Series
80659
Mereka sudah sampai di Malaysia kelmarin. Haniff tidak sabar untuk menuju ke butik Katrina. Dengan tangannya memegang hadiah untuk Katrina. Teringat kali pertama, dia bertemu Katrina. Walaupun masing-masing pernah menjadi jahat, tapi semua orang perlukan peluang kedua untuk menjadi terbaik.
Dari kejauhan, Haniff melihat Katrina melayani dengan senyuman di bibirnya. Manis dirasakan, sangat berbeza ketika kali pertama dia bertemu Katrina dulu. Mekap tebal dan personaliti yang kasar, namun sekarang Katrina yang ditemuinya bermekap tipis dan rambut dahulunya bewarna kini dihitamkan. Sangat menawan.
"Sampai bila Abang Haniff nak menyorok belakang dinding ni?" Seru satu suara. Terkejut Haniff akan sergahan itu, rupanya Dylan dan Irsha.
"Eh, korang buat apa dekat sini?" Kata Haniff. Dylan sudah ketawa, "kami nak tempah baju untuk majlis tulah. Kau pula? Terhendap-hendap dah kenapa?" Soal Dylan. "Aku pun nak tempah baju juga. Untuk majlis itu." Kata Haniff menutup rasa malunya.
"Tepat pada masanya. Dah, jom kita ke butik tu. " Ajak Irsha. Menarik kedua-dua tangan suaminya dan Abang Haniffnya.
"Eh.. Dato Dylan. Apa khabar, selamat datang ke butik saya. Kau pun ada Haniff.. Selamat datang, dan mesti yang cantik ni, Puan Iryna Irsha, apa khabar Puan? " Soal Katrina, sedikit gugup dia kali pertama berjumpa dengan isteri majikannya dulu. Yang sudah banyak membantu dirinya
" Kahbar baik. Err, Awak Katrina kan. Macam ni, saya dengan suami saya nak tempah baju untuk majlis, boleh tolong carikan?" Soal Irsha.
"Boleh, silakan masuk. " Kata Katrina, Dylan dan Irsha sudah masuk ke dalam untuk melihat baju-baju yang dipamerkan.
"Haniff, jom lah masuk.. " kata Katrina, kisah lalu dia lupakan. Haniff sudah menyerahkan bakul kepada Katrina, "nah.. untuk awak, sempena err.. sempena... Pembukaan butik baharu" kata Haniff tergugup pula dia.
"Kau ni dah kenapa Haniff, tergagap-gagap pula bila cakap dengan aku. Tenang lah, macam je tak pernah jumpa lah kita ni" kata Katrina. Haniff bersetuju dengan Katrina, tapi hatinya yang tidak boleh tenang sebenarnya.
***
"Dresscode on that night will be Royal Blue..." Kata Dylan, Irsha hanya mengangguk sambil tersenyum. "Dah lama rasanya Abang tak cakap macam tu dekat Irsha" bisik Irsha.
Dylan hanya tersenyum, "amboi dia ni, waktu ramai orang macam nilah nak goda kita. Awas bila sampai rumah nanti."
Irsha tergelak manja mendengar amaran suaminya. Dia akan menempah baju ni untuk keluarganya. Dylan menggengam tangan Irsha. Sesekali dia mengusap perlahan.
Setelah mereka lama di butik, pakaian juga sudah mereka tempah. Kini, tiba masanya mereka untuk pulang. "Terima kasih Katrina, selamat maju jaya dekat butik awak ni. Anyway, saya nak jemput awak pergi majlis nanti, boleh kan? " Soal Irsha.
"Boleh Puan. Anyway Puan terima kasih atas semuanya dan maafkan silap saya dahulu" ikhlas Katrina. Irsha hanya tersenyum, "buang yang keruh ambil yang jernih" kata Irsha, senyum. Lagipun, jika benar Haniff dan Katrina bakal bersatu, Katrina akan menjadi sebahagian daripada keluarganya. Semoga sahaja Abang Haniffnya mampu menambat hati si cantik ini.
Dylan dan Irsha meninggalkan mereka. Haniff dan Katrina. "Err.. jangan lupa datang nanti tau. Okay? " Kata Haniff.
"Insha Allah" senyum Katrina. "okaylah, saya nak balik dah ni, jaga diri si cantik.." kata Haniff, laju-laju meninggalkan Katrina. Dia malu sebenarnya.
Katrina pelik dengan perangai Haniff. Jauh dengan kali pertama dia bertemu dengannya dahulu. Katrina duduk di sofa di dalam butik dan membuka hadiah daripada Haniff.
Sebuah jam tangan Rolex emas bertatahkan pertama delima merah. "Mahalnya. Apasal Haniff bagi ni?" Soal Katrina lantas mencapai kad yang ditulis tangan.
"Missing you, Katrina"
From : your future husband
Katrina sudah termangu. Adakah Haniff selama ini yang mewasapnya.. Katrina hanya tersenyum. "Patutlah lain macam perangainya .. hehehhe" tawa Katrina sendirian.
akan ada berbaki lima chapter lagi, sebab selepas ni, Killa akan sambung Novelis I'm in Love With You... stay tuned ye.
Share this novel