Bab 39 : Kejutan

Romance Series 697932

Perbicaraan 1

"Tadi Tengku cakap Puan Luna goda Tengku.Selepas itu,Tengku sendiri mengaku Tengku tolak Puan Luna atas katil.Kesimpulannya,Tengku memang mencabul Puan Luna kan dan tinggalkan kesan 'gigitan cinta' tu?"Encik Ghazali menyoal Tengku Syamil setelah dia memberi keterangan sebenar kepada Fikri.

Kali ini,Tengku Syamil lebih tenang menjawab soalan Encik Ghazali atas nasihat Fikri.Mereka telah bersedia lebih awal meramalkan soalan menjerat daripada Encik Ghazali."Ya,memang saya membawa dia ke ranjang dan semua itu berlaku secara rela bukannya paksaan.Saya tidak memaksa apatah lagi melakukan kekerasan,"kata Tengku Syamil.Sementara itu,matanya tetap mengerling Ammara.Ammara kelihatan biasa dan tenang.

"Jadi,Tengku nak cakap klien saya merelakannya?Tengku..dalam keadaan genting macam itu,mungkin Puan Luna berpura-pura merelakan untuk melepaskan diri.Orang perempuan manalah ada kudrat sangat nak melawan secara kasar."Encik Ghazali membela Natasha.Natasha senyum dengan hujah peguamnya.

"Saya tak rasa dia cuba melepaskan diri."Tengku Syamil membalas.

Encik Ghazali mengerutkan dahinya."Saya ada bukti Natasha tergesa-gesa dan menangis ketika dia keluar dari suite Tengku.Dalam rakaman CCTV tersebut jelas tergambar Puan Luna keluar dalam keadaan menangis dan jaket yang dipakai telah bercerai dari badannya...Tuan Hakim,Puan Luna masuk ke dalam bilik dengan pakaian lengkap tetapi apabila keluar pakaiannya tidak sempurna?Apa ertinya itu?Jika suka sama suka,macam mana jaket dia boleh tertinggal di dalam?Mestilah sempat dia pakai semula jaket itu kan?Takkanlah dia nak orang tahu perbuatan dia."Encik Ghazali meneruskan hujahnya mencari kesalahan Tengku Syamil.Di samping itu,dia mula rasa ragu-ragu dengan Natasha.

Tengku Syamil berdiam.Encik Ghazali sangat bijak memusingkan fakta menampakkan dia bersalah dalam segala hal.

"Itu saja,tuan hakim."Encik Ghazali kembali ke tempat duduknya.Fikri pula mengambil alih menyoal Tengku Syamil.

****
Perbicaraan kedua

Ammara tenang di dalam kandang saksi."Berapa lama Cik Puan Ammara kenal Tengku Syamil?"soal Fikri secara formal dalam mahkamah walaupun bunyinya agak melucukan bagi kedua-dua sahabat ini.

"Kira-kira 3 tahun lebih.Dua tahun bekerja sebagai setiausahanya dan selebihnya isterinya."

"Sepanjang mengenali Tengku Syamil,apakah karakter Tengku Syamil?"

Encik Ghazali berdiri."Saya bantah,tuan hakim.Ini bukan masa nak berkenalan dengan OKT dan saksi.Tak relevan nak soal sekarang.Hanya melengahkan waktu perbicaraan."

"Bantahan diterima,"jawab hakim.Fikri akur dengan bantanan tersebut namun tidak mematahkan semangatnya.

"Seperti yang kita tahu,siapa yang tidak kenal Puan Luna Latisya kan?Soalan saya,berapa lama Cik Puan kenal Puan Luna Latisya secara personal?"

Ammara mengerling sekejap kepada Natasha."Saya tidaklah mengenali Puan Luna secara dekat tetapi saya pernah bertemu beberapa kali dengan dia di office dan hotel suami saya semasa dia menjalani penggambaran.Kali terakhir sebelum kejadian,saya ada bertemu dan bertikam lidah dengan dia ketika Annual Dinner Usahawan Malaysia dalam majlis tersebut."

"Boleh Cik Puan beritahu kenapa Puan Luna bertikam lidah dengan Puan Luna?"

"Dia cuba menggoda suami saya.Saya perasan dari awal dia sampai dia mendekati dan mengekori suami saya.Jadi,saya bagi amaran kepada dia di tandas ketika itu jangan kacau Tengku Syamil."

"Cik Puan rasa adakah Puan Luna sebenarnya memendam perasaan kepada Tengku Syamil?"

"Bantahan,tuan hakim.Puan Luna sudah punya suami,mana mungkin dia menyimpan perasaan pada lelaki lain.Lagipun,biasalah perasaan seorang perempuan bergelar isteri akan rasa cemburu jika lelaki dekat dengan perempuan cantik sedangkan tak ada apa-apa hubungan.Pihak peguam bela membuat andaian tidak munasabah."

"Tuan hakim,pertanyaan saya ada kaitan dengan soalan saya yang seterusnya.Hal ini kerana pihak OKT ada menerima satu hadiah daripada Puan Luna Latisya serta ada meninggalkan nota ringkas di dalam hadiah tersebut."Fikri memohon kefahaman tuan hakim.

"Bantahan ditolak.Pihak peguam bela sila sambung soalan anda."Tuan Hakim memberi kebenaran kepada Fikri.Sekali lagi Fikri mengucapkan terima kasih atas kebenaran yang diberi.

"Berbalik kepada soalan tadi,adakah Puan Luna menyimpan perasaan kepada Tengku Syamil?"

"Naluri saya mengatakan ya kerana Puan Luna ada mengepos sebuah ensiklopedia sejarah ke rumah kami dengan sedikit catatan romantis di dalamnya."

Fikri mengambil buku lalu menyelaknya dan membaca bait-bait yang ditulis."Kau lebih istimewa daripada Komet Halley yang muncul 76 tahun sekali kerana kamu muncul satu kali dalam hidupku dan tiada terganti.Aku rindu saat kau genggam tanganku yang membuat aku sadar betapa engkau tak ingin melepaskanku.Janganlah lepaskan aku seperti malam-malam kau memelukku suatu masa dahulu.I love you.Ini ayat yang tertulis dalam buku ini yang ditulis oleh Puan Luna atau nama sebenarnya Nur Natasha Dale."Fikri menyerahkan buku tersebut kepada tuan hakim sebagai bukti.Tuan hakim membeleknya.

"Saya bantah,tuan hakim.Sekarang ini apa yang pihak peguam bela cuba buktikan dengan buku itu?Mungkin juga hadiah itu dihantar oleh orang lain."

"Apa yang saya cuba buktikan ialah OKT tidak bersalah dan tidak pernah memaksa Puan Luna secara keras seperti yang dituduh.Pada masa yang sama,tuduhan ini berlaku disebabkan oleh cinta Puan Luna ditolak oleh Tengku Syamil.Tuan hakim,pada pandangan saya,dakwaan Puan Luna tentang cubaan Tengku Syamil merogol adalah tidak kukuh kerana terdapat percanggahan keterangan antara OKT dan pendakwa semasa perbicaraan lepas.Jadi,saya mohon pertimbangkan hujah-hujah saya nanti."

Ketika itu,Natasha mula terasa badannya panas dan berpeluh walaupun sejuk.Dia memandang Ammara di dalam kandang saksi.

Selepas itu,giliran Encik Ghazali bertanya Ammara.

"Cik Puan Ammara terima hadiah buku ini melalui pos?"Encik Ghazali pula menyoal Ammara.

"Ya,betul.Ianya dihantar ke rumah saya."

"Cik Puan Ammara yakin orang yang mengirimkan buku ini Puan Luna Latisya?Atau mungkin ada perempuan lain yang kirimkan?"

"Namanya sudah tertera di ruangan kulit buku tersebut."

Encik Ghazali melebarkan senyuman."Apa Cik Puan ada bukti yang Puan Luna yang kirimkan buku ini dan tulisan itu Puan Luna yang tulis?"

"Saya tak pasti."

"Cik Puan,hadiah dan nota sebegini sesiapa saja boleh hantar.Cik Puan sendiri tak pasti mengenainya.Mungkin Tengku Syamil ada skandal lain yang Cik Puan tak tahu.Natasha pun ada ramai di Malaysia ini,"bidas Encik Ghazali.

'Damn.Aku terlepas pandang pasal ini.It's okay,Ammara.Be cool dan focus on your point.'

Aku mengerling kepada Encik Ghazali yang sengaja ingin menguji."Saya kenal suami saya,tuan pendakwaraya.Dia bukan kaki perempuan."Ammara mempertahankan Tengku Syamil.Natasha kelihatan gembira.

"Bantahan,tuan hakim.Pihak pendakwa cuba memanipulasi keterangan saksi."

"Baiklah.Saya selesai,tuan hakim."

****
"Saya mendapat tahu Puan Luna ada ke pejabat Tengku Syamil sedangkan Puan Luna tiada kaitan sedikit pun dengan urusan di pejabat tersebut.Jadi,apa tujuan Puan Luna berjumpa Tengku Syamil?"Fikri mengemukakan soalan kepada Natasha pula.

Natasha tersenyum serong."Biasalah.Saya cuma mahu beri penghargaan sebab benarkan kami lakukan di hotelnya.That's it."

Fikri mengangguk mendengar jawapan Natasha."Satu sikap yang baik menghargai orang lain bukan?"sindir Fikri dengan senyuman.

Kemudian,Fikri mengambil kertas laporan perubatan kesan gigitan cinta yang kononnya ditinggalkan oleh Tengku Syamil."Berkaitan dengan foto gigitan cinta ini pula,adakah ianya benar-benar hak milik Tengku Syamil?Maklumlah Puan Luna sudah bersuami,tak mustahil ianya milik suami Puan Luna?"

"Ini memang Tengku Syamil yang lakukan sebab masa hari kejadian suami saya tiada di sini.Dia outstation di Singapura."Natasha menjawab dengan nada yang agak keras.Sakit hatinya ditanya soalan sebegitu.

"Tuan hakim,perkara ini telah dijelaskan dalam perbicaraan sebelum ini.Semua orang sudah tahu bagaimana ianya berlaku.Tidak perlu membangkitkan isu ini lagi.Please buat research sebelum kemukakan soalan,Encik Fikri."

"Pihak pembela,sila kemukakan soalan yang lebih praktikal,"arah Tuan hakim.

"Maafkan saya,tuan hakim."Fikri menunduk hormat.

Fikri kembali ke Natasha yang sedang menanti disoal.Fikri berdehem beberapa kali sebelum meneruskan soalan."Puan Nur Natasha Dale,bilakah pertama kali puan mengenali Tengku Syamil?"

"Sejak penggambaran di hotelnya,"jawab Natasha dengan ringkas.

Fikri menongkat tangannya memandang Natasha dengan senyuman sinis."Cuba Puan Luna ingat betul-betul,mungkin ada sesuatu yang Puan Luna terlupa tentang itu?"

"Saya banyak merantau.Saya jumpa ramai orang dalam hidup saya,mana mungkin saya ingat semua orang yang saya jumpa."Natasha panas mula panas punggung.Tidak sedap duduk dengan soalan Fikri.

Fikri mengukir senyuman melihat tindakan Natasha.Riak wajahnya mula berubah."Kalau betullah tak ,kenapa ensiklopedia sejarah itu dikirim sebelum penggambaran itu berlaku di hotel Royal Pacific?"

Natasha mencerlungkan matanya kepada Fikri.Sekejap-sekejap matanya melirik Encik Ghazali supaya menyelamatkan.

Encik Ghazali sedar akan hal itu terus berdiri."Bantahan,tuan hakim.Cik Puan Ammara sendiri tidak dapat pastikan buku itu benar-benar dihantar oleh Puan Luna.Jika bukan Puan Luna tidak mengirimkannya,bagaimana boleh menjawab soalan pihak defendan?"

"Tuan hakim,saya yakin kali ini kita semua akan dapat jawapan yang sebenar apa yang terjadi antara mereka.Mohon izinkan saya menyambung tugas saya,"kata Fikri dengan yakin.Dia tidak sabar melihat Natasha tergamam setelah bermain tarik tali mengikut perancangan Ammara.

Setelah dibenarkan,Fikri menyambung kembali tugasnya."So,Puan Luna?Boleh ceritakan bila kenal dan persoalan berkaitan buku ini?"

Natasha membalas renungan Fikri dengan tajam.Giginya diketap geram."Saya tak tahu,"kata Natasha dengan keningnya diangkat.

"Baiklah,nampaknya terpaksa saya ingatkan kembali.Puan Luna mengenali OKT di UK ketika melanjutkan pelajaran.Pada masa yang sama,Puan Luna turut menjadi model sambilan di sana.Di sana mereka menjalinkan hubungan cinta lebih kurang setahun.Tetapi sayang hubungan itu terhenti di tengah jalan,"jelas Fikri.Natasha terpempam.Bulat matanya memandang Fikri.Dia tidak menyangka Fikri akan mengungkitkan kembali kisah silam dalam kes ini.Encik Ghazali juga kematian kata-kata ketika itu.

"Sesiapa pun ada kisah cinta yang tidak kesampaian,Encik Fikri tapi itu tak ada kena-mengena dengan perbuatan Tengku Syamil cuba mencabul saya."

Fikri mengangkat keningnya."Saya setuju tentang itu.Maksudnya memang Puan Luna mengaku yang Puan Luna pernah menjalinkan hubungan cinta dengan OKT?"

"Itu dulu."Laju Natasha menjawab.Fikri tersengih dengan pengakuan Natasha.Dia berjaya memerangkap Natasha.Sekali lagi,Encik Ghazali membisu tanpa bantahan.

"Jadi,apa tujuan Puan Luna kirimkan buku sejarah dengan ucapan manis tersebut sedangkan Puan Luna sudah pun berumah tangga dan Tengku Syamil juga sudah berkahwin ketika itu?"

Encik Ghazali menyampuk."Tuan hakim,isu kita sekarang cubaan rogol Tengku Syamil terhadap Puan Luna Latisya.Kisah silam percintaan mereka tidak ada kaitan dengan kes."Ton suara Encik Ghazali berubah tinggi.

"Ada,tuan hakim dan Encik Ghazali.Saya akan jelaskan dengan fakta-fakta yang kukuh.Sebenarnya,Puan Luna Latisya masih punya perasaan terhadap Tengku Syamil.Dia pernah cuba menggoda Tengku Syamil beberapa kali seperti yang didakwa oleh Cik Puan Ammara tetapi gagal.Setelah ditolak berkali-kali,Puan Luna merancang sesuatu untuk mengenakan Tengku Syamil.Buktinya,ini rakaman video pengakuan Cik Puan Salina yang pernah berjumpa dengan Puan Luna sebelum kejadian."

Fikri memperdengarkan rakaman video tersebut.

"Tuan hakim,Cik Puan Salina pun ada cakap dalam video itu dia tak tahu apa perancangan Puan Luna.Video ini tidak kukuh untuk dijadikan bukti,"kata Encik Ghazali.

"Saya ada bukti yang lebih kukuh,tuan hakim.Izinkan saya menyoal Puan Luna kembali sebelum saya membentangkan bukti terakhir saya."Fikri meminta izin sekali lagi.

"Boleh,Puan Luna ceritakan semula apa yang terjadi dalam suite itu sebetulnya?"

Berombak pantas dada Natasha dengan pertanyaan itu.Berkali-kali dia diasak dengan soalan yang sama."Saya telah ceritakan sebelum ini,berapa kali saya nak ulang?Saya ke suite Tengku Syamil untuk melaporkan kerosakan heater.Dia jemput saya masuk bilik dan cuba rogol saya."Natasha mengulangi cerita yang sama.

"Untuk makluman,Puan Luna.Staf bahagian pembaik pulih dan teknikal beritahu tiada laporan kerosakan yang dibuat.Pihak hotel juga memeriksa keseluruhan dalam suite tersebut tetapi tiada sebarang kerosakan yang berlaku.Kesimpulan,Puan Luna pasti ada sebab yang lain pergi ke suite yang didiami OKT,Tengku Syamil?"

Natasha seperti cacing kepanasan.Peluh membasahi dahinya."Saya tak ingat."

"Saya boleh tolong Puan Luna rungkaikan kisah ini.Puan Luna ternampak Tengku Syamil masuk ke dalam suite ketika ingin keluar sebenarnya.Di kesempatan itu,Puan Luna mendapat satu akal untuk menggoda Tengku Syamil ketika itu.Puan Luna masuk ke dalam suite yang tidak dikunci oleh Tengku Syamil.Pada awalnya,Tengku Syamil sama hanyut dengan Puan Luna tetapi dia sendiri tersedar kesilapannya dan sekali lagi Puan Luna ditolak mentah-mentah.Tengku Syamil menolak tawaran Puan Luna untuk menjadi kekasih gelap dan menghalaunya keluar.Disebabkan berdendam dengan hal itu,Puan Luna menggunakan love bite yang ada sebagai umpan untuk membuat tuduhan Tengku Syamil cuba merogol puan.Begitu kan,Puan Luna Latisya."Panjang lebar Fikri menerangkan kronologi yang berlaku.Natasha menunduk dengan air mata.

"Saya bantah,tuan hakim.Itu hanya kronologi pihak pembela berdasarkan teori saja.Tiada bukti yang dikemukakan."

Fikri melebarkan senyuman.Dia berdiri di hadapan hakim."Tuan hakim,apa yang saya sampaikan semuanya fakta dan benar.Bagi mengukuhkan lagi hujah saya tadi,sekali lagi saya mohon tuan hakim benarkan saya menjemput saksi utama kes,Cik Puan Ammara untuk memberi keterangan,"pinta Fikri kepada hakim.Permainan mereka akan berakhir.Ammara masuk ke kandang saksi dan mengerling kepada Natasha.Air muka Natasha penuh benci memandang Ammara.

"Bolehkah Cik Puan Ammara jelaskan apa yang berlaku dalam suite itu?"

Ammara mengangguk.Matanya melirik Tengku Syamil dan sempat memandang ahli keluarga dan kawan-kawannya."Pada hari kejadian,saya sebenarnya sampai lebih awal di suite suami saya.Saya menyorok di dalam almari berhampiran katil tersebut kononnya nak buat suprise.Ketika saya ingin keluar,tiba-tiba pintu bilik diketuk.Jadi,saya kekal di dalam sehingga saya ternampak Puan Luna masuk ke dalam suite tersebut.Saya tak sangka dia memujuk suami saya untuk melakukan hubungan intim dan tidak berputus asa menggoda sehingga suami saya turut alpha.Tiada paksaan terhadap Puan Luna melainkan semuanya atas kerelaannya sendiri sampai Tengku Syamil sedar perbuatannya salah,Puan Luna terus memujuk.Dia mengamuk dan marah-marah setelah Tengku Syamil tidak mahu meneruskan perbuatan terkutuk itu,"terang Ammara dengan air mata deras.Rahsia yang di simpan sendiri akhirnya terbongkar jua.

Terkejut bukan kepalang Tengku Syamil,begitu juga Natasha.Sandiwara sementara mereka disaksikan sendiri dengan mata kepala Ammara.

"Kenapa Cik Puan tidak keluar saja daripada almari itu?"

Ammara menyeka air matanya."Saya nak tengok sejauh mana mereka akan berasmara.Ikutkan hati,saya ingin keluar saja daripada almari itu dan menyerang mereka tetapi saya rasa itu tindakan yang bodoh.Jadi,saya ambil keputusan kekal di dalam almari dan rakam segala perbuatan mereka untuk saya jadikan bukti permohonan cerai dengan suami saya kelak."

Tengku Syamil menunduk sepanjang keterangan Ammara.Fikri menyerahkan video bukti kepada tuan hakim setelah selesai perbicaraan dengan Ammara.

"Aaaaaaaaaaa!!!!!!!!!"Tiba-tiba,Natasha menjerit lalu rebah.

****
Kami berbual-bual di belakang mahkamah setelah mengelakkan diri daripada asakan soalan para wartawan yang sedia menunggu di pagar hadapan.Mereka tidak melepaskan peluang mensensasikan keputusan mahkamah.Natasha dibawa ke hospital sebaik pengsan di dalam mahkamah sebelum hakim membicarakan keputusan.Aku sangat lega kerana keputusan mahkamah berpihak kepada Tengku Syamil.Jelas terpancar kegembiraan pada semua ahli keluarga yang hadir termasuk Adri dan Meo turut mengucapkan tahniah.

Rapat di sisiku,Tengku Syamil tidak banyak membuka mulut.Sepatah ditanya dan sepatah dijawabnya.Tiada senyuman pada bibirnya.Jika senyum,ianya terpaksa untuk mengambil hati orang-orang di situ.Aku dapat rasakan dia marah kepadaku.

Tengku Amir merapati Tengku Syamil di sebelahku."Maafkan Amir,abang.Amir dah salah faham terhadap abang."Tengku Amir memeluk Tengku Syamil.Dia rasa menyesal memarahi abang iparnya tempoh hari.

"Don't worry.Abang tak ambil hati pasal tu.Memang patut pun abang kena cepuk,"jawab Tengku Syamil.

Kimi menyampuk."Dahlah,tak payah bercekerama di sini.Apa kata kita raikan kemenangan?"

"Betul tu,setuju,"Meo menyokong.

"Korang semua celebratelah.Saya ada hal lagi di office.Kena balik cepat,"jawab Fikri pula.

"Fik,terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong aku.Kau memang lawyer yang hebat."Aku memuji Fikri.Bersyukurnya aku Tengku Syamil dibebaskan daripada pertuduhan itu atas pertolongan Fikri.

"Never mind.Hebat sebab tulang belakang dan mastermind ialah kau."Fikri merendah diri.Aku pula dipujinya.

Fikri menyentuh bahu Tengku Syamil."Syamil,Ammara seorang isteri yang hebat dan tabah.Hargailah dia.Dia dah banyak berkorban untuk selesaikan kes ni,"kata Fikri sebelum melangkah pergi.Tengku Syamil mengucapkan terima kasih kepada Fikri.Dia akui Fikri seorang peguam yang patut dikagumi walaupun dia memendam rasa cemburu dengan kemesraannya dengan Ammara.

"Kita celebrate di hotel sekali sambut family day.Plan betul-betul sebab nenda nak pastikan Encik Fikri turut serta,"kata nenda dengan gembira.

"No hal,Engku Nenda.Meo boleh uruskan semua."Meo bab-bab bergembira,dialah nombor satu.

"Hmmm...Rara balik dengan Amir atau mama boleh?"

Hatiku tidak enak dengan kelakuan Tengku Syamil."Abang nak ke mana?"

"Ada hal sikit."Tengku Syamil terus beredar.Mataku menyoroti langkahnya.Tengku Syamil tidak gembira dengan kemenangan ini.Dia tiada reaksi ceria sejak tadi.

"Don't worry,Ammara.Saya follow Syamil,"kata Kimi mengejar gerak langkah Tengku Syamil.

****
Imbas Kembali

Kertas A4 putih itu aku renyukkan lalu kucampakkan ke dalam bakul sampal tepi meja kerja Fikri.

Fikri kehairanan memandang aku."Kenapa kau buang bahan bukti tu oii?"tanya Fikri saat aku membuang laporan pengguguran bayi Natasha.

"Aku rasa kita tak perlukan bukti ini lagi.Kita sudah ada bukti yang sangat kuat untuk lawan Natasha."

"Tapi kenapa?Kau cakap nak balas apa yang dia buat?"

Aku melepaskan nafasku.Semalaman aku berfikir panjang untuk mengeluarkan fakta itu sebagai bukti.

"Cukuplah Syamil dipandang serong kerana tuduhan ni.Aku tak sanggup dia dipandang hina kerana masa silam dia pula jika kita bongkarkan hal ni.Biarlah ianya terkubur di sini saja,Fik,"ujarku dengan sebak.Bagiku,masa lalu yang tidak sepatutnya aku ungkitkan lagi.

"Ammara,aku tahu kau sayangkan Syamil.Aku tahu sukar tapi kau maafkanlah dia.Dia tak berniat nak curang dengan kau.Kau sendiri nampak macam mana dia tolak Tasha masa tu walaupun dia ada silap sikit tapi dia cepat sedar.Semua itu kerana kau,Ammara."Fikri memberi nasihat.Dia telah menonton habis video yang dirakam oleh Ammara.Awalnya dia turut menyumpah seranah Tengku Syamil kerana jatuh dalam pelukan Natasha.Walaupun begitu,pandangan berubah setelah dia menonton video tersebut sehingga habis.

"Jujurnya aku sakit hati sangat,Fik.Aku menangis lepas Syamil keluar dari suite tu.Dengan hati aku yang rabak ni,aku terpaksa berlakon tidak tahu apa-apa sebab aku tunggu dia cerita sendiri pada aku apa yang berlaku.Dia tetap sorok daripada aku,mana aku tak bengang."Aku meluahkan pendaman perasaan aku.Lama aku memeram rasa itu.

"Aku faham perasaan,Ammara.Mungkin dia rasa bersalah dengan kau ataupun dia takut nak cakap sebab kau tu garang macam singa.Singa pun lari tengok kau apatah lagi Syamil."Fikri berseloroh buat aku ketawa.

Fikri menyambung lagi."Ammara,apa betul kau nak minta cerai dengan Syamil?Kau dah fikir masak-masak?Kebahagiaan kau.Anak kau?Jangan terburu-buru,Ammara.Aku harap kau hanya nak ugut Syamil saja tentang cerai tu."

"Entahlah,Fik.Aku sendiri buntu.Fikir tentang diri aku,diri Syamil dan anak kami.Sakit hati tu masih ada,Fik.Depan mata aku dia berpeluk cium dengan Tasha,bukan senang aku nak lupa.At the same time,aku kasihankan dia juga."Hatiku berbelah bagi.Antara sakit hati dan sayang,aku tidak tahu yang mana aku harus dahulukan.

Fikri menarik nafas dalam-dalam."Dia tak bersalah,Ammara.Jangan ikutkan hati dan terlalu menghukum.Kenanglah masa kau bahagia dengan dia sebelum ini.Ikhlaskan hati kau maafkan dia.Selagi kau tak ikhlas,selagi itu rasa sakit tu akan menghuni hati kau."

Aku termenung.Ikhlaskan hati?Mampukah aku mengikhlaskannya?Jauh di dalam hati,masih ada rasa sayang dan cinta untuk dia.Aku tidak nafikan aku dan anak-anak sangat memerlukan Tengku Syamil di sisi.

Aku mengambil fail dan menyelak helaian draf perbicaraan mahkamah.Topik perbincangan aku ubah."Hmmm...yang tu kau tak payah risaulah.Pandailah aku uruskan..Hmmm..buang tentang kehidupan sesat mereka dahulu.Cukup orang lain tahu yang mereka pernah bercinta saja."

****
Bunyi deruman kereta menenangkan kebimbangan hati aku.Tengku Syamil baru balik.Setelah keluar mahkamah tadi,Tengku Syamil berpecah daripada kami untuk meraikan kemenangan.Dia tidak menyertai kami.Kemurungan wajahnya menggambarkan dia terkilan dengan aku sebenarnya.Aku tahu segala-galanya tetapi aku sembunyikan daripadanya.

Tidak lama kemudian,pintu bilik dibuka dan aku lekas-lekas menyambutnya di muka pintu."Abang ke mana baru balik ni?"Aku menyoal.Dia tidak memandang aku lalu masuk dan duduk di bucu katil.Dia rela memandang lantai mozek berbanding aku.Rambutnya serabai tidak dikemaskan dengan elok.Bajunya tidak bertukar dari pagi.

Aku mendarat di sebelahnya."Abang..."Aku mendorong pipinya bertentangan mata dengan aku.Aku tenung matanya dalam-dalam.Jari-jarinya aku paut dengan jariku.

Air matanya mengalir di pipi merenung aku."Kenapa Rara buat abang macam ni?"tanya Tengku Syamil.Ammara memberinya kejutan besar kepadanya.Tidak terduga di fikirannya Ammara menyaksikan segala drama dalam 'suite' itu.Malu dan rasa terkilan dengan isterinya itu.

Tengku Syamil melepaskan tanganku dan berdiri.Aku di belakangnya serba salah."Maafkan,Rara.Rara tak ada niat nak malukan abang atau aibkan abang tapi itulah satu-satunya bukti kukuh untuk Rara bersihkan nama abang."Aku mempertahankan tindakan aku.

"Abang tak kisah semua itu tapi kenapa Rara tak cakap pada abang yang Rara ada dalam suite tu sama?Abang terkilan sangat."

Aku beralih.Di hadapanya aku berdiri tegak dengan perutku ke hadapan."Sekarang abang rasa apa yang Rara rasa apabila abang cuba sembunyikan semua perkara dari Rara.Rasa terkilan abang tak boleh banding dengan rasa pedih dan perihnya hati Rara."

"Jadi,Rara nak balas dendam pada abang?Nak abang rasa apa yang Rara rasa?"

"Bukan begitu,abang.Rara tak berniat nak balas dendam atas kesakitan yang Rara rasa.Rara sendiri tahu abang sendiri dah cukup terseksa menanggung rasa bersalah.Kalaulah Rara nak balas dendam,lebih baik Rara biarkan abang hadap semua ini seorang diri.Sebab Rara sayangkan abang,Rara cuba bersihkan nama abang.Seminima boleh Rara kurangkan bukti yang mengaibkan abang tapi video tu Rara tak ada pilihan.Itu satu-satunya bukti yang abang tak bersalah."Aku berharap Tengku Syamil faham tindakan aku.Aku hanya ingin menyelamatkan dia.

"Abang dah cakap abang tak kisah pasal video tu.Yang abang kisah,Rara langsung tak cakap pada abang yang Rara.Rara tipu abang cakap pergi klinik.Rara pura-pura seperti tiada apa yang berlaku sedangkan Rara nampak apa yang berlaku?Perlu ke Rara sembunyikan daripada abang?"Tengku Syamil berkecil hati kerana aku tidak memberitahu segalanya.Aku sembunyikan kebenaran.

Aku memejamkan mata dan melepaskan nafas yang tersekat di kerongkong.Aku ingin berbaik tetapi Tengku Syamil pula emosi."Abang rasa Rara tipu abang?Rara sorokkan kebenaran daripada abang?Abang tanya diri abang sendiri,selama ini abang jujur tak dengan Rara pasal Natasha?Rara sengaja diamkan sebab Rara tunggu abang sendiri buka mulut.Tapi ada abang cakap?Balik-balik Rara juga yang abang salahkan."Tengku Syamil buat aku bengang.

Dia tertunduk diam tanpa jawapan.Aku menunjal-nunjal dadanya."Rara cuba sedaya upaya bersihkan nama abang,kembalikan maruah diri abang.Rara buang segala sakit hati Rara pada abang tapi abang sikit pun tak hargai apa yang Rara buat.Yang abang tahu salahkan Rara sebab Rara tak beritahu pasal tu.Perasaan Rara yang Rara abaikan ni ada abang fikir?Abang ingat Rara seronok nampak abang berpeluk cium dengan perempuan lain?Tak,abang.Ikutkan hati ni,Rara nak bawa diri dan anak-anak pergi jauh dari abang tapi Rara tahu abang tak salah.Rara ikhlas dan reda dengan apa yang berlaku untuk terima abang.Tapi tengoklah abang...salahkan Rara."Berjela-jela aku luahkan perasaan aku yang sekian lama terpendam.Rasa sakit yang aku abaikan demi maruah suami aku.Aku ingin kembalikan kebahagiaan keluarga kecil aku.Aku turunkan ego tetapi aku rasa tidak dihargai apabila Tengku Syamil menyalahkan aku.

Tengku Syamil memegang kedua-dua bahuku."Abang tak salahkan Rara tapi Rara buat sesuatu tanpa pengetahuan abang.Itu yang abang marah."

Aku tersenyum kelat."Marah?Rara dah penatlah dengan semua ini.Kalau macam nilah penerimaan abang,lebih baik Rara balik rumah mama."Aku berlalu.Tengku Syamil tidak menghalang.

Aku masuk ke dalam bilik air dan mengadap cermin.Di kala ini,aku rasakan perut aku mengeras diiringi dengan rasa sakit yang berselang-selang.Aku menahan sakit itu tetapi semakin lama semakin kerap anak-anak aku menegang.Regangan itu menyebabkan perut hingga ke pinggang berasa sakit yang teramat.Terasa perutku seperti mahu pecah.Aku menongkatkan tanganku pada singki tetapi tidak tidak terdaya.Aku duduk menyandar pada dinding.'Kenapa ni?Masih terlalu awal untuk aku melahirkan.'

"Abang..."panggil aku.

****
Pipi Natasha hangat dilempang oleh Mr.Paul.Membahang emosi Mr.Paul ketika ini.Perangai Natasha sangat memalukan.Rakaman video yang ditayangkan sungguh menjijikkan dan menjatuhkan maruahnya sebagai suami.

"You keluar daripada kondo ini.Jangan bawa apa-apa barang dalam kondo ni keluar kecuali memang hak milik you,"marah Mr.Paul.Darahnya benar-benar mencapai takat didih yang paling tinggi.

Natasha melutut dan menangis di hadapan Mr.Paul.Dia merayu-rayu."Maafkan I.I janji tak buat lagi.I mengaku I salah.Please give me one more chance."

Mr.Paul menarik rambut Natasha.Dia menunduk merapatkan mukanya ke muka Natasha.Matanya dicerlung besar."I tak ingin simpan perempuan murahan seperti you.I ceraikan you dengan talak tiga.Mulai esok,I tak nak tengok muka you dalak kondo ini lagi,"bentak Mr.Paul menghalau.Dia keluar daripada kondominium mewah dan menutup pintu dengan kuat.Natasha termangu di situ meratapi kesalahan dirinya sendiri.Kerana nafsu dia kehilangan segala-galanya.

"Aaaaaaaaaaaa!!!!!"Natasha bertempik.Jerat yang dibuat akhirnya menghancurkan dirinya sendiri.Dia terjelepok di atas lantai.

Tidak lama selepas itu,Maya masuk dengan wajah yang garang.Dia merangkak ke kaki Maya."Disebabkan kebodohan kau,semua penaja show dah tarik balik tajaan.Hari ni,kecoh di media sosial pasal tingkah laku jijik kau.Sanggup kau nak jadi kekasih gelap lelaki yang beristeri."

"Maya,tolong aku.Aku salah tapi takkan kau pun nak tinggalkan aku?"Esakan Natasha semakin kuat.

"Eee...teruknya perangai Luna ni mengalahkan pelacur.Kau dengar apa yang netizen tulis pasal kau?Melodi.Wartawan bertubi-tubi call aku.Aku serabut.Mula sekarang,aku resign.Kau hadaplah sendiri."Maya menolak Natasha terjatuh.

Natasha memanggil-manggil Maya."Maya...Maya..."Maya tidak mendengar malahan tidak peduli sedikit pun.Natasha tersedu-sedu ditemani air mata seorang diri.Seorang demi seorang meninggalkkannya.Peminatnya turut mengutuk dan mengecam teruk sehingga dia tidak sanggup membaca semua cemuhan netizen di media sosial.

****
Tengku Syamil mundar-mandir di luar bilik bersalin.Ammara turun darah di bilik air.Dia tidak senang duduk memikirkan keselematan Ammara dan anak-anaknya.Doktor Erin keluar berjumpa dengan Tengku Syamil."Kembar Tengku baru berusia 30 minggu.Kalau tengok keadaan semasa,Cik Puan Ammara perlu bersalin awal daripada tarikh yang ditetapkan."

"Macam mana,doktor?Selamatkan isteri dan anak-anak saya."

"Bukaan rahim Cik Puan semakin besar.Kami tak dapat control.Jadi,bayi terpaksa dilahirkan walaupun tak cukup bulan."

Huh!!!!Maaf lambat.Idea kejap timbul kejap tenggelam lagi2 yg dlm court.Sbb miss j bkn lawyer,so miss kena study nk daptkan karakter lawyer tu..Alright,Luna dan kantoi...Ammara dah nak bersalin tp xcukp bulan pulak.Stres sgt kot..hehehe..

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-07 00:14:56 

tq miss jebat...next ya

Nor Azlina
2021-08-05 10:38:49 

haiii la TS layak ke TS marah kat ammara.


NovelPlus Premium

The best ads free experience