Series
80659
Fuad melihat Irsha yang sudah masuk pejabat hari ini. Dia cuba memaniskan mukanya dan mendekati Irsha. Namun, apa yang mengejutkan dia ialah, kini ada dua lelaki yang mengawali Irsha. Bukan lagi Iqbal. Dan lelaki ini, lebih tegas raut wajahnya berbanding Iqbal.
********
"Saya pelik dengan Sham ni, tiba-tiba je nak tukar tempat kerja dengan awak, Ria. Ada apa-apa ke korang ni?" soal Dylan. Pelik dia yang mengikutinya pagi ini Ria dan bukannya Sham.
"Maafkan saya, Tuan.. Tapi, sahaja kami nak bertukar posisi untuk hari ini. Bukan apa.. saya nak juga rasa macam mana suami saya kerja dengan Tuan" kata Ria, namun perancangan ini hanya diketahui oleh mereka bertiga.
******
"Aku nampak lelaki tu Iqbal. Dia macam tak boleh lepaskan pandangan dia daripada Puan. Ikutkan aku, dah lama aku berhentikan dia. Terlalu psiko gila. Ke mana Puan pergi, dia ada. Kau ingat aku tak nampak. Dan, aku tak faham.. kenapa Puan masih bertahan" soal Sham meluahkan ketidakpuasan hatinya.
"Aku pun pelik Sham.. Kenapa Puan tak lapor je dengan Dato. Ini kes sebelum jadi bahaya, baik kita berjaga-jaga" kata Iqbal.
"Ini kalau kena dekat Dato Dylan, dah lama berhenti dah budak ni. Tak jejak langsung dekat pejabat daa.. Anyway, teruskan memerhati" kata Sham. Sambil dia melihat Fuad mencuri pandang ke arah mereka sambil bercerita dengan pekerja di sana.
"Siapa lelaki tu arr??" soal Fuad tidak puas hati. Namun, perancangannya kali ini harus disusun dengan teliti.
*****
"Abang Niel, hari ini kita pergi playground kan? Nisha.. Nak ikut tak?" soal Ryna, ramah
Nisha mengelengkan kepalanya.. "tak pelah Ryna, petang ini Nisha kena ikut mommy... Lain kali ye, Ryna." kata Nisha
Ketika itu waktu pejabat sedang rehat, Fuad sudah berada di luar pagar sekolah. Awal daripada pemandu anak Irsha. Dia ingin menipu pihak sekolah dengan memperkenalkan diri sebagai penjaga anak Irsha.
Namun, belum sempat Fuad masuk ke sekolah, ada sebuah kereta sudah terparkir di dalam. Dan, apabila keluar pemandunya. Terkejut dia, Dylan lebih pantas daripada dia.
Fuad menumbuk stereng. Hatinya panas. Rancangannya gagal lagi. Selepas kereta Dylan jalan, dia mengikuti kereta tersebut sehingga dia tiba di taman permainan.
Dia melihat ada dua kereta di sana, keluar Irsha dari kereta itu. Fuad melihat mereka sangat gembira dan bahagia.
"Sepatutnya aku yang jadi suami kau, Irsha.. Aku yang sepatutnya" kata Fuad.
*****
"Nasib cuaca redup hari ni kan Abang?" soal Irsha. Dylan menganggukkan kepalanya. Sepatutnya mereka ke taman permainan petang ini, namun Dylan ada mesyuarat yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa menukar waktu. Demi kembar. Dylan sanggup buat apa sahaja.
"Tulah, nasib juga cuaca tak berapa panas. Kesian juga mereka. Lepas ni, Ria pesan dengan bibik, suruh mereka rehat dulu lepas tu mandi. Pastikan mereka makan vitamin. Takut demam pula" arah Dylan.
"Baik Tuan." kata Ria.
"Mama Papa, marilah sini" kata Ryna.
Dylan tersenyum dan memimpin tangan isterinya dan mereka bersama-sama menuju ke taman permainan dan mereka bahagia. Sangat bahagia.
"Suka aku tengok majikan aku ni, walaupun dah lama khawin, percintaan mereka ni macam masa dulu. Still romantik" kata Sham. Ria menganggukkan kepalanya.
"Nanti kita jadi macam tu ye Bie" kata Ria sambil merenung mata Sham. Iqbal pula sedikit malu dengan pasangan ini. Dia bila lagi? Dia sendiri tersenyum.
"Kau ingat aku akan biarkan korang bahagia, ah budak gemuk? Takkan akan. Kalau aku tak dapat kembar... aku akan culik isteri kau, budak gemuk.. Hahahhahaha!" kata Fuad dengan ketawa jahatnya..
Share this novel