Bab 18 : Takkan Lepaskan

Romance Series 697932

6 bulan kemudian

"Rara,nak aku kacau sampai bila kuah ni?"tanya Tengku Syamil sambil tangannya ligat mengacau kuah kari ayam dalam periuk.Dia selalu membantu aku di dapur tetapi mulutnya riuh mengomel dan bertanya.

"Dah mendidih bolehlah tutup."Aku menghidangkan pinggan atas meja menanti kari ayam masak untuk makan bersama.

Dari meja makan,aku melihat Tengku Syamil menghidu aroma kari ayam itu."Hmmm...Sedapnya bau.Mesti sedap air tangan aku ni."Tengku Syamil memuji dirinya sendiri,mentang-mentangla dia yang masak kari itu dari awal hingga masak.

Aku menghulurkan mangkuk kepada Tengku Syamil untuk diisikan dengan kari ayam yang telah siap dimasak.Berhati-hati sekali Tengku Syamil menatang mangkuk itu ke meja makan.Aku dan Tengku Syamil sama-sama menikmati hidangan tersebut.

"Rara,nanti ikut aku ke JB.Aku nak selesaikan masalah kes panas di cawangan RP di sana."

Aku mengangguk saja.Aku tahu beberapa hari ini Tengku Syamil serabut menguruskan kes penyelewengan dan pecah amanah cawangan hotel di JB.Aku telah pun siapkan beberapa laporan untuk rujukan Tengku Syamil.

"Hmmm..Ada juga manusia macam tu,dah diberi peluang bekerja tetapi tak jalankan amanah dengan betul."Tengku Syamil berdecit.Sakit hatinya dengan manusia yang tidak jujur begitu.Aku menyuakan makanan tanpa sepatah suara menjadi pendengar setia omelan Tengku Syamil.

"Kenapa kau diam saja?Sedap sangat ke kari tu sampai tak mampu nak berkata-kata?"tegur Tengku Syamil melihat aku tidak berhenti makan.

"Not bad,"jawabku.

"Hmmm...Rara,kau tak rasa sunyi ke?"Tengku Syamil mengubah topik perbualan.

"Sunyi?Kenapa?Nak ajak saya keluar ke?Saya penatlah nak keluar malam-malam ni."

"Bukan tu.Maksud aku sunyi tak ada suara budak-budak."

Nasi yang aku telan tersekat di kerongkong apabila dia menyebut hal itu.Aku faham,maksud dia ialah anak.Cepat-cepat aku teguk air melegakan tekakku."Errrr...Taklah.Saya rasa biasa saja.Tak ada sunyi-sunyi pun."Aku menidakkan pertanyaannya.

"Seriously?Hmmm..Kau memang tak ada apa-apa tanda ke?"

'Tengku Syamil ni tak ada tajuk lain ke untuk dibualkan ke?'Aku tidak gemar dia menyentuh soal anak.Sungguh aku tidak bersedia untuk bincangkan apatah lagi untuk memiliki anak dengannya.

"Tanda apa,awak?"Aku pura-pura tidak tahu.

"Tanda kau mengandung."

"Dalam jangka masa tujuh bulan ni tak ada."

"Hmmm...Tapi kita dah banyak kali berhubungan masih tak lekat."Tengku Syamil jelas kecewa pada riaknya.Apakah dia bersungguh-sungguh inginkan anak daripada aku?Selama tujuh bulan aku bersamanya,memang aku tidak pernah ada tanda-tanda hamil malahan haid aku berjalan dengan lancar setiap bulan.Ini melegakan aku.

"Syamil,anak tu rezeki.Ada orang dah kahwin 10 tahun pun,kalau bukan rezeki tak ada juga.Dah tak ada,kita nak buat macam mana."

"Hmm..Ya,mungkin belum tiba masanya lagi.Tak apalah,tak ada rezeki lagi."

"Errrr...Andai kata saya memang tak boleh mengandung,adakah awak akan lepaskan saya nanti?"Aku menyoal dengan teragak-agak.

Tengku Syamil mengerling kepadaku."No komen."

****
"Pak cik tak apa-apa?"tanya Tengku Amir dengan cemas kepada Saifuddin.Dia terus menghentikan keretanya apabila Saifuddin terbabas ke bahu jalan kerana mengelak sebuah kereta yang dipandu laju.

"Tak ada apa,nak?"

Tengku Amir melihat bahagian lengan dan siku Saifuddin yang luka dan calar ringan.Dia memapah Saifuddin berdiri."Saya bawa pak cik ke klinik."

"Tak mengapa.Pak cik tak ada apa-apa.Calar sikit saja ni."Saifuddin menolak.

"Pak cik jangan menolak.Saya tetap akan bawa pak cik ke klinik.Motor ni tinggal di sini dulu,nanti saya minta tolong kawan saya hantarkan."Tengku Amir memimpin Saifuddin masuk ke dalam kereta.Barang-barang berharga milik Saifuddin diambil dan dibawa sekali.

Setelah mendapatkan rawatan,Tengku Amir menghantar Saifuddin balik ke rumah.Mata Tengku Amir memerhati ruangan rumah itu.Tidak terlalu besar dan mempunyai ruang yang agak sempit tetapi sangat kemas dan bersih.

"Itu anak pak cik kan?"tanya Tengku Amir sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah foto-foto Ammara yang digantung.

"Ya.Anak tunggal pak cik tapi dia tak tinggal di sini sebab dia dah kahwin."

"Isteri pak cik?"

"Kami dah lama berpisah.Sekarang pak cik tinggal sorang-soranglah.Anak dan menantu pak cik selalu sangat datang jenguk pak cik,jadi tak adalah sunyi sangat."Saifuddin bercerita.Dia menyenangi budi pekerti Tengku Amir yang tidak kekok berbual dengan orang yang lebih tua persis Tengku Syamil.

"Menantu pak cik Tengku Syamil kan?"tanya Tengku Amir sambil meneguk air kosong.

"Macam mana Amir tahu?"Saifuddin berasa hairan.

"Tengku Syamil tu abang sepupu saya dan Ammara tu kira pangkat kakak ipar sayalah."

"Subhanallah.Kecilnya dunia ini.Patutlah pak cik rasa dekat dengan Amir,bukan orang jauh rupanya."Saifuddin senyum dengan memandang Tengku Amir yang duduk di sofa hadapannya.

"Ya,tersangat dekat,pak cik."

"Hmmm...Terima kasih sebab tolong pak cik tadi.Malu pula pak cik dengan Amir.Dah la tolong hantar pak cik ke klinik,siap bayarkan lagi.Tak taulah macam mana pak cik nak balas budi Amir."Saifuddin berasa bersalah dengan Tengku Amir.Tadi di klinik,Tengku Amir beria-ria mahu bayarkan rawatan untuknya.

Tengku Amir tersenyum dengan mata yang sedikit berair."Pak cik tak perlu balas apa-apa.Anggaplah saya anak lelaki pak cik yang tunaikan tanggungjawabnya kepada pak cik.Saya tak ada papa,jadi beginilah caranya saya bantu orang lain supaya saya dapat bayangkan saya selesaikan tanggungjawab terhadap papa saya.Cukup buat saya gembira,"kata Tengku Amir dengan sayu.

"Maafkan,pak cik kalau pak cik buat Amir sedih teringatkan papa Amir.Mesti papa Amir bangga dengan Amir yang suka tolong orang tanpa mengharapkan balasan.Sebagai anak jangan lupa doakan untuk kedua ibu bapa kamu."

"Dalam doa Amir tak pernah saya lupakan mereka.Hmm...Maaflah pak cik,teremosi pula.Saya tak boleh tengok orang tua dalam kesusahan,saya terbayangkan papa dan mama saya pula yang susah."

"Bagusnya kamu.Kalaulah pak cik ada anak perempuan sorang lagi,pak cik calonkan Amir jadi menantu pak cik."

Tengku Amir ketawa."Mana boleh pak cik."

"Kenapa pula tak boleh?"

"Sebab pak cik ada sorang je anak perempuan,itu pun kak long.Abang Syamil dah cop awal-awal."

Mereka ketawa terkekek-kekek.Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka sehingga tidak sedar waktu berlalu.

****
"Kenapa abah tak cakap apa-apa pada Rara yang abah accicent.Risau Rara.Nasib baik Amir yang bagitau tadi."Aku meluru masuk ke dalam rumah abah dengan bebelan yang tidak henti-henti.Bagai gugur jantung aku apabila Tengku Amir menelefonku tadi memberitahu abah mengalami kemalangan.

"Rara,tenanglah sikit.Biarlah abah cerita dulu,"kata Tengku Syamil yang tiba bersamaku tadi.Abah duduk menyandar pada sofa.Tengku Syamil di sebelahnya memicit-micit bahu abah.

Aku lantas duduk di atas lantai dan melabuhkan kepalaku pada riba abah."Macam mana Rara nak tenang?Rara risau.Rara ada sorang ni je abah.Kalau jadi apa-apa kepada abah,Rara macam mana?"Aku mula sebak.

Abah mengusap rambutku."Abah tak ada apa-apa ni,Rara.Luka sikit ni saja.Dah la,jangan nangis-nangis,malu dengan Syamil ni tengok."

'Aaahh...Biarlah dia tengok pun.Bukan dia tak pernah tengok aku menangis malahan dia yang buat aku menangis.'

"Tak nak.Rara nak peluk abah.Sayang abah."Aku merengek manja di ribaan abah.Pedulikanlah Tengku Syamil mahu cakap aku manja atau mengada-ngada pun.Aku tidak kisah asalkan dapat bermanja dengan abah yang aku sayang.

Abah menggeleng-gelengkan kepalanya."Abah percaya dengan Syamil mesti lagi manja budak ni.Maaflah,abah termanjakan Rara dari kecil,dah kahwin ni terpaksa berdepan dengan perangai ngada-ngada dia."Abah sudah mula mahu mengenakan aku.Apabila bertemu dua orang ini,tidak habis-habis mengata dan mengenakan aku sesama sendiri.

Aku mengangkat kepalaku memandang sekilas lalu kepada Tengku Syamil."Syamil ni garang macam singa,abah.Mana boleh manja-manja macam ni dengan dia.Asyik nak marah saja."

Aku pandang Tengku Syamil mengecilkan matanya memandangku di sebelah abah.Aku hanya senyum mengejek."Siapa lebih singa?Saya atau awak?"Tengku Syamil menyoal balik.

"Sudahlah.Kamu berdua dah makan?"tanya abah.

"Belum lagi,abah.Kat office tadi tak sempat nak makan.Ada orang tu buli Rara bagi kerja banyak-banyak sampai nak makan pun lupa.Sebab tu anak abah ni sekeping je,tak cukup zat."

"Dahlah tu,Rara.Jangan nak kenakan suami kamu.Jom makan,abah dah masak ikan keli belado,"ajak abah.Dia sudah masak dengan sikap suka memerli aku dan Tengku Syamil.Aku dan Tengku Syamil mengikut langkah ayah ke dapur.

****
"Abang tak apa-apa?Semalam Amir beritahu Zana yang abang accident,"tanya Tengku Zanariah.Balutan luka pada lengan Saifuddin menggusarkan hati Tengku Zanariah.Semalam dia sangat terkejut mendengar berita kecelakaan menimpa Saifuddin.

Saifuddin tersenyum kepada Tengku Zanariah."Saya tak ada apa-apa Tengku.Esok lusa keringlah luka dan calar saya ni."

"Risau Zana dibuatnya.Nasib baiklah ada Amir."Tengku Zanariah berasa lega melihat dengan mata kepalanya sendiri Saifuddin tidak mengalami kecederaan yang parah.

Saifuddin senyum nipis lalu air kopi panas diteguk.Keprihatinan Tengku Zanariah menyenangkan hatinya.Dia akui sebenarnya dalam diam dia menyukai wanita itu.Ketekunan dan kesungguhan Tengku Zanariah cuba mengingatkan kembali masa silamnya mencuri hatinya.Walaupun dia cuba menafikan tetapi dia tidak dapat menipu dirinya sendiri.

"Abang senyum apa?Abang ada teringat sesuatu ke?"

"Errr...Saya teringatkan Ammara."Saifuddin berbohong sedangkan hatinya mengagumi Tengku Zanariah.

Helaan nafas Tengku Zanariah dihembus keluar."Zana tengok Syamil bahagia dengan Sofia.Zana tumpang gembira melihat mereka happy dan saling menyayangi."

"Tulah.Syamil sekarang dah pandai mengaji.Lapang dada saya lepaskan Ammara kepada Syamil."

"Zana kasihan dengan Syamil.Di usia yang muda dia kehilangan ibu dengan ayahnya sekali.Ayahanda dia pula jadikan dia macam musuh sehingga hidup dia terumbang-ambing.Berpecah-belah keluarga dia kerana orang ketiga."Tengku Zanariah menyesali nasib malang menimpa anak saudaranya itu.Tengku Syamil ketika kecil sangat manja dengan ibunya dan ceria sehinggalah ayahandanya membuat onar bermain kayu tiga dengan setiausahanya sendiri,dia berubah sikap.

"Hmmm...Sekarang,dia gembira dengan Ammara.Harap budak nakal tu dapatlah mengisi kekosongan hati Syamil."

"Zana pun harap begitu."

****
Aku terhendap-hendap di sebalik pokok hiasan hadapan masuk restoran Hotel Marina.Dari tadi aku mengintai dua orang tetamu di hotel itu yang aku cukup kenali.Abah dan Tengku Zanariah?Apa yang mereka bualkan?Teringin sekali hatiku ingin mendengar bual bicara mereka berdua.

"Eh,kak long!"Suara Tengku Amir menyapaku di pintu masuk itu.Aku menggosok-gosok dadaku kerana terkejut dengan sapaan itu.

"Maaflah kalau Amir buat kak long terkejut.Kak long buat apa di sini?Mana Abang Syamil?"Panjang tengkuk Tengku Amir mencari Tengku Syamil.

"Hmmm...Errr...Kak long datang sorang.Ada urusan dengan Encik Haikal di sini,"kata serba tidak kena.Aku ke mari menghantar dokumen untuk ditandatangan segera kerana Tengku Syamil ada urusan lain yang lebih penting.Selesai berurusan dengan Encik Haikal,aku ternampak abah dan Tengku Zanariah berbual di meja hujung.Aku pun mengambil keputusan berselindung di sebalik pohon itu untuk memerhati gelagat mereka berdua.

"Kak long dah makan?Kalau belum jom temankan Amir makan."

"Aaaa...Boleh-boleh.Jomlah."Aku menerima ajakan Amir.Mataku masih tertumpu kepada abah nun di sana.Mereka cukup rapat gayanya.'Sejak bila abah berhubung dengan Tengku Zanariah?Kenapa mereka berjumpa di sin?"

Aku berjalan di sebelah Tengku Amir yang lebih tinggi dariku dengan menundukkan memalingkan mukaku ke arah lain supaya mereka tidak perasan aku berada di situ.

Tidak jauh dari tempat duduk mereka aku teruskan perhatianku.'Tak mungkin mereka ingin bersama kembali.Aaahh..aku takkan benarkan abah kembali bersama Tengku Zana.'

"Kak long nak makan apa?"

"Amir makanlah.Kak long temankan.Kak long dah makan dengan Encik Haikal tadi."Aku senyum kepadanya.Dia tidak tahu agenda aku menemaninya makan.Tengku Amir bingkas bangun mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet.Abah dan Tengku Zana masih dalam pemerhatianku.Aku tidak senang hati melihatnya.Aku rasakan abah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanku.Aku tersangat yakin yang abah dan Tengku Zana sering bertemu setelah sekian lama.

Tengku Amir kembali membawa hidangan yang dipilih."Hmmm...So,macam mana dengan kes kat JB tu,kak long?"tanya Tengku Amir sambil menikmati makanan.

Aku mengangkat bahuku."Esok kami ke JB.Tak taulah apa keputusan Abang Syamil nanti."

"Biar Abang Syamil ajar dia cukup-cukup.Manusia tak kenang dek untung."Tengku Amir membebel.Tidak hairanlah dia mengetahui masalah pengurusan hotel di Johor Bharu,mungkin semuanya diceritakan oleh Tengku Syamil.

"Kak long tak boleh nak komen tentang ni."

"Hmm..Amir bukan apa,Amir kasihankan Abang Syamil.Memang tak patut dia tipu Abang Syamil hidup-hidup.Dia ingat Abang Syamil tak tau siapa dia sebenarnya.Abang Syamil dah lama perhatikan Raimi tu."Tengku Amir berceloteh tetapi aku tidak dengar apa yang dicakapkan.

Aku menjenguk-jengukkan kepalaku memandang meja belakang Tengku Amir.Aku tidak begitu fokus dengan hal yang diutarakan oleh Tengku Amir.

"Kak long,are you okay?"Tengku Amir memetik jarinya di hadapan mukaku.

"Haaa...Errr...Okay-okay.Kita cakap tentang apa tadi?"Aku menyoal semula.Melihat kelakuanku yang agak aneh,Tengku Amir menoleh ke belakang.

"Itu Bonda Zana dan yang lelaki tu abah kak long kan?"tanya Tengku Amir.

Aku berdehem lalu mengiakan pertanyaan Tengku Amir.

"Hmmm...Nampak gayanya mereka agak rapat.Macam ada sesuatu antara mereka.Manalah tau berjodohan,kita juga yang untung."Kata-kata Tengku Amir ini sungguh memedihkan hatiku.

Aku mengerling ke arahnya dengan reaksi bengis."Jangan harap.Saya tak akan benarkan ianya terjadi."Aku membantah.Sesungguhya tiada ruang untuk wanita itu di hatiku sebaliknya aku membenci dia.

"Come on,kak long.Apa salahnya mereka berdua?Dua-dua single.Okay apa?"Tengku Amir yang tidak tahu hujung pangkal itu menyokong perhubungan mereka.'Aaaah...Aku tak benarkan ianya terjadi.'

"Kalau perempuan lain,kak long tak ada masalah tapi bukan dengan Tengku Zana,"kataku dengan tegas.

"But why?"

Persoalan Tengku Amir aku jawab dengan kerlingan saja.Aku mencapai beg tanganku lalu beredar dari situ.Jelas Tengku Amir terpinga-pinga dengan tindakan aku.

****
Aku mendekati abah dan Tengku Zanariah di kawasan parkir kereta.Dari tadi aku menanti untuk bertanya hal yang sebenar kepada mereka berdua.Hubungan mereka yang mesra buat hatiku gundah gulana.Mereka menuju ke kereta Tengku Zanariah dan itu bererti mereka datang sekali dengan kenderaan yang sama.

"Abah."Aku memanggil.Dengan wajah yang agak terperanjat,abah menoleh kepadaku yang berdiri tegak betul-betul di hadapan mereka.

"Rara buat apa kat sini?"tanya apa mengawal getaran suaranya.

"Abah tanya Rara buat apa kat sini?Abah tu buat apa di sini dengan Tengku Zana?Ada apa-apa yang Rara tak tau ke?"Aku menyilangkan sikuku.Memang aku marahkan abah.

"Sofia,tak ada apa-apa pun.Mama dengan abah hanya sembang-sembang kosong."

Mata kecilku memandang abah.Aku tidak percayakan ucapan Tengku Zanariah manakala abah berdiam diri.Nada suaraku semakin tinggi,"Sembang pasal apa?Cakap dengan Rara apa hubungan abah dengan Tengku Zana?"Aku tidak puas hati cuba mendapatkan kebenaran.

Kemudian,datang Tengku Amir di kawasan parking menuju ke arah kami.Aku tidak sabar-sabar menanti jawapan yang aku tidak mahu dengar sebenarnya.

"What's going on?Kenapa ni?"tanya Tengku Amir.

"Rara,abah dengan Tengku Zana kawan saja.Kami sembang-sembang hal Rara."Abah memujuknya yang semakin membahang.

"Abah jangan bohong Rara.Begitu punya lama,takkan sembang hal Rara saja.Tak ada apa yang menarik tentang Rara untuk dibualkan.Lagi satu,ramai lagi orang lain kenapa nak kawan dengan Tengku Zana juga?"Aku menepis tangan abah yang menyentuh bahu.Jelingan tajam aku berikan kepada Tengku Zanariah yang menunduk diam.

"Kak long,apa masalahnya ni?Bukan isu besar pun Bonda Zana keluar dengan pak cik.Kenapa kak long nak marah-marah pula?Mereka pun ada kehidupan mereka sendiri."Tengku Amir membela mereka tanpa mengetahui hal yang sebenar.

"Amir tak tau apa-apa,lebih baik diam.Rara tak kisah abah nak menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan sekali pun tetapi bukan dia sebab dia tak pantas untuk abah."Aku menayangkan jari telunjuk ke arahnya.

"Bawa mengucap,Rara.Tak baik cakap macam tu pada Tengku Zana.Dia kan ma.."Aku memintas percakapan abah."Rara tak kisah.Walaupun apa pun yang terjadi,Rara takkan terima dia.Abah faham tak?"Aku memberontak.

"Nampak gayanya keadaan semakin panas sekarang.Pak cik dengan bonda balik dulu dulu."Tengku Amir membuka pintu kereta supaya dinaiki okeh Zana.Tengku Zanariah dan abah masuk ke dalam kereta seperti disarankan oleh Tengku Amir.

Setelah pacuan empat roda hak Tengku Zanariah hilang dari pandangan mata.Aku berpeluk tubuh bermasam muka di situ.'Pandai-pandai saja Amir suruh abah dan Tengku Zana balik dulu tanpa bertanya aku.'Lantas,aku mengorak langkah pergi dari situ.

"Kak long.Amir minta maaf sebab dah buat kak long marah."

Aku tidak endahkan kata maaf daripada Tengku Amir,kemudian berlalu dari situ menuju ke keretaku.Tengku Amir mengejarku lalu menahan aku daripada masuk ke dalam kereta.

"Jangan ikut kak long.Kak long nak balik."Aku melarang langkah Tengku Amir menapak ke hadapan.

"Amir tak faham kenapa kak long nak marah-marah?Normallah lelaki dan perempuan berkawan dan keluar bersama.Samalah macam Abang Syamil dengan kak long."Tengku Amir terus-terusan menyoalku.

"Tak normal sebab abah kak long keluar dengan Tengku Zana."

"Tapi kenapa?Kenapa kak long tak sukakan Bonda Zana?Apa salah bonda pada kak long?"Tengku Amir mendesak aku.Aku malas melayan dan aku enggan dia tahu identiti aku sebenarnya.Aku bahagia menjadi Nur Ammara daripada Tengku Sofia Ammara.

Aku tolak Tengku Amir ke tepi lalu membuka pintu kereta.Aku bengang.Sebelum aku masuk ke dalam kereta aku sempat berbicara dengan Tengkun Amir,"It's not your business.So,jangan masuk campur hal orang lain.One more thing,kak long tak nak hal ni sampai ke telinga Abang Syamil."Aku masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Tengku Amir di parkir itu.

****
Di dalam bilik pengurus yang dingin itu hanya ada aku bertiga saja.Dokumen-dokumen sah yang aku sediakan diperiksa oleh Tengku Syamil satu persatu di Cik Safura.Akauntan Raimi itu menunduk saja saat Tengku Syamil serius mengeluarkan dokumen yang dipalsukan olehnya.

Aku dapatkan rasakan kemarahan Tengku Syamil kepada pembelot itu namun dia tahan agar tidak meletus.Aku melihat dia menggenggam penumbuknya dengan erat.Jelingan tajamnya sangat liar seperti harimau ingin menerkam mangsanya.

"Dah lama kau berdua buat kerja macam ni?Pembelot."Keras suara Tengku Syamil membentak diiringi tamparan meja yang kuat mengejutkan aku dan Cik Safura yang berada di situ.

"Maafkan saya,Tengku.Encik Raimi yang minta saya bersubahat memalsukan segala semua akaun pendapatan tu,"pantas Cik Safura menjawab untuk menyelamatkan dirinya.Cik Safura merupakan akuantan di situ didapati turut bersekongkol menipu duit syarikat memalsukan laporan pendapatan bulanan.

"Kenapa awak bersubahat sama?Berapa persen yang awak dapat hasil memalsukan laporan."

Cik Safura menggeleng.Tengku Syamil masih tidak puas hati memandang Cik Safura.Walaupun kulit Tengku Syamil tidak begitu cerah tetapi jelas kemerahan wajahnya menahan marah."Habis tu?Awak buat kerja haram ni secara percuma saja?Sia-sia."Tengku Syamil menyindir Cik Safura.

"Dia ugut saya,Tengku.Saya tak boleh buat apa-apa selain mengikut kehendak dia."Terketar-ketar suara Cik Safura.Bibirnya yang tidak dioles lipstick menjadi pucat.Dia menggenggam tangannya di bawah meja.

"Ugut apa?Nak bunuh awak?"Bertubi-tubi dia menyoal Cik Safura yang tergagap-gagap untuk menjawab.Tugasku merekod audio perbualan tersebut sebagai bahan bukti tanpa diketahui oleh Cik Safura.

Cik Safura diam dan tumpuannya akan terganggu.Dia memandang ke kiri dan kanan sambil menggigit kukunya.Sangat mencurigakan perlakuan dia.Jelas terpancar kegelisahan pada riaknya.

"Answer me!!!Dia ugut apa?"tengking Tengku Syamil kepada Cik Safura.Aku pula kecut perut mendengarkan itu.Kemarahan Tengku Syamil semakin memuncak dengan kebisuan Cik Safura.

Cik Safura mengigil ketakutan.Dia mula teresak-esak.Kasihan aku melihat dia dimarah oleh Tengku Syamil tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa.Silap hari bulan aku yang kena dengan dia.

"Diaaaa....nak..nak..."Cik Safura benar-benar dalam kesempitan.Suaranya tersekat-sekat di kerongkong untuk meluahkan kata.Darah merah yang mengalir mungkin sudah bertukar warna apabila muka dan tangannya menjadi pucat.

Tengku Syamil bingkas bangun dari tempat duduknya mendekati Cik Safura."Kalau awak tak nak cakap tak apa.Jail is waiting for you.Kau meringkuk dalam penjara.So,I give you one more chance to tell the truth.I will consider your cooperation."

"Dia nak...sebar video seks kami dalam internet."Cik Safura semakin esak.Air matanya berjuraian bak arus sungai yang mengalir dengan deras.

Aku dan Tengku Syamil saling berpanjangan.Raimi mempergunakan Cik Safura demi kepentingan dirinya.'Aaahhh....Lelaki itu memang gila seks.'Dia pernah cuba menganggu aku semasa aku mengikuti Tengku Syamil membuat lawatan kerja di sini dulu.Pandangan matanya sangat menjijikkan.

"Apa hubungan awak dengan dia?Kekasih?"soal Tengku Syamil.

"Dia bukan kekasih saya."Cik Safura menafikan pertanyaan Tengku Syamil.

"Jadi,kamu berdua sekadar teman bermain?"

Cik Safura memandang Tengku Syamil.Sakit hati dia dituduh semurah itu."Saya bukan macam tu.Saya terpaksa.Dia perangkap saya,Tengku."

Cik Safura menyambung,"dia masukkan pil khayal dalam minuman saya dan mengambil kesempatan ke atas saya.Sejak itu,dia menggunakan saya untuk menipu dan memuaskan nafsu.Andainya saya tak mengikut kehendaknya,video-video saya akan disebarkan.Saya tak ada pilihan,Tengku.Maruah saya dipijak-pijak."

Aku cepat-cepat berada di sisinya.Tubuh Cik Safura aku dakap menenangkan dia.Sebagai seorang perempuan,aku cukup faham dengan apa yang dia alami.Dia tidak dapat lari daripada cengkaman manusia bertopengkan syaitan.Dia tersepit antara mempertahankan harga diri atau mengingkar arahan si pemangsa.

Suara Tengku Syamil diperlahankan.Tidak lagi marah-marah,mungkin dia turut bersimpati terhadap nasib Cik Safura."Awak tau di mana dia sekarang?"

"Demi Allah saya tak tau.Dia menghilang sejak dia tahu rahsianya terbongkar."

"Macam mana saya nak tau,awak tak berbohong?"Tengku Syamil ragu-ragu.

"Sumpah demi Allah saya tak tau.Percayalah.Tengku boleh dakwa dan humban saya ke dalam penjara jika saya benar-benar bersalah.Saya juga mangsa,"kata Cik Safura.

****
'Rara,jangan marah abah.Nanti Rara balik,abah jelaskan.'Aku baca setiap perkataan yang dikirim melalui Whatsapp abah.Aku tidak langsung menghubungi abah selepas kejadian semalam.Panggilan dan mesej yang abah sampaikan,aku tidak endahkan.Aku terlalu kecewa abah bertemu dengan wanita yang aku benci tanpa pengetahuan aku.

Serabut kepala otak aku.Masalah abah dan Tengku Zana serta terpaksa hadap emosi terganggu Tengku Syamil pula.Tengku Syamil mencampakkan telefonnya di atas meja.Dia menghempaskan badannya pada sofa.Dada bidangnya turun naik mengawal emosi barannya yang tidak menentu.

Aku menghulurkan secawan air mineral kepadanya."Minum air ni dulu.Bagi sejuk sikit hati tu."

"Hmm..."Dari tadi dia tidak banyak bercakap.Masalah kehilangan Raimi membelenggu fikiran Tengku Syamil.

Aku tidak mahu mengganggu Tengku Syamil.'Mood swing.'Aku bangun tetapi tanganku sempat dicapai oleh dia.Aku terduduk di atas ribanya.

"Rara,kau saja boleh buat aku lupakan masalah aku."Tubuh lampaiku didakap kemas.

"Apa saja yang saya dapat lakukan?"

"Layan aku,"pinta Tengku Syamil.

"Syamil,dalam keadaan macam ni,baik awak rehat tenangkan fikiran dulu."Aku menolak baik.Dia tidak mendengarkan kataku.Dia mendukung aku lalu bawa aku ke atas katil.Dia menindih aku dari atas.Tangannya mengalihkan urat-urat rambutku yang menutupi wajahku.

"This is the way how to release tension.I will feel better."

Aku hanya senyum.Mustahil untuk aku menolak kehendak membaranya.

****
Aku membuka kelopak mataku mencari Tengku Syamil di sebelah tetapi tiada.Badanku hanya ditutupi dengan selimut tebal hingga ke paras dada.Aku tidak berniat untuk mencari Tengku Syamil lalu aku sambung bermalas-malas di atas tilam empuk itu.Tubuhku masih terasa penat.

Kedengaran Tengku Syamil membuka pintu.Tengku Syamil meluru masuk ke ruangan bilik dengan muka yang sangat baran.Dia berdiri di hadapan aku dan membaling sepapan pil ke arah aku.Aku yang berbaring terus bingkas bangun.Selimut kutarik ke paras dada menutupi bahagian yang terdedah.Aku tergumam memandang pil itu dengan perasaan yang tidak enak.Mulutku terkunci rapat,tidak dapat berkata-kata.

"Siapa punya?"tanya Tengku Syamil membengis.

Terketar-ketar bibirku."Saayaa..."Hatiku mula dilambung ombak.Gementar dengan penemuan Tengku Syamil itu.

"Apa semua ni,Ammara?"tanya Tengku Syamil dengan suara yang tinggi.Dadanya berombak laju.

"Kenapa kau ambil benda ni dan sejak bila?"Tengku Syamil menyoalku dengan kasar.Dia naik ke atas katil dan mencengkam erat lenganku.Aku ketakutan dengan amukan dia.Aku rasa mahu menyembunyikan diriku di bawah katil saat ini.

"Sayaa..."Aku tidak dapat menjawab dengan lancar.Peti suaraku seolah-olah tersekat untuk mengeluarkan kata-kata.Lidahku pula kelu.Dalam sekelip mata rahsia aku terbongkar.

"Kenapa tak boleh jawab?Aku jumpa benda dalam handbag kau.Apa motif kau makan benda ni?"Mata Tengku Syamil semakin meliar dan garang.Suara tidak perlu katalah.Aku tetap diam kerana tiada jawapan yang selamat untuk aku.Letusan kemarahan Tengku Syamil buat aku kecut perut.

"Nur Ammara,sekali lagi aku tanya kau.Kenapa kau makan pil perancang ni?Dah berapa lama kau ambil tanpa pengetahuan aku."Tengku Syamil mengetap giginya mengawal kelantangan suara tetapi cukup geram dengan aku.

Entah dari mana keberanian yang aku dapat,akhirnya aku bersuara."Awak boleh fikir kenapa saya ambil pil ni,tak perlu tanya saya lagi."

Tengku Syamil menolak tubuhku ke belakang."Sebab tu kau tak mengandung sampai sekarang.Beritahu aku kenapa?"Tengku Syamil tak puas hati.

"Sebab saya tak nak mengandung.Saya tak nak ada anak dengan awak."Aku menjawab.Ya,dari awal perkahwinan aku telah mengambil pil perancang tersebut supaya aku tidak hamil.Aku enggan hamilkan anak Tengku Syamil.

Mendengar pengakuan aku itu,marah Tengku Syamil makin menggila."Bodoh!!!Kau memang suka cabar kesabaran aku dengan buat kerja-kerja bodoh macam ni."Tubuh aku digoncang kuat.Aku diam dengan air mata mengalir.

"Saya buat macam ni supaya awak lepaskan saya."

Kedua-dua bahuku dipegang kuat."Damn shitt!!Kau ingat aku akan lepaskan kau sewenang-wenangnya ke?Jangan mimpilah,Ammara.Kau boleh mengandung atau tidak,aku tak akan sesekali ceraikan kau."Wajahnya yang bengis dirapatkan dengan aku.Matanya dicerlung kepadaku.Walau apapun yang aku cuba lakukan,aku tetap tidak dapat melepaskan diri daripada Tengku Syamil.

Pipi aku pula dijadikan sasaran.Dipegangnya dengan kuat."Hentikan pengambilan pil perancang atau sebarang bentuk merancang yang lain.Sekali lagi aku dapat tau kau ambil perancang,nahas kau aku kerjakan."Tengku Syamil memberi amaran keras kepadaku.Aku pasrah.

"Saya tak dapat lihat apa pengakhiran hubungan kita,Syamil.Apa guna kita ada anak?"

"Kau tak nak anak tu,biar aku yang jaga.Tugas kau mengandung dan lahirkan saja.Kau faham tak?"

"Kan lebih bagus awak ambil anak angkat atau awak cari mana-mana perempuan yang sanggup.Saya tak sanggup."Aku menyatakan ketidaksudian aku dengan titisan air mata.Aku tidak berimpian untuk ada zuriat dengan lelaki ini.

"Tak guna aku habiskan ratusan ribu ringgit kahwin dengan kau jika aku nak ambil anak angkat.Aku tak nak perempuan lain.Hanya kau yang layak jadi ibu anak-anak aku."Tengku Syamil tetap berkeras.Aku hanya mampu menitiskan air mata.Jiwa aku berkecamuk.Tiada satu pun aku dapat membantah kehendaknya.

"Kau dengar sini,kau jangan berani-berani menguji kesabaran aku lagi.Tiada istilah escape untuk diri kau.Kalau kau berani cuba lari daripada aku,aku akan pastikan hidup kau tak akan tenteram dan kau akan merana selamanya."Dengan nada marah,Tengku Syamil membentakku.Aku sungguh lemah.Tersangat lemah.Tubuhku kaku,hatiku membeku,jiwaku celaru.

Tengku Syamil memakai tshirtnya lalu keluar.Pintu 'suite' kami dihentak sekuat hatinya.Aku tidak tahu ke mana arah tujuanya dan aku tidak mahu tahu.Aku sangat terluka.Aku kembali berbaring dengan sedu-sedan tangisanku memikirkan nasib hidupku.

TS mengamuk lagi...Ammara pun satu..Hehe

Share this novel

Roz Zana
2021-05-01 12:31:04 

tengku ego sgt. bgtau ja yg tengku cintakan ammara semuanya akan settle.


NovelPlus Premium

The best ads free experience