Series
80659
Katrina sudah duduk di bangku, menunggu rombongan Haniff datang ke rumahnya. Hatinya dipagut rasa gemuruh.
"Mak... Katrina takut " gusar Katrina kepada ibunya. "Mak ada dekat sini, insha Allah..." Kata ibunya meredakan gemuruh anaknya.
***
"Terima kasih mak cik sebab sudi jadi wakil saya meminang Katrina" kata Haniff kepada ibu angkat Irsha.
Ibunya tersenyum, "tak payahlah panggil mak cik. Panggil ibu je Haniff. Dah banyak-banyakkan selawat, semoga dipermudahkan hari ini" kata ibu angkat Irsha merangkap wakil Haniff pada hari ini.
"Aku harus berterima kasih kepada kau, Irsha.." kata Haniff. Dylan dan Irsha sudah tersenyum, "benda kecil, kan Abang?" Soal Irsha.
Dylan hanya tersenyum, "jangan gabra, bro.. ni baru minang, belum lagi khawin.. lagilah berdebar. Nasib aku dulu akad nikah dengan Irsha guna Skype je.." kata Dylan, mengulang kembali ingatan dia diijabkabulkan dengan Irsha.
***
"Jadi, kira tarikh yang kita pilih ini, okay lah kan. Suruh Katrina bersedia hujung bulan ni" kata ibu Irsha. Katrina dan Haniff sudah tersenyum.
"Alhamdulillah.. selesai satu urusan.. kan Abang?" Soal Irsha. Dylan mengusap tangan isterinya. "Alhamdulillah sayang.. " kata Dylan.
***
(Imbas Kembali)
Selepas sahaja majlis, Dylan membuka bowtie dan Irsha sedang membersihkan mekap di mukanya.
"Maksudnya, Haniff minta tolong Irsha untuk pinangkan Katrina, macam tu?" Soal Dylan. Irsha sudah menganggukkan kepalanya.
"Ya Abang. Tapi, saya pun tak berapa pandai kalau bab ni sebab selalunya orang tua yang akan menjadi wakil dalam minang-meminang ni" kata Irsha.
"Apakata Irsha minta tolong dengan ibu Irsha?" Cadang Dylan. Bercahaya terus mata milik Irsha. "Abang... You are the most clever man I know. Betul juga kan Abang.." kata Irsha terus mencium pipi suaminya. Tidak sabar dia ingin mengatakan perkara ini kepada ibunya.
***
(Imbas kembali)
Haniff
Haniff bertemu dengan ayahnya, Dato Mustapha di penjara, "Maafkan Haniff sebab sikap Haniff yang tamakkan harta Atuk, sedangkan Irshalah yang layak memilikinya. Dan, sekarang Irsha dah serahkan syarikat dekat Haniff, Haniff malu dengan sikal Haniff yang tamak." Kata Haniff.
Dato Mustapha hanya tersenyum, "takpela Haniff, mungkin ni semua sebab didikan ayah kepada kamu. Maafkan ayah. Kita lupakan apa yang berlaku." Kata Dato Mustapha.
"Ayah, Haniff akan berkahwin nanti" kata Haniff. Dato Mustapha sudah tersenyum, "Alhamdulillah.. jadilah suami yang baik Haniff, maafkan Ayah tak dapat datang untuk lihat perkhawinan kamu.. " kata Dato Mustapha.
"Cuma, doakan Haniff sahaja Ayah. " Kata Haniff.
***
"Irsha, Dylan.. tolong aku carikan barang khawin ye.. " kata Haniff, bersemangat.
"Boleh, takda masalah" kata Dylan. "Apa tema Abang Haniff nak?" soal Irsha. Haniff sudah tersenyum... lalu berkata, "Prince and Princess.. pastikan menepati tema. Sebab aku kena cabar oleh bakal isteri aku" kata Haniff.
Dylan dan Irsha sudah mulai berfikir untuk memeriahkan perkhawinan Haniff dan Katrina.
Esok last chapter dah.. stay tuned
Share this novel