Series
80659
"Ria, i want file from Brunei, and Iqbal.. please hand me the report from last meeting" arah Irsha. Irsha semakin mendapat rentak untuk bekerja di syarikat berkenaan.
Sedang dia meneliti laporan, terdapat satu pesanan di telefonnya. Irsha mengambil kesempatan untuk membukanya dan melihat gambar anak mereka yang sudah berada di prasekolah.
Abang : Look our children.. So cute (^o^)
Irsha membalas pesanan berikut.
Irsha: And i will be the proud mom. Anyway, Irsha ada benda nak buat. See you. Bye
Selang berapa minit.
Abang : Okay sweetheart. Miss you.
***********
Fuad sedang berada di pantri. Dia ingin mencari tahu mengenai pemilik syarikat ini. Dia cuba untuk bergaul dengan pekerja di sini untuk bertanya.
"Eh, Fuad.. nak kopi? Akak boleh buatkan" ramah Kak Imah.
"Boleh juga kak. Hurmm, best juga dapat bos perempuan kan kak" Fuad cuba memancing Kak Imah supaya Kak Imah boleh menceritakan sedikit mengenai Irsha.
"A ah, Fuad. Bukan calang-calang orang bos kita ni akak dengar. Isteri kepada Dato Dayen Dylan. Lepas tu, boleh dikatakan dua-dua kaya lah katakan" kata Kak Imah.
Fuad terdiam, "Dia dah kahwin?" soal Fuad dalam hatinya.
"Siapa tadi nama suami bos kita tu akak?" soal Fuad sekali lagi.
"Dato Dayen Dylan. Kenapa Fuad?" soal Kak Imah sambil menyerahkan kopi kepada Fuad.
"Owh.. takde kak, terima kasih" kata Fuad sambil mengambil kopi daripada tangan kak Imah.
Fuad kembali ke mejanya, dan dia mencari nama Dayen Dylan. Entah kenapa nama dia pernah di dengarnya. Setelah dia selidik, memang benar tekaannya.
"Cis... budak gemuk dulu ini, suami Irsha." kata Fuad sambil merenung lama gambar Dylan di komputernya.
**********
"Errr.. Puan, Tuan pesan dekat saya.. Nanti rehat, Tuan akan ke sini nak ajak Puan makan waktu rest nanti" kata Ria merangkap PA nya.
"Okay... Ria" kata Irsha, matanya masih meneliti laporan kewangan.
*******
Fuad melihat Irsha keluar daripada biliknya, melepasi dia. Ingin dia bercakap dengan Irsha, namun melihat Irsha dikawal ketat oleh seorang lelaki menyebabkan dia sedikit gerun.
Dia cuba mengekori Irsha sehingga ke bawah. Apabila sampai, dia menyorokkan diri di sebalik dinding dan melihat Irsha dipeluk oleh Dylan.
"Tak guna punya budak gemuk. Kenapa dia yang dapat Irsha.... " maki Fuad dalam hatinya. Dia tidak senang dengan situasi sekarang.
"Patutlah kau dah tak kerja dekat kedai bunga, dah jadi jutawan. Kalau lah aku yang dapat dia dulu. Sudah tentu, aku tumpang kekayaan si Irsha ni" gumam Fuad.
********
"How's work?" soal Dylan, sambil tangan dirayapkan ke bahu isterinya. Dia rindu isterinya.
"So far, okay.. Irsha dah dapat rentak dah. Thanks to you, Abang..." kata Irsha melentokkan kepalanya di dada Dylan.
"Bagus lah.. " tu sahaja kata Dylan.
Iqbal dan Sham di hadapan hanya menahan senyum mereka. Terlalu bersemut majikan mereka ini. Dylan yang perasan senyuman Sham mulai mengusiknya.
"Dah kenapa kau senyum-senyum tu, Sham... Iqbal?" soal Dylan.
"Err... Dato jangan lah romantik sangat. Kesian lah dekat kita orang ni. Saya okay lagi, ada Ria. Ni kawan sebelah saya ni, dah lah single.. kesian dia tengok Dato dengan Puan romantik" kata Sham sambil tersengih.
Irsha sudah ketawa begitu juga Dylan.
"Kau ni Sham. Petik nama aku pula" kata Iqbal. Betul apa yang dikatakan oleh Sham. Dia sudah lama tidak mencari pasangan. Tapi, apakan daya... Dia terikat dengan janji. Janji untuk menjaga Puan Irsha dan kembar tu agar tidak diapa-apakan.
********
"Balik nanti, Abang ambil ye" kata Dylan, sempat dia melayangkan flying kiss kepada Irsha. Dia rindu.
"Sham, kembar dah dekat rumah?" soal Dylan ketika kereta sudah bergerak.
"Dah Dato, Joe bagitahu. Sekarang ni, mereka sedang diajar oleh guru muzik mereka" kata Sham.
Dylan tersenyum. Niel yang gemar bermain piano dan Ryna yang suka bermain biola. Dylan sanggup buat apa sahaja demi isterinya dan kembar mereka.
*****
"Iqbal, awak naik dulu. Saya nak tinjau pekerja-pekerja saya" arah Irsha. Iqbal sudah meninggalkan majikannya.
Irsha sedang berjalan melihat sekeliling. Pekerja-pekerja nya memang tepat masa masuk ke pejabat. Tiba-tiba, dia dengar seperti file jatuh di sebuah bilik. Irsha merempuh masuk ke bilik tersebut.
"Aduhh..." adu Fuad.
"Awak tak apa-apa?" soal seseorang. Fuad mendongak dan terkejut dia melihat Irsha di hadapannya.
"Bos.. maaf. Saya tadi nak ambil file ni, tengok jatuh pula semua file" kata Fuad, matanya masih merenung wajah Irsha.
"Kenapalah budak gemuk tu yang dapat kau dulu, Irsha..." gumam hati Fuad.
"Dah, awak okay kan? Mari saya tolong kemaskan.. Lain kali berhati-hati ye" kata Irsha sambil tersenyum dan tangannya mengemaskan file tersebut.
Dan hati Fuad berdegup kencang. Ya, memang dialah Irsha.... baiknya dan cantiknya sejak zaman sekolah lagi.
"Sorry, Dylan.. Aku nak isteri kau" tekad Fuad sambil tangannya mengemaskan file bersama Irsha.
Setelah selesai, mereka keluar daripada bilik tersebut. Iqbal sudah berlari ke arah Irsha. Dia risau kenapa majikannya lama dan tidak naik ke biliknya.
"Puan, why? Everything okay?" soal Iqbal, tercungap-cungap nafasnya.
"Owh.. sorry Iqbal. Tadi, saya bantu dia kemas file. Jatuh.. " kata Irsha. Iqbal menarik nafas lega.
"Owh ya, awak siapa nama ye?" soal Irsha.
"Nama saya Ad, bos.." kata Fuad.
"Owh... okaylah, Ad. Kerja bagus-bagus ye. Jom Iqbal" kata Irsha meninggalkan Fuad. Senyuman tergaris di bibir Fuad. Dia suka... Dia sukakan Irsha.
Share this novel