Series
80659
Dylan memeluk Irsha dari arah belakang. Entah kenapa, hatinya tidak sedap hari ini. Semenjak mimpi semalam. Dia terbangun awal dan hanya melihat Irsha yang tidur lena sedangkan dia taku dengan mimpi yang dialaminya kelmarin.
"Abang.. why?" soal Irsha, ketika itu dia sedang bersolek dan merapikan rambutnya. "Can you not go to office today?" soal Dylan. Irsha sudah ketawa, "abang ni.. jangan lah.. Lagipun, banyak kerja Irsha hari ini. Okay?" kata Irsha memujuk Dylan.
"Promise me, you will take care of yourself. Okay?" soal Dylan. Irsha menganggukkan kepalanya. Dan sempat Dylan mengucup lembut leher milik Irsha. Dia takut mimpinya semalam.
"Abang.. kenapa ni?" soal Irsha. Dia risau melihat Dylan seakan tidak mahu melepaskannya. "Semalam.. abang mimpi, Dato Mustapha culik Irsha balik. Kejadian dulu... abang mimpi.. abang takut" kata Dylan, makin galak ciuman di leher Irsha. Irsha membiarkan suaminya. Dia tahu, kejadian enam tahun lalu merupakan trauma baginya.
*******
"Call Abang setiap jam. Okay?" kata Dylan. Irsha hanya ketawa. Kerisauan suaminya bukan boleh dibawa main. Overprotective.
"Puan Irsha.. Hari ni, kita akan ada meeting pada jam 10 pagi. Okay Puan?" kata Iqbal. Irsha menganggukkan kepalanya. Dia masih memikirkan pesanan ringkas semalam. Yang dia dapat sebelum tidur di telefon bimbitnya.
"Kalau kau nak kembar kau selamat, kita jumpa! Aku tahu kau dah kenal aku Ryna"
ya, betul. Dia Fuad.. rakan sekolahnya dahulu. Dia ada membaca perihal biodata Fuad di pangkalan data syarikat. Sebenarnya, Irsha lebih cepat bertindak berbanding mereka bertiga. Inilah sebab, Irsha tidak mahu melibatkan orang lain. Fuad masa lalunya, bagi Irsha. Biar dia yang selesaikan masalah ini sendiri.
"Err.. Iqbal. boleh minta tolong tak, tiba-tiba tekak saya nak makan sesuatu. Boleh belikan saya?" pinta Irsha. Lebih tepat, supaya Irsha dapat bertemu dengan Fuad tanpa ditemani sesiapa.
******
"Ryna.. kenapa adik nangis ni?" soal Niel, tiba-tiba sahaja kembarnya menangis. Niel tidak faham. Namun, apa yang Ryna rasa dapat dirasakan oleh Niel. Hati Ryna tidak keruan begitu juga Niel. Namun, Niel sedaya upaya menahan perasaan untuk kembarnya.
"Teacher.. can you call our father, i think my sister feeling no well" pinta Daniel. Nisha juga memujuk rakan baiknya supaya tidak menangis.
******
"What do you want Fuad?" apa kau nak?" soal Irsha, tegas. Dia mahu selesaikan masalah ini.
"Owh.. sejak kau jadi kaya ni.. Kau dah lupakan siapa kau dulu." kata Fuad. Irsha diam.
"What do you want Fuad? Money? I can give it to you. " kata Irsha.
"Money?? Hahahha.. I just want you.. Iryna Irsha" kata Fuad.
*********
Deringan telefon berdering. Dylan ketika itu sedang meneliti laporan kewangan syarikat. Dylan mengangkat telefon.
"Hello. Ye saya, owh.. Ryna tak sihat ke? Okay saya ke sana sekarang. " kata Dylan.
Dia menghubungi Irsha untuk memberitahu perihal anak mereka. Namun, bukan Irsha yang mengangkat. Tetapi...
"Hai budak gemuk.. Ingat aku lagi? Ahhh budak gemuk?" soal Fuad. Terdiam Dylan dan genggaman kuat di tangannya sudah dikepalnya. Dia tahu Irsha tidak selamat sekarang.
"Mana isteri aku?" soal Dylan, tegas.
"Isteri kau? Ryna... hurmm.. tidur. comel dia tidur, seksi.. " kata Fuad.
"Don't you ever dare me, Fuad. Aku tahu itu kau!. Kau ingat aku bodoh!" teriak Dylan. Sham yang terdengar jeritan lantang Dylan bergegas masuk ke dalam pejabat. Muka Dylan sudah berubah.
"Aku tahu kau tak bodoh Dayen Dylan. Kau nak Ryna selamat tak? Bawa diri kau dan anak kau je.. kalau kau nak bawa pekerja kau pun, boleh... sebab, boleh kah korang menyaksikan aku bunuh Ryna ini. Tapi, kalau kau cuba libatkan polis. Aku bagi tengok mayat Ryna jelah.. Okay? Faham budak gemuk" kata Fuad.
"Sial kau Fuad! " kata Dylan terus menumbuk meja pejabat. Berlubang meja pejabat.
"Aku bagi location ye.. Datang tau. Hahahha" kata Fuad mematikan panggilan. Sham sudah ketakutan.
"Where is Iqbal? Why him let my wife alone?" kata Dylan. Renungan seakan ingin menerpa ke arah Sham.
Dylan diam. Dalam keadaan dia marah, dia tidak boleh mengatur strategi untuk selamatkan Irsha.
"Panggil Iqbal dan Ria ke sini. Kembar pun sama. Kita perlukan rancangan" kata Dylan selepas marahnya dikawal.
"Baik Dato" kata Sham.
********
Iqbal diam menekur lantai. Dia menyesal meninggalkan Puan. Dia menyumpah dirinya. Dylan pula hanya memerhatikan Iqbal.
"Cakap sebelun aku hilang sabar Iqbal. What happen actually? Berapa lama Fuad dah intai isteri aku?" soal Dylan, namun marahnya masih dikawal kerana kembar berada di hadapannya. Jika tiada kembar Dylan, muka Iqbal jadi sasaran.
Dan, Iqbal menceritakan dari mula sampai habis Fuad di sana. Dylan cuba menenangkan dirinya. Isterinya sendiri yang merahsiakan perkara ini.
"Ria. bawa kembar pergi makan dekat kafe" arah Dylan. Ria tahu majikannya akan mengamuk.
Sejurus sahaja Ria dan kembar keluar dan meninggalkan mereka. Dylan menumbuk meja kaca di hadapannya dan berderai meja kaca tersebut. Darah mengalir pekat di jari Dylan.
"If something happen to Irsha, I will not forgive myself, korang semua, dan Irsha. Now, kita susun rancangan. Dan, aku tak nak ada yang mati hari ini. Faham?" soal Dylan.
Sham dan Iqbal sudah terdiam. Inilah padahnya jika sesiapa yang berani kacau isteri Dato Dayen Dylan.
Share this novel