Jarum jam di atas mejaku kerjaku sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi.Seperti biasa,aku menanti detik ketibaan Tengku Syamil masuk ke dalam pejabatnya.Tangannya ligat menyusun fail-fail yang perlu disemak oleh Tengku Syamil.
Tidak lama kemudian,pintu pejabat dikuak.Aku pasti itu ialah Tengkus Syamil.Gerak langkahnya sungguh bergaya.Dia hanya mengangkat tangan membalas teguran semua stafnya tanpa senyuman yang terukir.Ahhh..Memang sifatnya sejak azali lagi,mungkin ada berlian dalam mulutnya.
Aku segera berdiri menyambut Tengku Syamil dengan mesra.Aku mengukirkan senyuman selebar-lebarnya kepada Tengku Syamil yang berwajah ketat itu."Good morning,Tengku."
Tengku Syamil menyambut sapaanku dengan anggukan dan mengangkat tangannya saja lalu masuk ke dalam biliknya.Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi begini malahan setiap hari aku terpaksa hadap karenah lelaki itu.
Aku duduk kembali apabila Tengku Syamil sudah menghilang.Aku memberi ruang kepadanya untuk menarik nafas lega barulah aku masuk menyampaikan laporan kepadanya.
****
Secangkir kopi panas pekat masih berasap dihidangkan dengan beberapa biji kuih karipap dan donat gula di atas meja.Tengku Syamil menghidu aroma kopi dengan matanya dipejam rapat.Sungguh wangi aromanya.Air tangan setiausahanya itu sungguh memukau.Setiap pagi dia wajib menikmati air kopi yang aku bancuhkan.
Sambil-sambil menghidupkan komputer,dia menikmati kuih-muih yang dijamu untuk dirinya.Tidak lama kemudian,aku masuk membawa beberapa buah fail dan tab setelah mengetuk pintu beberapa kali.Tengku Syamil tidak memandangku tetapi sedar akan kehadiranku.Dia memberikan isyarat tangannya untuk aku meneruskan rutin harianku.
"Ini fail yang perlu Tengku semak.Saya dah double check tapi make sure Tengku semak sekali lagi.Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang."Aku mengingatkan Tengku kerana adakalanya dia culas memeriksa fail.
"Aku tahu."Tengku Syamil menjawab.Dia membahasakan dirinya 'aku' dengan aku walaupun aku stafnya.Yang peliknya staf lain elok saja dia membahasakan dirinya 'saya'.Alasannya,dia lebih selesa dengan aku dan dia tidak mahu terlalu formal berurusan dengan aku.Janggal katanya.Aku pula tidak mahu bertanya lebih asalkan gaji aku dibayar setiap bulan.
"I'm just remind you."Aku senyum tetapi tidak dipedulikan.
"So,teruskan dengan jadual aku hari ini."Tengku Syamil meminta.
"Hari ni jadual Tengku tidak terlalu padat.Setakat ini,tengah hari sehingga petang Tengku tiada apa-apa appointment.Cuma malam sahaja,Dato' Johan ajak Tengku bincang rundingan harga untuk bekalan bahan mentah kita di restoran hotel pukul 8.00 malam ni."
"So,kau jawab apa?Kenapa malam?"
"Saya akan dapatkan confirmation daripada Tengku dulu,then baru saya buat temu janji dengan dia.So,Tengku nak cancel atau teruskan?"Lain macam pertanyaannya.Aku tahu dia sebenarnya kurang gemar berurusan pada waktu malam.
"Teruskan saja.Kau ikut sama malam ni."Tengku Syamil mengarahkan aku tanpa meminta persetujuan daripada aku.Dia memang suka buat keputusan tanpa bertanya aku.Hanya keluar daripada mulutnya hanya arahan.
"Dah habis waktu kerja,Tengku."Aku menolak.Setelah dua tahun bekerja dengannya,aku perlu sedia kerana dia akan membuat keputusan drastik.Bukan aku tidak mahu mengikutnya tetapi aku tidak suka pandangan Dato' Johan kepadaku.Seperti harimau mahu menerkam mangsanya saja.
"Jangan banyak cakap.Aku tahu kau tak suka Dato' Johan tu."Tengku Syamil tidak bertolak-ansur.Masih inginkan aku menemaninya.Dia memang sengaja mahu kenakan aku.
"Pandailah aku uruskan dia.Tugas kau catat segala rundingan dan temankan aku.Dah memang tanggungjawab kau sebagai secretary aku."Tengku Syamil tetap dengan pendiriannya.Aku mengangguk faham.Malas bertekak dengannya hari ini.
Tengku Syamil menghalakan anak matanya memandang aku."Anything else?"Ringkas pertanyaannya.
Aku menyentuh skrin tab."Engku Nenda call pagi tadi.Dia pesan jawab panggilan dia.Bertubi-tubi dia menyoal tentang jadual Tengku hujung minggu ini."Bingit telinga aku dengan omelan Engku Nenda membebel perangai cucuandanya yang tidak semenggah itu.Aku tidak faham kenapalah bos aku seorang ini liat sangat menghubungi nenekanda yang menjaga dari kecil.Kadang-kadang,ibu tirinya Puan Salina turut terpaksa datang ke pejabat untuk bertem u dia.
Tengku Syamil mendengus kasar."Kau beritahulah semua jadual aku kepada nenda?"
"Saya cakap tak tahu.Saya uruskan jadual kerja Tengku saja.Jadual peribadi Tengku saya tak masuk campur."Aku bercakap hal yang sebenar.Serius,lelaki ini cukup aneh bagiku.Di mana dia akan habiskan waktu hujung minggunya?Adakalanya dia ada mengajak aku keluar menemaninya makan.Cukup sendu kehidupannya.
"Hmm..Tak mengapalah.Awak keluar dulu kalau tak ada apa-apa."
"Oh ya,saya terlupa sesuatu!Ada student UPM call nak minta temu janji untuk menemu ramah Tengku.The date?"
"Esok.Kau susun saja pukul berapa sebelum lunch."
Aku mencatat maklumat di dalam tab.Kemudian,aku meminta izin untuk keluar menyambung kerja.
****
"Hai,Cik Kak!Tak nak balik ke?"Meo rakanku yang berwatakan lembut menegur.Lengguknya mengalahkan perempuan.
"Taklah.Malas hadap jem.Malam ni aku kena teman bos muka ketat kita tu dinner dengan Dato Johan."
Meo cepat-cepat duduk hujung bucu mejaku.Kakinya disilangkan.Meo teman sekerjaku yang paling rapat.Mungkin dia tersasar dari fitrah sikit,aku tetap doakan dia kembali menjadi lelaki sejati.
"Muka ketat pun dia handsome.Tergoda mak ni.Nasib baik mak lelaki,kalau mak perempuan memang aku goda dia kaw-kaw."Tangan Meo lemah gemalai mengikut rentak percakapannya.Meo memang kerap memuji Tengku Syamil tetapi aku yang hari-hari hadap dia saja yang tahu azabnya.Aku tidak melayan sebaliknya aku membaca status Fac rakan-rakanku.
Meo tetap mengajakku berbual."Ammara,janganlah senyap.Kau jealous ye aku puji bos handsome kita tu."
Aku gelengkan kepala saja.Aku cemburu?Memang tidaklah untuk cemburu kepada orang yang tidak tepat."Aku tak kuasalah nak jealous.Kau nak,ambillah Encik Tengku kita tu.Aku dah ada Adri."
"Hmmm..Untunglah ada boyfriend handsome.Aku jugalah yang single,membujang sampai tua.Tengku Syamil sah-sah tak pandang aku ni."Meo memuncungkan bibirnya.Merajuk konon.
"Kau yang tak cari,memilih sangat.Tu Kak Nani single kau tak nak."
Meo menolehkan tubuhnya memandang aku.Jari telunjuknya mencuit pipi mulusku."Ammara sayang,aku bukan tak nak tapi kau tengoklah keadaan aku yang dua alam ni.Siapa yang nak kat aku?"
"Tukarlah gaya penampilan kau jadi lebih maskulin,barulah perempuan kejarkan kau.Jangan cakap dengan aku yang kau nak lelaki.Aku tumbuk kau nanti."Aku mengingatkan Meo.Aku bangun dan membetulkan kolar leher bajunya.
"Kau tak cuba kau belum tahu.Kau ni handsome,mesti ramai perempuan nak kat kau.Macho sikit.Kau boleh dapat siapa-siapa je."Aku mengambil sikat menyikat rambutnya membuat gaya pacak.Boleh tahan handsome Si Meo.
"Kalau macam tu kau sajalah jadi girlfriend aku."Aku tergelak kecil mendengar kata spontan Meo.
"Tengok,kau yang kenal aku pun tak nak apatah lagi perempuan lain."Meo mencebik.Lantas,tangannya mencapai begnya lalu keluat tanpa memandang aku.Jalannya ssperti 'catwalk'.
Aku terkesima.Meo terasa hati dengan aku ke?Aku tidak berniat untuk buat dia terasa.Tapi biasanya Meo tidak merajuk lama denganku namun aku tetap rasa bersalah.
****
Aku menunggu kehadiran Tengku Syamil tiba di restoran hotel.Aduh!!Janganlah Dato' Johan miang itu sampai dulu.Aku telah bersedia dengan segala kelengkapan fail dan tab untuk mencatat rundingan itu.
Aku memandang sekeliling,itu memang sebuah restoran yang sangat mewah dengan rekaan dalaman yang sangat elegan.Nasib baik aku bekerja di sini,dapat juga aku merasa masuk ke dalam restoran bertaraf lima bintang ini.
Sambil menanti,aku membuka Whatsapp.Adri masih tidak membaca pesanan yang aku hantar.Rindu kepada buah hati aku yang hampir sebulan kami tidak berjumpa.Mungkin Adri banyak kerja.
"Ammara."Satu suara garau memanggilku dari belakang.Aku tidak menoleh.Aku tahu suara itu milik Dato' Johan.Tengku Syamil tidak akan memanggilku dengan lentuk manja sebegitu.Dato' Johan mengambil tempat di hadapanku.
Kenapa orang tua gatal ini datang dulu?Mana Tengku Syamil?Aku tidak tenang di situ dengan lirikan mata nakal Dato' Johan.Aku diam,aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain asalkan tidak bertentang mata dengan dia.
"Cik Ammara ni nampak gelabah saja.Ada yang mengganggu fikiran Cik Ammara?"Dato' Johan bertanya.Dia senyum nakal kepadaku.Ikutkan hati mahu saja aku hempuk kepala orang tua gatal di hadapan aku ini.Geli pula rasa.Lelaki yang aku boleh panggil ayah,sibuk mengorat perempuan muda.Dasar buaya tua.
"Tak ada apa-apa.Saya risau Tengku Syamil tak sampai lagi."Aku berbohong.Dalam hati mengharapkan Tengku Syamil tiba.Ketika aku menumpukan mataku ke arah pintu masuk,tanganku disentuh oleh tangan kasar lelaki tua itu.
Aku terkejut.Aku menarik tangan aku secepat yang mungkin.Geramnya aku dengan lelaki macam ini.Tua dan sudah beristeri tetapi masih menggatal.Memang dasar lelaki kaya tua yang tidak sedar diri.
"Maaf,Dato'.Saya tidak selesa diperlakukan begitu.Sila hormat saya."Aku berbasa-basi.Masih bercakap dengan sopan walaupun aku geram sebenarnya.
"Rilex,Cik Ammara.Lama-lama nanti you biasalah."Dato' Johan memandang sinis kepadaku.Adakah setiausahanya begitu murah boleh dipegang sesuka hati?Aku mengunci mulut.Malas melayan.
"Macam mana Tengku boleh ambil you jadi secretary dia?Basic layan tetamu pun you tak tahu."
Pada masa itu,Tengku Syamil muncul."Saya ambil dia bekerja dengan saya sebab dia layak untuk jadi secretary saya.Dia dah buat kerja dia dengan baik sepanjang dua tahun bekerja.Any problem with her?"
Tengku Syamil berdiri di tepi meja kami dengan senyuman.Senyuman yang jarang sekali dvia tunjukkan kepada aku.Sungguh mempesonakan senyuman itu.Alangkah seronoknya kalau hari-hari dia berwajah manis seperti itu.Sejuk hati memandang.
Ececeh!!!Sedar Ammara.Kerja.Aku terberangan sendiri pula.
Tengku Syamil duduk di sebelahku.Dato' Johan pula menyambutnya dengan muka yang tidak bersalah.
****
Aku mencatat segala rundingan yang dibuat.Sekali-sekala aku turut masuk campur dengan rundingan itu.Sukar berurusan dengan Dato' Johan kali ini.Saya tetap bertegas mahu harga yang tinggi walaupun dipinta oleh Tengku Syamil.Tengku Syamil seperti biasalah,serius.
Eeee...Cekik darah orang tua gatal ini.Harga lebih tinggi daripada pasaran.Dia mahu pergi haji lima kali setahun agaknya.Nasib baiklah aku sempat membuat sedikit kajian berkaitan harga bahan mentah di pasaran.Boleh juga aku berbahas dengan dia.
"Macam nilah,Tengku.Saya boleh bagi harga yang lebih rendah tapi dengan satu syarat."Dato' Johan memulakan percaturan.
Tengku Syamil di sebelahku meneguk air mineral."Apa syaratnya?"Inilah kehidupan ahli perniagaan untuk memperoleh keuntungan.Masing-masing punya syarat tersendiri.
Dato' Johan menunjukkan jari ke arah aku?"Senang saja.Saya mahu Ammara menemani saya beberapa malam.Tengku akan dapat harga yang lebih murah daripada pembekal-pembekal lain."
Bulat mata aku mendengarnya.Terasa seram sejuk tubuhku mendengarnya.Apakah harga diri aku menjadi taruhan dalam rundingan ini?Ini sebab Tengku Syamil minta aku menemaninya.Melampau!!!Aku mula menggenggam penumbukku di bawah meja.Aku diam untuk melihat sejauh mana Tengku Syamil ingin menjual aku kepada Dato' Johan.Di situ juga,aku membuat keputusan akan berhenti kerja jika Tengku Syamil ingin menggunakan aku untuk perniagaannya.
"Lumayan permintaan Dato?Saya bukan bapak ayam."Tengku Syamil tenang.Aku di sebelahnya bagai hendak gugur jantung.
"Come on,Tengku.This is business.Ada give and take.Lagipun,banyak ahli perniagaan buat macam ni."Dato' Johan yakin dengan jawapannya.
Sakitnya hati aku dengan orang tua gatal ini.Aku sudah tidak tahan.Sebelum mereka bertindak lebih jauh,lebih baik aku mulakan perang.
"Saya bukan..."Aku mahu membantah tetapi ditahan oleh Tengku Syamil.Mulutku ditutup dengan tangannya dengan pantas supaya diam.
"She is my secretary.Dia bukan pelacur untuk saya taruhkan dia."Tengku Syamil berlagak biasa.Tangannya mencapai tanganku di bawah meja.Dipegang erat.Sentuhan tangannya memanaskan tapak tanganku yang sejuk umpama air batu itu.
"Seperti yang saya kata,ini bisnes.Tengku beri apa yang saya nak.Tengku akan dapat harga yang lebih murah daripada biasa.Saya pun untung.Adil kan?Lagipun,saya suka perempuan garang macam Cik Ammara.Mencabar."
Berdesing aku dengar ayat Dato' Johan.Dia meminta dengan bukan empunya badan demi keuntungan.
"She is not for sale!!"Tengku Syamil melenting.
Aku melihat Tengku Syamil bangun mendekati Dato' Johan yang duduk menyandar pada kerusi.Satu tumbukan padu hinggap pada pipi kanan Dato' Johan.Jatuh terjelepok Dato' Johan di atas lantai.Semua mata di dalam restoran itu beralih kepada meja kami.Ya Allah,malunya.
Tengku Syamil mengcengkam kolar kemeja Dato' Johan dengan kuat."Aku bisnes perhotelan bukan bapak ayam yang jual secretary aku sendiri.Kau ingat semua orang tak ada harga diri macam kau ke?"kata Tengku Syamil mengetap giginya kerana geram.
Aku termangu di belakangnya.Sifat sebenar Tengku Syamil muncul.Aku terharu.Tidak kisah dia sebenarnya dia mahu pertahankan imejnya sahaja tetapi aku tetap bersyukur terselamat daripada menjadi mangsa kerakusan si kaya tua.Pada masa yang sama aku berasa bersalah pul kerana menuduh Tengku Syamil bukan-bukan.
Tengku Syamil mencampakkan Dato' Johan sehingga dia terundur beberapa langkah ke belakang.Dia menggosok pipi tuanya."Wau,Tengku tolak rezeki gayanya!"
"Aku tak nak bagi pekerja aku makan hasil haram.Mula hari ini,aku tak akan sambung kontrak dengan kau lagi.Berambus kau dari sini.Jangan kotorkan tempat aku dengan muka jijik kau lagi."Tengku Syamil menghalau lelaki kaya tua itu.
Aku biarkan saja.Lelaki gatal seperti itu perlu dapat pengajaran.Setakat muka kasihan begitu hanya seketika.Esok atau lusa dia akan rosakkan perempuan lain.
"Tengku akan menyesal."Dato' Johan memberi amaran.Dia sempat menilikku di belakang Tengku Syamil.
"Kau pun sama,Ammara."Aku pula diberi amaran.Siapa yang mulakan segala hal?Dia yang menawarkan sesuatu yang menjijikan.Salah orang tawarannya.Mendapatlah.
"Jangan kau berani apa-apakan dia!!Kalau jadi apa-apa kepada Ammara,kau pun akan terima balasa.Get out from here!!"Tengku Syamil menengking kuat sehingga membingitkan satu restoran.Sudah seperti persembahan opera pula di situ.
Wau,kata-kata Tengku Syamil betul-betul masuk ke dasar hatiku!Adakah dia benar-benar kisah akan aku atau sekadar lakonan untuk menakut-nakutkan Dato' Johan.Kenapa aku rasa selamat sekarang?
****
'Maafkan aku sebab kejadian tadi.'Whatsapp daripada Tengku Syamil yang dihantar kepadaku malam itu.Selepas kejadian dengan Dato Johan tadi,Tengku Syamil memimpin tanganku keluar dari restoran hotel.Aku terpaksa mengikut langkahnya yang laju.Dia membawa aku makan di sebuah restoran merah di pusat bandar.Sepanjang di situ,Tengku Syamil tidak banyak berbicara.Selepas itu,dia menghantar aku pulang ke rumah.Jadi,esok aku minta Meo jemput aku.Nasib baiklah Meo tidak merajuk dengan aku tadi.
'Tidak mengapa,Tengku.Terima kasih,Tengku masih menjaga maruah saya sebagai setiausaha.'Aku membalas Whatsappnya.
Aku tersenyum sendiri teringatkan Tengku Syamil yang gentleman tadi.Satu sisi lain yang aku baru lihat tentang dirinya.Baru aku perasaan ketampanan dan karisma yang dimiliki.Ehhh...Ammara,stop thinking about him.
Notifikasi Whatsapp berdetik lagi menandakan ada pesanan masuk.'Aku bukan jaga kau tapi lebih jaga imej aku.Aku tak nak imej aku tercemar.Ok,bye.'
Aku mengecilkan biji mataku.Patutlah tidak ada teman wanita.Bersikap kasar sangat.Tidak pandai ambil hati perempuan.Tidak romantik.
Ahhhh...Tidak kisahlah,yang penting aku tidak hilang kerja dan maruah.Padan muka lelaki kaya tua tidak sedar diri itu.Gatal sangat.Hidup hanya bertuhankan nafsu.
****
Aku membuka bekalan makanan yang disediakan oleh abah di pejabat saja.Malas mahu keluar makan walaupun Meo dan Kak Nani mengajakku keluar.
Tidak lama kemudian,Meo ber'cat walk' masuk ke dalam pejabat semula membawa bungkusan makanan.Dia menarik kerusi rodanya duduk menyemak di meja kerja aku.
"Teruk betul kau ni,Ammara."Meo memegang tangan dengan tangan lembutnya.Nafasnya ditarik panjang.
Aku memandang pelik kepadanya.Kening aku hampir bercantum.
"Kau tak payah buat muka macam tu.Kenapa kau tak story kat aku cerita dinner semalam.Dengar kata kecoh dalam restoran tu."Meo memulakan cerita yang didengarnya daripada rakan-rakan lain.
Sudah.Dia tahu pula kes itu.Cepat betul gosip-gosip macam ini tersebar.
"Aku malas nak kecohlah."
"Hei,nyah!Dah kecoh satu hotel ini.Staf-staf bahagian lain pun dah bergosip tentang ini.Sampai hati kau,semalam kau tak cerita terus pada kau.Suruh datang ambil kau je.Teruk tau.I menci you."Meo sudah mula dengan perangai lembutnya.
Aku menepuk meja dengan kedua-dua tanganku."Apa!!!"Tidak percaya kejadian itu sudah menjadi isu hangat hari ini.Malunya aku.
Meo cepat-cepat menelan mi gorengnya.Hampir tersedak dia dengan tepukan meja aku."Kau tak percaya?Gosip panas mestilah ramai orang tahu.Tapi jangan risau,aku dengar benda-benda baik saja pasal kau.Diorang ni pun tahu Dato' Johan tu macam mana.Memang patut kena ganyang."
Aku menarik nafas.Tekakku tidak berselera menyambung makan."Apa pandangan staf lain kepada aku pula.Nanti orang ingat aku ada hubungan dengan Tengku Syamil pula.Malunya aku."
"Don't worry,dear.Semua orang tahu Tengku pertahankan kau.Eeee...Seronoknya.Kalau aku dekat tempat kau,bahagianya aku." Meo mula berangan.
Aku menjeling ke arahnya."Tak bahagia pun.Aku rasa maruah aku dipertaruhkan masa itu.Nasib baik bos muka ketat kita itu tegas orangnya.Tak fikir untung semata-mata."Ya,aku sangat bersyukur tentang itu.Tengkus Syamil tidak terdesak sebegitu untuk dapatkan harga rendah.Dia masih boleh berfikir waras.
"Aku dengar dia bawa kau keluar dari restoran.Dia bawa kau pergi mana sampai tinggal kereta di sini.Siap hantar balik gitu.Jealous I,nyah."
"Makan.Lepas tu balik."
"Eeeuuwww...Tak romantik langsung."Mimik muka Meo benar-benar buat aku mahu tergelak.
"Tak payah nak romantik sangat."
"Apa yang romantik?"Tengku Syamil menyampuk dari belakang.Dia berdiri di hadapan pintu biliknya.Alamak...dia dengar ke Meo merepek tadi?Aku dan Meo tersengih-sengih saja melihat wajah serius Tengkus Syamil.
"Boyfriend Ammara ni romantik,Tengku.Sweet gitu."Meo menjawab.Aku menyepak kakinya.
"Datang office nak kerja atau bercerita tentang cinta kamu berdua ni?"soal Tengku Syamil.
Daebak!!Kena atas kepala sendiri.Sungguh tajam kata-kata Tengku Syamil itu.
Aku membalas tembakan Tengku Syamil."Sekarang waktu lunch dan rehat kan?Tak apa kan gosip-gosip sekejap?"
"Kau ni,Ammara asyik melawak saja.Habis lunch,sambung kerja.Jangan nak sambung gosip pula."Tengku Syamil memberi peringatan.
"Baik,bos."Aku dan Meo menjawab serentak.
"Ammara,lepas habis rehat,masuk bilik aku kejap."Tengku Syamil mengarah.Aku mengangguk saja.
"Tengoklah tu,handsome kan?"
"Kau ni ada-ada saja,Meo.Makanlah cepat."
Tengku Syamil dalam hati ada taman sebenarnya..:-)..Kenapa Tengku nak jumpa Ammara..Hmmm..Teruskan membaca dan komen ye.
Share this novel
cute dlm senyap.watak meo ok juga
Waaa...Tengku Syamil.Cute je Meo tu.Saya dah follow ig Miss Jebat.