Series
80659
Niel dan Ryna sedang menikmati sarapan pagi mereka. "Papa... Mama... boleh tak nanti kita bercuti bersama-sama" luah Ryna. Lama sudah mereka sekeluarga tidak bercuti bersama.
"Boleh sayang. " kata Irsha. Dia memberikan senyuman kepada suaminya. Niel ingin bertanyakan sesuatu kepada kedua ibu bapanya, "Mama, Papa.. mana Uncle yang pernah datang sini, Uncle Haniff" soal Niel secara tiba-tiba.
Sedikit terkejut Irsha dan Dylan. Kenapa anak lelaki mereka bertanyakan mengenai pak cik mereka. "Kenapa Niel tanya?" soal Dylan. Ryna dan Niel sudah tersenyum.
"Uncle Haniff tu baik Mama.. Dia selalu lawat kita orang dekat pra sekolah." jujur Ryna. Terkejut terus Irsha dan Dylan. "Err.. dah lama ke Uncle lawat Niel dengan Ryna?" soal Dylan. Dia sebagai papa sangat risau mengenai kedatangan Haniff ke pra sekolah anak mereka. Jika dendam itu antara mereka berdua, jangan disentuh kembar mereka.
"Jarang juga. Tapi, setiap kali Uncle Haniff datang.. dia selalu bercerita tentang Papa.. Rupanya Papa dengan Uncle Haniff best friend kan.. macam Ryna dengan Nisha" kata Ryna. Dylan sudah mulai khuatir. Memang mereka kawan, tapi lebih kepada berkawan untuk bersaing.
"Errr... dah cepat makan ye sayang.. tu Uncle Joe mesti dah tunggu tu." kata Irsha. Dylan melihat Irsha dan begitu juga Irsha melihat Dylan.
***
"Katrina.. dah faham kan?" soal Ria. Katrina mencari-cari kelibat majikannya, Dato Dylan. Dilihat Katrina seakan tidak fokus. "Awak cari siapa, Katrina?" sedikit menaik suara Ria.
"Maaf Puan Ria. Tapi, mana Dato?" soal Katrina. Dalam hati Ria, sudah mulai sedikit rasa jelak. Siapa dia ingin mencari majikannya?
"Err. owh. Dato, dia ada meeting sekejap. Selepas lunch baru dia datang." kata Ria. Katrina hanya tersenyum.
***
Irsha duduk berhadapan dengan suaminya. Dia ditemani oleh Haniff selaku pembantu dalam menguruskan syarikatnya. Irsha sudah memasukkan Haniff sebagai pemegang saham bagi syarikat mereka.
Dan Dylan hanya mengenggam penumbuknya di bawah meja. Walaupun hatinya sedikit panas melihat Haniff seakan mengejeknya. Namun, perancangan ini harus dilakukan dengan teliti.
"Saya macam menyaksikan sejarah berulang kembali. Ketika, ayah Dayen dengan Datok Ali berebut projek. Sekarang, Dayen dengan isteri pula ye. Nak bagi siapa menang ni?" soal Datuk Hamid.
Haniff hanya tersenyum dan menjawab, "waktu tu siapa menang Datuk?" soal Haniff. Datuk Hamid senyum, dia kenal siapa Haniff, anak angkat Dato Mustapha, tidak hairan jika Irsha dan Haniff bergabung, kerana ini merupakan syarikat leluhur mereka.
"Waktu tu, dua -dua hebat. Uncle pun tak tahu nak bagi siapa. Dan, Uncle pun dah lupa siapa Uncle bagi" kata Datuk Hamid.
Perbincangan dilakukan sesama mereka. Setelah hampir satu jam mereka berbincang, Datuk Hamid mengakhiri kata-katanya, "minggu depan.. kita akan bertemu lagi. Saya harap semua syarikat bersedia ye." kata Datuk Hamid.
***
"Abang Haniff balik dulu ye. Saya ada nak bincang dengan Abang kijap" kata Irsha. Haniff sedikit merasa terganggu.
"Irsha nak buat apa jumpa Dylan? Dia sekarang ni pesaing kita, tau tak.." kata Haniff. Irsha hanya tersenyum.
"Walaupun pesaing, saya ni isteri dia.. Abang Haniff. Relaks lah, saya tengah nak alihkan perhatian suami saya supaya kita boleh menang perebutan projek ni" kata Irsha. Haniff sudah tersenyum.
"Bijak juga Irsha ni. Okay, be careful dear. " senyum Haniff. Tidak disangka Irsha sudah memulakan langkah untuk menjatuhkan suaminya sendiri. " Tak sia-sia aku berlakon kelmarin, Irsha dah mulai membenci suami dia" ejek Haniff dalam hati.
***
"Kamu biar betul, Irsha.. Dayen?" soal Datuk Hamid. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku di antara suami isteri ini.
"Please Datuk... ini je jalannya" kata Dylan. Irsha juga menganggukkan kepalanya. Ini sahaja jalannya. Datuk Hamid menghembuskan nafasnya.
"Baik.. Uncle akan buat. Sebelum tu, Uncle nak minta maaf terlebih dahulu ye.. Harap takda dendam antara kita berdua Dayen" kata Datuk Hamid.
"It's okay Datuk. Saya cuma harap rancangan ini berjaya.. Terima kasih Datuk" kata Dylan.
Mereka bersama-sama melangkan keluar daripada syarikat tersebut. "So, kita nak ke mana sekarang Abang?" soal Irsha.
Dylan sudah tersenyum.. "call Haniff, cakap Irsha tak sihat ye. Abang akan call Ria, cakap Abang pun tak sihat" arah Dylan.
"Kenapa pula Abang?" soal Irsha, namun melihatkan senyuman suaminya. Fahamlah dia apa yang difikirkan oleh suaminya sekarang dan sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai isteri.
***
Katrina menaip di papan kekunci sambil matanya melihat ke bilik Dato Dylan. Ke mana pula pujaan hatinya tu.
"Katrina. Awak boleh kerja setengah hari je hari ni ye." kata Ria. Katrina hanya tersenyum, "err.. kenapa Puan?" soal Katrina.
"Sorry.. Dato Dylan yang suruh saya. Lagipun, Dato tak sihat hari ni. Esok macam biasa ye, jam 8. Terima kasih" kata Ria meninggalkan Katrina.
"Tak pe. Esok kita bertindak" bisik hati Katrina.
Siapa rindu kembar ? Tunggu next chapter esok ye :)
Share this novel