Series
80659
Haniff datang ke butik Katrina bersama kembar. Dia mengikuti rancangan Irsha dan Dylan. Dan, dia harus berterima kasih kepada kembar kerana sanggup bersetuju dengan rancangan mereka. Namun dengan syarat, belanja toys.
"Alamakk... Comel nya, siapa ni Haniff?" Kata Katrina apabila mereka datang berkunjung ke butiknya hari ini.
"Ini anak buah aku, merangkap... anak Irsha dengan Dylan. Kan, hari ni mereka ada fitting baju. Dylan dengan Irsha tak dapat datang. Mereka sibuk" kata Haniff.
Ryna dan Niel melihat Katrina dan Katrina melihat mereka. "Hai, nama Aunty.. Katrina, panggil Aunty Kat ye." Kata Katrina, ramah.
"Cantiknya Aunty ni, sesuai dengan Uncle Haniff" kata Ryna sambil menyentuh pipi Katrina. "Kahwin dengan Uncle nak tak? Uncle saya baik" kata Ryna.
Katrina sudah malu manakala Haniff sudah gembira, pandai anak Irsha dan Dylan ni.
***
"Harap kembar tu dapatlah menyatukan kedua insan tu kan?" Kata Irsha sambil menanam benih bunga yang dibelinya, dia bersama Ria sekarang. Manakala Dylan dan Sham sudah ke pejabat.
"Ya Puan. Harap menjadilah rancangan kita nak menyatukan dua insan tu. Anyway Puan, maaf kalau saya bertanya, Puan dah boleh percayakan Tuan Haniff ke untuk ambil alih syarikat milik Puan?" Soal Ria.
Irsha hanya tersenyum, "walaupun saya tak berapa yakin lagi, tapi saya percayakan suami saya. Abang Dylan cakap, kalau Haniff masih meneruskan niat dia, dia serta-merta akan ditangkap sebab dia dah tandatangan surat dengan Abang" kata Irsha.
"Owh.. patutlah, Tuan Haniff sekarang tak fikirkan dah pasal nakkan harta Puan" kata Ria.
"Lagipun Ria, kalau dia bolot pun harta saya, saya tak rugi apa pun sebab harta yang Abang Haniff nak bolot pun harta Atuk kami, bila difikirkan balik. " Kata Irsha.
Ria bersetuju dengan kata-kata daripada Puan Irsha. "Lagipun Ria, bukan itu sahaja syarikat yang Atuk ada. Banyak lagi, tapi.. saya malas nak fikir. Saya suruh Tuan Halim je yang usahakan seperti biasa. Bila anak-anak saya dah besar, barulah saya didik mereka untuk menjadi pewaris syarikat. Cuma, abang dah bagitahu saya.. dia tak nak Niel terlibat dengan harta saya. Abang nak Niel terajui syarikat milik keluarga mereka. Terpaksa lah saya didik Ryna." Kata Irsha, panjang lebar.. kerana Ria adalah orang yang paling dia percayai.
"Untung Niel dan Ryna, ye Puan?" Kata Ria. Irsha hanya mengelengkan kepalanya.
"Mereka tak akan untung sebab saya takut, adakah orang sekeliling mereka rapat dengan mereka hanya sebabkan harta atau mereka ikhlas nak kawan dengan anak saya?" Kata Irsha.
Dan sebagai ibu, dia masih menekankan bahawa jangan pernah sombong walaupun berharta kerana ini semua tidak penting.
"Puan, jangan fikirkan sangat. Saya tahu dengan didikan Tuan dan Puan, kembar akan baik-baik sahaja" kata Ria.
***
Katrina sudah mula rapat dengan anak buah Haniff dan dia tersentuh apabila banyak kali kembar itu mengatakan mereka suka apabila dia disatukan dengan Uncle mereka, Haniff.
"Aunty kahwin lah dengan Uncle, Uncle baik.. Uncle pandai jaga kami.." kata Ryna.
Katrina hanya memandang Haniff, "tapi Aunty tak baik pun.. mungkin Uncle Haniff boleh cari orang lain" kata Katrina, merendah diri. Dia bukannya sesiapa.
"Tapi, Ryna nak Aunty dengan Uncle juga. kan Abang Niel?" Kata Ryna, Niel hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah lama mereka di sana, mereka ingin meminta izin untuk pulang.
"Terima kasih kembar, nahh hadiah, kirim salam dengan Mama dan Papa ye.." kata Katrina.
Haniff pula gembira dengan hari ini, dirasakan kembar itu berjaya menyatukan dirinya dan Katrina.
"Terima kasih Katrina layankan kembar. Jangan hampakan mereka ye.. lagi satu, jangan hampakan harapan mereka untuk awak datang ke majlis nanti" kata Haniff.
Katrina hanya melemparkan senyuman.
"Anyway... saya tak pernah anggap jahat. Kita sama-sama pernah menjadi jahat Katrina, saya pun bukannya baik sangat. Tapi, kekurangan kita tu boleh dilengkapi antara satu sama lain. I love you, Katrina. Take care" bisik Haniff, dan terus meninggalkan Katrina.
Katrina terdiam dan mulai berfikir, "apa lagi yang kau nak Katrina, lelaki itu menerima baik dan buruk kau" gumam Katrina.
Share this novel