Bab 6 - Missing You

Romance Series 80659

Sesampainya Irsha di rumah. Dia agak penat. Dia terus menuju ke bilik tidur tanpa menghiraukan anaknya yang sedang menunggu Irsha makan. Begitu juga Dylan. Namun, mereka terkejut apabila Irsha tidak menyapa mereka namun terus ke bilik atas.

Sedikit tersinggung perasaan anak mereka apabila mendapati Irsha tidak menyapa mereka. Dylan perasan akan perubahan muka kembar mereka.

"Sayang.. Dah, jangan sedih. Mungkin Mama penat tu. Makan dengan Papa je hari ni ye. Boleh kan?" Soal Dylan.

Niel terus melihat ke arah adiknya yang ingin menangis. "Ryna, makan ye. Mehh Abang Niel suapkan" kata Niel. Ryna terus gembira.

Tersentuh Dylan melihat anak lelakinya ini. Menjaga adiknya.
********

Dylan masuk ke bilik tidur mereka. Masih dilihat Irsha yang bekerja walau jam sebegini.

"Irsha. Buzy ke?" Soal Dylan. Irsha yang ketika itu masih menaip sesuatu di komputer ribanya.

"A ah. Kijap ye Abang. Sikit lagi." Masih lagi menaip Irsha.

"Okay .. dah, kenapa Abang?" Soal Irsha.

"Mari sini dekat Abang.." kata Dylan sambil menepuk katilnya agar Irsha duduk di situ.

"Ya Abang.. Kenapa?" Soal Irsha.

Dylan mencium dulu dahi Irsha.

"You do something wrong today, sweetheart" kata Dylan.

"Apa ?" Soal Irsha. Dylan mengambil tangan Irsha dan mengusapnya.

"You being neglect your children and me. I know your being buzy become bos but... Jangan sampai abaikan anak-anak dan suami. Sweetheart" tegur Dylan secara lembut. Irsha terus rasa bersalah. Ya, kebelakangan ini.. dia terlalu sibuk sehingga mengabaikan Dylan dan anak-anak.

"Have you seen me, doing my work here at our house? Tak ada kan. Sebab, kalau rumah.. kita luangkan masa untuk keluarga. Kerja dekat office kecuali kalau emergency. " Kata Dylan, masih lembut menjaga tutur kata agar Irsha tidak tersinggung.

"Anak -anak semua tunggu Irsha. Nak makan bersama.. Tapi, Irsha terus naik bilik. Ryna dan Niel tu mesti rindukan Irsha, macam Abang rindukan Irsha juga" kata Dylan.

Irsha sudah menangis di dada Dylan. Ya, betul apa yang dikatakan Dylan. Tidak sepatutnya dia berbuat begitu kepada anak dan suami.

"I am sorry Abang... So sorry" kata Irsha. Dylan mengusap rambut Irsha.

"Dah.. Irsha boleh kan jumpa Ryna dengan Niel dulu. They miss you so much" kata Dylan sambil mengusap air mata Irsha. Dia tidak mahu anaknya melihat mama mereka menangis.
******

"Abang Niel. I miss Mama" kata Ryna, ketika itu mereka di bilik bacaan. Membaca buku cerita.

"Me too.. mungkin Mama sibuk " kata Niel.

"Taklah. Mama tak sibuk pun" kata Irsha di balik pintu.

"Mama..." jerit kembar itu terus mendekati mama mereka.

Dan, Irsha bersama-sama anaknya membaca buku dan meluangkan masa bersama. Irsha terlalu memikirkan kerja tanpa menghiraukan yang tersayang.

Selepas menghantar kembar masuk tidur. Tiba masanya Irsha masuk tidur. Di lihatnya Dylan sudah tidur.

Sambil mengusap kepala Dylan, dia mencium bibir suaminya.

"Thanks for remind me, Abang" kata Irsha.

"You're welcome" kata Dylan. Irsha terkejut.

"Irsha ingatkan Abang dah tidur" kata Irsha senyum.

"Belum. Abang lagi nak minta manja" kata Dylan sambil merenung wajah isterinya lama. Irsha faham renungan tu dan membiarkan sahaja.
*****

"Owh... Ada anak. Bertuah hidup kau Irsha. Hahahahhahahaha" kata Fuad sambil merenung muka anak kembar mereka.

Mereka muncul dalam majalah sebagai penghias muka depan dengan tajuk "Family is First"

"Irsha... Irsha hak aku. Aku nak Irsha. Aku nak kaya. hahahahhaha" kata Fuad, sambil penyakit itu mulai menguasainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience