Bab 12- Masih Rahsia

Romance Series 80659

Irsha sudah lama tidur bersama kembar mereka. Manakala, Ria dan Sham keluar mencari barang untuk melangsungkan perkahwinan sebaik sahaja sampai di Malaysia nanti.

Kini, tinggal dia dan Iqbal. Dan, sudah tiba masanya Dylan bertanyakan hal ini kepada Iqbal.

"Iqbal. Boleh saya tanya sesuatu?" Soal Dylan. Cuba membuka cerita.

"Apa tu, Dato?" Soal Iqbal.

"Dekat pejabat, Puan okay? Kerja okay?" Soal Dylan. Iqbal sudah tersenyum.

"Okay Dato. Setakat ni, takda apa-apa. Kenapa Dato?" Soal Iqbal.

"Takda. Saja, saya risau. Yelah.. Dulu, Irsha dekat depan mata saya. Sekarang, dia dah kerja. Saya risau keselamatan dia." Luah Dylan.

Iqbal merenung majikannya.

"Dato sangat mencintai Puan." Kata Iqbal. Mata Dylan menceritakan kasih sayang dan cintanya kepada isterinya.

"Ya Iqbal. Kalau disuruh memilih.. Saya akan pilih Irsha... walau apa pun yang terjadi" kata Dylan.

Iqbal terdiam. Sedikit salah bersalah menyembunyikan perkara ini namun Irsha menyuruhnya untuk tidak memberitahu suaminya.

"Jaga Irsha, Iqbal. Saya tak sanggup jadi apa-apa lagi dekat dia... Cukup lah dulu, Iqbal" kata Dylan.

Iqbal sedikit sedih. Ya, tragedi itu yang mengorbankan kakaknya.

Dan, sekarang.. dia perlu melindungi Irsha dan kembar itu. Tulah janjinya kepada arwah kakaknya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Dan, siapa sangka. Sejak dua tiga malam yang lalu, dia sering termimpikan arwah kakaknya. Mungkin kerana Iqbal menyembunyikan perkara ini.

"Err... Dato" kata Iqbal.

"Ye Iqbal. Kenapa?" soal Dylan. Iqbal sudah hampir memberitahu perkara ini, namun masih memikirkan Irsha yang suruh menyimpan rahsia ini.

"Err.. Takda lah Dato. Mana agaknya Sham dan Ria ni ye?" kata Iqbal menukar topik.

"Biasalah tu, nak buat persiapan khawin. Bukan senang. Susah.." kata Dylan, ketawa.
*******

"Sham.. boleh tak janji dengan saya. Jangan bagitahu Dato, pasal perkara ni" terang Ria. Dirasakan bahawa dia tidak mampu lagi menyimpan rahsia ini.

Sham mendengar dan sedikut terdiam.

"Okay, Sham tak akan bagitahu Dato. Cuma, Sham nak tahu nama dia je. Nama penuh dia. Boleh?" Soal Sham.

Dan, Ria memberitahu semuanya.

"Ria... it's dangerous to keep it secret. Kita dah lama kerja dengan Dato. Kalau Dato tahu dulu daripada kita, bukan kah kita yang menerima padahnya." luah Sham.

"Tapi, lelaki tu belum buat apa-apa lagi. Setakat tunggu Puan dekat parking. Mungkin ada hal yang lelaki itu ingin tanyakan tapi takda masa nak bersemuka dengan Puan" kata Ria.

Sham hanya menghembuskan nafas.

"Kadang-kadang Ria, benda yang kita anggap tak bahaya lah, sebenarnya itu lah bahaya. Baik, kalau Ria dan Iqbal sepakat tak nak bagitahu Dato. Tak pe, asalkan kamu berdua jaga Puan. Cukup lah dulu Ria. Kita semua tahu, betapa berharganya Puan Irsha kepada Dato Dylan" kata Sham.

Ria hanya menekur lantai. Masih berfikir. Perlukan mereka memberitahu majikannya mengenai perkara ini.

Sham meraih tangan Ria, "just promise. no matter what happen Ria. Puan Irsha is our priority. Clear?" soal Sham.

Ria menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience