Bab 27 - Berbaik adalah Jalan Terbaik

Romance Series 80659

"Sedap kau masak, Irsha. Aku dah jumpa anak buah, aku rasa aku nak balik" kata Haniff. Dylan dan Irsha memandang sesama sendiri. Apa motif Haniff berjumpa dengan mereka.

"Boleh saya nak jumpa awak sekijap, Haniff?" soal Irsha. Irsha memandang Dylan untuk pengertian. Ada benda yang ingin dibincangkan dengan saudara tidak berdarahnya ini.

"Boleh sangat Irsha, tujuan kedatangan aku ke sini pun, nak jumpa kau sebenarnya. Tapi, tu Abang Dylan kau tu, bagi ke tak?" soal Haniff, bersahaja.

Dylan tersenyum, "mestilah aku bagi, tapi.. kalau aku dengar je Irsha menjerit atau menangis, aku rasa rumah aku ni akan jadi tempat terakhir kau" amaran Dylan.

"Hahahha. garangnya. So, i bet Irsha is very special to you" kata Haniff.

Dylan membalas, "of course... she is my wife. you stupid!" marah Dylan.

"Abang.. Haniff dah lah tu.. Depan anak, nak gaduh. Dah jom Haniff, kita ke bilik bacaan. Abang, Irsha pergi dulu ye.. Trust me" kata Irsha. Dylan mengusap kepala Irsha dan mencium pipi Irsha. Haniff sudah memandang ke arah lain. Memang tulah isyarat Dylan, untuk memberitahu yang gadis ini miliknya.
*****

"Apa kahbar Abang Haniff, tak sangka ke akan bertemu akhirnya." kata Irsha ketika mereka.masuk di bilik gubahan bunga Irsha, bersebelah dengan mini office Dylan. Lokasi itu dipilih Irsha kerana Dylan boleh lihat pergerakan mereka dari mini office Dylan.

"Kahbar baik Irsha. Akhirnya aku jumpa juga cucu sebenar Atok" kata Haniff.

"Ye.. Abang Haniff. Alhamdulillah. Jadi, biar Irsha jujur, apa tujuan Abang datang ke sini? Lagipun, rasanya memang Irsha tak kacau syarikat luar negara sebab Uncle Mustapha tak suruh. Mungkin sebab ini, sebab Abang yang urus, kan?" soal Irsha.

Haniff ketawa.. "entahlah, mungkin sebab nak berkenalan. Lagipun, Irsha kena ingat.. Abang je keluarga yang Irsha ada sekarang. Uncle Mustapha entah sampai bila dia dekat sana." kata Haniff.

Irsha hanya diam.

"Kenapa kahwin dengan Dylan, Irsha. Kau tak tahu ke syarikat Dylan ialah pesaing terdekat kita. Dari dulu sampai sekarang Irsha" kata Haniff, cuba meracuni fikiran Irsha.

"Jodoh lah kut.." kata Irsha, senyum.

"Kalau dia ambil alih syarikat keluarga kita macam mana?" soal Haniff, cuba menekankan perkataan keluarga.

"Abang Haniff.. kalau Abang Haniff anggap Irsha keluarga, tolong terima suami Irsha juga sebahagian daripada keluarga. Saya rasa sampai sini je kut perbincangan kita. Abang Haniff boleh balik dah kut" kata Irsha agar Haniff tidak cuba meracuni fikiran.

"Awalnya halau saya... Okay, tak pe. Abang Haniff balik dulu.. Take care of my niece. And also you, sweetheart.. " kata Haniff mengenyitkan mata.

Irsha pelik dengan kelakuan Haniff. Dylan di sebelah sudah menggengam penumbuknya.

"Main kenyit mata dengan bini aku. Hish! memang pecah cermin aku kerjakan" kata Dylan.
******

Haniff di kereta masih tersenyum.. mengingat kejadian tadi.

"Memang kau cantik, Irsha. I guess kau dah ada peminat sekarang ni" kata Haniff, senyum.

********

"Esok.. boleh tak kita jumpa Uncle Mustapha , Abang?" soal Irsha.

Dylan mendekati Irsha dan mencium bahunya.

"Boleh sayang.... " kata Dylan.

p/s : Esok, kita sambung cerita Hana dan Eiyril pula ye.. Stay tuned ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience