Bab 8 : Selamat Tinggal,Adri

Romance Series 697932

Lemau aku rasa tubuhku.Aku bermalas-malasan di atas sofa.Televisyen yang aku hidupkan dibiarkan bersiaran sendiri.Jasadku saja di sini,jiwaku terbang entah ke mana.Peristiwa semalam cukup menyesakkan dadaku.Nasib baiklah Tengku Syamil benarkan aku bercuti,jadi bolehlah aku berehat tenangkan minda aku yang kusut.

"Kau cuti saja esok.Kemurungan sangat dah gayanya,"kata Tengku Syamil.Ketika itu aku diam memandang luar tingkap.Wajahku ditoleh kepada Tengku Syamil yang fokus memandu dalam kegelapan malam.

"Seriuslah,Tengku?"Aku macam tak percaya.

"Kau nak ke tak nak?"Suaranya ditekankan.Bukan biasa-biasa bos tawarkan cuti.Mestilah aku mahu.

"Nak.Nak.Nak.Thanks,Tengku."Cepat-cepat aku menjawab.Terharunya aku dengan keprihatinan Tengku Syamil walaupun masih garang.Tiada senyum terukir pada bibirnya.Tak kisahlah dia ikhlas ataupun tidak cutikan aku.

"Waktu lunch esok aku dan Kimi datang hantar kereta kau ke rumah."

Aku mengangguk faham.Keretaku ditinggalkan di kondo mewah itu.Tengku Syamil menghantar aku pulang dengan keretanya memandangkan emosiku tadi kurang stabil.Aku mengintai wajah lelaki di sebelahku dari tepi.Boleh tahan desis hatiku.

Tengku Syami berdehem beberapa kali.Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke luar tingkap.Telefon bimbitku berbunyi namun tidak kuhiraukan.Jika dulu aku gembira melihat nama yang terpapar tetapi sekarang tidak lagi.Aku benci dengan lelaki bernama Adri Watson.Angkara nafsu songsangnya,impian aku berkecai.

"Kenapa tak jawab?"tanya Tengku Syamil.

"Tak berminat."Aku segera matikan telefonku.

"Aku pernah cakap,jangan percaya dengan orang walaupun dah bertahun kau kenal dia.Ambil tau segala hal supaya tak jadi macam ni."

Aku teringat nasihatnya di Ho Chi Minh.Dia ada ingatkan aku supaya siasat latar belakang Adri.Tapi aku?Kerana terlalu percaya dan lama mengenalinya aku tidak hiraukan nasihat Tengku Syamil.Damn!!

"Kau sedih?"tanya Tengku Syamil lagi apabila tiada respon daripadaku.Banyak cakap pula Tengku Syamil malam ini.

"Siapa tak sedih,Tengku?Hanya Allah yang tahu betapa sakit dan hampanya hati saya.Nak menangis pun saya tak mampu ni.Cukuplah saya menangis tadi."

"Kalau kau nak menangis dalam pelukan aku macam tadi lagi,jangan segan-segan beritahu aku.Setakat baju basah dengan air mata,aku tak ada hallah,"kata Tengku Syamil.Mimik mukanya tetap begitu.Tiada perasaan.

Oh,tidak!Adakah Tengku Syamil memerli aku sekarang ini?Ya Allah,malunya aku dengan Tengku Syamil.Terasa darah panasku meresap keseluruhan mukanya.Pasti kemerahan wajahku menahan malu.Kerana terlalu kecewa,aku menangis semahunya dalam dakapan Tengku Syamil di rumahnya tadi.Aku bukan mahu mengambil kesempatan,janganlah Tengku Syamil salah anggap.Aku benar-benar berduka waktu itu.

"Tengku perli saya ke?"

"Aku seriuslah,"jawab Tengku Syamil acuh tak acuh.Aku biarkan saja.Pandangan aku dialihkan ke hadapan jalan.Bandar Raya Kuala Lumpur sentiasa hidup hatta tengah malam sekalipun.Masih ramai yang berlegar-legar di atas jalan raya dan kedai-kedai makan.

"Ammara,sebenarnya aku dah lama tau tentang Adri sebab aku selalu terserempak dengan dia di kondo aku tinggal tu.Aku tau aktiviti dorang di situ cuma aku malas nak campur.Itu hak masing-masing selagi tak ganggu hidup aku."Mendatar saja nada Tengku Syamil memulakan cerita yang aku tidak tahu.

"Tengku tau yang Adri gay tapi sikit pun tak cakap pada saya?"Aku memalingkan wajah tidak puas hati kepadanya.Bukan dia tidak tahu aku dengan Adri tetapi dia boleh diamkan saja daripada pengetahuan aku.Memang pentingkan diri betullah.

"Aku tak ada masa nak jaga tepi kain orang.Adri bukan siapa-siapa kepada aku."

"Saya staf Tengku tau tak?Tengku tak kasihan ke dengan masa depan saya andai kata saya terkahwin dengan dia?Saya mungkin akan menerima nasib yang sama seperti Alisa."

"Memang kau staf aku tapi hal peribadi aku tak masuk campur.Katakan aku cakap,kau akan percaya ke?Setara Meo yang baik dengan kau pun kau tak percaya,inikan pula aku.Silap-silap kau tuduh aku sengaja nak rosakkan hubungan korang.Silent is better.Maklumlah,orang sedang dilamun cinta ni banyak guna emosi daripada pakai otak."Tengku Syamil mengeluarkan hujahnya.Aku tak nafikan apa yang dicakap oleh Tengku Syamil.Rasa bersalahnya aku dengan Meo.Aku terkenangkan muka sayunya tempoh hari.Maafkan aku,Meo.Aku buta dengan cinta palsu Adri.

"Ikutlah Tengku nak cakap apa tentang saya."Aku mengalah.Tidak mahu berbalah dengan Tengku Syamil.Aku tak sabar rasanya nak sampai rumah daripada bercakap dengan dia.Aku nak mengadu dan menangis kuat-kuat kepada abah.

"Ammara!!"Ada orang memekik namaku dari luar pintu gril rumahku mengembalikan aku ke dunia nyata.

****
Adri tercegat di hadapan pintuku.Gril pintu utama rumahku dikunci abah sebelum dia keluar berniaga pagi tadi.Ada saja kunci pendua di dalam rumah tetapi aku malas membukanya.Mendapat aku kalau Adri dapat masuk.Entah apa yang bakal dilakukannya kepada aku nanti.Langkah yang lebih selamat aku biarkan saja dia di luar.

Aku elakkan badanku daripada terkena sentuhan tangan Adri yang dihulurkan melalui celahan besi gril."Love,maafkan Bie.Semua ni salah faham saja.Bie akan jelaskan kepada Love."

Aku menyilangkan kedua tanganku."Salah faham?Beritahu saya bahagian mana yang saya salah faham?Mata saya sendiri jadi saksi adegan romantis awak dengan lelaki tu bercumbu-cumbuan.Nak jelas apa lagi?"Aku bercakap dari dalam rumah.Adri terdiam.Aku meneka dia mencari alasan atau ayat yang logik untuk nyatakan kepada aku.

"Love,please.Bukalah pintu ni.Bie akan beritahu segalanya kepada Love.Please,sayang."Mendayu-dayu suara Adri berusaha memujukku.Hatiku tidak mudah termakan dengan pujuk rayu setelah apa yang Adri lakukan kepadaku.

"Jangan panggil saya Love lagi.Dah tak ada apa-apa hubungan antara kita berdua.Penjelasan awak tak akan dapat ubah apa-apa.Saya tetap akan putuskan pertunangan kita dan batalkan perkahwinan kita."Tidak semena-mena air mataku gugur tanpa aku pinta.Pedih untuk aku lafazkan perpisahan kepada Adri.Tujuh tahun aku menyulam cinta dengannya,mana mungkin aku dapat lepaskan dia dengan mudah tapi aku terpaksa.Aku sangat terluka.

Pintu rumah aku tutup agar aku tidak nampak Adri yang menangis kesedihan.Aku tak sanggup melihat Adri begitu.Masih ada rasa sayang lagi untuk dirinya dalam hatiku tetapi aku tak boleh meneruskannya.Bayangan kemesraan mereka sentiasa bermain dalam mindaku sejak semalam.Setiap kali terkenangkannya,hatiku menjadi sakit.

"Love,bagilah Bie peluang sekali lagi.Bie janji Bie tak akan sia-siakan peluang yang Love bagi.Bie minta maaf,sayang.Bie mengaku Bie dah jauh terpesong tapi Bie hati Bie tetapkan cintakan Love."

Suara Adri kedengaran tersekat-sekat di kerongkongnya.Aku duduk menyandar pada pintu dan kepalaku ditundukkan bertemu lututku.Aku menangis semahunya di situ.

Tok!Tok!Tok!Adri mengetuk pintu dari luar.Perlahan saja ketukannya."Love hukumlah Bie tapi tolong jangan tinggalkan Bie.Bie merayu dengan Love.Bie tak boleh hidup tanpa Love."

Nafasku ditarik sedalam-dalamnya.Air mata kukesat dengan lengan bajuku.Telinganku didekatkan dengan pintu.Aku dapat mendengar esakan Adri.

"Awak baliklah,Adri.Malu kepada jiran-jiran nampak keadaan kita macam ni.Saya perlukan masa untuk saya tenangkan diri saya sendiri."

Adri diam di sebalik pintu.Aku tidak tahu apa yang dilakukan.Hanya tangisan saja aku dengar dari dalam.

****
"Apasal kau suruh aku datang sini?Nak belanja aku lunch ke?"Kimi menyoal.Dia duduk pads kerusi roda hadapan Tengku Syamil tanpa dipersilakan.Sudah biasa dengan Tengku Syamil,tidak perlu ptotokol.

"Tolong aku hantar kereta Ammara.Kereta dia masih di bawah kondo aku,"kata Tengku Syamil tidak memandang Kimi.Dia berjanji dengan Ammara untuk menghantar keretanya semasa waktu makan tengah hari.

Kimi memandang Tengku Syamil."Ammara bermalam di rumah kau ke semalam?"

Tengku Syamil membalas pandangan Kimi."Agak-agaklah,Kimi.Anak dara orang tu.Aku hantar dia balik malam tadi naik kereta aku.Nak bagi dia balik sendiri,aku tak yakin dia boleh drive dengan emosi macam tu."

Kimi menepuk-nepuk tangannya tetapi tidak berbunyi."Waaauuuu.So sweet.Caring sangat kau.Welcome back Syamil yang caring and sweet."Kimi kegembiraan.Lama dia tidak mendengar Tengku Syamil semanis itu.

"Kau diamlah,Kimi.Kerja nak sindir aku je."

"Aku tak sindir.I'm just talking the truth.Aku kenal kau dah lama,Mil.Lepas kau putus dengan Tasha,kau langsung tak nak buka hati kau untuk perempuan lain.Now,aku happy sebab Ammara boleh buat tulang rusuk kau bergetar kembali."

Tengku Syamil melebarkan senyuman.Malu juga dengan tekaan Kimi.Setelah sekian lama dia tidak rasa berbunga-bunga begini."Pandailah kau."

Kimi mengekek ketawa melihat Tengku Syamil malu."Pandai kau berlakon tak tau apa-apa semalam.Kalau Ammara tau plan kau yang bocorkan rahsia Adri,mampus kita."

"Ammara tak boleh salahkan aku sebab apa yang Adri buat tu memang salah.Baik Ammara tau sekarang daripada dia tahu masa jadi isteri Adri nanti."

"Kasihan aku tengok dia semalam.Sedih sangat."Kimi teringat wajah sayu Ammara selepas turun daripada bumbung.

"Lagi kasihan kalau dia kahwin dengan Adri.Kau ingat Ammara boleh bahagia ke nanti?Tujuh tahun dorg coupe,Adri tak pernah pun berubah.Masih dengan perangai gay dia tu sampaj sekarang."

"Wah,kau kalau bercakap pasal Ammara emosi sangat!Bila kau dah sayang,kau akan sayang betul-betul,Mil.Untung Ammara ada orang sayang dan protect dia sampai macam ni."

****
Bunyi deruman kereta abah melegakan hati aku.Dari tadi Adri tidak berganjak pergi dari rumahku.Dia setia menanti aku membuka pintu.Pelbagai cara dia cuba memujukku tetapi aku tetap berkeras tidak membukanya.Apa guna aku berhadapan dengannya jika aku hatiku masih luka berdarah.Perbuatannya tidak dapat dimaafkan dengan mudah.

Kebarangkalian dia terjangkit HIV/AIDS kesan hubungan sejenis bersama Danial dan lelaki-lelaki yang aku tak ketahui.Tak mungkin aku akan pertaruhkan diriku dan nyawa bakal anak-anak yang berpunca daripada kerakusan ayah mereka.Tidak sesekali.

"Adri,kenapa menangis di sini?"Suara abah bertanya dari luar.Kuintai mereka dari jendela dan berselindung di balik langsir.

Pantas Adri bangun,air matanya dikesat-kesat.Dia memeluk abah disertai esakan.Abah pula terpinga-pinga membalas pelukan Adri.Dia tidak tahu lagi permasalahan aku dan Adri.Semalam aku tiba lewat di rumah manakala abah sudah pun nyenyak dibuai mimpi.

"Abah tolong pujuk Ammara.Dia nak batalkan perkahwinan kami."Adri mengadu tapi hanya separuh jalan cerita.Mengapa aku nak batalkan perkahwinan,dia tak jelaskan kepada abah.Shit!!Sepertinya aku yang bersalah dalam hal ini tiba-tiba membatalkan perkahwinan.Telinga dan hatiku panas mendengarnya.Tapi tidak mengapa,akan aku ceritakan segalanya kepada abah.'Kau ingat abah akan pertahankan kau?'

"Hhmmm...Ikut abah masuk ke dalam rumah."Abah sedang membuka pintu dan gril rumah.Adri diajaknya masuk ke dalam rumah.Aku yang panas hati berdiri depan pintu menghalang Adri daripada masuk.Kedua-dua tanganku memegang pinggang.'Baru kau kenal aku siapa.'

"Jangan benarkan dia masuk.Rara tak nak jumpa dia,"kataku kepada abah.Adri menunduk di hadapanku.Apakah dia malu bertentang mataku denganku atau berpura-pura sedih?Aaahhh....Malas aku layan.Yang aku tahu,aku tak mahu Adri ada dekat denganku.Boleh dikatakan aku geli dengan peristiwa semalam.Aku terbayangkan aksi-aksi jijik sesama lelaki yang berada dalam parti termasuk Adri.Arrghhhhhh...Bayangan itu datang lagi.

Abah berdiri di sisi aku."Bincang elok-elok,Rara.Jangan buat keputusan terburu-buru.Biasalah adat bertunang banyak dugaannya."Abah menasihatiku.'Kalau abah tau siapa Adri,adakah abah akan terima dia sebagai menantu?'Aku berbisik dalam hatiku.Aku yakin abah akan berpihak kepadaku sekiranya dia tahu kisah sebenarnya.

"Rara rasa Rara buat keputusan yang tepat,abah."Aku berpaling kepada abah.Adri masih berdiri di hadapan pintu.

"Love,please dengar dulu cakap Bie."

Aku menolak tubuh Adri."Awak balik sekarang,saya tak nak dengar apa-apa.Balik!!"Aku tinggikan suara kepada Adri.Adri masih mengeras di situ.

"Apa ni Rara?Abah tak pernah ajar Rara kurang ajar macam ni.Adri bakal suami Rara,hormatlah.Jangan ikutkan sangat perasaan tu.Kan boleh bawa berbincang."Suara juga semakin keras kepadaku.Air mataku bertakung.

"Tak ada yang nak dibincangkan,abah.Rara nampak sendiri apa yang Adri dah buat."

"Rara berterus-terang dengan abah,apa yang buat Rara berubah hati sampai nak batalkan perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi?"Abah masih tidak dapat jawapan.

"Saya tak nak tengok muka awak lagi,Adri.Nanti saya ke JB jumpa family awak tentang hal ini.Awak baliklah sekarang."Aku membelakangkan Adri.Aku mengatur beberapa langkah ke depan.

Muka Adri memerah.Mungkin dia marah kepadaku kerana menghalaunya.Tiba-tiba,Adri menghentak kuat pintu rumahku dengan lengannya.Aku terkejut sehingga memejamkan mataku.Langkahku tersekat di situ.Abah juga kelihatan tergamam kerana dia tidak pernah melihat Adri baran begini."Jangan berani jumpa family aku."Keras Adri memberi amaran kepadaku.Dia tidak selembut tadi.

Aku tidak kisah lalu meneruskan langkahku.Dia mencapai lenganku dan dipegang kuat.Di hadapan abahku,dia memperlakukan aku.Wajahnya merona merah memandangku.Marah.

'Dia fikir marah dia.Marah dan sakit hati aku dia tak fikir.Dasar selfish.'

"Adri,lepaslah.Sakitlah."Di hadapan abahku dia perlakukan aku begitu.Mana rasa hormat dia kepada orang tuaku.

Abah cuba melepaskan lenganku daripada genggaman Adri."Sudahlah,tu.Abah ajak bincang bukannya gaduh."

"Abah diam.Ini hal saya dengan Ammara."Adri meninggikan suara kepada abah.Tutur lembutnya telah tenggelam dalam kemarahan.Abahku juga turut menjadi mangsa tempikan Adri.

Aku tidak suka dia melayan abahku begitu.Kurang sopan.Berani-berani dia menempik kepada abah di hadapanku.Saat ini aku rasa bersyukur jika kami tidak berjodohan.

"Awak jangan berani-berani tengking abah saya.Lepaskan tangan saya,Adri.We are over."Aku meronta minta dilepaskan.Cengkaman tangan Adri sangat kuat hingga terasa bisa hingga ke tulangku.

"Lepaslah,Adri.Sakitlah."

"Apahal ni?"Tengku Syamil menyampuk.Dia datang bersama Kimi menghantar keretaku.Tanganya diletakkan atas tangan Adri yang mengcengkam lenganku.Pegangan itu dilepaskan perlahan-lahan.

"Jangan kasar dengan perempuan,"kata Tengku Syamil.Kehadiran Tengku Syamil menyelamatkanku ketika itu.Walaupun hanya kebetulan,aku tetap bersyukur Tengku Syamil ada di situ.

Adri mendabik dada berhadapan dengan Tengku Syamil."Kau dengan Ammara sesuatu sangat.Korang berdua ni ada rahsia yang aku tak tau ke?"Nada suara Adri ditekankan ketika bercakap dengan Tengku Syamil.

Tengku Syamil tetap tenang dan sempat senyum kepada Adri.Keningnya digaru-garu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya."Kau yang buat hal,aku pula yang kau tuduh.Kau jangan cari pasal dengan aku,aku boleh buat kau menyesal seumur hidup,"Tengku Syamil memberi peringatan.Debar juga jantung aku mendengar amaran Tengku Syamil.

Adri terdiam.Dia berlalu tanpa banyak kata dari rumahku.Mataku mengekori langkahnya.

Tengku Syamil selalu ada ketika aku dalam kesusahan dan memerlukan seseorang.Dia diibaratkan hero yang tidak diundang kerana sering muncul menyelamatkan aku jika memerlukan.

Ececeh...Kau jangan beranganlah,Ammara.Tengku Syamil datang nak hantar kereta,kau yang perasan lebih-lebih.

****
"Ada apa lagi?"tanya Tengku Syamil kepadaku apabila menyampaikan jadual kerjanya.Aku kembali bekerja setelah dua hari bercuti.Otakku terasa tenang sedikit.Selepas kedatangan Tengku Syamil,Adri terus menikus tanpa melawan.Pegangan tangannya dilepaskan lalu pulang begitu saja.Ilmu apa yang Tengku Syamil pakai mampu melembutkan hati Adri ketika itu.

"Ehem..ehem..Aku tanya ada apa lagi?"Tengku Syamil mengulangi pertanyaannya.Aku tersedar dari lamunan.

"Haaa...Errr..errr..Ada."Aku menjawab dengan rasa berdebar.

Tengku Syamil menongkat dagunya memandang aku."Apa?"

Aku menggaru-garu dahiku yang tidak gatal langsung tetapi tindakan refleks semulajadi yang selalu berlaku kepada manusia yang kebuntuan."Errr...Saya nak minta cuti lagi Sabtu ni."Aku teragak-agak untuk meminta kerana sudah pun bercuti sebelum ini.Dapat ataupun tidak,aku tawakal saja.

Hah!!Tengku Syamil mula memandang tajam kepadaku."Tak puas hati lagi ke aku bagi cuti dua hari baru ni?"Dia menyoal pula.Aku sudah agak soalan ini akan ditanya.

"Saya nak ke JB."Ringkas saja aku membalas.Aku dan abah menerima kata sepakaf untuk ke Johor Bharu selepas aku luahkan segalanya.Alhamdulillah,abah berlapang dada menerima keputusanku.

Tengku Syamil mengangkat keningnya."JB untuk apa?"

'Eh..eh..Banyak tanya betul,Tengku Syamil ni.'

"Urusan peribadi."

"Ammara,aku tau masalah kau sekarang.Cakap saja apa tujuan kau ke JB.Baru aku akan luluskan cuti kau."Tengku Syamil beria ingin tahu.

"Takkan semua perkara saya kena beritahu Tengku?Peribadi maksudnya saya tak boleh cerita kepada sesiapa.Itu hak saya."Aku mula berang.Tengku Syamil tak habis-habis menyoal.Takut rugi agaknya kalau aku cuti.

"Aku perlu tau.Aku nak luluskan cuti mestilah berdasarkan sebab dan alasan yang kukuh.Kalau kau tak beritahu,macam mana aku nak pertimbangkan alasan kau munasabah atau tidak."

Aarghhh!!!Aku sedia serabut dengan masalah Adri.Ditambah pula dengan perangai bos aku begini.Sakit jiwa aku dibuatnya.Aku buat muka tidak puas hati kepada Tengku Syamil.

"Okay,aku luluskan cuti kau ke JB dengan syarat pada sebelah malam kau perlu ikut aku ke satu majlis.Kau ke JB naik kereta sekali dengan aku.Setuju?"Tengku Syamil memberi cadangan.Aku pun tak tahu itu cadangan atau arahan sebenarnya.

Aku tidak berterus bersetuju.Pergi dengan Tengku Syamil akan membataskan pergerakan aku dan abah di sana.Tujuanku ke rumah keluarga Adri untuk memutuskan pertunangan secara beradat agar keluarga Adri tidak sakit hati.

"Saya ke JB dengan abah saya.Naik kereta Tengku,susahlah saya nak ke mana-mana nanti.Tengku pun belum tentu nak jadi driver saya.Hmmm...Pasal majlis tu,majlis apa?Tengku tak boleh pergi sendiri ke?"

"Sejak kau gaduh dengan Adri ni,otak kau dah tepu agaknya.Aku sewakan kereta untuk kau bergerak nanti.Tak pun kau pakai kereta aku sebab aku boleh guna kereta lain.Hidup ini ada pilihan,Ammara.Jangan sempitkan pemikiran kau."

Aku menjeling saja.Eleh...Apa pilihan yang aku ada melainkan bersetuju dengan dia?Tengku Syamil memang pandai mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

"Okay,saya setuju.So,majlis apa yang saya kena pergi dengan Tengku tu."

"Majlis biasa-biasa kau teman aku.Dinner sambil-sambil cari peluang bisnes."

Aku mengerti sudah.Ya,akulah orang yang akan menemani Tengku Syamil ke majlis majlis-majlis sebegitu rupa kerana dia tidak mempunyai ramai kawan apatah lagi teman wanita.Pernah sekali aku terpaksa berlakon menjadi teman wanitanya semasa menghadiri majlis reunion sekolahnya.Aduhaii,Tengku Syamil!

****
Meo di sebelah mejaku serius menyiapkan kerja-kerja pemasarannya.Aku curi-curi menjeling Meo berfikir.Comel pula.Lagi comel melihat dia menongkat dagu sambil menggoyang-goyangkan pen pada tangannya.

Sungguh aku merindui gelak tawa Meo padahal baru beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan dia.Kemudian,Meo memandang aku yang senyum memerhatikannya dari tadi.Aku terpana sekejap.Aku hadiahkan senyuman kepadanya tetapi tidak dibalas.Mungkin Meo masih marah kepadaku.

'Maafkan aku,Meo.Aku bersalah dengan kau.'Aku rasa bersalah atas segala perbuatan dan kata-kataku kepada Meo tempoh hari.Pasti dia sangat terluka.Itulah orang tau kata,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

'Tak boleh jadi ni.Aku mesti pujuk Meo kembali.'

Aku membuka langkah pergi ke meja Meo.Aku berdiri di hadapan mejanya namun dia tidak pedulikan aku.Merajuk-merajuk pun comel.

Dia memandangku apabila aku tidak berganjak dari situ."Kau nak apa,Ammara?Ada apa-apa kerja yang kau nak aku tolong?"Lembut suara Meo bertanya.

"Saja.Aku rindu kau."Aku meluahkan rasa kepadanya tanpa segan silu.Hati Meo harus kuambil semula.

Meo tidak melayanku.Dia menyambung kerjanya semula."Kalau tak ada apa-apa,kau sambung kerja kau.Aku banyak kerja nak buat.Excuse me,"kata Meo sambil menundukkan kepalanya.

Aku tidak mahu mengalah.Aku tahu Meo masih marah dan terasa hati dengan aku."Jom keluar makan ikan bakar malam ni.Aku belanja kau."

"Aku sibuklah.Kau pergilah dengan tunang kau."Meo membalas.

Aku beralih duduk ke bucu mejanya.Pipinya aku cubit tetapi tanganku ditepis."Alaaa...kau dengan Adri tak sama."Aku memanjakan suaraku.

Meo berdiri membalas pandanganku."Memang tak sama.Aku hanya seorang pondan yang gatal menggoda tunang kawan kau sendiri.Adri pula seorang lelaki yang cukup perfect,"ucap Meo itu.Haaa...Itu kata-kata yang aku hamburkan kepadanya tempoh hari.Hati Meo terluka kerana lidah tajam aku.Aku bodoh kerana percayakan Adri.Setelah apa yang terjadi,baru aku buka mataku untuk menilai yang kaca dan permata.

Sayu aku menatap mata Meo.Kulit putih bersihnya Meo kemerah-merahan memarahiku.

"Meo,aku minta maaf.Aku tak berniat pun nak cakap macam-macam kepada kau.Aku tau kau terasa dengan percakapan aku hari tu.Maafkan,aku."Aku memegang tangan Meo.Menitis jugalah air mataku memujuk Meo.

Meo melepaskan jari-jemariku yang memegang lengannya.Dia kembali melabuhkan punggung pada kerusi roda di meja kerja miliknya.Skrin komputer riba dilihat semula.Jarinya pula ligat menekan tetikus."Kau sambunglah kerja kau,Ammara.Aku nak siapkan kerja aku."Mendatar saja nada Meo.

Aku diam lalu kembali ke tempat kerjaku.Air mataku yang mengalir aku lap dengan tisu.

****
"Kenapa Tengku nak ikut saya masuk ke dalam pula?"Aku hairan.Lelaki ini suka bertindak di luar jangkaan aku.Perancangannya dia menghantar aku dan abah ke banglo keluarga Adri saja.Kemudian,dia pergi ke tempat yang ingin ditujui manakala aku pulang ke hotel dengan kereta sewa.Aku tidak sangka pula dia berubah fikiran.

"Apa salahnya?Aku datang sekali dengan kau kan?"Tengku Syamil bersahaja.Aku sungguh tak faham apa yang dia mahu sebenarnya.

"Ini masalah saya dan Adri serta keluarga kami.Tengku tak ada kena mengena pun."Aku menghalangnya.

Dia menurunkan cermin matanya memandang aku."So?Kau cakap sajalah.Aku tak masuk campur pun."Tengku Syamil senyum kepadaku namun aku balas dengan jelingan.Hahhh!!!

Tengku Syamil memegang kedua-dua bahuku."Kau nak masuk ke tak nak?Abah kau dah panas tu."

'Eeee....Tengku Syamil ni suka buat sesuka hati dia.'

"Nak tapi Tengku jangan masuk.Tunggu dalam kereta saja.Saya tak nak parents Adri fikir yang bukan-bukan tentang kita."Aku tetap menghalangnya.Apa yang akan difikirkan oleh keluarga mereka jika Tengku Syamil turut serta?Mereka boleh menyalahkan aku mempunyai hubungan dengan bos sendiri dengan kehadiran dia di situ.

"Aku tak nak.Aku tetap nak masuk juga.Panas kot aku tunggu dalam kereta.Soal pandangan parents dia,aku peduli apa?Anak dorang yang buat pasal,kau hanya mangsa."

Tengku Syamil menurunkan kembali sepek mata hitamnya lalu berjalan meninggalkan aku.Dengan riang dia bersiul.Dia tidak peduli langsung masalah aku.Selfish.

Geramnya!!!Kenapa Tengku Syamip yang poyo ini wujud dalam kamus hidup aku?Stres aku dengan sikap dia yang tidak pedulikan perasaan orang langsung asalkan dia dapat apa yang dia mahu.

Abah yang dari tadi memerhati saja perbalahan kami turut mengekori langkah Tengku Syamil tanpa membantah perbuatan dia.Mahu atau tidak aku terpaksa juga masuk dengan kewujudan Tengku Syamil.Menyesal aku bersetuju dengan dia.

****
Suasana sunyi ruang tamu indah Datin Suhada membuatkan aku kekok.Datin Suhada dan Dato' Nasir Watson memandang serong kepada aku dan abah apabila aku memulangkan semula cincin pertunangan aku dan Adri.Abah dengan tutur sopannya menjelaskan hajat kami ke sini.Tengku Syamil seperti biasa,tidak mendengar dan sibuk memerhati ikan-ikan di dalam akuarium.

Dari pandangan mereka,aku dapat merasakan mereka tidak bersetuju dengan permintaan kami.Aku memang sudah agak dari awal lagi perkara ini akan terjadi.Aku sudah pun bersedia dari segi fizikal dan mental.

"Kenapa baru nak cancel?Ammara tau tak seminggu lebih lagi majlis korang akan berlangsung.Kad,makanan,hotel,semua dah siap tempah.Mana kami nak letak muka?"Datin Suhada berkata dengan nada marah.Tiada senyum langsung dari pada wajah kedua-dua ibu bapa Adri.

Aku menarik nafas."Maafkan Ammara,Datin.Tapi saya memang tak boleh teruskan majlis ini.

Jelas tergambar pada raut Datin Suhada tidak berpuas hati dengan tindakan aku.

"Tapi kenapa,Ammara?Sedrastik ini?"tanya Dato' Nasir Watson pula.

Datin Suhada menyampuk tanpa sempat aku bercakap."Eleh,dah dapat jantan yang lebih kayalah tu,Adri dilupakan.Apa dia lupa Adri bersama dengan dia dah tujuh tahun?Memang dasar mata duitan,"Datin Suhada menghamburkan makian kepadaku.Aku sabar saja.Aku tidak mahu memanjangkan kisah.Kalau boleh aku ingin cepat-cepat keluar dari rumah itu tanpa ada ikatan dengan Adri lagi.

Aku melembutkan suaraku walaupun aku geram dengan tuduhan tidak berasas Datin Suhada."Datin,saya tak kisah apa yang Datin nak cakap tentang diri saya.Mata duitan atau segala jenis mata pun,terserahlah.Yang pasti saya ada sebab yang tersendiri memutuskan pertunangan ini."Aku tidak mahu menceritakan apa yang berlaku.Aib Adri aku simpan daripada pengetahuan keluarganya.Cukup sekadar mereka faham kehendak aku tanpa aku burukkan sesiapa walaupun perbuatan Adri memang melampau.

"Ya,datin.Anak saya ada alasan sendiri.Saya tahu berat untuk datin dan dato' terima tetapi perkahwinan ini tak boleh diteruskan kerana ia melibatkan masa depan Rara dan Adri juga."Abah mempertahankanku.Tenang saja dia berkata.

"Alasan apa?Sebab jantan?Apa kurangnya Adri tu?Duit dan harta Adri boleh bagi,apa lagi yang tak cukup?"Datin Suhada bengang.Aku faham sebagai ibu pasti kecewa jika ianh berlaku kepada anak sendiri.

"Bukan harta dan duit yang saya kejarkan.Alasan saya sangat mengaibkan,cukuplah saya beritahu kami sudah tidak sefahaman lagi.Memang tak ada jodoh antara kami."

Datin Suhada berdiri."Sembang kau ni,Ammara.Kau ingat kos semua murah ke?Segala persiapan hampir selesai,tup-tup kau nak putus macam tu saja.Kau ingat anak aku tu ape?"Datin Suhada menuding-nuding jarinya ke muka aku.Aky hanya tertunduk diam.

"Saya betul-betul minta maaf,Datin dan Dato' bagi pihak anak saya.Saya buat ni demi masa depan anak saya.Saya tak nak masa depan anak saya gelap.Harap sangat Datin faham

"Masa depan?Demi lelaki yang lebih kaya dan berpangkat Tengku."Selamba saja Datin Suhada bercakap.Tengku yang tadinya melihat ikan-ikan dalam akuarium berpaling kepada kami lebih-lebih lagi Datin Suhada yang mulutnya boleh tahan bacul.

"Excuse me,Datin ada sebut nama saya ke?"Tengku Syamil menyampuk.Aku memberi isyarat kepadanya supaya diam saja tapi nampaknya hanya sia-sia.Tengku Syamil datang kepada dan menyertai perbualan kami.Datin Suhada serba tidak kena.Terlupa Tengku Syamil ada di situ.

"Kami belanjakan hampir 55 ribu ringgit untuk majlis nanti.Segala deposit dan kami dah selesai bayar.Rugi yang besar juga jika ianya tak jadi."Dato' Nasir yang lebih tenang memberitahu.Banyak modal sudah dikeluarkan demi perkahwinan ini.

"Suruh saja perempuan mata duitan ni ganti balik 55 ribu tu,bang.Dia yang nak putuskan pertunangan sangat kan?"Datin Suhada mencelah lagi.Dia memang tidak puas hati dengan aku dari tadi.

"Saya akan bayar semua kerugian Dato' dan Datin asalkan perkahwinan mereka tidak diteruskan."Tengku Syamil pula menjawab.Ahh..Sudah..Semakin rumit pula masalah dengan campur tangan Tengku Syamil.Aku membeliakkan mata dengan ungkapan Tengku Syamil.Dia sanggup menanggung kerugian mereka tanpa berbincang dengan aku.Suka-suka saja buat keputusan.Aku tidak mahu berhutang dengan Tengku Syamil.

Aku berdiri di hadapannya."Apa Tengku cakap ni?"kataku separuh berbisik.

"Hei,aku dah bosanlah tunggu lama tapi tak selesai-selesai juga dari tadi!Kau ingat aku tunggul ke nak renung ikan-ikan dalam akuarium tu?"Tengku Syamil sudah mulakan perangai poyo dia.50 ribu itu terlalu banyak bagiku untuk aku bayar kembali.Aku buka orang yang berada.Apa Tengku Syamil tidak fikir itu semua?Yang aku pasti dia tidak akan berbuat sesuatu dengan percuma.Pasti ada harga dan cagarannya.

"Beginilah Datin Suhada dan Dato' Nasir,saya ni sibuk.Nanti saya buatkan cek 50k atas nama Dato' dan suruh staf saya hantar ke sini.Sekarang ni perkahwinan ni kira batal.Boleh?"

'Eeee...Mudahnya dia buat perjanjian.'

Terbeliak Dato' Nasir dan Datin Suhada memandang Tengku Syamil.Menyampah pula dengan sikap Tengku Syamil ini.Suka menyusahkan hidup aku.

"Macam mana?Boleh ke tak boleh?Saya dah nak balik ni."Tengku Syamil dengan riak selambanya berkata.Aku nampak dia kecil besar saja namun kutahan tingkah laku aku daripada berkelakuan kurang sopan.

Dato' Nasir dan Datin Suhada berpandangan."Baiklah,kami setuju,"jawab Dato' Nasir.

Aku tersentap ketika itu.Hanya dengan duit dapat selesaikan malasah ini.Betapa mudah manusia ini dibeli dengan wang ringgit.Wang menjadi keutamaan daripada kebahagiaan anak-anak.Mana hilangnya kasih sayang di dunia ini?

Tengku Syamil dengan penuh gaya memasukkan tangannya ke dalam saku seluar."Okay,deal.Esok cek akan sampai."

Tengku Syamil menarik tanganku dan mengajak abah keluar.Menyusahkan betullah.Dia senang-senang buat keputusan untuk aku.

****
Di perkarangan kereta,Datin Suhada memanggilku.Aku berpaling kepadanya.Pintu kereta tidak jadi kubuka."Ammara,boleh tak fikir sekali lagi untuk Adri?Saya tahu Adri tidak sempurna seperti lelaki lain tetapi bagilah dia peluang."Datin Suhada yang tadinya garang bercakap lembut pula denganku.Cepat betul dia berubah karakter.Aku diam.Apa maksud Datin Suhada yang Adri tidak sempurna?

Kedua-dua tangangku dipegang."Saya tau Adri sayangkan Ammara cuma dia terpesong sikit.Bagilah dia peluang lagi.Saya tak nak dia malu."

Sekali lagi aku diberi kejutan.Maknanya keluarga mereka sudah tahu gaya hidup Adri sebagai gay selama ini tetapi disembunyikan.Paling aku tidak dapat terima,mereka masih mahu meneruskan perkahwinan sedangkan mereka tahu yang kami mungkin tidak akan bahagia.Aku pula menjadi kambing hitam demi menjaga maruah keluarga mereka.Pedihhnya hatiku.

Percakapan Datin Suhada aku balas dengan helaaan nafas saya.Speechless.

"Saya merayu sangat,selepas berkahwin nanti,kamu berdua boleh cerai.Saya tak nak Adri dipandang serong oleh kaum keluarga dan orang lain kerana sifat buruknya itu."

'Kahwin dan cerai?'Apa mereka anggap perkahwinan ini boleh dibuat main-main.Terlalu cetek ilmu peradaban mereka rupanya.Aku tidak bodoh untuk bersetuju dengan cadangan Datin Suhada.

"Selama ini,Datin tahu yang Adri tu gay tapi diamkan saja?Datin ingat saya ni apa?Nak jadikan saya alat bagi menutup mulut-mulut orang ramai?Macam tu?"Aku tidak sabar lagi.Harga diriku dipertaruhkan dan dipijak-pijak seperti sampah mereka buat.

Waktu itu,Datin Suhada mengangguk saja.Sakitnya hati aku dengan kenyataan itu.Ibu turut bersubahat dengan dosa yang anaknya buat.Ibu mana yang tidak sayangkan anak tetapi mempergunakan orang lain demi menutup sisi gelap sendiri adalah tidak patut.Dan mangsanya ialah aku.

"Saya tak sangka,orang macam datin ni wujud di dunia ini.Saya kecewa sangat.Maafkan saya,Datin.Saya tak ingin jadi kambing hitam demi menyembunyikan kemungkaran.Saya balik dulu."

Aku masuk ke dalam kereta dengan emosi yang pelbagai.Dalam sekelip mata segalanya terbongkar tanpa aku cari.Allah maha berkuasa.Barulah aku benar-benar mengerti maksud 'kun faya kun',jadilah engkau maka ia terus menjadi.Aku tidak pinta tapi ianya datang sendiri dengan kehendak Allah.

Tengku Syamil memandu keretanya keluar dari kawasan banglo keluarga Adri.Mutiara jernih yang mengalir perlahan aku usap.Pandanganku dihalakan keluar tingkap.Aku berharap ini kali terakhir aku menjejakkan kaki di banglo indah ini.Pahit untuk aku telan semua ini tetapi aku mula reda sedikit demi sedikit setelah aku melihat sendiri warna sebenar mereka.Aku syukur tidak menjadi sebahagian daripada mereka.

Selamat tinggal,Adri Watson.Aku akan corakkan kehidupanku sendiri dan tinggalkan kau hanyut dengan kenikmatan dunia tipu-tipu ini.Walaubagaimanapun,aku tetap mendoakan kau berubah dan insaf satu hari nanti.

Hai..Hai..Miss J minta maaf sangat2 lmbt update.Miss J betul2 xsempat sbb minggu ni Miss banyak keje yang perlu disiapkan.Nak buke apps pun xsempat.huhuhu.. Banyak konflik sikit chpter ni.Ammara dengan Meo,Ammara dgn Adri dan mama Adri.Next chpter,kita sweet2 sikit.hehehehe..tunggu luse Miss J update okay..Janji tau sebab kerja Miss J dah siap.hehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience