Series
80659
"Tahniah Irsha.." kata Dylan mengucup dahi isterinya. Ya, dia dengar mengenai perkara yang projeknya sudah siap.
"Terima kasih Abang.. anyway, anak kita dah cuti sekolah kan. Jom" kata Irsha, bersinar matanya apabila memberitahu yang dia inginkan percutian.
"Hehehe. Tahu sayang. Dah, jangan risau. Abang dah suruh Sham book kan kita tiket" kata Dylan lalu berdiri, menyerahkan tangannya untuk disambut oleh isterinya.
Irsha meletakkan tangannya dan Irsha ditarik ke pelukan suaminya.
"Jom... Kita ke Gold Coast, Australia" bisik Dylan. Irsha sudah terkejut.
"Apa? Sekarang.. Abang ni biar betul? Irsha belum kemas lagi ni. Abang ni lah, suka buat Irsha macam ni.." bebel Irsha seraya mencapai beg tangannya. .
*******
"Mama.. Papa. Lama kita orang tunggu, cepatlah" bising Ryna. Irsha sudah ketawa. Mereka sudah bersedia di jet. Dia? Baru sahaja mengetahui hal ini.
"Dah, Ryna dengan Niel tidur dulu ye. Sham hantar mereka" arah Dylan.
"Dah jom.. meh ikut Uncle" kata Sham, kembar itu menurut arahan papa mereka.
"Irsha okay?" Soal Dylan.
"Tak. Tak okay, abang suka buat Irsha macam ni kan?" Soal Irsha, Dylan sudah tersengih sikit.
"Puan, nak makan apa-apa?" Soal Ria.
"Tak kut. Belum rasa lapar, nanti Irsha ambil sendiri" kata Irsha.
"Dah Iqbal. Kamu pergi lah rehat. Okay?" Arah Dylan. Dia mahu bersendirian bersama isterinya kerana ada perkara yang ingin ditanya kepada isterinya.
Setelah mereka semua meninggalkan majikan mereka. Sudah tiba saatnya dia bertanya kepada Irsha, mengenai masa lalu.
"Irsha.. Abang nak tanya. Irsha dulu pernah ada musuh ke? Atau ada orang suka kacau Irsha ke atau masa sekarang ini ada orang tengah buat apa-apa ke dekat Irsha?" Soal Dylan.
Irsha diam merenung Dylan lalu berfikir.
"Hemm.. setakat yang Irsha ingat. Takda pula Abang. Zaman Irsha membesar dulu memang takda" kata Irsha.
"Sekarang?" Soal Dylan.
Irsha sudah tertelan sedikit air liurnya. Dia tidak mahu memberitahu suaminya mengenai perihal pekerjanya kerana baginya dia belum melakukan apa-apa yang berbahayakan dia.
"Takda Abang. Kenapa?" Soal Irsha. Ya, dia sedikit risau. Kenapa suaminya bertanya mengenai perkara ini.
"Betul ni? Kalau takda, tak apalah. Mana lah tahu, Abang kalau boleh tak nak kejadian dulu berlaku lagi." Kata Dylan.
Irsha mencapai tangan Dylan dan digenggamnya. " Insha Allah, Abang.. tak da apa-apa. Okay?" Kata Irsha.
Dylan merenung isterinya. Entah kenapa dia merasakan isterinya ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.
"Adalah lebih baik aku tanya dengan Iqbal dan Ria" gumam hati Dylan.
Share this novel