Bab 41- Partner

Romance Series 80659

Haniff tersenyum menghantar pesanan ringkas. Walaupun dia tahu di sana, mungkin sudah pagi. Tapi, waktu di sini jam 8 malam. Entah kenapa hatinya terusik dengan wajah Katrina apabila Irsha menyerahkan nombor telefon Katrina kepadanya.

"Selamat pagi, jangan lupa ambil sarapan, si cantik ;-)" pesanan ringkas di telefon Katrina dibacanya. "Siapalah lelaki ni. Hish, geram pulak aku. Biarlah.. " kata Katrina.

Katrina bersiap untuk menuju ke butiknya. Biarpun baru lima hari beroperasi, butiknya sudah ramai pelanggan. Dan, rata-rata apabila ditanya dari mana mereka mengetahui butik ini, mereka mengatakan.. daripada Puan Iryna Irsha. Malu dirasakan Katrina, memang Puan Iryna Irsha ini seorang yang baik hati, wajar sahaja Dato Dylan menyayangi isterinya.
***

Kembar sudah bangun awal paginya. Dan, mereka bersarapan bersama Uncle kesayangan mereka, Uncle Haniff. "Amboi Tuan Haniff, memang takda peluang dah kita orang nak main dengan kembar. Tuan Haniff dah ambil alih" kata Joe. Iqbal sudah ketawa, "baguslah tu
Boleh lah kita berehat.." kata Iqbal. Menambah perbualan.

"Hehehhe.. saya akan jadi Pak Cik yang terbaik untuk mereka berdua.. " janji Haniff. Sham dan Ria menambah, "sampai bila nak jaga anak orang. Khawin lah, Tu Katrina kan ada.." usik Sham. Haniff tersenyum, tersebut lagi nama Katrina. Haniff sudah tersenyum gembira. Tidak sabar dia akan pulang ke Malaysia hari ni.

"Ria.. Puan dengan Dato mana?" soal Sham. Ria ketika itu menyediakan sarapan pagi untuk mereka semua. "Kita bagi masa dekat Tuan dan Puan ye.. Boleh kan?" soal Ria. Haniff bersetuju, disebabkan perancangan dia, dua insan itu tiada masa untuk mereka sendiri.

"Niel, Ryna.. hari ni kita jalan-jalan ye.. Terus, tolong Uncle cari hadiah untuk Aunty Nana.." kata Haniff. Terdiam Sham, Ria, Iqbal, dan Joe. Siapakah gerangan Aunty Nana yang Haniff maksudkan?
***

Fuad sedang menolak kerusi roda milik ibunya. Hari ni mereka bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumahnya. Fuad tahu, ini sahaja masa yang dia ada..

"Aunty....." laung seorang perempuan bertudung litup. Fuad melihat gadis itu, comel dan cantik. Mendekati ibunya dan dia.

"Eh, Cik Layla.. Apa kahbar?" soal ibu Fuad. Perempuan yang bernama Layla itu menyalam tangan ibu Fuad dengan cermat. Siapakah gadis ini?

"Ahh, Fuad. Ni nurse yang selalu jaga ibu dekat hospital hari tu. Nama dia Layla. Layla ni anak lelaki saya, Fuad" Ibu Fuad mengenalkan kepada Layla, Fuad.

Layla hanya tersenyum manis dan memberi laluan mereka bercerita, namun hati Fuad.. Hati Fuad suka melihat gadis ini.
***

"Hari ni kita nak balik Malaysia kan, Abang?" soal Irsha. Dia masih lagi bermalasan di katil. Dylan di meja menganggukkan kepala dan tersenyum melihat Irsha di katil.

"Abang tengah buat apa tu?" soal Irsha. Dylan berdiri dan bersama-sama isterinjya di katil. Pelukan dikemaskan. "Abang ingatkan nak buat sikit majlis lah, boleh? Untuk kita semua... Boleh kan?" soal Dylan. Lama Irsha terdiam, "bagus juga tu. Ada benda juga Irsha nak umumkan hari tu. Tak pe, nanti baju kita tempah lah dekat butik Katrina.. Boleh kan Abang?" soal Irsha.

Dylan sudah mula mengukirkan senyumannya sambil mengucup pipi cantik Irsha, "boleh sayang... " kata Dylan.

"Irsha harap setakat ini sahajalah yang kita lalui, Abang. Begitu banyak ujian yang kita lalui. Dan, siapa kata kekayaan menjamin segalanya. Tidak! Kebahagian, penerimaan, dan kebersamaan adalah kunci penting dalam kekeluargaan" kata Irsha.

Dylan mengapai tangan isterinya dan mengucup perlahan. "Betul sayang.. Abang dengar Irsha nak berhenti, betul ke ?" soal Dylan.

"Ya Abang. Irsha nak jadi isteri sepenuh masa, nak jaga kebun, nak jaga stesen bunga Irsha dekat tingkat atas, nak jaga Abang dan anak-anak" tekad Irsha.

Dylan bertanya, "syarikat macam mana?" soal Dylan. Irsha tersenyum, "itu Irsha dah bincang dengan Abang Haniff, Abang Haniff akan ambil alih dan dibantu oleh Sham dan Ria. Tapi, Irsha ada satu syarat untuk Abang." kata Irsha. Dylan menunggu syarat Irsha.

"Boleh tak ambil Iqbal dan Fuad sebagai pekerja Abang?" soal Irsha. Dylan diam berfikir.

"Nanti Abang cuba fikirkan. Tapi, untuk tarik Sham ke pejabat Irsha, mungkin tak boleh sayang.. sebab Sham akan selamanya bekerja untuk Abang... kerana memang itu kepakarannya. " kata Dylan.

Irsha hanya merenung suaminya, ada betul yang dikatakan oleh suaminya. "Nanti Abang akan bagi keputusan akhir ye.. Lagipun, memang semua ni dah ada dalam perancangan Abang..." kata Dylan.

semua dah ada pasangan kan ? hehehe. tunggu next chapter ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience