Bab 4 - Mata Ke Irsha

Romance Series 80659

Fuad sampai ke rumahnya setelah bekerja hari ini. Dia tinggal seorang diri, sementara ibunya sekarang berada di hospital, ayahnya... hilang entah ke mana.

Dia masuk ke dalam bilik, dia membuka sebuah album. Gambar Irsha di dalam semua album. Dari dia kecil sampai ke besar. Ya, dia belajar bersama Irsha dari sekolah rendah sehingga habis sekolah menengah. Namun, mereka berlainan kelas. Irsha budak pandai, manakala dia budak sederhana dan popular satu sekolah kerana kenakalannya.

Lama sebenarnya dia menyimpan perasaan kepada Irsha. Dan, pada hari dia ingin berjumpa dengan Irsha di tempat kerjanya. Pengurus kedai mengatakan Irsha sudah berhenti.

Dan, kini dia bertemu Irsha.. Seorang yang kaya, mempunyai status, dan segalanya. Fuad tersenyum sinis.

"Kalau aku dapat kau Irsha, mungkin hidup aku senang dengan kekayaan kau. Irsha.. Irsha" kata Fuad terus ketawa kuat. Emosinya tidak stabil. Tekanan akibat ibu di hospital, ayahnya entah ke mana. Fuad mulai diserang 'penyakit' itu. Dia cepat-cepat mengambil bekas ubat dan menelan ubat itu. 'Penyakit' itu datang menyerang.

"Iryna Irsha, kau milik aku. Bukan budak gemuk tu" kata Fuad selepas ditenangkan oleh ubat itu.
**********

"Ya. Iqbal. Meeting petang ini, jam 2 ye" kata Irsha. Ria sedang menyediakan file untuk Irsha.

"Ria.. bila nak kahwin dengan Sham?" soal Irsha. Ria ketika itu sudah tersenyum.

"Err... tak tahu Sham" kata Ria.

"Kahwin lah.. Dari anak saya bayi sampai dah masuk pra sekolah. Apa yang nak ditakutkan sangat si Sham tu belum lagi lamar awak?" soal Irsha.

"Hehehe.. alah Puan ni. Saya okay je. Lagipun, kalau saya kahwin.. Siapa nak jaga Puan?" soal Ria. Ya, dia belum bersedia meninggalkan Puan kesayangannya itu. Begitu juga Sham.

Memang mereka juga ingin berkhawin. Tapi, Sham dan Ria belum mampu melepaskan majikan mereka masing-masing. Begitu sayangnya mereka dengan majikan mereka ini.

"Saya ada Iqbal, Ria. Jangan risau.." kata Irsha.
*********

Irsha masuk ke ruangan mesyuarat, namun dia sempat terserempak dengan pekerja yang dibantunya kelmarin.

"Awak ni Ad kan.? Macam mana hari ni kerja, Okay?" Ramah Irsha. Sebagai majikan, dia perlu prihatin dengan pekerjanya.

"Puan.. Ya, saya Ad. Kerja hari ni okay Puan. Takda file yang jatuh daa." kata Fuad, suka dia apabila Irsha menanyakan dan prihatin kepadanya.

"Hahaha.. Bagus lah. Kerja baik-baik ya" kata Irsha. Iqbal dilihat sudah mendekatkan diri kepada Irsha dan pekerja lelaki ini. Ada yang tak kena dengan lelaki ini, renungan nya.

"Puan. Jom, meeting dah nak mula" kata Iqbal kepada Irsha.

"Owh ye.. Jom, jumpa nanti ye Ad" kata Irsha meninggalkan Ad.

"Cis, kurang asam punya lelaki. Tak boleh bagi peluang langsung aku dekat dengan Irsha. Kau siapa hah?" jerit hati Fuad apabila dia ditegah untuk lebih meluangkan masa dengan Irsha.
*********

"You know what, Abang... Irsha rasa, Irsha nak pergi bercuti lah lepas habis projek ni" kata Irsha sewaktu diambil pulang oleh suaminya, Dylan.

"Ah.... bagus juga tu sweetheart. Untuk self-reward. Lagipun, dah lama kan kita tak bercuti. Bagus tu.. Tunggu anak cuti sekolah lah ye. Kita kena rancang percutian kita, supaya Irsha boleh cuti dan Abang pun boleh cuti" kata Dylan.

"Irsha harapa sangat, syarikat kita tak akan bertemu untuk berebut tender, Irsha takut tau tak?" soal Irsha. Dylan sudah ketawa sedikit.

"Kalau contohnya, syarikat kita bertemu rebut tender, macam mana..? Irsha nak bagi Abang menang ke?" soal Dylan.

"A ah.. tak larat nak lawan dengan Abang. Abang tu dah lama dalam kerja ni, Irsha ni baru nak mula" kata Irsha.

"Tengoklah nanti, macam mana ye... mana tahu, Abang bagi peluang dekat Irsha." kata Dylan. Irsha mengelengkan kepalanya.

"Taklah Abang.. Eeee.. Abang ni kan. " kata Irsha. Dylan mencubit pipi Irsha, walaupun sudah dua anak, manjanya masih seperti dulu.

Irsha melentokkan kepalanya di dada bidang milik Dylan. Dylan sudah tersenyum..

"Sweetheart, dresscode tonight will be pink." bisik Dylan. Irsha sudah ketawa sikit. Dari mula kahwin, sehinggalah sekarang, Dresscode ini selalu dititikberatkan. Termasuklah anaknya sekali, Dylan menurunkan tradisi Dresscode ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience