Bab 36 - Terpaksa Terpisah

Romance Series 80659

"Abang Haniff turunkan tandatangan ye." kata Irsha. Haniff dengan senang hati menurunkan tandatangan pada dokumen berkenaan. Irsha gembira syarikat mereka yang mendapat projek yang dikatakan projek mega pada tahun ni.

"Tak sia-sia Irsha sabotaj syarikat suami Irsha. So, dia macam mana semalam?" soal Haniff. Irsha hanya tersenyum, "entah. kami tidur asing semalam." kata Irsha seperti tidak ambil endah mengenai hal suaminya.

"Kenapa ni? Ada masalah family ke?" soal Haniff, berpura-pura risau. Irsha terus muram. "Ria cakap dengan saya kelmarin. PA dia yang baru dia macam ada something. Tapi, tulah. saya tak nak lah nak tuduh suami saya" kata Irsha.

Haniff sudah tersenyum, bermakna Katrina memang menjalankan tugasnya dengan baik. "PA? Dylan ada PA baru? Aik bukan Ria kerja dengan dia ke?" soal Haniff.

"Ria sekarang dah disuruh bekerja di bahagian lain. Entahlah Abang Haniff, saya risau juga. Takut-takut suami saya.. " kata Irsha , tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya. Dia menangis. Haniff memujuk Irsha.

"Jangan risau Irsha. Kalau Dylan tak guna tu buat hal. Ceraikan je dia. Okay?" kata Haniff. Irsha mengelap air matanya.
***

"Bagus kerja kau Katrina.. Esok, kerja kau ialah.. goda Dylan. Pastikan masa dan waktu kita tepat" kata Haniff. Katrina sudah membayangkan esok Dylan akan jatuh ke tangannya.

"Dan, kerja kau Fuad. Pastikan Iqbal dan Sham tak ikut kami. Perancangan ni kena berjaya. Sebab, sikit je lagi.. Kita akan menang. Lepas je, mereka tak sehaluan. Aku akan hancurkan Irsha dan syarikat tu akan jadi milik aku.. " kata Haniff sambil menghembus asap cerut yang dihisapnya.

Katrina sudah bertepuk tangan, "yay! lepas ni kayalah I." kata Katrina. Namun, tidak bagi Fuad. Perkara ini harus diberitahu kepada Dylan. Perancangan bodoh Haniff yang ingin memisahkan Irsha dan Dylan.
***

"Baik Fuad. Terima kasih. Ni isteri aku kirim salam. Baik, kami akan bersedia" kata Dylan. Sejurus sahaja dia mematikan
telefonnya. Dia terus mendekati Irsha.

"Sayang.. walau apapun terjadi esok. Irsha tetap dalam hati Abang. Tetap." kata Dylan. Irsha menganggukkan kepalanya. Dia akan menyematkan kata-kata suaminya dalam hatinya.

"Mama Papa... " jerit kembar. Dylan dan Irsha memeluk anak mereka. "Malam ni kemas barang ye.. Kita akan ke Paris esok. Tapi, Niel dengan Ryna pergi dengan Uncle Joe dengan Aunty Ria ye. Lusa, baru papa dengan mama datang. Niel, jaga adik kamu ye." pesan Dylan.

"Alah.. kenapa mama dengan Papa lambat pergi. " soal Ryna dengan muncungnya.

"Mama ada kerja sayang. Tunggu mama dengan papa ye." kata Irsha. Dia takut hari esok. Begitu juga Dylan.
***

Katrina memakai baju yang agak seksi hari ni. Skrit yang dipakai hanya paras paha dan terbelah di belakang. Katrina merapikan dirinya. Biasan cahaya melihatkan Fuad yang sedang menyandar di pintu biliknya.

"You tak rasa berdosa ke hancurkan rumah tangga orang hanya kerana 1 juta?" soal Fuad secara tiba-tiba. Katrina hanya ketawa, "Kalau si Irsha tu nak minta cerai. I dan standby nak jadi isteri Dato Dylan." kata Katrina.

Fuad senyum mengejek, "dan, apa sebab you yakin sangat Dylan akan pilih you jadi isteri dia?" soal Fuad. Katrina terdiam, "sebab I macam isteri dia. " yakin Katrina.

Fuad mendekati Katrina sambil berbisik, "hanya luaran sahaja. Hati you kalau nak dibandingkan dengan Irsha. You tak mampu lawan dia." kata Fuad.

"You ni dah kenapa? You tak suka ke kalau mereka bercerai? You boleh ambil Irsha dan I boleh ambil Dylan. Apa yang you tak puas hati dengan I ni?" teriak Katrina.

"Walaupun kita dapat apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat apa yang kita perlu. Fikir-fikirkan cakap I ni. Dah lah, I nak turun. Good luck hari ni" kata Fuad. Sedikit sebanyak dia berjaya meracuni fikiran Katrina.

Haniff sudah menantikan saat ni. Saat di mana dia akan duduk di syarikat ni. Syarikat yang dia selalu pergi bersama ayah angkatnya. Namun, impiannya sejak kecil musnah apabila dia dikhabarkan adanya pewaris sebenar.

"Aku tak sabar nak tengok kau jatuh Dylan. Dah lama aku menantikan saat ni. Saat bila cinta aku ditolak disebabkan kau. Ayah aku selalu banggakan kau. Dan, kau khawin dengan orang yang kaya. Sepatutnya, aku penerus semua syarikat, bukan Irsha. Dan, aku akan pastikan, hari ni hari terakhir kau jumpa Irsha. Dan, Irsha akan jadi milik aku.. selamanya... dan, dia akan berada di mana dia sepatutnya berada." kata Haniff.

"Cantik kau Irsha. Kau akan aku jadikan isteri, kalau korang bercerai dan takda pilihan.. kau akan aku kurung dekat rumah agam. Jangan harap kau boleh jumpa Dylan dan anak kau lagi" kata Haniff.

"Abang Haniff. Mari kita ke syarikat suami Irsha. Boleh? Pleasee..." rayu Irsha apabila dia tiba-tiba merempuh masuk bilik Haniff. Haniff mula memulakan lakonan.

"Boleh.. Jom" kata Haniff. Irsha pelik, "selalunya Abang Haniff tak suka bila Irsha jumpa suami Irsha?" soal Irsha.

"Abang Haniff pun nak juga bercerita dengan kawan baik Abang. Dah, Jom.." kata Haniff. Hari ni dia merasakan sinar kemenangan di pihaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience