Series
80659
Haniff telah dibawa oleh Irsha dan Dylan untuk mengikuti mereka bercuti bersama-sama. Haniff tidak menyangka bahawa dia akan bersetuju dan entah apa yang mendorong dia bersetuju dengan perancangan ini.
"Abang Haniff.. "tegur Irsha. Haniff sudah mengukirkan senyuman. "Anak Irsha rindukan saya ke?" soal Haniff, seakan tidak percaya bahawa kembar itu merinduinya. Ya, memang dia ada pergi ke tempat Niel dan Ryna belajar. Dan, mengenangkan kembar tersebut. Hatinya juga turut rindu. Dengan kebecokkan Ryna dan kepintaran Niel.
"Ya, mereka cari Uncle mereka. Uncle Haniff katanya" kata Irsha sambil menyerahkan minuman kepada Haniff. Dylan pula hanya melihat Haniff dan isterinya. Dia tahu mereka memerlukan masa. Hanya ini cara untuk melembutkan hati Haniff agar tidak mengkhianati mereka lagi.
"Dato tak cemburu?" soal Sham. Dylan hanya tersenyum, "Buat apa nak cemburu Sham. Aku tahu dalam hati Irsha ada aku, dan dalam hati aku ada Irsha. Bagi mereka masa, lagipun.. Haniff juga kan keluarga Irsha. Walaupun bukan dari segi darah. Tapi, ya.. memang tetap dianggap keluarga" terang Dylan.
"Aku pun rindukan anak buah aku Irsha. Mesti mereka menyesal dapat Uncle yang tamakkan harta kan?" kata Haniff seakan menyesali perbuatannya. Kenapa dia perlu bertindak sejauh ini. Sedangkan yang layak hanya Iryna Irsha sebagai waris sebenar, dia hanyalah penumpang.
"Mereka tak perlu tahu tu Abang Haniff. Asalkan mereka tahu mereka ada Uncle yang menyayangi mereka.." kata Irsha, melemparkan senyumannya. Haniff sedikit tersentak melihat senyuman Irsha, seakan dia tidak pernah membuat silap besar sedangkan dia boleh dipenjarakan atas perbuatannya.
"Maafkan aku Irsha . Maafkan aku.. " kata Haniff. "Dah lah tu Abang Haniff. Tak nak lah sedih-sedih. Kita happy-happy je. Lupakan yang dulu. Kalau Atuk Ali masih hidup, mungkin Atuk akan happy tengok kita macam ni kan?" soal Irsha.
"Ya.. dia akan gembira tengok waris dia menjalani kehidupan yang bahagia.." kata Haniff. Dylan mendekati mereka berdua.. "Err.. saya tinggalkan Abang dengan Abang Dylan ye.. Saya nak ke sana sekijap." kata Irsha memberi mereka ruang.
Dylan melabuhkqn duduknya berhadapan Haniff. Agak lama mereka sepi. "Boleh kau jadi Uncle yang baik untuk anak-anak aku?" soal Dylan secara tiba -tiba. Haniff sudah tersenyum, "Boleh.. aku boleh tolong kau jagakan kembar. Memandangkan mereka peminat aku sekarang.." kata Haniif. Dylan menyerahkan tangan untuk berjabat, manakala Haniff sudah menyambutnya. "Macam dulu-dulu kan Dylan.. " kata Haniff.
Dylan juga turut tersenyum, "macam dulu-dulu.." dan, mereka terketawa. "Aku rasa kau juga boleh masukkan dalam skop kerja aku, jaga Irsha sekali. Kau nak?" soal Haniff, sambil ketawa. Mahu menduga sahabatnya ini.
"Irsha.. biar aku yang jaga..." kata Dylan. Haniff sudah ketawa.
"Saya bersyukur semuanya dah berakhir Ria, Sham.." kata Irsha. Sham dan Ria turut tersenyum, "tapi, tak boleh juga terlalu selesa dengan keadaan sekarang Puan. Kita kena sentiasa berhati-hati" kata Sham.
"Betul juga tu. Anyway, Ria dan Sham. saya ada benda nak bincang dengan korang berdua. harap kamu berdua bersetuju, fikir-fikirkan dulu. Tapi, saya harap kamu berdua menerimanya" kata Irsha.
"Apa tu Puan?" soal Sham.
"Ambil alih syarikat saya. Saya nak berhenti. Saya nak luangkan masa dengan kembar dan suami sahaja" tutur Irsha, lembut.
Ria dan Sham terkejut dengan permintaan ini.
****
"Uncle Iqbal, kejar lah kami.." kata Ryna. Iqbal sudah kepenatan mengejar anak majikannya yang suka bermain, berlainan dengan Niel yang duduk diam sahaja bersama Uncle Joe.
"Uncle Iqbal penat ke tu?" soal Joe, mengusik Iqbal yang kepenatan. "Tukar syif weh, tak larat aku nak kejar-kejar dengan Ryna " adu Iqbal.
Niel dan Joe hanya ketawa, "Ryna.. jom minum. " laung Niel. Dia selaku Abang dalam diam mengawasi adiknya. "Okay. Abang" kata Ryna. Merema menikmati minum bersama. "Bila Mama dengan Papa nak sampai?" soal Niel.
"Dalam malam ni, sampai lah mereka. Kenapa, Niel rindu Papa dengan Mama ke?" soal Iqbal. Niel menganggukkan kepalanya.
***
Dylan mengusap kepala Irsha yang sedang tidur, terbangun Irsha dengan usapan suaminya. "Abang nak makan?" soal Irsha. Dylan sudah ketawa, "A ah. Nak makan Irsha." kata Dylan. Irsha sudah ketawa.
"Saya berharap kita semua tak alan mengalami benda ni lagi, Abang.." luah Irsha. "Ya sayang.. Cuma, kita kena sentiasa berhati-hati." kata Dylan.
"Siapa lagi musuh kita Abang? " soal Irsha. Dylan hanya diam. "Kita tak tau sayang.. Cuma, kita kena sentiasa berhati-hati sayang, sebab inilah dunia yang sebenarnya. Orang tak akan boleh nampak kita senang.." kata Dylan. Irsha diam dan bersetuju dengan kata-kata Dylan.
"Saya rindukan anak kita... " bisik Irsha. "Abang pun sayang.. Tapi, yang paling Abang rindu, Iryna Irsha." bisik Dylan. Irsha terus merebahkan kepalanya di bahu suaminya.
Share this novel