Bab 26 - Subahat Menjatuhkan Waris Sebenar

Romance Series 80659

"Jadi.. kau dah lama lah, kenal Irsha?" soal Haniff, menyilangkan kaki menunggu Fuad menjawab.

Mulanya Fuad terkejut dia dibawa ke sini. Di rumah agam milik Haniff.

"Ye.. Ryna.. dia kawan sekolah saya dari kecil" kata Fuad, hanya menundukkan kepalanya. Haniff tersenyum sinis.

"So, kau kenal dia sebelum dia jadi kaya lah kan." kata Haniff. Fuad menganggukkan kepalanya. "Aku dah bawa kau ke sini, kau boleh guna apa sahaja, duit pun aku boleh bagi kau. Cuma.. kau kena tolong aku. Singkirkan Irsha" kata Haniff.

Fuad sudah terdiam, "perlukah dia mengikut perasaannya pada kali ini. Sedangkan, Dylan sudah banyak berjasa dengannya" gumam hati Fuad kedengaran.

"Baik... aku boleh tolong kau" kata Fuad. Haniff tersenyum senang.
*******

"Maksud Abang, anak angkat Dato Mustapha datang sini balik?" soal Irsha. Dylan menganggukkan kepalanya.

"Ya Irsha, dan Abang tak tahu.. dia nak apa. Tu yang Abang risau.. Irsha, untuk kali ini tolong dengar cakap Abang. Okay? Sebab Haniff tu... genius dia macam Abang juga. Jadi, abang tak boleh jangka, apa yang dia nak buat" terang Dylan.

"Baik Abang...." kata Irsha.

"Ke.. kita perlu jumpa Uncle Mustapha dekat penjara?" soal Irsha memberi cadangan.

Dylan berfikir...

"Boleh juga tu Irsha. Sebab, kita perlu tahu motif Haniff ke sini." kata Dylan.
*********

Fuad diam di dalam bilik. Dia memikirkan keputusan yang dia buat. Lama dia berfikir, akhirnya... dia yakin dengan keputusan yang dia buat.

"Maafkan aku Ryna, Dylan..." kata Fuad, lalu tidur.
********

"Tuan Haniff, kita nak ke mana ni?" soal pemandunya.

"Kau bawa je kereta tu, jangan persoalkan apa yang aku buat.. " kata Haniff.

"Tak sabar nak jumpa anak buah" kata Haniff, sinis.

Ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera, kedengaran lonceng berbunyi dengan laju.

"Siapa tu Abang?" soal Irsha. Dylan berdiri lalu membuka pintu, terkejut dia melihat Haniff di depan pintu.

"Kau!... macam mana kau boleh masuk kawasan perumahan aku?" soal Dylan keras. Haniff hanya tersenyum sinis.

"Relaks. Aku cuma nak tengok anak buah aku. " kata Haniff.

"Abang.. siapa tu?" kedengaran suara Irsha.

Dan, akhirnya Irsha dan Haniff berjumpa buat kali pertamanya.

"Iryna Irsha.... nice to meet you" kata Haniff.

Irsha terdiam. Dan, Dylan tahu dia berada di dalam suasana yang tegang sekarang.

"Mama Papa..." jerit Niel dan Ryna.

"Eh, siapa Uncle ni? Hai saya Ryna, ni Abang saya Niel" ramah Ryna. Haniff sudah tersenyum senang.. Ramahnya anak buahnya.

Haniff mendekati kembar itu, dia masuk tanpa dipelawa oleh Dylan.

"Kau jangan buat apa-apa dekat anak aku , Haniff.. Nahas kau aku kerjakan" kata Dylan.

Haniff ketawa, "relaks Dylan. Aku tak lah sampai macam tu. Hai Ryna, Niel.. nama Uncle Haniff. Uncle dengan mama kamu, sepupu" kata Haniff.

"Hai Uncle. Saya tak pernah nampak Uncle pun.." kata Ryna.

Haniff ketawa, "Uncle baru balik. Ryna dengan Niel tengah buat apa ?" soal Haniff.

"Kita orang baru nak makan. Jom lah, Mama.. boleh tak kita jemput Uncle ni makan.. please?" rayu Ryna.

Terkedu Dylan dan Irsha dengan permintaan anaknya yang mereka tidak tahu bahawa Irsha dan Dylan sedaya upaya melindungi anaknya daripada mengenal pak cik yang sebenarnya tiada kaitan dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience