Series
80659
"Cik Katrina?" panggil Ria. Agak terkejut dia dengan penampilan Katrina. Seakan Puan Irsha jika dia lihat seimbas lalu. "Sini ke nak masuk Puan?" soal Katrina. Ria kembali ke alam realiti.
"Ya, Cik Katrina, Dato Dylan yang akan temuduga awak." kata Ria memaniskan wajahnya. Dylan menantikan Katrina masuk. Ketukan di pintu di dengari. Terbuka pintu dari arah luar. Terpegun seketika Dylan melihat Katrina, seakan isterinya namun bukan.
"Cik Katrina kan? Sila masuk.." kata Dylan masih merenung Katrina lama. Katrina memulakan lakonannya. "Err.. Dato, lama Dato tenung saya. Bila kita nak mulakan temuduga" usik Katrina. Perangainya harus disopankan demi bayaran 1 juta. Misinya cuma satu, menggoda orang di hadapannya, namun... orang di hadapannya ini sangat segak dan tampan.
"Maaf. Raut wajah awak dengan cara awak bercakap macam seseorang yang saya sangat kenal. Kita mulakan ye.. " soal Dylan. Dan, temuduga berlangsung di antara Dylan dan Katrina.
***
Irsha menghirup kopi hitam, di hadapannya Haniff yang merenungnya seakan ingin menekam. Pakaiannya pada hari ini sedikit menggoda kata Haniff. Sedangkan dia memakai baju panjang lengan putih beserta seluar hitam labuh. Irsha hanya menggeleng melihat perangai Haniff.
"Believe me Irsha, kalau aku jadi Dylan. Kau akan aku jadikan ratu dekat rumah. Tak perlu buat kerja. Kerja kau hanya cantik untuk aku je. Bodoh punya Dylan, isteri lawa ada ke dia suruh kerja" amarah Haniff. Irsha hanya tersenyum sinis.
"Saya kerja ni bukan sebab suami saya suruh. Saya yang nak. Abang Haniff boleh tak jangan hina suami saya depan saya. Saya ni isteri dia" bentak Irsha.
Haniff hanya tersenyum, sudah tiba masanya dia memulakan perancangamnya untuk meraih simpati Irsha. Perempuan sepertinya hanya perlu bermain dengan emosi untuk memerangkapnya.
"Irsha nak kenal ke dengan leluhur kita, Abang ada bawa album. Yalah, walaupun Abang Haniff ni bukan cucu sebenar Atuk Ali dan Dato Mustapha bukan ayah sebenar Abang, tapi Abang bersyukur dapat keluarga yang penyayang" pancing Haniff. Riak muka Irsha sudah mulai berubah.
"Tapi, Irsha tak pernah anggap Abang orang asing.. Abang Haniff pun keluarga Irsha juga" nada Irsha sedikit suram. Haniff sudah ketawa dalam hati. Senang memancing emosi Irsha.
Dan, Haniff memulakan rancangannya, memberitahu sejarah yang syarikat ini suatu masa pernah tumbang oleh syarikat milik keluarga Dylan.
***
"Tahniah Cik Katrina, awak diterima bekerja di pejabat ini. Esok, tepat jam 8 ke sini, saya akan brief Cik Katrina ye" kata Ria. Katrina sudah tersenyum. Berjaya tahap pertama rancangannya. Dan dia akan sentiasa meneruskan rancangannya sehingga dia memiliki Dylan secara mutlak.
Dato Dylan bukannya seorang yang tua. Masih tampan, tegap, dan raut wajahnya yang manis ditambah dengan kekayaan yang dimiliki oleh Dato Dylan membuatkan Katrina harus memiliki Dylan.
"Baik Puan Ria. Terima kasih. Saya balik dulu" kata Katrina. Sejurus sahaja Katrina meninggalkan Ria. Ria masuk ke dalam bilik Dato Dylan untuk mempersoalkan kenapa Katrina dipilih sedangkan ada calon yang lebih baik daripada Katrina.
"Tuan.. maaf kalau saya bertanya, tapi kenapa Tuan pilih Cik Katrina?" soal Ria. Dylan hanya tersenyum.
"Ke sebab dia macam Puan Irsha?" soal Ria lagi. Dylan ketawa sedikit.
"Katrina macam Irsha? Hahahha. Ria. Irsha hanya satu di dalam dunia ini iaitu isteri saya, Iryna Irsha. Datanglah sebanyak mana wajah yang sama dengan isteri saya. Iryna Irsha tetap satu, iaitu isteri saya yang saya kenal dari kecil dan yang saya cintai dari saya kecil. Yang lindungi saya ketika saya menjadi Ontel" kata Dylan.
Ria pelik. "Jadi, kenapa Tuan pilih Cik Katrina?" soalnya.
Dylan hanya diam, berubah air wajahnya. "Ada sebab. Dan, satu saya nak minta dengan awak... perhatikan dia. Dan, teruskan buat apa yang saya suruh" kata Dylan.
Ria sudah mendapat jawapan, "dia ke yang..." belum sempat Ria menghabiskan ayatnya, Dylan sudah menganggukkan kepalanya.
"Walau apapun berlaku Ria. Simpan kata-kata saya ni, Iryna Irsha ialah isteri saya dan orang yang layak saya cintai dan akan selamanya jadi milik saya. Datanglah seribu gadis seperti Irsha. Iryna Irsha hanya satu, orang yang mengandungkan waris saya dan melahirkan waris dan keturunan saya. " kata Dylan sambil membelai gambar mereka sekeluarga.
Dan, Dylan mengetahui selepas ini kerjanya tidak akan senang.
***
Irsha mengelap air matanya, begitu kejam keluarga suaminya menghancurkan syarikat arwah datuknya. Haniff menyerahkan tisu kepada Irsha.
"Lap air mata Irsha, Abang tak sanggup nak tengok" bisik Haniff. Irsha mengapai tisu itu dan mengelap air matanya.
"Saya tak tahu yang syarikat milik Abang pernah buat macam tu, Abang Haniff.." sayu suara Irsha.
"That's why.. Irsha, kita kena bersatu untuk jatuhkan kembali syarikat si Dylan tu. Biar dia rasa apa yang keluarga kita pernah rasa. " kata Haniff.
"Apa yang kita perlu lakukan Abang Haniff?" soal Irsha. Haniff sudah tersenyum. Kelihatan sinar kemenangan sudah boleh dia genggam.
"Pertama....." kata Haniff, dan Irsha mendengar kata-kata Haniff.
Share this novel