Series
80659
Irsha menyiapkan sarapan pagi untuk kembar dan suaminya. Terkocoh-kocoh dia memastikan agar semuanya sempurna. Semenjak kehadiran kembar dan suaminya, Irsha yang mengambil alih semua perkara yang melibatkan rumah tangga.
"Puan, nak saya tolong ke?" soal Ria, agak kesian dia melihat majikannya.
"Nope, I am okay. Err, boleh panggilkan Abang dengan kembar, sarapan dah siap." kata Irsha.
"Baik Puan" lalu Ria meninggalkan majikannya.
******
Dylan di bilik menguruskan kembarnya yang pada hari ini yang akan memasuki pra sekolah. Dia tahu Irsha sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi di bawah.
"Anak Papa dah ready ke?" soal Dylan.
"Dah Papa..." jerit kembar itu serentak.
"Make sure Niel jaga Ryna ye. Don't let boys disturb her. Okay, Niel?" pesan Dylan. Dia ingin menanamkan perasaan melindungi kepada Niel, agar dapat melindungi adiknya.
Seperti masa kecilnya.. Dia dilindungi oleh isterinya sekarang.
"Okay Pa" kata Niel.
Perangai Niel seakan perangainya. Tidak gemar bercakap. Kadangkala Irsha risau memikirkan anak terunanya yang jarang bercakap. Namun, Dylan berkata, perangai Niel serupa perangainya. Berlainan dengan si comel Ryna, mulutnya becok mengalahkan mulut murai. Kadang kala, Niel layankan sahaja perangai Ryna. Adik kesayangan Niel lah katakan.
Ketukan di pintu kedengaran.
"Tuan... Puan panggil, sarapan dah siap" kata Ria.
"Okay. Jom twins. " kata Dylan memimpin kedua tangan anaknya.
******
"Ma, Ryna tak sabar nak pergi sekolah. Boleh jumpa kawan, boleh jumpa cikgu, boleh main lari-lari." mulut becok Ryna sudah kedengaran. Inilah radio mereka di awal pagi. Kebecokkan Ryna. Niel hanya tersenyum melihat gelagat adiknya.
"Ye. School will be fun. Dengar cakap Niel tau" pesan Irsha.
"Baik Ma" kata Ryna.
***********
Irsha memeluk kembar itu sebelum dihantar oleh Joe ke pra sekolah. Begitu juga Dylan.
"See you later, jaga diri. Niel jaga adik ye, sayang.." kata Irsha.
Ryna dan Niel berpegang tangan menaiki kereta.
"Inform me if they reach at school" pesan Dylan kepada Joe. Joe menganggukkan kepalanya. Irsha ingin menghantar mereka ke pintu pagar pra sekolah. Hari pertama anaknya ke sekolah namun ditegah oleh Dylan.
Kata Dylan, "if you want your child independent, let they be. Jangan terlampau manjakan mereka"
Dylan mengusap bahu isterinya.
"Irsha, dah ready ke pejabat?" soal Dylan. Irsha menganggukkan kepalanya. Hari ini dia akan ditemani oleh Ria dan Iqbal.
"Eh, mana twins. Pak Cik Sham baru nak tangkap gambar" kata Sham baru menapak di rumah majikannya. Ria pula tersenyum sipu melihat pujaan hatinya yang sudah sampai.
"Kau memang, lambat je. Dah, jom kerja. Irsha, abang pergi dulu ye" kata Dylan menyerahkan tangannya kepada Irsha untuk disalam. Irsha menyambutnya, sempat Dylan memberikan pelukan kepada Irsha, dia tahu isterinya sedikit takut.
Dylan membisikan kata semangat yang hanya didengar oleh isterinya, "i know you can do it, sayang. If you need me, just give a call" bisik Dylan.
Sham dan Ria yang menyaksikan perlakuan tersebut hanya tersenyum. Mereka suka melihat pasangan ini. Penuh dengan cinta.
"Hemm.. Hem.. Dato, jom.. Kita dah lambat ni" kata Sham masih tersengih.
"Tahulah, sibuk je. Dah jom" kata Dylan.
Ria dan Iqbal menanti majikan mereka untuk menaiki kereta. Mereka akan bergerak ke pejabat Irsha.
******
Dalam kereta.
"Puan, okay?" soal Iqbal melihat majikannya yang sedikit gusar.
"Saya takut, Iqbal" kata Irsha.
"Tak perlu takut Puan. Mereka dekat sana dah menantikan Puan. " kata Iqbal.
"A ah. Lagipun, sepanjang lima tahun ni kan. Puan dah banyak belajar daripada Tuan" pujuk Ria.
"Kalau ada apa-apa, harap Ria dan Iqbal bantu saya ye.." kata Irsha merendah diri.
"Jangan risau, Puan.. Kami bersedia untuk Puan" kata Iqbal.
**********
"Dengar-dengar, yang akan jadi bos kita ni ialah pewaris sebenar syarikat ini. Kaya pun kaya" kata pekerja di sana.
Fuad hanya mendengar apa yang disampaikan oleh pekerja itu. Selama bekerja di sini, Fuad belum berpeluang bertemu dengan bos mereka yang sebenar.
"Okay, semua kumpul. Kita akan sambut bos baru kita sekarang, semua berkumpul ye" kata ketua bahagian mereka.
Selepas mereka sudah dikumpulkan, Fuad melihat gadis yang diapiti oleh seorang gadis dan seorang lelaki.
"Baik semua, ni bos syarikat kita. Puan Iryna Irsha" terang ketua tersebut.
"Iryna Irsha? Wait.... Takkan dia ni Ryna? " soal Fuad bertubi-tubi.
"Hai semua, saya Iryna Irsha. Saya harap semua sihat. Seperti yang semua tahu, saya akan mengambil alih syarikat ini. Jadi, saya harap kita semua dapat bekerjasama." kata Irsha. Dia sudah gugup namun dia perlu yakin.
"Sah... memang dia Ryna. Boleh tahan, pemilik syarikat mesti kaya dah dia ni. Akhirnya, aku jumpa juga crush aku ni" bisik Fuad di dalam hatinya.
Fuad mulai tersenyum sinis..
************
p/s : Kepada sesiapa yang baharu sahaja follow Killa, readers boleh lah menikmati Novel Killa yang sudah dipublish seperti, perangkap pt.1 , Iron Lady-My Wife, Syarat untuk Married, Awak, Terima Kasih, What Dresscode For Today?, "Dare You To Love Me, Master"
Dan jangan lupa juga jenguk pertama Killa sambungan daripada "Dare You To Love Me, Master!" yang bertajuk
"The Heir of The Organisation" yang cuma berharga RM 12 sahaja.
"My Billionaire Wife" ini Killa slow update tau.. Sebab, dari bulan 3-5 agak sibuk. Tapi, Killa akan pastikan yang terbaik untuk readers yang selama ini menyokong Killa.
Stay Tuned!
Share this novel
fuad bukan lelaki yang selalu buli ontel waktu kecik ke?...ke ni fuad lain???