Bab 28 - Berjumpa Dato Mustapha Kembali

Romance Series 80659

"Apa khabar abah?" soal Haniff menemui bapanya di penjara. Dato Mustapha tersenyum di balik kaca. Semakin matang anak angkatnya.

"Khabar baik Haniff. Sihat?" soal Dato Mustapha. Haniff tersenyum sinis. "Wah. baru nak tanya khabar ke?" soal Haniff.

Dato Mustapha terus muram. Wajar sahaja anaknya bersikap begitu kepadanya. Dia mendidik Haniff dengan kasar dan asyik menyuruh Haniff mengikut langkah Dylan yang sememangnya berjaya di arena perusahaan ini.

"Jadi? Macam mana hidup abah dalam penjara ni? Best?" soal Haniff. Dato Mustapha tersenyum, "dekat sini.. Abah rasa apa yang Abah tak rasa dahulu. Dan, Abah bersyukur" kata Dato Mustapha.

Haniff lagi tersenyum. "sesuai lah tu. Abah kan dah tua" kata Haniff.

"Kenapa Haniff datang sini? Abah tahu kalau Haniff datang Malaysia mesti ada sebab" kata Dato Mustapha.

"Betul tu.. Haniff nak tengok siapa sepupu Haniff. Cantik orangnya. Patutlah Dylan sanggup tunggu sepupu saya tu kan" kata Haniff.

Dato Mustapha sudah gusar. "Haniff. Kita dah bernasib baik, Irsha tak kacau syarikat di luar negara. Walau apapun, Irsha tetap waris tunggal syarikat yang kita telah usahakan. Kita yang sepatutnya bersyukur, sebab Dato Ali anggap kita seperti anak dan cucu walaupun hakikatnya tidak" kata Dato Mustapha memujuk anaknya yang darah muda itu.

"Saya akan cuba menerima itu, Abah. Tapi, yang saya tak terima. Kenapa Irsha perlu khawin dengan pesaing kita. Dayen Dylan. Why?" soal Haniff.

Dato Mustapha diam.

"Sebab, sebelum dia kahwin dengan Dylan. Irsha tak tahu dia waris syarikat. Dah lah, Haniff. Apa sahaja yang ada di fikiran kamu. Tolong hentikan. Balik lah ke luar negara. Urus syarikat dekat sana." kata Dato Mustapha meninggalkan Haniff.
****

Irsha datang melawat Dato Mustapha.

"Uncle tahu kamu datang nak tanya pasal Haniff kan? Dia ada jumpa uncle tadi." kata Dato Mustapha.

"Uncle... Kenapa dah lama macam ni, Haniff datang. Kenapa Uncle?" soal Irsha.

"Satunya adalah disebabkan oleh dendam dia dengan Dylan. Satu lagi, sebab dia nak tengok Irsha. Dan, Uncle rasa dia ada perasaan dengan Irsha" kata Dato Mustapha.

Dylan sudah menggengam tangannya. Cukuplah Fuad meminati isterinya. Kini, rakannya merangkap musuhnya pula menyukai isterinya.

Memang Irsha cantik, tidak dinafikan. Namun.. tidak dia sangka ramai yang menyukainya.

"I will not let anyone fall in love with you, Iryna Irsha. Only me, your husband can loving you as much as i can" kata Dylan dalam hati sambil mengenggam tangan Irsha.

Dah dapat semangat kembali. Enjoy reading, readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience