet bergegas ke tempat yang diberitahu Meo.Dalam fikirannya kini hanya bayangan Ammara.

"Ya Allah,selamatkanlah isteriku."

Sempat juga update malam ni.Hehehe..Enjoy ye semua.Dapat bersiaran seminggu sekali je.Sorry to you alls.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-07-12 10:31:00 

dalam bab ni rara memang salah besar...


NovelPlus Premium

The best ads free experience