Series
80659
Niel dan Ryna sedang melihat di luar jendela pesawat pribadi mereka. Mereka hari ini hanya ditemani Uncle Joe sahaja.
"Uncle.. Mana semua? kata Mama Aunty Ria pun ikut, tapi kenapa takde Aunty Ria pun ." kata Ryna. Joe hanya tersenyum, pagi tadi terdapat perubahan dalam rancangan mereka memaksa hanya Joe yang diberikan arahan untuk menjaga mereka.
"Mereka ada urusan kijap. Esok, kita jumpalah mereka semua. Okay?" pujuk Joe.
***
Haniff terus duduk di sofa. Dia sangat pelik kenapa seperti ini yang berlaku. Kelihatan Dylan sudah tersenyum sinis, dan Irsha hanya duduk tenang di hadapannya.
"Rasanya.. rancangan kau tak berjalan seperti yang kau inginkan, tak gitu Haniff?" Soal Dylan. Haniff sudah mulai risau..Adakah selama ini perancangannya telah gagal. Ataupun, sudah lama dihidu oleh Dylan.
***
"So, I dah bagi pilihan... You blah dari sini atau I terus sumbatkan you dalam penjara atas kesalahan menerima wang haram dan menggangu rumah tangga Dato dan Puan?" Soal Ria. Katrina masih meronta-ronta untuk melepaskan ikatan di kerusi.
"Mengaku kalah jelah Katrina, dah tak ada apa yang boleh korang buat" kata Sham. Katrina hanya ketawa.
"You silap besar, memang korang dah tangkap I, tapi Haniff dan Fuad masih ada di luar sana untuk teruskan rancangan ni, buat kedua-dua syarikat lingkup" kata Katrina.
Sham dan Ria berpandangan dan terus meletuskan ketawanya. "Yakinnya dia... Sekarang ni, Fuad tak tahu ke mana.. Haniff sekarang ada dekat bilik sana.. " kata Ria.
"Macam nilah Katrina. Kami ni masih ada belas kasihan. Kami lepaskan awak, anggap je semua ni tak pernah berlaku. Tapi, ingat... Kalau sekali lagi kami tahu kau bersubahat, penjara lah jawapnya. Takkan muka lawa nak masuk penjara kan?" Soal Ria.
Katrina sudah terdiam. Memikirkan kata-kata Ria dan Sham, lebih baik jangan cari nahas dengan kedua-dua ni sekarang.
"Ye.. tolong lepaskan aku.
"Sebelum tu, kau tandatangan dulu dokumen ni. Jangan banyak bunyi. " Kata Sham, terus dengan pantas Katrina menyain dokumen yang tidak diketahui apakah isinya.
"Bagus.. nah gaji kau selama kau bekerja dekat sini" kata Ria menyerahkan sampul surat. Ketika Katrina membuka isinya sangat tebal dan banyak.
"Kau ingat kami ni jahat sangat ke? Ni Puan Irsha kirim salam, dia suruh ambil duit tu untuk kau mulakan hidup yang baru, dan jangan jadi jahat. Dan, kau boleh blah dari syarikat ni" kata Ria.
Katrina pantas melarikan dirinya bersama sampul di tangannya. Terus dia menahan teksi yang berhampiran untuk kembali ke rumah sewanya yang lama.
Katrina memandang sampul tersebut dan tersenyum, "betul kata Fuad. Aku dengan Irsha tak akan pernah sama. Terima kasih Irsha, walaupun aku tak pernah jumpa kau. Tapi, aku tahu memang layak kau berada di samping suami kau yang sekarang. Maafkan aku" kata Katrina.
***
"Macam mana Haniff? Rasanya aku dah ada cukup bukti kut. Pengubalan wang haram. Fuhh, kes berat tu" kata Dylan.
Haniff sudah menggengeam penumbuknya. Pandainya Dylan. Dylan seakan mencipta satu peristiwa yang tidak pernah dia buat. Pengubalan wang haram. Dan, rupanya dokumen yang dia tandatangani sebelum ini ialah dokumen palsu. Dan, ditambah Fuad dan Katrina sebagai saksinya. Padahal dia berharap mereka berdua dapat membantu. Namun, dia silap.
Haniff sudah terdiam.
"Aku bagi kau pilihan Haniff.. Pertama, tinggalkan Malaysia. Lupakan hasrat kau dan jalani hidup macam dulu. Fokus dekat syarikat kau dekat sana atau Dua, penjara menanti kau? Pilih lah.." kata Dylan.
Dan, Haniff tahu... Dia sudah kalah. Yang dia sangka dia sudah menang namun dia kalah... Kalah dalam semuanya.
"Abang Haniff. Saya hormat abang sebagai saudara walaupun kita takda kaitan langsung. Tapi, memang betul kitalah penyambung harta warisan Datuk Ali. Cuma, cara abang untuk hancurkan syarikat suami Irsha, Irsha tak boleh duduk diam. Maafkan Irsha, Abang Haniff" kata Irsha.. sayu.
Haniff hanya diam, merenung kosong Irsha di hadapannya. "Kau sememangnya layak memegang semua harta warisan Datuk Ali, Irsha. Dan, aku bersyukur... kau yang mewarisinya. Dan, bukannya aku yang tamak kan harta. " kata Haniff, seakan menyedari statusnya sekarang.
"Maafkan aku, Dylan Irsha. Dengan semua yang aku lakukan sekarang. " kata Haniff. Irsha mendekati Haniff. "Abang Haniff tolong tengokkan syarikat dekat luar negara ye.." pujuk Irsha.
Ye ke Haniff dah insaf? Ke macam mana.... Tunggu next chapter ye :)
Share this novel