Series
80659
Irsha sudah dibenarkan balik ke rumah. Namun, paling dia kesali, layanan Dylan kepadanya. Irsha sedikit terasa. Dia dingin.
Dylan membawa beg Irsha ke dalam biliknya. Irsha mulai cuba untuk bercakap dengan Dylan.
"Abang.. abang masih marah dengan Irsha?" soal Irsha. Dylan hanya memandang muka Irsha, mengusap pipinya. Dan kemudian meninggalkan Irsha. Irsha terduduk di birai katil. Masihkah Dylan marah kepadanya.
Keadaan di meja makan diam dan sunyi. Tanpa gurauan dan gelak tawa. Suara di meja makan hanya didengari oleh suara Niel dan Ryna sahaja. Namun ,tidak bagi Dylan dan Irsha. Masing-masing menyimpan rasa. Irsha tidak tahu apa lagi yang harus dibuat untuk memujuk suaminya.
*******
Dylan tidur membelakangnya. Dia sebenarnya masih marah dengan Irsha. Tindakan Irsha membelakangnya. Sedang dia melayan perasaan, tersentak dia Irsha memeluknya dari arah belakang.
"Abang... Irsha minta maaf kalau Irsha bersalah, Irsha tahu semua ini salah Irsha. Tapi, Irsha tak nak susahkan Abang. Irsha tahu Irsha tersilap langkah. Abang... maafkan Irsha. I miss you" tutur Irsha dengan suaranya yang perlahan.
Dylan hanya diam, membatukan dirinya. Dia mahu memeluk Irsha ketika itu. Namun, ya.. hatinya sangat sakit apa yang berlaku kepada mereka.
Irsha hanya menangis. Dylan masih marahkan dia. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia memeluk Dylan kuat.
*******
Pada pagi itu, Irsha bangun, ketika dia mencelikkan matanya. Dia melihat Dylan sedang memerhatinya. "Abang..." kata Irsha. Dylan hanya merenungnya dan mengusap pipinya.
"Abang.. I am so sorry" kata Irsha, ikhlas.
Namun, Dylan hanya berdiri meninggalkannya dan terus masuk ke bilik air. Irsha masih menangis.
******
"Ria.. apa yang perlu saya lakukan?" soal Irsha ketika di dalam pejabat. Ria muram melihat majikannya bergaduh. "Puan, jangan putus asa.. minta maaf dengan Tuan." kata Ria.
Irsha hanya menghembuskan nafasnya. "Saya tahu salah saya Ria. Tapi, takkan Abang masih tak maafkan saya?" soal Irsha. Ria hanya mampu tidak berkata apa-apa.
"Cuba tempatkan diri Puan dalam diri Tuan. Tuan sangat sayangkan Puan. Dan, ingat lah Puan, Tuan sanggup buat apa sahaja untuk Puan termasuk.. kalau gantinya nyawa Tuan" kata Ria.
Irsha diam.
*******
Dylan merenung di luar jendela. Dia rindukan Irsha. Sangat... Namun, hatinya masih sakit.
"Dato..." kata Sham.
"Ya Sham, kenapa?" soal Dylan. Cuba menjadi profesional kerana ini ialah urusan kerja.
"Dato, saya dapat maklumat, esok kita ada tender baharu. Tapi, selain syarikat kita, syarikat Puan pun ada" kata Sham.
Dylan merenung nama syarikat yang terlibat dalam perebutan tender untuk esok. "Kalau kau jadi aku, perlu ke aku menangkan syarikat isteri aku?" soal Dylan.
"Terpulang kepada Dato. Nak menangkan atau tidak. Sebab saya tahu, kalau Dato.. memang sentiasa akan menang" kata Sham.
Dylan berfikir panjang.
*******
Irsha yang baharu sahaja mendapat panggilan terkejut bahawa esok syarikatnya dan syarikat suaminya akan bertanding perebutan tender esok.
"Puan.. mari kita siapkan apa yang diperlukan esok" kata Ria.
"Ria... saya tak ada semangat. Biarlah syarikat suami saya menang. Saya lebih memikirkan hubungan saya dengan Abang. Macam mana nak pulihkan " kata Irsha.
Ria hanya diam, rasa kesian dia melihat majikannya. Semoga sahaja mereka baik-baik sahaja.
"Ria.. saya ingat saya nak berhenti. Saya nak bagi syarikat ini kepada awak dan Sham untuk uruskan. Boleh ?" kata Irsha.
Ria hanya diam memikirkan tawaran Irsha. Dia faham, Irsha mahu menumpukan fokus kepada rumah tangganya. Memang ada dia suarakan permintaan ini kepada Ria ketika mula-mula dia bekerja di syarikat ini.
Irsha berfikir, bagaimanakah dia harus memulihkan kembali rumah tangganya bersama Dylan.
Share this novel