Bab 2 : Vietnam

Romance Series 697932

"Nanti jangan nakal-nakal tau.Bos Love tu handsome."Adri berpesan kepadaku.Aku senyum saja.Sayang juga dia kepadaku.Adri sangat memahami kerjayaku.Mungkin dia juga sudah biasa dengan situasi kerja luar yang terpaksa membawa setiausahanya bersama.

Jus tembikai aku sedut.Lega tekakku.Cuaca panas buat aku kering tekak."Don't worry,Bie.You always in my heart."Aku memberi 'mini love' kepada Adri.Dia menyambut dan menyimpan 'mini love' itu ke dalam hati.So sweet.

Terasa bahagia ketika bersama Adri.Segala penat lelah kerja aku hilang serta-merta.Betapa aku merindui lelaki itu.Dua bulan aku tidak bertemu dengannya.Berhubung juga kurang kerana Adri sedang sibuk dengan perumahan baru.Kebetulan,kami dapat melepaskan rindu kerana Adri ada urusan di KL.Memang jodoh kami agaknya.

"Love,I have something for you."Adri menyeluk sesuatu di dalam saku seluarnya.Dia menolak kotak kecil dibaluti kain baldu berwarna merah kepadaku.Aku terpana seketika.OMG!!!Aku bermimpikah?Jangan 'prank' aku.

Aku mengambil kotak itu dengan perasaa yang gementar dan tidak sabar.Sebenarnya lebih kepada tidak sabar.Amboi,gatal kau,Ammara!Aku meneliti kotak kecil itu.Was-was juga aku untuk membukanya.

"Apa ini?"Aku berpura-pura tanya.Soalan bodoh apakah yang keluar dari mulut aku?Sudah terang-terang itu kotak cincin.Mestilah cincin kan?Kenapa aku rasa gementar yang lain macam?Bukan pertama kali Adri memberi hadiah kepadaku.

Kotak itu kubuka perlahan-lahan.Ternyata itu bukan 'prank'.Ini realiti.Aku terharu dan terlalu gembira.Sebentuk cincin emas putih dihiasi tiga butir berlian kecil terletak indah di dalam kotak itu.Adri mengambil kotak itu daripada tangannya.Dia mengeluarkan isinya lalu disarungkan ke jari manisku.

"Love tau tak,apa maknanya ni?"Adri malu-malu.Aku menggeleng tetapi malu-malu kucing.Aku mahu mendengar sendiri daripada mulutnya.

Tangangku masih dipegang.Dia mengucup tanganku lembut."Will you marry me?Be my wife?"

Ternganga aku dibuatnya.Aku rasa berada di awang-awangan.Antara mimpi dan realiti.Adakah benar Adri melamarku menjadi isterinya?Impianku setelah hampir tujuh tahu membina hubungan cinta dengannya,akhirnya menjadi kenyataan.Air mata kegembiraan mula bertakung.Sungguh terharu.Penantian yang tidak sia-sia.

"Kenapa Love diam?Please don't say no to me."Mata Adri menatap aku dengan penuh harapan.Gila aku cakap 'tak nak'.Lama aku tunggu saat-saat ini.

"Yes.I will be your wife."Aku menerima.Cincin di jariku pandang.

"Serious?Tapi Love tak nampak happy pun."

Aku menyentuh wajahku.Aku gembiralah,Adri.Tersangat sampai aku tak mampu nak ucap.Ikutkan miang aku,mahu saja aku melompat riang dan berlari-lari riang di sini.Aduhai,Ammara!Nasiblah kau di restoran.

"Love happy sangat,Bie.Perempuan mana yang tak gembira dilamar oleh kekasih hati.Kalaulah Love boleh naik atas meja ni,Love naik lompat-lompat kat sini.Thanks,Bie."

"Bie minta maaf sebab lamar macam ni.Terlalu simple.Tak romantik macam drama Korea."

Aku memandang dia dengan rasa terharu."Ini dah cukup romantik bagi Love.Love tersangat gembira ni.Macam tak percaya Love dipilih menjadi teman hidup Bie."

"Love yang selayaknya.Love kan tahu yang Bie sayangkan Love.Sebaik saja Love balik dari Vietnam nanti,Bie akan hantar family Bie untuk merisik Love.Bie dah tak nak tunggu lama-lama."Adri tidak sabar.Buah hati di hadapan gembira bukan kepalang.Lelaki ini buat kau tersenyum lebar.

****
Aku senyum sampai ke telinga apabila teringat Adri melamarku semalam.Sampai Tengku Syamil pun hairan dengan mood aku.Segala arahannya aku buat tanpa membantah.Biasalah hati berbunga-bunga.

Tok!Tok!Tok!Pintu bilikku yang terbuka diketuk oleh abah.Abahku yang berusia 56 tahun berjalan ke arahku yang menyusun pakaian ke dalam bagasi.Abah duduk di hujung katil.

"Semua barang dah cukup?"tanya abah kepadaku.Walaupun sudah dewasa,abah masih bertanya tentang keperluanku.Aku satu-satunya memori abah dengan ibuku.Abah langsung tidak ingat dirinya dahulu selepas dibelasah teruk oleh sekumpulan gangster sehingga koma dan mengalami kecederaan pada otaknya.Ibu pula aku tidak tahu ke mana menghilang.Kata opahku ibu menghilang kerana tidak dapat menerima keadaan abah yang hilang ingatan.

"Hmm..Cukup,abah."

"Rara,di sana nanti jaga diri.Jangan buat perkara bukan-bukan.Rara tidur bilik sendiri kan?"Soalan abah itu buat aku tersenyum.Dua tahun aku bekerja,setiap kali aku bertugas luar,itulah soalan yang abah akan tanya.Tapi aku faham,ayah mana yang tak risaukan anaknya.Pergi dengan bos lelaki dan kacak pula.

"Hissh,abah ni.Ke situ pula.Bos dah booking bilik lain untuk Rara.Rara tidur bilik sendiri."Rara ialah panggilan abah kepadaku.Setelah sedar daripada koma,ayah langsung tidak ingat tentang diriku.Opah yang kenalkan aku.Dia memanggilku Rara kerana mudah diingat katanya.Sehingga kini nama itu melekat pada bibirnya.

"Hmmm...Abah bukan apa,Rara anak dara.Bos pula teruna.Abah cuma risau ada perkara yang tidak baik berlaku.Rara anak abah,masih tanggunjawab abah."

Aku sangat mengerti kerisauan abah.Dia tidak mahu aku terpesong jauh.Itulah perasaan abah setiap kali aku bertugas luar.Siapa yang tak risaukan anak?

Aku menggenggam tangan abah."Abah jangan risau.Rara pandai jaga diri Rara.Rara tak akan buat perkara yang tak senonoh di belakajg abah."Aku memberi jaminan kepada abah supaya dia lega.Aku bukanlah tinggi iman sangat,tapi aku tahu batas-batas pergaulan yang perlu aku jaga.Perkara-perkara yang mungkar aku akan elakkan.Aku tidak akan sesekali menconteng arang ke muka abah yang banyak berkorban membesarkan aku.

Abah senyum mendengar jawapanku."Esok flight pukul berapa?Nak ayah hantar Rara?"

"Pukul 2 petang.Tak apalah.Tengku cakap dia suruh driver dia datang jemput Rara di rumah."

Ini semua Tengku Syamil punya pasal.Dia jumpa aku beberapa hari lepas sebab mahu aku bertugas di luar kawasan bersamanya.Vietnam!!Keputusan diambil tanpa bertanya aku.Dia memberi arahan tanpa kata dua untuk aku memilih.Mahu atau tidak aku kena pergi.Nasib badan dapat bos macam itu.

****
Vietnam

Tiga hari yang sangat memenatkan di Vietnam.Aku melangkah lemah membuntuti langkah Tengku Syamil.Badanku terasa sangat penat.Jadual seminar ASEAN Business sangat padat.Waktu rehat aku pula banyak dihabiskan menyelesaikan kerja bersama Tengku Syamil.Dia bersungguh-sungguh untuk menjadi rakan kongsi gabungan negara ASEAN.Oleh sebab itu,aku bertungkus-lumus membantunya menyediakan slide dan bahan untuk pembentangan.

Tubuhku penat.Otakku letih.Jalanku agak lambat.Aku hanya bayangkan katil empuk saja.Sehingga Tengku Syamil berhenti di hadapanku aku langgar."Mengantuk kau ni memang tak boleh bawa bincang."Tengku Syamil menegurku.Dia menjarakkan aku daripadanya.

Mata kuyuku,aku pisat dengan tangan."Saya penat sangat,Tengku.Semalaman saya tak tidur siapkan pembentangan Tengku.Sekarang ni,saya terlalu rindukan katil.Saya nak tidur puas-puas."

"Cik Ammara,bilik tidur awak di tingkat atas.Sabarlah dulu.Buka mataku.Rebah kat sini,aku suruh staf hotel campak kau kat luar."Tengku Syamil berjalan tinggalkan aku di belakang.

Tinggal?Tak ada rasa simpati langsunglah dia ini.Aku perempuan kot.Suka-suka hati nak campak aku di luar.Ingat aku apa?Anak patung?Tunggulah,nanti kau buntu aku juga yang kau cari.

Aku mengejar langkah Tengku Syamil."Tengku,kita dah habis seminar kan?Maksudnya kita balik esok kan?"Aku teringatkan sesuatu.Sepatutnya kami di sini 5 hari tetapi seminar telah selesai tadi lagi.Esok?

Kami sama-sama masuk ke dalam lif."Nope.Kita tetap balik lusa,"jawab Tengku Syamil.Jarinya menekan punat lif.

"Haaa?Apa?Tunggu sehari lagi?So,esok krik-krik la.Baik balik,Tengku."

"Tiket flight dan hotel aku bayar sampai lusa kan?Aku tak nak rugi.Kalau kau nak balik,kau balik sendiri esok.Kos kau tak tanggung sendiri."Tengku Syamil keluar dari lif.Tengku Syamil mengeluar sekeping kad untuk masuk ke biliknya.Belum sempat dia menggesek kad tersebut,aku menghalangnya.Aku berdiri di hadapannya.

Mata hazel Tengku Syamil yang memukau membalas pandangan aku."Seharian esok saya nak buat apa?"

"Kau cakap tadi mengantuklah,penatlah,letihlah.Kau tidur sajalah.Itu pun aku nak kena ajar ke?"Tengku Syamil mula stres dengan aku.Ada aku kisah?Dia tahu stres dia saja.Habis aku?

Aku masih berdiri di hadapan pintu biliknya.Tanganku depakan."Takkan saya nak tidur dari pagi sampai tengah hari lusa?Lain kali,nk join event check tarikh betul-betul.Kan susah jadi macam ni."Aku membebel.Inilah masalah Tengku Syamil,kurang teliti.

Tengku Syamil mengetap bibirnya.Dia mencekak pinggangnya.Matanya tajam merenungku.Barang kali bengang dengan aku.Aku tak peduli dengan emosinya.Emosi aku lebih terganggu.

"Aku memang dah tau dari awal yang seminar sampai hari ni saja.Aku sengaja lebihkan sehari sebab esok aku nak ronda-ronda Ho Chi Minh ni.So,kau ada masalah?"

Apa?Dia sudah tahu lebih awal tapi tak beritahu aku?Sakit hati aku dengan jawapan bos pentingkan diri macam ini.

Aku menyilangkan tanganku."Tengku nak ronda atau duduk sini sampai tua pun saya tak kisah.Kenapa perlu libatkan saya?Saya ada family yang tunggu tau?"Aku sangat bengang dengannya.

Tengku Syamil menolak aku ke tepi."Kau ni asyik pot pet pot pet.Boleh tak kau diam?Aku bosanlah nak dengar kau membebel.Aku penat tahu tak?Aku nak rehatkan minda sehari je pun.Macamlah aku bawa kau stay sini sampai mati.Lusa aku hantarlah kau balik rumah.Masalah kecil macam ni pun kau nak kecoh."Tengku Syamil pula menggumam.Panjang pula bebelan dia.Aku diam tetapi dalam hati masih geram.Aku tidak berganjak daripada pintunya.

"Ada apa yang kau nak complain lagi?Aku penat ni,nak masuk rehat.Jangan halang aku.Aku dukung kau bawa masuk bilik aku nanti."

Aku muncung sedepa.Aku mengesot sikit-sikit ke tepi memberi laluan kepada Tengku Syamil.Dia pula berlagak biasa.Dia masuk ke dalam bilik dan membiarkan aku yang terasa hati dengannya.Hilang pula mengantuk aku bertekak dengan dia.

Di hadapan pintunya aku melepaskan geram.Aku mengerling dan mengangkat tangan seperti mencekiknya."Selfish.Angkuh.Berlagak.Eeee..."

Tiba-tiba pintu dibuka dan Tengku Syamil berdiri tegak di hadapanku."Tak puas hati cakap depan-depan.Sia-sia kau cakap dengan pintu ni.Bukan dia boleh jawab pun.Atau kau sebenarnya nak teman aku tidur kat sini?Aku sangat mengalu-alukan."Tengku Syamil membuka luas pintu biliknya.Paling aku sakit hati dengan wajahnya.Muka tiada perasaan,tiada senyum.

Aku malas melayan.Aku berpaling dan kembali ke bilikku yang bertentangan dengan bilik Tengku Syamil.

"Ammara!"

Langkahku dihentikan tapi aku tidak menoleh.Menyampah pun ada dengan dia.Lebih baik aku diam daripada aku cekik leher leher dia.

"Dinner malam ini pukul 8.00 malam.Jangan lewat.Aku tak suka menunggu.Kau dah siap,baru panggil aku."Tengku Syamil mengarah aku.

****
Tepat jarum jamku menunjukkan pukul 8.00 malam,aku keluar bilikku.Tengku Syamil tiada di luar lagi.Masih di dalam bilik.Aku menekan loceng di pintu luar biliknya beberapa kali namun dia tidak muncul.

Haaa....Ini yang aku tak gemar.Dia beria suruh aku cepat,dia melenggang kangkung.Aku punyalah siap cepat-cepat,dia tak keluar-keluar lagi.Banyak hal betullah.Jangan buat aku marah.Marah tadi pun belum reda,dia buat hal lagi.

Aku menekan loceng berulang kali.Setelah itu,Tengku Syamil membuka pintunya.Dia ketika itu hanya memakai tuala.Aku terpana.So hot!!Dadanya yang bidang ditambah dengan bulu-bulu nipis,'six pack' pada perutnya mengujakan aku dengan aset yang dimiliki lelaki itu.Bau wangian sabun dan syampu yang dipakai sangat harum.Aku menikmati haruman itu.Ini kali pertama aku melihat Tengku Syamil seseksi ini.Patutlah ramai staf di hotel memujinya termasuklah Si Meo.

Melihat keadaan itu,aku terlupa kegeraman aku kepadanya.Ciptaan Allah yang cukup sempurna pada pandangan mataku buat aku terkesima seketika.Aku paling suka lelaki berambut basah seperti itu.Pada aku ianya sangat seksi.Hmmm...Aku mencair.

"Excuse me,Cik Ammara.Kenapa pandang aku tak berkedip?"

Aku disedarkan dengan soalan Tengku Syamil.Malunya aku membayangkan badannya yang seksi itu.Gatal juga aku.Ahhh...Tidak mengapalah,dia bukan tahu apa yang aku fikirkan.

"Sebab Tengku tak siap lagi.Tadi bukan main suruh saya siap cepat konon.Saya tekan loceng berkali-kali macam ni."Aku menekan loceng berkali-kali lagi.

Bebel-bebel aku pun,mataku masih memandang leher hingga ke paras pinggang lelaki ini.Why you so sexy?Kenapa aku macam ini?Bukan aku tak pernah tengok lelaki bertuala tapi Tengku sangat-sangat panas.

"Aku mandi tadi.Sabarlah.Aku siap sekejap saja,bukan macam kau.Kau tunggu sekejap,aku masuk pakai baju."

"Jangan lambat,saya ada gastrik.Tak boleh makan lambat."

"Banyak songeh sungguh kau ni.Pot pet pot pet tak habis-habis.Tak letih ke mulut kau tu."Tengku Syamil mengerling.Dia terus masuk ke dalam.Aku yang konon-kononnya marah,curi-curi pandang fizikalnya yang mengancam.

Istighfar,Ammara...Adri kau nak buang mana?

****
Aku mengacau-ngacau air dalam gelas dengan straw.Tengku Syamil cukup selera menikmati "Pho Bo Mee Soup" atau dikenali "Beef Noodles Soup" yang memang terkenal di Vietnam.Aku dan Tengku Syamil hanya makan di gerai jalanan biasa yang dijual oleh orang Islam di situ.

"Kau apasal monyok saja?Besar sangat masalah kau?"

Aku mengeluh."Tak ada apa-apalah."Aku malas berkongsi cerita dengannya.Dalam fikiran aku ialah Adri.Asyik sibuk saja.Sesampai saja aku di Vietnam,aku membeli kad sim antarabangsa untuk berhubung dengannya dan abah.Dari tengah hari tadi,Adri tidak membalas Whatsapp yang aku kirimkan.Rindu mula bertapak.Tambahan pula,tidak lama lagi dia bakal menjadi imamku.Bertambah-tambahlah rindu aku.Gatal sungguh seorang Ammara ini.

"Aku nak tanya kau satu soalan boleh?"Tengku Syamil menyoal.

"Apa,Tengku?"Aku membalas.Aku menghirup sup daging itu.Sedap yang amat.Janganlah aku mengandung nanti,mengidam nak makan benda ini.Huru-hara Adri nak cari.Eh,terberangan lagi Ammara ni!

"Kau memang dah lama kenal dengan Adri Watson?"

Ternganga aku mendengar nama Adri menjadi perbualan aku dan Tengku Syamil.Bagaimana dia kenal Adri?Adakah dia mencuri-curi dengar aku berbual dengan Meo tentang Adri?Telinga kuali juga dia ini.

Aku mengira jari walaupun tempoh pengenalan kami memang sudah tersemat dalam benak aku."Tujuh tahun.Sejak kami belajar lagi.Kenapa?Macam mana Tengku tahu tentang Adri?"

"Siapa tak kenal,anak jutawan JB tu?Kaum kerabat aku di sana,mestilah aku kenal dia.Cuma aku baru tahu yang dia couple dengan kau.Suprise bukan?"

"Ya,saya kenal dia tujuh tahun.Kami couple sudah lima tahun."

Tengku Syamil mengangkat keningnya.Gayanya dia tidak berminat mahu tahu cerita selanjut.Aku pula tidak berminat untuk bercerita lebih.Sekadar menjawab soalan yang ditanya.

"Sepanjang kau couple lima tahun,dia tak pernah ajak kau kahwin?"

Aku pula hairan dengan soalan Tengku Syamil.Dia sedar aku pandang pelik kepadanya tetapi dia acah-acah biasa.Lelaki ini kalau buat muka tidak bersalah memang dialah juara.

"Maaflah,Tengku.Saya tidak selesa dan berminat untuk berkongsi hal peribadi saya dengan Tengku.Ada jodoh kami,saya jemputlah Tengku ke majlis saya."

"Hmmmm...Okay.Satu saja aku nak pesan,jangan mudah percaya walaupun dah kenal lama.Perhubungan yang lama belum tentu dapat menjamin kita tidak dikhianati.Be carefull.Siasat latar belakang seseorang sebelum melangkah ke arah yang lebih serius."Selamba Tengku Syamil menasihati aku.

Aku pula?Apa motif dia berkata begitu kepada aku?Mahu buat aku marah?Suka hatilah.

"Lain macam Tengku bercakap.Saya lebih mengenali Adri.Keluarga dia pun saya dah kenal.Saya yakin Adri tak akan khianati saya."Aku mempertahankan Adri.Aku tidak tahu apa maksud yang Tengku Syamil cuba sampaikan tetapi aku lebih percayakan Adri.

"Aku tak cakap tentang Adri.Maksud aku,sesiapa saja yang hadir dalam hidup kau,perlu siasat termasuk aku."

"Tak kuasalah saya nak siasat Tengku.Cukuplah saya tahu yang Tengku bos saya.Hal yang lain saya tak nak ambil tahu."

Tengku Syamil mengangkat kedua-dua bahunya."Terpulanglah.Aku ingatkan saja.By the way,let's talk about tomorrow."

"Kenapa dengan esok?"

"Kau nak terperap saja di bilik esok?Tak mahu ke mana-mana?Beli buah tangan untuk ayah dan Adri kesayangan kau."Tengku Syamil sengaja menekankan nadanya pada nama 'Adri'.Mungkin ingin menyindirku.

"Apa saja yang saya boleh buat di sini?"

"Esok kalau tak ke mana-mana,ikut aku.Kalau nak jalan sorang-sorang,aku tak benarkan?"

Dia guna lagi sikap diktator semulajadinya.Takkan pergerakan aku di sini pun dia mahu mengawalnya.

"Tengku tak boleh halang saya ke mana-mana?Biarlah saya jalan sendiri.Kenapa kena ikut arahan Tengku pula?"Aku soal dengan santun.

"Ini bukan Malaysia.KL tu kau dah tahu selok-beloknya.Di sini terlalu bahaya untuk kau berjalan sorang.Lelaki di sini bukan boleh tengok perempuan cantik.Aku bimbang kau diculiknya."

Bangga sekejap Tengku kata aku perempuan cantik.Susah nak dapat pujian daripada mulut dia.Aku menahan senyumku supaya dia tidak perasan.

"Siapalah nak culik saya?Saya boleh jaga diri sendirilah."

"Sini bukan tempat kita.Macam-macam boleh jadi.Jangan nak cakap besar sangat.Kau tu datang dengan aku,jadi kau tanggungjawab aku.Aku tak nak menjawab kalau kau kena culik atau dirogol beramai-ramai.Silap hari bulan kau mati dibunuh.Apa aku nak jawab?"

Culik?Rogol?Bunuh?Aku menelan air liur mendengar tiga perbuatan keji itu.Menyeramkan.Tengku Syamil mesti mahu takut-takutkan aku.Tapi ada betulnya juga.Aku seorang,bukan aku kenal pun hati budi orang sini.Teringat semasa aku ke tandas tempoh hari,aku dipandang lama oleh dua orang lelaki yang melepak di laluan ke tandas tersebut.Seram.Pilihan yang aku ada ialah Tengku Syamil.Poyo-poyo dia,sekurang-kurangnya aku kenal hati dia.

****
Kain pasang sutera Vietnam warna 'baby blue' yang kupegang menarik hati aku.Cantik jika dijahit menjadi kurung.Aku sangat suka warna lembut dan pastel.

"Kau nak beli ke?"Tengku Syamil berkata perlahan di telingaku.Terlalu rapat.Meremang bulu tengkuk aku dengan hembusan nafas hangatnya.Aku mengurut dadanya yang terperanjat.

"Taklah.Saya tengok-tengok saja dulu.Banyak lagi di depan sana."Aku menunjuk laluan hadapan.Terlalu banyak pilihan di sini dan semuanya cantik-cantik.Rambang mata aku dibuatnya.Jika ikutkan nafsu,aku mahu beli semua tetapi aku tidaklah sekaya Tengku Syamil.

Aku melangkah ke laluan pasar tersebut.Ramai juga pelancong dan ada juga rakyat yang beli borong di situ.Tengku Syamil mengekori aku ke mana aku pergi.Aku tidak selesa.Apa dia tidak bosan mengikutku?Kalau Adri,sah aku ditinggalkan membeli sendiri.

"Kau nak beli ke tak?"tanya Tengku Syamil lagi.Mood dia agak baik hari ini.Ceria dari pagi walaupun tidak senyum.

"Saya kena pilih betul-betul.Nanti menyesal kalau bawa balik nanti tak pakai.Tengku janganlah ikut saya."Aku merungut.Aku mahu pilih kain pun diikutnya.Aku berhajat mencari kain lace bagi majlis perkahwinan aku nanti.Aku tidak mahu mencari dengan Tengku Syamil.Lamaran Adri masih lagi menjadi rahsia antara aku dan dia.

"Beginilah,disebabkan kau dah banyak tolong aku,aku belanja kau.Ambillah dua tiga pasang.Aku bayarkan."

Aku memandangnya seperti tidak percaya.Aku kalah dengan pandangan aku.Pandangan balas dia sangat macho.Memukau sesiapa yang memandangya.Tidak hairanlah ada perempuan berbisik-bisik ketika dia berjalan dengan aku tadi.Aura macho Tengku Syamil tidak syak lagi.Dua tahun aku bekerja dengannya,kenapa hari ini aku baru perasaan dia sebenarnya hot and sexy?

Behave yourself,Ammara.Jangan cakap kau tergoda dengan keseksian Tengku Syamil.Ingat Adri Watson yang menanti kau di Malaysia.

Tengku Syamil menolak kepalaku."Kau ni asyik berkhayal saja.Kau hisap gam ke?"Aku menggosok-gosok kepalaku yang ditolak.Berani dia tolak kepala aku macam itu.Kurang asam!!

"Tengku nak apa?"Aku mula masam.Serabut rasanya membeli-belah dengan dia.

"Kau ni betul-betul mabuk ketumlah,Ammara.Aku suruh kau pilih kain yang kau suka,aku belanja."

Aku menepuk dahinya.Tengku Syamil berjalan seiringan dengan aku."Saya teruja Tengku nak belanja,jadi terlupa.Seriuslah,Tengku nak belanja?Kenapa Tengku jadi baik sangat ni?"Aku menyoal untuk mendapatkan kepastian.Pilih banyak-banyak nanti,dia tak nak bayar,malu aku.

"Muka aku nampak macam bergurau ke?Salah aku nak buat baik kepada orang yang dah tolong aku?Buat baik salah,buat jahat lagilah salah.Tak faham aku dengan kau ni.Aku cuma nak belanja sebagai tanda aku menghargai kau yang dah banyak tolong aku majukan bisnes aku."

Aku tersenyum lebar.Tengku Syamil ini nampak serius tapi ada masa menggelikan hati juga.Terharu pula dengan sikap Tengku Syamil.Terasa diriku sangat dihargai.Tidak sia-sia penat lelah aku selama ini.

Selesai membeli-belah,kami mencari gerai Muslim untuk membasahkan tekak.Agak lenguh kakiku berjalan.Aku menjinjing beberapa beg plastik,hasil tangkapan aku tadi.Kemudian,Tengku Syamil menyambar beg plastik pada tangan aku.

"Kenapa,Tengku?Nak ambil balik?"Aku terkejut dengan situasi itu.

"Biar aku bawa."

"Tapi...."

"Jalan saja.Jangan banyak cakap."Tengku Syamil memberi arahan.Aku tidak melawan.Rajin pula dia mengangkut barang-barang aku sekali.Tapi tidak mengapalah.Dia yang rela mahu bawakan.Jika Adri,aku bawa sendirilah jawablah.

Eh..Kenapa aku nak bandingkan dia dengan Adri pula?Dua orang yang berbeza,buat apa aku mahu meletakkan jangkaan yang tinggi.Sudahlah,Ammara.Hidup ini perlu meraikan perbezaan.

****
Tengku Syamil sendiri menghantar aku pulang ke rumah aku petang itu.Dia turun sama untuk memilih barang-barang aku.Bagasi aku juga diangkatnya keluar daripada bonet kereta.Prihatin walaupun muka bengis.

"Tinggal saja di sini.Saya boleh angkat sendiri."Aku menghalang Tengku Syamil membawa bagasiku.

"Biar aku bawa.Jangan berlagak sangat."

Aku berlagak?Aku cuma tidak mahu susahkan dia.Dia tidak pedulikan aku.Bagasiku diletakkan di hadapan pintu.

"Ammara baru balik."Suara Pak cik Salleh menyapaku di sebelah tembok.Terjojol kepalanya di atas tembok yang membahagikan rumah aku dan dia.

"Ya,pak cik."

"Janganlah panggil pak cik.Panggil Abang Salleh pun dah cukup.Macam tua sangat saja saya ni."

Abang Salleh?Memang tidaklah aku memanggilnya begitu.Tak sedar diri juga orang tua ini.Aku ingat Dato' Johan saja begini.Aku hanya mampu tersenyum hambar saja.

"Ada banyak lagi ke barang?Boleh Abang Salleh tolong angkatkan."

Tengku Syamil pula berhenti di hadapanku.Keningnya diangkat ke atas memandangku."Abang Salleh?"Dia berbisik perlahan kepadaku.

"Tengku diamlah."

Dia berpaling ke arah Pak Cik Salleh."Tak mengapalah Abang Salleh,saya dah angkatkan semua.Terima kasihlah menawarkan diri untuk membantu."Tengku Syamil beramah mesra dengan Pak Cik Salleh.

Berubah air muka Pak Cik Salleh apabila Tengku Syamil juga menggelarnya 'Abang Salleh'.Lucu pula aku rasa.

"Siapa dia ni,Ammara?"

"Bos saya."

"Ooo...Bos rupanya.Patutlah segak.Tak apalah,abang masuk dululah."Pak Cik Salleh mengundurkan diri.

Selesai mengangkat segala barang-barangku,Tengku Syamil terus pulang ke kondominium.Aku menanti abah kembali dari surau sambil membuat panggilan video dengan Adri untuk menyampaikan laporan ketibaanku.

Ammara,takkan tergoda dengan Tengku Syamil.Siap banding-banding pulak tu..Hehehehe.. P/s:Kalau nak tengok watak hot Tengku Syamil boleh follow ig miss.jebat. :-)

Share this novel

Ella Halim
2021-03-01 18:34:56 

teguran Tengku ada makna.Ataupun Adri buat hal belakang Ammara


NovelPlus Premium

The best ads free experience