Series
80659
Haniff datang ke pejabat Irsha. Dia ditemani oleh Fuad, sebagai pengawalnya dan seperti yang dijangka, Irsha diapit oleh Sham dan Iqbal yang baru sembuh dari kecederaannya.
"You looks good, Iqbal. And Sham.. mana Ria? Ke Dylan arahkan kau kerja dekat sini? Seperti apa yang aku jangka, tak begitu Fuad?" soal Haniff.
Iqbal sudah menggengam penumbuknya, ingin sahaja dia menumbuk Fuad di sini. Dialah penyebab kepada kecederaannya. Suasana agak tegang Irsha rasakan.
"Er.. Abang Haniff, mari kita ke pejabat Irsha dulu. Jemput lah masuk. What do you want, coffee or tea?" soal Irsha, ramah.
Haniff berjalan mendekatinya dan berbisik ke telinga Irsha. "I want you, baby" senyum Haniff terus masuk ke dalam bilik Irsha. Irsha malas melayan sikap Haniff yang dirasakan spesis buaya.
"Iqbal, Sham, dan Fuad. Awak semua boleh tunggu di sini. Saya ada nak bincang dengan Abang Haniff sekijap. Sham, make two black coffee please" kata Irsha.
Namun, sebelum Irsha masuk ke dalam bilik. Dia ditahan oleh Fuad. Iqbal dan Sham sudah berada di fasa berjaga-jaga.
"Maafkan aku Irsha. " lirih suara Fuad. Mengharapkan semoga Irsha mampu memaafkannya. Irsha hanya tersenyum dan berkata, "it's okay Fuad. Kirim salam mak awak ye" kata Irsha meninggalkan mereka bertiga.
Dan, memang itulah Irsha, pemaaf dan baik. Lagi menggunung rasa bersalah Fuad kepadanya. Memang janjinya akan melindungi Irsha. Dan, perkara ini hanya diketahui oleh Sham dan Dato Dylan sahaja.
"Kalau lah dekat sini bukan pejabat, dah lama aku tumbuk kau, Fuad" geram Iqbal. Fuad hanya tersenyum. Memang layak dia ditumbuk.
***
"So, Irsha sihat?" soal Haniff. Irsha hanya tersenyum. Haniff mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan memakainya di dada. Seakan badge namun di tengahnya terdapat batu permata merah.
Irsha terkejut. "Mana Abang Haniff dapat tu?" soal Irsha. Dia juga ada. Kalung permata merah yang dipakainya sekarang.
"Permata merah ni, Ruby. Hanya akan dapat dekat pewaris Dato Ali. Guess what, hanya dua orang sahaja ada ruby ini di dunia. Iaitu, kau dan aku. Sebab dia ditempah khas oleh Dato Ali kepada warisnya" kata Haniff.
"So, Irsha... kedatangan aku dekat sini bukan sebab nak bergaduh atau apa.. cuma, aku ada beberapa rundingan nak buat dekat kau" kata Haniff.
Irsha diam menantikan apa yang ingin dibicarakan oleh Haniff.
***
"Tuan rasa apa yang Tuan Haniff akan lakukan?" soal Ria. Mulai hari ini, dia akan mengambil tempat suaminya dan suaminya akan bekerja bersama Irsha sehingga masalah ini selesai.
"Aku tahu apa yang Haniff akan lakukan. Dia akan bekerjasama dengan Irsha untuk jatuhkan aku" kata Dylan.
Ria sudah terkejut, "tapi, saya yakin Puan tak akan sanggup buat Tuan macam tu" kata Ria.
"Saya terpaksa suruh isteri saya bersetuju Ria. Sebab, ini sahaja jalannya. Haniff yang aku kenal. Dia tidak akan menyerah selagi perkara ini tak selesai. Dan, kita terpaksa buat Haniff percaya yang aku betul-betul jatuh" kata Dylan. Perkara ini sudah pun dirancang dari awal lagi.
***
Irsha menghirup air kopi yang diminum, dia terpaksa kekalkan air mukanya. Terkejut dia dengan cadangan Haniff. Dan, memang betul apa yang dirancang oleh suaminya.
"Kalau saya ikut cakap Abang Haniff, apa yang saya dapat?" soal Irsha. Haniff sudah tersenyum, dia tidak sangka bahawa Irsha akan bersetuju dengannya.
"Semua yang kau nak aku bagi. Kalau kita berjaya, syarikat Dylan akan jadi milik kau. Kita akan jadi multi-billoinare, Irsha. Atuk kita akan bangga dengan kita bila kita dah hancurkan pesaing kita.
Irsha diam. Namun, yang dia ingin hancurkan ini ialah suaminya sendiri. Irsha tidak sanggup. Sedangkan dia ada anak bersama Dylan.
"Bagi saya masa untuk fikirkannya." kata Irsha.
Haniff sudah tersenyum, "jangan lama sangat, baby.. okaylah, saya akan datang balik ke sini. Minggu depan. Okay?" kata Haniff.
Mereka berdua berdiri dan Irsha membuka pintu kepada Haniff.
"I am gonna miss you, Iryna Irsha. Please take care, baby. Kalau Dylan tak layan awak, saya ada. You know my number right? Bye baby. I love you" kata Haniff meninggalkan mereka.
"Gila punya Haniff. Isteri orang pun dia nak" kata Sham. Sedikit bengang dia dengan perangai Haniff.
"Rasanya Puan ni memang banyak peminat. Selain Fuad, Encik Haniff pun minat dengan Puan" kata Iqbal.
"Takde maknanya Sham Iqbal. Suami saya tetap Dayen Dylan. Dah, jom... kita ada meeting ni" kata Irsha.
Killa update hari ni sebab dah habis kerja.. Enjoy reading, readers... So, minggu ni Killa update MBW je ye. Minggu depan baru LFMH..
Share this novel