Bab 24 : Kehilangan

Romance Series 697932

Lengan Tengku Syamil menjadi sasaran aku merebahkan kepala.Aku memeluknya erat.Dengan mata aku perhati dadanya masih berombak dihiasi bulu-bulu halus dan nipis.Jari telunjukku nakal bermain sekitar dada sado Tengku Syamil.Setiap helaan nafasnya menghangatkan malamku.Dia senyum lebar ketika memandang mataku.

Aku merenung ke dasar anak matanya dengan sinar kebahagiaan.Lelaki yang pernah menghuru-harakan hidup aku sudah terpahat dalam hatiku.Menyampah bertukar menjadi cinta yang menyatukan jiwa dan hati aku dan dia.Aku tidak pernah menduga yang aku akan terjatuh ke dalam dakapan cinta lelaki yang bernama Tengku Syamil.Percaturan takdir yang aku kira pahit sebenarnya manis untuk aku telan.Aku lebih bahagia daripada sebelumnya.

"I love you,Nur Ammara.Abang sayang Rara sepenuh jiwa dan raga abang,"akui Tengku Syamil ketika mata kami saling bertentangan.Aku tidak sedar sejak kapan dia mula mengisi hatiku tetapi tiga ungkapan itu mampu buat aku tidur tersenyum sepanjang malam.Tidak ada lagi persengketaan antara kami.Kami sama-sama mengotakan janji untuk saling melengkapi dan menyayangi.Akulah wanita paling bahagia bak lagu nyanyian Bunga Citra Lestari.

"Senyum je?"soal Tengku Syamil apabila aku hanya membalas ungkapannya dengan senyuman.Aaahh...Aku masih malu-malu kucing untuk mengakui isi hati aku.'Yalah,selalu bertekak dan tidak sependapat tiba-tiba menjadi sweet dan romantik buat aku rasa janggal.'

"Dah tu awak nak saya cakap apa?"Aku pura-pura tanya.

"Jawablah I love you too.Rara pun sayang abang.Kan sejuk hati abang dengar ayat tu dari mulut isteri abang ni."Tangannya mengelus-ngelus rambutku.

"Hmmm..pagi esoklah saya cakap.Saya fikir dulu malam ni ya?"Aku mula main tarik tali.'Tak syoklah senang-senang dapat.'Aku memejamkan mataku.

"Rara masih tak yakin ke dengan cinta abang terhadap Rara?It's real,Rara.Abang tak main-main dengan Rara.Maafkan abang kalau selama ni abang tak pernah tunjuk kasih sayang abang yang buat Rara ragu-ragu dengan abang.Abang tak tau macam mana nak sembunyikan perasaan abang bila berhadapan dengan Rara,sebab tu abang kasar.Jauh di sudut hati abang,abang teringin nak layan Rara seistimewa yang boleh."

Sedaya upaya dia cuba menyakinkan aku.Mataku kekal terpejam tetapi telingaku tetap mendengar.Aku bukan tidak percaya cuma aku suka mendengar setiap luahan hati dia kepadaku.

Pipiku diusapkan dengan tangan kasarnya."Abang tau Rara tak tidur.Hmmm..Abang minta maaf sebab abang tetapkan syarat kahwin dengan abang untuk bayar hutang-hutang Rara.Abang bukan nak seksa Rara tetapi itulah satu-satunya cara untuk abang dapatkan Rara walaupun terpaksa guna cara kotor macam tu.Mustahil juga abang akan biarkan Rara jadi bahan taruhan ah long tak guna tu.Abang sanggup apa saja demi Rara."

Sayup-sayup kedengaran suaranya buat hati aku tersentuh sendiri.Ya,jika dia tidak memperisterikan aku,pasti aku akan menjadi kupu-kupu malam yang hina melayan nafsu lelaki-lelaki durjana yang ingin menjamah tubuhku.Aku juga hampir terlupa mengenai hutang aku kepadanya.Sepanjang bersamanya,tidak sekalipun dia mengungkit tentang hutang.Kini,aku faham mengapa dia tidak pernah menyediakan kontrak perjanjian kami dan tidak menetapkan had masa untuk pernikahan kami bahkan soal cerai tidak juga disebut-sebut sehingga kini.Memang tujuannya menikahi aku kerana dia memendam rasa sayang yang sebenar bukan untuk mengambil kesempatan.Tengku Syamil bukanlah jahat sangat.'Aahhh...Aku yang buta selama ini tidak pandai menilai kebaikan Tengku Syamil selama ini.Setiap saat aku menyalahkan dia termasuklah kehadiran bayi dalam kandungan ini.Bersalahnya aku dengan Syamil dan anakku.'

Kelopak mataku diangkat perlahan-lahan dan takungan air mata membanjiri aku..Jari telunjuk aku menetap pada bibirnya."Awak tak perlu minta maaf dengan saya.Saya di sini hidup dengan selesa kerana awak,Syamil.Awak pernah kata hidup ini pilihan dan saya pilih untuk kekal bersama awak hingga hujung nyawa saya."

Air mata aku diusap.Dahi dan hidung kami saling bertemu."Janganlah menangis.Lapang dada abang Rara tak salahkan abang.Abang takkan sia-siakan Rara.Hmmm..Abang dah cakap abang cintakan Rara.Sekarang abang nak dengar dari mulut Rara pula.Rara cintakan abang tak?"

"Saya dah sejauh ni bersama awak.Mana mungkin saya tak cintakan awak.Bermula dari sekarang,Nur Ammara hanya milik Tengku Syamil."Tangannya aku letakkan pada perutku."Dan baby ni dah jadi sebahagian daripada kita."Sebaknya aku rasa,pertama kali aku mengakuinya sebagai anak.Apalah agaknya perasaan dia jika dia tahu selama ini aku tidak inginkan dia.'Maafkan mama,sayang.'

"Tengok tu,panggil awak lagi.Kan dah cakap panggil abang.A.B.A.N.G...Abang.."Tengku Syamil mengeja serta menekankan panggilan 'abang' untuk dirinya.

Aku menguntum senyuman."Baiklah,abang."

"Macam tulah.Sedap abang mendengarnya.Boleh tidur kan bila dengar Rara panggil abang...Abang rasa macam nak sambung lagi boleh?"Tengku Syamil mengenyitkan matanya kepadaku.Matanya meliar ke arah dadaku yang beralaskan selimut saja.Kemiangan mula menguasai diri suami aku.

"Tak payah nak menggatal."

Tengku Syamil galak menindih aku dalam selimut sememangnya tiada pakaian."Gatal dengan isteri tak salah kan?Esok abang nak pergi,lima hari abang tak dapat tau,bolehlah bekalkan untuk abang."Dia menggoda aku lagi.

"Abaang..Dah lewat ni."

"Aaaah....Tak ada abang-abang.Abang nak Rara,tak kira.You are mine."Tengku Amir berbisik kepadaku lalu menarik selimut menutup tubuh kami berdua dan kami menghilang dalam gelora nafsu yang hangat.

****
Tengku Syamil mengucup keningku dan pipiku beberapa kali sebelum masuk ke balai pelepasan.Aku mengelak apabila bibirnya cuba singgah pada bibir merah jambu aku.Bukan aku tidak suka tapi aku malu kerana ramai orang di situ,tambahan pula Meo dan Kimi dari tadi asyik senyum-senyum.'Ahhh...Tengku Syamil ni terover sweet la pula.'

"Malulah.Ramai orang tengok ni."Aku menunjukkan reaksi malu.Tengku Syamil meleraikan rangkulannya.

"Biarlah orang tu.Yang abang tau,I will miss you,dear.Masa abang tak ada,jaga diri dan jaga baby baik-baik.Jangan keluar sorang-sorang.Nak keluar ajaklah siapa-siapa teman dan text abang Rara pergi mana dan dengan siapa.Faham?"Aku mengangguk faham.

Tengku Syamil menyambung lagi,"Ada lagi,makan pun jaga.Standby makanan siap-siap untuk bangun makan tengah-tengah malam.Lasak-lasak sangat pun tak boleh."

Aku menggerak-gerakkan bebola mataku seperti roda.Pesanan yang sama sejak semalam bermain di bibirnya sehingga aku boleh hafal skripnya.

"Haaa...rolling your eyes again.Ingat apa yang abang pesan ni,faham?Yang paling penting jangan nakal-nakal nak mengorat ke apa.Rara dah ada abang."

Kedua-dua tangannya di bahuku,aku turunkan."Abang,dah panggilan akhir tu,better you go now.Ikutkan pesanan abang ni tiga hari tiga malam pun takkan habis lagi.Don't worry,pandailah Rara jaga diri dan baby kita baik-baik."Aku menyedapkan hatinya yang sukar melangkah pergi.Dia buat aku macam budak-budak tak pandai berdikari sendiri.'Come on,ini Ammara lah.'

Wajahnya bertambah sayu dan tidak lagi berganjak manakala Meo sudah bersedia untuk pergi.Manja rupanya suami aku yang dulunya muka ketat.Dia memeluk aku entah kali yang keberapa."Abang akan merindui Rara.I love you,mama.Ya Allah,kenapalah susah sangat nak berpisah ni?"omel Tengku Syamil.

"Ooiii...Berapa episod lagi kau nak berdrama ni?Kau ni bukan boleh percaya,lama-lama kat sini,kau cancel fligh tak jadi pergi."Kimi menyapa sahabat baiknya itu yang terlebih mengada.

"Kau tu jealous.Kau tak kahwin lagi,kau tak tau perasaan berat nak tinggalkan isteri dan anak."

"Halah...Halah..Lima hari je pun bukan lima tahun kau pergi.Lima hari tu pejam celik,pejam celik kau balik.Sebenarnya kau ni mengada je yang lebih,"tempelak Kimi buat aku terhibur.Dalam ramai-ramai Kimi seorang yang berani membahan dia.

"Ya lah,abang.Bukan lama pun lima hari tu.Pergilah sebelum gate ditutup."Aku menyokong Kimi."

"Okay..Okay..Yang ni last."Tengku Syamil melutut di hadapanku lalu rapat ke perutku.

"Jaga mama baik-baik,sayang ya.Jangan nakal-nakal masa papa tak ada,kasihan mama.Tapi kalau mama yang nakal,report kat papa balik nanti.Papa sayang anak papa dan mama."Perutku yang masih kempis dicium dengan rasa kasih yang mendalam lantas dia bangkit mencium pipiku.

Kemudian,dia memeluk Kimi dan berbisik,"Jaga Ammara okay.Hantar dia balik terus nanti jangan nak melencong pula.Make sure dia selamat."

"Aku taulah.Jangan risau,semuanya terkawal."

Meo datang kepadaku."Wish me luck for the project,babe.Kau jangan bimbang,aku akan jadi mata-mata kau kalau Encik Tengku kau tu nakal-nakal kat saya.Bye,my beautiful Ammara.I love you.Muaaah..Muaah..Muahh.."Laju Si Meo bercakap mahu mengejar langkah Tengku Syamil.

"Boleh harap ke dia tu jadi mata-mata?Diri dia sendiri pun belum tentu dia boleh jaga."Kimi mengomel di sebelahku dengan ekoran mata kepada Meo dan Tengku Syamil.

"Tak baik cakap macam tu,Kimi."

Ketika itu,aku membalas lambaian Tengku Syamil.Sebak dadaku untuk berpisah walaupun untuk lima hari tetapi rasanya seperti lima puluh aku terpaksa menunggu.

****
"Bagaimana,abang?"tanya Tengku Zana ingin tahu.Jiwa tidak tenteram apabila Saifuddin dan Ammara berantakan gara-gara pertemuan tidak disengakan tempoh hari.Ammara sangat marahkan abahnya.

Saifuddin menggelengkan."Susah,Tengku.Panggilan daripada saya pun dia tak nak jawab."

"Takkan kita nak berdiam saja?Tak mengapa dia marahkan Zana tetapi jangan marah abang.Zana tak nak dia disebabkan Zana,Sofia dan abang tak bertegur sapa."

Dia tidak menyangka yang Ammara dan Tengku Syamil pergi ke restoran tempat pertemuan mereka.Rasa bersalah kepada Saifuddin membebani hatinya.

"Nanti hatinya akan sejuk sendiri,Tengku jangan rungsing.Tengku pun perlu jaga kesihatan juga.Saya ada call tanya Syamil keadaan Ammara,dia cakap semuanya baik-baik saja.Cuma Syamil ada tanya saya tentang kita."

"Abang jawab apa dengan Syamil?"

"Hmmm...Maaf,Tengku.Saya jawab tak ada apa-apa,sekadar sembang kosong.Saya tak ada niat nak berahsia tapi pada saya lebih baik perkara ni dirahsiakan dulu.Saya harap Tengku tak berkecil hati,"kata Saiffudin.

Tengku Zanariah tersenyum.Dia tidak cepat melatah dan cukup matang untuk tangani masalah yang melanda dirinya."Zana tak ambil hati pun.Zana faham situasi abang."

Kerumitan konflik mereka menjadikan hubungan mereka semakin erat.Namun pertemuan mereka lebih menjurus kepada hal anak-anak iaitu Tengku Amir dan Ammara.

"Well..Well..Wow,I tak sangka jumpa you di sini!"Suara seorang wanita menegur mereka.Saifuddin cuba mengecam wajah itu manakala Tengku Zanariah mengerling dan menghadiahkan senyuman sinis kepada wanita yang menyebabkan kakaknya meninggal.

"Yes,Salina.Tak ada apa yang kau nak teruja pun."Tengku Zanariah membidas Cik Puan Salina yang merangkul erat lengan Danial.Tak padan dengan usia,masih menggatal mencari pucuk muda.

"Eeehh...mestilah I teruja jumpa you lagi-lagi you tengah dating macam ni.First time kot I nampak you dating sepanjang hidup I.Elok sangatlah tu,you dah moved on daripada melalak teringatkan suami you yang mati terbakar tu."

Tengku Zanariah menjeling tajam.Perempuan gatal seorang ini tak habis-habis memprovokasi dia sejak dulu dengan membandingkan Tengku Zanariah dan dirinya.Jenie tak sayang mulut.Saifuddin menggeleng kecil kepada Tengku Zanariah supaya tidak bertindak ke atas Cik Puan Salina.

"Ooppsss....Wait..wait..Kalau tak silap I you ni ayah kepada secretary Syamil kan?Hmm...Family you ni,Zana memang dah tak ada orang lain.Pusing-pusing anak-beranak tu juga yang you berkenan.Kasihan."Cik Puan Salina berlagak menghina mereka berdua.

Tengku Zanariah berdiri."At least,aku sedar diri yang aku dah berumur.Tak macam kau,heret jantan muda ke sana ke mari untuk dijadikan anak ikan.Tak sedar kubur memanggil,masih berfoya-foya tukar-tukar jantan,"balas Tengku Zanariah.Puas hati.

Pedas ayat yang dilemparkan oleh Tengku Zanariah.Terus berubah air muka Cik Puan Salina.Dia mengetap bibir mengawal kemarahan.

Jari telunjuk dinaikkan ke muka Tengku Zanriah."You ni memang..."

Danial memotong percakapan Cik Puan Salina"Sudahlah,you.Tak ada faedah you layan orang macam ni.Apa kata kita ke kelab I,enjoy."

Cik Puan Salina melanggar bahu Tengku Zanariah dengan pandangan sinis.

****
'Esok teman aku pergi lunch.'Aku menghantar Whatsapp kepada Kak Nani.Lamanya aku tidak melepak dengan kakak kesayangan aku sambil mendengar mulut kepohnya berceloteh.Hari kedua hidup di kondo tanpa Tengku Syamil sangat membosankan.

'Boleh je.Hmmm....Encik Tengku awak tu tak marah ke?Akak ni tak apa,on bila-bila masa saja.Tak ada siapa nak marah,'balas Kak Nani.

'Boleh.Kita jumpa esok ya,nak lepas rindu.'

'Amboi,terlepas dari kandanglah tu!Mentang-mentanglah Encik Tengku outstation,heaven kau ya...Hehe..Aku gurau je.Btw,see you tomorrow.Apa-apa pun make sure minta izin dulu.Mengamuk pula bos aku tu nanti bawa buah hati dia mengulor..'

Aku tersengih-sengih membaca kiriman Kak Nani."Nak minta izin ke tak ni?Syamil bukan bagi aku keluar sendiri.Hmm..Tapi aku keluar dengan Kak Nani kan?Maknanya bukan aku sorang,"Aku bermonolog sendiri membuat perkiraan.Setelah menilai beberapa sebab dan akibat,aku mengambil keputusan tidak mahu memaklumkan kepada Tengku Syamil.Nanti banyaklah hal pula dan yang paling aku rimas dia akan minta Kimi ataupun Tengku Amir menemani aku.'I need privacy.'

Setelah itu,aku menyandarkan badanku ke sofa merehatkan badan dan minda.Aku menggosok-gosok perutku dengan senyuman bahagia."Esok,mama dapatlah tengok adik.Say hi to mama,okay,"kataku dengan tidak sabar.Aku mula bahasakan bayiku dengan nama adik.Pertama kali aku rasa berkobar-kobar untuk bertemu dengan nyawa yang menghuni rahimku hampir tiga bulan.Ya Allah,inikah perasaan sebenar seorang ibu?Gembira dan teruja untuk melihat si kecil yang dikandung.

"Adik rindu papa tak?Hmm..Mesti adik rindu sebab Mama pun rindu.Tapi tunggu papa mesej dulu baru boleh call sebab sekarang papa tengah kerja.Tak boleh ganggu papa lagi."Ketika ini Tengku Syamil sedang melawat tapak pembinaan hotel usahasama dia dan Mr.Chin,Si Lacoste.Nasiblah waktu Malaysia dan Beijing sama sahaja,jadi mudah untuk kami berhubung pada waktu malam melepaskan rindu.

Tidak lama kemudian,aku terdengar bunyi 'alarm' ditekan menandakan ada tetamu yang hadir.Aku bangun dengan langkah yang malas membuka pintu utama.Dan yang tegap berdiri di hadapanku ialah Tengku Zanariah dan abah.Aku terpempam seketika.'Abah keluar dengan perempuan ni lagi?'

"Boleh abah masuk?"pinta dengan bersopan.Aku tidak menjawab tetapi aku membiarkan mereka masuk.Protes.'

"Duduklah.Rara buatkan air sekejap."Aku tidak senang duduk kerana mereka berdua di situ.Perasaan marah dan protes mula menjalar dalam hati tetapi aku tidak tonjolkan.

"Tak payah,Rara.Abah dengan mama dah minum tadi.Kami datang sini nak jenguk keadaan Rara.Syamil kan tak ada,"kata abah dengan tenang.

"Oooo..dah pandai keluar minum berdua sekarang?Hmmm..Patutlah mesra semacam je.Pura-pura nak lawat Rara tapi sebenarnya abah mencari alasan nak keluar dengan perempuan ni kan?"marahku.Mataku mencerlung kepada Tengku Zanariah.Aku berdiri menyilangkan tanganku dengan berlagak.

Abah menghela nafas dengan perasaan kesal.Tuduhan anaknya tidak berasas."Tak baik Rara cakap macam tu.Perempuan ni bukan orang lain,dia mama kandung Rara."Abah membela Tengku Zanariah.'Aku be liked...Huh!!'

Aku meninggikan suara."Sejak dia angkat kaki tinggalkan kita,Rara dah anggap mama Rara dah mati.Kenapa abah masih nak bela dia?Apa abah dah jatuh cinta balik?Abah tak ingat ke apa yang opah beritahu dulu?Dia tinggalkan abah masa abah hilang ingatan dan lumpuh tau sebab tak sanggup nak hidup susah dengan kita "Aku mengulangi cerita opah tentang Tengku Zanariah.Berbelas-belas tahun aku hidup dengan abah tanpa seorang ibu.Tengku Zanariah tidak melawan malahan menunduk ke lantai.Mungkin terluka.

"Tapi cerita itu kita dengar daripada satu pihak saja.Tak adil untuk kita terus menghukum mama Rara macam tu.Rara pernah ambil jurusan undang-undang dan Rara pasti lebih arif tentang keadilan."

Aku memandang abah dengan mata yang berair."Sebab tu Rara tak nak jadi lawyer.Dalam undang-undang,ada pihak yang gemar memutar belitkan fakta agar dapat bebas daripada hukuman.Dan apa bukti yang dia ada untuk menunjukkan dirinya tak bersalah."Aku membahaskan fakta.Ya,aku benci perbicaraan menuntut keadilan kerana tidak semua yang dibicarakan itu benar.Lidah yang pandai memanipulasi fakta lebih berbisa daripada lidah yang menegakkan keadilan.Oleh sebab itu,aku tidak terjun ke dunia peguam kerana aku bimbang akan menuntut keadilan bagi pihak yang salah.

"Tapi apa bukti yang kita ada untuk jatuhkan hukum kepada mama Rara?Kita juga tiada bukti yang dia bersalah.Mungkin ada sesuatu yang kita tak tau.Abah memang hilang ingatan tapi abah tak hilang kewarasan."Saifuddin berdebat dengan anaknya.Dia kasihankan Tengku Zanariah dan nalurinya kuat berkata Tengku Zanariah tidak bersalah.Sukar untuk dia kawal anak perempuannya yang keras kepala.Sedikit pun tidak mendengar kata dan teguh dengan pendiriannya.

"Abah minta bukti dengan Rara?"Aku menyoal.Dikerling sepintas lalu kepada Tengku Zanariah yang menunduk sepi.

"Selama ni,ada pernah dia cari kita?Sekali saja abah,itupun masa Rara 18 tahun.Then,dia menghilang tanpa khabar berita sehingga Rara kahwin dengan Syamil.Dia ada sekarang pun sebab dia memang tak boleh lari dari kita sebab Syamil anak saudara dia.Abah,Tengku Zana ni banyak duit,petik jari je dia boleh upah orang cari kita kalau dia betul-betul kisahkan kita.Tapi tak ada pun,"kata aku.Ketenangan pada wajah abah masih terlihat walaupun di hatinya aku tahu dia sedang menahan rasa berang terhadapku.

Tengku Zanariah berdiri dari sofa.Wajahnya kemerahan kerana menangis."Cukuplah tu,abang.Jangan bergaduh pasal Zana.Kita balik dulu."Tengku Zanariah tidak ingin mengeruhkan lagi perbalahan Saifuddin dan anak mereka.

"Tapi..."

"Tak apa,abang.Zana tak kisah pun.Kita balik dululah,abang ya.Biar Sofia berehat."

Tengku Zanariah menghampiri aku dan tersenyum kelat kepadaku.Pandangan aku dialihkan ke tempat lain daripada muka kasihan Tengku Zanariah."Mama tak akan ambil hati,Sofia.Hmm..Ni mama ada bawakan stew daging dan roti bakar untuk Sofia.Makanlah.Mama tau Sofia mengidam nak makan ni."Tengku Zanariah menghulurkan mangkuk tingkat kepadaku tetapi aku bertindak menepis pemberiannya.Mangkuk tingkat tadi terbuka dan stew daging itu berkecai di lantai mengeluarkan aroman yang wangi serta menyelerakan.

"Saya tak nak makan air tangan,Tengku.Jangan berpura-pura baik depan saya sebab saya tak termakan dengan lakonan Tengku.Dengat sini baik-baik,mama kandung saya memang dah lama mati dan Tengku jangan penah mengaku saya anak Tengku."Aku memaki hamun Tengku Zanariah.

Paaangggggg!!!!Perit kulit pipiku ditampar oleh abah.Urat tegang timbul pada leher abang.Abah merenung tangannya yang menggigil wajah sesal.Tengku Zanariah tergamam dengan tindakan abah.Aku?Aku lagi tergamam dan terkedu abah tegar menaikkan tangannya ke muka aku.

Aku menggosok pipiku.Kepedihan di pipiku tidak seberapa jika dibanding dengan pedih di hati aku."Dengan tangan tu abah besarkan Rara,dengan tangan tu juga abah tampar Rara.28 tahun Rara hidup,ini kali pertama abah angkat tangan kepada Rara kerana perempuan ni semata-mata nak bela dia."Tersekat-sekat suara di kerongkong ditambah rasa sebak yang menghempap dada.

"Abah tak pernah ajar anak abah kurang ajar dengan mama sendiri."

"Abang dah lupa siapa yang sanggup susah senang dengan abah selama ni.Ammara,abah..Ammara..Anak kurang ajar abah ni yang selalu ada di sisi usap air mata abah."Esakku disulami air mata yang menyesakkan jiwa.Abah tidak membalas tempelak aku malahan mengajak Tengku Zanariah beredar dari situ.

****
Cahaya bulan ditenggelami kemendungan awan seakan-akan turut merasai kehibaan jiwaku.Aku menampan pipi yang masih terasa peritnya dengan tamparan sulung abah.Senakal-nakal aku dahulunya,tidak pernah sekali abah menyakiti tubuhku tetapi disebabkan Tengku Zanariah abah berani mengangkat tangannya.Butiran air mengalir di pipiku.'Sampai hati,abah.'

Dalam kesunyian dan keseorangan,angin mula meniupkan rinduku kepada Tengku Syamil.Alangkah indahnya jika dia bersamaku saat ini.Pasti Tengku Syamil akan menarik aku ke dalam pelukannya supaya aku tenang.'Argghhhh...rindunya pada,Syamil.Cepatlah balik.I need you.'

Beberapa minit kemudian,telefon pintarku bermelodi panjang.'Abang is calling.'Cepat-cepat aku meletakkan mengelap air mataku agar Tengku Syamil tidak perasaan.

Aku memaniskan muka aku."Kenapa lambat jawab?Sibuk ke?"tanya Tengku Syamil.Terpapar wajah kesayangan aku ini di skrin telefon merawat rasa rindu ini walaupun sedikit.

"Rara kat toilet tadi."Aku berbohong.Namun kerutan wajah Tengku Syamil buat aku serba tidak kena.

"Mengapa macam baru lepas menangis tu?Are you crying,Rara?"Tengku Syamil dapat membaca raut sedihku walaupun aku berlagak seceria yang mungkin.'Takkan aku nak cakap konflik aku dengan abah?Bocorlah rahsia aku.'Satu sikap Tengku Syamil,dia akan menyiasat sesuatu perkara sampai ke akar umbinya.Jadi,aku tidak berani ambil risiko bercerita apa yang terjadi.Aku memilih untuk berbohong saja.

Aku mencebikkan bibirnya denga wajah yang muram."Rara rindu abang.Rindu sangat-sangat.Bila abang nak balik?"Aku merengek manja menarik perhatian Tengku Syamil tidak terus menyoalku.

"Ololo...Abang pun rindukan Rara tapi bertabahlah untuk beberapa hari"kata Tengku Syamil memeluk bantal peluk dengan erat.'Bestnya kalau akulah bantal yang dipeluk itu.'

"Tabahlah ni menanggung rindu.Hmmm...Adik pun rindukan papa ni."Telapak tanganku melekap pada perutku.Tengku Syamil tercengang.

"Adik?Siapa adik?"soal Tengku Syamil.

Aku halakan skrin telefon ke perutku."Ni la.Rara panggil baby kita adik.Macam comel pula panggil adik."

"Ooo...Anak papa dah ada nama rupanya.Tak kisahlah adik ke apa,yang pasti abang akan bagi adik-adik lagi untuk dia.Barulah meriah."Tengku Syamil berseloroh nakal.Aku menjuihkan bibir aku.'

"Yang sorang ni pun tak lepas lagi,ni kan pula dah berangan nak ada adik baru pula."

"Takkan nak sorang je kot anak.Paling sikit pun tiga orang."

Aku mengangkat alisku tinggi,menggerak-gerakkan bebola mataku."Hah..Sudah-sudahlah berangan tu.Pergilah tidur,esok kan nak kerja.Mata tu nampak dah layu je."Aku mengubah perbualan.

"Hmmm..Ala...sekejap lagilah.Abang nak tatap wajah isteri abang yang manis leting ni."

Aku tidak henti-henti senyum berbual dengan Tengku Syamil.Pengubat jiwaku yang lara.Segala kesedihan aku tadi terpadam tatkala apabila dapat bersua muka secara maya dengan Tengku Syamil.

****
Aku berjalan laju menuju ke parkir kereta hospital swasta selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.Senyumanku melebar membawa foto 'scan' bayi aku dan Tengku Syamil.Aku tidak sabar-sabar ingin menunjukkan foto itu kepada Tengku Syamil.Pasti dia akan turut gembira melihatnya.Pada masa yang sama aku juga gembira menghitung detik kepulangan Tengku Syamil keesokannya hari.Jadi,aku berniat untuk memberi kejutan kepada cinta hati tersayang aku.Puas aku memujuk Tengku Amir supaya membiarkan aku pergi 'check up' sendiri.

Ketika aku memasuki kawasan parkir ada suara memanggil aku dari belakang.Aku memusingkan badanku.Abah mengejar langkahku yang laju tadi tanpa aku sedar.'Apa buat kat sini?'Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa abah,telefon juga tidak selepas perbalahan hari itu.Aku mematikan langkah aku dan menanti kedatangan abah.

"Kenapa Rara datang check up sorang-sorang Cakaplah kat abah kalau Amir tak dapat teman Rara.Syamil tau nanti dia marah."Abah mengingatkan aku.Jelas wajahnya risau.

"Abah ada masa lagi ke nak teman Rara?"tanya aku.Ya,aku merajuk dengan abah.

"Rara,abah tau Rara masih marahkan abah.Abah minta maaf dengan Rara.Abah tau abah dah buat salah pada Rara.Abah tak ada niat nak tampar Rara hari tu.Abah sendiri menyesal."Abah memujuk aku setelah hatiku dilukai.Tempoh hari abah balik tanpa berpaling kepadaku apatah lagi memujukku.Aku sangat kecewa ketika itu.

Aku mula sebak mengingati hal itu sehingga air mataku meleleh perlahan-lahah membasahkan pipiku."Rara sedih,abah.Lebih baik abah jangan pedulikan Rara lagi.Abah dah tak sayang Rara sejak jumpa perempuan tu."Di bawah terik matahari,emosi aku juga sama naik tingginya.Masih terasa peritnya tamparan yang hinggap di pipi aku.

"Rara anak abah.Kasih sayang abah tak pernah pudar sikit pun.Abah cuma tak suka Rara layan orang yang dah lahirkan Rara macam tu.Bukan dia saja,kalau orang lain pun abah tak suka Rara buat macam tu."Sikap anaknya yang mengherdik Tengku Zanariah buat dia hilang sabar tetapi dia sangat menyesal.Itulah julung kali dia berkasar dengan anaknya itu.

"Sebenarnya abah nak cakap Rara ni anak yang kurang ajar kan?"Aku menyoal.

"Bukan macam tu...Abah..."

Pantas aku memotong percakapan abah,"Cukuplah,abah.Rara dah tak nak dengar apa-apa lagi.Abah baliklah."Aku malas mahu mendengarnya.Semakin aku dengar,semakin sakit hati aku.Biarlah kemarahan aku reda dengan sendirinya kelak tapi aku tidak tahu sampai bila.Mungkin sehingga Tengku Zanariah pergi dari hidup aku dan abah.

Aku berjalan menuju ke kereta BMW i8 kepunyaan Tengku Syamil.Abah menarik lenganku."Biar abah hantar Rara balik."

Aku menepis cengkaman lembut abah pada lenganku."Rara dah besar,Rara boleh balik sendiri,"kata aku.Kemudian,aku menyeberangi jalan menghala ke kereta tanpa memandang kiri dan kanan.

Aku tersedar apabila sebuah kereta Proton Waja meluncur laju ke arahku.Aku tergamam di situ,tidak tahu berbuat apa-apa."Rara!!!"pekik abah dengan lantang.Kereta itu semakin laju memecut ke arah aku.Tidak sempat aku bertindak,belakangku ditolak kuat oleh abah sehingga perutku terhentak pada 'bumper' hadapan kereta yang terparkir di situ.Badanku terlantun ke belakang lalu terjelepok menahan kesakitan.

Di hadapan mataku sendiri,sekujur tubuh abah dilanggar oleh sebuah kereta.Hentaman kuat itu menyebabkan tubuh abah terpelanting tinggi."Abah!!!!!"Aku bertempik sekuat hati.Tubuh abah jatuh terkulai di tengah jalan betul-betul hadapan aku.

Seluruh tubuhku membeku,tergamam dengan kejadian itu.Kereta yang melanggar abah terus meluncur laju tinggalkan perkarangan parkir itu.Aku cuba bangun mendapatkan abah tetapi perutku terasa sangat senak seperti puting beliung berpusar membelit isi-isi perutku."Tolong!!!"jeritku lagi.

Aku gagahkan kudratku mendapatkan abah.Aku bangun tetapi kaki sangat lemah untuk berdiri.Bahagian ari-ariku terasa sangat kejang.Aku mengerekot mengerang kesakitan yang tidak tergambar.Perutku bagai dirobek dan disiat dengan kuat turut menyakitkan pinggang dan pinggulku.Ketika itu,cecair panas mula mengalir di celah kelangkangku.Aku sentuh dan ianya darah merah.

Dalam keadaan sakit,aku mengengsot ke tubuh abah yang semakin lemah.Air mataku meleleh-leleh seperti empangan pecah.Sebelah tanganku memegang perutku yang teramat pedih.Seluruh tubuh abah dibanjiri darah merah.Mata abah masih celik dan menatap aku dengan sayu.Mulutnya terkumat-kamit untuk menyampaikan sesuatu tetapi suaranya tidak keluar.Darah tersembur keluar dari mulutnya dengan banyak begitu juga telinga dan hidungnya.Aku menangis dengan kuat sekali."Abah!!!"Kesedihan melihat keadaan abah ditambah dengan kesakitan pada perutku.Cecair merah panas mengalir semakin banyak melalui vitalku sangat memedihkan.

Abah menggenggam tanganku dengan senyuman."Aaaabahhh...saayaaanggg...Ra..."Abah tidak habiskan ayatnya.Matanya dan tangannya terkulai layu."Abaahh!!!!"Aku juga tidak tertahan lagi menahan sakit.Aku terbaring di sisi abah dengan esakan.Langit biru aku lihat semakin gelap.Pandangan mataku semakin kabur."Aaab."

****
Tengku Zanariah laju mengorak langkah menuju kepada Tengku Amir yang sedang menunggu di luar bilik bedah."Amir,kak long bagaimana?"Sungguh cemas dan risau Tengku Zanariah.Bagai mahu tercabut jantung mendengar perkhabaran kemalangan yang menimpa Saifuddin dan Ammara petang tadi.

"Bagaimana keadaan kak long,Mir?"Tengku Zanariah memandang Tengku Amir yang sugul menanti kakaknya.

Air mata jantannya gugur di hadapan mamanya yang sabar menanti jawapan."Baby kak long...."Tengku Amir tidak sanggup menghabiskan ucapan tetapi disambung dengan gelengan lemah.Tengku Zanariah menggoncang tubuh Tengku Amir mendesak anaknya memberitahunya kebenaran walaupun dia faham makna gelengan Tengku Amir tadi."Cakap,Amir.Kenapa dengan baby kak long?"

"Baby...dah tak ada...Kak long keguguran."

Terpempan Tengku Zanariah sambil mengurut dadanya mengawal sebak."Allahuakhbar..Kasihan kak long."Tengku Zanariah rebah ke tubuh Tengku Amir.Di situ juga air matanya menitis.Hari yang sangat mendukacitakan.Mereka kehilangan dua orang yang mereka sayang.

"Zana...Amir.."panggil nenda yang baru tiba.Nenda juga hampir pitam mendengar perkhabaran itu lagi-lagi kehilangan cicit yang dinantikan selama ini.Masing-masing menanti Ammara selesai menjalani pembedahan.

"Syamil bagaimana?Dia dah tau ke apa yang berlaku?"tanya nenda memecah kesayuan dan kesepian di situ.

"Amir tak tau macam mana nak beritahu Abang Syamil."

"Bila dia balik dari Beijing?"

"Flight Abang Syamil pagi esok."

****
Tengku Syamil mengayun langkah pantas sebaik keluar dari balai ketibaan.Panggilan yang diterima daripada Tengku Amir sebaik tiba,membuat hatiku cukup sedih.Abah dan anaknya pergi serentak.Berita kemalangan yang menimpa Ammara dan abahnya meruntun jiwanya.

Di dalam kereta,Tengku Syamil membisu tanpa sepatah kata.Kimi dan Meo turut sama membatu tidak berani berkata apa yang akan mengguris hati Tengku Syamil.Mereka mengerti jiwa Tengku Syamil berkecamuk dan pastinya tersangat sedih.Tengku Syamil tidak berhenti-henti membalas Whatsapp Tengku Syamil untuk mengikuti perkembangan isterinya dan pengebumian ayah mentuanya.

Dia ingin cepat-cepat sampai sebelum Ammara terjaga.Saat ini,dia tahu Ammara sangat memerlukan dia di sisi.Pemergiannya ke Beijing mengundang tragedi yang mendukakan.

****
"Bye,mama.Jaga diri.Adik dengan tok abah pergi dulu,"kata seorang kanak-kanak lelaki yang lengkap berjubah putih berserban putih.Sungguh tenang wajah anak kecil itu menghadiahkan senyuman kepada aku.Aku tidak tahu di mana aku berada,di sebuah taman nan indah dengan bunga-bungaan yang harum mewangi.

"Adik nak ke mana?Kenapa nak tinggal mama?"tanyaku sebak.Kanak-kanak tersebut mengelap air mataku lalu mencium pipiku.Ya Allah,comelnya kau,dik.

"Adik tak ke mana-mana.Adik nak bermain di taman syurga dengan tok abah dulu.Nanti mama dengan papa datang ya.Adik tunggu."Si kecil itu petah berbicara menghiburkan hati aku.Ucapannya buat hatiky terusik.'Maafkan mama,adik."Aku duduk bersimpuh menahan esak.Tiba-tiba bahuku disentuh lembut.Aku berpaling kepada lelaki itu.

"Abah,"kataku.

"Jangan menangis,Rara.Abah nak Rara tau yang abah sayangkan Rara.Rara jaga diri ya."

"Abah dengan adik nak ke mana?"

"Ke satu tempat yang sangat jauh.Abah bawa adik pergi dulu ya."

Aku memeluk kaki abah sekuatnya."Jangan tinggal Rara.Rara minta maaf dah buat abah sakit hati tapi jangan tinggal Rara."Aku merayu kepada abah.Abah duduk membalas pelukan aku.Dia turut menitiskan air mata.

"Dah sampai masanya,Rara.Rara perlu relakan abah dan adik pergi.Abah dah maafkan semua salah Rara dan abah halalkan segala makan minum Rara.Rara dah tak salah dengan abah walau sebesar kuman,abah dah ampunkan."

Kepiluan melanda hatiku.Air mata semakin deras mengalir.Sekali lagi cahaya putih itu membawa abah dan adik terbang menjauh dariku sehingga aku tidak mampu menggapainya lagi.Makin lama,abah dan adik hilang bersama cahaya putih itu dari pandangan mataku.

Aku terduduk."Abah!!!Adik!!!"

"Abahh!!!!Adik!!!"Aku terjaga dan memandang sekeliling.Jagaku kini mencari-cari dua bayang yang jauh meninggalkan aku.Tiada.Hanya wayar-wayar dan peralatan perubatan saja yang ada di situ.

"Rara,"panggil suara yang aku sangat rindui.Tengku Syamil lantas mendakap aku dengan kemas.

"Abang,kenapa Rara kat sini?Mana abah?Mana adik?Kenapa ada wayar kat tangan Rara ni?"tanya aku bertubi-tubi.Tengku Syamil tenang mengawalku walaupun hatinya sangat hiba.

"Tenang,sayang.Apa pun yang terjadi,abang tetap akan bersama Rara."Suara Tengku Syamil sebak di telingaku.Aku terpinga-pinga.Ingatanku masih kabur apa yang terjadi.

Soalan demi soalan aku ajukan kepada suamiku."Abang,Rara nampak adik.Anak kita,dah besar.Comel tapi dia nak tinggalkan Rara.Apa jadi dengan anak kita,abang?Kenapa dia nak pergi jauh?"

Tengku Syamil duduk bertentang mata denganku.Tanganku digenggam dengan erat.Mataku direnung sedalam-dalamnya dengan renungan yang sangat redup.Dia menunduk meluruhkan air matanya di hadapanku."Sayang,baby kita dah tak ada.Dia memang dah pergi jauh tinggalkan kita."

Aku membatu.Tengku Syamil memelukku kembali.Adakah benar cahaya putih itu membawa abah dan anakku pergi?Adakah mimpi itu petanda yang aku akan kehilangan abah?Ya,abah.Lama aku dalam pelukan Tengku Syamil,aku ternampak bayangan abah yang dipenuhi darah merah.Saat itu aku tersedar tragedi berdarah yang menimpaku dan abah.

Aku segera melepaskan pelukan Tengku Syamil."Abah mana?Rara dah ingat,petang semalam abah selamatkan Rara daripada dilanggar.Abah macam mana,abang?Abah mana?Rara nak jumpa abah?"Aku semakin menggila.Kali terakhir aku menatap abah berlumuran darah sebelum aku pengsan di sisinya.Hati aku tidak sedap apabila Tengku Syamil meredupkan matanya.

"Abang,bawa Rara jumpa abah.Rara nak jumpa abah sekarang.Rara nak minta maad dengan abah.Mana abah."Aku menggoncang-goncang badan Tengku Syamil sekuat hatiku.Kelibat abah tiada di situ dan aku yakin sesuatu yang buruk berlaku pada abah.Abah tidak akan biarkan aku sakit seorang diri.

"Rara tanya ni.Abah mana?Rara nak jumpa,abah.Kenapa abang diam?"Aku tidak putus asa.Aku cuba turun dari katil tetapi ditahan oleh Tengku Syamil.Wajahku diraup.

"Sayang,abah pun dah tak ada."Tengku Syamil menahan kesedihan.

Damn!!!Remuknya hati aku mendengarnya.Abang meninggal kerana menyelamatkan nyawa aku.Dia mengorbankan dirinya kerana aku.Ya,Allah.

"Abang tipu kan?Abah masih hidup kan?Anak kita pun masih ada dalam perut Rara kan?"Sukar aku menerima kenyataan itu.Kenyataan yang sangat pahit untuk aku telan.

"Abang tak tipu.Sabar,Rara."Tengku Syamil menenangkan isterinya.Dia sendiri berlawan dengan perasaan.Menjadi kuat demi Ammara.Kehilangan yang tidak disangka kerana dalam sekelip mata dia kehilangan abah dan anak.Dia sendiri terkilan,sebaik kakinya menjejak bumi Malaysia pagi tadi,baru dia diberitahu oleh Amir tentang kemalangan yang mengambil jiwa bapa mentua dan anaknya.

"Semua ni tak benar,abang.Bawa Rara pergi melawat abah.Ini semua mimpi Rara saja kan?"Rara menghentak-hentak tangannya di atas katil.

"Abahhhh!!!!!Adik!!!!!"Aku menjerit kuat.Tengku Syamil mendakap aku secepatnya.Aku meronta dalam dalam dakapan memanggil abah dan adik.Lidah Tengku Syamil terkelu untuk menenangkan isterinya.

"Rara,jangan macam ni.Rara pun tak berapa sihat lagi.Tenang,sayang."

"Macam mana Rara nak tenang.Abah dengan anak kita dah tak ada.Anak kita,abang....Anak kita."Aku meronta dalam pelukan Tengku Syamil sehingga badanku terasa lemah.Aku lemah longlai tidak sedarkan diri dalam pelukan suamiku.

Sakitnya hanya Allah yang tahu melanda jiwaku.

Maaf,miss j terpaksa emosi korg..Baby TS dan Rara dah takde..Huhu.Tp jgn sedih2,pnjg lgi prjalanan hidup dorng..Selamat membaca semua..tq support miss j

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience