Series
80659
Fuad menantikan apakah yang akan diperkatakan oleh Haniff. Arahan pertamanya oleh Haniff.
"Aku nak kau aturkan satu pertemuan aku dengan Irsha" kata Haniff. Fuad sudah terdiam seketika. "Kau dengan Irsha. Aku rasa agak susah kau nak jumpa dia sebab Dylan akan lebih bijak daripada kau" kata Fuad.
Haniff tersenyum dan berkata, "nampaknya kau pandang rendah dekat aku. Dylan? Every step he gonna do. I know." Fuad terdiam.
"Kau ingat aku ambil kau saja-saja ke Fuad. Kau dengan Irsha kawan sejak kecil dan aku tahu kau suka dekat dia. Dan, apa yang kau buat dekat Irsha sebelum ni, jujur aku katakan.. i am shocked. Cuma, yalah.. Dylan bijak sikit dari kau. Kau tak lukakan Irsha, dia yang akan lukakan Irsha, dengan syarat Irsha masih hidup" terang Haniff panjang.
"Aku tak kira, aturkan perjumpaan kami. Walau apapun. And, i know you can do better. Make sure Dylan tu tak tahu. Aku cuma nak masa berduaan dengan Irsha je. Okay?" arah Haniff.
Fuad sudah sedikit risau, "Irsha.." gumam Fuad dalam hatinya.
***
Dylan diam di kerusinya. Dia harus memikirkan suatu rancangan. Dia tahu Haniff faham apakah langkahnya selepas ini. Namun, dia tidak boleh tersilap langkah.
Sham di hadapan melihat Dylan. "Dato, are you agree?" soal Sham.
"Proceed what i say.. This is the only way" kata Dylan.
***
"Maksud Abang? Irsha masukkan Haniff ke syarikat? Macam tu?" soal Irsha ketika dia dikunjungi oleh suaminya di pejabat. Hanya mereka berdua sahaja di bilik ketika itu.
"Abang... tak bahaya ke? Lagipun saya tak kenal Haniff. Apa yang dia nak? Apa rancangan dia.. Irsha takut" kata Irsha.
"This is the only way Irsha. Ini je jalan supaya kita tahu apa yang Haniff nak sebenarnya." kata Dylan, berdiri dan mendekati isteri di sofa.
"If he wants this business. I am still can manage it, but if he wants my wife also. I will kill him. " bisik Dylan sambil memeluk erat Irsha.
Irsha hanya diam, membiarkan dirinya disentuh suaminya. Dia tahu apa perasaan Dylan sekarang.
***
Haniff sedang memerhati permandangan dari arah tingkap di biliknya. Dia tiba-tiba mendapat satu panggilan telefon.
"Hello .. " kemudian Haniff tersenyum. Lama dia menantikan panggilan ini.
***
"Abang.. Irsha takut" kata Irsha mengemaskan bajunya yang kedut akibat suaminya tadi.
"I will not let anything happen to you except if i want it. Okay sayang" kata Dylan, mencium pipi Irsha.
"He will come here tomorrow. "kata Irsha. Dylan diam. Ini sahaja yang ada. Semoga mereka baik-baik sahaja.
***
"Tahniah Fuad. Esok kita ke syarikat cinta hati kita tu ye. Aku tak sabar nak jumpa Irsha. Sekarang kerja kau adalah.. pastikan takda siapa yang ganggu aku dengan Irsha" kata Haniff.
Fuad sudah diam. Ya, sebenarnya dia sudah berjumpa dengan Dylan dan Sham. Dan, rancangan ini harus dirahsiakan.
"Sebenarnya apa yang kau nak Haniff? Maaf kalau aku bertanya. Tapi, apa motif kau sebenarnya?" soal Fuad.
Haniff sudah tersenyum...
"Apa aku nak? Apa yang Dylan ada, aku nak. Termasuk isteri dia.." kata Haniff.
"Mereka dah kahwin Haniff, dah ada anak dah pun.. " kata Fuad.
"Kau nak dengar cerita, dulu.. Ya. Dylan yang aku kenal, takda kelemahan. Dia hebat. Apa yang dia lakukan, dia berjaya. Kalau tak, dia tak akan dapat gelaran pada usia dia muda. Tapi, sekarang.. Aku tahu apa kelemahan dia. Dan, bila aku tahu kelemahan dia adalah isterinya. Aku akan buat Dylan merana. " kata Haniff.
"Bukan sebab harta?" soal Fuad.
Haniff terketawa, "harta? Tu benda nombor dua. Nombor satu ialah aku nak hancurkan Dylan. Melalui Irsha..." kata Haniff.
"Tapi, Irsha tak salah .. Dendam antara korang dua, jangan libatkan Irsha." kata Fuad.
"Irsha tetap bersalah. Sebab dia cantik sangat. Prefect for me. Kau tak payah banyak cakap. Buat apa yang aku suruh. Mulai esok, kau jadi bodyguard aku. Sebab aku tahu, Irsha akan ada dua bodyguard dia. Iqbal dan Sham. " kata Haniff meninggalkan Fuad.
"Kau terlupa nak sebut nama aku, Haniff. Sebab, aku juga akan melindungi Irsha" kata Fuad.
Ramai sangat peminat Irsha ne. Stay tuned for next episode.
Share this novel