Bab 21 : Positif

Romance Series 697932

"Kak Nani cuba bau kopi ni.Air atau cawan ni yang baunya pelik?"Aku menghidu aroma kopi dalam mug di atas meja aku.Dari tadi aku rasa air kegemaran Tengku Syamil itu menusuk ke dalam hidungku.Aneh.

"Eh,mana ada!Elok je baunya,"kata Kak Nani sambil membaunya.

"Seriuslah,kak.Aku rasa ada bau yang tak menyenangkanlah."Aku masih tidak puas hati.Mug itu aku hidu lagi tetapi bau itu buat tekakku mengembang.Aku hampir terjeluak namun aku lekas menekup mulutku dengan telapak tangan.

"Haah..Aroma kopi ni mengancam siott.Kalau kau tak nak,bagi akulah.Aku malas nak buat air."Kak Nani meminta air kopi aku dengan senang hati.Aku berikan kepadanya manakala aku meneguk air mineral.Dia mengambil mug aku dibawa ke mejanya.Aku menyambung kerja-kerja yang tergendala tadi.Aku berfikir sejenak.Mataku dihalakan ke arah Kak Nani yang asyik menikmati kopi tadi.'Hmm..takkan dia tak bau apa-apa?Hidung Kak Nani sumbat kot.'

"Ammara,aku nervous ni.Okay tak presentation aku ni?Nak bentang depan Mr.Chin nanti.Dah la ni projek besar,I is takut."Meo datang kepadaku dengan komputer ribanya.Pada aku konsep iklan yang dipilih oleh Meo sangat menarik.

Aku hulurkan sebotol air mineral 500 ml kepadanya."Nah,basahkan tekak tu!Buat hilang rasa nervous.Rilekslah,babes.You can do it."Aku memberi semangat dan sokongan moral kepada Meo yang gelabah semacam.Setiap kali mahu membentang,begitulah gelagat.Risau ideanya ditolak mentah-mentah.

"Haaa..orang sebelah sana tu tak nak support ke aku ni?Dapat air kopi,diam pula kau."Meo menempik Kak Nani yang sedang leka bekerja.

"Kau ni kecohlah,Meo.Satu office kau nak bising.Buat rileks sudahlah,macamlah kau tu freshie."Kak Nani membahan Meo.Meo mencebikkan bibirnya di sebelah aku.

"Kak Nani,aku ni berjiwa sentimental tau.Aku perlukan sokongan kawan-kawan seperjuangan untuk teruskan perjuangan aku.Down mental aku kau cakap macam tu."

"Halah..Halah..Yalah,intan payung Meo yang comel.Aku percaya kau mampu teruskan presentation dengan baik.You're the best presenter in the word.Chaiiyookk!!!"Kak Nani berkata sekali dengan gerakan tangannya memberi semangat.

"Haaa...Macam tulah.Baru berkobar-kobar semangat kita ni tau.Nanti aku belanja you alls berdua okay."Meo berjanji dengan aku dan Kak Nani.Terhibur aku dengan dua orang temanku ini yang selalu menghiburkan hatiku.Ada saja kata-kata mereka buat aku senyum lebar.

"Hello everyone in this office.Good morning."Mr.Chin masuk berdiri tegak di hadapan aku.Panahan matanya sangat tajam meneroka wajahku.

"Are you the pool girl right?Wow,you're so beautiful than before."Mr.Chin menghulurkan tangan namun aku tidak menyambut.Aku hanya menunduk hormat kepadanya.Aku terkulat-kulat dengan pertanyaannya.Dia masih ingat kejadian malang yang menimpa aku dulu.Tergelincir masuk ke dalam kolam mandi.'Ahhh...Sungguh memalukan.Tengku Syamil menyelamatkan aku ketika itu.'

"Welcome,Mr.Chin.Tengku Syamil is waiting for you inside.So,you can enter his room right now."Aku mempersilakan dengan senyuman manis walaupun aku kurang selesa dengan lirikan nakal Mr.Chin.

"Wait a minute.I was interested in you.So,may i sit here for a while?”Mr.Chin memulakan langkah mengayat.Dia duduk di kerusi bertentangan dengan aku walaupun tidak dijemput.Aku kekal tegak berdiri.Aku tidak duduk dan tidak ingin berlawan mata dengan lelaki Cina tersebut.

"I'm sorry,Mr.Chin.His schedule is pack today and I think you don't waste his time.I will get big trouble if the work is not finish sharp on time."Aku serius mengatakan kepadanya supaya dia faham.Memang spesis lelaki yang suka mengambil kesempatan selagi boleh.Meo menjeling ke arah kepada Mr.Chin.Dia memberi isyarat supaya tidak melayan lelaki miang itu.

"Okay,dear.So,shall we have a date after this?I'm here for three days."Lelaki Cina itu masih tidak mahu mengalah.

Lapangnya dada aku apabila suara Tengku Syamil kedengaran menyapa Mr.Chin.Waktu yang tepat dia keluar."Hello Mr.Chin.When did you arrived?"Tengku Syamil berdiri di sisi aku sambil berjabat tangan dengan Mr.Chin.

"Just now.I have set a date with your beautiful secretary first."

Senyuman Tengku Syamil berubah menjadi hambar.Matanya disepetkan."What a date?She is my wife.I'm warning you don't mess with my wife,Mr.Chin."Tengku Syamil memberi amaran.Pandangan mata Mr.Chin rebah menahan malu.Meo mengangkat ibu jarinya.Aku ingin mengukir senyuman tetapi aku pendamkan saja supaya tidak menjatuhkan air muka Mr.Chin.Aku merangkul kemas pinggan Tengku Syamil.

"Cool,Tengku Syamil.I'm kidding.Don't was our time.Let's begin our meeting."

****
'Tanda-tanda Hamil.'Jari-jemari runcingku ligat menekan frasa tersebut dalam enjin pencarian Google.Debaran di dadaku mula berantakan perlahan ke laju.Ibu jariku masih teragak-agak untuk menekan ikon 'search' di hujung frasa.Aku menarik nafas panjang nafas beberapa kali.'Ishhh...Tak mungkinlah.Baru sebulan aku berhenti makan perancang.'

"Kenapa asyik mengeluh ni?Teringatkan Mr.Chin tadi ke?"tegur Tengku Syamil yang memacu kereta di sebelah.Secepat mungkin jari-jari aku memadam maklumat yang aku taip tadi agar Tengku Syamil tidak perasan akan hal itu.Kerlingan tajam aku berikan kepada dia apabila dia mengaitkan nama Mr.Chin dengan aku.'Tak kuasa aku nak layan mamat tu.Miang tak bertempat.'

"Hei,aku cakap dengan kau ni?"Tengku Syamil menyapa aku.Aku tidak tertarik dengan hal yang dia utarakan.

"Hmm...Apa?"Acuh tak acuh aku membalas.'Mood aku agak swing.'Aku sandarkan badanku ke tempat duduk.Kepalaku dibaringkankan dan mata kupejamkan.Badan aku terasa lesu dan tidak bermaya seharian bekerja.Makan pun aku tidak berselera.

"Hmmm...Betul ke Mr.Chin tu ajak kau dating tadi?"Tengku Syamil mendapatkan kepastian daripadaku.

"Hmmm..."Aku malas melayan.

"So,kau pun sukalah?Seronok ada orang ajak dating?"

Dengan mata yang terpejam aku menjawab,"Syamil,can you stop talking about him?Saya tak ada mood nak cakap benda yang remeh macam tu.Awak pun tau dia macam mana."Aku memarahi Tengku Syamil dengan nada yang agak keras.Sungguh aku tidak berminat bercakap tentang Mr.Chin.Dalam otak aku bermain persoalan lain yang lebih membimbangkan.

"Aikkk...marah nampak.Aku gurau,tu pun nak marah.Kau ni bad mood semacam,apa kes?Something bothering your mind?"Tengku Syamil memaut jari-jariku.

"Tak adalah.Saya rasa nak rehat puas-puas balik nanti."

"Amboi,penat sangat gayanya tu!"

"Penatlah.Nak fikir projek mega awak dengan Mr.Chin tu lagi.Berapa lama nak kena hadap perangai gatal dia tu?Mujurlah boleh tahan handsomenya.Dapat jugalah menjamu mata."Aku bercakap dengan mata yang terpejam.

Tengku Syamil menggelengkan kepalanya.Matanya fokus memandu tetapi hatinya sedikit iri dengan pujian kepada Mr.Chin."Seronok nampak.Tadi cakap tak nak cakap pasal dia.Now,kau pula yang puji dia handsome pula.Dia tu nak mainkan perempuan je,dah dapat dia bla la."

Aku mencebik.Bukannya aku tidak tahu modus operandi Mr.Chin.Lelaki sebegitu mana pernah puas dengan satu wanita.Cuma aku sengaja menduga Tengku Syamil."Saya tau tu.Bukan saya nak dia pun,saja nak cuci-cuci mata.Adalah variasi sikit.Ini hari-hari tengok awak dengan Meo.Tak berkembang langsung."

"Boleh tahan miang kau ni,Rara.Jangan sampai aku kecilkan skop,aku pecat kau.Kau duduk rumah tengok aku sorang.Baru kau tau erti penyesalan."Tengku Syamil mengugut.Aku geli hati dengan kata-kata ugutannya.Harap-harap kata-katanya itu hanyalah gurauan semata-mata.Cuak juga jika aku diberhentikan.

Eheemm..Eheemmm.."Saya gurau sajalah.Itu pun nak ambil serius.Chill la."

"Tau pun takut.Baru gertak sikit.Jangan berani-berani cari hal dengan Tengku Syamil.Buruk padahnya nanti."

'Gullpp.'Aku menelan air liur.Orang macam dia memang tidak boleh dibawa bergurau,semuanya dianggap serius.Aku melihat ke papan tanda dan jalan yang dilintasi.Jalan ini tidak menuju ke kondominium Tengku Syamil.Aku pelik.'Ke mana dia nak pergi ni?Bukan jalan balik ni.'

"Jap-jap.Kita nak ke mana ni?Makan atau shopping atau beriadah?"Aku tertanya-tanya.

"Kau rehat senyap-senyap boleh tak?Nanti sampai kau tau la.Pejam balik mata tu,"jawab Tengku Syamil malas melayan omelan aku.Serabut agaknya.

****
Tengku Amir tercegat dia hadapan pintu rumah Saifuddin dengan senyuman melebar ke telinga.Saifuddin tidak terkejut kerana hampir saban hari Tengku Amir singgah di rumahnya.Kadang-kadang anak muda itu bermalam di situ menemani Saifuddin.

"Amir bungkus pizza untuk kita berdua makan.Jom,Amir laparlah,"ajak Amir yang masuk tanpa dipersilakan.Dari pagi perutnya kosong kerana jadualnya padat dengan mesyuarat dan lawatan ke tapak projek pembinaan yang baru dijalankan.

Tengku Amir tidak segan-segan melayan dirinya sendiri di rumah Saifuddin.Selok-belok rumah itu sudah dihafal.Saifuddin mengekori langkah Tengku Amir yang bergerak ke sana ke sini mengambil pinggan dan cawan serta membuat air teh panas untuk mereka.

"Amir ni rehatlah.Setakat buat air teh tu,pak cik boleh buatkan untuk Amir."

"Alaaa...sikit je.Dah siap pun.Jom makan sama-sama,"pelawa Tengku Amir yang buat rumah itu seperti rumahnya sendiri.Mereka seiring ke ruang tamu.Tengku Amir tekun menghidang pizza yang dibelinya sambil dibantu oleh Saifuddin.Usai berdoa,mereka berdua menjamu selera.

"Hmmmm...Nikmatnya dapat makan.Lagi-lagi dapat makan dengan pak cik.Seronok."Tengku Amir memejamkan mata menikmati pizza.Sungguh enak baginya.

"Makanlah,Amir.Banyak lagi ni.Pak cik ni tekak Melayu,tak beria sangat nak makan.Haaaa..Amir ni pun,walaupun sibuk dengan kerja makan tu jangan lupa.Kerja pun kesihatan kena jaga.Jangan ajar sangat perut tu kosong,lama-lama makin banyak asid jadi gastrik pula nanti."Saifuddin menasihati Tengku Amir.

"Haiiihh...pak cik ni siap dengan fakta Sains.Dah macam doktor ye.Hmmm..tapi Amir suka je pak cik membebel macam ni.Ini maknanya pak cik sayangkan Amir kan?Kan?Kan?"Tengku Amir mengelip-ngelipkan matanya dengan mulut yang penuh.Saifuddin mengukir senyuman.

"Sayanglah.Siapa yang tak sayang budak baik macam Amir ni?Hmm..Mama Amir tak cari ke Amir balik lambat ni?"

"Alaa..mama tau Amir ke sini.Amir dah beritahu mama tadi."

"Mama Amir tak kisah ke Amir selalu ke sini?Yela kan,pak cik ni orang biasa-biasa je.Mana nak capai standard Amir dan keluarga Amir."Saifuddin merendah diri.Dia hairan Tengku Amir kerap ke rumah.

"Ishhh...Standard apanya,pak cik?Kita ni manusia sama saja.Mati nanti kita berbalutkan kain kapan juga,bilik terakhir kita liang lahad.Tak ada beza.Mama dan nenda tak pernah ajar Amir dan Abang Syamil tentang standard-standard ni.Selagi bernama manusia perlu dilayan sama rata tak kiralah miskin atau kaya.Lagipun,Amir dengan pak cik bukannya orang jauh."

Saifuddin mengangguk-angguk bersetuju dengan pendapat Tengku Amir.Bertuah sungguh mengenali keluarga mereka.Walaupun berpangkat dan harta bertimbun namun tidak pernah lupa diri.Kesemuanya merendah diri.

****
"Syamil,kita nak buat apa kat sini?"tanya aku serba-serbi tidak kena.Tengku Syamil membawa aku ke pameran kereta mewah.

Tengku Syamil mengangkat jari telunjuknya menghala ke banner besar yang digantung."Pameran kereta kan?Nak tengok keretalah,takkan nak makan nasi pula.

Aku menarik tangan suami aku itu menyebabkan kakinya berhenti maju ke hadapan."Syamil,dengan baju kerja macam ni?Muka pucat tak ada make up pula tu.Saya tak nak masuk."Aku membentak.Pada masa yang sama,aku rasa penampilan aku agak serabai ditambah pula muka aku pucat lesi.Wajahku jelas kusam dan tidak bermaya mengurangkan keyakinan diri aku kerana pameran mewah sebegitu dihadiri orang ternama dan punya kelas tersendiri.

"Rara,apa yang kau nak risau?Biarlah baju kerja pun.Aku nampak kau cantik je,tak ada cacat cela pun."

Aku hentakkan kaki aku merengek manja."Nampak saya ni lesu,muka penat."

"Kita nak tengok kereta,Cik Puan Nur Ammara bukannya ke fashion show.Siapa yang kisah kau pakai apa,make up ke tak?Tak penting pun semua tu.Jika ada yang busy body tu,ignored je.Dah la..Jom."Tengku Syamil mengajak.Aku tetap tidak mahu berganjak dari situ.Tengku Syamil kembali merapati aku.

Dia tegap di hadapanku yang mencuka."Kau nak tercegat kat sini sampai esok ke?Come on,Rara.Jangan risau dengan penampilan kau.Percaya cakap aku kau cantik dan nampak neutral.Kalau ada orang nak kata kau,abaikan je.Yang tengok kau hari-hari aku."Tangan Tengku Syamil melekap pada kedua-dua bahuku memujuk aku.Dia merenung ke dalam mataku.Tiba-tiba aku terasa tekakku mengembang tanpa sebab.Cepat-cepat aku menutup mulutku agar tidak termuntah pada Tengku Syamil.Aku mengalihkan tangannya lalu ke tepi.Aku mencangkung mengeluarkan isi perutku yang beria-ria ingin keluar.Tengku Syamil turut menggosok belakang dengan cemas.

"Kau tak apa-apa?Air saja ni yang keluar ni.Perut kau tu angin rasanya,kau tak makan mana tadi."

Perit anak tekakku.Aku teguk air mineral yang dihulur oleh Tengku Syamil untuk melegakan kerongkongku.'Huh!Lega.'Aku kembali segar.Tengku Syamil memapah aku berdiri.Aku hampir rebah kerana mataku berpinar namun sempat disambut oleh Tengku Syamil.

"Jom balik.Kau tak sihat ni."Tengku Syamil menjamah dahi dan leherku.Dia memimpin aku masuk ke dalam kereta.

"Hmm..Maaf,awak terlepas pameran kereta tu."Aku rasa bersalah.

"It's okay.Aku boleh dapatkan katalog untuk kau pilih."

Aku memandangnya yanh sedang menghidupkan enjin kereta."Saya pilih?Untuk apa?"

****
Aku menuruni anak tangga.Riuh-rendah ruang tamu rumah abah dengan suara Tengku Syamil,Tengku Amir dan abah.Aku datang kepada mereka dan dapati mereka sedang membuat panggilan video dengan opah.Aku segera mencelah di sebelah Tengku Syamil melambai opah.

"Ho..cucu opah doh muncul.Sihat ke dok tu?Syamil oyak Rara kure sihat,"tanya opah dengan dialek Kelantan yang pekat.

"Sihat jah.Angin jah,opah.Mugo oghe tok make mano hari ni.Ni buleh tehe doh.Selero make masokke abah gak."

Tengku Syamil dan Tengku Amir terpinga-pinga.Mereka kurang faham dan fasih loghat yang dituturkan oleh opah dan aku.Tengku Syamil duduk rapat di sisiku.Telefon abah aku pegang bercakap dengan opah.

"Syamil jago make cucu opah tu.Diyo tu jak kecik ado gastrik,tok bulih tok make lasung.Piat telingo tu klu diyo tok se dengar gak."Opah berpesan tetapi Tengku Syamil mengambil masa untuk memahami butir-butir kata opah.

"Ya,opah."

"Oghe rindu kat opah.Marilah jale KL gak."

"Opah buke tok se gi.Mugo opah ni doh senjo ekpom.Tok larat opah nok naik keto.Pening palo naik keto lamo-lamo.Rara tu kalu ado maso baliklah Klate."

Amir menyampuk dari belakang kami,"opah,Amir nak juga ke Kelantan.Kalau Amir nak jalan-jalan ke kampung opah boleh tak?"Ceria Tengku Amir bercakap dengan opah.Ini bukan kali pertama Tengku Amir 'video call' dengan opah kerana Tengku Amir selalu ke rumah abah.

"Bulih sangat.Pakat mari sini.Teratok buruk opah ni terbuko sokmo untuk cucu-cucu opah.Dulu gak soghe jah cucu.Lo ni opah dah ado tigo oghe cucu."

Perbualan dengan opah sangat meriah malam itu.Terubat rinduku kepada opah,lupa segala sakit pening aku tadi.

****
"Zana buat apa tu?"Tengku Aminah menyoal saat dia menggesek skrin telefonnya melihat foto Ammara.Sepantas kilas dia menyembunyikan.Masa tidak sesuai untuk Tengku Aminah mengetahui Ammara ialah anak kandungnya.Tengku Zanariah tidak ingin mengeruhkan hubungan mereka jika rahsia ini terbongkar lebih awal.Mesti Ammara bertambah membencinya.

"Tak ada apalah,bonda.Zana baca perkembangan terkini di Fac ni.Macam-macam gosip ada sekarang ni.Tak tau lah mana yang betul,mana salah."Tengku Zanariah berbohong.Tengku Aminah duduk di sofa tunggal manakala matanya terarah ke kaca televisye.

"Hmm...Dunia sekarang ni banyak fitnah.Dengar boleh,percaya jangan.Segala hal nak diviralkan,netizen pula tak habis-habis mengecam tanpa usul periksa,"kata Tengku Aminah penuh kesal.

"Betullah,bonda.Semakin canggih teknologi,semakin banyak fitnah disebarkan.Bagaimanalah zaman cucu cicit kita nanti agaknya?Takut pula Zana."

"Entahlah,Zana.Kita serahkan kepada Allah semoga lindungi kaum keluarga kita.Hmmm...Macam mana dengan anak Zana tu?"Tengku Aminah mengubah topik.Dia teringin mengenali cucu sulung saudaranya yang tidak pernah ditemuinya lagi-lagi cucunya itu perempuan.Teruja dia ingin tahu.

"Errr...Zana nak beri dia masa.Bonda pun tau dia boleh terima Zana lagi sekarang ni."Sayu nada Tengku Zanariah.Selepas melawat Ammara,dia tidak lagi memaksa Ammara.Hatinya sendiri terluka dengan ketajaman lidah Ammara.Tambahan pula,dia ingin memberi ruang untuk Ammara memujuk hati.

"Takkan Zana tak ada gambar Sofia?Tunjuklah pada bonda.Bonda tengok gambar dia bayi je.Raut tu macam dekat sangat dengan bonda tapi bonda tak dapat cam."Tengku Aminah teringat senyuman Sofia ketika bayi ada iras-iras seseorang yang dikenali tetapi dia tidak pasti siapa.Dada Tengku Zanariah bertiup perlahan mendengar itu.'Minta-minta bonda tak cam Ammara.'

Tengku Zana menarik perhatian Tengku Aminah,"senyuman Zana,bonda.Kan anak Zana mesti senyum macam Zana juga."

"Hmmm...Betul juga.Hubungan Zana dengan bekas suami Zana pula macam mana?Dia pun marahkan Zana macam Sofia?"

Tengku Zanariah tersenyum."Abang Saif...eh..Er...Dia tak ada masalah.Alhamdulillah,dia dapat terima Zana walaupun sebagai sahabat Zana tetap bahagia.Zana tak boleh paksa hati dia sebab dia sendiri pun tak ingat siapa Zana.Memadai dia layan Zana dengan baik."Tengku Zanariah berpuas hati suaminya itu tidak pernah menolaknya untuk menjadi sahabat.Cukup membahagiakan jiwanya.Matanya yang bertakung dikesat lembut supaya tidak gugur.

"Kasihan papa Sofia.Bila Zana nak bawa dia jumpa dengan bonda?"

Tengku Zanariah meneguk air liurnya dengan pertanyaan Tengku Aminah."Ini bukan waktu yang tepat,bonda.Nanti bila tiba masanya,Zana akan kenadplkan.Situasi antara Zana dengan Sofia masih tegang.Tunggu semuanya reda baru Zana bawa mereka jumpa bonda dan satukan keluarga kita."

Tengku Zanariah duduk bersimpuh di atas lantai.Kepalanya dibaringkan atas riba Tengku Aminah,satu-satu tempatnya mengadu.Tengku Aminah mengelus lembut rambut Tengku Zanariah dengan rasa kasih yang mendalam."Sampai bila Zana nak tanggung kebencian yang bukan dari kesalahan Zana?Izinkan bonda jumpa dengan bekas mak mentua Zana untuk selesaikan sengketa ni.Zana akan dapat keluarga Zana balik."

Tengku Zanariah mengangkat mukanya memandang ibu saudaranya dengan mata yang berair."Jangan bonda.Bonda tak kenal dia macam mana.Cukuplah Kak Zuraidah dulu dimakinya."Air mata Tengku Zanariah bergenang makin banyak di pesisir kelopak matanya."Air hangat itu diusap oleh Tengku Zanariah

"Bonda tak sanggup tengok Zana macam ni lagi.Usianya semakin lanjut,mungkin dia juga sudah berubah.Mana tau Allah lembutkan hati dia."

"Zana mohon dengan bonda,jangan lagi sekarang.Bonda jangan risaukan Zana.Zana mampu hadapi dugaan ini asalkan bonda selalu di sisi Zana,"pinta Tengku Zanariah.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan Zana.Bonda selalu doakan Zana akan kecapi kebahagiaan kelak bersama keluarga kecil Zana."

Tengku Zanariah mengangguk-angguk di ribaan ibu saudaranya."Terima kasih,bonda."

"Jangan sedih-sedih lagi.Hmmm...Anak Zana yang sorang lagi tu ke mana?Jarang nampak batang hidung sekarang."

"Dia sibuk sikit,bonda."

****
Alat ujian kehamilan pada tanganku terhempas ke lantai.Seram sejuk tubuhku melihat dua garis pada alat tersebut.Ya,aku hamil.Sebulan aku hentikan pengambilan pil perancang,tidak aku sangka seketul nyawa itu mendiami rahimku.Aku memegang perutku dengan linangan air mata."I'm not ready yet.Kenapa masa ni?"

Benar firasatku setelah beberapa hari aku berasa tidak sedap badan.Aku menongkat pada singki dan merenung wajah pucatku di hadapan cermin.Kehamilanku sangat menyedihkan hatiku.Kesedihan yang tidak dapat aku selindungkan lagi.'Apa yang harus aku lakukan?Bayi ini sudah menjadi sebahagiah daripadaku.Aku menarik nafasku sedalam-dalamnya.

"Rara,apa yang kau buat dalam tu lama sangat?Aku nak mandi ni."Tengku Syamil memanggilku dari luar bilik air.Lama aku bertapa dalam bilik air ini.Aku tidak peduli panggilannya.Aku terus menangis di hadapan cermin.

"Kau okay tak?Ke pengsan?Jawab aku ni,Rara,"panggil Tengku Syamil sekali lagi.Hati aku mula membahang.Mahu salahkan dia atau diri aku sendiri?Aku tidak tahu.Lantas,aku usap air mataku lalu kupungut semula UPT di atas lantai.

Tengku Syamil tegap berdiri di muka pintu bilik air dengan pandangan yang hairan.Aku menunduk melanggar bahunya masuk ke dalam.Dia menoleh kepadaku."Apasal dengan kau,Rara?Kau nangis?"soal Tengku Syamil gelabah melihat mataku merah.Aku berdiri bertentangan dengannya.Matanya aku pandang tepat tanpa berkelip.

Aku campakkan UPT itu dan mengenai dada lebarnya."Ini yang awak nak sangat kan?Puas hati awak?"Aku melenting.Tengku Syamil terpinga-pinga tiba-tiba aku memarahinya.

"Apa salah aku yang buat kau marah tak tentu pasal ni?"soal Tengku Syami seperti orang bodoh.Aku berlalu tanpa jawapan.Tengkuk Syamil membongkokkan tubuhnya mengambil alat tersebut di atas lantai.

Matanya terbeliak dan mulutnya ternganga tatkala membelek UPT tersebut.Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.Dia tidak jadi masuk ke bilik air sebaliknya mendapatkan aku yang duduk termangu di bucu katil dengan perasaan tidak tentu.

"Betul ke ni,Rara?"Dia berdiri hadapanku dengan memegang UPT itu.Riaknya tidak percaya masih terpapar pada wajahnya.

"Jika betul?Awak happy?Puas hati?"soalku bengang.Aku tidak dapat menerima kenyataan.

Dia duduk di hadapanku.Pinggang aku dipeluk kemas dengan genangan air mata kegembiraan manakala aku penuh kekecewaan.

"Thanks,Ammara,"ucapnya penuh kesyukuran tanpa pedulikan perasaan aku.

"Apa yang terima kasih?Pada saya ini bukan berita gembira yang saya harapkan."Aku jujur buat dia terkesima.Dia mengangkat mukanya memandang aku.

"Kenapa kau cakap macam tu,Rara?"

Aku bingkas bangun dari kedudukan aku.Aku berpeluk tubuh dengan sebak di dada."Saya tak nak baby ni.Saya tak ready nak jadi ibu anak awak tapi...Aahh..ianya terjadi jua."Tekakku terasa perit untuk lepaskan.

"Rara,jangan buat kerja bodoh.Aku nak baby ni.Kalau jadi apa-apa baby ni,kau yang nahas aku kerjakan."Tengku Syamil memberi amaran keras kepadaku.Aku pula dikuasai dengan perasaan marah tetap melawan.

Aku memukul dadanya bidangnya dengan tangan aku."Saya tak nak ada anak dengan awak,Syamil.Baby ni kesilapan besar kita.Awak yang halang saya makan perancang dan hasilnya baby ni.Saya tak dapat terima saya mengandungkan anak awak."Aku menggila.Dadanya menjadi sasaran tamparan aku berkali-kali.

"Stop it,Ammara!!"tengking Syamil sambil mengunci kedua-dua pergelangan tangan aku.Aku terdiam.Pandangan aku dialihkan ketepi.

"Baby ni bukan kesilapan.Apa masalah kau?Apa salah baby ni?Dia dah ada dalam rahim kau,takkan nak buang?Dia bukan anak haram yang kau nak stres.Aku papa dan kau mamanya?"

Papa?Mama?Panas telinga aku mendengarnya.Aku kekal membisu.

"Ingat Ammara,kau kahwin dengan aku bukan atas cinta tapi aku tak pernah paksa kau melayan nafsu aku.Kau rela serahkan tubuh kau pada aku tanpa paksaan.Jadi,baby ni bukan satu kesilapan."

Aku membalas pandangan matanya."Ya,kerana nafsu saya buat baby ni ada sekarang.Saya yang tak mampu kawal nafsu saya kerana mudah tergoda dengan awak.It's a big mistake."Aku meronta-ronta tanganku dilepaskan.Tengku Syamil terus merangkul tubuhku rapat dengannya.Kepalaku di dadanya.Aku dipeluk dengan kemas sehingga tidak dapat melepaskan diri.

"Tenang,Ammara.Tak kisahlah apa yang kau anggap tentang kehadiran baby ni.Bagi aku dia tetap satu rahmat untuk aku.Kehadiran dia sangat bermakna dalam hidup aku.Jadi,aku merayu sangat dengan kau,tolong simpan dan jaga baby kita.Aku sanggup buat apa saya demi baby ni.Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada dia.Please,Rara.Aku mohon sangat."Tengku Syamil merayu dalam esakan.Betapa dia menginginkan anak ini dilahirkan ke dunia ini.Aku menangis membalas rangkulannya walaupun aku reda.

Nah,miss j payung chpter 21..Jangan marah Ammara k..Doakan Miss J dapt udpate kerap lpas ni.

Share this novel

Lisa Halik
2021-09-23 08:21:48 

bodohnya ammara ni...syamil pun satu klu suka ckp suka

Roz Zana
2021-05-24 00:06:55 

nape la susah sgt 2 ketul ni. tengku ni luah la perasaan tu kt ammara. dh cinta tp ego.


NovelPlus Premium

The best ads free experience