Bab 31- Keminatan Haniff

Romance Series 80659

Haniff masih merenung gambar Irsha. Entah apa yang merasuk Haniff. Wajah Irsha, percakapan Irsha. Namun, dia milik orang lain iaitu Dylan, pesaingnya.

"You ni asyik-asyik renung gambar perempuan ni, dia ni siapa arr? I punya lawa dekat depan you. You lebih tengok gambar ni?" bising Katrina, gadis yang baru dikenalinya di kelab sebentar tadi.

"At least, dia cantik ori daripada you tu. Makeup tebal. Dan, kau tak layak nak banding diri you dengan dia. Sebab dia ada segalanya, dan bukan macam you ni" kata Haniff menunjal kepala Katrina.

"Adui.. apa you ne? Sekarang ni you nak I ke tak ?" soal Katrina. Haniff hanya tersenyum sinis. Dirasakan dia jijik dengan perempuan di hadapannya ini. "Aku tak nak kau lah, kau ingat aku ni terdesak sangat ke, aku cuma nak kau buat sesuatu untuk aku" kata Haniff.

Katrina mulai berfikir, "apa bayarannya atas perintah you ni?" soal Katrina. Haniff sudah mengeluarkan buku ceknya dan menulis 1 juta ringgit di buku tersebut. Terkesima Katrina dengan nilai yang ditulis itu.

"Okay... apa kerjanya?" soal Katrina. Haniff mulai bercerita tentang rancangannya kepada Katrina.
***

"Gila lah Haniff tu Abang, dia main langgar je. Tak tahu Irsha ni isteri Abang, anak pun dah dua. Kebenda lah Haniff tu" kata Irsha, menyuarakan luahan yang terjadi di pejabat tadi pagi.

Dylan hanya ketawa, dia tahu kenapa Haniff begitu tergilakan isterinya, wajar sahaja. "Isteri Abang ni masih menawan, baik hati.. tak perlu tunjukkan diri Irsha, dari wajah pun, dah tahu Irsha ni macam mana orangnya"

Irsha hanya tersenyum, " selepas ni, kita nak buat apa Abang?" soal Irsha. Dylan meraih tangan isterinya.

"Kita tunggu sahaja apa rancangan Haniff sayang. Tapi, yang pasti sekarang Haniff merancangkan sesuatu" kata Dylan.
***

"Ahh, Fuad. Kenalkan ini Katrina. Mulai sekarang, kita tiga kena kerjasama untuk menjatuhkan Dylan tak guna tu. Dan, aku yakin Irsha akan bersetuju dengan aku punyalah. " kata Haniff, yakin dia dengan rancangan yang dia akan buat.

"Apa rancangan Tuan?" soal Fuad, masih tenang di sofa. Haniff menarik album lama dan terus menyerahkan ke arah Fuad.

"Aku akan main emosi Irsha. Orang macam Irsha tu, hatinya lembut.. mudah tersentuh. Kalau aku cerita pasal keluarga Dylan yang membuat keluarga kami pernah bankrup suatu ketika dahulu. Aku yakin, dia akan mudah jatuh kesian dekat aku." senyum Haniff.

"Dan, Katrina ni.. apa kerja dia?" soal Fuad. Haniff sudah menarik mulutnya untuk tersenyum.

"Katrina... tugas dia senang, goda Dylan.. tapi, sebelum tu tugas kau ialah dandan dia seperti Irsha. Pemakaian dia dan cara dia. Kau ada masa seminggu sebelum aku suruh Katrina bertindak. Ajar dia semua tentang Irsha. " rancang Haniff.

Fuad memandang Katrina dan Katrina senyum kepada Fuad. Dalam hati Fuad berkata, "kau jauh sekali nak dibandingkan dengan Ryna." apabila dia melihat penampilan Katrina.

"Baik Tuan Haniff" kata Fuad. Haniff sudah menepuk tangannya, "bagus... ni yang aku suka. Aku tak perlukan banyak orang, aku cuma perlukan sedikit orang. Supaya aku boleh jatuhkan Dylan dan ambil Irsha dari genggaman Dylan" kata Haniff.

Katrina sudah mula muak, kenapa nama perempuan ini disebut oleh Haniff. "Siapa Irsha ni? Hurmm.. kenapa you semua nak sangat dengan dia ni dan suruh I jadi macam dia?" soal Katrina.

"You tak payah banyak bunyi, Katrina. Just follow my instructions.. okay honey?" kata Haniff sambil mengusap pipi Katrina.

dah muncul watak baharu, Katrina...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience