Bab 25 - Menjejakkan Kaki

Romance Series 80659

Dylan dan Irsha sudah berbaik. Senyuman di bibir mereka tidak pernah lekang dari mulut masing-masing. Namun, hari ini Irsha diarahkan bercuti oleh Dylan. Atas faktor...

"Abang tak bagi Irsha rest pun, penat tau. Irsha nak cuti. Tak kira juga" marah Irsha ketika di rumah sebelum Dylan bertolak ke tempat kerja.

"Hehehe. Sorry.. okay, Irsha rest hari ni tau" kata Dylan sambil mencium pipi sang isteri.

"Tok. tok. tok" ketukan di pintu bilik Dylan kedengaran. Terkejut sedikit Dylan. Sham masuk dengan senyuman, "amboii Dato. Kemain, senyum-senyum. Ingat Puan dekat rumah ke?" usik Sham.

Dylan membalas, "jangan nak menyibuk. Anyway Sham, Irsha ada permintaan untuk korang berdua, Ria dan kau. " kata Dylan.

Sham sudah pelik, "err.. apa tu Dato?" soal Sham.

"Irsha nak korang dua ambil alih syarikat Irsha, dia nak jadi suri rumah sepenuh masa. Dan, saya dah fikirkan beberapa hari yang lalu. Betul, Irsha kena ada di rumah, sekurang-kurangnya aku tahu dia selamat di sana" kata Dylan.

"Errr...Dato, saya bukan apa. Segan nak ambil alih. Oh ye, baru saya teringat. Iqbal ada bagitahu saya. Yang anak angkat Dato Mustapha datang jumpa dia" kata Sham, hampir dia terlupa memberi tahu mengenai perkara ini.

"Haniff?? Dia dekat Malaysia?!" sedikit terkejut Dylan.

Sham mengangguk. "Ya, Dato. Dan... dia tahu pasal Puan. Tapi, Iqbal cakap.. dia tak tahu tujuan kedatangan Tuan Haniff ke sini?" kata Sham.

Dylan hanya diam, memikirkan.
*******
(imbas kembali)

"Kenapa kau ni jahat sangat Dylan, minah tu minat dekat kau.. kau boleh reject dia. Kalau aku lah jadi kau.. kau terima tau" kata Haniff sewaktu mereka belajar bersama-sama di luar negara.

"Err...kalau kau nak, kau ambil lah Haniff. Aku nak jaga hati seseorang" kata Dylan, terus melihat gambar sewaktu dia dan Irsha kecil.

Haniff yang tertanya-tanya siapakah di dalam gambar tersebut, merampas dari tangan Dylan.

"Oh... ni ke budak yang kau setiakan sangat. Hurmm, not bas taste kau. Dia kerja apa sekarang ? " soal Haniff.

"Tukang gubah bunga" kata Dylan merampas kembali gambar dari tangan Haniff dan tersenyum melihat gambar itu.

"Tukang gubah bunga je? Tak standard lah Dylan. Kau tu kaya, apa pula tukang gubah bunga?" kata Haniff.

"Kekayaan tak menjamin apa-apa Haniff. Kebahagiaan tu yang penting" kata Dylan.
*******
(Sekarang)

Dylan mencapai telefon bimbitnya dan ingin menghubungi Haniff namun ada panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Dylan mengangkatnya.

"Hello, siapa ni?" soal Dylan.

"Entahlah, kau nak iktiraf aku sebagai apa, kalau kau dah khawin dengan sepupu angkat aku.?" soal Haniff.

Dylan sudah tersenyum, "apa kahbar Haniff?" soal Dylan.

"Baik.. ni bila nak jumpa ni? Aku nak iuga jumpa dengan anak buah aku, Irsha, isteri kau" kata Haniff.

Dylan hanya tersenyum namun dia harus berhati-hati. Kedatangan Haniff ke Malaysia, mendadak. Sama ada jahat atau baik. Hanya Haniff yang mengetahuinya.

"Kalau aku tak nak bagi jumpa kau dengan keluarga aku, kau marah tak?" soal Dylan.

Haniff hanya terketawa sinis di hujung talian. "Dylan, you know me right, if i want, i will get it. " kata Haniff.

"Kenapa kau balik Malaysia secara mendadak?" soal Dylan.

"Entah lah.. mungkin sebab ada benda yang jadi hak aku, sepatutnya jadi hak aku kut. Sebagai contoh, syarikat isteri kau sekarang tu aka saudara tak berdarah aku tu. Bapa aku yang penat mengukuhkan syarikat tu, apasal pula orang yang entah dari mana, jejakkan kaki dia di syarikat yang bapa aku dah bangunkan" kata Haniff.

Dylan sudah agak perkara ini yang akan terjadi.

"Apa yang kau nak Haniff, aku rasa Irsha tak usik syarikat dekat luar negara. Dia fokus dalam negara je. So, apa lagi yang kurang?" soal Dylan.

"Entah lah. Banyak aku kurang ni.. belum ada isteri, belum ada anak. Tak macam kau." kata Haniff.

"Kenapa kau nak bersaing dengan aku Haniff?" soal Dylan. Memang sejak azali, dari dulu sehingga kini. Persaingan antara mereka memang sengit.

"Entah, mungkin sebab bapa aku letakkan penanda aras, kena lebih atas dari kau. Macam nilah Dylan, boleh tahan lawa juga bini kau tu. Nak juga berkenalan kan?" kata Haniff.

Dylan sudah mengenggam telefonnya. Dylan sedikit risau apabila Haniff memuji kecantikkan isterinya.

"Pernah dengar cerita tak, bapa aku minat dengan mak Irsha. Apakata kita ulang balik sejarah tu, biar aku minat Irsha pula. Mana lah tahu, dia nak aku... hehhehe" kata Haniff.

"Don't you ever dare touch my... hello hello" kata Dylan. Telefon di tangan dihempas ke lantai.

"Ini tak boleh jadi..." kata Dylan sambil menahan rasa di hati.
********

"Dia sakit apa ni Doktor?" soal Haniff ketika berada di hospital. Fuad hanya diam merenung lantai ketika.

"Rasanya sakit dia ni dah sembuh, cuma dia tak nak keluar. " kata nurse berkenaan.

Haniff mendekati Fuad kemudian menunjukkan gambar kepada Fuad.

"Ryna..." kata Fuad.

"So, kau pun kenal dia lah kan. Bagus.." senyum Haniff kelihatan.
*******

"Hello Dato. Encik Fuad dah dibenarkan keluar" telefon nurse berkenaan melalui telefon pejabatnya.

"Alhamdulillah... dia naik apa tadi?" soal Dylan, bersyukur sakit Fuad sudah sembuh.

"Ada kereta. Ada lelaki yang bawa dia balik" kata nurse berkenaan.

"Lelaki? Boleh saya tahu siapa nama ?" soal Dylan.

"Encik Haniff Harris" kata nurse.

Dylan sudah terkejut.. memang Haniff merancangkan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience