Bab 43 - Menyatukan Dua Jiwa

Romance Series 80659

Selepas habis waktunya bekerja, Katrina mencapai telefon bimbitnya dan mewasap kembali nombor asing selepas dia mengetahui bahawa Haniff yang mewasapnya.

"Cantik jam, terima kasih" kata Katrina sambil tersenyum. Tidak lama selepas itu, pesanan dibalas tidak sampai seminit.

"Hanya untuk si cantik, hope you like it" kata Haniff. Katrina hanya tersenyum, baharu sahaja ingin membalas, Haniff sudah menghubunginya.

"Errm... Kenapa?" Soal Katrina. "Err. Takde. So, awak pergi kan majlis tu nanti..." Kata Haniff. "Tak kut, buat apa saya nak pergi.. saya takda kaitan dengan korang pun." Kata Katrina, jujur. Haniff sudah ketawa, "siapa cakap takda kaitan.. ada.. bakal isteri saya kan. Mestilah kena pergi. Okay? Pergi tau.." kata Haniff. "Merepek je kau ni. Dahlah" kata Katrina mematikan telefonnya.

Haniff sudah menarik nafasnya. Dia perlukan bantuan daripada Dylan dan Irsha. Untuk memujuk Katrina menerima dirinya.
***

Irsha terketawa melihat Haniff yang merayu-rayu meminta bantuan daripada mereka berdua. "Err... Haniff, aku tak janji ye. Tapi, yelah.. aku cuba. Okay?" Kata Dylan. Irsha juga menganggukkan kepalanya.

"A ah.. tapi, jangan risau. Kami akan cuba yang terbaik untuk Abang Haniff" kata Irsha. Dylan memandang Irsha. Irsha memandang Dylan. Berharap rancangan mereka ini berhasil.
***

"Sham, Ria..." Kata Dylan. "Ya Dato.. kenapa ?" Kata Sham. "Aku ada nak minta pertolongan korang sekijap. Boleh ?" Soal Dylan.

"Boleh Dato.. takda masalah" kata Sham. Sambil meraih tangan Ria, dia mengusap perlahan.
***
Irsha sudah mengemaskan barangnya dibantu oleh si kembar. Dia akan meninggalkan pejabat ini. "Maaf Atuk, Irsha serahkan syarikat ni kepada Abang Haniff dan dia akan dibantu oleh Iqbal dan Fuad." Kata Irsha merenung gambar atuknya. Kalau boleh dia tidak mahu kekayaan ni, dia cuma mahukan kebahagian.

"Mama, ni siapa?" Tunjuk Ryna. Niel juga menganggukkan kepalanya. Menginginkan jawapan. "Ini datuk mama, lebih kira moyang kamu.." kata Irsha.

"Niel, Ryna.. dengar cakap mama. Harta semua tak penting. Yang penting ialah kebahagian dalam keluarga. Yang penting, keluarga adalah yang utama. Faham?" Kata Irsha mendidik anaknya. " Baik Mama.." kata mereka serentak.

"Ingat kata Papa, jangan sombong... Dan jangan gunakan harta sewenang-wenangnya. Faham?" Kata Irsha..

Ketukan di pintu kedengaran, Dylan masuk ke pejabat Irsha, "dah ready, sayang?" Soal Dylan.

"Saya dah lama bersedia, dari dulu lagi.. jom sayang" kata Irsha menggengam tangan anaknya dan Dylan.

Inilah tanggungjawab yang sebenarnya, menjadi seorang isteri dan seorang ibu yang diperlukan dalam sebuah keluarga.
***

"Kau ajak aku keluar makan ni, kenapa? Kau tak buzy?" Soal Katrina. Nasib waktu rehatnya.

"Kalau untuk awak, saya tak akan sibuk. Hehehhe.. dah makan, makin kurus dah saya tengok awak" kata Haniff.

Dia ingat ilmu yang diturunkan oleh Dylan sebelum dia berjumpa Katrina. Dylan mengatakan gunakan bahasa yang sopan dan baik. Perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang gentleman.

"Yelah.."kata Katrina cuba memotong daging di hadapannya. Haniff sudah menawarkan bantuan.

"Mari saya bantu." Katq Haniff memotongkan daging untuknya. Ditambah dengan disuap ke mulut Katrina.

"Saya ni bukan budak. Sini, saya makan sendiri." Kata Katrina. Haniff sudah tersenyum, "tak pe. Sekali sekala, kerja awak senang je. Buka mulut je, saya suapkan" kata Haniff.

Sedikit tersentuh Katrina dengan perangai Haniff sekarang.
***

"Kembar, boleh tolong mama dengan papa tak?" Soal Dylan. Kembar menantikan apakah yang inginkan oleh Papa mereka.

"Kita satukan Uncle Haniff dengan Aunty Katrina ye. Boleh?" Soal Dylan.

"Uncle Haniff dengan Aunty Katrina??" Soal kembar serentak.

Berbaki 4 chapter lagi guyss.... So, nak yang mana satu, kita habiskan Novelis, I am in love with you, okay ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience