Bab 40 - Family is First

Romance Series 80659

"Mama... Papa..." jerit Niel dan Ryna apabila mereka terlihat akan sosok tubuh dua insan yang mereka rindui. Irsha dan Dylan mendepakan tangan mereka untuk menangkap kedua kembad mereka itu. Haniff di belakang hanya tersenyum melihat aksi kedua anak buahnya.

Betapa bodohnya dia ingin merancangkan memisahkan Dylan dan Irsha, sedangkan kembar ini yang akan menjadi mangsa jikalau mereka berpisah. Sedangkan zaman kecilnya juga suram dengan ketiadaan kedua ibu bapanya, hanya Dato Mustapha sebagai bapa angkatnya.

"Uncle Haniff...." suara becok Ryna mematikan lamunan Haniff. Haniff tersenyum ke arah si kecil Niel dan Ryna. "Hai Niel, hai Ryna... Uncle rindu.." kata Haniff, sedikit getaran di suara Haniff menahan sebak.
***

Haniff memandang hanya dari kejauhan, satu keluarga yang bahagia. Sangat bahagia. Dylan, Irsha, dan anak mereka sedang bergurau antara satu sama lain. Terimbau kembali zaman dirinya membesar. "Abang Haniff.. tengah termenungkan apa tu?" soal Irsha. Agak tersentak sedikit Haniff, entah bila Irsha mendekatinya.

"Hehehhe.. Irsha nak dengar cerita abang tak?" soal Haniff. Irsha menganggukkan kepalanya. "Abang nak ceritakan zaman Abang kecil dulu. Dan, macam mana abang dapat kasih sayang dari insan yang cuma hanya bergelar bapa". Irsha bersedia mendengarnya. Walaupun, dia tidak pernah mendapat kasih sayang daripada Datuk Ali, tapi dia tahu Datuknya itu menyayangi dirinya.
***
(imbas kembali)
" Siapa budak ini Mustapha?" soal Dato Ali. Mustapha ketika itu mengenggam tangan seorang budak yang berumur enam tahun. Budak ini akan menjadi anaknya. Dan, dia akan latih budak ini sebaik yang mungkin.

"Ini anak angkat saya, ayah. Bakal pewaris syarikat kita, ayah" kata Mustapha. Yakin. Dato Ali hanya tersenyum.. "baguslah tu. Aku pun nak juga rumah ni ceria dengan seorang budak" kata Dato Ali meninggalkan mereka berdua.

Dato Ali menunjukkan permata merah di hadapannya. "Permata ni hanya ada pada waris aku sahaja. Ada dua sahaja dalam dunia ini. Koranglah yang aku pertanggungjawabkan untuk meneruskan harta peninggalan aku. Jangan jadi macam bapa kau, Haniff. Nak bunuh aku supaya dia boleh bolot semua harta aku. Family is first. Nanti kalau kau jumpa orang lain pakai permata ini, lindungilah dia seperti adik kau. Faham Haniff?" kata Dato Ali.

"Faham Atuk" kata Haniff.
***
(Sekarang)

"Atuk dah pesan dengan saya, jangan tamak harta. Macam nilah kan manusia. Maafkan Abang sekali lagi, Irsha." kata Haniff.

Irsha hanya tersenyum, "Jadi.. Abang bolehkan jadi Abang Irsha dan tolong tengokkan kembar.?" kata Irsha sambil tersenyum. Haniff sekali lagi terkesima, "boleh Irsha.. " kata Haniff.

"Dah.. korang rehatlah. Biar aku jaga kembar, korang pun mesti nak masa sendirian kan.." kata Haniff. Irsha hanya tersenyum sipu. "Errr.. Betul ke ni Abang nak jaga anak Irsha?" soal Irsha.

"Yalah. Kalau kau masih ragu-ragu dengan Abang, kau suruh je Iqbal dan Joe tengokkan aku. " kata Haniff. Dia tahh Irsha masih berjaga-jaga.

"Anyway, Abang.. Irsha rasa Abang pun perlu ada anak sendiri kut. Supaya kita kembangkan lagi keluarga kita sekarang. Nahh, nombor Katrina." kata Irsha menyerahkan sekeping kertas kecil. Haniff terus tersenyum, terlayar wajah Katrina.

"Apa salahnya kan.. Terima kasih Irsha" kata Haniff.
***

"Waaa.. kau pun dah buka butik sendiri ye Katrina, hampir aku tak cam kau tadi. Yalah, waktu aku kenal kau. Mekap tebal. Kan sekarang lawa.. " kata Fuad.

Dia terserempak dengan Katrina ketika berjalan di pusat membeli-belah ini. Katrina tersenyum, "inipun.. atas sebab ihsan Irsha itu. Kalau tak, taklah aku buka butik, Ad.. Ni jemput-jemput mak kau tempah baju ye" kata Katrina.

"Wajib.. Ni boleh tahan juga butik, dah ada ramai pelanggan. " puji Fuad. Katrina tersenyum. Selepas mereka lama berbual, setelah Fuad meminta diri. Telefonnya berdering menandakan masuk pesanan ringkas.

"Tahniah atas pembukaan butik baharu, see you when i see you" kata pesanan tersebut. Katrina sudah berfikir, siapakah yang mewasapnya ini? Dia bertanya soalan itu kepada si pengirim pesanan.

Dan, pesanan itu menjawab, "Your husband to be, sayang..." kata pesanan ini. Termangu Katrina. Siapakah orang ni? Kalau Fuad, dia sudah pun menyimpan nombor telefon Fuad yang baharu. Siapakah dia ni?

Pesanan masuk lagi, "kerja elok-elok ye sayang..." kata pesanan tersebut. Katrina hanya tersenyum.. Siapakah gerangan orang ini yang mengaku sebagai bakal suaminya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience