Series
80659
Haniff hanya duduk mengejek memerhati Dylan yang seakan kelam kabut mengurus kertas syarikatnya. Pertama kali dalam hidup Haniff melihat Dylan yang tergopoh sebegitu. Dikenalnya dari dahulu, tidak pernah Dylan menjadi sebegini. Dia akan bersedia dengan semua situasi.
Haniff melihat ke arah Irsha. Reaksi wajahnya sama dengannya. Lebih kepada mengejek. Haniff berbisik ke arah Irsha, "Kenapa suami Irsha tu?" soal Haniff. Irsha membalasnya dengan senyum dan menjawab, "Irsha hilangkan kertas projek dia.. Hehehhe..." bisik Irsha sambil tersengih. Haniff sudah bangga dengan Irsha, "bagus Irsha.. bagus.. lepas ni Abang Haniff belanja makan, okay?" bisik Haniff lagi.
Datuk Hamid sudah mengeluh, "Dah tu Dayen. Pening saya tengok awak ni. Awak tak bersedia ke dengan hari ni? Pertama kali saya nampak awak macam ni? Kenapa dengan Dayen ni, tak fokus.. Memang betul lah apa yang kawan-kawan saya cakap. Syarikat Dayen sekarang ni macam dah hilang taring." suara Datuk Hamid kedengaran.
Dayen hanya menundukkan wajahnya. Sedikit memerah apabila dia dimarah oleh orang lain. "Kalau ayah Dayen masih hidup, malu dia nak ngaku Dayen ni anak dia. Sebab ayah Dayen yang saya tahu, jarang buat silap. Kamu dah kenapa ni Dayen?" soal Datuk Hamid lagi.
Dalam hati Irsha, dia merasa sedikit kasihan, namun.. perancangan tetap perancangan. Dia harus menjaga air mukanya agar tetap berlakon. Haniff sudah mulai memberikan senyuman mengejek kepada Dylan.
"Sikit masa lagi, hancurlah syarikat kau. Hahahha " gumam hati Haniff. Sekarang, dia sedang merencanakan apa rancangan seterusnya.
"Maafkan saya Datuk Hamid. " rendah suara Dylan. Datuk Hamid hanya mengelengkan kepalanya. "Dah, memandangkan awak tak bersedia. Saya akan bagi projek ni dengan syarikat isteri awak. Awak boleh pergi dari sini. Saya ada benda nak bincang dengan syarikat berkenaan" kata Datuk Hamid.
Dylan hanya melangkah sayu keluar dari syarikat tersebut. Haniff dan Irsha gembira dengan kejayaan mereka.
***
Muram Dylan di syarikatnya. Dan, inilah masanya untuk Katrina bertindak. Katrina membawakan kopi untuk majikannya.
"Dato, kopi.." sengaja suara Katrina dilembutkan. "Terima kasih Kat" kata Dayen. Sesekali dia mengeluh. Katrina terus risau dengan keadaan majikannya.
"Dato okay?" soal Katrina. Dylan hanya tersenyum, " okay.. cuma tulah. Kadangkala saya nak isteri saya jadi macam dulu. Sebelum dia kaya. " Dylan sudah mula meluah.
"Kenapa isteri Dato?" soal Katrina. Dylan tersenyum, "dulu.. isteri saya macam awaklah, tapi bila dah kaya, kerja dia asyik nak lawan saya je.. " kata Dylan terus mengurut kepalanya.
Katrina pergi ke arah Dylan dan mengurut bahu Dylan, "sabar ye Dato.." namun baru sahaja Katrina memulakan kerjanya. Pintu ditolak dari arah luar. Masuk Ria dengan failnya.
"Apa awak buat ni Katrina? Kenapa awak sentuh Dato?" tinggi suara Ria. Katrina terkejut terus melepaskan tangannya dari bahu Dylan.
"Tak ada Puan.. " kata Katrina, membela dirinya. Dylan hanya mengeluh, "Ria.. boleh tak lain kali awak ketuk pintu sebelum masuk. Awak ingat awak ni dah besar ke dekat pejabat ni? ". marah Dylan.
Katrina merasakan kemenangan berpihak kepadanya. Ria hanya suram, "maafkan saya Dato." kata Ria. "Awak minta maaf dengan Katrina juga. Main tuduh je. Dah saya nak balik.. " kata Dylan, mengambil begnya.
Katrina tahu Dylan sudah mulai ada hati dengan dirinya.
***
(Di rumah)
"Abang... Irsha nak minta maaf pasal tadi, Irsha... " menangis Irsha di pelukan suaminya. Dia tahu Irsha tidak sampai hati membuatnya sebegitu.
Dylan sudah meraih tangan Irsha dan menciumnya, "Abang pun nak minta maaf dengan Irsha, tadi Katrina sentuh bahu Abang. Tapi, Abang janji takkan pernah tergoda dengan dia sayang. Hanya Irsha di hati Abang.. Betul sayang.." kata Dylan.
Irsha memeluk Dylan seakan tidak mahu melepaskannya. Begitu juga pelukan Dylan kepada isterinya, "Bila semua akan berakhir Abang, kita yang sakit.." luah Irsha.
"Sikit lagi Irsha.. Sikit lagi... " kata Dylan mencium rambut milik Irsha. Mengingatkan kejadian tadi, hati Dylan tidak senang apabila ada perempuan lain menyentuhnya. Dia hanya milik Irsha, dan Irsha miliknya.. Tiada yang lain. Namun, disebabkan rancangan. Mereka harus berlakon..
Share this novel